You are on page 1of 258

MASYARAKAT SIVIL DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN

MAKMOR TUMIN

MAZLAN CHE SOH

SHARIFAH HAYAATI BINTI SYED ISMAIL

(Editor)

PENERBIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

2021
Isi Kandungan

Prolog: Peranan dan Aktiviti Masyarakat Sivil 1


Makmor Tumin dan Mazlan Che Soh

Bab 1
Masyarakat Sivil, Gerakan Bersih dan Pendemokrasian 14
Muhammad Effendi Ismail dan Makmor Tumin

Bab 2
Kedinamikan Gerakan Islam di Malaysia Pasca Politik Baru 31
Che Mohd Hamdan Che Mohd Razali dan Ahmad Fauzi Abdul Hamid

Bab 3
Masyarakat Sivil dan Peranannya dalam Mewujudkan Governan Baik: Huraian
Menurut Pandangan Islam 50
Sharifah Hayaati Syed Ismail Al-Qudsy

Bab 4
Badan Bukan Kerajaan Sebagai Platform Masyarakat Sivil dan Aktor
Akauntabiliti Pengguna: Praktis atau Retorik? 68
Nurul Hidayana Mohd Noor

Bab 5
Gerakan Environmetalisme dalam Isu Perubahan Iklim di Malaysia 85
Siti Melinda Haris, Firuza Begham Mustafa dan Raja Noriza Raja Ariffin

Bab 6
Komersialisasi Sektor Kesihatan di Malaysia: Analisis Terhadap Aktiviti Kalangan
Kumpulan Masyarakat Sivil 100
Mazlan Che Soh

Bab 7
Penglibatan Masyarakat Sivil dalam Konteks Pengimigrasian dan Pelarian
Rohingya di Malaysia 125
Mohd Ramlan Arshad, Mohd Na’eim AJis dan Aizat Khairi

Bab 8
Isu Hak Asasi Dalam Penilaian Berkala Sejagat (UPR): Peranan COMANGO dan
MACSA 156
Sarune Beh dan Makmor Tumin

Bab 9
Pemerkasaan Wanita di Sarawak 174
Noorfadhleen Hj Mahmud, Nadrawina Isnin dan Noni Harianti Junaidi

Bab 10
Pembudayaan Semangat Kesukarelawanan di Institusi Pengajian Tinggi Dalam
Aktiviti Bank Makanan 197
Zurina Md Nen, Nur Zafifa Kamarunzaman

Bab 11
Tinjauan Isu Ketidakupayaan di Malaysia 220
Alias Aziz dan Makmor Tumin

Epilog: Masa Depan Aktivisme Masyarakat Sivil di Malaysia 236


Makmor Tumin dan Sharifah Hayaati Syed Ismail Al-Qudsy

Nota Mengenai Para Penyumbang 242


Prakata

Bismillahirrahmanirrahim

Apakah sebenarnya yang boleh diterima sebagai sebuah masyarakat yang sivil atau yang
bertamadun? Soalan ini mengandungi dimensi falsafah dan agama, di samping lapis
kewajaran praktikalitinya. Ketika ahli falsafah Greek seperti Aristotle mengemukakan
konsep masyarakat sivil yang pada ketika itu difahami sebagai koinōnía politikē, mereka
percaya bahawa adanya hukum sejagat di alam metafizik (alam ghaib) yang sewajarnya
menjadi matlamat (telos) kehidupan manusia, iaitu matlamat kehidupan etika unggul.
Manusia yang diberikan kekuatan akal atau rasional wajar menggunakan kelebihan
berkenaan bagi tujuan mencapai matlamat kehidupan yang unggul berkenaan.

Kemudiannya, sesudah kira-kira lebih 1600 tahun, dengan adanya perkembangan falsafah
moden, khususnya melalui gerakan liberalisme yang dimulakan oleh Thomas Hobbes,
perihal alam ghaib dipandang sebagai mitos. Masyarakat sivil difahami sebagai
masyarakat yang menggunakan kekuatan akalnya bagi membuat keputusan antara yang
baik dan buruk, yang menyeronokkan atau yang membosankan, membahagiakan atau
menyengsarakan, dalam proses mengoptimumkan antara dua pilihan berkenaan.
Hilangnya kepercayaan kepada alam metafizik atau alam ghaib ini telah menjadikan
manusia berkeyakinan bahawa, melalui kekuatan akal, manusia sudah mampu untuk
menentukan pembentukan masyarakat yang sivil atau bertamadun itu.

Tradisi pemahaman masyarakat sivil pada hari ini amat dipengaruhi oleh paradigma
liberalisme seumpama ini. Dari segi agama, khususnya dari tunjang ajaran Islam, sudah
pastinyalah perkara yang ghaib itu perkara yang wajib dipercayai, dan konsep metafizik
dalam Islam itu tidak sewajarnya difahami sama seperti yang difahami oleh golongan
falsafah. Ini kerana apa yang ghaib itu hanya dapat diketahui melalui wahyu, dan wahyu
itu hanya diturunkan kepada manusia melalui perantaraan Jibril dan para nabi dan rasul
sahaja.

Manusia sememangnya diberikan kekuatan akal, tetapi akal itu perlu digunakan bagi
memahami apakah yang dikehendaki oleh Tuhan melalui wahyuNya itu. Oleh itu, konsep
masyarakat sivil Islam tidak boleh disinonimkan atau diidentikkan dengan konsep
masyarakat sivil Barat, baik mengikut acuan falsafah Greek mahupun mengikut pedoman
golongan liberal.Istilah madani lebih tepat menerangkan konsep masyarakat sivil Islam
kerana adanya dimensi rohani pada istilah madani berkenaan. Masyarakat madani adalah
perkumpulan masyarakat yang mana ada penghormatan kepada institusi keluarga di
dalamnya, masjid atau agama, perusahaan dan perniagaan, politik dan ketenteraan, yang
mana kesemuanya berpaksikan kepada tunjang akidah Islam.
Buku ini mengumpulkan titisan tinta terdiri daripada sebelas (11) bab, melibatkan dua
puluh penyumbang yang mempunyai latar belakang pendidikan konvensional dan
pendidikan agama Islam dari pelbagai latar belakang institusi, iaitu dari Universiti
Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Kuala
Lumpur.

Melalui sumbangan atau nukilan para penyumbang itu, bukan sahaja perbahasan
berdimensi falsafah dan agama dapat diangkat ke permukaan bagi tatapan pembaca,
melalui sumbangan mereka itulah yang memungkinkan pemahaman tentang kewajaran
praktikaliti konsep masyarakat sivil atau masyarakat madani itu dapat diaplikasikan
dalam memahami gerakan atau kegiatan organisasi masyarakat sivil di Malaysia.
Cakupan penting buku ini meliputi perkara-perkara seperti masyarakat sivil dalam
pendemokrasian, gerakan Islam, governan, akauntabiliti, alam sekitar, kesihatan, migran,
hak asasi, wanita dan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar universiti. Kami
berkesimpulan bahawa sakralisasi aspek falsafah dan empirikal perbincangan dalam buku
ini amatlah penting bagi memberi makna bahawa setiap sesuatu itu menepati nilai-nilai
Islam yang sejagat seperti adil, saksama, dan telus.

Amatlah diharap buah fikiran yang tertuang dalam buku ini dapat bukan sahaja
menerangkan tentang dinamika, peranan, dan kegiatan NGO dan gerakan sosial, tetapi
juga diharapkan buku ini juga bermanfaat dalam menerangkan kaedah kerjasama atau
konfrontasi yang digunakan oleh organisasi masyarakat sivil atau masyarakat madani
dalam mengetengahkan isu-isu yang dikaji ke dalam masyarakat dan kepada pemerintah.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang telah
meluluskan geran peruntukan melalui Projek Bernombor: FP038-2018A bagi membiaya
sebahagian daripada projek penulisan buku ini. Bagi pihak penyunting, Makmor Tumin,
Mazlan Che Soh dan Sharifah Hayaati, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada semua rakan yang telah menyumbang, dan memohon maaf atas
semua kesilapan dan perbuatan yang telah mendatangkan perasaan tidak puas hati kepada
para rakan penyumbang kesemuanya.

Mudah-mudahan projek buku ini mendatangkan manfaat kepada masyarakat Malaysia,


dan mudah-mudahan juga diskusi tentang masyarakat sivil dan masyarakat madani terus
dapat dikendalikan dengan jayanya di negara ini.

Makmor Tumin,
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran,
Universiti Malaya.
Mazlan Che Soh,
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,
Universiti Teknologi MARA.

Sharifah Hayaati Syed Ismail,


Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.

31 Ogos 2021
Senarai Jadual dan Rajah

Rajah 1: Diagram Venn (Negara, Pasaran dan MS)


Jadual 1.1: Kedudukan Indeks Demokrasi Negara Malaysia bagi tahun 2015
Rajah 3.1: Model Hipotesis Pengaruh Akauntabiliti Berorientasikan Pengguna terhadap
Keberkesanan NGO
Jadual 3.1: Profil Demografi
Jadual 3.2: Regresi Pemodelan Persamaan Struktur
Rajah 4.1: Jumlah Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar Berdaftar (2012-2018)
Jadual 5.1: Komersialisasi Sektor Kesihatan di Malaysia (1970-1990)
Jadual 5.2: Komersialisasi Sektor Kesihatan di Malaysia (1990-2020)
Jadual 5.3: Statistik Hospital Swasta/Persendirian dan Kerajaan di Malaysia 1970-2014
Jadual 5.4: Statistik Doktor Pakar Tahun 1999
Jadual 8.1: Rekomendasi UPR yang diterima oleh Malaysia pada UPR pertama, kedua
dan ketiga
Jadual8.2: Senarai rekomendasi UPR yang berkaitan dengan isu SOGI dalam UPR
Malaysia
Jadual 8.3:Rekomendasi berkaitan dengan isu SOGI yang dicadangkan oleh COMANGO
dan MACSA di dalam UPR Malaysia
Jadual 9.1: Profil peserta
Rajah 10.1: Nilai Teras Konsep Kesukarelawan
Rajah 10.2:10 Negara Utama Meluangkan Masa Sukarelawan dengan Aktiviti Amal
2009-2018
Jadual 10.1: Rakan Strategik Yayasan Food Bank dan Penyumbang Utama Makanan
Rajah 10.3: Proses terlibat dalam menjayakan program bank makanan di Fakulti Sains
Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM Kampus Seremban
Rajah 11.1: Bilangan OKU Yang Berdaftar Dengan JKM (2013-2018)
Jadual 11.1. Kategori OKU yang Berdaftar Mengikut Etnik Tahun 2016
Jadual 11.2:10 Strategi Incheon di bawah Dasar Dan Pelan Tindakan Orang Kurang
Upaya 2016-2022
Jadual 11.3: Bantuan Kewangan Mengikut Skim, 2014-2016
Jadual 11.4: Skor Purata Bagi Tiga Kategori OKU
Prolog: Peranan dan Aktiviti Masyarakat Sivil
Makmor Tumin dan Mazlan Che Soh

Dalam dunia kesarjanaan, Masyarakat Sivil (MS) adalah suatu konsep Sains Sosial yang
sukar disepakati maknanya, meskipun usaha mewacanakannya terus bertali arus
(Edwards, 2019; Cohen and Arato, 1994; Diamond, 1994). Semakin banyak usaha
dilakukan bagi mencapai titik temu makna MS itu, didapati semakin sukar pula
mendapatkan muafakat makna MS tersebut.
Kesulitan memaknai MS bertambah menyimpul kerana ada pihak yang cuba
menetapkan prasyarat rasionaliti sebagai inti erti siviliti itu dan di satu pihak yang lain
pula mahukan pertimbangan dimensi nilai kaum dan kepercayaan agama juga dijadikan
teras masyarakat sivil itu (Kamali, 2015; Gelner, 1994). Sebagai tindakan yang lebih
praktikal, ramai sarjana mengambil langkah untuk memberi fokus kepada apakah yang
boleh disumbangkan oleh MS itu daripada mengambil komitmen menekuni apakah
makna MS yang dapat disepakat.
Dalam perkembangan yang hampir sama juga, masalah-masalah yang dibebani
oleh masyakat menjadi semakin banyak dan berat. Negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat dan Perancis yang dilihat sebagai model demokrasi berdepan dengan masalah
polarisasi budaya dan kaum yang mendorong kepada sistem autokratik apabila gerakan
ethnik-populisme didapati semakin meningkat (Galston, 2018; Keane, 2017; Müller,
2016).
Pengaruh neoliberalisme yang mendorong negara-negara membangun
mengamalkan dasar penswastaan, deregulasi dan liberalisasi telah mendatangkan tekanan
akibat kesusahan golongan bawahan yang cuba mendapatkan akses barangan dan
perkhidmatan asasi seperti kesihatan dan pendidikan (Che Soh dan Tumin, 2017;
Devaraj, 2009).
Organisasi masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan
sosial sesetengahnya pula berdepan dengan pelbagai masalah. Selain daripada masalah
kekurangan pelbagai sumber, ada NGO terpaksa lebih bertanggungjawab atau
accountable kepada agensi penderma berbanding kumpulan sasaran perkhidmatan
mereka tanpa menafikan penyelewengan juga ada melibatkan aktivis-aktivis masyarakat
itu sendiri (Edward dan Hulme, 2013; Jordan dan van Tuijl, 2006).
Bahagian pendahuluan buku ini adalah penerangan peranan MS dengan
menyentuh beberapa perkara penting berkaitan dengan takrif MS itu sebelum diikuti
dengan penelitian pengarang tertentu terhadap tema dan aktiviti MS yang ditelaah dalam
penulisan masing-masing.

1
PERANAN MASYARAKAT SIVIL

MS adalah suatu konsep yang dipugar berdasarkan gagasan pemikir kuno seperti Plato
melalui karyanya The Republic dan Aristotle, Politics. Sebagai suatu bidang ilmu,
konsep-konsep seperti negara (state), pasaran (market) dan masyarakat (society) sangat
penting bagi menghuraikan dinamisme peranan dan aktiviti MS dan kaitannya dengan
ketiga-tiga entiti berkenaan secara sistematik.
Konsep masyarakat itu sendiri mempunyai makna yang berbeza dalam konteks
perbincangan yang berbeza. Sekiranya masyarakat itu merujuk kepada konsep politi,
(negara, pasaran dan komuniti), kesemuanya ditanggapi sebagai masyarakat. Namun
begitu, dalam bidang sains politik, apabila negara dibezakan dengan masyarakat, konsep
masyarakat di sini bukanlah konsep politi itu. Masyarakat dalam konteks ini adalah ruang
bagi komuniti berinteraksi melalui organasasi komuniti atau organisasi sosial atau
kadangkala disebut juga sebagai organisasi masyarakat.
Secara prinsipnya, peranan utama sarjana bidang Sains Sosial adalah untuk
membuat diagnosis terhadap masalah-masalah masyarakat dan melakukan prognosis
terhadapnya. Persoalan fundamental yang hendak ditangani dalam analisis tentang
masyarakat di kalangan sarjana sosial itu ialah bagaimanakah kehidupan masyarakat itu
dapat diatur dengan baik supaya kemakmuran ekonomi, politik dan sosial serta harga diri
manusia dapat dijaga, dibangunkan dan dibela. Melalui negara, kemakmuran masyarakat
dapat diatur dengan adanya formulasi para pembuat dasar berkaitan undang-undang dan
polisi serta kebijaksanaan-kebijaksanaan yang lain.
Melalui pasaran pula, kekayaan dan kreativiti mengolahnya akan mendatangkan
kemakmuran dan kemakmuran tersebut akan dapat berlaku dengan adanya kesan
limpahan yang tidak disengajakan individu atau kumpulan yang membuat keuntungan,
bermula dari dalam pasaran itu sendiri, kemudiannya melimpah ke ruang sosial dan
politik serta negara. Sikap dan keinginan para peniaga yang mengejar keuntungan,
misalnya Bill Gates, melalui media komputer seperti Microsoft itulah yang
mendatangkan faedah kemakmuran sosial dan politik di pelbagai negara kerana semakin
ramai manusia yang dapat memanfaatkan teknologi komputer dan menjadi celik
komputer.
Individu dalam masyarakat tidak mungkin dapat bertanggungjawab membantu
komunitinya dan individu itu sendiri pun tidak akan dapat apa yang diingininya secara
bersendirian. Justeru itu, seseorang itu perlulah berada di dalam masyarakat bagi
melangsungkan peranannya disamping memaksimakan kehendak atau kepentingannya.
Melalui kegiatan berkumpulan atau berorganisasi, peranan dan kehendak berkenaan akan
dapat dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan. Demikian itu, tertubuhlah organasasi
masyarakat atau organisasi komuniti seperti NGO atau gerakan-gerakan sosial.
Gambarajah Venn (negara, pasaran dan masyarakat) berikut menggambarkan
bagaimana struktur ketiga-tiga entiti bergabung dalam ruang yang disebut sebagai
masyarakat sivil. Sebagai kerangka analisis, konsep MS merupakan konsep baharu yang
2
semakin popular penggunaannya khasnya mulai tahun 1980-an. Sebelum tempoh itu,
umumnya konsep negara dan pasaran lebih banyak digunakan sebagai alat bagi
menganalisis dinamika idea dan kegiatan politik, ekonomi dan sosial.
Karya Marc Nerfin, Neither Prince Nor Merchant: Citizen. An Introduction to the
Third System (1986) adalah antara karya penting membincangkan kepentingan sektor
ketiga yang berkembang dalam perbahasan tentang MS ini. Pentingnya peranan sektor
ketiga terus dibangkitkan lagi beberapa tahun kebelakangan ini seperti yang terdapat
dalam karya Raghuram Rajan iaitu, The Third Pillar: How Markets and the State Leave
the Community Behind (2019). Bagaimana pula MS dapat dijadikan alat analisis bagi
memahami diagnosis dan prognosis kehidupan masyarakat?

Rajah 1
*MS = Masyarakat Sivil
Sumber: Pengarang (tidak semua organisasi masyarakat terlibat sebagai MS)

Daripada Gambar Rajah Venn berkenaan, dapat difahami bahawa organisasi masyarakat
seperti NGO, organasasi politik seperti parti politik yang berkuasa dan organisasi pasaran
seperti syarikat bergabung dalam ruang yang disebut sebagai MS itu. Dalam ruang ini
kumpulan masyarakat sivil boleh bernegosiasi atau berunding melalui pendekatan yang
disebut sebagai rasionaliti komunikatif bagi mengetengahkan idea kumpulan masing-
masing (Habermas, 2004). Ruang ini juga dapat digunakan bagi mengoptimumkan modal
sosial bagi membolehkan masyarakat berkembang sebagai sebuah masyarakat yang lebih
maju (Putnam, 2001; Fukuyama, 1999).
Kehidupan berpersatuan (associational life), keinginan masyarakat yang baik
(good society) dan ruang awam (public sphere) adalah beberapa konsep yang
dibangunkan oleh para sarjana yang mana kemudiannya beberapa individu, terutamanya

3
Michael Edwards, menjadikan konsep-konsep berkenaan sebagai teori dan model bagi
memahami dinamika MS itu.
Ruang awam ini penting bagi menyediakan infrastruktur individu dan kumpulan
untuk mengadakan perbahasan dan perbincangan tentang idea-idea bagi menghasilkan
masyarakat yang baik. Perkara-perkara seumpama ini akan lebih cekap dan berkesan
melalui kehidupan berpersatuan atau organisasi masyarakat yang disentuh sebelum ini.
Konsep MS sukar difahami dan disepakati sebahagian besarnya adalah
disebabkan oleh ketiadaan keseragaman bagi memahami konsep MS itu sebagai suatu
matlamat kehidupan yang baik atau sebenarnya alat bagi mencapai kehidupan yang baik
berkenaan. Bahagian berikutnya dalah perbincangan mengenai perkara ini.

MASYARAKAT SIVIL: ALAT DAN MATLAMAT?

Dari satu sisi dapat diperhatikan bahawa sesetengah sarjana memfokuskan kajian mereka
terhadap kegiatan kumpulan MS dengan melihat sumbangannya terhadap proses
pendemokrasian. Dari sisi yang lain pula, didapati adanya para sarjana yang
menumpukan perhatian mereka kepada peranan aktivis sosial dalam menggerakkan
kegiatan kesukarelawanan melalui organisasi masyarakat atau organisasi sosial sebagai
alat atau institusi untuk mencapai matlamat kehidupan yang lebih baik dan unggul.
Contoh-contoh berkaitan dengan jenis penyelidikan dan jenis kegiatan berkenaan
memberi penjelasan kepada kita bahawa ada ketikanya MS itu difahami sebagai alat, iaitu
alat bagi mencapai sebuah negara demokrasi manakala pada ketika yang lain pula MS itu
menjadi matlamat berdasarkan kegiatan-kegiatan yang digerakkan oleh para pentolan
melalui NGO atau gerakan sosial. Secara amnya, model MS dapat difahami dalam tiga
jenis, iaitu ruang awam, kehidupan unggul dan kehidupan berpersatuan (Edwards, 2019;
Ehrenberg, 2017).

