You are on page 1of 16

Faktor-Faktor Penentu Penglibatan Wanita Dalam Kerjaya

(DETERMINANT FACTORS OF WOMEN PARTICIPATION IN LABOUR FORCE)

ZAHARATUL HUSNA HUSSIN


Universiti Kebangsaan Malaysia

LAI WEI SIENG


Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Penglibatan wanita dalam kerjaya adalah rendah dalam kalangan tenaga buruh dimana ia menyebabkan masalah
kekurangan tenaga buruh. Sekiranya penglibatan wanita dalam kerjaya lebih ramai, ia akan menyebabkan pendapatan
negara serta produktiviti juga meningkat lebih baik. Kajian ini mengenalpasti faktor-faktor penentu penglibatan wanita
dalam kerjaya. Menggunakan data primer menerusi kaedah soal selidik yang telah dijawab dengan lengkap oleh 150
orang responden di sekitar Bangi. Konsisten dengan kajian lepas, hasil kajian mendapati bahawa tahap pendidikan
memberi kesan positif yang signifikan terhadap penglibatan wanita dalam kerjaya. Menariknya, pendapatan isi rumah,
peningkatan umur, jarak daripada tempat kerja dengan tempat tinggal juga mempunyai kesan yang positif dan signifikan
terhadap penglibatan wanita dalam kerjaya.

Kata kunci: produktiviti, pendapatan negara, tahap pendidikan, umur, pendapatan isi rumah, jarak.

ABSTRACT

Women's involvement in careers is low among the labour force which causes labour shortages. If women are more
involved in their careers, it will lead to better national income and productivity. This study identifies the determinants of
women's involvement in their careers. Using primary data through questionnaire method which was fully answered by 150
respondents around Bangi. Consistent with previous studies, the study found that education level had a significant positive
effect on women's participation in careers. Interestingly, household income, increasing age, distance from work and
residence also have a positive and significant effect on women's involvement in their careers.

Keywords: productivity, national income, education level, age, household income, distance.

1
PENGENALAN

Berdasarkan Banci Penduduk, pada tahun 2017, kira-kira 54.7 peratus daripada jumlah penduduk adalah wanita
dan sebanyak 74.0 peratus wanita yang berada dalam lingkungan umur 25-34 tahun, 67.5 peratus dan 57.1 peratus bagi
lingkungan umur 35-44 tahun dan 45-54 tahun dimana ia adalah lebih tinggi berbanding kadar penyertaan tenaga buruh
wanita di peringkat nasional. Walau bagaimanapun, kadar penyertaan tenaga buruh wanita adalah sedikit berbanding kadar
penyertaan tenaga buruh lelaki sebanyak 80.1 peratus (Laporan Penyiasatan Buruh 2017). Jelas sekali bahawa sumbangan
tenaga kerja wanita Malaysia masih rendah berbanding kaum lelaki. Oleh kerana peranan wanita penting dalam
membangunkan ekonomi negara, maka kajian seumpama ini adalah penting untuk menggalakkan penglibatan wanita
dalam kerjaya.
Wanita yang berpendidikan tinggi dijangka lebih cenderung untuk melibatkan diri di dalam pasaran buruh.
Kemasukan pelajar baru ke Universiti Awam (UA) tempatan baru-baru ini terus dikuasai wanita apabila nisbah pelajar
wanita yang diterima masuk jauh melebihi pelajar lelaki hampir 70:30. Maklumat Kementerian Pengajian Tinggi
menunjukkan 108,715 atau 61.85% daripada 175,771 pelajar yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA) bagi
sesi 2017/2018 adalah pelajar wanita. Mengambil maklum tentang tingginya peratus populasi wanita dalam golongan
lulusan siswazah dan bilangan enrolmen di universiti kerajaan, negara akan mengalami kerugian jika mereka memilih
untuk tidak menyertai pasaran buruh. Sekiranya sebab utama masalah ini adalah berkaitan dengan isu bekerja dalam dua
pekerjaan yang berbeza pada masa yang sama, maka akan terdapat lebih ramai wanita berpendidikan terpaksa menjadi suri
rumah sepenuh masa. Sehubungan itu, mengetahui dengan jelas penentu utama yang mendorong wanita berkahwin untuk
bekerja tentunya akan dapat menyumbang kepada pertambahan tenaga kerja wanita.

Rajah 1: Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita Di Malaysia (%), 2010-2019

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita Di Malaysia (%),


2010-2019
60.0
53.4 53.9 54.4 54.6 54.9 55.3
52.3
50.0 47.8 49.3
46.0

40.0

30.0

20.0

10.0

0.0
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita Di Malaysia (%), 2010 - 2019

