You are on page 1of 18

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM

SEKOLAH MENENGAH
DAERAH HILIR PERAK
______________________________________________________________________
Bil. Mesyuarat : 3 Tahun 2018
Tarikh : 1 Ogos 2018 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
Tempat : Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak
Senarai Kehadiran : Sila rujuk lampiran
______________________________________________________________________

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa
mesyuarat ke Mesyuarat Kurikulum Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak
kali ke-3.

1.2 Beliau memohon maaf atas penangguhan tarikh mesyuarat sebelum ini atas
sebab beliau terlibat dengan urusan rasmi di JPN.

1.3 Beliau merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada mantan
pengetua SMK Convent Pn. Hajjah Aminah bt Idris yang bersara pada 31 Julai
2018 yang lalu kerana perkhidmatan cemerlang beliau selama 33 tahun
berkhidmat.

Perkara 1.1-1.3 Makluman

1.4 Semua pegawai perlu hadir dan bersedia semasa menghadiri mana-mana
mesyuarat. Persediaan yang secukupnya dalam semua aspek
menggambarkan kesungguhan kita untuk menghadiri mesyuarat di setiap
peringkat. Para pejawat awam perlu sentiasa cemerlang dalam kerja buat
mereka. Para pegawai perlu hadir ke mesyuarat atau majlis rasmi waimah ke
perhimpunan sekolah, sekiranya gagal pegawai perlu kemukakan surat tunjuk
sebab.

Tindakan: Makluman

1.5 Beliau mengingatkan mana-mana sekolah yang mendapat teguran audit perlu
disemak semula dan dibaiki dalam kadar segera supaya tidak dikenakan audit
berteguran. Sehubungan hal itu, pengetua perlu menahan gaji para pegawai
yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut tanpa sebab justeru sikap
tolerasi perlu dielakkan kepada para pegawai yang bermasalah.

Tindakan: Semua Pengetua

1
1.6 Beliau mengingatkan semua pengetua agar pembelian barangan ICT perlu
meminta kebenaran daripada pihak JPN. Berikutan hal itu, semua PT
kewangan akan dipanggil untuk membincangkan pengurusan kewangan di
sekolah bagi mengelakkan audit berteguran.

Tindakan: Semua Pengetua

1.7 Beliau mengingatkan semua pengetua agar memberi keutamaan terhadap


mana-mana kerosakan dalam bilik darjah terutama di makmal komputer yang
mempunyai pendingin hawa yang boleh menyebabkan murid tidak kondusif.
Sehubungan hal itu, penambahan pendingin hawa di sekolah perlu mendapat
kelulusan daripada pihak JKR supaya tidak menjejaskan bekalan elektrik di
sekolah. Sekolah yang mempunyai peruntukan untuk membuat permohonan
perolehan ICT disarankan supaya menggunakan peruntukan itu untuk
menggalakkan penggunaan ICT di dalam PdPc di sekolah.

Tindakan: Semua Pengetua

1.8 Beliau mengingatkan pengetua dan pegawai agar mematuhi prosedur


penulisan surat rasmi terutama surat ke JPN. Surat dari sekolah ke JPN perlu
melalui pengetua sebagai pengetahuan pihak pengetua. Sekiranya surat
ditandatangani oleh Penolong Kanan perlulah bagi pihak (b.p) pengetua.
Panggilan hormat juga perlulah diberi perhatian seperti ‘Yang Berbahagia
Datuk’ untuk Pengarah. Pihak sekolah perlu merujuk pihak PPD sekiranya
terdapat kemusykilan berkaitan perkara tersebut.

Tindakan: Makluman

1.9 Beliau mengingatkan ahli mesyuarat supaya memaklumkan kepada beliau


sekiranya menjemput mana-mana tetamu kehormat atau ahli Exco ke majlis
atau program tertentu yang dianjurkan oleh pihak sekolah agar pegawai PPD
dapat bersama-sama dalam majlis tersebut dan menunjukkan kebersamaan
PPD dalam mana-mana majlis atau program.

Tindakan: Makluman

1.10 Aktiviti NGO yang melibatkan pelajar sekolah perlu melalui PPD terutama
program yang diadakan di daerah. Surat tunjuk sebab perlu dikemukakan
kepada beliau sekiranya gagal berbuat demikian.

Tindakan: Makluman

1.11 Setiap sekolah perlu mengaktifkan sudut pidato. Penyampaian pidato dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh dalam pelbagai bentuk. Sekolah
yang telah ada sudut pidato bagi sekolah rendah ialah SK Seri Intan manakala
sekolah menengah ialah SMK Convent.

Tindakan: Semua Pengetua

2
1.12 Beliau mengingatkan ahli mesyuarat agar bertindak segera dalam sebarang
tindakan. Kes-kes yang berlaku di sekolah atau di daerah perlu dilaporkan
dalam kadar segera dan tidak tertakluk kepada tempoh masa 1, 3, 7 hari. Hal
ini bagi mengelakkan satu-satu kes diviralkan. Beliau mengingatkan guru-
guru supaya tidak bertindak keterlaluan sehingga menyebabkan kecederaan
fizikal terutama dalam kalangan murid sekolah rendah. Penggunaan rotan
dilarang sama sekali kecuali pihak pengetua, guru besar dan orang yang diberi
kuasa. Harapan Menteri Pendidikan agar sekolah menjadi tempat yang
mengamalkan ‘happiness, love and mutual respect’.

Tindakan: Makluman

1.13 Beliau mengingatkan semua pengetua agar membuat penilaian dan


mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan secara berterusan
dalam pencapaian kemenjadian murid. Kerja utama dalam kurikulum ialah
menyelesaikan isu murid tidak capai tahap minimum dalam UPSR, PT3 dan
SPM untuk setiap mata pelajaran. Task Force bagi tujuan penambah baik
secara berterusan perlu dilaksanakan sekiranya murid berada pada tahap 1
dan tahap 2 terutama SMK Kampung Bahagia yang menjadi rintis KSSM 100
peratus.