Ruang Awam (Public Sphere)

Dalam tradisi perbahasan MS kacamata liberal, konsep ruang awam dibezakan dengan
ruang persendirian atau peribadi. Individu bebas melakukan apa sahaja ketika
bersendirian dan menganut sebarang jenis ajaran atau nilai secara peribadinya tetapi
mereka perlulah mempunyai tatasusila ketika berada di ruang awam dalam memastikan
MS dapat diwujudkan.
Ruang awam sebagai model MS juga dimanfaatkan sarjana berhaluan kiri,
khususnya yang berkecenderungan Marxist dan Gramscian. Ruang awam bagi golongan
liberal-pluralisme secara amnya adalah ruang perundingan manakala bagi golongan
Marxist-Gramscian ia adalah ruang perbalahan atau pertentangan.
Konsep ruang awam ini terus dikembangkan lagi melalui tulisan Jϋrgen Habermas
mengenai communicative rationality dan communicative action sebagaimana dalam
4
karyanya, The Theory of Communicative Action, Volum 1 dan 2 (1991). Umumnya,
pendekatan MS dengan model ruang awam ini memberi penjelasan kepada kita bahawa
MS itu adalah alat yang digunakan bagi mencapai kehidupan demokrasi yang dipercayai
dapat memberi kebebasan dan hak individu kepada warganegara.
Kebanyakan kajian mengenai NGO dan gerakan sosial memanfaatkan model
sedemikian termasuk kajian-kajian yang dilakukan di Malaysia (Mohamed and Tumin,
2014; Weiss dan Hassan, 2003).

Kehidupan Unggul (Good Life)

Model kehidupan unggul ini berteraskan falsafah metafizik, sama ada berdasarkan
sandaran falsafah mahupun tunjang agama yang membawa pengertian bahawa sesuatu
yang unggul telah dan sentiasa wujud secara semulajadi di alam ini. Dari segi agamanya,
difahami bahawa Tuhan telah menentukan apa yang baik atau unggul atau apa yang
sebaliknya Dari segi falsafah pula difahami bahawa sudah menjadi peraturan alam
adanya nilai baik dan nilai keji yang mana manusia bertanggungjawab merealisasikan apa
yang baik dan menolak apa yang keji.
Baik dari sudut falsafah mahupun dari segi agama, MS dalam perspektif atau
modal MS unggul ini adalah perihal menggemblengkan seluruh usaha dan tenaga bagi
mencapai matlamat kehidupan yang murni atau syumul. Kegiatan yang dianjurkan oleh
para penggerak sosial dan aktivis agama adalah jenis-jenis aktiviti yang merupakan alat
bagi mencapai kehidupan yang unggul atau diredhai Tuhan. Dalam konteks ini, Edwards
(2019) yang dirujuk sebelum ini memberikan contoh-contoh konsep Islam ummah,
konsep tikkun olam Yahudi, idea Kantian tentang komuniti etika global, atau civitas
humana Wilhelm Röpke adalah antara beberapa konsep yang menerangkan bagaimana
kumpulan MS digerakkan bagi mencapai hasrat masyarakat yang murni atau unggul itu.
Konsep MS seumpama ini secara lazimnya berkembang merentasi batas atau
sempadan negara dan masyarakat. Idea-idea seperti hak asasi manusia, kedamaian serta
perpaduan antarabangsa dan kesatuan ummah adalah manifestasi wujudnya dengan
meluas MS model ini.
.
Kehidupan Berpersatuan (Associational Life)

Umumnya, kata-kata Aristotle manusia semula jadinya adalah makhluk sosial masih terus
bergema sehingga ke hari ini, yang antara lain menerangkan mana mungkin manusia
dapat hidup sendirian tanpa bergaul dengan yang lain. Model MS kehidupan berpersatuan
adalah antara pendekatan terawal bagi memahami dinamika kegiatan MS dan konteks
yang lebih moden model ini dipopularkan oleh pengkaji seperti Alexis de Tocqueville.
Perkembangan neoliberalisme di penghujung tahun 1970-an dan awal 1980-an
sebahagian besarnya telah menyebabkan banyak perkhidmatan yang sebelumnya
diletakkan di bawah perkhidmatan kerajaan dikecilkan, misalnya kesihatan, kebajikan

5
dan beberapa keperluan asas yang lain Di Malaysia, impaknya tidaklah begitu besar jika
hendak dibandingkan dengan negara lain seperti Indonesia dan beberapa buah negara di
Afrika (Eldridge, P.J., 1995; Bratton, M., 1994). Oleh itu, sebagai sektor ketiga MS
berfungsi menyediakan perkhidmatan baik melalui kegiatan anjuran sendiri mahupun
melalui kerjasama atau usahasama dengan kerajaan atau badan-badan yang lain.
Istilah MS atau masyarakat yang menumpukan kepada kegiatan kesukarelawanan
biasanya dirujuk oleh para pengkaji yang menggunakan model kehidupan berpersatuan
ini. Potensi yang dimiliki oleh manusia dilihat sebagai modal sosial yang boleh
dimanfaatkan dalam kehidupan masyarakat dan negara. Kegiatan yang bersifat riadhah
atau rekreasi seperti kumpulan pencinta haiwan dan kegiatan kesukarelawanan bagi
membantu golongan miskin, pelarian dan membantu golongan kurang upaya adalah
contoh-contoh bentuk aktiviti berpersatuan bagi menyediakan perkhidmatan atau
menjaga kebajian anggota masyarakat.
Di peringkat antarabangsa, gerakan kesukarelawanan seumpama ini didapati
semakin pesat dianjurkan, misalnya melalui kumpulan pendakwah (missionary), baik
melalui aktiviti anjuran agama Kristian mahupun agama Islam dan agama-agama lain.
NGO digunakan sebagai alat bagi mengumpul kekuatan untuk memberikan
khidmat kepada masyarakat dalam memastikan matlamat tiada manusia yang tertindas
atau terjejas akibat perubahan masa dan perkembagan zaman. Aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan itu juga boleh menjadi alat bagi mencapai matlamat yang lebih besar atau
mulia, misalnya menunjukkan rasa simpati kepada yang tidak bernasib baik. Contoh
matlamat unggul yang lain pula ialah mendapat kebahagian, baik yang bersifat
eudaimonia (konsep kebahagian yang pernah diungkapkan Aristotle) mahupun saadah
(konsep kebahagian hakiki dalam Islam).
Rajah berikut menjelaskan bagaimana konsep politi difahami sebagai sistem
persekitaran semulajadi yang mana konsep ruang masyarakat sebelum ini sebagaimana
dalam rajah satu difahami sebagai masyarakat sivil.

6
Rajah 2
Sumber: (Waddell, 2002)

Rajah 2 menunjukkan politi atau ruang persekitaran semulajadi yang mengandungi tiga
komponen utama. Komponen tersebut adalah: 1) kerajaan, iaitu ‘negara’ yang
membentuk sisitem politik; 2) perniagaan, yang merupakan ‘pasaran’ yang mencorakkan
sistem ekonomi dan 3) organisasi komuniti, yang membentuk ‘masyarakat sivil’, yang
menjadi petanda kepada kewujudan sistem sosial. Pertindihan ketiga-tiga komponen ini
(sebagaimana digambarkan oleh Gambar Rajah Venn, iaitu Rajah 2) mencerminkan
dinamika hubungkait dan simbiosis atau saling menguntungkan (mutualism) antara
ketiga-tiganya, yang sewajarnya berganding bahu demi melahirkan suatu penghidupan
yang wajar bagi manusia dan persekitarannya.
Pada ruangan yang dikosongkan itulah terletaknya ruang bekerjasama atau
usahasama bagi ketiga-tiga entiti masyarakat atau politi itu. Ruang itu juga adalah tempat
bagi sesetengah gerakan sosial menunjukkan bantahannya sebagai tanda kaunter-
hegemoni terhadap tindakan kerajaan atau sektor perniagaan. Perlu dicatatkan juga
bahawa selain daripada memahami masyarakat sivil sebagai sektor ketiga (third sector)
(Kenny, Taylor, Onyx dan Mayo, 2015) para sarjana kini juga telah membahaskan
konsep sektor keempat (the fourth sector) (Briar-Lawson, Miesing and Ramos, 2021).
Berdasarkan konsep ini, melalui semangat keusahawanan sosial (social
entrepreneurship), kegiatan kesukarelaan juga dapat memberikan insentif kewangan bagi
penganjurnya dan ini akan mempercekapkan lagi kegiatan kesukarelaan itu.

7
PENSTRUKTURAN BAB

Tiada pengkaji MS yang dapat melepaskan diri mereka daripada mengaitkan konsep
masyarakat sivil (MS) itu dengan konsep demokrasi, governan dan akauntabiliti. Dalam
Bab Satu, Effendi dan Makmor, “Masyarakat Sivil, Gerakan Bersih dan Pendemokrasian
” menumpukan penulisan mereka terhadap gerakan BERSIH, kebebasan bersuara dan
kesannya terhadap pendemokrasian di Malaysia, yang mana contoh bagaimana gagasan
MS dan demokrasi khususnya dari ketelusan dan keadilan pilihan raya itu
dihubungkaitkan.
Menerusi bab ini, huraian tentang dimensi dan pendekatan masyarakat sivil telah
disentuh sebelum huraian berkenaan tentang NGO dan gerakan sosial di Malaysia secara
sepintas lalu dilakukan. Seterusnya perbincangan telah dilakukan terhadap gerakan
BERSIH yang mana antara lain ianya memperincikan beberapa siri gerakan Bersih
meliputi Bersih 2.0, Bersih 3.0, Bersih 4.0 dan Bersih 5. Melalui perbincangan dalam bab
ini juga penelitian terhadap respon kerajaan terhadap gerakan BERSIH.
Seterusnya, dalam Bab Dua, Che Hamdan dan Ahmad Fauzi, menghuraikan
kedinamikan Gerakan Islam di Malaysia Pasca Politik Baru. Dua kumpulan MS Islam
iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Islamic Renaissance Front (IRF) dikupas
bagi menonjolkan kedinamikan gerakan Islam di Malaysia era Pasca Politik Baru itu iaitu
politik yang disebut penulis sebagai politik yang ditandai oleh perdebatan antara Islam
dan demokrasi.
Menurut penulis, apa yang cuba dilakukan oleh kumpulan MS Islam adalah
meletakkan Islam di ruang utama atau ruang awam dalam masyarakat (public sphere).
Islam dilihat memiliki kekuatannya yang tersendiri, alternatif kepada gagasan Barat.
Namun begitu, sesama Islam, didapati kumpulan ini cuba melibatkan wacana berkaitan
dengan pemikiran dan kepelbagaian versi kefahaman berkenaan dengan amalan agama
dan kedudukannya dalam konsep kenegaraan dan demokrasi itu. Keadaan ini boleh
mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat awam tentang kedudukan Islam yang
sebenar.
Sharifah Hayaati pula, sebagaimana yang ada dalam Bab Tiga buku ini,
menghuraikan tentang peranan MS dan kaitannya dalam mewujudkan Governan Baik,
khusus daripada perspektif Islam. Beliau mengulas konsep Governan Baik menurut
konsep moden dan tidak setakat Islam itu sendiri, diikuti dengan penelitian terhadap asas
dan peranan MS dalam mewujudkan Governan Baik dalam Islam.
Perbincangan dan huraian tentang MS dalam Islam (MS-I) dapat difahami melalui
beberapa konsep asas. Antara konsep tersebut adalah manusia sebagai khalifah di muka
bumi, amanah dan tanggungjawab menunaikan janji, amar makruf nahi munkar, al-syura
dan amal jamaie yang digalakkan dalam Islam. Konsep-konsep ini, menurut penulis,
meletakkan suatu tempat istimewa bagi MS-I berbanding konsep MS konvensional.
Manakala konsep dan prinsip siyasah syar`iyyah adalah panduan bagaimana Governan
Baik dalam Islam perlu dilaksanakan oleh MS-I. Ini banyak dikemukakan menerusi
8
pelbagai contoh dan situasi yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafa ar-
Rasyidin.
Dalam Bab Empat pula, Nurul Hidayana menulis tentang “Badan Bukan Kerajaan
Sebagai Platform Masyarakat Sivil dan Aktor Akauntabiliti Pengguna”. Beliau
menunjukkan tentang adanya unsur-unsur retorik dalam amalan akauntabiliti yang
melibatkan NGO, khususnya jika dikaitkan dengan peranan agensi penderma. Selain
daripada membincangkan konsep demokrasi dan tadbir urus, beliau juga menumpukan
perbincangannya terhadap konsep akauntabiliti dalam membahaskan isu berkaitan MS
dan kaitannya dengan agensi penderma dan pemerintah. Ini adalah kerana faktor
akauntabiliti amat mempengaruhi kompetensi sesebuah badan bukan kerajaan.
Selepas menghuraikan tiga konsep penting berhubung dengan MS iaitu demokrasi,
tadbir urus dan akauntabiliti, buku ini memuatkan perbincangan “Gerakan
Environmentalisme dalam Isu Perubahan Iklim di Malaysia” berdasarkan kaca mata
Melinda, Firuza Begham dan Raja Noriza, sebagaimana yang terdapat dalam Bab Lima.
Setelah meneliti evolusi gerakan environmentalisme dan penglibatan NGO dalam
memperjuangkan isu alam sekitar, khususnya selepas Persidangan Bumi 1992, bab ini
seterusnya memperincikan peranan yang dimainkan kumpulan MS yang
memperjuangkan isu alam sekitar di Malaysia. Antaranya adalah Sahabat Alam Malaysia
(SAM), Persatuan Pencinta Alam (Malaysia Nature Society (MNS) dan Persatuan
Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (Environmental Protection Society of Malaysia
(EPSM).
Lazimnya, bagi memperkukuhkan tuntutan yang diperjuangkan MS baik dalam
bentuk gerakan atau pertubuhan, MS secara usahasama atau kerjasama akan mengadakan
jaringan kerja dan mewujudkan organisasi payung dalam perjuangan mereka. Antara
contoh organisasi yang dinyatakan adalah seperti Centre of Environment, Technology
and Development Malaysia (CETDEM), Malaysian Climate Change Group (MCCG),
Malaysian Environmental Non-Governmental Organisation (MENGO).
Dalam Bab Enam, Mazlan Che Soh membincangkan bagaimana sebuah organisasi
payung MS iaitu Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK)
menggerakkan aktiviti dalam isu komersialisasi sektor kesihatan di negara ini. Beliau
mendahulukan babnya dengan menyentuh beberapa aspek penting, antaranya adalah
berkenaan dengan perbezaan antara konsep komersialisasi dan penswastaan, sebagaimana
yang ada dibahaskan dalam kajian terdahulu. Selanjutnya, perbahasan tentang konsep
komersialisasi kesihatan serta perkembangan komersialisasi kesihatan di Malaysia
diperjelaskan. Hujahan oleh pihak pemerintah tentang mengapa ianya wajar dilaksanakan
di Malaysia turut diberikan perhatian.
Berdasarkan pengamatan beliau, meskipun banyak bantahan dan tekanan
dikemukakan oleh kumpulan MS, namun ianya tidak sedikit pun menjejaskan fokus
kerajaan untuk terus menggalakkan komersialisasi dalam sektor kesihatan. Selain
daripada isu yang berkaitan dengan masalah alam sekitar dan aksesibiliti kesihatan, buku
ini memuatkan perbincangan tentang beberapa isu lain seperti ideologi gerakan Islam
9
yang telah disentuh sebelum ini, penjagaan kebajikan golongan pelarian dan isu hak
asasi, baik dari kaca mata liberal mahupun dari sudut pandang Islam, termasuk isu yang
berkaitan dengan OKU yang dibincangkan selepas ini.
Selanjutnya, sebagaimana terdapat dalam Bab Tujuh buku ini yang bertajuk,
“Penglibatan Masyarakat Sivil Dalam Konteks Pengimigrasian dan Pelarian Rohingya di
Malaysia”, Ramlan, Na'iem dan Aizat memfokuskan perbincangan mereka terhadap
penglibatan MS dalam isu pelarian Rohingya di Malaysia. Kewujudan pelarian Rohingya
di negara Malaysia, menurut mereka, secara amnya adalah disebabkan oleh penindasan di
wilayah Arakan, Myanmar yang menyebabkan mereka melarikan diri keluar dan sampai
ke negara Malaysia. Sungguhpun kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab secara
langsung untuk membantu golongan pelarian di negara ini, namun bagi penulis, golongan
pelarian Rohingya yang sudah berada di Malaysia, jika tidak dibantu dari sudut keperluan
asasi, bakal memberikan impak negatif kepada sistem sosial di negara ini.
Ketiga-tiga pengarang dalam bab ini cuba memberikan tumpuan perbincangan
mereka terhadap peranan MS dalam konteks membantu menangani masalah pelarian
Rohingya yang sudah berada di Malaysia itu, misalnya berperanan sebagai penyedia
perkhidmatan, pembinaan kapasiti, dan advokasi dengan kaedah mobilisasi sosial dan
pemberdayaan.
Kemudiannya, dalam Bab Lapan, “Isu Hak Asasi Dalam Penilaian Berkala Sejagat
(UPR): Peranan COMANGO dan MACSA”, Sarune Beh dan Makmor Tumin telah
meneliti peranan dua buah organisasi payung yang berperanan penting dalam isu hak
asasi di negara ini. Bab ini dimulakan dengan perbincangan tentang bagaimana Malaysia
memberi respon terhadap UPR, diikuti dengan perbincangan tentang penglibatan
Malaysia dalam meratifikasi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal
Declaration of Human Rights - UDHR) yang digerakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bagsa
Bersatu (PBB), dan begitu juga dengan pendirian Malaysia terhadap Cairo Declaration
on Human Rights in Islam (CDHRI) yang digerakkan oleh Organisation of Islamic
Cooperation (OIC).
Dua pakatan CSO tempatan yang dibincangkan dalam bab ini iaitu COMANGO
dan MACSA didapati aktif dalam UPR Malaysia. Penulis melihat bahawa kedua-dua
pakatan ini berpegang kepada konteks hak asasi manusia yang berlainan di dalam proses
UPR itu, iaitu hak asasi manusia sejagat yang dinyatakan di dalam UDHR bagi
COMANGO, dan nilai hak asasi manusia yang dijunjung di dalam CDHRI yang
berprinsipkan kepada konteks agama Islam bagi MACSA.
Isu peranan dan hak wanita juga dilihat penting sebagaimana yang cuba
diketengahkan oleh Nor Fadhleen, Nadrawina dan Noni dalam Bab Sembilan yang
bertajuk, “Pemerkasaan Wanita di Sarawak”. Perkara yang ditumpukan dalam
perbincangan ketiga-tiga mereka adalah yang berkaitan dengan faktor yang
mempengaruhi dan menghindari penglibatan wanita daripada terlibat dengan kegiatan
anjuran NGO.

10
Selain itu juga, ketiga-tiga mereka menganalisis impak penyertaan wanita dalam
aktiviti MS, sekaligus meninjau isu pemerkasaan wanita. Beberapa penemuan telah
diperoleh dan dibincangkan menerusi bab ini, antaranya melibatkan faktor penglibatan
wanita Sarawak dalam NGO. Faktor seperti mahu berkhidmat kepada masyarakat,
mengembangkan potensi diri serta jaringan sosial adalah antara yang paling utama
dikemukakan. Manakala faktor yang menghindar penglibatan pula antara lain kekurangan
masa, kekangan dan halangan pasangan serta kurangnya kesedaran dalam kalangan
wanita sendiri terhadap faedah terlibat dalam NGO.
Aktiviti MS tidak sewajarnya dinilai dari segi peranannya dalam formulasi polisi
atau kegiatan advokasi semata-mata tetapi juga perlu ditinjau dari segi kegiatan
kesukarelaannya. Dalam Bab Sepuluh iaitu, “Pembudayaan Semangat Kesukarelawanan
Di Institusi Pengajian Tinggi Dalam Aktiviti Bank Makanan” oleh Zurina dan Nur Zafifa,
pengarang menonjolkan salah satu aktiviti kesukarelawanan yang semakin mendapat
tempat dalam masyarakat iaitu Bank Makanan (Food Bank). Aktiviti yang bertujuan
untuk menyediakan makanan kepada golongan yang memerlukan ini ternyata mendapat
dimensi baharu apabila diberikan galakan oleh kerajaan menerusi Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan turut dibawa
masuk ke institusi pengajian tinggi.
Perbincangan terperinci telah dilakukan penulis terhadap proses pengukuhan
pembudayaan kesukarelawanan di UiTM khususnya. Melalui aktiviti Bank Makanan
(Food Bank), mahasiswa dilatih untuk terlibat dengan aktiviti membantu golongan
berkeperluan asasi, yang mana melalui kegiatan seumpama ini – yang melibatkan
kerjasama semua pihak, baik mahasiswa dan pentadbiran universiti mahupun pihak luar,
terutamanya badan sukarela yang lain – proses pembudayaan kesukarelawanan akan
dapat dididik secara lebih teratur.
Selain daripada kumpulan yang miskin seperti yang dibincangkan oleh Zurina dan
Nur Zafifa, kumpulan yang berdepan dengan masalah ketidakupayaan fizikal juga diliputi
di dalam buku ini. Alias dan Makmor selanjutnya dalam Bab Sebelas, “Tinjauan Isu
Ketidakupayaan di Malaysia” pula mengambil pendekatan bagi menghuraikan bagaimana
isu-isu yang berkaitan dengan orang kurang upaya ditangani di negara ini.
Sungguhpun tiada perbincangan khusus tentang gerakan sosial atau NGO yang
ditonjolkan oleh kedua-dua pengarang ini, tindakan kerajaan meratifikasi beberapa
dokumen antarabangsa yang digerakkan oleh MS antarabangsa menunjukkan kerajaan
Malaysia tidak ketinggalan dengan negara-negara maju yang lain dalam menunjukkan
komitmennya terhadap golongan kurang upaya di negara ini.
Sebagai rangkumannya, buku ini adalah usaha untuk memberikan perspektif
dalam memahami peranan MS di Malaysia. Konsep yang berkaitan dengan MS seperti
demokrasi, tadbir urus dan akauntabiliti adalah beberapa konsep penting dalam
memahami peranan MS itu, dan perbincangan tentang beberapa aktiviti seperti yang
ditunjukkan oleh BERSIH, penglibatan MS dalam pembuatan polisi dan kepentingan

11
NGO berfokus kepada pengguna daripada penderma adalah contoh bagaimana konsep
berkenaan diaplikasi bagi memahami MS di negara ini.
Huraian mendalam tentang beberapa buah kumpulan MS berserta dengan aktiviti,
misalnya yang berkaitan dengan alam sekitar, pemikiran tentang keislaman, masalah
pelarian, dan beberapa isu yang lain seperti isu wanita, golongan miskin, dan OKU,
menunjukkan peranan MS akan dilihat menjadi semakin penting pada masa-masa
mendatang.