Sumber: World Bank Data

2
Mengikut Rajah 1 di atas, sumber daripada World Bank Data 2010-2019, kadar penyertaan wanita semakin
meningkat walaupun pada kadar yang rendah. Perangkaan merekodkan bahawa 54.6 peratus daripada sejumlah 14,628.9
ribu bilangan tenaga kerja adalah wanita (Perangkaan Tenaga Buruh, 2018). Ini menunjukkan bahawa bilangan wanita
berkahwin, mempunyai anak kecil dan bekerja adalah ramai dan dijangka semakin meningkat. Persoalannya adalah
bagaimana untuk meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam tenaga kerja, khususnya bagi wanita yang telah
berkahwin.
Pandangan kerajaan tentang peranan wanita semakin jelas apabila Dasar 30 Peratus Wanita di Peringkat Pembuat
Keputusan diwartakan pada 4 Ogos 2004. Ini bermakna kerajaan menjamin bahawa tiada diskriminasi dalam arus
pembangunan negara dan perwakilan wanita di peringkat membuat keputusan dapat ditingkatkan. Memahami dengan jelas
faktor pendorong dan mengenalpasti masalah sebenar yang berperanan menghalang penglibatan wanita dalam kerjaya
menyertai tenaga kerja bukan sahaja penting kepada pembangunan ekonomi bagi membantu memenuhi keperluan pasaran
tenaga kerja negara, khususnya kekosongan yang besar bagi jawatan di peringkat rendah, tetapi juga menyumbang kepada
peningkatan taraf hidup wanita dan isi rumahnya sendiri. Pengenalpastian faktor-faktor penentu pengkibatan wanita dalam
kerjaya di Malaysia dapat membantu pihak kerajaan dalam mengenalpasti bantuan sebenar yang diperlukan oleh kaum
wanita yang ingin bekerja. Sehubungan itu, kerajaan dapat merangka dan menggubal dasar yang sesuai dan berkesan untuk
meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita. Penarikan lebih ramai kaum wanita ke dalam guna tenaga bermakna
kebergantungan negara kepada buruh asing dapat dikurangkan.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor penentu penglibatan wanita dalam kerjaya. Kajian ini
juga bertujuan untuk mengetahui kesanggupan serta kesan penglibatan wanita dalam kerjaya pada masa kini. Bahagian
kedua dalam artikel ini adalah kajian lepas. Bahagian ketiga pula ialah metodologi kajian. Bahagian keempat merupakan
hasil kajian dimana ia merupakan hasil yang telah dikaji setelah mengumpulkan data daripada responden. Seterusnya,
bahagian lima merupakan perbincangan dan bahagian enam merupakan rumusan.

3
KAJIAN LEPAS

Kajian lepas menunjukkan terdapat banyak kajian empirikal yang telah membuktikan bahawa pendidikan tertiari,
kadar kesuburan dan umur merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada penyertaan wanita dalam pasaran
buruh. Massimiliano Bratti (2003) semasa membincangkan mengenai kesan pendidikan dan pembolehubah lain yang
menentukan keputusan wanita sama ada untuk mempunyai anak atau menyertai pasaran buruh di Itali telah membuktikan
dengan jelas bahawa tahap pencapaian pendidikan meningkatkan penyertaan tenaga buruh wanita dalam pasaran buruh.
Seterusnya, menurut Fatma Guven Lisaniler dan Feyza Bhatti (2005) dalam kajiannya mengenai faktor-faktor
penentu penyertaan tenaga buruh wanita di Utara Cyprus pula mendapati bahawa pencapaian pendidikan wanita
merupakan salah satu penentu utama kepada keputusan wanita untuk menyertai pasaran buruh. Semakin tinggi tahap
pendidikan, maka semakin tinggi kecenderungan wanita untuk menyertai pasaran buruh. Hasil kajian menunjukkan
bahawa wanita yang telah menamatkan pendidikan menengah (peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah)
menyumbang sebanyak 31.4% hingga 41.7% terhadap penyertaan wanita di pasaran buruh. Manakala individu yang
mempunyai kelayakan pendidikan tertiari (peringkat universiti dan ke atas) mempunyai kecenderungan sebanyak 72.4%
untuk menyertai pasaran buruh.
Kajian di negara-negara lain juga telah membuktikan bahawa pencapaian pendidikan mempunyai hubungan yang
signifikan dengan kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Toseef Azid et al. (2001) telah mengkaji faktor-faktor
yang mempengaruhi penyertaan perempuan dalam industri kotej di Pakistan. Kajian ini menyimpulkan bahawa bilangan
kanak-kanak, umur perempuan, pendidikan, status kemiskinan mempunyai kesan positif dan signifikan terhadap
penyertaan tenaga buruh wanita. Namun, terdapat juga kajian yang menunjukkan penemuan yang sebaliknya. Misalnya
kajian oleh Fatma Guven Lisaniler dan Feyza Bhatti (2005) yang mengkaji faktor-faktor yang menentukan penawaran
tenaga buruh wanita di kawasan luar bandar di Pakistan mendapati bahawa faktor pendidikan dan upah tidak signifikan
terhadap penawaran tenaga buruh wanita. Sebaliknya, faktor bilangan anak dan jarak ke pasar adalah lebih signifikan.
Kesan faktor umur terhadap penyertaan wanita dalam pasaran buruh biasanya berhubung kait secara tidak
langsung dengan faktor kadar kesuburan. Fatma Guven Lisaniler dan Feyza Bhatti (2005) misalnya mendapati bahawa
umur merupakan faktor yang signifikan dalam meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh di Cyprus Utara.
Hasil penemuan kajian mereka menunjukkan bahawa wanita dalam kumpulan umur 25-34 dan 35-44 akan lebih cenderung
menyertai pasaran buruh. Selain itu, Sara de la Rica dan Ma Dolores Ferrero (2003) dalam kajiannya mengenai kesan
tahap kesuburan terhadap keputusan wanita berkahwin untuk menyertai pasaran buruh di Sepanyol antara lain juga telah
turut membuktikan bahawa kumpulan umur 25-44 adalah signifikan terhadap peningkatan penyertaan wanita dalam
pasaran buruh di Sepanyol. Terdapat juga kajian lain yang membincangkan mengenai kesan faktor kadar kesuburan
terhadap penyertaan tenaga buruh wanita adalah kajian oleh Tomas Ko¨gel (2003) yang melihat hubung kait antara kadar
kesuburan dengan guna tenaga wanita di negara-negara OECD.Tomas Ko¨gel  (2003) berpendapat bahawa kebanyakan
kajian berkaitan ekonomi penduduk yang menggunakan data di peringkat mikro menunjukkan bahawa pendidikan wanita
mempunyai kesan negatif kepada kesuburan tetapi kesan positif kepada guna tenaga wanita. Tomas Ko¨gel (2003)
berpendapat lagi bahawa penemuan tersebut menunjukkan wujud kesan hubungkait yang negatif antara kesuburan dengan
guna tenaga wanita. Kajian oleh Tomas Ko¨gel (2003) juga menunjukkan bahawa kesan negatif tersebut sangat tinggi di
kalangan negara-negara Mediterranean dan sangat rendah di kalangan negara-negara Scandinavian. Satu kajian terkini
yang dikaji kajian oleh Vinod Mishra et al. (2009). Kajian tersebut bertujuan untuk melihat hubung kait penyertaan tenaga
buruh wanita dengan kadar kesuburan di negara-negara G7 bagi tempoh 1960-2006. Hasil kajian menunjukkan bahawa