Tindakan: Makluman

1.14 Status pencapaian semua E dalam UPSR dan semua E dalam PT3 mesti
diberi fokus utama pihak sekolah. Pihak kaunseling akan menguruskan psiko
sosial bagi murid yang tidak mencapai tahap minimum (Tahap 1 dan Tahap
2) bagi pelajar UPSR dan Tahap E untuk pelajar PT3. Beliau juga
memaklumkan bahawa terdapat seramai 10 peratus murid di daerah Hilir
Perak menghadapi masalah learning difficulties (LD). Isu ini perlulah
dimaklumkan kepada keluarga pelajar berkenaan agar tindakan susulan boleh
diambil oleh keluarga pelajar berkenaan. Namun demikian sekiranya tiada
sebarang tindakan diambil oleh keluarga pelajar tersebut, data tersebut
hendaklah disimpan atau direkodkan bagi tujuan perkara berbangkit.
Pengetua juga boleh memantau PdPc guru yang mengajar kelas pelajar-
pelajar yang tidak capai tahap tersebut supaya dapat melihat tindakan yang
diambil oleh guru terhadap murid yang tidak capai.

Tindakan: Semua Pengetua

1.15 Beliau memaklumkan bahawa kualiti pendidikan dapat ditingkatkan dengan


memperkasa panitia mata pelajaran di sekolah. Setiap sekolah memberi
tumpuan terhadap mata pelajaran yang layak dapat sijil iaitu Bahasa Melayu
dan Sejarah dalam peperiksaan SPM. Murid normal tetapi gagal dalam
kedua-dua mata pelajaran tersebut perlulah diberi perhatian kerana fokus
utama dalam SPM ialah kuantiti (minimum layak mendapat sijil) dan fokus
kedua ialah kualiti (jumlah semua A). PDCA perlu dibuat jika ada pelajar yang

3
near-miss dalam mana-mana mata pelajaran. Dalam hal ini, guru-guru
Tingkatan 6 juga akan dipanggil untuk melihat pencapaian STPM.

Tindakan: Semua Pengetua

1.16 Ahli Jawatankuasa Kurikulum di sekolah sering berubah. Oleh itu beliau
berharap agar guru-guru lama perlu memastikan guru-guru baharu terutama
guru bukan opsyen dan tidak berpengalaman membudayakan PLC secara
tekal dalam setiap mata pelajaran.

Tindakan: Makluman

1.17 Beliau juga mengingatkan semua ahli mesyuarat supaya sentiasa ingat akan
Strategi KPM iaitu Dialog Prestasi, TS25 dan PLC. Beliau juga memaklumkan
bahawa penggunaan istilah TS bukan lagi sebagai kata nama tetapi kata kerja
dan peruntukan TS25 telah pun diturunkan sebanyak RM8 per kepala.

Tindakan: Makluman

1.18 Beliau juga menggalakkan semua sekolah menggunakan modul online


(www.mindaperak.com) dan pemantauan penggunaan modul sebagai
sokongan hendaklah dilakukan oleh PGB secara berterusan.

Tindakan: Makluman

1.19 Pelaksanaan Intervensi TIMSS akan dijalankan mulai Julai hingga Ogos bagi
SMK San Min yang terpilih sebagai wakil negara.

Tindakan: Makluman

1.20 Beliau memaklumkan bahawa Penataran Kurikulum Standard Sekolah


Menengah (KSSM) peringkat daerah akan dijalankan pada bulan Julai dan
Ogos. Tindakan perlu dilaksanakan oleh Ketua Panitia yang hadir.

Tindakan: Makluman

1.21 Beliau juga memaklumkan bahawa Jerayawara (roadshow) Ketua Pengarah


KPM akan bermula pada 14 Ogos 2018. Semua PGB perlu bersiap sedia dan
perlu memaklumkan kepada guru-guru supaya bersedia bagi perkara asas
(buku rekod). Guru hadir dan bersedia untuk PdPc serta memastikan keadaan
kelas yang kondusif dan penekanan PAK 21 dalam aktiviti guru.

Tindakan: Makluman

1.22 Beliau menyampaikan pesanan daripada KSU KPM Dato’ Dr. Mohd Ghazali
bin Abas bahawa:

1.22.1 Penjawat awam perlu patuh kepada kerajaan baharu. Beg berat
bukan sesuatu isu. Berikutan hal tersebut buku kerja tidak digalakkan
dan bukan diwajibkan. Penggunaan kasut hitam tiada arahan
mewajibkan penggunaannya.
4
1.22.2 Perbelanjaan perlu berhemah.

1.22.3 Menteri Pendidikan akan mengadakan lawatan ke agensi kerajaan.

1.22.4 Logo 1M, Sijil 1M dan penggunaan Pin 1M tidak dibenarkan.

1.22.5 Gambar pemimpin kerajaan lama mesti diturunkan

1.22.6 Ucapan salam Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahaja


digunakan dalam majlis atau mesyuarat rasmi.

1.22.7 Kebersihan pejabat perlu ditingkatkan dan ruang pejabat yang kosong
perlu diambil tindakan sewajarnya.

Tindakan: Makluman

1.23 Beliau memaklumkan bahawa tarikh pengisian markah dalam aplikasi SAPS
bermula pada 13 September 2018 untuk peperiksaan Percubaan SPM dan 1
November 2018 untuk Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4. Beliau
mengingatkan ahli mesyuarat agar tidak mengisi markah pada saat-saat akhir
bagi mengelakkan masalah berkaitan talian internet dan server. Sila guna
pakai tarikh akhir pengisian SAPS yang disarankan oleh PPD iaitu 27
September 2018 bagi peperiksaan Percubaan SPM dan 16 November 2018
bagi Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4. Sebarang perubahan tarikh akan
dimaklumkan dari masa ke semasa. Pemantauan daripada pihak PPD akan
dijalankan bagi memastikan semua sekolah berjaya mengisi markah dengan
lengkap.

Tindakan: Makluman

1.24 Beliau memaklumkan bahawa Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik


Darjah boleh dimuat turun melalui portal BPK (Bahagian Pembangunan
Kurikulum) di pautan bpk.moe.gov.my. Pihak sekolah perlu memastikan
semua guru telah berbuat demikian kerana perkara tersebut telah
dimaklumkan dalam portal JPN dan PPD pada 10 Julai 2018.