Rujukan:

Bratton, M. (1994). Civil society and political transition in Africa. Institute for
Development Research (IDR) Reports, 11(6).
Briar-Lawson, K., Meising, P. & Ramos, B.M. (2021). Social entrepreneurship and
enterprises in economic and social development. Oxford University Press.
Che Soh, M., Tumin, M. (2017). Sejarah dan Perkembangan Badan Bukan Kerajaan
(NGO) Kesihatan di Malaysia Sehingga Tahun 2015. Sejarah, 26(2), 49-70.
Cohen, J.L. & Arato, A. (1994). Civil society and political theory. The MIT Press.
Corry, Olaf (2010). Defining and Theorizing the Third Sector. In Taylor, R. Third Sector
Research. Springer. 11-20.
Devaraj, J. (2009). Malaysia at the crossroads: A socialist perspective. Parsosma
Enterprise.
Diamond, L. (1994). Rethinking civil society: Toward democratic consolidation. Journal
of Democracy, 5(3), 4-17.
Edwards, M. (2019). Civil society (4th edition). Wiley.
Edward, M. & Hulme, D. (eds.) (2013). Non-governmental organisations – performance
and accountability: Beyond the magic bullet. Earthscan.
Ehrenberg, J. (2017). Civil society: The critical history of an idea. NYU Press.
Eldridge, P.J. (1995). Non-government organizations and democratic participation in
Indonesia. Oxford University Press.
Fukuyama, F. (1999). Social capital and civil society. George Mason University.
Galston, W. A. (2018). Anti-Pluralism: The populist threat to liberal democracy. Yale
University Press.
Gellner, E. (1994). Conditions of liberty: Civil society and its rivals. Viking Adult.
Habermas, J. (1991a). The theory of communicative action: Reason and the
rationalization of society, Volume 1. Polity Press.
___________ (1991b). The theory of communicative action: Lifeworld and systems, a
critique of functionalist reason, Volume 2. Polity Press.
Jordan, L. & van Tuijl, P. (eds.) (2006). NGO accountability: Politics, principles and
innovations. Earthscan.
Kamali, M. (2001). Civil society and Islam: A sociological perspective. European
Journal of Sociology, 42(3), 457-482.
Kamali, M. H. (2015). The middle path of moderation in Islam: The Qur'anic principle of
wasatiyyah. Oxford University Press.
Keane, J. (2017). The pathologies of pluralism. The Conversation, 29 September, 2017.

12
Kenny, S., Taylor, M., Onyx, J, & Mayo, M. (2015). Challenging the third sector:
Global prospects for active citizenship. Polity Press.
Mohamed, S. & Tumin, M. (2014). Organisasi masyarakat sivil dan penswastaan
kesihatan di Malaysia. Journal of Business and Social Development 2(1): 83-93.
Müller, J-W. (2016). What is populism? Pennsylvania: University of Pennsylvania Press.
Nerfin, M. (1986). Neither prince nor merchant: Citizen. An introduction to the third
system. Dalam World economy in transition: Essays pres. to Surendra Patel on his
sixtieth birthday. Pergamon Press.
Putnam, R. D. (2001). Bowling Alone: The Collapse and Revival of American
Community. Simon & Schuster.
Rajan, R. (2019). The Third Pillar: How markets and the state leave the community
behind. Penguin Press.
Waddell, Steve. (2002). Core Competences A Key Force in Business-Government- Civil
Society Collaborations. Journal of Corporate Accounting & Finance.
Weiss, M. L. & Hassan, S. (2003). Social movements in Malaysia: From moral
communities to NGOs. Routledge.

13
Bab 1
Masyarakat Sivil, Gerakan Bersih dan Pendemokrasian
Muhammad Effendi Ismail dan Makmor Tumin

PENGENALAN

Sebagai aktor masyarakat sivil (MS), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan gerakan
sosial amat berperanan penting dalam sebuah negara demokrasi (Cohen & Arato, 1994).
Selain daripada memberi perkhidmatan dan menjaga kebajikan komuniti, organisasi
masyarakat sivil (OMS) juga berperanan mengetengahkan sesuatu isu ke ruang awam
bagi membolehkan tuntutan masyarakat didengari oleh kerajaan dan sektor perniagaan
(Nerfin, 1986; Rajan, 2019).
Sungguhpun MS telah lama wujud di negara ini, misalnya melalui gerakan petani,
wanita atau keagamaan, kegiatannya mula lebih menonjol melalui tahun 1960-an dengan
penubuhan beberapa buah persatuan seperti Aliran Kesedaran Negara (Aliran) (1966),
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) (1968) dan Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) (1969). Sama ada dari segi bilangan mahupun kegiatan, didapati OMS terus
meningkat dari tahun ke tahun, sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 2020)
Berbeza dengan zaman sebelumnya, sebuah gerakan yang disebut sebagai
reformasi (mulai penghujung tahun 1998) telah merubah landskap politik negara ke arah
pendemokrasian, diikuti dengan beberapa gerakan lain seperti Bersih, iaitu gerakan
masyarakat yang umumnya menuntut perjalanan sistem pilihan raya yang lebih telus dan
adil.
Sebagaimana yang dapat diduga, gerakan Bersih ini mendapat tekanan daripada
pemerintah bukan sahaja disebabkan isu-isu yang dibangkitkan tetapi juga pendekatan
demonstrasi yang cenderung radikal yang dilakukan. Walau bagaimanapun, gerakan ini
didapati bukan sahaja telah berjaya merubah landskap politik Malaysia ke arah demokrasi
tetapi juga, dalam banyak hal, telah membantu mewujudkan sistem pihan raya yang lebih
telus di negara ini.
Persoalannya, bagaimanakah gerakan ini berjaya mengetengahkan ideanya dalam
keadaan tertekan itu, dan mengapakah pemerintah bersifat represif terhadap kegiatan-
kegiatan mereka? Objektif penulisan bab ini adalah untuk menghurai dinamika kegiatan
gerakan Bersih di negara ini dan menghuraikan respon pemerintah terhadap aktiviti MS
yang berkecenderungan radikal ini.
Huraian dalam bab ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah
analisis bahan-bahan ilmiah terdahulu dan analis kandungan bahan-bahan yang
diterbitkan, baik dalam media sosial mahupun media cetak. Perbincangan akan
dibahagikan mengikut perkara-perkara yang berikut:

14
a. Definisi dan pendekatan masyarakat sivil
b. NGO dan gerakan sosial di Malaysia sepintas lalu
c. Gerakan Bersih di Malaysia
d. Respon kerajaan terhadap Bersih
e. Kesimpulan

DEFINISI DAN PENDEKATAN MASYARAKAT SIVIL

Dalam bahagian ini, huraian lanjut tentang makna MS akan dikemukakan berdasarkan
takrif yang dikemukakan oleh Cohen dan Arato (1994) dan Habermas (1996). Berikut
adalah takrif MS yang dikemukan oleh Cohen dan Arato (1994).

“a sphere of social interaction between economy and state, compose


above all of the intimate sphere (especially the family), the sphere of
associations (especially voluntary associations), social movements,
and forms of public communications.” (Cohen & Arato, 1994)

Sekurang-kurangnya ada dua perkara penting yang boleh difahami daripada takrif ini,
khususnya jika ditumpukan kepada perkataan family dan economy. Pertamanya, takrif
MS paradigma Hegel (1996) masih kuat dibenak mereka kerana istilah intimate relation
(seperti di dalam keluarga) masih digunakan. Hegel mentakrifkan MS sebagai ruang
antara keluarga dan negara yang mana peranan negara adalah sebagai penyelaras semata-
mata, iaitu berkecuali dalam sebarang percaturan dalam MS (Hegel, 1996: 220).
Keduanya, mereka telah nampak pentingnya pengaruh ruang pasaran dibezakan dengan
ruang masyarakat yang lain, yang mana perkataan ekonomi digunakan dalam takrifan ini.
Ini menunjukkan bahawa Cohen dan Arato mungkin mula menyedari impak
neoliberalisme yang mula berkembang, khususnya pada tahun 1980-an.
Seperkara penting yang lain pula adalah mengenai konsep ruang persatuan
(sphere of association) yang terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela (voluntary
associations), gerakan-gerakan sosial (social movements) dan komunikasi awam (public
communication) yang digunakan dalam takrif berkenaan. Konsep ruang persatuan yang
digunakan di sini adalah hampir menyamai ruang awam yang akan dibincangkan selepas
ini apabila perbincangan takrif Habermas dikemukakan. Ringkasnya, MS daripada
perbincangan Cohen dan Arato (1994) di sini merujuk kepada tiga kumpulan, iaitu
persatuan sukarela, gerakan sosial dan komunikasi yang berlaku di ruang awam. Cohen
dan Arato tidak jelas sama ada hendak memasukkan institusi agama sebagai ruang
persendirian atau ruang awam. Namun, apabila mereka menyebut perkataan ‘keluarga
khasnya’ (especially family), menunjukkan bahawa mereka menyedari ada institusi lain
yang berada di dalam ruang persendirian itu, yang boleh sahaja terdiri daripada institusi
agama (gereja atau monestry dan lain-lainnya) serta sekolah dan lain-lainnya. Dengan itu,

15
boleh ditafsirkan bahawa aktiviti anjuran gereja atau masjid tidak difahami mereka
sebagai aktiviti MS.
Perbincangan definisi MS yang berikut akan dikaitkan dengan dua takrif MS oleh
Jürgen Habermas yang mana kita akan dapati beliau cuba mengaitkan perbincangan
ruang persendirian dan ruang awam sebagaimana takrifnya yang kedua itu. Takrif MS
Habermas yang pertama adalah:

“Network of associations that institutionalizes problem-solving discourses


on questions of general interest inside the framework of organized public
spheres” (Habermas, 1996).

Berdasarkan takrif ini, tidak banyak perbezaan yang substantif atau fundamental dengan
takrif Cohen dan Arato (1994) sebelum ini. Jaringan persatuan (network of associations)
daripada tafsir itu boleh difahami sebagai sama dengan entiti atau persatuan kesukarelaan,
gerakan sosial dan komunikasi awam. Gerakan Bersih yang dihuraikan dalam bab ini
adalah khasnya berkenaan dengan gerakan sosial yang ditarifkan oleh Cohen dan Arato
(1994) serta Habermas (1996) ini.
Tentulah matlamat akhir daripada tujuan melakukan jaringan kerja sesama
persatuan itu adalah antara lainnya untuk membuat keputusan berkaitan polisi untuk
kepentingan bersama atau kepentingan awam, sebagaimana yang ada dalam takrif
Habermas ini.
Takrif Habermas yang kedua berikut didapati lebih hampir dengan huraian
gerakan Bersih dalam bab ini. Habermas menyebut, antara lainnya:

“Civil society consists of those ‘more or less spontaneously emergent


associations, organizations and movements that, attuned to how societal
problems resonate in the private life spheres, distil and transmit such
reactions in amplified form to the public sphere’ (Habermas, 1996: 367).

Dalam bahagian ini, akan dibincangkan perkataan spontaneous dan private life
sebagai tumpuan memahami takrif MS Habermas ini. Umumnya, tidak semua organisasi
ditubuhkan semata-mata atas dasar memberi respon kepada perkara yang sedang berlaku
pada ketika itu. Hal ini kerana kebiasaannya, sebuah pertubuhan tersebut telah diasaskan
lama sebelum sesuatu isu itu disuarakan atau diketengahkan untuk perhatian awam.
Namun begitu, apabila Habermas menggunakan perkataan spontaneous, ianya boleh
difahami sebagai merujuk kepada gerakan yang bersifat ad-hoc atau sementara dan aktif
dalam masa-masa tertentu sahaja. Sebagai contohnya, gerakan Bersih di Malaysia
bukanlah sentiasa aktif, melainkan jika ada isu-isu kontroversial yang hendak
diketengahkan pada satu-satu masa.
Perkataan ruang persendiran (private life) atau peribadi juga perlu dibincangkan di
bahagian ini bagi mengaitkannya dengan gerakan Bersih. Sebagaimana yang disentuh
16
pada bahagian awal bab ini, landskap politik Malaysia telah berubah, yang mana antara
lain, semakin ramai warganegara yang melibatkan diri dalam ruang awam untuk sama-
sama mengetengahkan atau membangkitkan pandangan mereka, khususnya selepas tahun
1998, dengan bermulanya gerakan reformasi di negara ini.
MS menurut takrifan Habermas ini merujuk kepada menguatnya atau semakin
berpengaruhnya isu yang diketengahkan dalam masyarakat sehingga isu ruang peribadi
keluarga mahupun institusi gereja atau masjid juga telah dibahaskan di ruang awam.
Wajar dicatatkan bahawa di dalam negara yang mengamalkan prinsip sekularisme,
institusi gereja difahami hanya bergerak di ruang persendirian. Namun, di Malaysia yang
mana Islam termaktub di dalam perlembagaannya, persoalan penglibatan institusi masjid
di dalam ruang awam adalah sesuatu yang telah menjadi norma masyarakat.
Di sini dimasukkan juga model negara, pasaran dan masyarakat yang telah
dibincangkan dalam bahagian Prolog bagi menerangkan konsep dan takrif MS Cohen dan
Arato (1994) serta Habermas (1996) yang dihuraikan ini.
Tafsiran MS Cohen dan Arato (1994) sebagai ruang persatuan serta Habermas
(1996) sebagai ruang awam berkaitan interaksi jaringan kerja tergambar pada kawasan
yang bertindan, sebagaimana dalam Rajah 1.1 berkenaan. Konsep MS seperti ruang
awam itu sebenarnya telah berkembang berdasarkan perdebatan sarjana sebelumnya.
Antara sarjana yang terpenting dan sangat releven bagi huraian dalam bab ini adalah
Antonio Gramsci, dengan pendekatan yang dikemukannya, iaitu kaunter-hegemoni.

Rajah 1.1
* KH = Kaunter-hegemoni, RK = Rasionaliti komunikatif

Rajah berkenaan menunjukkan interaksi negara, pasaran dan masyarakat yang bertindan
pada ruang MS yang mana pendekatan kaunter-hegemoni dan rasionaliti komunikatif
boleh digunakan bagi menerangkan dinamika gerakan Bersih.

17
Umumnya, terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan oleh MS dalam
mengetengahkan isu yang dijuangkan dan selain daripada kaunter-hegemoni dan
rasionaliti komunikatif ialah melalui modal sosial dan komunitarian. Konsep kaunter-
hegemoni telah diperkenalkan Gramsci pada tahun 1926 dalam tulisan bertajuk Notes on
Southern Question yang memfokuskan kepada keperluan gerakan petani (Gramsci, 2000).
Dalam karya bertajuk Prison Notebooks (1971), Gramsci menyatakan konsep
hegemoni tidak dapat dipisahkan dengan aspek intelektual, kepimpinan politik dan
moraliti. Ini membawa maksud, bukan sahaja persoalan kepentingan golongan peladang
sebagai satu kelas sahaja yang perlu diketengahkan tetapi semua hubungan kelas antara
golongan bawah perlu dibahaskan dengan kerangka kaunter-hegemoni itu.
Bagi Gramsci, kelas atasan iaitu pemerintah dan kapitalis telah bersatu menjadi
hegemoni yang kuat sehingga tiada ruang bagi warganegara untuk bersuara, melainkan
penentangan secara lebih keras atau kaunter-hegemoni tersebut. Baik secara pujukan
(persuasion) atau paksaan (coercion), golongan atasan telah terus berjaya menjadi
hegemonik, justeru itu tindakan yang lebih keras perlu dilakukan oleh warganegara bagi
melaksanakan kaunter-hegemoni itu.
Namun begitu, perkembangan demokrasi, khususnya liberalisme telah
mengendurkan ruang konflik yang digambarkan oleh Gramsci, antara pemerintah dan
yang diperintah. Sebagai contoh, Habermas melihat kekuatan intelektualiti atau
rasionaliti dapat digunakan bagi melawan dominasi atau hegemoni pemerintah yang
mendapat sokongan kelas kapatalis itu. Maksudnya di sini, sekiranya Karl Marx sebagai
mana yang ada dalam kajian sains sosial pernah mengemukakan pendekatan revolusi,
Gramsci bagi maksud yang sama pula menggunakan pendekatan kaunter-hegemoni dan
Schumpeter menggunakan kuasa undi untuk menumbangkan atau menukar pemerintah.
Habermas percaya, dengan kekuatan rasionaliti dalam ruang awam, pemerintah juga
boleh ditukar atau ditumbangkan. Dalam konteks perbincangan seperti inilah, pendekatan
kaunter-hegemoni Gramsci dan rasionaliti komunikatif dalam ruang awam Habermas
dimanfaatkan dalam huraian mengenai gerakan Bersih di negara ini.

NGO DAN GERAKAN SOSIAL DI MALAYSIA SEPINTAS LALU

Gerakan kesukarelaan sememangnya telah wujud lama di negara ini, baik dalam bentuk
keagamaan mahupun yang bertujuan menjaga kebajikan atau memberi perkhidmatan.
Gerakan mubaligh Kristian dan kumpulan kongsi kaum Cina yang telah lama wujud di
negara ini adalah manifestasi adanya gerakan kesukarelaan di negara ini. Gerakan yang
cenderung kepartian juga telah banyak didirikan sebelum kemerdekaan, yang
kemudiannya membentuk parti-parti politik di negara ini.
Gerakan yang bersifat sejagat seperti yang didukung oleh idea liberalisme seperti
kebebasan bersuara dan hak kepenggunaan dan Islam juga telah lama wujud dan secara
lebih tersusun dapat dilihat dengan penubuhan Aliran, CAP dan ABIM yang disentuh di
awal bab ini (Othman 2002, Hassan 2000). Pengaruh neoliberalisme telah menggalakkan
18
lagi penubuhan (OMS) seperti NGO dan gerakan sosial. Dasar penswastaan, liberalisasi
dan deregulasi telah mengecilkan peranan kerajaan dan meluaskan peranan sektor
perniagaan yang menyebabkan kerajaan memerlukan sumbangan NGO sama ada dalam
membantu kerajaan melaksanakan aktiviti kebajikan atau memberi perkhidmatan melalui
peruntukan yang disediakan kerajaan (Nufen, 1986; Rajan, 2019).
Dalam perkembangan yang hampir sama juga, pertubuhan mirip gerakan sosial
seperti Aliran dan ABIM terus berkembang dalam memastikan bukan sahaja proses
penswastaan dapat dipantau tanpa berlakunya penyelewengan tetapi juga memberi
kesedaran kepada warganegara tentang hak mereka dalam banyak bidang. Selain
daripada hak kepenggunaan yang dinyatakan sebelum ini, hak wanita, hak bersuara dan
hak berpersatuan juga adalah antara beberapa perkara yang mendapat perhatian OMS.
Sesetengah pengkaji melihat nilai-nilai liberal khususnya yang terkandung di
dalam The Universal Declaration of Human Rights (UDHR) memiliki unsur sejagat,
sesetengah yang lain terutamanya yang mendukung prinsip Islam melihat ianya tidaklah
semestinya begitu. Anjuran yang dikemukakan oleh badan PBB kebiasaannya akan
diratifikasi secara terpilih-pilih oleh negara-negara anggota dan Malaysia tidak terkecuali
dalam hal ini (Tumin, 2006).
Francis Loh (2003) menyatakan bahawa pada tahun 1980-an terdapat penglibatan
beberapa gerakan politik di ruang tidak formal melalui NGO kelas menengah yang
berusaha mempromosi wacana baru dan amalan demokrasi yang lebih terbuka. Matlamat
gerakan ini bukan hanya untuk melakukan periksa dan imbang (check and balance)
perjalanan pilihan raya dan amalan procedural democracy, malah jauh daripada itu cuba
mewujudkan ruang awam yang lebih bersifat adil untuk bersuara (Loh, 2003).
Pada pertengahan tahun 1980, berlaku gerakan sosial secara besar-besar
menentang pemerintahan Dr. Mahathir yang dilihat semakin represif. Apabila tekanan
yang kuat diberikan kepada pemerintah pada tahun 1987, gerakan yang umumnya
memperjuangkan hak kebebasan bersuara telah disekat apabila kerajaan melancarkan
Operasi Lalang. Seramai 106 orang yang terdiri daripada pemimpin NGO dan parti
pembangkang, kesatuan sekerja, ahli akademik, aktivis sosial gereja dan beberapa aktivis
lain, ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA). Walau bagaimanapun,
pada pertengahan tahun 1990-an semakin aktif pula pelbagai gerakan sosial bagi
menuntut hak. Contohnya, kumpulan wanita seperti All Women’s Action Society
(AWAM), Sisters in Islam (SIS), Woman’s Aid Organization (WAO) dan beberapa lagi
kumpulan yang lain. Pada amnya, MS ini berjaya mempengaruhi pembuat dasar apabila
Akta Keganasan Rumah Tangga diluluskan dan dikuatkuasakan pada 1996 termasuk
beberapa undang-undang yang bersifat diskriminatif terhadap wanita .
Dalam perkembangan yang hampir sama juga, beberapa kumpulan hak asasi
seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Persatuan Hak Asasi Nasional (HAKAM)
dan Aliran aktif menentang Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan undang-undang
lain melalui seminar, petisyen, nasihat perundangan dan kadangkala melalui demonstrasi.
Selain itu, sebagaimana yang dicatatkan Francis Loh (2003), terdapat juga kumpulan
19
NGO yang memperjuangkan isu gaji minimum, peneroka bandar dan perumahan selesa
disamping isu kepenggunaan yang telah lama diketengahkan. Antara NGO yang terlibat
adalah Pusat Pembangunan Komuniti, Pusat Komunikasi Rakyat dan Jaringan Rakyat
Tertindas (JERIT). Walau pun Anwar Ibrahim telah menyertai pemerintah mulai tahun
1981 lagi, pertubuhan Islam yang lain terus aktif, misalnya melalui kegiatan yang
dianjurkan ABIM, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan sebagainya. Apabila berlakunya dua
isu utama pada suku terakhir tahun 1990-an, iaitu krisis kewangan 1997 dan pemecatan
Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada tahun 1998, kegiatan MS didapati secara
relatifnya semakin lebih menyeluruh sifatnya berbanding dengan tahun-tahun
sebelumnya.
Selain tertumpu kepada isu pemecatan Anwar, isu-isu lain juga digerakkan oleh
kumpulan reformasi yang terbentuk selepas isu pemecatan berkenaan. Ianya termasuklah
tentang penegakan undang-undang, perihal demokrasi partisipatori dan keadilan untuk
semua. Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) dan Gagasan Demokrasi
(GAGASAN) adalah gerakan yang dimaksudkan ini dan ia lebih mendapat sokongan
daripada parti politik pembangkang, khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS),
Democratic Action Party (DAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Gerakan Keadilan Sosial (ADIL) yang dipimpin oleh Datin Seri Wan Azizah
kemudiannya terbentuk hasil jalinan daripada gerakan-gerakan di atas. Gerakan ini
menuntut kebebasan melibatkan diri dalam proses pilihan raya disamping menuntut
pemerintah memberi autonomi kepada masyarakat sivil untuk menyebarkan nilai
demokrasi dan mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan politik (Lopez,
2007). Dapat dikatakan di sini bahawa gelombang gerakan reformasi ini mengajak rakyat
agar mempertahankan hak warganegara untuk bersuara dan menegakkan hak mereka
untuk mendapat tampuk kepimpinan yang lebih demokratik.
Dapat diperhatikan bahawa perkembangan pesat globalisasi telah meningkatkan
kesedaran hak sivil dan kemanusiaan di Malaysia. Warganegara mula mengetengahkan
isu-isu hak asasi, good governance, kepentingan ketelusan dalam pengagihan sumber
awam, hak dan tanggungjawab sivil, pemuliharaan alam sekitar dan kepekaan terhadap
persoalan gender (Nidzam & Bilcher, 2002).

