You are on page 1of 11

Fenomena Penyebaran Berita Palsu Dalam Media Sosial dan Langkah

Intervensi Menurut Perspektif Etika Dari Pelbagai Peradaban

KOD KURSUS : CTU152


NAMA KURSUS : PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
PROGRAM : DIPLOMA SAINS KOMPUTER
KOD PROGRAM : CS110
NO. KUMPULAN : 01
k 3 kali enter)

NO. NAMA AHLI KUMPULAN NO. PELAJAR


1. AMIR HAFIZI BIN MUSA 2021821626

2. AMIRUL FARIZ BIN ZAHARI 2021821588

3. MOHAMAD MUAZ BIN MAHADI 2021624854


4. YAZID ZAQWAN HAKIM BIN YUSOP ZAKI 2021688112
5. MUHAMAD ZULKARNAIN BIN SAMSUDIN 2021493588

(jarak 3 kali
Nama Ketua Kumpulan: MUHAMAD ZULKARNAIN BIN SAMSUDIN
No. Telefon: 019-202-3961
Tarikh Serahan: 2022-05-20

DISEDIAKAN UNTUK:
AHMAD BAKHTIAR BIN JALANI
SESI 2 2022-2022
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERAK, KAMPUS TAPAH

Fenomena Penyebaran Berita Palsu Dalam Media Sosial Dan Langkah


Intervensi Menurut Perspektif Etika Dari Pelbagai Peradaban
The Phenomenon of Fake News Spreading in Social Media and Intervention Measures According to
Ethical Perspectives From Various Civilizations

Amir Hafizi Bin Musa1, Amirul Fariz Bin Zahari2, Mohamad Muaz Bin Mahadi, Yazid Zaqwan Hakim Bin Yusop Zaki3,
Muhamad Zulkarnain Bin Samsudin4

Mahasiswa Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Matematik , Universiti Teknologi MARA
Cawangan Perak, Tapah, 35400, Tapah Road, Perak, Malaysia
Students of Computer Science Department, Faculty of Computer and Mathematical Sciences, Universiti Teknologi MARA
Perak Branch, Tapah, 35400, Tapah Road, Perak¸Malaysia

Article history
Received: 2022-05-20

Abstract

In an age full of these trials and tribulations, society is increasingly addicted to and influenced by information from
social media whose authenticity is uncertain. This paper discusses the phenomenon of false news spread in social
media and intervention measures according to ethical perspectives from various civilizations. The research
methodology of this article takes a qualitative approach by using a content analysis research approach obtained from
authoritative references such as articles and journals taken from public sources on the Internet and identifying their
validity before being used as reference material in this paper. The study results have clarified the challenges faced by
society to overcome the spread of false news. In addition, the causes of the spread have also been described in this
study. The impact of fake news and measures to overcome it was also discussed in this study. Based on the analysis
produced, the study suggests measures to erode the culture of spreading false news that is increasingly prevalent. This
can give birth to a society that has admirable ethics. Thus, the issues raised related to the spread of fake news can be
curbed with the cooperation of all responsible parties.

Keywords: Fake news, Social media, Society’s role, Communication, Ethics

Abstrak
Pada zaman penuh dengan pancaroba ini, masyarakat semakin ketagih dan terpengaruh dengan maklumat daripada
media sosial yang belum pasti kesahihannya. Kertas kerja ini membincangkan tentang fenomena penyebaran berita
palsu dalam media sosial dan langkah intervensi menurut perspektif etika dari pelbagai peradaban. Metodologi kajian
artikel ini mengambil pendekatan kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian analisis kandungan yang diperoleh
dari rujukan berautoriti seperti artikel, jurnal yang diambil dari sumber awam di Internet dan dikenal pasti kesahihan
rujukan tersebut sebelum dijadikan bahan rujukan dalam kertas kerja ini. Hasil kajian telah menjelaskan cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh masyarakat untuk mengatasi penyebaran berita palsu. Selain itu, punca-punca berlakunya
penyebaran berita palsu ini juga telah dihuraikan dalam kajian ini. Bukan itu sahaja, kesan berkaitan dengan berita palsu
dan langkah-langkah untuk mengatasinya turut dibincangkan dalam kajian ini. Berdasarkan hasil kajian yang telah
dijalankan, maka kajian mencadangkan langkah-langkah untuk menghakis budaya penyebaran berita palsu yang kian
berleluasa. Hal ini sekali gus dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai etika yang terpuji. Justeru, isu-isu yang
dibangkitkan berkaitan penyebaran berita palsu dapat dibendung dengan adanya kerjasama dari semua pihak yang
bertanggungjawab.

