You are on page 1of 3

Siti Nurbaiti binti Hamzah

920221065820
SK Muadzam Shah,
26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur
________________________________________________________________________
Melalui dan salinan kepada,

b.p.
GPK Pentadbiran,
Masitah binti Samsuddin
SK Muadzam Shah,
26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur

Pejabat Pendidikan Rompin


Jalan Tun Syed Othman,
Bandar Baru Rompin,
26800 Kuala Rompin, Pahang
21 Mac 2023
Tuan / Puan

PERMOHONAN RAYUAN PERTUKARAN GURU KE PPD KUALA LIPIS


Perkara di atas dirujuk dengan segala hormatnya.
2. Saya Siti Nurbaiti binti Hamzah (920221065820) merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP
DG41) yang sedang berkhidmat di SK Muadzam Shah, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. Saya
ingin memohon pertukaran antara daerah dari Muadzam Shah, Rompin ke Kuala Lipis, Pahang. Berikut adalah
maklumat penting permohonan saya ;
No. Fail JPN : 920221065820
PPD Semasa : Muadzam Shah, Rompin.
Sekolah Semasa : SK Muadzam Shah
PPD Dipohon : Kuala Lipis
Opsyen : Reka Bentuk dan Teknologi
3. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertukaran saya ini dipertimbangkan dengan sewajarnya atas
beberapa sebab sebagaimana yang berikut :
3.1 Saya ingin bertukar ke Kuala Lipis mengikut suami yang bertugas di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
sebagai pembantu operasi. Saya telah berkahwin pada bulan November 2021 dan telah berjauhan selama 1
tahun 4 bulan. Perhubungan jarak jauh dengan suami memakan belanja yang agak tinggi kerana saya dan
suami perlu berulang setiap minggu, Muadzam Shah ke Kuala Lipis. Banyak risiko untuk saya bagi perjalanan
sejauh 564 kilometer pergi dan balik.
3.2 Selain itu, saya juga merupakan anak tunggal yang bertanggungjawab menjaga ibubapa yang semakin
tua. Ibubapa saya tinggal di daerah Jerantut. Apabila saya dapat bertukar ke Kuala Lipis perjalanan yang
singkat satu jam sahaja. Saya boleh berulang untuk menjaga ibubapa saya.
3.3 Malah, saya juga sedang merancang untuk mendapat zuriat yang pertama. Keadaan berjauhan dengan
suami menyukarkan keadaan tersebut kerana mengganggu emosi dan kesihatan saya.
3.4 Kemudian, saya juga pernah dimasukkan ke hospital kerana radang hati disebabkan kuman kencing
tikus. Keadaan itu, menyukarkan saya untuk mengurus hal kecemasan disebabkan berjauhan dengan suami.
3.5 Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada pihak tuan agar dapat menempatkan saya di mana-mana
sekolah berdekatan dengan tempat tinggal suami saya di Kuala Lipis di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan
Daerah Kuala Lipis.
4. Bersama-sama surat ini saya kepilkan juga dokumen sokongan yang berkaitan untuk rujukan pihak
tuan ;
1. Butiran Peribadi
2. Salinan Sijil Nikah
3. Surat Pengesahan Majikan Suami
4. Surat Pengesahan Doktor
5. Saya benar-benar berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya ini. Segala jasa baik
pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

…………………………………….
NAMA
No. K/P :
Butiran Peribadi
Nama :
No. K/P :
No. Telefon :
e-mel :
Sekolah sekarang :

Opsyen :
Nama suami :
No. K/P :
Pekerjaan :
Tempat Bertugas :
No. Sijil Kematian :
Alamat tetap :

No. Telefon Bapa :

Sekolah-sekolah berdekatan :
1.
2.
3.
4.

You might also like