Tindakan: Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA


KURIKULUM DAERAH BILANGAN 2 TAHUN 2018

Setiausaha telah membentangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah


Hilir Perak Bilangan 2 Tahun 2018 sebanyak 13 halaman.

Cadangan : Pengetua SMK Dato’ Sagor


Sokongan : Pengetua SMK Sultan Abdullah

5
3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Para 1.2 setiap sekolah perlu mempunyai Perancangan Strategik untuk
tempoh lima tahun termasuk SMK Kampung Bahagia yang baru beroperasi
tahun 2018. Pelan Taktikal dibuat untuk tempoh setahun manakala Pelan
Operasi mengikut tarikh pelaksanaan. Semua pengetua juga perlu
menggunakan istilah mencapai tahap minimum dan belum mencapai tahap
minimum.

3.2 Para 1.3 Kemenjadian Murid merangkumi bidang akademik dan bidang
kokurikulum. Dialog Prestasi (program strategi JPN) mesti merangkumi 3
kluster iaitu Kemenjadian Murid, Enrolmen Murid dan Salah Laku Murid.

3.3 Para 1.4 Penolong Kanan di sekolah TS25 terikat berkhidmat di sekolah
tersebut dalam tempoh 3 tahun kecuali atas sebab kenaikan pangkat.

3.4 Para 1.5, setiap sekolah perlu membuat laporan pelaksanaan PLC. Sediakan
satu salinan di sekolah supaya dapat ditunjukkan (showcase) kepada mana-
mana pihak berkenaan apabila diminta. Pihak pengetua perlu memberi
kepercayaan kepada Guru Kanan atau Ketua Panitia (middle leaders).
Perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali sebulan diadakan bagi
membincangkan tindakan yang perlu diambil terutama bagi mata pelajaran
kritikal. Setiap perjumpaan perlu disediakan laporan.

3.5 Para 1.6, pembentangan sekolah G23 akan diadakan pada 10 Ogos 2018

3.6 Para 1.7, bagi melihat keberkesanan program Task Force, guru-guru STPM
akan dipanggil.

3.7 Para 1.11, mesyuarat PBS yang dibuat perlu fokus kepada PBD. Jadual
pelaksanaan perlu dihantar ke PPD.

3.8 Para 4.1, jumlah murid 2M seramai 89 orang di daerah Hilir Perak.
Sehubungan hal itu, guru-guru perlu menguasai data dan mengambil tindakan
sewajarnya. Tindakan SISC+ melaksanakan ujian diagnostik kepada 9
daripada 11 murid semua E (UPSR 2017) di SMK Dato’ Sagor jelas
menunjukkan murid tersebut memang kritikal.

3.9 Para 4.9.2, berdasarkan dapatan bimbingan SISC+ terdapat penulisan RPH
yang tidak tepat, terlalu ringkas dan tidak jelas. Justeru semakan buku rekod
oleh Guru Kanan dan Ketua Panitia mengikut bidang hendaklah dibuat dalam
tempoh 6 bulan. Jadikan perkara tersebut budaya di sekolah. Penggunaan e-
RPH tidak ada halangan dan tidak diwajibkan.

6
4. PEMBENTANGAN UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

4.1 Penolong PPD Bahasa Melayu memaklumkan:

4.1.1 Bahasa Melayu

4.1.1.1 Program Kunjung Bantu bagi Fasa 1 dan Fasa 2 iaitu


untuk calon cemerlang dan calon sederhana Bahasa
Melayu SPM telah selesai dilaksanakan. Jutaan terima
kasih diucapkan kepada pengetua-pengetua sekolah
berkenaan yang mengizinkan premis mereka digunakan
untuk melaksanakan program tersebut.

4.1.1.2 Program bagi fasa 3 iaitu untuk calon GALUS akan


dilaksanakan sekitar 8 hingga 17 Oktober akan datang
untuk semua sekolah kecuali SMK San Min dan SMK
Dato’ Sagor. Hal ini kerana SMK San Min perlu
menggunakan kaedah alih bahasa dan SMK Dato’ Sagor
mahu menggunakan khidmat guru dari luar.

Tindakan: Makluman

4.1.2 Bahasa Cina

4.1.2.1 Program Ceramah Peningkatan Prestasi Akademik


Bahasa Cina SPM akan dilaksanakan pada 8 September
di SMK Horley Methodist dan tumpuan kepada murid
sederhana manakala murid GALUS akan dilaksanakan di
sekolah masing-masing.

Tindakan: Makluman

4.1.3 Bahasa Tamil

4.1.3.1 Bengkel Bahasa Tamil telah dilaksanakan pada 27 Julai


yang lalu di SMK St. Anthony untuk semua calon.
Program dikelolakan oleh Panitia Bahasa Tamil daerah.
Bagi calon GALUS akan dilaksanakan di sekolah masing-
masing.

Tindakan: Makluman

4.2 Penolong PPD Bahasa Inggeris memaklumkan:

4.2.1 CEFR Formative Assessment telah selesai ditatarkan kepada semua


guru yang mengajar Bahasa Inggeris sekolah rendah manakala guru
Bahasa Inggeris Tingkatan 3 akan mengikuti kursus tersebut pada
bulan September.
Tindakan: Makluman

7
4.2.2 Guru Pro-ELT akan mengikuti kursus fasa 3 pada minggu hadapan.
Mereka yang terlibat akan mengambil peperiksaan MUET pada tahun
ini yang dibiayai oleh pihak KPM.

4.2.2.1 Mereka juga perlu menyebarluas bahan tersebut kepada semua


guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah.

4.2.2.2 Pada tahun hadapan guru-guru yang mencapai tahap B2 dan


di bawah bagi APTIS perlu belajar secara kendiri dan
mengambil peperiksaan MUET atas pembiayaan sendiri.