4
1% peningkatan dalam kadar kesuburan jumlah akan menyebabkan pengurangan di dalam kadar penyertaan tenaga buruh
wanita di semua negara-negara G7.
Di Malaysia, isu kadar penyertaan tenaga buruh yang rendah sering dikaitkan dengan golongan wanita Suhaida
Mohd Amin et al. (2010). Bilangan pekerja wanita di Malaysia masih kurang dalam pasaran dan kadar penyertaan kaum
wanita dalam pasaran buruh antara yang terendah di rantau Asia Pasifik, iaitu sekitar 47.9 peratus pada tahun 2011
(DOSM, 2012). Ini adalah di bawah purata global sebanyak 53 peratus (UNDP, 2010) dan Asia Timur dan Pasifik pada
kadar 66 peratus (World Bank, 2012). Faktor yang menyumbang kepada ketidakcukupan jumlah tenaga buruh
berpendidikan dan berkemahiran di Malaysia ialah kerana penyertaan yang rendah dalam kalangan wanita berpendidikan
(Suhaida Mohd Amin et al., 2013).
Dalam menganalisis faktor penentu penawaran buruh wanita dan tingkat pendapatan mereka dalam kajian kes
projek Amanah Ikhtiar Malaysia, Rahmah Ismail & Chamhuri Siwar (2000) mendapati tingkat umur paling penting
mempengaruhi jumlah jam bekerja wanita, bukan faktor anak. Selain itu, wanita juga tidak dapat menyeimbangkan antara
keperluan kerjaya dan pengurusan rumahtangga. Keadaan ini membawa kepada cadangan untuk memberi ruang kepada
golongan wanita supaya mempunyai waktu kerja yang lebih fleksibel (Geetha Subramaniam, 2011) dan memastikan
adanya pusat penjagaan kanak-kanak yang lebih dipercayai (Norehan Abdullah et al., 2012). Lim Hock Eam et al. (2003)
dalam kajiannya mengenai kebarangkalian bekerja wanita berkahwin di negeri Kedah pula mendapati bahawa faktor
bilangan anak yang berumur kurang dari enam tahun mempunyai kesan negatif yang signifikan. Hal ini menyebabkan
semakin bertambah bilangan anak dalam kumpulan umur ini semakin rendah kebarangkalian wanita berkahwin menyertai
tenaga kerja.
Terdapat juga kajian yang menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang lemah antara pendidikan dengan kadar
penyertaan tenaga buruh (Richard J. Cebula dan Christopher K. Coombs, 2007). Mereka menyatakan bahawa walaupun
dengan pendidikan yang lebih tinggi, terdapat beberapa aspek  lain yang penting dalam menentukan keputusan dalam
penyertaan tenaga buruh. Antara aspek tersebut ialah tahap pendidikan wanita itu sendiri, tingkat pendapatan suami, sebab
melahirkan anak, bilangan anak dan saiz isi rumah. Faktor-faktor lain seperti status perkahwinan, tingkat umur wanita,
lokasi, penjagaan anak, nilai agama dan etnik turut menjadi penentu kepada penyertaan wanita dalam tenaga buruh (Rana
Ejaz Ali Khan dan Tasnim Khan, 2009).
Kajian ini mengupas tentang isu penyertaan yang rendah dalam kalangan tenaga buruh wanita yang turut
memberi kesan kepada masalah kekurangan tenaga buruh di Malaysia. Sekiranya lebih ramai golongan wanita bekerja
(terutama mereka yang berpendidikan dan berkemahiran), pendapatan negara akan meningkat, bilangan penawaran buruh
akan bertambah dan produktiviti juga dijangka akan lebih baik.

5
METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan data primer dan data sekunder. Data-data yang diperolehi bagi
mengkaji faktor-faktor penentu seseorang wanita dalam melibatkan diri di pasaran buruh serta kesan penglibataan wanita
dalam pasaran buruh. Bagi data primer, kajian dilakukan dengan pengedaran borang soalan selidik kepada golongan
wanita yang berkerja dan tidak bekerja di kawasan sekitar Bangi, Selangor untuk mengumpulkan maklumat dan data
daripada responden. Sejumlah 150 responden telah dipilih bagi membantu proses kajian agar dapat dijalankan mengikut
prosedur yang ditetapkan.
Seterusnya, Kajian soal selidik ini mempunyai empat bahagian. Bahagian pertama berkaitan dengan kesanggupan
penglibatan wanita dalam kerjaya. Bahagian kedua berkaitan dengan faktor penentu penglibatan golongan wanita dalam
kerjaya pada masa kini. Bahagian ketiga pula berkaitan dengan kesan penglibatan golongan wanita dalam kerjaya. Akhir
sekali, bahagian keempat berkaitan dengan maklumat demografi responden. Soalan termasuk umur, keturunan, bangsa,
status perkahwinan, bilangan anak dan tahap pendidikan. Bahagian ini membantu kajian dalam melihat penyebab
seseorang responden melibatkan diri dalam bidang kerjaya.
Dapatan kajian daripada soal selidik ini meliputi dua bentuk data iaitu data kuantitatif dan data kualitatif. Data
kuantitatif iaitu data yang diperolehi daripada respon pilihan aneka jawapan dan skala likert yang digunakan dalam item
soal selidik. Kumpulan data ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) bagi huraian dalam bentuk frekuensi, peratus serta min.

