Ulasan Isu Isu Gender

You might also like

You are on page 1of 8

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

AA30903- ISU-ISU GENDER


SESI 1 (2021/2022)

ULASAN ARTIKEL BERKUMPULAN

TAJUK: SCIENCE TEXTBOOKS FOR LOWER SECONDARY SCHOOLS IN


BRUNEI: ISSUES OF GENDER EQUILTY

NAMA PENSYARAH: DR DAYANG SURIA

NAMA PENUH PELAJAR NO MATRIK

AZMAIN BIN NULHASSAN BA19110580

NEIZAR HAMDAN BIN ALI BABA BA19161078


1.0 PENDAHULUAN

Artikel yang kami ingin ulaskan Artikel bertajuk “Science texbooks for lower Secondary School in
Brunei: Issue of Gender equlty” yang dituis oleh Ann G. Elgar. Isu yang dikaitkan dalam artikel
ini berkaitan dengan ketasamaan gender yang melibatkan yang melibatkan buku teks Sains di
peringkat Sekolah menegah di brunei. Satu bahagian daripada pendekatan inklusif ini ialah buku
teks saintifik harus mencerminkan wanita dan lelaki secara adil, yang merupakan sumber yang
berharga untuk pengajar sains di sekolah. Hal ini Ketaksamaan gender dalam pendidikan sains
terus menjadi perbincangan dan masalah. Dawson, penulis dari Australia, membincangkan
bagaimana, dari awal,keperluan untuk mengubah arah pengajaran saintifik dari tahun 1980-an
dan seterusnya,'Ia menjadi jelas bahawa menugaskan seorang saintis kepada kumpulan yang
merangkumi semua pelajar adalah idea yang baik."Sains untuk semua," serta keperluan untuk
meningkatkan "celik saintifik," menjadi laungan rali (2000: 557). Selaras dengan matlamat ini
untuk menjadikan sains lebih mudah diakses oleh semua orang,percubaan kerajaan yang berbeza
untuk menangani perbezaan jantina dalam sains. Dawson menganalisis sama ada kanak-kanak
lelaki dan perempuan sekolah rendah berminat untuk belajar. Oleh itu artikel ini banyak
membahas tentang bagaimana jantina mana yang lebih cenderung yang di kaitkan dalam teks
dan kesanya terhadap proses pembelajaran anatara lelaki dan perempuan di sekolah menegah.

2.0 LAPORAN ANALISIS DATA

Dalam data dalam jadual 1 dalam artikel menunjukan bilangan gambar yang mengambarkan imej
lelaki sahaja atau imej perempuan sahaja atau kedua-dua imej lelaki dan perempuan dalam
ketaksamaan gender dalam buku sains Di brunei dalam sekolah menegah, buku teks 1 seramai
19 orang lelaki dan 1 orang perempuan dan 3 kedua-duanya, manakala untuk buku teks 2 seramai
10 lelaki dan 1 perempuan dan 4 kedua-dua, manakala untuk buku teks 3 seramai 4 orang lelaki
dan 1 orang perempuan dan 8 kedua-duanya. Jumlah keseluruhan ketiga-tiga buku adalah 43 di
mana 10 lelaki dan 15 kedua-duanya. Hal ini menunjukan bagaimana kemungkinan tafsiran lelaki
atau perempuan ditujukan secara eksplisit dalam teks. Ini menunjukan berlaku isu ketaksamaan
geder dalam buku bahawa gambar yang menggambarkan lelaki sahaja adalah lebih empat kali
ganda banyak daripada gambar perempuan dalam. Oleh itu gambaran gambar lelaki lebih banyak
dalam kadungan buku teks sains, ini akan memberikan kesan pendidikan yang tidak seimbang
antara pelajar lelaki dan perempuan. Namun mengikut Buku Tahunan Perangkaan Brunei
Darussalam (2001) merekodkan bahawa tahun 2000 terdapat 2150 pelajar perempuan dan hanya
1219 lelaki di peringkat universiti Darusslam (UBD) . Namun angka ini tidak memberikan
penjelasan yang sesuai kerana pada tahun 2002 mendedahkan bahawa daripada 48 pelajar yang
lulus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sains, 32 adalah wanita. Hal ini pengkaji lepas yang
menyatakan bahawa lelaki lebih cenderung kepada subjek sains yang mempunyai topik berkaitan
dengan sejauhmanakah gambara subliminal kepada anak muda Brunei dalam bidang sains
sebagai domain maskulin sebenarnya mempengaruhi imej daripada diri mereka
ketidakseimbangan dalam penggambaran jantina yang terdapat dalam buku teks tersebut
dicerminkan kepada lelaki dan kedudukan relatif wanita dalam pendidikan sains di tempat kerja.

