You are on page 1of 1

Data Perangkaan Malaysia (Aqela)

Situasi hari ini memperlihatkan bahawa lelaki tidak lagi mendominasi sektor pekerjaan di
Malaysia.

Penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan kini meningkat kepada 54.3 peratus.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, terdapat lebih 700,000 wanita
bekerja dalam pelbagai sektor sekali gus menyumbang 0.3 peratus kepada Keluarga Dalam
Negara Kasar (KDNK).

Jika diikutkan kepada jumlah penduduk di Malaysia, data yang terkini menunjukkan dianggarkan
seramai 32.4 juta orang bagi tahun 2018 tinggal di Malaysia yang seterusnya memecahkan
nisbah jantina bagi lelaki, 16.7 juta dan wanita, 15.7 juta. 

Menurut laporan Jabatan Statistik Malaysia, angka itu menunjukkan peningkatan jumlah
keseluruhan penduduk Malaysia sebanyak 1.1 peratus berbanding 2017.

Ada sangkaan selama ini bahawa jumlah wanita dikatakan lebih ramai daripada lelaki, tetapi
hakikatnya tidak seperti itu. Tahun 2018 menyaksikan nisbah jantina bagi tahun 2018 kekal pada
107 lelaki bagi setiap 100 perempuan berbanding 2017.

Namun begitu, bukti wanita masih bekerja di dalam kuantiti yang ramai di dalam sektor
pekerjaan masih rendah berdasarkan data terkini.

Bagi data perangkaan Malaysia yang paling terkini berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia
pada tahun 2019 pula, statistik menunjukkan pada suku ketiga 2019, tenaga buruh diwakili oleh
60.8 peratus lelaki (9.53 juta) dan 39.2 peratus perempuan (6.15 juta).

Jumlah tenaga buruh bagi lelaki dan wanita masing-masing ini didapati telah meningkat
sebanyak 36,600 orang dan 38,900 orang berbanding dengan suku kedua tahun 2019.

Justeru, dapat dilihat bahawa jumlah wanita bekerja di dalam negara Malaysia masih lagi rendah
berbanding dengan lelaki.

Beberapa hal atau langkah serta inisiatif harus diambil dengan kadar segera bagii mengatasi
perkara ini.

You might also like