GERAKAN BERSIH

Dalam bahagian ini, perbincangan akan ditumpukan tentang penubuhan Bersih dan
kegiatannya menganjurkan bantahan, daripada Bersih yang pertama sehingga Bersih 5,
dengan memberikan perhatian kepada isu kebebasan media dan bersuara di Malaysia.
Perlu dicatatkan juga bahawa istilah Bersih 1.0 tidak digunakan oleh kumpulan ini pada
peringkat awal perhimpunannya.
Bersih adalah singkatan nama daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.
Pada awalnya, Bersih dianggotai oleh SUARAM, Women’s Development Collective
(WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI). Bersih secara rasminya
20
dilancarkan pada 23 November 2006 di lobi Bangunan Parlimen Malaysia. Secara
amnya, Bersih juga adalah sebuah kumpulan masyarakat sivil di Malaysia yang tidak
terikat kepada mana-mana pertubuhan parti politik.
Objektif utama penubuhan Bersih adalah menjadi ejen yang mempertahan,
memperkukuh dan memperkasa isu hak asasi di Malaysia, khususnya soal pelaksanaan
pilihan raya yang adil dan bersih serta isu kebebasan bersuara. Pentingnya aspek pilihan
raya ini tergambar dalam penyataan pengerusinya, Ambiga Sreenevasan (2006), seperti
berikut:

“Only when elections are clean and fair, citizens can be real masters
of their own destiny and expect holders of public office to act
accountably and effectively.”

Modus operandi Bersih bermula dengan demonstrasi oleh kumpulan tersebut.


Demonstrasi yang pertama yang dikenali sebagai Bersih disertai 100,000 orang di
Dataran Merdeka 10 Oktober 2007, bertujuan menghantar memorandum ke Istana
Negara. Peserta yang hadir memakai baju berwarna kuning yang melambangkan warna
gerakan ini.
Dalam demonstrasi demikian, terdapat juga NGO dan parti pembangkang yang
turut serta dalam usaha mereka menghantar memorandum dan antara pemimpin politik
yang terlibat dalam peristiwa ini ialah Lim Kit Siang, Wan Azizah Wan Ismail dan Abdul
Hadi Awang. Memorandum tersebut dihantar kerana Bersih mendakwa pilihan raya
umum Malaysia 2004 dan sebelum ini, kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia (SPR), adalah tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (Bersih,
2011).
Secara khususnya, memorandum tersebut mengandungi empat tuntutan utama,
sepertimana berikut:
i) Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala
kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
ii) Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
iii) Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan
pengundi lain di luar negara;
iv) Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihan raya supaya
semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada
rakyat Malaysia.

Perkara keempat yang terkandung dalam tuntutan mereka berkaitan dengan kebebasan
media adalah wajar ditinjau di sini. Pihak pembangkang sebagaimana yang diperhatikan
tidak diberikan ruang yang adil dan saksama untuk berkempen di media. Kumpulan ini
mendapati media elektronik dan media cetak tidak memberi laluan yang sama kepada
tokoh pembangkang seperti Dr. Mahathir Mohamad pada ketika itu yang mana Abdullah

21
Badawi adalah Perdana Menteri Malaysia. Bersih beranggapan keadaan yang berlaku ini
melanggar perlembagaan Malaysia dalam Perkara 10 – kebebasan bersuara, berhimpun
dan berpersatuan, iaitu setiap warganegara adalah bebas untuk mengeluarkan buah
fikirannya, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.
Lanjutan daripada itu, satu memorandum telah dihantar kepada Yang di-Pertuan
Agong yang menuntut agar bantahan terhadap media itu diteliti selain daripada anjuran
perhimpunan Bersih. Walau bagaimanapun, pada 16 November 2007, pihak Istana
Negara membuat kenyataan rasmi kepada pihak media yang mana perhimpunan berserta
memorandum yang dihantar tidak diperkenankan.

Bersih 2.0

Lanjutan daripada penolakan yang sebelumnya, iaitu disebabkan kerajaan yang enggan
memenuhi tuntutan Bersih sebelum ini, maka hal ini telah mendorong kumpulan tersebut
mengadakan satu lagi demonstrasi besar pada hari Sabtu, 9 Julai 2011 yang dikenali
sebagai Bersih 2.0. Rancangan awal bagi lokasi utama demonstrasi ini adalah di Masjid
Kampung Baru, Sogo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka. Dengan
pengesahan oleh Yang di-Pertuan Agong, penganjur perhimpunan ini menerima tawaran
daripada kerajaan untuk berhimpun di Stadium Merdeka.
Pada tahap itu, Bersih telah menggabungkan 63 NGO yang mempunyai
kepentingan dalam mempromosi demokrasi serta pilihan raya yang bebas dan adil di
Malaysia dan demonstrasi ini disertai lebih 50,000 orang peserta. Pada tahap ini, lapan
tuntutan kepada pihak kerajaan diketengahkan, iaitu:
i) Membersihkan senarai undi;
ii) Mereformasikan undi pos;
iii) Menggunakan dakwat kekal;
iv) Memberi tempoh kempen minima 21 hari;
v) Memastikan akses media yang bebas dan adil;
vi) Mengukuhkan institusi awam;
vii) Menghentikan rasuah; dan
viii) Menghentikan politik kotor.

Sekali lagi, perkara mengenai kebebasan dan keadilan akses media, iaitu perkara kelima,
diutarakan oleh kumpulan ini. Bagi kumpulan ini, melalui kebebasan dan keadilan media,
rakyat akan dapat memilih pemimpin dengan lebih bijak dan adil. Oleh yang demikian,
mereka mahukan agar YDP Agong meneliti keadaan media di Malaysia yang cenderung
berat sebelah kepada pihak kerajaan dan memberi amaran kepada pihak kerajaan agar
menyediakan platform media yang lebih bebas dan adil untuk semua.
Tindakan alternatif juga diambil oleh mereka, misalnya melancarkan laman
sesawang, yang boleh dilayari di http://www.bersih.org. Secara strateginya, sekiranya
kerajaan masih menyekat rakyat daripada bebas bersuara di jalanan dan di televisyen,
22
media sosial dapat dijadikan medium lain bagi rakyat menyatakan pandangan mereka. Di
dalam laman sesawang tersebut, Bersih memberi penerangan tentang organisasi mereka,
kempen-kempen yang bakal dijalankan serta memberi info dan maklumat kepada rakyat
tentang sekatan kebebasan bersuara di Malaysia.
Selain laman sesawang, Bersih juga telah membuka platform media sosial lain
seperti halaman Facebook yang boleh dilayari di https://www.facebook.com/Bersih2.0.
Matlamat halaman Facebook tersebut adalah memberi ruang dan peluang kepada rakyat
Malaysia untuk mendapat akses yang lebih baik dalam keadaan media tradisional masih
disekat pihak kerajaan.

Bersih 3.0

Selepas wujudnya bantahan oleh Bersih 2.0, gerakan ini sekali lagi menganjurkan
perhimpunan tunjuk perasaan pada 28 April 2012 di Kuala Lumpur. Ia dikenali sebagai
Bersih 3.0 dan dilabelkan sebagai perhimpunan Duduk Bantah. Perhimpunan ini disertai
84 buah NGO bersama lebih kurang 200,000 orang peserta dan ia diketuai oleh
Sasterawan Negara Malaysia, A. Samad Said. Kaedah perhimpunan rakyat menerusi
Bersih 3.0 ini pada mulanya dicadangkan oleh penganjur untuk diadakan secara aman,
yakni para peserta diminta 'duduk bantah' di lokasi perhimpunan iaitu di Dataran
Merdeka bermula jam 2 petang hingga 4 petang. Dalam perhimpunan ini, Bersih sekali
lagi mengemukakan lapan tuntutan yang sama kepada kerajaan.
Bagi isu kebebasan bersuara, Bersih 3.0 beranggapan kerajaan masih tidak
memberi akses media bebas dan adil kepada semua. Contohnya, pihak pembangkang
masih tidak dibenarkan berkempen di televisyen dan debat antara pemimpin
pembangkang dan kerajaan masih tidak disiarkan (Malaysiakini, 2012).
Perkara lain yang ditumpukan oleh gerakan Bersih pada tahap ini adalah yang
berkaitan dengan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman 2011. Bagi Bersih, kerajaan
Malaysia telah melanggar hak kebebasan bersuara rakyat dengan mewujudkan Akta
Perhimpunan Aman 2011, khususnya yang berkaitan dengan perkara berikut:
i) Perhimpunan dalam jarak 50 meter adalah tidak realistik di kebanyakan bandar;
ii) Individu bukan warganegara Malaysia dan kanak-kanak 15 tahun ke bawah
disekat daripada menyertai perhimpunan; dan
iii) Perhimpunan hanya boleh diadakan di dalam stadium dan tidak boleh
dilaksanakan di jalan raya.

Bagi gerakan ini, perkara-perkara berkenaan menunjukkan akta tersebut tidak mengikut
perlembagaan dan tidak sah kerana melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun.
Justeru, Bersih berpandangan demonstrasi Bersih 3.0 wajar diteruskan bagi memberi
tekanan kepada kerajaan agar isu kebebasan bersuara rakyat lebih diambil berat.

Bersih 4.0
23
Bersih 4.0 adalah siri perhimpunan awam dan diadakan dari 29 hingga 30 Ogos 2015 di
beberapa bandar raya utama di seluruh Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Kota
Kinabalu dan Kuching. Objektif utama kumpulan ini adalah untuk menggesa kerajaan
Malaysia yang berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional bagi mengolah kembali
dan membaik pulih sistem pemilihan atau pilihan raya.
Kelainan perhimpunan bersih kali ini adalah ia dilaksanakan sehari sebelum
tanggal sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diadakan pada 31 Ogos. Selain itu,
dalam perhimpunan ini, Bersih membawa lima tuntutan utama iaitu:
i) Pilihan raya adil dan bebas;
ii) Kerajaan yang telus;
iii) Hak demonstrasi;
iv) Memperkukuhkan sistem demokrasi berparlimen; dan
v) Menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Tuntutan kedua dan ketiga adalah berkaitan dengan isu kebebasan bersuara dan
kali ini, perkara-perkara yang diajukan gerakan ini banyak tertumpu kepada
penyelewengan yang melibatkan perdana menteri ketika itu. Bagi tuntutan kedua, Bersih
melihat kerajaan masih tidak telus dan menyekat kebebasan media. Contohnya, pada
bulan Julai 2015, pihak kerajaan mula mengadakan beberapa langkah kawalan seperti
menyekat portal berita Sarawak Report daripada terus diakses di Malaysia.
Sarawak Report sebelum itu telah melaporkan beberapa berita sensasi berkenaan
dakwaan salah laku 1MDB dan kaitannya dengan Najib Razak dan ia mencetuskan
pelbagai reaksi dari para pengguna internet. Pihak kerajaan Malaysia juga menggantung
lesen penerbitan akhbar kewangan dan berita The Edge, yang turut melaporkan tentang
skandal 1MDB tersebut. Bagi tuntutan ketiga pula, Bersih melihat rakyat seharusnya
diberi peluang dan hak untuk membantah, termasuk para mahasiswa. Tindakan Menteri
Pendidikan Tinggi, Idris Jusoh, memberi amaran kepada penuntut daripada terlibat dalam
perhimpunan Bersih 4.0 disifatkan pihak Bersih sebagai melanggar hak kebebasan rakyat
bersuara di Malaysia. Bagi Bersih 4.0, semua tuntutan itu perlu dimulakan dengan
perletakan jawatan Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Najib Razak.

Bersih 5

Gerakan ini telah mengadakan satu lagi siri perhimpunan, iaitu Bersih 5. Perhimpunan
tersebut telah diadakan pada 19 November 2016 di Dataran Merdeka dengan membawa
Slogan “Satukan Tenaga Malaysia Baru!” Dalam Bersih 5, mereka membawa lima
tuntutan utama kepada pihak kerajaan, iaitu:
i) Pilihan raya bersih;
ii) Kerajaan bersih;
iii) Pengukuhan demokrasi berparlimen;
24
iv) Hak membantah; dan
v) Memperkasa Sabah dan Sarawak.

Sekali lagi, dalam isu kebebasan bersuara, tuntutan tersebut berada dalam tuntutan
keempat Bersih, iaitu hak membantah. Dalam demonstrasi ini, gerakan tersebut juga telah
meminta kerajaan untuk mengambil langkah-langkah berikut:
i) Meminda Akta Polis 1967 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;
ii) Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC);
iii) Memansuhkan akta-akta yang represif, seperti Akta Hasutan 1948, Akta
Majlis Keselamatan Negara 2015, dan Akta Kesalahan Keselamatan 2012
(SOSMA).

Satu perkara menarik dalam perhimpunan Bersih 5 ini adalah hadirnya bekas
pemimpin kerajaan yang berpengaruh, iaitu Dr. Mahathir Mohamad. Pada awal paginya,
perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka dan perhimpunan ini diakhiri dengan
ucapan oleh Dr. Mahathir di hadapan KLCC kepada peserta perhimpunan. Ini adalah
peluang dan taktik untuk menarik lebih ramai lagi rakyat menyokong idea dan tuntutan
mereka. Hal ini kerana, bagi Bersih, Dr. Mahathir masih lagi sangat berpengaruh di
kalangan rakyat.
Selain itu, antara pemimpin politik yang terlibat sewaktu ucapan yang dianjurkan
tersebut adalah Muhyiddin Yasin dan Mukhriz Mahathir. Selain medium jalan raya,
Bersih 5 turut menggunakan media sosial bagi menyampaikan idea dan tuntutan mereka.
Asalnya, Bersih bercadang mengadakan bantahan terbuka secara berkala, namun setakat
makalah ini ditulis, kebanyakan kegiatan mereka lebih terserlah di media sosial.

RESPON KERAJAAN TERHADAP AKTIVITI GERAKAN BERSIH

Sebagaimana yang dapat diduga, kerajaan tidak akan bersetuju dengan peranan dan
kegiatan yang dikelolakan oleh gerakan Bersih dan beranggapan perhimpunan atau
demontrasi anjurannya perlu dikawal jikapun tidak dihalang. Dalam bahagian ini,
perbincangan tentang respon kerajaan akan dihuraikan secara bertahap mengikut gerakan
Bersih yang terawal sehinggalah yang ke 5.
Berikut adalah beberapa tindakan kerajaan yang dapat dikenal pasti di peringkat
awal bagi menunjukkan hegemoninya, iaitu halangan polis terhadap peserta
perhimpunan, penahanan pemimpin yang terlibat, dan penyelaran keseluruhan tindakan
perhimpunan tersebut. Dari segi halangan pihak polis, penganjur perhimpunan gagal
mendapatkan kebenaran atau permit pihak polis untuk mengadakan perhimpunan atau
demonstrasi. Berkaitan dengan isu ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan ini tidak mendapat permit polis, yang
bermaksud perhimpunan ini haram untuk disertai orang ramai. Penerangan pihak polis itu
dapat diringkaskan seperti berikut:
25
i) Tiada keperluan untuk beramai-ramai, hingga beratus ribu orang, semata-mata
untuk menghantar memorandum dan tiada keperluan untuk berkempen
berbulan-bulan untuk maksud itu;
ii) Berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini di Malaysia, perhimpunan yang
dianjurkan oleh parti pembangkang akan mengundang rusuhan;
iii) Perhimpunan di Dataran Merdeka bukanlah budaya di Malaysia.

Bagi pimpinan pihak Bersih pula, mereka berpendapat adalah tidak adil bagi pihak polis
tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut memandangkan ia
hanyalah perhimpunan bagi menyuarakan suara rakyat. Malah, ada dakwaan menyebut
bahawa tindakan polislah yagn merupakan punca keganasan dan kesesakan lalu lintas,
bukan para penunjuk perasaan.
Selain daripada isu permit tersebut, beberapa individu yang terlibat dengan
kegiatan Bersih di peringkat awal itu juga telah ditahan. Mereka termasuklah Ahmad
Sabu dan Tian Chua. Ramai pemimpin atasan kerajaan yang menyelar kegiatan Bersih
itu, termasuklah Abdullah Badawi selaku Perdana Menteri ketika itu. Perlu juga
dinyatakan bahawa pada ketika itu penyertaan kaum Melayu masih tidak menonjol di
peringkat awal gerakan Bersih berkenaan dan gerakannya lebih dilihat sebagai gerakan
kepembangkangan.
Pihak Bersih terus melakukan kaunter-hegemoni dan sebagai tindakan balas, parti
dalam kerajaan seperti UMNO juga mengadakan demonstrasi bagi melakukan tindak
balas, khususnya semasa perhimpunan Bersih 2.0. Berikut adalah beberapa respon pihak
kerajaan yang selanjutnya apabila Bersih melancarkan Bersih 2.0:

i) Pemuda UMNO digerakkan bagi menunjukkan hegemoni pemerintah


terhadap perhimpunan Bersih 2.0. Pemuda UMNO yang pada masa itu
diketuai oleh Khairy Jamaludin mengadakan perhimpunan yang sama pada
hari Bersih melancarkan demontrasi. Pemuda UMNO menganjurkan
demonstrasi yang dinamakan sebagai Himpunan Patriot bagi menentang
Himpunan Bersih 2.0.
ii) Akta Perhimpunan Aman digubal pada 24 November 2011 bagi menyekat
sebarang perhimpunan besar. Akta ini dilihat tidak memberikan peluang yang
luas kepada masyarakat untuk bersuara. Ini kerana, melalui akta ini peserta
tidak boleh berhimpun di jalanan, serta golongan bukan warganegara dan
kanak-kanak bawah 15 tahun dilarang menyertai perhimpunan.
iii) Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mengumumkan
pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan parlimen untuk mengkaji sistem
pilihan raya, yang mana jawatankuasanya terdiri daripada ahli-ahli parlimen
dari pihak pemerintah dan pembangkang.