Kata Kunci: Berita palsu, Media sosial, Peranan masyarakat, Komunikasi, Etika

2
1.0 PENGENALAN
Dunia pada saat ini telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam penggunaan di
media digital yang mendominasi banyak perkara melibatkan informasi semasa. Boleh juga
dikatakan bahawa penggunaan teknologi maklumat ini berhasil untuk mengubah fikiran
masyarakat dengan menampilkan pelbagai isu dan penemuan ilmu baharu dari semasa ke
semasa. Namun begitu, masyarakat haruslah berjaga-jaga kerana terlalu banyak berita
palsu yang telah diwujudkan dengan tujuan untuk mengelirukan netizen dan menjadi isu
hangat yang telah dimuat naik di media massa. Keadaan ini amat merisaukan kerana
terdapat sebilangan berita yang disebarkan bertujuan untuk mewujudkan kebencian dan
provokasi di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Kewujudan media sosial yang telah berkembang pesat juga telah mengubah gaya
hidup dan rutin kehidupan masyarakat. Kemunculan teknologi yang telah berkembang
pesat menyebabkan seseorang individu itu dapat memasuki laman sesawang atau aplikasi
bukan hanya melalui penggunaan komputer malah dapat juga mengaksesnya melalui
telefon pintar yang turut mempunyai sistem yang serba canggih dan kemudahan melayari
Internet. Sejak kebelakangan ini, masih terdapat lagi sesetengah masyarakat yang kurang
beretika mengambil kesempatan menggunakan media sosial hanya kerana ingin memuat
naik berita palsu yang sememangnya boleh mewujudkan kesan negatif terhadap individu,
masyarakat, dan juga negara. Sebarang informasi dan juga berita palsu yang disampaikan
itu mempunyai kandungan yang berunsurkan penipuan, melaga-lagakan hubungan
perkauman dalam negara serta menuduh seseorang semata -mata ingin menjatuhkan
kehormatan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, perkara ini sangat membimbangkan
orang ramai kerana informasi ataupun maklumat seperti ini boleh menimbu lkan kesan
yang bercanggah dengan perkara asalnya ke atas penerimaan serta penggunaan. Jadi,
terdapat beberapa jalan penyelesaian menurut perspektif etika dari peradaban bagi
mengekang berita palsu dari terus berleluasa.

Di sebalik isu ini, terdapat juga individu yang tidak beretika menyebarkan berita
palsu, perkara ini dapat dilihat bahawa individu tersebut tidak mencerminkan sikap
tanggungjawab diri mereka. Individu tersebut sanggup bertindak menyebarkan informasi
yang diperolehi tanpa mengetahui kesahihannya. Hal ini mungkin disebabkan mereka
mempunyai keinginan untuk menjadi individu pertama yang menyebarkan maklumat
tersebut kepada masyarakat. Akibat daripada tindakan ini, isu tersebut telah
menimbulkan pelbagai masalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, kajian
ini akan memfokuskan mengenai cabaran fenomena penyebaran berita palsu dalam media
sosial serta langkah intervensi untuk membendungnya menurut perspektif etika dari
pelbagai peradaban.

3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi menekankan serta memfokuskan dengan lebih terperinci terhadap berita
palsu di media sosial. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk:

a) Mengenal pasti definisi dan maksud yang berkait rapat dengan media sosial dan berita palsu.
b) Membincangkan etika dan adab mengenai penggunaan media sosial.
c) Mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam membendung penyebaran berita palsu.
d) Menjelaskan punca berlakunya penyebaran berita palsu.
e) Mempelajari kesan penyebaran berita palsu.
f) Menghuraikan langkah-langkah intervensi untuk mengatasi penyebaran berita palsu.
g) Meneliti panduan dalam penerimaan sesuatu berita menurut al-Quran.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian Artikel ini mengambil pendekatan kualitatif dengan menggunakan pendekatan
kajian analisis kandungan yang diperoleh dari rujukan berautoriti seperti artikel, jurnal yang diambil
dari sumber awam di Internet dan dikenal pasti kesahihan rujukan tersebut sebelum dijadikan
bahan rujukan dalam kertas kerja ini. Hasil kajian mendapati menggunakan media sosial milik
peribadi untuk menyebarkan berita palsu sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang di
Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini cuba mengetengahkan Langkah intervensi menurut perspektif
etika dari pelbagai peradaban bagi membimbing masyarakat ke arah komunikasi yang lebih bersasar
untuk kemaslahatan ummah (WA, W. A., & MZA, A. F., 2021).

4.0 KAJIAN LITERATUR

Dunia pada masa ini telah dipenuhi dengan kemajuan sains dan teknologi yang membawa
pengaruh besar kepada ketamadunan manusia zaman kini dan juga memberi kesan sama ada positif
atau negatif bergantung kepada pengguna itu sendiri. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa salah
satu bentuk komunikasi di dunia Internet yang semakin popular pada ketika ini ialah media sosial.
Media sosial telah menjadi ‘trend’ pada masa kini dalam kehidupan seharian masyarakat kerana ia
merupakan medium perhubungan dan penyebaran maklumat terutamanya bagi golongan remaja
(Hamzah , 2020).
Kajian telah membuktikan bahawa akibat daripada penularan berita palsu yang masih belum
dianggap serius oleh masyarakat sejagat, kepercayaan seluruh dunia kepada bidang kewartawanan
juga telah menurun. Ini menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia lebih mempercayai informasi
yang disebarkan di media sosial dan menyebabkan pendedahan terhadap berita palsu sangat tinggi
(Jalli, N., 2019).