6
HASIL KAJIAN

Hasil kajian akan memapaparkan data-data daripada soal selidik terhadap responden yang dilakukan sepanjang
kajian dilakukan. Soalan kajian yang telah ditetapkan di awal kajian akan dijawab melalui analisis ini. Jadual 1
menunjukkan demografi responden.

Jadual 1: Demografi Responden


Demografi Butiran Bilangan Responden Peratus
Umur 21 - 25 63 42.0
26 – 30 33 22.0
31 – 35 25 16.7
36 – 40 16 10.7
> 40 Tahun 13 8.7
Keturunan Melayu 77 51.3
China 32 21.3
India 36 24.0
Lain-lain 5 3.3
Agama Islam 79 52.7
Hindu 28 18.7
Buddha 22 14.7
Kristian 19 12.7
Lain-lain 2 1.3
Status Perkahwinan Bujang 85 56.7
Berkahwin 64 42.7
Janda/Balu 1 0.7
Bilangan Anak Bujang 85 56.7
0 12 8.0
1 15 10.0
2 16 10.7
3 11 7.3
4 6 4.0
5 5 3.3
Tahap Pendidikan SRP 1 0.7
SPM 14 9.3
STPM 9 6.0
DIPLOMA 11 7.3
IJAZAH SARJANAMUDA 103 68.7
IJAZAH SARJANA 9 6.0
DOKTOR FALSAFAH 3 2.0
Pekerjaan Kerajaan 18 12.0
Swasta 39 26.0
Bekerja Sendiri 20 13.3
Tidak Bekerja 9 6.0
Pelajar 60 40.0
Lain-lain 4 2.7
Nota: jumlah sampel adalah n = 150

Merujuk kepada Jadual 1, didapati bahawa taburan responden agak tidak sekata dengan peratusan tertinggi adalah
responden yang berada dalam kumpulan umur 21-25 tahun, iaitu sebanyak 42.0 peratus atau 63 orang. Dari aspek

7
keturunan dan agama responden kajian, didapati sebanyak 51.3 peratus atau 77 responden adalah berbangsa Melayu.
Bilangan responden yang berbangsa Cina dan India adalah masing-masing bersamaan 32 orang (21.3%) dan 26 orang
(24.0%). Selebihnya adalah mereka yang berbangsa Lain-lain. Seperti yang dijangkakan, taburan bangsa adalah selaras
dengan taburan jenis agama kerana responden yang berbangsa Melayu adalah beragama Islam, kebanyakan responden
Cina beragama Buddha dan responden India beragama Hindu berbanding beragama Kristian. Taburan status perkahwinan
responden menunjukkan bahawa seramai 85 orang responden adalah yang masih bujang iaitu meliputi 56.7 peratus.
Selebihnya iaitu seramai 64 orang adalah berkahwin (42.7%) manakala ibu tunggal yang berstatus janda atau balu adalah
seorang (0.7%). Bilangan anak dan tanggungan penting dalam mempengaruhi keputusan wanita samada berkahwin,
pernah berkahwin atau tidak bekerja. Responden yang telah berkahwin peratusannya agak sekata dimana peratusan
tertinggi responden adalah 16 orang (10.7%) iaitu responden yang mempunyai anak seramai 2 orang.
Secara keseluruhannya, semua responden pernah bersekolah di mana mereka yang mengambil SRP hanya
sebanyak 0.7 peratus. Kebanyakan responden (9.3%) telah berjaya menamatkan sekolah menengah dengan mencapai
kelayakan SPM manakala bagi STPM adalah sebanyak (6.0%). Di kalangan responden, yang memiliki Diploma adalah 7.3
peratus dan 68.7 peratus merupakan responden yang memiliki Ijazah Sarjanamuda. Seterusnya, responden yang memiliki
Ijazah sarjana adalah 6.0 peratus dan Doktor Falsafah pula sebanyak 2.0 peratus. Ini bermakna responden yang mencapai
pendidikan tertiari adalah seramai 126 orang. Responden boleh dikenalpasti berada dalam status bekerja jika mereka
menyumbang tenaga kerja di pasaran buruh atau bekerja sendiri untuk mendapatkan samada upah atau pendapatan.
Responden yang tidak bekerja pula mungkin sedang aktif mencari pekerjaan atau boleh tidak mampu menyertai tenaga
kerja kerana merupakan pelajar sepenuh masa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 18 responden (12.0%)
merupakan mereka yang bekerja di sektor kerajaan, 39 responden (26.0%) di sektor swasta, 20 responden (13.3%) bekerja
sendiri dan lain-lain pekerjaan iaitu 4 orang (2.7%). Seramai 9 responden adalah yang tidak bekerja dan 60 responden
masih merupakan pelajar.