4.2.2.3 Menjadi tanggungjawab Ketua Panitia membuat penataran


kepada guru-guru baharu yang mengajar Bahasa Inggeris
kerana penataran secara berpusat tidak akan diadakan untuk
tahun hadapan sedangkan semua guru baharu perlu mengikuti
program Pro-ELT.

Perkara 4.2.2.1 - 4.2.2.3 Makluman

4.2.3 Antara aktiviti kecemerlangan yang dirancang ialah Bengkel Gempur


Lulus PT3 dengan jumlah calon 893 orang (gagal PT3) dan Bengkel
Gempur Lulus SPM. Program Power Grammar and Essay Writing
disasarkan kepada guru bukan opsyen Tingkatan 1 dan 2.

Tindakan: Makluman

4.2.3 Pemeriksaan rawak oleh KPM dan JPN untuk Highly Immersive
Programme (HIP) ke sekolah showcase iaitu SMK Sultan Abdul Aziz,
SK Horley Methodist dan SJKC Wah Keow. Kolej Vokasional tidak
terlibat dengan program HIP. Semua sekolah disarankan mewujudkan
speech corner untuk HIP.

Tindakan: Semua Pengetua

4.2.4 Pihak PPD telah menerima 107 laporan pelaksanaan PLC daripada
semua sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Hilir Perak.
Contoh sekolah yang membudayakan PLC ialah SMK Convent, SMK
Abdul Rahman Talib, SMK Seri Perak dan SMK Sultan Abdullah. Bagi
SMK Seri Setia, SMK Seri Kandi dan SMK Sultan Abdul Aziz diminta
untuk menghantar laporan PLC kepada pegawai meja. Pihak PPD
mengucapkan tahniah kepada SMK Sultan Abdullah kerana telah
berjaya melaksanakan sebanyak 32 PLC dan melibatkan guru-guru
Tingkatan 6 sekolah tersebut.
Tindakan: Makluman

4.3 Penolong PPD Sains dan Matematik memaklumkan:

4.3.1 Bengkel Pembudayaan Pentaksiran Kemahiran Sains (PKS) telah


dilaksanakan kepada guru Biologi pada 5 Jun 2018, guru Fizik pada 7

8
Jun 2018, dan guru Kimia pada 6 Jun 2018. Pembudayaan PKS
dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan 4/2018. PKS dilaksanakan
sepenuhnya kepada pelajar Tingkatan 4/2019 dan Tingkatan 5/2020.

4.3.2 Program Kecemerlangan SPM dan PT3 telah berjaya dilaksanakan


untuk guru-guru / Ketua Panitia Matematik Tambahan, Fizik, Sains dan
Matematik PT3. PGB perlu memastikan Ketua Panitia / guru berkenaan
memanjangkan maklumat yang diperoleh kepada ahli panitia yang lain.
Program Kecemerlangan PT3 dan SPM untuk murid sederhana akan
dilaksanakan dalam bulan Ogos.

4.3.3 Sekolah yang terlibat dengan TIMSS dan PISA:


i. TIMSS – Tahniah kepada SMK San Min kerana mewakili
Malaysia dalam TIMSS yang melibatkan pelajar Tingkatan 2,
tarikh kajian bermula pada 29 Oktober 2018.
ii. Maklumat daripada pihak PKG bahawa SMK Seri Setia telah
melaksanakan TIMSS pada April 2018 lalu.

Perkara 4.3.1 – 4.3.3 Makluman

4.4 Penolong PPD Teknik dan Vokasional memaklumkan:

4.4.1 Pihak PPD merakamkan ucapan tahniah kepada SMK Sungai Manik
kerana berjaya melepasi KPI (hijau) pencapaian FrogVLE sepanjang
lima bulan.

4.4.2 Pihak pentadbir perlu membentuk jawatankuasa VLE di sekolah.


Mesyuarat berkala perlu diadakan bagi membincanGKan perancangan
dan tindakan yang perlu dibuat untuk mencapai KPI VLE justeru
Penolong Kanan Pentadbir menjadi pegawai meja untuk VLE.

4.4.3 Penyeliaan dan Pemantauan Jadual Waktu Penggunaan VLE sekurang-


kurangnya 1 waktu (SKM), 2 waktu (SR), 3 waktu (SM) sehari (ikut
kesesuaian) dan laporan mingguan oleh penyelaras hendaklah dibuat
dan diserahkan kepada pentadbir. Berikutan itu juga ganjaran
hendaklah diberikan kepada murid dan guru sebagai galakan
penggunaan FrogVLE.

4.4.4 Program kecemerlangan akademik bagi mata pelajaran Perniagaan,


Prinsip Perakaunan dan Ekonomi akan dilaksanakan pada bulan
September dan Oktober untuk murid potensi cemerlang dan lulus.

4.4.5 Markah kerja kursus perlu dimasukkan selepas Peperiksaan Percubaan


SPM iaitu mulai 22 September hingga 13 Oktober 2018.

Perkara 4.4.1- 4.4.5 Makluman

9
4.5 Penolong PPD Kemanusiaan memaklumkan:

4.5.1 Sejarah:

4.5.1.1 Team Task Force telah membantu dalam program daerah iaitu
Bengkel Pembinaan Item mata Pelajaran Sejarah yang dilaksanakan
pada 2 Julai 2018 melibatkan 20 orang Guru Sejarah dan Bengkel
Kunjung Bantu Calon Potensi Lulus Mata Pelajaran Sejarah SPM
yang telah dilaksanakan pada 25 dan 26 Julai 2018 yang melibatkan
633 orang murid.