Menyedari semakin kuatnya pengaruh Bersih, kerajaan menggunakan strategi yang


26
bebeza apabila Bersih melancarkan Himpunan Bersih 3.0. Perkara ini dapat dilihat
apabila Menteri Dalam Negeri ketika itu, Hishammuddin Hussein, tidak memandang
perhimpunan Bersih 3.0 sebagai ancaman kepada keselamatan. Justeru, beliau
menawarkan dua tempat yang lebih selamat dan teratur untuk mengadakan perhimpunan,
iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Merdeka. Cadangan kerajaan ini tidak
disambut dengan baik oleh pihak Bersih yang menolak cadangan kedua-dua tempat
berkenaan sebagai tempat yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan.
Sebagaimana yang diduga, polis telah mengadakan sekatan jalan raya apabila
Bersih ingin mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, kawasan yang telah menjadi
tradisi bagi perhimpunan besar-besaran dilakukan. Apabila perhimpunan terus dilakukan,
ketegangan antara pihak pemerintah dan bersih menjadi semakin tidak terkawal. Bukan
sahaja ramai yang ditangkap malah ramai juga wartawan yang menjadi mangsa
pertarungan hegemoni kerajaan dan kaunter-hegemoni Bersih ini. Bagi pihak pemerintah,
langkah yang diambil polis ini perlu bagi meredakan peserta Bersih daripada merosakkan
harta benda awam dan bagi mengawal ketenteraman negara.
Kegiatan Bersih mula mendapat sokongan pelajar universiti secara terbuka
apabila perhimpunan Bersih 4.0 dilancarkan. Menyedari akan penglibatan ini, bekas
Menteri Pendidikan Tinggi, Idris Jusoh memberi amaran kepada mahasiswa supaya
menjauhi perhimpunan berkenaan. Kegagalan mematuhi amaran akan menyebabkan
mahasiswa dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Selain peranan pihak polis yang dinyatakan sebelum ini, kelibat pasukan tentera
juga mulai terlihat dalam isu Bersih ini. Zulkifeli Mohd Zin berkata kemasukan tentera
hanya akan berlaku sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat. Sungguhpun darurat
tidak diisytiharkan, kelibat tentera ini penting bagi menggambarkan keseriusan masalah
yang mungkin ditimbulkan oleh gerakan Bersih ini.
Saluran Bersih bagi mengembangkan rasionaliti komunikatif (iaitu konsep yang
dibincangkan oleh Habermas) juga mulai terancam apabila Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia yang mengawal penggunaan internet di Malaysia telah memberi
makluman yang mengancam gerakan subversif, di laman Facebooknya. Antara lainnya,
penyataan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya itu adalah sebarang aktiviti, khususnya
yang ada kaitan dengan pengiklanan Bersih dan membawa kepada kemudaratan terhadap
keamanan negara akan disekat. Selanjutnya, dapat diperhatikan gerakan Bersih semakin
mendapat legitimasi apabila pemerintah tidak lagi dapat menunjukkan hegemoninya
untuk terus menekan gerakan tersebut dalam perhimpunan yang seterusnya, iaitu Bersih
5. Dalam perhimpunan ini, secara amnya ia berlaku dengan aman tanpa respon langsung
daripada pihak kerajaan, misalnya melalui polis atau kelibat tentera.
Namun begitu, wujud tentangan daripada kumpulan masyarakat sivil lain terhadap
Bersih 5, misalnya melalui kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Datuk Jamal Yunos,
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar pada ketika itu. Sudah menjadi strategi pemimpin
yang memerintah mencabar penentangnya bertanding dalam pilihan raya jika mahu
menukar atau mejatuhkan kerajaan. Dalam hal yang sama, Najib Razak, Perdana Menteri
27
pada ketika itu menyatakan perhimpunan Bersih tidak wajar dilaksanakan kerana
kerajaan yang didirikan adalah kerajaan yang dipilih secara demokratik. Ini membawa
pengertian bahawa jika benar rakyat ingin menjatuhkan kerajaan, ia perlulah
dilaksanakan dalam pilihan raya yang dijalankan.
Namun begitu, bagi pihak Bersih, jika pilihan rayanya tidak telus dan adil dimana
kebebasan media dan kebebasan bersuara dalam negara ini tidak diberikan secara
saksama, maka sokongan rakyat terhadap mana-mana parti politik tidak akan
menunjukkan undi yang sebenar. Isu pertukaran kerajaan yang berlaku di Malaysia mulai
tahun 2018 secara amnya tidak menunjukkan Bersih akan bertindak secara ad-hoc untuk
menentang pemerintah dan ini diberatkan lagi dengan isu Covid 19 yang melanda dunia
dan Malaysia tentunya tidak terkecuali.

KESIMPULAN

Sepanjang perbincangan dalam bab satu ini, dapat dikatakan bahawa peranan gerakan
sosial sebagai aktor MS iaitu Bersih sememangnya bermakna dalam proses
pendemokrasian di negara ini. Dapat diperhatikan daripada gerakan Bersih yang pertama
hingga ke gerakan Bersih 5, gerakan secara jawatan kuasa ad-hoc ini konsisten dengan
matlamat perjuangannya, terutama dalam memastikan pilihan raya yang lebih adil dan
telus. Khusus berkaitan dengan kebebasan media, dapat diperhatikan juga peralihan
daripada penggunaan media aliran perdana kepada media sosial telah menggalakkan lagi
kegiatan Bersih ini.
Walaupun kumpulan ini terus ditekan oleh pemerintah, sifat kegiatannya yang
rentas perkauman membolehkan gerakan ini tidak mudah dipatahkan. Malah, didapati
bahawa dari gerakan Bersih yang pertama hinggalah Bersih 5, gerakan ini semakin kuat.
Apabila Dr. Mahathir sendiri memberikan komitmennya untuk terlibat dalam gerakan ini,
karisma dan keterampilan beliau telah mendorong mengukuhkan lagi kegiatan dan
perjuangan OMS ini.
Bab ini juga menunjukkan bahawa peranan dan kegiatan yang dianjurkan oleh
Bersih tidak hanya bersifat kaunter-hegemoni sebagaimana yang pernah disarankan oleh
Gramsci tetapi juga mempunyai komponen rasionaliti komunikatif, sebagaimana idea
Habermas. Kumpulan ini telah bergerak sebagai kumpulan yang melawan hegemoni
kerajaan, terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan akta-akta yang sedia ada dan
juga penguasaan dalam media elektronik dan media cetak. Bagi memastikan kaunter-
hegemoni boleh dilakukan, Bersih tidak setakat mengadakan kaedah demonstrasi tetapi
juga memanfaatkan media sosial bagi mencapai matlamat tersebut. Penyertaan ramai
aktivis daripada parti politik dan kehadiran Dr. Mahathir telah menambahkan lagi
kekuatan kaunter-hegemoni berkenaan.
Sebagaimana yang ditegaskan oleh Habermas, pemerintah itu boleh diguling atau
ditukarkan secara rasionaliti komunikatif. Kaedah ini juga telah dimanfaatkan oleh
Bersih, sebagaimana yang terdapat dalam memorandum-memorandum dan risalah-risalah

28
yang diedarkan. Melalui kaedah ini, hujah-hujah yang lebih konkrit dapat digabungkan
bagi melawan hujah-hujah daripada pihak kerajaan, sebagaimana yang terdapat dalam
pernyataan-pernyataan perdana menteri dan pemimpin-pemimpin negara. Tambahan
pula, Joseph Schumpeter (1942) dalam karyanya, “Capitalism, Socialism and
Democracy” menyebut bahawa tanpa kekerasan, pemerintah itu juga boleh ditukar
melalui undi, dan inilah antara fokus penting gerakan Bersih, iaitu bagi memastikan undi
setiap rakyat benar-benar menggambarkan aspirasi rakyat.
Kelima-lima gerakan anjuran Bersih di negara ini memberikan indikasi bahawa
kaedah kaunter-hegemoni dan demokrasi yang sebelum ini disifatkan sebagai bukan
budaya politik Malaysia secara beransur-ansur telahpun berubah. Didapati semakin
menjadi kebiasaan bagi warganegara untuk menyelesaikan masalah secara terbuka
apabila kaedah secara tertutup tidak lagi dilihat sebagai berkesan.
Berdasarkan perbincangan dalam bab ini juga, didapati Malaysia telah berubah
daripada sebuah negara yang bersifat top-down kepada bottom-up, yang membawa
pengertian bahawa tidak mudah lagi bagi pemerintah untuk membuat sebarang keputusan
sebagaimana yang dikehendaki oleh pemimpin negara tanpa terlebih dahulu mengambil
kira tuntutan rakyat. Politik Malaysia akan datang adalah politik untuk melihat sama ada
kaedah bottom-up ini benar-benar mendatangkan manfaat kepada kesejahteraan
masyarakat atau sebaliknya mendorong kepada masalah kecenderungan anarki.

Rujukan

Ainah & Muhamad Nadzri. (2018). Masyarakat sivil di Malaysia dalam era Abdullah dan
Najib. UKM Press.
Bersih. (2011, Januari 2). BERSIH 1 (10 November 2007). Bersih 2.0. Diakses dari
https://www.bersih.org/rallies/bersih1/.
Cohen, J.L. & Arato, A. (1994). Civil society and political theory. The MIT Press.
Cox, R. H., & Schilthuis, A. (2012). Hegemony and counterhegemony. Dalam The
Wiley-Blackwell Encyclopedia of globalization (hlm. 923–927). John Wiley &
Sons Ltd.
Femia, J.V. (1981). Gramsci’s political thought: Hegemony consciousness and the
revolutionary process. Clarendon.
Gramsci, A. (2000). The Gramsci reader. Selected writings 1916–1935. Trans David
Forgacs. New York University Press.
Gramsci, A. (1971). Selections from the prision notebooks of Antonio Gramsci. Lawrence
and Wishart.
Habermas, J. (1996). Between facts and norms. MIT Press.
Hassan, S. (2000). NGO, masyarakat sivil dan demokrasi. Dalam A.R. Embong (Ed.).
Negara, pasaran dan pemodenan Malaysia, (hlm. 214-243). Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Hegel, G. W. F. (1996). Philosophy of right, trans. Prometheus Books.

29
Imtiyaz, I, (2007, November 11). Malaysian petitioners defy police. Asia Sentinel.
Diakses dari https://yoursdp.org/news/malaysian_petitioners_defy_police/.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (2020). Statistik pendaftaran pertubuhan
(2016-2020). Diakses dari https://www.ros.gov.my/index.php?
id=2&page_id=9&statsid=4
Lim, S. S. & Michelle, W. (2018). Politics, protest and portrayal: An analysis of BERSIH

demonstrations in Malaysian mainstream newspapers. Asian Journal of Business


Management Studies, 9,2, 20-27.
Loh, K.W, F. (2003). New politics in Malaysia. Singapore : Institute Southeast Asian
Studies.
Lopez, C. (2007). Globalisation, state and g/local human rights actors: contestation
between institutions and civil society. Dalam Gomez, E.T. (Eds.). Politics in
Malaysia: The Malay dimension. (hlm. 50-74). Routledge.
Malaysiakini (2012). Bersih 3.0: Tembakan air dan gas pemedih mata. Malaysiakini.
Diakses dari https://www.malaysiakini.com/news/196323.
Md. Salleh (2012). Masyarakat sivil dan pendemokrasian di Malaysia. Tesis PhD. UKM.
Nerfin, M. (1986). Neither prince nor merchant: Citizen. An introduction to the third
system. In World economy in transition: Essays pres. to Surendra Patel on his
sixtieth birthday. Pergamon Press.
Nidzam, Bilcher. (2002). Persaingan Parti Demokrasi Malaysia. Bangi : Penerbit UKM.
Othman, Z. (2002). Masyarakat sivil dan pendemokrasian. Dalam G. Mayudin (Ed.).
Politik Malaysia, perspektif teori dan praktik, (hlm. 40-59). Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Rajan, R. (2019). The third pillar: How markets and the state leave the community
behind. Penguin Press.
Schumpeter, J. (1942). Capitalism, socialism and democracy. Harper & Brothers.
Sreenevasan, A. (2006, 05 Januari). About Bersih 2.0. Bersih 2.0. Diakses dari
https://www.bersih.org/old-pages/about2/.
Tumin, M. (2006). Wanita di Malaysia: Perjuangan menuntut hak. Penerbit Universiti
Malaya.

Bab 2
Kedinamikan Gerakan Islam di Malaysia Pasca Politik Baru
Che Hamdan Che Mohd Razali dan Ahmad Fauzi Abdul Hamid

PENDAHULUAN

30
Aturan demokrasi memberi ruang untuk penyertaan semua dalam meraikan hak dan
tanggungjawab dalam konsep kenegaraan. Kepelbagaian yang dimiliki dalam
kemajmukan masyarakat di negara ini menjadi gambaran tentang bagaimana ia
diterjemahkan dengan tuntutan dan desakan dalam pelbagai saluran. Di sini dapat dilihat
bagaimana konsep masyarakat sivil telah menjadi satu ruang yang dinamik dalam
advokasi bukan sahaja ke arah tadbir urus yang baik tetapi juga dalam memberi ruang
kepada wacana yang pelbagai. Ini dapat dilihat dari dimensi yang mempunyai variasi
mewakili masyarakat plural iaitu dari segi agama, budaya, kaum, pendidikan dan
sebagainya. Oleh itu, bab ini yang memanfaatkan kaedah penyelidikan secara kualitatif
(analisa kandungan dan temubual) akan membincangkan aktivisme Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA) dan Islamic Renaissance Front (IRF) dalam melalui perkembangan dan
kedinamikan pemikiran gerakan Islam di Malaysia.

MASYARAKAT SIVIL DAN PENDEMOKRASIAN

Gelombang demokrasi telah melahirkan kesedaran politik dan penyertaan rakyat dalam
bentuk yang lebih besar. Ia dinilai berasaskan aktivisme yang lebih luas ruang
lingkupnya. Maka fokus demokrasi yang bergerak ke arah hak dan kebebasan untuk
berorganisasi dan ruang awam yang lebih terbuka telah memberi peluang kepada aktor-
aktor politik dan bukan politik untuk berinteraksi dengan pemerintah. Dari sini lahirlah
gerakan sivil yang dicetuskan oleh rakyat bagi menjaga kepentingan mereka dalam
menghadapi pemerintah.
Gerakan sivil ini atau lebih dikenali sebagai masyarakat sivil bergerak di luar
lingkungan struktur dan institusi sesebuah kerajaan dengan aktor-aktornya menjalankan
advokasi bagi membentuk masyarakat yang bermoral tinggi dan memberikan keadilan
dan kebebasan kepada anggota masyarakat (DeLue, 1997). Masyarakat sivil ini menjadi
penghadang kepada pemerintah sekiranya terdapat tindakan yang boleh menafikan hak
rakyat. Bagi Cohen dan Arato (1990) masyarakat sivil adalah satu ruang ataupun sfera
interaksi di antara komponen-komponen utama dalam sesebuah negara seperti sistem
ekonomi, pemerintah, pertubuhan bebas dan gerakan sosial. Gerakan yang berbentuk
sukarela ini biasanya didokong oleh kumpulan yang dikenali sebagai pertubuhan bukan
kerajaan ataupun lebih dikenali dengan singkatan NGO (Non-govermental Organization).
Peranan masyarakat sivil ini meliputi kehidupan masyarakat iaitu memenuhi bidang
budaya, politik ataupun ekonomi yang digerakkan dalam bentuk persendirian mahupun
sukarelawan dan ia berada di luar kawalan pemerintah (Leftwich, 1993). Mereka juga
bertindak atas landasan ingin memperjuangkan kepentingan pihak-pihak yang diwakili
dan juga berasaskan isu-isu tertentu. Selain itu, masyarakat sivil juga merupakan
perantaraan di antara ruang-ruang persendirian ataupun peribadi, pasaran dan juga
pemerintah.

31
Oleh itu, ukuran parameter demokrasi ini juga boleh diukur dengan tahap
penglibatan dan kebebasan masyarakat sivil sehingga boleh dikatakan bahawa
masyarakat sivil dan demokrasi saling bergantung (Lee, 2010; Freedman, 2009).
Masyarakat sivil mampu memainkan peranan bagi meluaskan lagi penyertaan politik dan
menampung perubahan politik dalam apa jua suasana layanan pemerintah (Weiss dan
Saliha, 2003).
Dari sini, tahap autonomi pertubuhan dan persatuan yang mewakili kelompok
masyarakat perlu dinilai berdasarkan kebolehan mereka untuk berdebat ataupun
menentang pemerintah atas alasan ingin membela hak individu dan kumpulan yang
diwakili serta mencapai kehendak dan kepentingan kumpulan-kumpulan tertentu yang
berbeza (Freedman, 2009). Maka dapat dinyatakan di sini bagaimana masyarakat sivil ini
digerakkan oleh aktor-aktornya yang bukan sahaja berhadapan dengan pemerintah tetapi
juga aktor-aktor lain dalam masyarakat sivil yang mempunyai idea, pandangan dan
aktivisme yang bercanggah dan dianggap mengganggu pihak lain.
Sejarah perbincangan tentang konsep masyarakat sivil ini adalah berasaskan
pandangan dan idea yang dikemukakan oleh tokoh pemikir dan falsafah seperti John
Locke (1704), Charle de Montesquieu (1755) dan Alexis de Tocqueville (1859)
sehinggalah tokoh falsafah moden seperti Jurgen Habermas (Giersdorf dan Croissant,
2011, hlm. 4). Bagi Locke (1988), masyarakat sivil adalah sebuah masyarakat yang
muncul secara alamiah (state of nature) kerana sifat manusia yang sememangnya dalam
keadaan baik dan suci. Atas landasan inilah masyarakat sivil merupakan interaksi
kumpulan-kumpulan yang ingin membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan
sejahtera. Idea ini bercanggah dengan Hegel (1977) yang menyifatkan masyarakat sivil
ini sebagai satu entiti yang berlawanan dengan negara kerana pandangan dan kehendak
advokasi mereka tidak selari dengan pemerintah. Ini menimbulkan situasi saling
mengawasi antara satu sama lain. Idea kedua-duanya dapat memberikan gambaran
bagaimana interaksi dalam masyarakat sivil dan juga konfrontasi dengan pemerintah.
Perkembangan politik moden telah menganjurkan bagaimana bermula dengan
konotasi bahawa aktiviti kemanusiaan yang berlaku dalam ruang yang memisahkan
institusi kekeluargaan dan pemerintah adalah merupakan masyarakat sivil. Kemudian ia
telah berkembang sehingga menjadi satu elemen penting dalam konsep politik dan
kenegaraan.
Giersdorf dan Croissant (2011, hlm. 4) telah menggariskan kriteria-kriteria utama
bagi aktor-aktor yang terlibat dalam ruang awam ini; pertamanya adalah penglibatan
secara sukarela, kedua, mempunyai autonomi daripada pemerintah dan juga masyarakat
politik, ketiga mematuhi peraturan sivil dan keempat tindakan, kepentingan dan tuntutan
yang diperjuangkan adalah berorientasikan masyarakat awam. Penglibatan aktor-aktor
dalam masyarakat sivil ini adalah jelas tidak mempunyai matlamat untuk mendapatkan
kuasa politik namun mereka bergiat secara aktif dalam politik sesebuah negara bagi
menjalankan advokasi tersendiri. Kita sering disebarkan dengan fahaman bahawa aktor-
aktor ini tidak boleh berpolitik namun apabila merujuk kepada definisi yang
32
dibincangkan oleh pengkaji dan ahli falsafah politik terdahulu, aktor masyarakat sivil ini
sememangnya merupakan salah satu elemen politik dalam sesebuah negara.
Hubungan yang wujud di dalam sebuah negara demokrasi moden ini menjurus
kepada keperluan kepada kewujudan masyarakat sivil yang aktif. Ia seiring dengan tema
ekonomi dalam demokrasi liberal yang menganjurkan modal sosial bagi meletakkan
kepentingan kepada rakyat sebagai peraih utama hasil kekayaan negara. Ia memberikan
kebebasan kepada individu bagi menyusun cara hidup mereka. Dari sinilah Fukuyama
(2000) berpendapat lahirnya masyarakat sivil yang dapat mengawal ruang kebebasan
mereka dalam interaksi dengan pemerintah melalui kerjasama dalam membentuk
persatuan. Menurut beliau (2000, hlm. 11);

It was only by coming together in civil associations that weak


individuals became strong; the associations they formed could either
participate directly in political life (as in the case of a political party
or interest group) or could serve as ‘schools of citizenship’ where
individuals learned the habits of co-operation that would eventually
carry over into public life.

Kedudukan istimewa masyarakat sivil dalam teori demokrasi ini telah menganjurkan
rakyat agar dapat menggunakan ruang awam ini secara bebas dan sepenuhnya bagi
melancarkan perjalanan sistem ini (Azeem Fazwan, 2011). Oleh itu, sebarang bentuk
advokasi yang menjurus kepada mewakili suara rakyat atau sekelompok daripadanya
telah mewujudkan hubungan dan interaksi sivil dengan pemerintah dan juga sesama
rakyat. Sebagai satu konsep politik, masyarakat sivil yang bergerak atas kapasiti aktor
bukan kerajaan sentiasa bersemuka dengan hegemoni pemerintah. Menurut Rumadi
(2015, hlm. 224), masyarakat sivil merupakan satu konsep yang memberi respon kepada
realiti politik apabila pemerintah menjadi ‘raksasa yang menakutkan’ (a scary monster)
yang sangat berkuasa dan mendominasi segenap aspek kehidupan rakyat. Konsep ini
berkembang apabila masyarakat sivil membentuk masyarakat yang berpengetahuan,
menghormati dan menjaga hak-hak asasi manusia.
Kepentingan konsep masyarakat sivil ini diberi perhatian oleh Hefner (2011) dalam
kajian beliau mengenai suasana demokrasi di Indonesia secara khusus dan Asia Tenggara
secara umum. Hasilnya, beliau telah menggunakan istilah ‘civil pluralist’ dan ‘civil
Islam’ untuk merujuk kepada kelompok pro-demokrasi dan pro-pluralisme dalam
kalangan gerakan pembaharuan Islam. Civil Islam ialah;

an emergent and highly unfinished tradition associated with a broad


assortment of social movements. One of its most consistent themes,
however, is the claim that the modern ideals of equality, freedom, and
democracy are not uniquely Western values, but modern necessities

33
compatible with, and even required by, Muslim ideals (Hefner, 2011,
hlm. 167).