Jadual 2: Kesanggupan Penglibatan Wanita Dalam Kerjaya


Min Sisihan Piawai
Saya akan membahagikan masa kerja dan masa peribadi dengan 4.0867 0.4388
seimbang

Saya akan menerima pekerjaan yang jaraknya jauh daripada tempat 3.7000 0.6424
tinggal saya Jadual
2
Saya akan menerima pekerjaan walaupun tidak setaraf dengan tahap 3.7000 0.5992
pendidikan saya

Saya akan menerima upah yang yang diberikan oleh majikan 3.0400 0.5893
walaupun kadar upah tersebut rendah

Saya akan terus bekerja walaupun umur saya semakin meningkat 3.9133 0.6232

Saya akan bekerja walaupun terpaksa mengurangkan masa bersama 3.5933 0.7780
ahli keluarga

Saya akan menerima pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut 3.7133 0.7626


mempunyai risiko yang agak tinggi

Saya akan menerima pekerjaan walaupun majikan tidak memberikan 2.4933 0.8171
sebarang pampasan selepas berhenti

Saya akan berkerja walaupun pendapatan isi rumah telah mencukupi


8 3.9600 0.4616
untuk perbelanjaan bulanan
menunjukkan butiran mengenai min dan sisihan piawai bagi kesanggupan penglibatan wanita dalam kerjaya. Dapatan
mendapati butiran yang mempunyai tahap skor min tertinggi ialah butiran “saya akan membahagikan masa kerja dan masa
peribadi dengan seimbang” iaitu 4.086 yang menunjukkan majoriti responden adalah setuju dengan sisihan piawai 0.4388
dimana dapatan ini adalah bertentangan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Rahmah Ismail & Chamhuri Siwar,
(2000). Seterusnya, butiran yang mempunyai min kedua tertinggi ialah butiran “saya akan berkerja walaupun pendapatan
isi rumah telah mencukupi untuk perbelanjaan bulanan” iaitu 3.9600 dengan sisihan piawai 0.4616, bagi min ketiga
tertinggi pula ialah bagi butiran “saya akan terus bekerja walaupun umur saya semakin meningkat” iaitu 3.9133 (0.6232)
dimana kedua-dua butiran tersebut juga menunjukkan majoriti responden adalah bersetuju. Dapatan ini adalah selari
dengan kajian yang telah dilakukan oleh Rana Ejaz Ali Khan dan Tasnim Khan, (2009). Diikuti dengan min seterusnya
iaitu butiran “saya akan menerima pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut mempunyai risiko yang agak tinggi” iaitu
3.7133 yang menunjukkan majoriti responden adalah setuju dengan sisihan piawai 0.7626.
Tahap skor min sederhana tinggi ialah butiran “saya akan menerima pekerjaan yang jaraknya jauh daripada
tempat tinggal saya” dan “saya akan menerima pekerjaan walaupun tidak setaraf dengan tahap pendidikan saya”. Kedua-
duanya adalah 3.7000 yang menunjukkan majoriti responden adalah setuju dengan sisihan piawainya 0.6424 dan 0.5992.
Dapatan ini adalah selari dengan kajian yang telah dilakukan oleh Rana Ejaz Ali Khan dan Tasnim Khan, (2009). Nilai
min ketiga terendah ialah butiran “saya akan bekerja walaupun terpaksa mengurangkan masa bersama ahli keluarga” iaitu
3.5933 yang menunjukkan majoriti responden juga adalah setuju dengan sisihan piawai 0.7780. Min kedua terendah ialah
butiran “saya akan menerima upah yang yang diberikan oleh majikan walaupun kadar upah tersebut rendah” iaitu 3.0400
(0.5893). Dapatan ini adalah selari dengan kajian yang telah dilakukan oleh Fatma Guven Lisaniler dan Feyza Bhatti
(2005). Nilai min terendah ialah “saya akan menerima pekerjaan walaupun majikan tidak memberikan sebarang pampasan
selepas berhenti” iaitu sebanyak 2.4933 (0.8171). Kedua-dua butiran tersebut menunjukkan majoriti responden adalah
tidak pasti.

Jadual 3: Faktor Penentu Penglibatan Golongan Wanita Dalam Kerjaya Pada Masa Kini

Min Sisihan Piawai


Saya akan memilih pekerjaan yang berkaitan dengan minat saya 3.9067 0.5716
walaupun agak berisiko

Saya akan memilih pekerjaan yang sesuai dengan tahap pendidikan 3.3333 0.6094
saya

Saya berkerja untuk menambahkan pendapatan isi rumah 4.1667 0.4549

Saya bekerja untuk mempelajari sesuatu yang baru walaupun 4.0200 0.5731
pekerjaan tersebut bertentangan dengan tahap pendidikan saya

Saya akan memilih pekerjaan yang jaraknya agak berhampiran 3.1067 0.6361
dengan tempat tinggal walaupun gaji yang ditawarkan rendah

Saya bekerja kerana ingin mengisi masa lapang yang terluang 3.7867 0.6911

Jadual 3 merujuk kepada min dan sisihan piawai bagi faktor penentu penglibatan golongan wanita dalam kerjaya
pada masa kini. Didapati butiran yang mempunyai tahap skor min tertinggi ialah butiran “Saya berkerja untuk
menambahkan pendapatan isi rumah” iaitu 4.1667 yang menunjukkan majoriti responden adalah setuju dengan sisihan
piawai 0.4549. Dapatan ini adalah selari dengan kajian yang telah dilakukan oleh Rana Ejaz Ali Khan dan Tasnim Khan,