4.5.1.2 Bengkel Kunjung Bantu Calon Murid Potensi Lulus Sejarah SPM
telahdilaksanakan pada bulan Julai lalu.
Tindakan: Makluman

4.5.2 Pendidikan Moral:

4.5.2.1 Bengkel Penataran MP Pendidikan Moral telah dilaksanakan pada 1


Ogos 2018 di Bilik Gerakan SMK St. Anthony yang melibatkan 32
orang guru Tingkatan 4 dan 5.
Tindakan: Makluman

4.5.3 Geografi:

4.5.3.1 Bengkel Peningkatan mata pelajaran Geografi telah dilaksanakan


pada 2 Ogos 2018 di Dewan Kuliah SMK Seri Perak yang melibatkan
105 orang murid.
Tindakan: Makluman

4.5.4 Pendidikan Seni Visual:


4.5.4.1 Bengkel Explorasi Seni mata pelajaran Pendidikan Seni Visual akan
dilaksanakan pada bulan September 2018 di Teluk Batik atas
perbelanjaan sendiri (guru).
Tindakan: Makluman

4.5.5 Ujian Segak:

4.5.5.1 Pengisian DATA penggal pertama telah ditutup pada 20 Julai 2018.

4.5.5.2 Pengisian DATA penggal kedua akan dibuka mulai 1 Ogos 2018 dan
tutup pada 31 Oktober 2018.

4.5.5.3 Murid yang berpindah masuk ke sesebuah sekolah yang tidak


melaksanakan ujian segak perlulah berbuat demikian di sekolah
baharu.
Tindakan: Makluman

10
4.5.6 Dialog Prestasi:

4.5.6.1 Dialog Prestasi untuk sekolah bilangan 2/2018 telah dilaksanakan


pada 11 Julai 2018.
Tindakan: Makluman

4.5.7 Orientasi KSSM Tingkatan 3 2018:

4.5.7.1 Mesyuarat Penyelarasan Bengkel Kerja Orientasi KSSM telah


diadakan pada 30 Julai 2018.
4.5.7.2 Bengkel Kerja Orientasi KSSM Daerah Hilir Perak sedang
dilaksanakan dan dijangka berakhir hujung Ogos ini.

4.5.7.3 Senarai nama Jurulatih Utama Kebangsaan KSSM daerah Hilir Perak:
i. Pendidikan Moral - En Izwan bin Salleh (SMK Horley Methodist)
ii. Matematik - Pn. Hasmida bt. Mohamed (SMK Seri Kandi)
iii. Geografi - Pn. Azlia binti Yahya (SMK Sultan Abdul Aziz)
iv. Sains - Pn. Nurul Balkis binti Adnan (SMK Sultan Abdullah)
v. Sejarah - Pn. Fairuzilah binti Ahmad Tarmizi (SMK Convent)
vi. Pendidikan Islam - En. Tajul Rosli bin Shoib (SMK Sg Manik)
vii. Bahasa Melayu - Pn. Putri Faridah Hanizah bt. Dahalan (SISC+
PPD Hilir Perak)
viii. RBT - Pn. Arbaiyah bt. Basiran (SMK Abdul Rahman Talib)
ix. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan - Pn. Norsidah
bt. Ramli (SMK Dato’ Sagor)
x. Pendidikan Seni Visual - JPN
xi. Asas Kemahiran komputer - Pn. Rohayu binti Abdullah (SMK
Seri Perak)
xii. Pendidikan Muzik - JPN
xiii. Bahasa Arab - Pn. Zarina binti Kasbon (SMK Seri Perak)
xiv. Bahasa Cina - Lim Lee Ling (SMK Horley Methodist)
xv. Bahasa Tamil - En. Sakthival a/l Annmalai (JPN)

4.5.7.4 Jadual Pelaksanaan KSSM 2018:


i. Sains – 1-2.8.2018 di Dewan Cempaka PPD
ii. Matematik – 1-2.8.2018 di Bilik Teratai PPD
iii. PJPK – 1-2.8.2018 di Dewan Ibnu Sina, SMK Sultan Abdullah
iv. Pendidikan Moral – 6-7.8.2018 di Dewan Cempaka PPD
v. Geografi – 6-7.8.2018 di Bilik Gerakan, SMK Sultan Abdul Aziz
vi. Sejarah – 6-7.8.2018 di Dewan Cempaka PPD
vii. Pendidikan Islam - 8-9.8.2018 di Bilik Gerakan, SMKSAA
viii. Pendidikan Seni Visual -13-14.8.2018 di Dewan Cempaka PPD
ix. Asas Kemahiran Komputer -13-14.8.2018 di Bilik Teratai PPD
x. RBT- 13-14.8.2018 di Bilik Gerakan SMK Abdul Rahman Talib
xi. Bahasa Melayu - 15-16.8.2018 di Bilik Teratai PPD

11
4.5.7.5 Info Tambahan KSSM:

i. Peserta bengkel ialah Ketua Panitia mata pelajaran. Sekiranya


Jurulatih Utama ialah Ketua Panitia, peserta yang perlu hadir
ialah guru senior.
ii. Peserta bengkel perlu melaksanakan LADAP di sekolah selama
12 jam dan pelaksanaan LADAP adalah dalam tempoh Ogos -
September 2018.
iii. Laporan LADAP dihantar kepada pegawai meja KSSM sebelum
atau pada 8 Oktober 2018.

Perkara 4.5.7.1 – 4.5.7.5 Makluman

4.6 Penolong PPD Pendidikan Islam memaklumkan:

4.6.1 Bengkel Kecemerlangan Pendidikan Islam iaitu Kem Pelajar HALUS


akan dilaksanakan pada 6 September 2018 di SMK Sultan Abdulah
melibatkan murid gagal Peperiksaan Percubaan SPM.
4.6.2 Program Kunjung Bantu yang lebih kepada memberi semangat kepada
guru dan murid yang gagal akan dilaksanakan dalam bulan Ogos dan
September. Kedua-dua program di bawah kelolaan GPMP.
4.6.3 Kem Kecemerlangan SPM untuk Tasawwur Islam akan diadakan pada
20 September 2018 di SMK Seri Perak dan melibatkan murid potensi
cemerlang dan lulus.
4.6.4 Kem Kecemerlangan SPM bagi mata pelajaran Arab, PQS dan PSI
untuk murid potensi cemerlang dan murid potesi lulus akan diadakan 4
Oktober 2018 di Dewan Cempaka PPD.