Ini menunjukkan bagaimana interaksi masyarakat dan institusi Islam dengan pemerintah
dan penggunaan ruang awal telah memberikan kepelbagaian dan kedinamikan kepada
demokrasi itu sendiri.
Di Malaysia, perbincangan mengenai masyarakat sivil yang berkaitan dengan NGO
dakwah seringkali juga diikuti dengan konsep masyarakat madani. Konsep masyarakat
madani ini dipopularkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar
Ibrahim bermula dengan syarahannya yang bertajuk ‘Islam dan Pembentukan Masyarakat
Madani’ di Festival Istiqlal di Jakarta sempena kemerdekaan Republik Indonesia pada 26
September 1995.
Masyarakat Madani merupakan satu versi masyarakat sivil. Apa yang membezakan
kedua-duanya ialah bagaimana prinsip-prinsip agama, nilai, dan kerohanian menjadi asas
utama kepada masyarakat madani. Dalam konteks ini, Anwar Ibrahim (1998, hlm. 9)
menjelaskan:

‘Kedatangan Islam bukan sekadar membentuk pandangan hidup baru


yang mengutamakan peranan akal dan pemikiran rasional. Revolusi
rohaniah dan akliah yang dibawa oleh Islam juga kemudiannya
menggerakkan tradisi sosial … meletakkan asas susunan baru
kemasyarakatan dan urusan kenegaraan… memperkenalkan kita di rantau
ini kepada cita-cita keadilan sosial dan pembentukan masyarakat madani,
iaitu civil society yang bersifat demokratis’

Oleh itu, apa yang difahamkan ialah bagaimana penyerapan nilai-nilai moral yang
dianjurkan Islam ke dalam sistem sosial masyarakat dapat memberikan satu perspektif
baru kepada konsep masyarakat sivil yang bertujuan untuk menyuburkan sistem
demokrasi. Ini dapat dilihat bagaimana Anwar Ibrahim (1998, hlm. 11) yang menjuarai
pembawaan konsep ini menyimpulkan:

masyarakat madani ialah sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada
prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan
perseorangan dengan kestabilan masyarakat. Masyarakat mendorong
daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi
dan teknologi. Sistem sosial (masyarakat madani) yang cekap dan
saksama serta perlaksanaan pemerintah mengikut undang-undang dan
bukan nafsu atau keinginan individu...ketelusan sebagai satu sistemnya.

Perbincangan tentang masyarakat madani telah menggambarkan bagaimana


penekanan diberikan terhadap prinsip moral dan sistem sosial berpandukan undang-
34
undang yang menjamin kebebasan setiap warganegaranya. Kepentingan hak asasi
manusia menjadi tema utama masyarakat madani selama mana ianya tidak melanggari
etika yang ditetapkan oleh Islam.
Namun begitu, perbincangan tentang masyarakat madani ini dilanjutkan oleh Syed
Farid (2006) yang mempersoalkan kefahaman tentang konsep ini. Menerusi pandangan
yang dilontarkan oleh Syed Muhammad al-Naquib Al-Attas yang menegaskan bagaimana
konsep masyarakat madani ini bukan merujuk kepada masyarakat sivil seperti yang
sering dibincangkan tetapi ia membawa pengertian pembentukan masyarakat berasaskan
agama yang memberi penekanan terhadap etika dan moral yang dianjurkan Islam.

‘Rather than use ‘civil society’ and masyarakat madani interchangeably,


we should have a correct understanding of their different meaning and
realise that the struggle for the democracy of Islam is in fact a struggle
for both civil society and masyarakat madani, that is, for democratic
space as well as an Islamic moral order’ (Syed Farid, 2006, hlm. 121).

Perspektif ini meletakkan masyarakat sivil dan masyarakat madani dalam aturan berbeza
mengikut garis-garis demokrasi dan juga ajaran Islam. Menurut Mohd Azizuddin
(2000:25) pula, terdapat dua perbezaan di antara masyarakat sivil dan masyarakat
madani. Pertama, dari sudut ruang hubungan iaitu masyarakat sivil melihat organisasi
sebagai orang tengah atau penghubung antara pemerintah dan rakyat manakala
masyarakat madani melihat ruang hubungan yang lebih luas dan tidak terhad kepada
ruang hubungan antara kerajaan dan rakyat. Kedua, masyarakat sivil menggunakan
pemikiran dan rasional manusia sahaja tetapi bagi masyarakat madani, unsur-unsur
keagamaan iaitu yang berkonsepkan wahyu dan kerohanian adalah sumber yang penting.
Ternyata, perbezaan ini dari satu sudut mampu memperkayakan lagi aktivisme
kelompok-kelompok berkepentingan dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat
yang majmuk.

GERAKAN ISLAM DALAM MASYARAKAT SIVIL DAN POLITIK MALAYSIA

Memandangkan majoriti rakyat di negara ini adalah beragama Islam dan dari etnik
Melayu, maka proses Islamisasi ini juga telah menjadi satu advokasi dalam masyarakat
sivil di Malaysia. Ini secara tidak langsung telah menggerakkan kelompok gerakan Islam
dalam menuntut kedudukan yang lebih terjamin dalam proses pembangunan negara. Dari
segi sejarah, kemunculan gerakan Islam dalam politik bermula seiring dengan
bergeraknya gerakan anti penjajah semasa menuntut kemerdekaan. Kelompok Islamis ini
bergerak bersama-sama dengan gerakan nasionalis yang anti penjajah dan seringkali
dilabelkan sebagai gerakan kiri. Maka peranan yang dimainkan oleh gerakan reformis
seperti Kaum Muda merupakan pemangkin kepada idea-idea peranan Islam dalam
pemerintahan dan perjuangan menuntut pemerintahan sendiri. Namun begitu, walaupun
35
golongan reformis Islam ini muncul pada masa yang sama dengan gerakan nasionalis
sama ada yang berhaluan kiri mahupun aristokrat tetapi gerakan Islam ini gagal mendapat
tempat pada masa tersebut (Shamsul, 2001, hlm. 8).
Seterusnya, sejarah politik gerakan Islam ini juga sangat dipengaruhi oleh
perkembangan politik semasa di negara ini. Ini dapat dilihat pada awal era kebangkitan
semula Islam di negara ini selepas merdeka. Era Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam
Barisan Nasional (BN) pada tahun-tahun 1970-an telah mewujudkan ruang vakum dalam
gerakan Islam di Malaysia (Shamsul, 1988). Kedudukan PAS dalam BN ini telah
menjadikan parti ini sebuah parti yang berada bersama dengan pihak pemerintah dan
setiap tindakan dari segi perlaksanaan dan penggubalan dasar kerajaan dilakukan secara
kolektif. Maka dari sini telah wujud suasana tidak senang di kalangan aktivis-aktivis
Islam Ini telah menyumbang kepada munculnya NGO-NGO Islam seperti Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Darul Arqam (Kamarulnizam, 2002). Di samping itu,
Revolusi Iran yang berlaku dari satu sudut aspirasinya telah memberi satu keyakinan
kepada gerakan ini bahawa Islam mampu menjadi satu alternatif.
Fenomena ini kemudiannya menjadi satu wacana yang menjadi tumpuan pengkaji
yang melihat perkembangan ini sebagai pencetus utama gerakan dakwah atau gerakan
Islam di Malaysia (Mohamad, 1981; Nagata, 1984; Chandra, 1987; Zainah, 1987; Ahmad
Fauzi, 1998). Bibit awal penyertaan gerakan ini tidak keterlaluan untuk kita menilainya
sebagai permulaan kepada kewujudan aktivisme gerakan Islam dalam masyarakat sivil di
negara ini. Secara umumnya, kebangkitan semula Islam di Malaysia pada penghujung
1970-an dan awal 1980-an telah memberikan banyak kesan kepada pembangunan
sosiopolitik Malaysia. Ia telah menampilkan satu perkembangan politik baharu pada
masa itu (Mohamad, 1981) dan juga peranan mereka dalam masyarakat sivil. Pengaruh
luaran dan dalaman telah menjadi penggerak kepada kerancakan proses pembaharuan
Islam di negara ini. Apa yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah seperti Iran
dan Mesir berkenaan dengan perjuangan gerakan Islam dan proses pembaharuan
pemikiran Islam telah menjadi inspirasi kepada pemimpin gerakan Islam. Manakala
proses Islamisasi di Malaysia yang disokong oleh pemerintah pada awal 1980-an telah
menjadi penyuntik untuk lebih berperanan dalam membentuk suasana kehidupan
masyarakat Melayu-Islam. Advokasi pada masa tersebut memberi tumpuan kepada
gesaan dan seruan bagi menyedarkan masyarakat dan pemerintah agar mempraktikkan
Islam dalam segenap segi kehidupan.
Selain itu, perlu untuk dibincangkan di sini, bermula pada awal 1990-an, terdapat
usaha dalam menjalinkan hubungan di antara gerakan Islam dengan NGO-NGO politik
atau gerakan sivil yang kebanyakannya dianggotai oleh bukan Melayu seperti Suara
Rakyat Malaysia (SUARAM), National Human Rights Society (HAKAM) dan Aliran 
Kesedaran Nasional (ALIRAN). Ini berlaku dalam bentuk tindakan kolektif dalam
menghadapi isu-isu yang melibatkan pencabulan hak asasi manusia dan juga kritikan
terhadap regim pemerintah yang dianggap tidak adil dan telah mewujudkan diskriminasi
dalam pengagihan harta kekayaan negara. Kemuncaknya, pergolakan politik pada
36
penghujung 1990-an telah memberikan sumbangan yang besar kepada jalinan hubungan
di antara NGO-NGO ini. Namun begitu, masih terdapat jurang yang memisahkan gerakan
Islam dengan NGO-NGO yang didominasi oleh bukan Melayu-Islam seperti dalam kajian
Weiss (1999, hlm. 5) yang menyatakan,

Both Islamic-oriented NGOs (IONGOs) and secular issue-oriented


NGOs, including human rights, women’s rights and other advocacy
organizations, are active in the Reformasi movement. However,
collaboration between these sectors tends to remain at a rather shallow
level. The underlying motivation for the IONGOs is religion and their
focus is on moral accountability and often pro-Malay policies. The other
advocacy groups are centred around specific, non-ethnic issues, phrased
usually in universalistic terms.

Transformasi gerakan Islam dan gerakan sivil pada 1990-an ini menampilkan
kesediaan mereka untuk lebih berperanan dalam proses demokrasi di Malaysia. Ia
menjadikan parameter demokrasi semakin meluas apabila penyertaan daripada kelompok
masyarakat yang pelbagai dan dalam kapasiti yang ramai. Walaupun pelbagai reaksi yang
diberikan oleh pemerintah sama ada dalam bentuk adaptasi, sokongan dan juga
konfrontasi namun gerakan sosial yang berlatar kepelbagaian dari segi advokasinya telah
memberikan sumbangan kepada pembangunan demokrasi di negara ini.
Kematangan gerakan sosial yang mendukung masyarakat sivil di negara ini turut
sama memaparkan gambaran konflik politik semasa. Selepas peristiwa reformasi yang
menunjukkan kesediaan untuk bertindak secara kolektif dalam advokasi sosial dan
politik, perkembangan gerakan sosial terus melebar dalam ruang yang semakin luas.
Kemunculan gerakan Islam baru dalam ruang sivil dan politik Malaysia telah meneruskan
perbincangan tentang proses reformasi dan kebangkitan semula umat Islam di negara ini.
Reformasi pemikiran dan penghayatan agama ini akan sentiasa berlangsung
memandangkan ianya seiring dengan tafsiran Muslim revival sebagai satu gerakan sosial
dan intelektual yang bergerak bagi memperbetulkan apa yang disifatkan sebagai
kelemahan dan kekurangan dalam kehidupan masyarakat Islam dari aspek sosial,
ekonomi, politik dan budaya (Syed Farid, 2009, hlm. 1).
Melihat kepada sejarah perkembangan kelompok reformis dan idea-idea yang
diketengahkan mereka, hala tuju gerakan Islam yang melalui beberapa era dan fasa
kemudiannya mempunyai nilai yang signifikan dalam politik Malaysia. Ini kerana,
kerangka politik Malaysia yang mempunyai masyarakat plural dengan majoritinya
Melayu-Islam sentiasa menawarkan persaingan dan tuntutan politik yang bersangkut paut
dengan hak dan kedudukan kumpulan masing-masing. Ia secara tidak langsung telah
membentuk satu pernyataan tentang pengaruh identiti Melayu-Islam dalam politik
Malaysia. Ini dinyatakan oleh Liow (2009, hlm. xii);

37
Given the historical, cultural, constitutional, and functional factors that
codify Malay dominance in Malaysia, it follows that Malay-Muslim
identity must determine the shapes, contours, and trajectories of
Malaysian politics. Against this backdrop, political Islam has taken
center stage in Malaysian politics, because the objective of
“safeguarding” Malay rights invariably means preserving and defending
the status of Islam.

Walaupun telah melalui pelbagai cabaran dan menemui beberapa siri kegagalan dalam
berhadapan dengan pemerintah, tidak dapat dinafikan bahawa kelompok gerakan Islam di
Malaysia telah memberi sumbangan dalam meluaskan ruang demokrasi di negara ini.
Selain itu, walaupun secara dasarnya pengaruh corak pemikiran gerakan Islam ini
berpaksikan sumber yang sama namun pendekatan yang digunakan telah menunjukkan
wujudnya perbezaan dan jurang yang semakin meluas dan jelas. Hal ini telah ditunjukkan
oleh kelompok Islamis yang menunjukkan kesediaan untuk bersemuka dalam ruang
politik yang lebih terbuka dan bebas. Kertas kerja ini cuba untuk menelusuri pertamanya,
kerangka asas pemikiran gerakan Islamis baru dalam masyarakat sivil di Malaysia dan
keduanya, analisa berkenaan dengan advokasi yang dilakukan dalam politik baru di
Malaysia khususnya pasca 2008.

TRANSFORMASI PEMIKIRAN DAN PENDEKATAN GERAKAN ISLAM

Pengaruh pemikiran tokoh dan gerakan Islam global khususnya dari Timur Tengah telah
mempengaruhi pendekatan dan pemikiran gerakan Islam di Malaysia. Masing-masing
cuba mengetengahkan idea pembaharuan Islam namun bagi gerakan Islam yang baru di
Malaysia seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Islamic Renaissance (IRF),
pendekatan mereka adalah jelas berbeza. Ketika mana gerakan Islam awal seperti ABIM
yang membawa pendekatan yang didakwa bersesuaian dengan latar Malaysia, IRF dan
ISMA telah mengisi dua ruang baru gerakan Islam di Malaysia namun lanjutan pengaruh
dari Timur Tengah masih wujud. ABIM yang mengetengahkan Manhaj Maliziyy yang
bersumberkan tokoh dan gerakan Islam dari Timur Tengah dan cuba disesuaikan dengan
latar semasa di negara ini.
Manhaj Maliziyy yang diperkenalkan oleh Siddiq Fadzil membawa maksud ABIM
‘mempertahankan model yang tersendiri yang serba unik tanpa menjadi carbon copy
kepada mana-mana gerakan Islam di dunia ini’. Bekas Presiden ABIM, Ahmad Azam
Abdul Rahman kemudiannya menambahkan lagi penjelasan bahawa Manhaj Maliziyy
‘bermakna bahawa dakwah tidak semestinya sama dan serupa dengan pendekatan yang
diambil di negara-negara lain’ (Mohd Rumaizuddin, 2003, hlm. 14). Namun begitu, pada
masa yang sama, ABIM mengakui ‘telah memanfaatkan buah fikiran dan saranan para
ulama dan tokoh Islam seluruh dunia seperti Hassan al-banna, Sayyid Qutub, al-Mawdudi
dan lain-lain’. Sebagai contoh, pendekatan dakwah Hassan al-Banna telah disaring
38
semula oleh ABIM bagi menyesuaikannya dengan Alam Melayu. Maka lahirlah sukatan
usrah dan tamrin ala ABIM (Mohd Rumaizuddin, 2003, hlm. 20). Pendekatan akomodasi
yang digunakan ABIM ini merupakan ramuan berasaskan pengetahuan, kebijaksanaan
dan kesederhanaan (wasatiyyah) yang memacu ke arah membentuk pemikiran ahli dalam
berfikir secara global dan bertindak secara lokal. Ia bukan sahaja dapat menjayakan
agenda dakwah tetapi juga dalam menghadapi bentuk pemikiran melampau yang menjadi
ancaman kepada masyarakat Islam sama ada dari aliran liberal mahupun wahabi (Jufitri
Joha, 2013). Kerangka yang dibentuk dan dibawa oleh ABIM ini telah membentuk
gagasan awal gerakan Islam di Malaysia. Pendekatan akomodasi ABIM (Ahmad Fauzi,
2003) dan bersikap lunak dengan kerajaan (Badlihisham, 2015, hlm. 13) pada tahun
1980-an telah memberi sumbangan kepada proses Islamisasi dan penghayatan Islam di
Malaysia (Mohd Jamil, 2009).
Selain itu, aktivisme gerakan Islam seperti ABIM dalam masyarakat sivil di negara
ini juga telah memberi impak kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan United Malay
Nation Organisation (UMNO) apabila kedua-dua parti ini berhasil dalam merekrut ahli-
ahli gerakan Islam untuk dijadikan pemimpin mereka. Ia memberi satu laluan yang
mudah kerana proses akomodasi ini adalah berasaskan bagaimana pada peringkat awal,
gerakan Islam seperti ABIM ini adalah berasaskan nasionalisme dan kemudiannya
berubah bagi menempatkan diri mereka dalam politik lokal dengan menjadi non-etnik
mengetengahkan pan-Islam (Nagata, 1994, hlm. 70). Kebangkitan semula Islam menjadi
salah satu pencetus utama yang memberi pengaruh yang besar kepada politik Islam di
Malaysia. Aktivis-akitivis gerakan Islam mengambil pendekatan secara langsung dengan
menggunakan platform politik dalam meneruskan perjuangan dalam masyarakat
(Muhammad Haniff, 2007, hlm. 297) dan gerakan Islam seperti ABIM dilihat menjadi
transit politikus (Badlihisham, 2015, hlm. xiv).
Maka menjadi satu kelaziman kelompok gerakan Islam ini untuk turut sama dalam
advokasi yang dilakukan PAS. Perkembangan ini semakin signifikan dalam menzahirkan
bagaimana gerakan Islam dan aktor-aktornya sangat mempengaruhi politik semasa.
Contoh paling jelas adalah bagaimana dengan tindakan Anwar Ibrahim menyertai UMNO
telah meningkatkan kredibiliti UMNO dalam menaungi Islam di Malaysia. Menurut
Nagata (1994, hlm. 70) penyertaan Anwar ke dalam UMNO juga telah ‘menghapuskan
sebahagian momentum ABIM’ sehingga ada yang meninggalkan pertubuhan ini untuk
menyertai PAS dan JIM (Badlihisham, 2015, hlm. 13).
Berdasarkan latar ini, perjuangan dan pemikiran gerakan Islam semenjak merdeka
telah melalui fasa-fasa yang seiring dengan pembangunan politik tanah air. Transformasi
yang dilalui, daripada semangat nasionalisme kepada advokasi Islam yang juga
cenderung kepada ‘fundamentalisme’ (Muhammad Hanif, 2007, hlm. 297). Peranan yang
dimainkan oleh gerakan Islam ini terus menjadi pengaruh yang kuat kepada landskap
politik Malaysia. Ini menjadikan karakter gerakan Islam sesuatu yang dinamik dan ia
telah menunjukkan wajah yang pelbagai apabila berlakunya perubahan suhu politik
dalam negara. ISMA dan IRF merupakan dua gerakan Islam yang menunjukkan
39
kepelbagaian dan pertembungan dari segi pemikiran dan pendekatan dalam mencorakkan
kedudukan Islam di Malaysia dalam politik baru.

ISMA: ANTARA NASIONALISME DAN PILIHAN RAYA

Perubahan suhu politik semasa di negara ini turut memberi kesan kepada pendekatan
yang digunakan oleh gerakan Islam. Kemunculan ISMA yang secara rasminya pada 1997
dan pada tahun 2006 ia mula menonjolkan agenda Melayu-Islam merupakan wajah baru
gerakan Islam di negara ini. Walaupun ISMA tidak mempunyai hubungan yang langsung
dengan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ataupun kelompok terdahulu yang
dikenali sebagai Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan IRC, namun aktivis ISMA
mempunyai pertalian dengan pimpinan pertubuhan tersebut dari segi tarbiah awal yang
diterima di kalangan mereka melalui hubungan secara langsung dengan Ikhwanul
Muslimin semasa belajar di luar negara. Namun, hubungan antara mereka menjadi keruh
lantaran wujudnya dakwaan bahawa hanya kelompok masing-masing sahaja mendapat
mandat sebagai wakil kepada Ikhwanul Muslimin di Malaysia1. Ini berlanjutan sehingga
berlakunya peristiwa indimaj (penggabungan tanpa melibatkan penyertaan ahli ke dalam
pertubuhan) antara gerakan Islam pada tahun 1995 yang melibatkan kumpulan pimpinan
Saari Sungib dan Dahlan Mohd Zain. Ia menemui jalan buntu dan natijahnya pada hari
ini telah melahirkan IKRAM dan ISMA. ISMA mula menonjol dan lebih dikenali sebuah
gerakan Islam atau NGO selepas pilihan raya 2008.
Senario pilihan raya ke-12 pada tahun 2008 telah menyaksikan Barisan Nasional
gagal mempertahankan majoriti dua pertiga. Keputusan ini telah menimbulkan persoalan
tentang ketuanan Melayu yang diperjuangkan UMNO semakin terhakis. Ia kemudiannya
disambut oleh ISMA yang melihat terdapat ancaman kepada orang Melayu di negara ini.
Bagi ISMA, permuafakatan politik plural yang disertai Anwar Ibrahim dan PAS dalam
Pakatan Rakyat telah mengkhianati perjuangan Islam untuk duduk bersama Democratic
Action Party (DAP) yang anti-Melayu dan Islam (Portal Islam dan Melayu, 2015).
Berasaskan kepada realiti semasa, Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman melihat
kedudukan bangsa Melayu yang berada pada ‘kedudukan dan tahap yang rendah’
disebabkan oleh ‘mentaliti penjajah’, ‘kelicikan beberapa pemimpin bukan Melayu’ dan
‘konspirasi Yahudi’ (Dina, 2014). Oleh itu dari sinilah lahirnya nasionalisme Melayu
yang cuba digarap oleh ISMA. Namun, kerangka yang dibawa oleh pertubuhan ini,
seperti juga masih lagi dirujuk kepada tokoh dan gerakan Islam dari Timur Tengah
khususnya Ikhwanul Muslimin.
Salah satu justifikasi yang dinilai oleh ISMA dalam mengetengahkan agenda
‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’ adalah berasaskan idea Hassan al-Banna iaitu
Nasionalisme yang terpuji. Sesi perbincangan bagi mereka memilih slogan tersebut telah

1
Temubual bersama Mohmad Nawawi Yusuf, bekas aktivis JIM dan pemimpin IKRAM Dungun
pada 14 November 2015 di Dungun, Terengganu.

