You are on page 1of 1

Surau Al-Fateh

No. 28, Jalan Tasik Senangin 1/13,


Bandar Tasik Senangin,
71750 Lenggeng Negeri Sembilan
suraualfatehbts@gmail.com

Rujukan Tuan :
Ruj. Kami: PEMBSALF/MHNSU/8/6/2023( 3 )
Tarikh : 08 JUN 2023

YB. Ustaz Suhaimi HJ Kassim


Ahli ·Dewan Undangan Negeri (N09)
Pejabat ADUN Lenggeng,
71750 Lenggeng, Negeri Sembilan

Yang Berhormat,

MEMOHON DERMA/SUMBANGAN DANA UNTUK PEMBINAAN SURAU AL-FATEH


BANDAR TASIK SENANGIN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Jawatankuasa Pembangunan Surau Al-Fateh sedang berusaha


mendapatkan dana sumbangan ikhlas bagi membina surau yang berada di Seksyen 1,
Bandar Tasik Senangin.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak Yang
Berhormat bagi menampung kos dan perbelanjaan pembinaan surau tersebut.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun :

Nama Pemilik Akaun : Pembangunan Surau Al-Fateh


Nama Bank : BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA (BANK RAKYAT)
No. Akaun : 1139 4100 1538
4. Untuk makluman pihak Yang Berhormat, kebenaran untuk mengutip
sumbangan dana ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan. Nombor rujukan kebenaran : JHEAINS.196(09)BPMS.389/3 Jld.6 (50). Jika
pihak Yang Berhormat memerlukan salinan resit pembayaran derma, sila hubungi
Bendahari Pembangunan Surau Al-Fateh En. Nadzron bin Abd Hamid@Majid (013-
3301244).

5. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan Rahmatnya di atas sumbangan


derma ikhlas pihak Yang Berhormat.

Sekian terima kasih.

( MOHD NASIRUDDIN BIN YAAKOB )


Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Surau Al-Fateh, Bandar Tasik Senangin

You might also like