Perkara 4.6.1 – 4.6.4 Makluman

4.7 Pegawai SISC+ memaklumkan:


4.7.1 Bilangan GDB sekolah menengah bagi tahun 2018 seramai 53
orang dan bilangan lawatan bimbingan sebanyak 161 kali.
4.7.2 Bimbingan SISC+ berdasarkan TcT (Teacher Coaching Tools) yang
berkait rapat dengan SKPMg2 Standard 4.
4.7.3 Dapatan daripada lawatan bimbingan dan isu PdPc yang dijumpai
seperti berikut:
 sebanyak 58% menunjukkan hasil penulisan objektif yang
cemerlang
 sebanyak 90% aktiviti dalam RPH tahap cemerlang
 pengamalan aktiviti PAK21 hanya 40%
4.7.4 Dasar pegawai SISC+ ke sekolah membimbing guru yang SKPMg2 nya
yang rendah bukan guru yang bermasalah.
4.7.5 GDB boleh dilepaskan sekiranya daripada 12 aspek yang dibimbing
mereka mencapai Tahap 4 dalam 8 aspek dan mencapai Tahap 3
dalam 4 aspek.

12
4.7.6 Semua sekolah boleh mendapatkan khidmat SISC+ sekiranya perlu.

Perkara 4.7.1 – 4.7.6 Makluman

4.8 Penolong PPD Peperiksaan memaklumkan:

4.8.1 Pendaftaran bagi calon baharu masih dibuka.


4.8.2 Jumlah calon yang berdaftar bagi PT3 dan SPM.
4.8.3 Data calon pusat swasta dan pusat persendirian.
4.8.4 Data calon untuk STPM bagi penggal pertama dan penggal 3 ialah
343 calon.
4.8.5 Jadual Kerja Kursus PT3 untuk Sejarah dan Geografi telah selesai.
4.8.6 Ujian Lisan BM/BI/LAM bertutur telah selesai manakala ujian
mendengar akan diadakan pada 13 hingga 15 Ogos 2018.
4.8.7 Ujian bertulis PT3 pada 1 hingga 4 Oktober 2018.
4.8.8 Dapatan pemantauan PT3:
 patuh kepada dokumen
 buku log diberi penekanan terutama pergerakan skrip
4.8.9 Proses pelantikan petugas SPM pada bulan Ogos. Bulan
September pengedaran surat lantikan pengawas. Bulan Oktober
taklimat keselamatan dan pengendalian peperiksaan untuk pengawas
dijalankan serentak di SMK Seri Perak.
4.8.10 Isu-isu peperiksaan SPM:
 Pengurusan calon menumpang perlu patuhi prosedur
 Permohonan calon CBK masih dibenarkan dan patuhi prosedur
 Pencalonan petugas yang tidak mencukupi, PPD akan buat
pencalonan jika diperlukan
 Pertukaran pengawas peperiksaan mesti dari sekolah yang
sama dan jantina yang sama
 Pengawas yang berpindah ke sekolah lain tidak boleh bertugas
di bawah kuota sekolah lama
 Pengawas peperiksaan adalah bukan penanda kertas kerana
bertindan masa
 Petugas SUKMA bagi pemohonan secara online akan
dimaklumkan kepada pengetua dan guru yang penting di
sekolah perlu dielakkan daripada terlibat sebagai petugas
SUKMA
Perkara 4.8.1 – 4.8.10 Makluman

4.9 Penolong PPD Kokurikulum memaklumkan:

4.9.1 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) 2018:


i. Pengisian dan pengesahan data keahlian bagi kelab / persatuan,
sukan / permainan dan pasukan badan beruniform di sekolah
melibatkan 14 buah sekolah menengah dan semua murid dari

13
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 termasuk calon STPM dan STAM
bagi tahun 2018.
ii. Bagi murid yang berpindah masuk (kemas kini APDM), data
keahlian kokurikulum mengikut pelaksanaan di sekolah baharu,
boleh dikemas kini semasa pengisian markah PAJSK 2018 yang
akan dibuka mulai 3 September 2018.

4.9.2 Tindakan pengisian data dan pengesahan data Pentaksiran


Kokurikulum:
i. PK Kokurikulum/guru penasihat/guru kelas
ii. Bagi calon PT3/SPM/STAM/STPM 2018, Sijil Pelaporan PAJSK
dicetak dan diserahkan kepada semua calon bersama-sama
dengan keputusan peperiksaan yang diumumkan.
iii. Kemasukan pelajar baharu adalah tindakan PK Kokurikulum
sekolah berkenaan.
4.9.3 Tahniah kepada semua sekolah kerana telah siap mengisi data PAJSK
sehingga 27 Julai 2018.
Perkara 4.9.1 – 4.9.3 Makluman

4.10 Wakil Pusat Kegiatan Guru (PKG) memaklumkan:

4.10.1 Penarafan Pembestarian Sekolah Smart School Qualification


Standards (SSQS) 3.1 (16 Julai – 30 Ogos). Jumlah keseluruhan
responden 63 orang telah menjawab.
4.10.2 Perbandingan pencapaian SSQS3 Daerah Hilir Perak. Penarafan
kendiri. Panduan pelaksanaan.
4.10.3 Pencapaian FrogVLE
4.10.4 Justifikasi tidak mencapai target KPI VLE bulanan adalah:
i. Penggunaan Teknologi Direct Feed (15 Mbps) tiada masalah
internet.
ii. Kegagalan disebabkan:
o Pelaksanaan minggu kokurikulum bagi bulan April
o Minggu peperiksaan pertengahan tahun bagi bulan Mei
o Cuti hari raya pada bulan Jun
4.10.5 Pusat Sumber contoh:
i. Sekolah Rendah - SK Dato’ Yahya Subban dan SK Perempuan
Methodist
ii. Sekolah Kurang Murid - SK Permatang Pelandok
iii. Sekolah Menengah - SMK Seri Kandi dan SMK Convent
4.10.6 Khidmat Bantu PSS 2018:
i. Khidmat Bantu PSS 2018 - telah selesai bagi PKG Langkap dan
PKG Chenderong Balai. PKG Teluk Intan bermula pada 29 Ogos
dan 5 September 2018.
ii. Jumlah masa guru media yang melebihi 6-8 waktu menyukarkan
mereka untuk menguruskan pusat sumber.

