You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT GURU SMK (P) METHODIST MELAKA


BIL 4/ 2022
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID

Tarikh : 13 September 2022


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan MGSS

Agenda :

1. Ucapan PK HEM
1.1 Lembaga Disiplin
Untuk memastikan disiplin pelajar terkawal dan mengurangkan kes salah laku,
semua guru diminta mengawal pergerakan pelajar dengan baik dan melaporkan kes
salah laku kepada Lembaga Disiplin.

Tindakan: Semua Guru

1.2 SSDM
Semua guru mengisi amalan baik pelajar dalam SSDM sekurang-kurang 5 kali
sebulan supaya mencapai sasaran 10 ribu isian SSDM dalam setahun.

Tindakan: Semua Guru

1.3 APDM
En Loh Poh Seng mengingatkan semua guru tingkatan untuk kemas kini kehadiran
pelajar setiap hari sebelum pukul 9.00 pagi. Penyelaras Tingkatan perlu menyemak
laporan kehadiran setiap bulan dan memaklumkan pelajar ponteng kepada pihak
kaunseler.

Tindakan: Semua Guru

1.4 Bantuan Biasiswa


Semua guru perlu berlaku adil semasa memproses permohonan bantuan biasiswa
oleh pelajar supaya pelajar yang layak tidak tericicir.

Tindakan: Semua Guru

1.5 Kantin Sekolah


En Loh Poh Seng memaklumkan Kantin A (cina) sudah mula beroperasi pada
12.9.2022. Beliau berharap AJK Kantin memastikan kebersihan kantin terjamin
untuk mengelakkan kes keracunan makanan.

Tindakan: AJK Kantin

1.6 Keceriaan Bilik Darjah


Guru tingkatan harus memastikan bilik darjah sentiasa dalam keadaan bersih dan
ceria. Papan Kenyataan perlu dilengkapkan dengan jadual bertugas harian dan
maklumat terkini yang penting.

Tindakan: Guru Tingkatan


. 1.7 Sekolah Selamat
En Loh Poh Seng mengingatkan latihan kebakaran perlu dilakukan 2 kali setahun
dan laluan keselamatan perlu dilabel dengan jelas.

Tindakan: AJK Kebakaran

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.30 petang.

Disediakan oleh Disahkan oleh: Disahkan oleh:

…………………… ……………………….. …………………….


En Teh Eng Aun En Loh Poh Seng Pn Hjh Rohana Abdul Aziz
( SU HEM ) ( GPK HEM ) ( Pemangku Pengetua )

You might also like