9
(2009). Min kedua pula tertinggi ialah butiran “Saya bekerja untuk mempelajari sesuatu yang baru walaupun pekerjaan
tersebut bertentangan dengan tahap pendidikan saya” iaitu 4.0200 dengan sisihan piawai 0.5731, bagi min ketiga tertinggi
ialah butiran “Saya akan memilih pekerjaan yang berkaitan dengan minat saya walaupun agak berisiko” iaitu 3.9067
dengan sisihan piawai 0.5716 dimana kedua-dua butiran tersebut majoriti responden adalah bersetuju. Dapatan ini juga
adalah selari dengan kajian yang telah dilakukan oleh Rana Ejaz Ali Khan dan Tasnim Khan, (2009). Manakala, min
ketiga terendah ialah butiran “Saya bekerja kerana ingin mengisi masa lapang yang terluang” iaitu 3.7867 yang
menunjukkan majoriti responden juga adalah setuju dengan sisihan piawai 0.6911. Min kedua terendah ialah butiran “Saya
akan memilih pekerjaan yang sesuai dengan tahap pendidikan saya” iaitu 3.3333 dengan sisihan piawai 0.6094 serta bagi
min terendah ialah butiran “Saya akan memilih pekerjaan yang jaraknya agak berhampiran dengan tempat tinggal
walaupun gaji yang ditawarkan rendah” iaitu 3.1067 dengan sisihan piawai 0.6361 dimana kedua-dua butiran tersebut
majoriti responden adalah tidak pasti. Dapatan bagi jarak tempat tinggal adalah signifikan dengan kajian yang dilakukan
oleh Fatma Guven Lisaniler dan Feyza Bhatti (2005).

Jadual 4: Kesan Penglibatan Golongan Wanita Dalam Kerjaya

Min Sisihan Piawai


Dapat mempelajari sesuatu pekerjaan yang baru 4.1533 0.3969

Dapat menambahkan pengalaman yang sedia ada 4.1400 0.4339

Dapat merealisasikan minat serta impian yang ingin dicapai 4.0600 0.5584

Wanita berpendidikan tinggi dapat menyumbang kepada 4.1267 0.5089


pembangunan negara agar menjadi sebuah negara yang maju

Martabat wanita dapat di tingkatkan di mana wanita diberi peluang 4.1200 0.5546
menjawat jawatan yang tinggi dalam sesebuah pentadbiran

Dapat mengurangkan diskriminasi diantara lelaki dan wanita di 3.8200 0.7514


tempat kerja

Dapat mengubah perspektif majikan terhadap keupayaan wanita 3.8933 0.7248


dalam sesuatu kerjaya yang berisiko tinggi

Dapat mengubah taraf hidup bagi menampung kos sara hidup 4.1867 0.4689

Jadual 4 menunjukkan butiran mengenai min dan sisihan piawai kesan penglibatan golongan wanita dalam
kerjaya. Didapati butiran yang mempunyai tahap skor min tertinggi ialah butiran “dapat mengubah taraf hidup bagi
menampung kos sara hidup” iaitu 4.1867 yang menunjukkan majoriti responden adalah setuju dengan sisihan piawai
0.4689 dimana dapatan ini adalah selari dengan kajian yang telah dilakukan oleh Rana Ejaz Ali Khan dan Tasnim Khan,
(2009). Min kedua tertinggi ialah butiran “dapat mempelajari sesuatu pekerjaan yang baru” iaitu 4.1533 dengan sisihan
piawai 0.3969, bagi min ketiga tertinggi pula ialah butiran “dapat menambahkan pengalaman yang sedia ada” iaitu 4.1400
dengan sisihan piawai 0.4339. Kedua-dua dapatan tersebut majoriti responden juga adalah setuju. Seterusnya, min
sederhana tinggi ialah butiran “Wanita berpendidikan tinggi dapat menyumbang kepada pembangunan negara agar
menjadi sebuah negara yang maju” serta butiran “Martabat wanita dapat di tingkatkan di mana wanita diberi peluang
menjawat jawatan yang tinggi dalam sesebuah pentadbiran” iaitu 4.1267 dan 4.1200 dengan sisihan piawai 0.5089 dan
0.5546. Kedua-dua dapatan tersebut majoriti responden juga adalah setuju. Bagi min ketiga terendah pula ialah butiran

10
“Dapat merealisasikan minat serta impian yang ingin dicapai” iaitu 4.0600 dengan sisihan piawai 0.5584. Min kedua
terendah ialah butiran “Dapat mengubah perspektif majikan terhadap keupayaan wanita dalam sesuatu kerjaya yang
berisiko tinggi” iaitu 3.8933 dengan sisihan piawai 0.7248. Nilai min terendah ialah butiran “Dapat mengurangkan
diskriminasi diantara lelaki dan wanita di tempat kerja” iaitu 3.8200 dengan sisihan piawai 0.7514. Ketiga-tiga dapatan
tersebut majoriti responden juga adalah setuju.