Penyebaran berita palsu sampai kepada orang ramai cepat umpama kilat tanpa sebarang
sempadan. Sikap masyarakat yang gemar tidak mahu memastikan kesahihan sesuatu berita juga
merupakan salah satu faktor penularan berita palsu kian berleluasa. Sikap masyarakat yang kelihatan
sejajar dengan isu viral atau tular masalah juga menjadikan media sosial seperti Whatsapp,
Facebook, Twitter, Telegram atau Instagram bukan lagi media yang 100% boleh dipercayai (WA,
W. A., & MZA, A. F., 2021).

4
4.1 Definisi Media Sosial

Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi yang umum kepada masyarakat untuk
saling berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi segala maklumat yang ingin disampaikan
kerana penggunaan platform seperti media sosial ini tidak boleh disia-siakan begitu sahaja. Selain
itu, media sosial boleh dikatakan sebagai medium yang selalu digunakan untuk menyebarkan berita
yang tidak ditapis. Terdapat pelbagai informasi telah disebarkan yang kesahihannya belum
dipastikan. Contohnya, orang ramai telah diberi amaran oleh Kementerian Kesihatan supaya tidak
menyebarkan berita palsu mengenai Covid-19. Untuk mengatasi masalah ini, pihak Kementerian
Kesihatan juga telah menyatakan bahawa denda ribuan ringgit akan dikenakan kepada pesalah.
Oleh itu, isu berita palsu akan tersebar dengan lebih pesat dengan menggunakan hujung jari sahaja
(WA, W. A., & MZA, A. F., 2021).

4.2 Definisi Berita Palsu

Berita palsu adalah merupakan propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat
yang salah atau tidak benar secara sengaja. Di samping itu, berita palsu ini selalu dikeluarkan untuk
menutup mata ramai orang tetapi ingin mengaibkan pihak tertentu untuk kepentingan diri sendiri.
Kita juga sedia maklum bahawa berita palsu ini sangat berbeza dan ia merupakan bukan berita yang
direka seperti parodi yang bertujuan untuk mereka menceritakan cerita yang lawak untuk
menghiburkan ramai orang (WA, W. A., & MZA, A. F., 2021).

4.3 Etika Penggunaan Media Sosial

Penggunaan media sosial juga memerlukan satu set garis panduan atau standard etika yang
diperkenankan, atau dengan kata lainnya ialah syumul. Syumul yang membawa maksud menyeluruh
dalam segala hal untuk mengawal disiplin awam dan tatatertib penggunaan media sosial
terutamanya orang Islam. Hal ini dapat melahirkan masyarakat yang beretika seperti mempunyai
sifat-sifat mulia dan kebijaksanaan murni dalam menyampaikan sesuatu perkara di dalam media
sosial. Pelbagai etika berasaskan teks dapat diamalkan oleh umat Islam pada masa kini supaya umat
Islam bijak dalam menggunakan media sosial dengan bertujuan untuk menyampaikan sebarang
maklumat kepada masyarakat (Johari, M. H., Baharuddin, A. S., & Ihwani, S. S., 2019).

4.4 Adab Penggunaan Media Sosial Menurut Islam

Kini, media sosial telah menjadi medium pembangunan sosial untuk berkomunikasi antara
satu sama lain tanpa berjumpa atau menghantar surat seperti dahulu kala. Pengenalan media sosial
kepada masyarakat pada masa kini telah banyak membantu kita kerana semua maklumat yang
diinginkan hanya di hujung jari anda. Sebagai contoh, masyarakat mampu menggunakan
kemudahan sosial ini dengan bukan sahaja hanya sebatas bertanyakan khabar malahan masyarakat
juga boleh bertemu dengan orang baru, bertukar-tukar idea, belajar tentang budaya yang berbeza
dan berkongsi semua jenis maklumat yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri. Dalam
konteks Islam, media sosial juga penting dalam penyebaran Islam, tetapi masyarakat Islam sendiri
mesti bijak dan berdisiplin dalam menggunakan media sosial ini. Hal ini bermakna semua
maklumat berkaitan agama Islam mestilah mempunyai rujukan yang benar dan sahih. Kita juga
tidak boleh memandang enteng dalam menyebarkan perihal agama Islam kerana penyampaian yang
dilakukan mestilah menggunakan kosa kata yang baik dan tidak menyinggung perasaan pendengar
agar penyampaian kita dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat (Johari, M. H., Baharuddin,
A. S., & Ihwani, S. S., 2019).

