You are on page 1of 4

LAPORAN KARNIVAL CITRA BUDAYA

UKM 2019
AFIQAH IZZATI BINTI ABDULLAH
A176894
LMCZ3012: MUZIK ANGKLUNG 1
Pada 18 Disember 2019, Karnival Citra Budaya telah dijalankan di Dewan Canselor Tun
Abdul Razak (DECTAR) bermula pada pukul 8 malam. Karnival Citra Budaya ini dijalankan bagi
memberi peluang kepada pelajar pelajar citra kebudayaan untuk mempersembahkan aktiviti citra
kebudayaan mereka sepanjang semester ini. Terdapat 19 persembahan pada malam tersebut
daripada pelbagai jenis kelas citra kebudayaan Majlis dimulakan dengan kehadian tetamu
kehormat TNC HEAA Ybhg. Prof Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki bin Mustafa, pengarah pusat
CITRA Prof Datuk Dr Harlina Halizah Hj Sirai, Ketua Pusat Kebudayaan dan Penyelaras Citra
Pusat Kebudayaan. Kedatangan tetamu kehormat disambut dengan persembahan kompang,
persembahan silat serta persembahan citra silap mata.

Pada pandangan saya, keseluruhan pengisian persembahan adalah sangat memuaskan.


Pengalaman menyaksikan pelbagai seni kebudayaan daripada pelbagai bangsa dan budaya
membuatkan keseluruhan majlis menarik untuk dihadiri oleh para pelajar. Selain itu, saya
merasakan persembahan asli dan kontemperari yang diadakan memberi peluang untuk para pelajar
melihat perubahan perjalanan seni kebudayan mengikut arus perubahan masa. Penggunaan
tatacahaya dan siar raya sepanjang majlis adalah sangat bersesuaian dengan majlis kebudayaan
universiti. Perbincangan dengan rakan sekelas saya yang membuat persembahan di atas pentas
bersama saya mengatakan bahawa tatacahaya dan muzik di dalam dewan membuatkan kami berasa
seperti memberi persembahan dalam rancangan televisyen yang sebenar. Pengurusan juga berjalan
lancar walaupun kami tidak diberikan note stand yang secukupnya namun secara keseluruhan
majlis berjalan dengan baik dan petugas dibelakang tabis amat membantu untuk memudahkan
perjalanan keluar masuk kami.

Saya merasakan terdapat pelbagai penambahbaikan yang dapat dilakukan untuk


memastikan majlis seterusnya berjalan dengan lebih lancar. Sebahagian daripada ahli kumpulan
kami tidak mempunyai tempat duduk di atas pentas serta tidak mempunyai note stand yang
secukupnya. Walaupun begitu, saya amat bersyukur dengan petugas petugas yang membantu kami
untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemudahan yang sedia ada. Selain itu, saya
juga merasakan terdapat masalah teknikal dari segi mikrofon kerana sesetengah persembahan tidak
dapat didengari dengan jelas.
Konklusinya, Karnival Citra Budaya ini merupakan karnival yang menarik serta
bermanfaat untuk para pelajar. Saya berharap agar karnival ini terus dijalankan bagi mendedahkan
para pelajar kepada pelbagai aktiviti kebudayaan di serata Malaysia. Sedikit penambahbaikan pasti
akan menjadikan perjalanan karnival ini di masa hadapan lebih baik.

Disediakan oleh,

AFIQAH ABDULLAH

Pelajar CITRA Muzik Angklung 19 DISEMBER 2019

You might also like