40
menjadikan buku tulisan Hassan al-Banna iaitu Majmua’ah Rasail sebagai rujukan
utama2. Bagi presiden ISMA, walaupun Hassan al-Banna berasal dari Mesir dan
menggerakkan Ikhwan Muslimin di negara yang mempunyai persekitaran yang berbeza
dengan Malaysia, namun pendekatan yang digunakan boleh diaplikasikan di Malaysia.
Ini merujuk kepada pemikiran dan metodologi dakwah yang digunakan Hassan al-Banna
dalam mengerakkan Ikhwan Muslimin3.
Selain itu, ISMA berpandangan bahawa nasionalisme Arab yang dibawa oleh
Hasan al-Banna dan Ikhwan Muslimin perlu dijadikan panduan oleh masyarakat Melayu-
Islam di negara ini. Menurut Timbalan Setiausaha Agung ISMA, Mohd Hazizi (2010);

Penjelasan al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna tentang fahaman


nasionalisme Arab dan hubungkaitnya dengan dakwah Ikhwan Muslimin,
seharusnya menjadi renungan yang mematangkan umat Melayu Islam di
bumi tercinta, bahawa Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Kemelut
yang berpunca daripada percaturan perebutan kuasa yang rakus, tidak
seharusnya meletakkan masa depan nasib orang-orang Melayu Islam
dalam situasi yang diperjudikan dan mengorbankan keperibadian negara.

Pendekatan ISMA ini jelas meneruskan tradisi gerakan Islam yang meletakkan
pendekatan Ikhwan Muslimin sebagai model utama.
Selain itu, penyertaan ISMA dalam pilihan raya ke-13 buat pertama kali boleh
dikaitkan dengan sokongan yang diberikan oleh tokoh pimpinan Ikhwan Muslimin. Ini
merujuk kepada temuramah yang dilakukan oleh wakil Media ISMA di Kaherah Mesir
pada tahun 2001 dengan Dr. Kamal Helbawi yang pada ketika itu merupakan salah
seorang aktivis Ikhwan Muslimin. Menurut laporan tersebut, beliau menyeru ISMA agar
terlibat dengan lebih serius di dalam politik dan mencari pengaruh melalui peti undi bagi
memastikan Malaysia mendapat pemimpin terbaik melalui proses demokrasi (Portal
Islam dan Melayu, 2011).
Penggunaan hujah atau dalil bersabit dengan pilihan raya juga telah
memperlihatkan pengaruh tokoh-tokoh Islam dari Timur Tengah. Bagi ISMA, mereka
bercanggah pendapat dalam konteks politik pemuafakatan yang diamalkan di kalangan
parti-parti politik di Malaysia. Menurut Aznan Hasan, Pengerusi Majlis Ulama ISMA
(2014, 57);

2
Kerja lapangan di ‘Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa’ di
Dewan Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Putrajaya pada 30 Januari 2010. Ia juga
dinyatakan dalam video ‘ Sebalik Tabir “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” (versi penuh)’
https://www.youtube.com/watch?v=jZ6j51HX7Go
3
Ucaptama Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman di ‘Konvensyen Pemikiran Hasan Al-
Banna dalam Melakar Agenda Bangsa’ di Dewan Sarjana, Universiti Tenaga Nasional
(UNITEN), Putrajaya pada 30 Januari 2010.

41
Amatlah menyedihkan apabila umat Islam merasakan adalah tidak
mengapa untuk mengundi calon-calon bukan Islam, sedangkan calon-
calon tersebut secara terang-terangan menentang Islam. Mungkin
terdapat mereka yang membenarkan pemilihan calon non-Muslim di
dalam pilihan raya berhujah bahawa terdapat ulama seperti Sheikh Dr
Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Muhammad Abduh, Sheikh Dr Abdul
Karim Zaydan, Prof Dr Salam Madkur, Ikhwan al-Muslimin, Hamas dan
sebagainya yang juga berpandangan bahawa dibenarkan pemilihan non-
Muslim. Hakikatnya, setiap mereka yang membenarkan ini, meletakkan
pelbagai syarat, antaranya yang terutama ialah calon non-Muslim tersebut
mestilah menerima perlaksanaan syariat Islam.

Sandaran terhadap tokoh Islam di Timur Tengah sentiasa relevan dalam membuat
justifikasi tindakan politik gerakan Islam di Malaysia sejak dari awal kebangkitan semula
Islam di Malaysia. Ia berterusan sehingga ke hari ini dan gerakan Islam seperti ISMA
yang majoriti pimpinan utamanya mempunyai latar belakang pendidikan dari Timur
Tengah meneruskan tradisi ini.
Jalinan hubungan dengan Ikhwan Muslimin ini juga tidak terhad kepada pemakaian
pendekatan, idea dan pemikiran tetapi juga dari segi hubungan antara gerakan Islam.
Pada tahun 2011, delegasi ISMA yang diketuai oleh Presidennya, iaitu Abdullah Zaik
Abdul Rahman telah membuat kunjungan hormat ke atas Naib Mursyidul Am Ikhwan
Muslimin, Dr Mahmud Izzat. Ia seakan memberikan satu legitimasi kepada gerakan
Islam seperti ISMA untuk dikaitkan dengan gerakan Islam seperti Ikhwan Muslimin
dalam pentas politik Islam di Malaysia secara khusus dan antarabangsa secara umumnya.

IRF: ISLAH DAN KEBEBASAN PEMIKIRAN

Kemunculan IRF secara rasmi pada tahun 2009 adalah ketika mana persaingan politik
yang dilihat lebih terbuka telah memberi ruang kepada wacana yang dikategorikan
sensitif dalam masyarakat Malaysia. Era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang
menggunakan idea Islam Hadhari telah membuka ruang yang lebih liberal dan bebas
kepada aktor-aktor masyarakat sivil (Ahmad Fauzi dan Che Hamdan, 2015, hlm. 312-
313) untuk mengetengah isu-isu yang sensitif. Atas ruang inilah IRF telah muncul dan
mengetengah isu berkaitan dengan kebebasan beragama yang tengah hangat pada masa
tersebut.
Berbeza dengan ISMA, Islamic Renaissance Front (IRF) lebih memberikan
tumpuan kepada wacana pembentukan pemikiran dalam masyarakat. Oleh itu, dengan
jelas sekali, IRF, menerusi pengarahnya, Ahmad Farouk Musa memberi penekanan
kepada peranan akal. Menurut beliau;

42
“Islamic Renaissance Front adalah suara akliah (voice of reason) yang
mempromosikan wacana intelek, reformasi dan pembaharuan dalam
masyarakat kita dan agama Islam ini bagi zaman baru ini” (Ahmad
Farouk, 2014, hlm. xvii)

Maka, pendirian IRF terhadap kelompok yang menggunakan ‘pendekatan literal dalam
memahami islam’ (Ahmad Farouk, 2012, hlm. 28) ini merupakan satu cabaran kepada
umat Islam di Malaysia. IRF memberi contoh dua kumpulan utama yang menggunakan
pendekatan ini dalam konteks Malaysia iaitu Hizbut Tahrir dan kumpulan Salafi yang
diberi label wahabi semakin berkembang.
IRF dengan wadah islah dan tajdid sangat terpengaruh dengan idea reformasi
tokoh-tokoh di Timur Tengah seperti Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.
Bagi IRF, apa yang dihujahkan oleh Jamaluddin al-Afghani yang ‘mengkritik cara di
mana ulama’ menggunakan kekolotan agama sebagai wahana untuk mengekalkan
stagnasi kuasa’. Ini adalah lanjutan kepada tulisan Afghani dalam ‘Jawapan kepada
Renan’ yang mencabar tesis Renan yang mana bagi beliau sejarah bangsa Arab telah
menyaksikan beberapa fasa penentangan pemikiran bebas oleh institusi agama (Ahmad
Farouk, 2014, hlm. xii).
Bertitik tolak daripada pemahaman tentang idea tokoh-tokoh pemikir ini, Ahmad
Farouk selaku pengarah dan pengasas IRF komited dalam menjadikan gerakan ini
sebagai platform untuk mencambahkan pemikiran tersebut. Menurut beliau;

Saya sangat terpengaruh dengan pemikiran reformis Imam Muhammad


Abduh dan al-Afghani. Saya mengenali tokoh-tokoh ini melalui
penulisan para reformis Indonesia terutamanya Prof Teungku Hasbi
Ash-Shiddiqi. Dan juga Buya Hamka. Saya membaca puluhan buku
Prof Hasbi termasuk tafsirnya yang panjang: Tafsir An Nur. Dan saya
telah mengenali perjuangan mereka semasa usia dua puluhan lagi.4 

IRF sentiasa mewar-warkan bahawa mereka mewakili kelompok ‘reformis’ dan


‘pembaharuan’ atau dengan bahasa popular di kalangan gerakan Islam iaitu ‘islah’ dan
‘tajdid’. Penjelasan lanjut Ahmad Farouk bagi istilah ini merangkumi bagaimana
‘seseorang harus memahami bahawa intipati daripada pemikiran reformis berakar
daripada prinsip untuk tidak mengubah umat Islam hari ini menjadi pentaqlid umat Islam
terdahulu. Dengan berpegang teguh pada prinsip, kita harus menemui bagaimanakah
caranya untuk hidup pada zaman kita sendiri’ (Ahmad Farouk, 2014, hlm. 159).
Terdapat pra-syarat yang dirungkaikan IRF berkenaan dengan Islah yang dibawa
oleh pertubuhan ini. Pertamanya, tuntutan terhadap ‘pengetahuan tentang risalah Islam
yang komprehensif, prinsipnya yang universal, dan alat yang tersedia untuk membantu

4
Temubual dengan Ahmad Farouk Musa pada 24 April 2015 di Sri Hartamas.

43
umat manusia menyesuaikan diri dengan masyarakatnya, dan juga untuk mengubah
dunia’. Kedua, peranan intelektualisme dalam islah yang memerlukan revolusi ke arah
perdamaian dengan ‘kesyumulan nilai-nilai Islam, untuk membangunkan pemikiran yang
kritis, untuk membuat pilihan menggunakan akal dan isqamah dengan tidak bertaqlid
sama ada kepada yang telah lampau atau yang pada masakini. Ketiga dan terakhir, IRF
melihat Islah ini memerlukan penyesuaian dan gabungan dengan nilai-nilai yang tidak
semestinya hanya daripada Islam dengan menjadikan nilai yang berasal dari luar
lingkungan Islam sebagai milik kita (Farouk Musa, 2014, hlm. 159-160).
Prinsip yang diketengahkan IRF adalah berbentuk penyesuaian dan perubahan bagi
mengadaptasi pembaharuan kepada apa yang dihadapi oleh masyarakat Islam pada hari
ini. Mereka menolak reformasi dan pembaharuan yang merujuk kepada masa lampau
sejarah Islam (Ahmad Farouk, 2014). Hal ini menjadikan IRF berada pada landasan yang
berbeza dengan gerakan Islam massa yang lain kerana ia melihat unsur-unsur konservatif
dalam pemikiran politik masyarakat Islam di Malaysia perlu diubah berdasarkan
perkembangan semasa. Antara isu-isu yang diketengahkan adalah seperti kebebasan
kepada individu dalam mengamalkan kepercayaan agamanya atau dengan kata lain,
pemerintah perlu melepaskan kuasanya dalam menentukan kepercayaan individu. Hal ini
sebahagian besarnya merujuk kepada pembelaan terhadap pengamal mazhab syiah di
Malaysia.
Program-program yang dianjurkan oleh IRF ternyata merupakan wacana yang
disegarkan kembali dan juga yang masih baru bagi masyarakat Islam di negara ini.
Sebagai contoh, penganjuran Forum yang bertajuk ‘Islam without Sectarianism’
merupakan satu percubaan untuk mendekatkan perbezaan pemikiran di kalangan
penganut Sunni dan Syiah di negara ini. Forum ini bukan sahaja menarik perhatian
masyarakat Islam tetapi juga dihadiri oleh golongan bukan muslim serta pelajar dari luar
negara. IRF dengan tegas mengkritik gerakan Islam yang berwajah literal seperti Hizbut
Tahrir dan kumpulan Salafi. Kumpulan yang dilihat anti pemerintah dan yang pro-
kerajaan ini dianggap sebagai ancaman dari dua sudut berbeza (Ahmad Farouk, 2014).
Aspirasi IRF ke arah mempromosikan kebebasan berfikir dan budaya intelektual
telah menonjolkan kekaguman mereka terhadap Mazhab rasional atau kalam iaitu
Mu’tazilah. Seperti yang dinyatakan oleh Enayat (1982), bagaimana golongan modernis
Muslim sekarang meletakkan akal dan pemikiran bebas sebagai satu nilai utama.

Now few of the Muslim modernists in our time would admit that they
have been inspired by the pioneering work of the Mu’tazilah, especially
in giving a rationalist interpretation of Islam.....Like the Mu’tazilah, the
majority of the modernist emphasize the high place of reason of ‘true
Islam’ with the findings of a mind free from the scourge of ignorance,
prejudice and superstition. (Enayat, 1982, hlm. 10-11).

44
Dari sini dapat kita lihat bagaimana dalam konteks pendekatan dalam aktivisme mereka,
ia adalah berbeza dengan ISMA. IRF lebih memberi tumpuan kepada wacana yang
berbentuk pemikiran berkenaan dengan agama Islam, demokrasi dan hak asasi manusia
dalam konteks Malaysia. Dengan sebab itu, dari segi jalinan dengan tokoh-tokoh pemikir
Islam antarabangsa juga IRF lebih selesa dengan tokoh yang bermastautin dan
berpengkalan di Barat tetapi mempunyai susur galur keluarga gerakan Islam dan aktivis
dari Timur tengah seperti Azzam Tamimi dan Tariq Ramadan.

KESIMPULAN

Senario pasca-Reformasi telah mengetengahkan kepelbagaian aktor-aktor masyarakat


sivil yang diwarnai dengan advokasi yang berbeza. Arus reformasi yang berlaku telah
membawa aktivis-aktivis NGO yang veteran untuk menyertai parti-parti politik dan
seterusnya membuka ruang kepada aktivis dan NGO baharu untuk mengisi platform
masyarakat sivil yang semakin terbuka. Pada masa yang sama, kita juga menyaksikan
bagaimana transformasi yang berlaku kepada aktor masyarakat sivil apabila wujudnya
sifat hibrid kepada aktor ini. Apa yang dilakukan oleh ISMA merupakan satu anjakan
kepada gerakan Islam yang kekal sebagai NGO tetapi pada masa yang sama secara jelas
menyertai pilihan raya dengan menggunakan bendera Parti Berjasa. Walaupun mereka
tidak berjaya memenangi satu kerusi pun, namun ia adalah satu isyarat bahawa ruang
demokrasi memberi peluang kepada aktor-aktor sivil untuk bertindak tidak terhad kepada
ruang sivil sahaja tetapi juga menyertai proses pilihan raya.
Secara umumnya, dari segi pemikiran, gerakan Islam baharu di Malaysia seperti
ISMA dan IRF mempunyai aspirasi tokoh-tokoh Islam dari Timur Tengah. Namun
pendekatan dan penilaian dalam tindakan mereka adalah berbeza memandangkan
pemahaman realiti politik Malaysia adalah berbeza. ISMA mewakili suara Melayu-
Muslim yang berusaha mempertahankan kuasa politik Melayu di negara ini. Walaupun
dari sudut pemikiran etnosentrik ISMA kelihatan lebih ekstrem berbanding dengan
gerakan Islam lain, namun mereka tetap berpegang dengan prinsip-prinsip undang-udang
dan demokrasi yang diamalkan di negara ini. Mereka juga dilihat cuba menyesuaikan
tradisi gerakan Islam dari Timur Tengah khususnya Ikhwan Muslimin dari segi
pendekatan seperti latihan dan gerak kerja. Manakala IRF pula lebih cenderung dalam
memupuk pemikiran islah atau perubahan dalam masyarakat dalam memahami Islam.
Bagi mereka, pemahaman Islam dan hubungannya dengan realiti semasa memerlukan
peranan akal dengan mengambil inspirasi daripada tokoh-tokoh pemikir Islam seperti al-
Afghani dan Muhammad Abduh. Ini menjadi satu cabaran kepada IRF kerana pendekatan
yang menuntut kepada pemikiran yang terbuka atau seringkali dituduh sebagai liberal
mendapat tentangan kelompok konservatif.
Pertembungan kelompok ini sering menjadi perbincangan utama dalam menilai
peranan mereka dari pelbagai sudut seperti metodologi advokasi, pendekatan dalam
menangani isu-isu semasa sehinggalah kepada proses-proses yang melibatkan Islam
45
dalam pemerintahan dan kemasyarakatan. Paling utama, dapat dilihat ialah kalangan
gerakan Islam yang mendakwa mereka dari kelompok reformis, perbezaan dalam tafsiran
dan pemahaman teks Al-Quran dan Sunnah. Ini telah melahirkan kepelbagaian dari segi
metodologi, pendekatan dan pemahaman mereka terhadap peranan Islam dalam
pembangunan masyarakat serta konsep kenegaraan.
Selain itu, pendekatan yang berbeza dapat dilihat apabila kumpulan-kumpulan ini
berhadapan dengan ideologi-idelogi dan pemikiran politik dan ekonomi moden. Bagi
ISMA, penyertaan mereka dalam pilihan raya ke-13 yang lalu telah menunjukkan
komitmen mereka kepada demokrasi. Walaupun bertanding tidak menggunakan nama
pertubuhan, namun pemimpin-pemimpin ISMA yang dicalonkan oleh pimpinan untuk
bertanding dengan atas tiket BERJASA telah meneruskan kesinambungan politik baharu
di Malaysia. Penyertaan aktivis masyarakat sivil dan kumpulan gerakan Islam secara
langsung dalam tindakan politik seperti menjadi calon dalam pilihan raya merupakan
salah satu ciri politik baharu yang berlaku selepas reformasi pada tahun 1998.
Mereka bersedia untuk berhijrah menjadi aktor politik dengan melihat peluang
advokasi dan penyampaian pemikiran mereka lebih luas lagi apabila menyertai pilihan
raya. Hal ini yang membezakan ISMA dengan gerakan Islam terdahulu adalah dua wajah
mereka dalam aktivisme masyarakat sivil dan politik pilihan raya. Mereka menyertai
pilihan raya atas alasan, seperti yang diakui dalam mengikuti program mereka, tiada
calon Melayu-Muslim yang menjadi alternatif kepada pengundi Islam di kerusi tersebut.
Namun, mereka kembali ke landasan masyarakat sivil selepas pilihan raya dan tidak
menjadikan parti politik sebagai platform perjuangan.
Dari segi pemikiran politik pula, ISMA kekal dalam konteks dan kerangka gerakan
Islam awal yang menuntut supaya kedudukan Melayu dan Islam perlu diberikan
keutamaan oleh pemerintah supaya mereka dapat menjadi lebih baik lagi dari segi politik
dan ekonomi. Atas fahaman bahawa kedudukan Melayu yang terancam dari segi perkara-
perkara ini menjadikan ISMA sebagai sebuah gerakan Islam yang meletakkan
kepentingan Melayu-Islam dalam senarai advokasi utama mereka.
Manakala, bagi IRF mereka lebih terbuka dan cuba menggalakkan percambahan
pemikiran dalam membincangkan ideologi moden. Di samping itu, program-program
yang berbentuk mendekatkan Sunni dan Syiah juga sering dianjurkan. Mereka
mempunyai pandangan yang berbeza dengan ISMA berkenaan dengan sektarian dan
perbezaan mazhab dalam Islam. Di sini, tafsiran konsep pluralisme yang di diterima IRF
tidak sama dengan apa yang dibawa oleh ISMA. Ini menjadikan gerakan Islam baharu
dalam politik Islam telah membentuk trend yang bukan hanya berbeza dari segi
pendekatan politik dan sivil tetapi juga bentuk pemikiran. Justeru, ia memerlukan kajian
yang lebih terperinci dan mendalam bagi menilai kedudukan mereka berasaskan
pemikiran dan idea dalam wacana politik Islam di Malaysia.
Dalam konteks IRF ini, mereka telah menjelmakan satu bentuk pemikiran yang
tidak selari dengan apa yang dianjurkan oleh pemerintah. Ia mungkin akan memberi satu
ancaman kepada bentuk pemikiran yang diketengahkan pemerintah menerusi agensi dan
46
institusi agama yang berada di bawah kerajaan dan ini mungkin menimbulkan
kebimbangan pemerintah. Ini kerana konteks semasa sama ada dari segi unsur-unsur
ortodoks agama Islam dalam pemerintahan di negara ini masih kuat dan juga kefahaman
masyarakat terhadap agenda yang diketengahkan oleh IRF ini juga masih baharu.
Melihat dari perspektif masyarakat sivil dan politik Islam, ISMA dan IRF
menggunakan ruang lingkup yang sudah tersedia dalam perluasan parameter demokrasi
di Malaysia. Advokasi mereka dalam politik baharu pasca reformasi ini mendapat respon
yang berbeza daripada masyarakat, gerakan sivil dan juga pemerintah. Jalinan interaksi
ini menghidupkan lagi ruang tersebut dan menjadikan politik Islam diwarnai dengan
pemikiran yang bukan sahaja baharu tetapi mengulangi pertembungan antara kelompok
konservatif dan pembaharuan yang sering disabitkan dengan pemikiran liberal. Maka
perkembangan ini akan terus menghidupkan konsep-konsep ini selagi mana politik
baharu ini menghala ke arah kebebasan bersuara dan berorganisasi.