11
PERBINCANGAN

Hasil dapatan menunjukkan golongan wanita bersependapat bahawa mereka mampu untuk membahagikan masa
kerja dan masa peribadi dengan seimbang kerana kebanyakkan wanita pada masa kini mampu untuk membahagikan masa
kerja dan masa peribadi dengan seimbang kerana mereka mempunyai masa kerja yang flesksibel dimana pada masa kini
lebih ramai wanita yang bekerja hanya dari rumah sahaja. Seterusnya, majoriti daripada mereka bersetuju untuk berkerja
walaupun pendapatan isi rumah telah mencukupi untuk perbelanjaan bulanan serta terus bekerja walaupun umur mereka
semakin meningkat. Responden juga bersetuju dalam menerima pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut mempunyai risiko
yang agak tinggi kerana pada masa kini ramai wanita yang mengambil alih pekerjaan lelaki seperti memandu bas, lori dan
lain-lain. Perkara ini menunjukkan mereka sanggup mengambil risiko yang tinggi tanpa mengira pekerjaan tersebut
asalkan mereka memperoleh upah yang setimpal dengan usaha mereka dan mampu menampung kehidupan seharian
mereka.
Mereka juga merasakan bahawa mereka bersetuju untuk menerima pekerjaan yang jaraknya jauh daripada tempat
tinggal mereka dan mereka sanggup menerima sesuatu pekerjaan walaupun ia tidak setaraf dengan tahap pendidikan
mereka. Hal ini disebabkan oleh wanita kini sudah tidak berapa peduli dengan jarak diantara tempat tinggal dan tempat
kerja asalkan kadar upah yang diterimanya adalah tinggi dan setimpal dengan kerja yang dilakukan. Dapatan ini
menunjukkan majoriti pekerja dari kalangan wanita tidak memilih pekerjaan yang setaraf dengan pendidikan mereka
namun niat mereka hanya untuk bekerja bagi menambahkan pendapatan dan pengalaman mereka. Mereka juga bersetuju
dimana mereka sanggup bekerja walaupun terpaksa mengurangkan masa bersama ahli keluarga disebabkan oleh kos sara
hidup pada masa kini adalah tinggi lebih-lebih lagi bagi wanita yang telah berkahwin dimana mereka harus bekerja keras
untuk menyara anak-anak yang masih kecil atau yang bersekolah. Pendapatan tersebut juga akan digunakan untuk
kegunaan harian seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan keperluan asas yang lain.
Selain itu, majoriti daripada mereka kurang pasti dalam menerima upah yang yang diberikan oleh majikan
walaupun kadar upah tersebut rendah serta menerima pekerjaan dimana majikan tidak memberikan sebarang pampasan
selepas berhenti. Secara jujurnya setiap pekerja meninginkan pampasan tidak kira lelaki atau wanita kerana ia merupakan
perhargaan kepada mereka setelah berkhidmat sekian lama di tempat kerja. Pampasan itu juga dijadikan perbelanjaan
untuk menanggung kos sara hidup dari bulan ke bulan setelah mereka pencen kelak. Manakala, majoriti daripada
responden bersetuju untuk berkerja mempelajari sesuatu yang baru walaupun pekerjaan tersebut bertentangan dengan
tahap pendidikan mereka serta mereka sanggup untuk mengambil risiko yang agak tinggi demi pekerjaan yang mereka
minati.
Seterusnya, golongan wanita bersetuju untuk bekerja kerana ingin mengisi masa lapang yang terluang. Menurut
mereka daripada mereka menghabiskan masa lapang dirumah lebih baik mereka bekerja walaupun kerja tersebut hanya
urusan jual beli secara atas lain. Terdapat juga golongan wanita yang kurang pasti dalam memilih pekerjaan yang sesuai
dengan tahap pendidikan mereka serta memilih pekerjaan yang jaraknya agak berhampiran dengan tempat tinggal
walaupun gaji yang ditawarkan rendah. Rata-rata golongan wanita ini bersetuju dimana dengan penglibatan wanita dalam
kerjaya dapat mengubah taraf hidup bagi menampung kos sara hidup mereka, juga mampu mempelajari sesuatu pekerjaan
yang baru serta menambahkan pengalaman yang sedia ada. Wanita berpendidikan tinggi serta melibatkan diri dalam
kerjaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dimana martabat wanita
dapat di tingkatkan. Kini wanita diberi peluang menjawat jawatan yang tinggi dalam sesebuah pentadbiran. Mereka juga

12
dapat mengubah perspektif majikan terhadap keupayaan wanita dalam sesuatu kerjaya yang berisiko tinggi serta dapat
mengurangkan diskriminasi diantara lelaki dan wanita di tempat kerja.

13
KESIMPULAN

Kajian mengkaji faktor-faktor penentu penglibatan wanita dalam kerjaya dimana hasil kajian mendapati bahawa
penglibatan wanita dalam kerjaya memberi kesan kepada tenaga buruh. Seseorang wanita sama ada yang bujang atau
berkahwin akan memutuskan untuk menyertai tenaga kerja apabila kadar upah adalah setimpal dengan usahanya tidak kira
pekerjaan tersebut sesuai atau tidak dengan tahap pendidikan. Seterusnya, desakan bagi wanita untuk keluar bekerja
menjadi lebih kuat jika pendapatan suami atau isi rumah adalah kecil dan kedudukan kewangan isi rumah tidak
mencukupi. Hal ini kerana wanita tersebut merasakan perlu membantu dalam mengurangkan bebanan hidup dan
tanggungan isi rumah. Walau bagaimanapun, keputusan untuk menyertai tenaga kerja ini sudah tidak lagi bergantung
kepada jarak tempat kerja daengan tempat tinggal dimana pada masa kini majoriti responden sanggup untuk bekerja
dengan jarak yang jauh asalkan kadar upah yang diterimanya adalah setimpal.
Seterusnya, Terdapat juga faktor-faktor lain seperti minat dalam pekerjaan yang berisiko tinggi dimana
sesetengah wanita berminat dalam melakukan kerja-kerja berisiko seperti kontraktor yang perlu ke site yang dikelilingi
dengan bangunan-bangunan tinggi, memandu kenderaan berat seperti bas atau lori dimana mereka akan mengalami
kerkurangan tidur kerana terpaksa mamandu dalam jarak yang jauh. Perkara ini menunjukkan bahawa wanita zaman
moden ini sanggup bekerja demi mencari sesuap nasi walaupun pekerjaan tersebut berisiko. Kita juga dapat melihat
bahawa sistem pendidikan yang ada kini menunjukkan bahawa kebanyakkan golongan wanita lebih berjaya berbanding
golongan lelaki. Contohnya, seperti di alam universiti sama ada universiti awam mahupun swasta, majoriti pelajar adalah
daripada kalangan wanita. Ini menunjukkan bahawa wanita masa kini sedar akan kepentingan pendidikan memandangkan
pekerjaan masa kini melihat kepada taraf pendidikan seseorang. Oleh itu, ramai wanita yang telah dididik dari kecil lagi
agar sentiasa mementingkan pendidikan kerana ia akan menjamin pekerjaan masa hadapan kelak.
Antara cadangan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita, khususnya yang
berkahwin dalam pasaran buruh, berikut adalah cadangan yang mungkin boleh diberi perhatian. Pertama, walaupun wanita
pada masa kini tidak menghiraukan jarak diantara tempat kerja dengan tempat tinggal tetapi kerajaan perlulah
meningkatkan penyediaan peluang pekerjaan yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal wanita melalui pembinaan
kawasan perindustrian yang lebih banyak agar dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada wanita
berkahwin yang tinggal berdekatan, Kedua, walaupun wanita pada masa kini suka bekerja daripada rumah, kerajaan
perlulah menyediakan lebih banyak tempat jagaan anak yang berkualiti. Jagaan anak selain jagaan oleh ahli keluarga, yang
boleh dipercayai, bagus, dan berkualiti selalunya sukar untuk diperolehi atau jika adapun, terlalu mahal, terutama bagi isi
rumah yang berpendapatan rendah. Hal ini kerana masih ramai lagi wanita yang terpaksa menghantar anak ke tempat
jagaan kerana tidak bekerja dari rumah. Selaras dengan kesediaan terhadap visi kerajaan ke arah negara berpendapatan
tinggi dan Negara maju pada tahun 2020, di samping menangani isu globalisasi, potensi kaum wanita ini perlu diberi
perhatian serius. Penarikan lebih ramai wanita berkahwin ke dalam guna tenaga bermakna dapat mengurangkan
kebergantungan negara kepada buruh asing, khususnya pendatang tanpa izin. Ini akan membantu kepada penjimatan
pertukaran asing dan mengurangkan masalah jenayah berkaitan buruh asing yang semakin kerap berlaku.