Dalam jadual 2 menunjukan ilustrasi lukisan antara lelaki dan wanita di kulit atau kandungan
buku teks dan kedua-duanya. Ilutrasi ini juga menunjukan lelaki lebih mendominasi kerana untuk
buku teks 1 serama 45, buku teks 2 seramai 19 dan buku teks 34 dan jumlah keseluruhanya
adalah seramai 97. Manakala jumlah keseluruhan adalah seramai 16 untuk ketiga-tiga buku teks
dan unttuk kedua-kedua 7 ilustrasi lukisan . Dapat disimpulkan data yang diperolehi oleh artikel
ini menunjukan terdapat perbezaan antara kedua jantina, hal ini penceritaan jantina lelaki sering
dikaitkan. Kecenderungan lelaki yang berbeza dalam peringkat buku teks dapat memberikan
kesan kepada pelajar itu seperti buku teks peringkat rendah Nepal yang mendakwa bahawa buku
teks membantu memupuk peranan seks. Manakala mengikut Potter dan Rosser 1992, yang
memeriksa Sains hayat untuk faktor-faktor yang menghalang minat kanak-kanak dalam sains.
Dengan penggunaan imej serba sedikit menarik minat pelajar untuk memahami kandungan
pelajaran buku teks sains, walaupon terdapat segelintir pelajar yang kurang berminat terutama
pelajar wanita.

Manakala data untuk jadual 3 kata ganti nama lelaki dan perempuan menunjukan.
Dalam buku teks sains 1 menunjukan 36 lelaki dan perempuan 1, dan seterusnya untuk buku
teks 2 menunjukan 9 lelaki dan 3 perempuan dan untuk buku teks 3 10 lelaki dan 11 perempuan,
untuk jumlah keseluruhan lelaki adalah seramai 55 dan wanita 15. menunjukan bahawa berlaku
ketaksamaan gender antar lelaki dan wanita. Lelaki lebih mendominasi ini akan memjelaskan lagi
isu berakiatan dimana peranan disebabkan dalam buku teks tersebut terdapat 10 imej wanita
yang mengiringi topik pembesaran, resapan, daya geseran, perolakan, tekanan kerja dan individu
ini jarang disebut dengan nama. Hal ini kurang membuktikan bahawa lelaki disebut dalam buku
teks sains disebabkan oleh peranan dan sumbangan mereka dalam kajian. Penonjolan lelaki
sering disebut dalam kandungan artikel mencerminkan berlaku ketidakadilan dalam kebanyakan
buku teks, hal ini akan menimbulkan persoalan mengapa lelaki lebih menonjol berbanding wanita
dalam kandungan buku teks sains brunei, sedangkan pengunaan kata ganti nama belum cukup
untuk membuktikan bahawa lelaki lebih dominan berbanding lelaki.

3.0 ULASAN OBJEKTIF KAJIAN DAN KESESUIAN METHOD

Objektif kajian dalam artikel memperlihatkan bagaimana penerbitan buku teks sains di sekolah
menegah dalam pelajaran menyediakan liputan yang adil dan tepat dalam topiktopik yang
tertentu ataupon menggunakan kumpulan sosial. Metod yang digunakan adalah dengan mengkaji
jenis ilustrasi gambar kata ganti nama, yang mempunyai maksud sinonim berkaitan gender
sebagai kaedah pengumpulan maklumat untuk membuat kajian berkaitan dengan isu kesetaraan
gender dalam buku teks. Hal ini berlaku disebabkan oleh banyak pengkaji menyiasat kehadiran
jantina. Dengan mendefinisikan isu-isu gender sebagai metod untuk membezakan antara jantina
lelaki dan perempuan sebagai objektif kajian yang dapat dipecahkan oleh penulis dan pengkaji.