5
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Cabaran Berita Palsu

Penggunaan media sosial dalam era globalisasi kini sudah menjadi sesuatu yang ampuh dan
merupakan sesuatu elemen yang penting untuk masa hadapan masyarakat. Jadi, media sosial telah
memberi kesan yang positif mahupun negatif. Perkara negatif yang ingin dikaitkan ini ialah
fenomena penyebaran berita palsu yang sudah jelas memberikan impak yang buruk kepada
masyarakat. Hal ini dapat dilihat dari persepsi masyarakat yang menyebarkan berita palsu melalui
pelbagai medium media sosial seperti Facebook dan Instagram. Oleh itu, terdapat banyak impak
yang telah dikenal pasti sama ada hal yang kecil atau besar dalam fenomena penyebaran berita palsu
ini. Sebagai pengguna media sosial yang beretika, maklumat-maklumat yang hendak disampaikan
harus dianalisis dan dipastikan terlebih dahulu kesahihannya sebelum dihebahkan kepada orang
lain. Hal ini kerana ianya sudah menjadi tanggungjawab dan amanah untuk setiap orang itu
memastikan kesahihan berita tersebut supaya orang lain menerima apa yang benar dari maklumat
tersebut. Namun begitu, sekiranya maklumat tersebut palsu, isu ini dapat memberikan impak yang
besar kerana jika maklumat itu bukan dari penulisan sendiri, perkara ini akan menjejaskan diri
sendiri dan berdosa kerana tindakan menyebarkan berita palsu kepada orang lain dapat
meruntuhkan nama baik seseorang Muslim itu dan lebih teruk lagi dapat memusnahkan institusi
perkauman dalam masyarakat setempat. Kesimpulannya, perkara ini jelas memberikan impak yang
sangat negatif kepada semua orang dan ianya haruslah dibendung sebelum melarat kepada orang
lain dalam sesebuah negara. Selain itu, impak lain yang dapat dibicarakan mengenai berita palsu ini
adalah keaiban di media sosial. Walaupun dalam era teknologi ini sudah berada di fasa yang canggih,
jenayah seperti ini tetap berlaku dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana segelintir masyarakat
pada masa kini sangat mudah terpedaya dengan media barat dan terikut-ikut dengan trend yang
tidak sihat sehingga menyebabkan perkara ini memakan diri. Hal ini disebabkan kerana perlakuan
mereka yang menggunakan media sosial ke arah perkara yang tidak baik iaitu menyebarkan berita
palsu seperti membuka aib pasangan sendiri di media sosial. Pada zaman sekarang, tindakan
mendedahkan aib pasangan kepada umum ini lebih digemari oleh segelintir masyarakat. Masalah
ini berpunca daripada pasangan rumah tangga di mana ketika berlakunya perselisihan faham antara
mereka menyebabkan mereka memaparkan status atau hal pergaduhan mereka secara sengaja di
media sosial. Impaknya secara tidak langsung dapat mengundang fitnah daripada sesiapa sahaja
yang membaca dan menyebabkan maruah diri mereka tercalar. Oleh itu, janganlah pernah terfikir
untuk membuka aib orang kepada umum dengan begitu mudah sahaja kerana apabila ianya
disebarkan, satu titik hitam akan muncul dalam jiwa nurani seseorang individu itu. Natijahnya,
terdapat pelbagai impak yang dapat kita sedari apabila berlakunya penyebaran berita palsu dalam
media sosial. Sehubungan dengan itu, kita haruslah menghindari budaya penyebaran maklumat
yang tidak sahih untuk memastikan perkara yang disampaikan jelas dan nyata kepada masyarakat
(Johari, M. H., 2019).
5.2 Punca Berlakunya Penyebaran Berita Palsu

Media sosial dapat memudahkan proses penyebaran informasi dengan begitu cepat
sehinggakan pengguna aplikasi media sosial seperti Twitter dan Facebook jarang mengesahkan apa
yang mereka lihat (Shah, F. A., 2016). Hal ini berlaku kerana terdapat individu yang tidak beretika
yang mempunyai amalan ‘breaking news syndrome’. Hal ini merupakan suatu perkara di mana
seseorang itu akan menyebarkan berita untuk menjadi orang yang terawal bagi menyebarkan
sesuatu maklumat. Jadi, mereka akan terus bertindak untuk menyebarkan maklumat tersebut tanpa
mendapat kepastian atau apa-apa pengesahan untuk mengetahui sama ada ianya benar ataupun
palsu. Penyebaran berita palsu merupakan suatu perbuatan yang tidak mencerminkan sikap
6
tanggungjawab, dan juga mampu menggugat keharmonian awam. Contoh yang dapat
diketengahkan dalam isu ini ialah sebahagian masyarakat di tanah air kita amatlah gembira dengan
cuti umum sehingga terlupa untuk mendapat kepastian terlebih dahulu sama ada berita tersebut
adalah benar atau tidak. Seterusnya, masalah ini juga adalah berpunca daripada penyalahgunaan
Internet untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar mempunyai kebarangkalian yang dapat
membahayakan keselamatan sesebuah negara. Tambahan pula, media massa sedikit demi sedikit
telah membawa masuk sesuatu masyarakat ke suatu pola budaya baru dan akan mula menentukan
fikiran mereka serta budaya perilaku masyarakat itu sendiri (Hamzah , 2020).