14
4.10.7 Program NILAM:
i. Taklimat Pemantapan Program NILAM bagi Ketua Panitia Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris akan diadakan pada 14 Ogos 2018
ii. Bengkel Penulisan Ilmiah dan Pengucapan Awam Berkesan bagi
Tokoh NILAM PKG Daerah Hilir Perak dan Murid Target Tingkatan
2 akan diadakan pada 15 Ogos 2018.
iii. Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Hilir Perak akan
diadakan pada 16 Ogos 2018.
4.10.8 Laporan Pencapaian iQ NILAM:
i. Ada beberapa sekolah yang belum capai, di bawah 1.0. Faktor
tidak capai mungkin tiada aktiviti yang dibuat.
4.10.9 Pemilihan Tokoh NILAM:
i. Syarat kelayakan penyertaan
1. Jumlah bacaan bahan murid- sekolah rendah 360 bahan, sekolah
menengah 288 bahan.
2. 2 komposisi bahan dibaca. Syarat kelayakan penyertaan iQ
NILAM melebihi 1.0/ pelajar Tahun 5 dan Tingkatan 4/ pelajar
yang akademik cemerlang dari awal persekolahan/ mempunyai
ciri-ciri kepimpinan dan minat membaca secara menyerlah.
ii. Bagi sekolah-sekolah yang tidak menyertai perlu buat justifikasi
sendiri kenapa tiada wakil. Pihak sekolah perlu menggerakkan
Guru Kanan Bahasa untuk menggerakkan NILAM.

Perkara 4.10.1 – 4.10.9 Makluman

5. PERKONGSIAN STRATEGI CAPAI KPI FROGVLE OLEH PENGETUA SMK


SUNGAI MANIK
i. 1 hari 1 kelas
ii. FrogVLE- telefon pintar
iii. Kempen jom VLE
iv. Motivasi dari Pengetua
v. Whatsapp Group SIGMA dengan murid dan ibu bapa

6. HAL-HAL LAIN
6.1 Pn. Hjh. Noraini bt. Hasbollah (YDP MGC Perak) memaklumkan bahawa
Jumlah Guru Cemerlang (GC) daerah Hilir Perak ialah seramai 5 orang, 3
orang di sekolah menengah dan 2 orang di sekolah rendah. Mana-mana
sekolah boleh mendapatkan khidmat GC. Seminar GC telah dilaksanakan
pada 26 Julai 2018. Pengisian kekosongan jawatan GC masih ada.
6.2 YDP Majlis Guru Kaunseling Daerah Hilir Perak memaklumkan bahawa mana-
mana sekolah yang ada masalah 2M, kursus Max Recall boleh diberi kepada
guru-guru tersebut.

6.3 En. Mat Hamdan bin Amin, Timbalan PPD Daerah Hilir Perak:

6.3.1 Semua Pengetua memantau PCG mata pelajaran di sekolah.


15
6.3.2 Mana-mana sekolah yang menggunakan kesemua wang PCG untuk
membeli alatan ICT perlulah memaksimumkan penggunaannya begitu
juga pembelian peralatan pusat sumber.
6.3.3 Sekiranya ada sekolah yang ingin membeli barangan ICT dikehendaki
melakukan survey atau meminta nasihat daripada mereka yang pakar
bagi memastikan barang yang dibeli bersesuaian dengan sekolah dan
jumlah murid yang memerlukannya. Hal ini bagi mengelakkan
pembelian harga yang mahal tetapi specification yang sama dengan
harga yang jauh lebih murah.

6.3.4 Sistem kehadiran yang menggunakan thumb print berfungsi dengan


sepenuhnya dan boleh membuat analisis kerana berkaitan dengan
perkhdmatan sebagai bukti ketidakhadiran bertugas.
6.3.5 Beliau mengucapkan tahniah kepada PPD Hilir Perak kerana dalam
tempoh Januari hingga Mei terdapat satu aduan sahaja. 60% aduan
berkaitan dengan PGB iaitu isu penggunaan aplikasi Whatsapp yang
tidak tentu masa. Isu ugut guru/tidak sokong kenaikan gred/arahan
yang tidak tetap/pembahagian tugas yang tidak hadir/ kutipan
sumbangan secara paksa. Tiada isu yang sangat kritikal hanya
berkaitan dengan komunikasi.
6.3.6 Kerjasama PGB agar prihatin dengan kenaikan gred 41 ke gred 44 dan
gred 44 ke gred 48 kerana ada rungutan daripada pegawai PGB
melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada PT termasuk
perakuan. Beliau berharap PGB mencapai kecemerlangan bukan
sahaja dalam bidang kurikulum malah bidang pengurusan.
6.4 Pengerusi memaklumkan terdapat aduan dalam bidang kurikulum iaitu ada
sekolah tidak membenarkan pelajar mengambil mata pelajaran tertentu tetapi
sekiranya pihak sekolah telah menyediakan surat akuan daripada ibu bapa
dan calon bersetuju untuk tidak mengambil mata pelajaran tertentu adalah
aduan yang tidak berasas (patuhi SOP).
7. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana
hadir pada mesyuarat kali ini dan berharap semua urusan berjalan dengan lancar.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

Urus Setia Mesyuarat


Jawatankuasa Kurikulum Daerah Hilir Perak,
Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.
2 Ogos 2018

Disemak oleh,
(HJ. MOHAMED SHAFIE BIN ABDUL KARIM, PPT)
Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak
Merangkap Pengerusi Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Daerah Hilir Perak
Bilangan 3 Tahun 2018

16
LAMPIRAN

SENARAI KEHADIRAN
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM
SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILIR PERAK BILANGAN 3 TAHUN 2018