Method yang kedua dengan menggunakan pendekatan buku sains sebagai asas
kajian dapat merungkaikan fahaman pelajar sekolah menegah. Hal ini dengan mengkaji buku-
buku sains di pelbagai negara telah mencetuskan perbezaan ketaksamaan dan peranan mengikut
jantina dalam kandungan buku teks antara golongan lelaki dan perempuan kerana buku teks di
anggap sebagai elemen penting yang boleh menarik minat gadis untuk menghalang mereka
daripada mempelajari sains, lebih lebih lagi Macaulay dan Brice yang menulis dalam buku teks
sintaks merekamenyatakan perkara yang kelihatan remeh seperti contoh ayat boleh
menyumbang kepada persekitaran yang bermusuhan. Manakala mengikut Gupta dan Lee (1990)
menemmui peranan terhad untuk wanita dalam bahasa inggeris buku teks Bahasa yang
digunakan di sekolah rendah di singapura.

4.0 ULASAN KRITIKAL SOROTAN LITERATUR

Dalam memahami dan mengetahui artikel yang dipilih, sorotan literatur penting dilakukan agar
maklumat dan pengetahuan yang tepat mengenai isu yang hendak dikaji atau diulas berkembang
dan jurang kajian boleh dikenalpasti. Isu utama yang signifikan dalam artikel ini ialah berkaitan
dengan isu yang menjejaskan ekualiti dalam buku teks Brunei dan gambaran mereka tentang
lelaki dan wanita dalam konteks saintifik hanyalah sebahagian kecil daripada gambaran yang lebih
luas. Banyak isu dibangkitkan oleh Arnot (2000) mengenai hubungan jantina dan persekolahan
dalam waktu sekarang juga akan relevan untuk Brunei tentang pendidikan sains untuk kanak-
kanak perempuan dan lelaki di brunei. Arnot berpendapat menjadi perkara yang menjadi
perhatian utama bagi sekolah di Brunei untuk menekankan kepada kekurangan wanita di
peringkat tertinggi perkhidmatan kerajaan dan dalam penumpuan kepada kaum wanita.

Menurut kajian Kajian Islam dan Asadullah (2018) menyatakan dua teori stereotaip gender boleh
diguna pakai dalam sesebuah institusi pendidikan iaitu teori Kognitif Sosial yang menekankan tiga
jenis struktur persekitaran di sekolah dikenakan, dipilih, dan dibina. Dalam tetapan yang di
tetapkan seperti persekitaran, guru, kurikulum, kandungan buku teks, dan persekitaran kelas
semuanya dipaksa ke atas kanak-kanak tanpa mengira keutamaan peribadinya. Dalam suasana
sedemikian, mereka mengembangkan jantina persepsi berdasarkan apa yang mereka pelajari
melalui kurikulum, guru, dan mekanisme lain di sekolah.

Sebilangan besar penyelidikan juga telah dijalankan ke atas ketaksamaan jantina di buku teks
dalam pelbagai masyarakat majoriti Islam dari tahun 1980-an dan seterusnya, berbanding buku
teks dalam empat masyarakat Islam (Malaysia, Indonesia, Pakistan, dan Bangladesh). Mereka
menjumpai bahawa buku teks Malaysia dan Indonesia memaparkan “imej wanita yang setara
dengan imej lelaki daripada negara lain di asia Selatan mereka seperti Pakistan dan Bangladesh”
dengan itu menonjolkan kepelbagaian yang wujud dalam dunia Islam dari segi hubungan gender.
Namun begitu, walaupun perbezaan yang wujud dalam setiap masyarakat Islam disebabkan oleh
norma budaya dan sosial yang berbeza-beza, yang Isu kesaksamaan gender telah menjadi topik
global dan menarik minat seluruh dunia. Sebilangan besar negara-negara di dunia menghadapi
masalah ini seperti yang di tunjukkan dalam kajian ini dari segi penglibatan imej wanita dalam
pembangunan sektor pendidikan. Walaupun begitu, amat menyedihkan sekali kerana statistik
menunjukkan majoriti negara yang mendapat tempat sebagai negara terburuk dalam isu ini
adalah terdiri dari negara-negara Islam.
Kajian yang baru-baru ini oleh Koster (2020) pada buku teks di Belanda dari 1974-2009 dan 2011-
2017 juga mengesahkan kewujudan yang menunjukkan ketidak seimbangan gender ini dalam
buku teks, walaupun terutamanya masyarakat egalitarian. Beliau berpendapat bahawa walaupun
terdapat ketaksamaan atau keseimbangan gender secara keseluruhan, wanita masih berlatar
belakangkan keutamaan lelaki, dan nama profesional wanita kelihatan kurang menonjol daripada
nama lelaki. Hal ini menunjukkan nama lelaki sering di sebut dalam buku teks berbanding wanita.
walaupun dalam buku teks yang terbaru.