5.3 Kesan Daripada Berita Palsu

Wabak penyebaran berita palsu semakin sebati dalam diri masyarakat malah sukar untuk
dibendung. Hal ini kerana bukti yang kelihatan benar turut terkandung dalam berita palsu yang
telah disebarkan. Berita dan Cerita tidak benar boleh menyusahkan masyarakat dan merosakkan
keharmonian negara. Perkara ini akan menjejaskan keharmonian sosial secara keseluruhan dari segi
fizikal, rohani, emosi, mental dan kesihatan. Justeru, perkara ini perlu dibendung segera dengan
mendidik masyarakat tentang komunikasi yang terpimpin. Antara kesan yang diperolehi dalam
kajian ini, wabak penyebaran berita palsu boleh menyebabkan kestabilan dan keharmonian awam.
Salah satu contoh yang dapat dikenal pasti ialah pembelian panik dalam kalangan penduduk. Berita
palsu juga menular tentang bahayanya vaksinasi. Kerajaan telah menyatakan kepada rakyat bahawa
vaksinasi merupakan salah satu langkah penting untuk mencegah penularan wabak Covid-19.
Walaupun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat sebarkan bahawa vaksin mengancam nyawa
dalam media sosial mereka. Bagi memastikan berita palsu yang disebarkan tidak menggagalkan
usaha kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok, kerajaan telah mengambil tindakan undang-
undang ke atas penyebar berita palsu mengenai vaksin untuk mengatasi penyebaran berita palsu
ini. (WA, W. A., & MZA, A. F., 2021). Pelbagai impak negatif telah wujud akibat daripada pengguna
yang tidak beretika. Sebagai contoh, informasi berhubung pandemik SARS-CoV-2 yang telah
tersebar secara berleluasa oleh masyarakat menyebabkan wujudnya berita palsu. Selain itu,
kehilangan sifat keyakinan dalam diri rakyat terhadap ketua negara, justeru mewujudkan pelbagai
isu sensitif dan juga bersifat negatif sehingga mengganggu ketenteraman negara. Sehubungan
dengan itu, berlakunya kekeliruan di antara rakyat mengenai pengisytiharan yang disampaikan
kerana berlakunya perubahan maklumat apabila disalurkan oleh pihak ketiga. Maklumat yang tidak
tepat akan mewujudkan rasa perasaan buntu dalam sesuatu masyarakat itu. Penyebaran berita palsu
dan maklumat dengan banyak mengenai sesebuah negara akan mengakibatkan negara tersebut
berhadapan dengan ancaman negara luar yang lebih berkuasa kerana kelemahan negara tersebut
telah didedahkan dan negara luar tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan di
atas perkara tersebut. Kebencian dan provokasi juga akan terhasil kesan daripada penyebaran berita
palsu yang berlaku. Kejadian ini amatlah bahaya bagi Malaysia kerana negara yang tercinta ini
mungkin akan hancur dan tidak akan dipandang tinggi di mata dunia mengakibatkan rakyat yang
akan menanggung keperitannya. Di samping itu, pendedahan maklumat palsu dan bersifat negatif
secara berterusan akan mempengaruhi cara seseorang itu berfikir, melakukan tindakan dan cara
penyelesaian konflik mereka. Dengan itu, jika maklumat palsu mempengaruhi hidup kita secara
perlahan-lahan, maka akan wujudnya berbagai-bagai perkara negatif bagi seseorang untuk bertindak
dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang akan berakhir dengan fitnah, pergaduhan, dan lain-lain
(Hamzah , 2020).