14
Rujukan

Department of Statistics Malaysia. (2012). Labour Force Survey Report, Malaysia 2012.

Fatma Guven Lisaniler dan Feyza Bhatti. 2005. Determinants of Female Labour Force Participation: A Study of North
Cyprus. Review of Social, Economics & Business Studies, Vol.5/6, 2009-226.

Geetha Subramaniam. 2011. Flexible working arrangements in Malaysia and the participation of women in the labour
force. Victoria University of Wellington.

Lim hock Eam, Zalina M. Mohaideen dan Norehan Abdullah. 2003. Penyertaan tenaga buruh wanita berkahwin di Kedah:
Kesan faktor agama, anak, dan pendidikan. Jurnal Ekonomi Malaysia 37: 49- 79.

Massimiliano Bratti. 2003. Female Labour Force Participation and Marital Fertility of Italian Women: The Role of
Education. Journal of Population Economics, vol. 16, issue 3, pp. 525-554.

Norehan Abdullah, Rahmah Ismail, Zulridah Mohd Noor dan Fariza Ahmad. 2012. Kebarangkalian Bekerja Wanita
Berkahwin di Malaysia (Probability of Working among Married Woman in Malaysia). Jurnal Ekonomi Malaysia,
46(1), 107-117.

Rahmah Ismail & Chamhuri Siwar. 2000. Penentu Penawaran Buruh dan Pendapatan Wanita: Kajian Kes Sahabat Amanah
Ikhtiar Malaysia” Pasca Sidang Bengkel Hasil Penyelidikan Kumpulan Wang Pengajian Pembangunan (Bank of
Tokyo), Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Rana Ejaz Ali Khan dan Tasnim Khan. 2009. Labor force participation of married women in Punjab (Pakistan). Journal of
Economic and Social Research, 11(2), 77–106.

Richard J. Cebula dan Christopher K. Coombs. (2007). Recent Evidence on Factors Influencing the Female Labor Force
Participation Rate. Journal of Labor Research, 29(3), 272–284.

Sara de la Rica, Ma Dolores Ferrero. 2003. The effect of fertility on labour force participation: The Spanish
Evidence: Spanish Economic Review, Vol. 5, 153–172

Suhaida Mohd Amin, Mohd Faizal P. Rameli, Norafifah Ab Hamid, Abdul Qayuum Abdul Razak dan Nor Azlina Abd
Wahab. 2010. Participation Rate by Gender in Malaysia’s Workforce. Eubios Journal Of Asian and International
Bioethics (EJAIB), 20(6), 226.

Suhaida Mohd Amin, Nurulhuda Mohd Satar dan Yap Su Fei. 2013. Access to ICT as Moderating Factor to Women’s
Participation in the Labor Force: A Conceptual Framework. International Journal of Trade, Economics and
Finance, 4(4), 197–201.

15
Tomas Ko¨gel. 2003. Did The Association Between Fertility and Female Employment Within OECD Countries Really
Change its Sign? Journal of Population Economics 17:45–65.

Toseef Azid, Muhammad Aslam, dan Muhammad Omer Chaudhary. 2001. Poverty, Female Labour Force Participation,
and Cottage Industry: A case study of cloth embroidery in Rural Multan. The Pakistan Development Review,
40:4, p 1105-1118.

UNDP. (2010). Power, Voice and Rights : A Turning Point for Gender Equality in Asia and the Pacific (p. 60).

Vinod Mishra, Ingrid Nielsen dan Russell Smyth. 2009. On The Relationship Between Female Labour Force Participation
and Fertility in G7 Countries. Evidence from Panel Cointegration and Granger Causality. Springer-Verlag 2009.

World Bank. 2012. World Development Indicators : Regional Highlights. 2012 (p. 8). Retrieved from
data.worldbank.org

16

You might also like