Walau bagaimanapun, Wharton (2005) mendedahkan bahawa itu juga mewujudkan streotaip
tentang gender ini untuk menaikkan status Jantina dalam buku teks yang telah mengakibatkan
peningkatan gambaran sifat-sifat negatif untuk lelaki. Kanak-kanak lelaki sering digambarkan
sebagai kurang ajar, jahat, kasar, sakit, jahat, dan penipu. kajian oleh Curaming (2020) di Filipina
juga mendapati kehadiran yang lebih besar bilangan ciri negatif untuk kanak-kanak lelaki, sekali
gus mengumpul kesan kepada pembaca bahawa kanak-kanak perempuan adalah "pasti lebih
disukai daripada lelaki". Daripada mempromosikan kesaksamaan jantina, sebaliknya perbezaan
jantina yang memihak kepada kanak-kanak perempuan mungkin merupakan hasil daripada berat
sebelah ini yang boleh menjejaskan harga diri lelaki dan prestasi sekolah mereka. Masalah gender
antara lelaki dan wanita ini sangat merosakkan, terutamanya pada minda muda yang mudah
terpengaruh, dan pendidik harus berusaha untuk menghapuskan sebarang contoh jantina dalam
bahan pembelajaran.

5.0 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN DAN RUMUSAN

Jika dilihat daripada hasil kajian artikel ini, terdapat beberapa implikasi yang sangat penting.
Antaranya dalam penemuan ini mendedahkan bahawa hubungan lelaki-perempuan dalam buku
teks adalah seimbang gambaran tentang apa yang dilakukan oleh watak lelaki dan wanita dan
bagaimana mereka dicirikan sebagai satu kumpulan. Dalam buku teks sekolah rendah watak-
watak wanita malah digambarkan lebih baik sedikit menonjol dalam penglihatan yang di mana
watak lelaki mempunyai kelebihan yang sedikit tetapi jelas. Di samping itu, stereotaip tentang
gender dalam buku teks menegaskan analisis berkenaan watak lelaki dan perempuan, yang lebih
bermanfaat kepada lelaki. Namun secara umumnya gambaran hubungan gender dalam buku teks
agak seimbang. Hal ini kerana, memandangkan persepsi yang lazim mengenai konservatisme dan
patriarki di kalangan masyrakat sekarang ini agak mengejutkan masyarakat Islam termasuk
Brunei.

Kesimpulannya, kami berpendapat bahawa mengkaji hubungan jantina dalam buku teks dalam
budaya konteks seperti Brunei memerlukan perbincangan yang lebih teliti tentang sosial, budaya,
ekonomi dan persekitaran politik yang mengelilingi sebuah negara yang kecil tetapi pelbagai
bentuk. Artikel ini menunjukkan data yang sangat baik dalam menerangkan isu kesaksamaan
gender yang stabil untuk lelaki dan wanita. Berdasarkan artikel ini, memberikan saya
pengetahuan dalam Berdasarkan artikel ini, ia memberikan sayapengetahuan dan membolehkan
saya menjalankan kajian dengan merangka kaedah dan teori kajian yang sesuai, supaya dapatan
yang berkaitan dengan penyelidikan adalah tepat dan jelas, seperti yang dilakukan oleh penulis
artikel ini ketika menjelaskan fakta yang berkaitan dalam penyelidikan.

Rujukan

1. ARNOT, M. (2000). Gender relations and schooling in the new century: conflicts and
challenges. Compare, 30(3), 293–302.
2. Koster, D. (2020) Do representations of gender and profession change over time? Insights
from a longitudinal corpus study on Dutch language textbooks (1974–2017), Journal of
Gender Studies, 29(8), 883-896. https://doi.org/10.1080/09589236.2020.1754176
3. Wharton, A. S. (2005). The Sociology of Gender: An Introduction to Theory & Research.
Blackwell.
4. Curaming, E., & Curaming, R. A. (2020). Gender In/Equality in English Texbooks in the
Philippines: A Critical Discourse Analysis. Sexuality and Culture, 24, 1167-1188.

You might also like