5.4 Langkah Intervensi Menurut Perspektif Etika Dari Pelbagai Peradaban

Dalam melestarikan rancangan untuk menyekat berita palsu daripada terus berleluasa,
pelbagai langkah yang dapat dilakukan menurut perspektif etika dari peradaban. Pembangunan
etika dalam kalangan masyarakat haruslah dilaksanakan supaya maklumat yang disampaikan oleh
setiap insan kepada orang ramai adalah tepat dan benar serta boleh diterima oleh masyarakat.
Contohnya, pihak kerajaan haruslah mewujudkan garis panduan khusus berkaitan berita atau
7
akhbar semasa bagi mengelakkan masyarakat tertipu dengan berita atau akhbar yang belum pasti
kesahihannya. Dengan itu, kita sewajarnya menjadikan ia sebagai satu budaya dalam memastikan
maklumat dan berita yang kita terima itu adalah sahih, baik dan tepat. Oleh itu, setiap permasalahan
pasti ada jalan penyelesaiannya, jadi kita mestilah mengambil langkah berjaga-jaga demi mengawal
dan memastikan penyebaran berita palsu di atas talian secara langsung ataupun tidak langsung dapat
dihentikan serta merta. Dalam pada itu, nilai-nilai etika yang berharga perlulah disemai dalam setiap
masyarakat supaya setiap individu mempunyai patriotisme dan tidak mempunyai rasa untuk
mengkhianati negara sendiri, lalu menghindarkan daripada berlakunya perbuatan yang akan
menggugat keamanan dan kekuatan yang telah dicapai dalam negara kerana sekiranya rancangan
tersebut tidak dapat dijalankan, sudah pasti sesebuah negara itu berada di ambang kemusnahan.
Selain daripada itu, pihak kerajaan juga haruslah mengadakan kempen kesedaran seperti “Kempen
Tak Pasti Jangan Kongsi” yang bertujuan untuk mengekang berita palsu agar masyarakat dapat
mengetahui betapa pentingnya untuk kita sama-sama cegah daripada ianya terus berlarutan. Adab-
adab yang dedikasi mestilah ditingkatkan lagi demi meluaskan pemikiran anak-anak muda supaya
lebih mudah beradab dan berfikir sebelum bertindak melakukan sesuatu di luar batasnya serta tidak
menyebarkan berita yang tidak sahih (Rahmatuallah, T., 2021). Kita juga boleh mengukur dari segi
psikologi dan tafakur. Pertama sekali, kita akan membincangkan pendekatan dari segi psikologi.
Pendekatan ini dapat memperkukuhkan ketahanan diri manusia. Diri manusia merangkumi rohani,
emosi, mental dan jasmani. Selain itu, pendekatan yang boleh diambil ialah tafakur iaitu psikologi
kognitif. Berdasarkan kaedah ini, kita digalakkan berfikir sesuatu ciptaan Allah SWT seperti pokok,
langit dan bumi yang tidak ada satu pun dicipta tanpa tujuan atau sia-sia. Seterusnya, melaksanakan
atau mengamalkan nilai-nilai positif atau dikenali sebagai psikologi positif. Kaedah ini orang ramai
dinasihatkan supaya sentiasa bersyukur , mengampunkan orang, bertaubat dan bersabar (WA, W.
A., & MZA, A. F., 2021).

5.5 Peranan Pendakwah Dalam Menangani Penyebaran Berita Palsu

Tidak dapat dinafikan juga, pendakwah merupakan seseorang yang lebih arif dalam
melaksanakan peranan penting untuk mengekang penyebaran berita palsu. Mereka juga merupakan
golongan yang memastikan agama Islam berkembang dengan pesat agar segala permasalahan dapat
diselesaikan mengikut panduan agama. Dengan itu, sudah pasti terdapat banyak peranan yang
diketahui jalan penyelesaiannya oleh pendakwah untuk menghentikan penyebaran berita palsu dari
terus melarat. Pertama sekali, peranan yang dapat dilakukan ialah menyampaikan kepada orang lain
betapa bahayanya berita palsu, kenyataan sesuatu berita dan juga kesannya jika masyarakat
mengamalkan penyebaran berita palsu. Pendakwah sebagai tenaga pengajar yang ikhlas akan
mengajarkan mereka cara mengenal pasti sesuatu kedudukan serta memberikan panduan secara
khusus mengekang berita palsu. Dengan itu, mereka pasti akan mengikuti dan meneliti segala yang
diajari pendakwah, serta memahaminya dengan satu bahawa berita palsu dapat menghakis sifat
ukhuwah dalam diri masyarakat. Selepas itu, mereka juga dapat memastikan sesuatu berita itu sahih
ataupun tidak dan dapat mengetahui bahawa berita palsu yang telah disebarkan membuat keadaan
menjadi lebih huru-hara.

Selain daripada itu, peranan lain yang dapat dilakukan oleh para pendakwah ialah mempelbagaikan
berita yang benar. Berita yang sahih adalah berita yang bertepatan dengan ajaran, mendatangkan
kebaikan pada kehidupan, mendorong ke arah kebaikan dan menyampaikan faedah kepada
kehidupan di dunia dan juga akhirat. Mukmin yang sejati sepatutnya menjadikan isu yang sahih
sebagai pedoman hidup dalam kehidupan beragama. Sebagai contoh berita yang benar seharusnya
diketengahkan sumber yang jelas seperti :

8
a) Sumber yang ketara mirip daripada al-Quran dan al-Hadis.
b) Ajakan menyeluruh ke arah amar makruf nahi mungkar.
c) Kelebihan serta faedah bagi kehidupan global dan akhirat.
d) Sanjungan kepada ahli ulama sesuai dengan kedudukannya serta ajakan untuk dijadikan
tauladan dalam kehidupan mereka.
e) Isu berkaitan hari akhirat, keutuhan iman dan sebagainya daripada sumber yang benar.
f) Khabar yang tepat dan bermakna.

