You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN YAHYA AWAL


MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KETIGA BIL 2/2019

Tarikh : 1 JULAI 2019

Masa : 12.15 – 1.15 tengah hari

Tempat : Bilk Guru, SJK (T) Jalan Yahya Awal

Pengerusi : Pn. Kalah Balakrishnan

Kehadiran(Bilangan) :

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pn. Kalah (ketua Panitia Bahasa Melayu) selaku Pengerusi mesyuarat
mengucapkan selamat sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran semua guru serta
mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang memberikan komitmen untuk
hadir ke Mesyuarat Panitia Kali Ketiga dan berucap agar terus bersemangat dalam
meneruskan perjalanan program-program yang dirancang.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Setiausaha membentangkan minit mesyuarat lalu.

Cadangan : Pn. Senpagam


Sokongan : Pn. Anuratha

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid tahap satu

Semua guru diminta untuk mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu dalam


kalangan murid di dalam bilik darjah mahupun dii luar bilik darjah. Murid tahun satu
perlu memaksimumkan penggunaan bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Penggunaan buku Kosa kata

4.1.1. Guru- guru diminta menggunakan buku kosa kata di dalam bilik darjah
terutamanya dalam bahagian membina ayat. Buku ini akan memudahkan guru untuk
menerangkan maksud dan contoh ayat bagi setiap kosa kata terutamanya kata kerja
dalam membina ayat. Guru- guru lain boleh memperbanyakan salinan untuk
menggunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Tindakan: Semua Guru

4.2 Pendidikan sivik

4.2.1 Ketua panitia telah memberi pemahaman tentang pelaksanaan rph sivik.
Pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah memberi penekanan kepada aspek literasi
sivik dan amali sivik yang diintegrasikan melalui empat nilai teras, iaitu kasih sayang,
hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan.

Melalui kurikulum, kandungan pendidikan sivik disampaikan secara


pembelajaran bersepadu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Pendidikan Islam,Pendidikan Moral dan Sejarah.

Guru diminta untuk untuk menyediakan rph pendidikan sivik yang menyelitkan
nilai- nilai sivik yang telah ditetapkan.

a) JUN - Kasih sayang


b) JULAI - Hormat menghormati
c) OGOS - tanggung jawab
d) SEPTEMBER - kegembiraan.
e) OKTOBER - kasih sayang
f) NOVEMBER - hormat menghormati

Tindakan: Semua Guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi meminta guru- guru Bahasa Melayu untuk bekerjasma sebagai satu
pasukan dalam berkongsi maklumat malahan mengatasi sebarang permasalahan
yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

6 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 01.15 tengah hari dan diakhiri dengan ucapan terima
kasih oleh pengerusi majlis.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________________ ________________________________

( PIRABA A/P RAJAMANICKAM ) (KALAH A/P BALAKRISHNAN )

SETIAUSAHA PANITIA BAHASA MELAYU, KETUA PANITIA BAHASA MELAYU,

SJK(T) JALAN YAHYA AWAL, JOHOR SJK(T) JALAN YAHYA AWAL, JOHOR

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like