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN


1 Tn. Hj. Mohamed Shafie bin Abd. Karim - Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak /
Pengerusi
2 En. Mat Hamdan bin Amin - Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir
Perak
3 En. Mohmmad Sidek Al Munadi bin Abdul - Pen. PPD (Menengah)
Razak
4 Tn. Hj. Ahmad Faisal bin Zakaria - Pen. PPD Kurikulum Bahasa
5 Tn. Hj. Mohamad Suhaimi bin - Pen. PPD (HEM)
Mansor@Harun
6 En. Mohd. Fadhli bin Mohamad Yusub - Pen. PPD Pembangunan dan Bekalan
7 En. Amiruddin bin Moksin - Pen. PPD Kurikulum Sains dan Matematik
8 Pn. Noor Laila bt Ishak - Pen. PPD Kurikulum Teknik dan Vokasional
9 En. Osmera bin Jalani - Pen. PPD Pendidikan Islam
10 Pn. Sainatul Azimah bt. Kamaruzzaman - Pen. PPD Bahasa Inggeris (Menengah)
11 En. Muhammad Rafangai bin Bardi - Pen. PPD Bahasa Inggeris (Rendah)
12 Pn. Norlaila bt. Mohd - Pen. PPD Sains dan Matematik (Rendah)
13 En. Ahmad Nazamudin bin Abi Madian - Pen. PPD Teknik dan Vokasional (Rendah)
14 En. Faddil Azhar bin Mat - Pegawai FasiLINUS (LBM)
15 En. Navin Dave a/l Sreenivasan - Pegawai FasiLINUS (LBI)
16 En. Asmawi bin Abd Rani @ Muda - Pen. PPD Kokurikulum
17 En. Roslan bin Sulaiman - Pen. PPD Penilaian dan Peperiksaan
18 En. Mustaqim bin Derani - Penyelia Penilaian & Peperiksaan
19 En. Sajali bin Hashim - Pegawai SISC+
20 En. Mohamad Ridzwan bin Mahmud - Pegawai SISC+
21 En. Muhamad Fadzli bin Mat Zain - Pegawai SISC+
22 Cik Ewe Choy Choo - Pegawai SISC+
23 Pn. Suraiya bt Osman - Pegawai SISC+
24 Pn. Umi Samra bt Md Saidan - Pegawai SISC+ / Pencatat Minit
25 Pn. Parameswari a/p Sarathee - Pegawai SISC+
26 Pn. Yoo Bee Lay - Pegawai SISC+
27 Pn. Putri Faridah Hanizah bt Dahalan - Pegawai SISC+ / Pencatat Minit
28 Dr. Abd Hamid bin Abu Bakar - Pegawai SISC+
29 En. Mohd Zulkhairi bin Mahmud - Pegawai SISC+

BIL NAMA GURU JAWATAN NAMA SEKOLAH


1 Cik Chan Chew Mei Pengetua SMK San Min
2 Pn. Kamariah bt Ahmad Pengetua SMK Convent
3 En. Santha Moorthy Thatha PK Pentadbiran SMK Horley Methodist
4 Pn. Hajariah bt Mohd Nor Pengetua SMK Sultan Abdul Aziz
5 En. Mohd Rafie Ravi bin Abdullah Pengetua SMK Seri Setia
6 En. Othman bin Yeop Ibrahim PK Pentadbiran SMK Raja Muda Musa
7 En. Shamsuri bin Md Shaari Pengetua SMK Seri Kandi
17
8 Pn. Salina bt Salim Pengetua SMK Abdul Rahman Talib
9 Pn. Sanafiza bt Salim Pengetua SMK Seri Perak
10 Pn. Nor Ainah bt Edi GK Kemanusiaan SMK St. Anthony
11 Tn. Hj. Shamsuddin bin Tajul Urus Pengetua SMK Sungai Manik
12 Tn. Hj. Mazlan bin Palid Pengetua SMK Sultan Abdullah
Tn. Hj. Khairul Anuar bin
13 Pengetua SMK Dato' Sagor
Shahaluddin
14 Datin Nor Ashikin bt Abrahim Pengetua SMK Kampung Bahagia
Kolej Vokasional Pertanian
15 En. Azmi bin Misani Pengetua
Teluk Intan
16 Pn. Low Boon Choo PK Pentadbiran SMK San Min
17 Pn. Leela a/p Palanisamy GK Votek SMK Convent
18 En. Zahrul - Lail B. Bostam GK Kemanusiaan SMK Horley Methodist
En. Mohd Khuzaimi bin Mohd
19 PK Pentadbiran SMK Sultan Abdul Aziz
Nordin
20 En. Wan Ahmad Ridzuan bin Azwa PK Pentadbiran SMK Seri Setia
21 En. Zubir bin Abd Hanifah PK HEM SMK Raja Muda Musa
22 En. Asror bin Hanapi PK Pentadbiran SMK Seri Kandi
23 Tn. Hj. Maznoh bin Lemon PK Pentadbiran SMK Abdul Rahman Talib
24 Pn. Zabidah bt Omar PK Pentadbiran SMK Seri Perak
Tn. Hj. Mohammad Rusli bin
25 PK Pentadbiran SMK St. Anthony
Yahaya
26 En. Ikhwandi bin Taha PK Pentadbiran SMK Sungai Manik
27 Pn. Zarinah bt Awang PK Pentadbiran SMK Sultan Abdullah
28 En. Mohd Fikri bin Sulaiman PK Pentadbiran SMK Dato' Sagor
29 En. Amir Hussin bin Salihan PK Pentadbiran SMK Kampung Bahagia
Tn. Hj. Muhammad Jaafar bin Timb. Pengarah Kolej Vokasional Pertanian
30
Sahari Akademik Teluk Intan
31 Pn. Fairuziah bt Ghazali Pegawai Teknologi Pend. PKG Chenderong Balai
32 Pn. Hajjah Noraini bt Hasbollah YDP MGC Hilir Perak SMK Seri Perak
33 En. Ahmad Puad B. Esa YDP BGKK Hilir Perak SMK Seri Kandi

Tidak Hadir Bersebab

1. Pn. Hjh. Halimah bt Zaman - Pen. PPD Kurikulum Kemanusiaan - Cuti Sakit
2. En. Rosmani bin Talib - Pen. PPD B.Kaunseling & Kerjaya Murid (Men) - Mesyuarat di Ipoh
3. Dr. Devan a/l V.Rajaram - Pegawai SIPartners+ - Mesyuarat

18

You might also like