Kepelbagaian sumber yang telah disenaraikan di atas merupakan peranan dari golongan pendakwah
yang jelas memberikan kesan yang membangun dalam melahirkan pemikiran modal insan kelas
pertama. Sejajar dengan itu juga dapat dimanfaatkan oleh setiap insan di muka bumi ini untuk
mengelakkan diri daripada menyebarkan berita yang tidak sahih kepada orang lain.
Namun begitu, semua pendakwah mestilah bersifat jujur dan ikhlas dalam mencari ilmu yang
bermanfaat, menyebarkan fahaman yang betul serta mengelakkan diri daripada hawa nafsu yang
menjadi ancaman pada diri ketika menyampaikan sesuatu berita. Hal ini dikatakan begitu kerana
sikap seperti ini pastinya akan menyebabkan seseorang lebih gemar menyampaikan apa-apa sahaja
yang diterima sebelum diteliti. Sikap pendakwah yang tetap mempertahankan pandangannya
walaupun pandangannya tidak menepati syariat Islam dan menolak segala teguran yang diberikan
kepadanya akan menyebabkan masyarakat memandang serong kepada pendakwah.

Secara tuntasnya, peranan yang dijalankan oleh pendakwah ini amat penting bagi semua masyarakat.
Hal ini kerana sumber-sumbernya yang jelas mempengaruhi masyarakat untuk sentiasa berfikir sebelum
melakukan sesuatu dan bertindak dengan bijak dan pantas. Jadi berita palsu ini dapat dihentikan serta
merta oleh pendakwah dan semua orang (Ghani, M. Z. A., 2020).

5.6 Panduan Dalam Penerimaan Sesuatu Berita Menurut al-Quran

ََ‫علَىَ َما فَ َع ْلت َُْم نَادِمِ ين‬ ِ ُ ‫يَا أَيُّ َها الَّذِينََ آ َمنُوا ِإن َجا َء ُك َْم فَاسِقَ ِبنَبَإَ فَتَبَيَّنُوا أَن ت‬
ْ ُ ‫صيبُوا قَ ْو ًما ِب َج َهالَةَ فَت‬
َ ‫ص ِب ُحوا‬

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah
lakukan.”

(al-Hujurat: 6)

Sebagai umat Islam kita hendaklah memerhatikan aspek sumber seperti ayat al-Quran dan al-Hadis.
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menyatakan:
“Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita.” (ٍ‫)إِن جَا َءكُمٍ َفاسِقٍ بِنَبَإ‬.

Berdasarkan maksud ayat tersebut ayat tersebut menggesa supaya perlu kepada memperhalusi
sumber sesuatu berita. Fasiq bererti jahat atau banyak melakukan maksiat. Kita perlu mengetahui
terlebih dahulu sumber berita yang diterima fasiq atau tidak . Jika berita tersebut fasiq, maka
perlulah untuk bertabayyun. Selain itu, mencermati dan menyiasat. Orang beriman perlulah tidak
terburu-buru untuk menyebarkan berita yang didapati kepada orang lain terutamanya, berita yang
tidak pasti kesahihannya. Seterusnya, tidak pasti jangan kongsi. Islam mengutamakan ilmu.
Pengetahuan adalah kebalikan dari ketidaktahuan. Imam Abu Bakar al-Jassas mengatakan dalam ‫ام‬
‫ القرآن‬bahwa ‫( التبين‬tabayyun) adalah pengetahuan. Oleh karena itu, dalam setiap hal, ilmu harus
9
diutamakan, termasuk dalam bab-bab yang menerima berita. Berbuat atas dasar kebodohan adalah
kekejian dalam Islam. Oleh karena itu, menyebarkan berita yang tidak diketahui adalah tindakan
keji (Kamarudin, M. A., 2020).

6.0 KESIMPULAN

Laporan ini membincangkan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat untuk menghakis
budaya penyebaran berita palsu dan menyelesaikan ia mengikut pandangan etika tamadun yang
berbeza. Istilah berita palsu bukan satu perkara baru dalam masyarakat kita, kerana pada zaman
kenabian lagi Tuhan telah memberi peringatan bahawa akan tiba masanya fitnah akan berleluasa,
dan itulah suasana sebelum kiamat yang telah banyak diceritakan di dalam al-Quran. Fenomena
berita palsu merupakan perkara yang tidak bermoral dan tidak dituntut oleh mana-mana agama
mahupun tamadun kerana ia memberikan kesan negatif kepada semua lapisan masyarakat. Berita
palsu boleh datang dalam pelbagai bentuk, tetapi pada waktu sekarang masalah ini sering berlaku
hanya melalui media digital.

Oleh itu, terdapat banyak cabaran yang perlu diharungi oleh masyarakat digital akibat daripada
penyebaran berita palsu yang merunsingkan ini . Cabaran yang dibincangkan dalam laporan ini
melibatkan individu, masyarakat dan juga kerajaan. Antara isu-isu yang dihadapi ialah seseorang
individu terpaksa mengharungi cabaran berita palsu yang melibatkan reputasi, maruah, perkauman
serta ianya juga akan memberi kesan kepada mental dan fizikal seseorang. Kita juga sedia maklum
bahawa Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
juga India. Jadi, keharmonian dan kedamaian negara amatlah dititikberatkan dalam menangani
segala isu berita palsu yang menular dalam layar telefon pintar setiap individu agar dapat
mengelakkan pergaduhan mengenai isu perkauman di tanah air kita. Rakyat Malaysia perlulah
bersatu padu untuk mewujudkan suasana yang aman dan tenteram. Isu ini juga dikait rapatkan
dengan cabaran yang dihadapi oleh negara dari segi keselamatan. Hal ini disebabkan kerana
keselamatan negara akan tergugat apabila perpaduan dalam negara kita menjadi kritikal. Semakin
banyak impak negatif yang akan muncul apabila sifat toleransi dan kesepaduan dalam masyarakat
kita pada skala yang tidak memuaskan bagi mengatasi masalah berita palsu ini.

Setiap laporan kajian yang telah dijalankan mesti mempunyai penyelesaiannya, sesuatu masalah itu
tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat tetapi langkah berjaga-jaga perlulah diambil berat
bagi mengawal penyebaran berita palsu di dalam media sosial dengan lebih berkesan. Walaupun
terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi, Langkah ini boleh dimulakan dengan diri
sendiri sehinggalah dapat menggalakkan lebih ramai orang dengan menggunakan media sosial yang
ada dengan baik atau dalam erti kata lain amar makruf nahi mungkar.

Penggunaan media sosial mempunyai banyak kebaikannya, namun begitu terdapat juga keburukan
dalam penggunaannya. Jika media sosial ini digunakan dengan cara yang betul maka segala
informasi atau berita yang diterima dapat diyakini kesahihannya. Namun jika media sosial
disalahgunakan, maka penyebaran berita palsu akan lebih berleluasa.

Kesimpulannya, pengguna media sosial mestilah beretika dengan mengetahui bahawa setiap
perkara yang dilakukan di dalam media sosial adalah tanggungjawab mereka sendiri. Bagi
mengelakkan penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa, langkah intervensi haruslah diambil
sementara isu ini masih boleh dibendung. Oleh itu, setiap golongan masyarakat sewajarnya
berganding bahu dalam menangani isu ini dengan melahirkan pengguna media sosial yang beretika.

10
Penghargaan
Kajian ini telah dapat dihasilkan dengan sempurna berkat sokongan dan bantuan daripada
pelbagai pihak. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah iaitu Encik Ahmad Bakhtiar Bin
Jelani kerana telah memberikan bimbingan dalam menyiapkan artikel ini.

Rujukan
Azizan, I. S., Ramli, S. I., & Ismail, I. (2019). Integriti pengguna media sosial. Voice of Academia (VOA), 15(3),
32-44.

Fauzi, N. (2017). Penggunaan media sosial dalam dunia tanpa sempadan: Suatu kebaikan atau
keburukan. Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan.

Ghani, M. Z. A., Nordin, M. N., Osman, K., Mohamad, A. D., & Mokhtar, A. I. (2020). PERANAN
PENDAKWA9H UNTUK MENANGANI BERITA PALSU DARI PERSPEKTIF DAKWAH. Jurnal
Maw'izah, 3(1), 42-54.

Hamzah, S., Ani, F., Rameli, N., Nor, N. M., Halim, H., Rahman, R., ... & Kamri, K. A. (2020). Impak
Penyebaran Berita Palsu melalui Media Sosial terhadap Masyarakat: Kajian Kes Mahasiswa Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 1(1), 55-63.

Jalli, N. (2019, 19 Jun). Memerangi disinformasi dan berita palsu. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/06/575761/memerangi-disinformasi-danberita-palsu

Johari, M. H., Baharuddin, A. S., & Ihwani, S. S. (2019). Media Sosial dan Kelestarian Penggunaan Menurut
Islam. In Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia (pp. 61-86).

Kamarudin, M. A. (2020, June 13). Empat Garis Panduan Tabayyun Menurut Syarak. Harakah Daily.
Retrieved from https://harakahdaily.net/index.php/2020/06/13/empat-garis-panduan-tabayyun-
menurutsyara

Mohamed, D. (2018, December 1). Berita palsu dan penyelesaian undang-undang. Berita Harian. Retrieved
from https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/503996/berita-palsu-dan-penyelesaianundang-
undang

Rahmatullah, T. (2021). Teknologi Persuasif: Aktor Penting Media Sosial Dalam Mengubah Sikap Dan
Perilaku Pengguna. Jurnal Soshum Insentif, 4(1), 60-78.

Shah, F. A. (2016). Penyebaran Hadith Palsu dalam Media Massa dan Media Sosial: Realiti dan Cabaran.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berwasit, 11, 9-27

WA, W. A., & MZA, A. F. (2021). Kesopanan Komunikasi Dalam Menangani Berita Palsu Pandemik Covid-
19; Perspektif Retorikal-Quran Dan Psikologi.

11

You might also like