RUJUKAN

Ab. Rahman, M.H. (2010). Pandangan Hasan al-Banna terhadap agenda pembangunan
ummah dan perlaksanaanya di Malaysia. Kertas kerja ‘Konvensyen Pemikiran
Hasan al-Banna dalam Melakar Bangsa’ di UNITEN Putrajaya pada 30 Januari
2010, anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Abdul Hamid, AF. (2003). The Maturation of dakwah in Malaysia: Divergence and
convergence in the methods of Islamic movements in the 1980s. Jurnal IKIM.
Vol. 11. No. 2. July/December 2003.
Abdul Hamid, AF., dan Che Mohd Razali, CH. (2015). The changing face of political
Islam in Malaysia in the era of najib Razak, 2009-2013. Sojourn: Journal of
Social Issues in Southeast Asia. 30, No. 2, July 2015, hlm. 301-37.
Alatas, S.F. (2006). Democratisation in Indonesia and Malaysia. Dlm. Kisaichi,
Masatoshi. Popular Movement and Democratisation in the Islamic World.
Routledge Taylor & Francis Group.
Alatas, S.F. (2009). Muslim reform in Southeast Asia: Perpectives from Malaysia,
Indonesia and Singapore. Majlis Ugama Islam Singapura.
Cohen, J. L., & Arato, A. (1994). Civil society and political theory. MIT press.
DeLue, S. M. (1997). Political Thinking. Political Theory and Civil Society. Allyn and
Bacon.
Enayat, E. (1982). Modern Islamic Political Thought. Islamic Book Trust.
Francis, F.(2000). Social Capital and Civil Society. IMF Working Paper. 00/74.
Freedman, A. L. (2009). Civil society, moderate Islam, and politics in Indonesia and
Malaysia. Journal of Civil Society, 5(2), 107-127.
Farouk, A. F. A. (2011). The Limits of Civil Society in Democratising The State: The
Malaysian Case. Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies, 29(1)., 91-119
Ghazali, M.R. (2003). Model dakwah ABIM: Meniti sejarah, membangun ummah. Dlm.
Muhamad Razak Idris. Siri Monograf Dakwah: Model Dakwah ABIM. Biro
Dakwah dan Tarbiyah ABIM.

47
Hasan, A. (2014). Pemahaman Tentang Partisipasi Politik Semasa Di Malaysia Di
Dalam Kerangka Maqasid Syariah. Kertas kerja yang dibentangkan pada 25
Oktober 2014 di Simposium Pemikiran Politik Islam, anjuran Majlis Ulama Isma,
di Auditorium Abu Zarim, ILSAS UNITEN.
Hefner, R. W. (2011). Civil islam: Muslims and democratization in indonesia (Vol. 40).
Princeton University Press.
Ibrahim, A. (1998). Islam dan Pembentukan Masyarakat Madani. Dalam Masyarakat
madani satu tinjauan awal, hlm. 7-14. Institut Strategi Pembangunan Malaysia
(Minds).
Lee, J. C. (2010). Over sanctification, autonomy and Islam in Malaysia. Totalitarian
Movements and Political Religions, 11(1), 27-46.
Leftwich, A. (1993). Governance, democracy and development in the Third World. Third
World Quarterly, 14(3), 605-624.
Murad, D. (2014). Abdullah Zaik: The Man behind Isma.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/05/22/Abdullah-Zaik-man-
behind-Isma/
Musa, AF. (2014). Islah dan tajdid menerusi lensa IRF. Dalam Wacana Pemikiran
Reformis. Jilid II. Pnyt. Ahmad Farouk Musa. Islamic Renaissance Front.
Mohamed Osman, M. N. (2010). An alternative Islamism: Hizbut tahrir and the quest for
the caliphate in Malaysia. In From the Mosque to the Ballot Box: An Introduction
to Political Islam in Malaysia. Institute of Research on Contemporary Southeast
Asia (IRASEC)
Mohamed Nawab Mohamed Osman. 2010. An alternative Islamis-Hizbut Tahrir and the
Quest for the caliphate in Malaysia. Dalam Sophie Lemiere. From the mosque to
the ballot box: An introduction to political Islam in Malaysia. IRASEC.
Mukmin, M.J. (2009). Gerakan Islam di Malaysia: Kesinambungan, respons dan
perubahan (1957-2000). Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Universiti
Teknologi MARA.
Nahdah, S. (13 Januari 2012). Antara Islah dan Taghyir. Bil. SN291. Hizbut Tahrir
Malaysia.
Nahdah, S. (23 November 2012). Membantu Gaza bukanlah dengancara menyeru agar
semua pihak bertenang dan menghantar perwakilan untuk mengucapkan takziah
ke atas para syuhada’...cara yang benar untuk membantu gazaadalah dengan
menghantar segerombolan tentera yang akan menggoncangkan entiti Yahudi
pagi dan petang!!! (terjemahan artikel keluaran Hizbut Tahrir Pusat). Bil. SN328.
Hizbut Tahrir Malaysia.
Portal Islam dan Melayu. (2011). Dr. Kamal Helbawi ingatkan ISMA jangan abai aspek
pembinaan insan. http://www.ismaweb.net/2011/06/dr-kamal-helbawi-ingatkan-
isma-jangan-abai-aspek-pembinaan-insan/
Rumadi. (2015). Islamic post-traditionalism in Indonesia. ISEAS: Yusof Ishak Institute.
Stephan, G., dan Aurel, C. (2011). Civil Society and Competitive Authoritarianism in
Malaysia, Journal of Civil Society, 7(1), 1-21
Weiss, M. L., & Hassan, S. (2004). Social Movements in Malaysia: From Communities
to NGOs. RoutledgeCurzon.

48
49
Bab 3
Masyarakat Sivil dan Peranannya dalam Mewujudkan
Governan Baik: Huraian Menurut Pandangan Islam
Sharifah Hayaati Syed Ismail Al-Qudsy

PENDAHULUAN

Masyarakat sivil (MS) dan governan baik (GB) adalah dua perkara yang saling
berkaitrapat dan memerlukan sama ada dalam perbincangan konsep moden mahupun
Islam. Ini kerana istilah governan (governance) atau juga sering ditulis dengan istilah
tadbir urus dan urus tadbir secara ringkasnya adalah merujuk kepada tatacara pentadbiran
negara yang menggabungkan interaksi dan kerjasama antara 4 entiti utama. Iaitu entiti
politik, entiti perkhidmatan awam (kerajaan), entiti ekonomi atau swasta dan entiti
masyarakat yang meliputi peranan masyarakat sivil (MS) melalui badan bukan kerajaan
(non-governmental organization - NGO). Contohnya, peranan MS dalam bentuk
kesatuan, pertubuhan atau yayasan dan universiti (Sharifah Hayaati et.al, 2020; Stoker G,
1998). Istilah masyarakat sivil (MS) diertikan sebagai masyarakat yang mampu
menentukan proses bernegara diamalkan secara demokrasi. Ia bertindak sebagai sektor
ketiga selain kerajaan dan sektor ekonomi (Cohen, J., & Arato, A., 1992) yang bertujuan
membina kestabilan politik, ekonomi, penghormatan terhadap hak asasi manusia dan
keadilan sosial dalam kehidupan bernegara terutamanya di negara yang tidak
mengamalkan sistem demokrasi. Kekuatan MS dalam governan adalah melalui
maklumbalas dan desakan mereka terhadap dasar kerajaan yang tidak memihak kepada
kebajikan masyarakat. Dalam Islam, masyarakat telah diberikan kedudukan dan peranan
yang penting dalam memastikan maslahah ammah (kebajikan awam) dalam governan
melalui pelbagai konsep asas termasuk ummah, khalifah, amanah, ikatan janji, al-syura
dan amal jama`ie. Masyarakat sivil dalam Islam (dalam bab ini penulis menggunakan
istilah MS-i bagi memudahkan kefahaman pembaca) melalui konsep tersebut telah
memainkan peranan penting secara inklusif dalam governan melalui pelbagai saluran
pandangan dan pembuatan keputusan. Antaranya sebagai ahl al-ikhtiyar atau ahl al-halli
wal `aqd dan kuasa pemantau dan penguatkuasa yang dinamakan muhtasib melalui
institusi seperti Dar al-hisbah dan Dar al-`Adl. Konsep dan peranan MS-i dalam amalan
governan pemerintahan Islam telah menguatkan asas ajaran Islam dalam al-Quran dan al-
Sunnah. Peranan MS-i bukan sahaja untuk kesejahteraan mereka tetapi sebagai entiti
“semak dan imbang” dalam mewujudkan tata kelola governan yang baik dan mematuhi
hukum syara’. Antara istilah governan baik ini adalah siyasah syar`iyyah (governan
secara syar`ie-mengikut ajaran Islam) dan siyasah `adilah (governan secara adil). Bab ini
akan membincangkan asas dan peranan MS-i dalam mewujudkan governan baik dalam
pandangan Islam dan contoh saluran dan kaedah yang wujud di zaman awal

50
pemerintahan Islam. Bagi menghuraikan perbincangan ini, kaedah analisis kandungan
berdasarkan huraian tafsir, sejarah dan kajian literatur dengan analisis induktif-deduktif
dilakukan. Perbincangan bab ini yang akan dibahagikan kepada empat bahagian
dimulakan dengan konsep governan baik menurut moden dan Islam; Kedua, asas dan
peranan MS-i dalam mewujudkan governan baik menurut pandangan Islam; Ketiga,
contoh peranan MS dalam mewujudkan governan baik di zaman pemerintahan Islam dan
yang terakhir adalah rumusan.

KONSEP GOVERNAN BAIK MENURUT KONSEP MODEN DAN ISLAM.

Menurut The Commission on Global Governance (1995) iaitu antara badan yang
promosikan konsep governan mengatakan bahawa governan adalah keseluruhan kaedah
pengurusan individu dan institusi, sektor awam dan swasta dalam menguruskan perkara-
perkara harian secara bekerjasama dalam menguatkuasakan arahan, pematuhan dan juga
hal-hal tidak rasmi yang telah dipersetujui berdasarkan kepentingan bersama. Ia juga
adalah suatu proses yang berterusan. Manakala menurut United Nations Development
Programme (UNDP), governan adalah pelaksanaan autoriti ekonomi, politik dan
pentadbiran untuk menguruskan hal ehwal negara dalam semua peringkat. Ia meliputi
mekanisme, proses dan institusi di mana rakyat dan kumpulan tertentu dapat menyatakan
kehendak mereka dengan jelas, menggunakan hak mereka yang sah, menjalankan
tanggungjawab mereka dan mengurangkan jurang perbezaan antara mereka (Sakiko Fuka
da-Parr & Richard Ponzio, 2002). Menurut Stoker G (1998) intipati kepada makna
governan adalah hubungan interaktif antara kerajaan dengan desakan badan bukan
kerajaan. Indeks governan mestilah terdiri daripada gabungan empat petunjuk keupayaan
bagi sesebuah kerajaan iaitu; (Huther, J., & Shah, A., 1998).

1) Memastikan ketelusan politik dan pendapat kepada semua rakyat;


2) Menyediakan perkhidmatan awam yang efektif dan efisien;
3) Menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat; dan
4) Mencipta persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang stabil.

Menurut Laporan UNDP (1997) terdapat 9 indikator governan yang boleh membentuk
governan baik. Iaitu:

1. Penyertaan (Participation);
2. Kedaulatan undang-undang (Rule of Law);
3. Ketelusan (Transparency);
4. Responsif (Responsiveness);
5. Kesepakatan (Consensus Orientation);
6. Kesamarataan (Equality);
7. Efektif dan Efisien (Effectiveness and Efficiency);

51
8. Akauntabiliti (Accountability);
9. Visi Strategik (Strategic Vision).

Secara kesimpulannya, governan baik itu ialah proses, mekanisme dan kerjasama antara
entiti pelaksana utama dalam Negara atau organisasi iaitu pentadbiran, ekonomi, politik
dan masyarakat yang berasaskan kepada nilai-nilai utama bagi mengurus dan
menyelesaikan hal ehwal masyarakat dan negara.
Dalam pandangan Islam, konsep ini dibincangkan melalui istilah siyasah
syar`iyyah. Ibn `Aqil al-Hanbali mendefinisikan siyasah syar`iyyah sebagai `apa juga
tindakan yang dapat mendekatkan masyarakat kepada kebaikan dan menjauhkan mereka
daripada keburukan, walaupun perkara itu tidak dinyatakan oleh Rasulullah SAW dan
tidak dijelaskan dalam al-Quran secara langsung’ (Ibn al-Qayyim, 1995). Menurut Abd
al-Wahhab Khallaf (1987) pula ialah `menjalankan tadbir urus sesebuah negara Islam
berdasarkan maslahah dan mengelakan keburukan walaupun ia tidak menepati
pandangan imam mazhab’. Daripada dua pandangan ini dapatlah difahami bahawa
konsep governan dalam Islam tidak dinyatakan penditilan kecuali matlamatnya yang
menekankan kepada kepentingan untuk mencapai kebaikan dan menghindarkan
keburukan bagi menjaga kepimpinan, rakyat, agama dan ummah (‫المصلحة الراعي والرعية‬
‫ )لحفظ الدين وحفظ األمة‬untuk mencapai kesejahteraan awam (maslahah ammah). Walaupun
secara definisi, siyasah syar`iyyah tidak menditilkan tentang tata kelola pemerintahan
berteraskan kerjasama antara empat entiti yang dinyatakan dalam konsep moden namun,
konsepnya sesuai dengan prinsip syariah yang memiliki kedinamikan (murunah) dan
ruang ijtihad kepada pemimpin untuk menentukan tata kelola atau governan yang sesuai
dengan kepentingan agama, masyarakat dan negara. Di samping itu, sembilan indikator
dalam konsep governan juga adalah selari dengan matlamat syariah dan nilai Islam yang
dijadikan prinsip dalam siyasah syar`iyyah. Pelbagai prinsip telah disenaraikan oleh
tokoh pemikir siyasah syar`iyyah antaranya seperti Al Mawardi dalam Al-Ahkam al-
Sultaniyah, Ibnu Taimiyah dalam Al-Siyasah Al-Syar’iyyah fi Ishlah al-Ra’i wa al-
Ra’iyyah (1988), Abdul Wahab Khallaf dalam Al-Siyasah al-Syar’iyyah, Ibn al-Qayyim
al-Jauziyyah (1961) dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Syar'iyyah dan Abdul
Qadir Audah dalam Al-A’mal al-Kamilah: Al-Islam wa Audha’una al-Qanuniyah. Abdul
Qadir Audah (1994) telah menyenaraikan 12 prinsip siyasah syar`iyyah yang
dirumuskan berikut:

1) Persamaan
2) Keadilan
3) Kemerdekaan
4) Persaudaraan
5) Perpaduan
6) Kerjasama & saling membantu

52
7) Pembasmian salahlaku dan pelanggaran hukum syarak
8) Penyebaran nilai-nilai Islam
9) Pemeliharaan hak anugerah Allah SWT
10) Pengagihan kekayaan secara adil
11) Pelaksanaan kebajikan dan
12) Pelaksanaan prinsip al-syura.

Secara keseluruhannya, pencapaian matlamat siyasah syariyyah atau governan dalam


Islam yang berteraskan maslahah boleh dilakukan melalui lima fokus utama. Pertama,
penglibatan menyeluruh pelbagai pihak berkepentingan tanpa mengira kaum, jantina dan
status masyarakat; Kedua, menjaga kesejahteran dan kebajikan masyarakat dilakukan
bagi mencapai matlamat syariah (Maqasid Syariah) iaitu untuk menjaga lima perkara
asas iaitu agama, nyawa, harta, akal dan keturunan; Ketiga, memastikan tatacara
governan tidak bertentangan dengan piawaian syarak, keempat, memastikan ia dijalankan
dengan mematuhi prinsip nilai dan akhlak. Kelima, memastikan matlamat akhir siyasah
syar`iyyah iaitu kebaikan dunia dan akhirat tercapai (Sharifah Hayaati Syed Ismail et.al,
2020).

ASAS & PERANAN MS DALAM MEWUJUDKAN GOVERNAN BAIK DALAM


ISLAM

Peranan dan tanggungjawab MS ke arah mewujudkan sistem governan yang baik dalam
Islam adalah berasaskan kepada beberapa prinsip. Pertama, prinsip bahawa manusia
adalah khalifah di atas muka bumi samada dalam bentuk individu mahupun
kelompok/masyarakat; Kedua, rentetan daripada peranan asas ini, maka melaksanakan
kebaikan dan menghindar keburukan (amar ma’ruf nahi munkar) dalam segala aspek
adalah suatu amanah; Ketiga, galakan perlaksanaan amanah tersebut pula adalah melalui
prinsip amal jama`ie; Keempat, sebagaimana masyarakat itu bertanggungjawab terhadap
amanah sebagai khalifah, mereka juga memiliki hak untuk didengari dan dipenuhi
keperluan dan kebajikannya melalui prinsip al-syura. Dalam bahagian ini, keempat-
empat prinsip yang menjadi asas kepada peranan MS dalam Islam (MS-i) akan
dibincangkan sebagaimana di bawah:

1. MS-i peranannya sebagai khalifah di muka bumi.

Iaitu sebagai pemegang mandat dalam melaksanakan perintah amar makruf nahi munkar.
FirmanNya dalam Surah al-Baqarah: Ayat 30:

53
ُ ِ‫ض َخلِيفَةً ۖ قَالُوا َأتَجْ َع ُل فِيهَا َم ْن يُ ْف ِس ُد فِيهَا َويَ ْسف‬
‫ك ال ِّد َما َء‬ ِ ْ‫ك لِ ْل َماَل ِئ َك ِة ِإنِّي َجا ِع ٌل فِي اَأْلر‬ َ َ‫َوِإ ْذ ق‬
َ ُّ‫ال َرب‬
َ‫ال ِإنِّي َأ ْعلَ ُم َما اَل تَ ْعلَ ُمون‬
َ َ‫ك َونُقَدِّسُ لَكَ ۖ ق‬
َ ‫َونَحْ نُ نُ َسبِّ ُح بِ َح ْم ِد‬

Maksudnya: `Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya


Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji
Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui
apa yang tidak kamu ketahui".

Maksud perkataan khalifah dalam ayat ini iaitu manusia itu sejak daripada kejadian Nabi
Adam diberikan mandat dan kekuasaan untuk mengurus kehidupan dan memakmurkan
dunia (Ibn Kathir, 2000). Ia juga adalah orang yang memutuskan perkara di antara
manusia apabila berlaku kezaliman dan mencegah mereka dari perbuatan yang dilarang
dan dosa (Al-Qurtubi, 1964). Imam Al-Baidhawi dalam kitabnya bertajuk Anwar al-
Tanzil wa Asrar al-Ta’wil, mengatakan bahawa Surah Al-Baqarah ayat 30 ini
membuktikan nikmat penciptaan, kemuliaan, keutamaan seluruh manusia mengatasi
malaikat (Yasin, H. 2020). Sesuai dengan nikmat dan peranan ini, Allah SWT telah
menjadikan manusia dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan mental, fizikal dan
spiritual. Iaitu akal fikiran, nafsu, perasaan dan kekuatan fizikal untuk memastikan
kebaikan terlaksana dan kemudaratan atau keburukan terhindar (al-amr bil ma’ruf wa al-
nahy an al-munkar). Sebagaimana Firman Allah SWT:

—‫َو ْلتَ ُكن ِّمن ُك ْم ُأ َّمةٌ يَ ْد ُعونَ ِإلَى ْالخَ ي ِْر َويَْأ ُمرُونَ بِ ْال َم ْعرُوف‬
ِ ‫ك هُ ُم ْال ُم ْفلِحُون‬ َ ‫َويَ ْنهَوْ نَ ع َِن ْال ُمن َك ِر َوُأوْ لَـِئ‬

Maksudnya: `Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala kebaikan dan
melarang segala keburukan, mereka adalah orang-orang yang beruntung’ (Surah Ali-
Imran:104)

2. Peranan MS-i adalah Amanah & Tanggungjawab Menunaikan Janji.

Peranan ini adalah sebagaimana FirmanNya:

َ‫يَا َأيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا اَل تَ ُخونُوا— هَّللا َ َوال َّرسُو َل َوتَ ُخونُوا َأ َمانَاتِ ُك ْ—م َوَأ ْنتُ ْم تَ ْعلَ ُمون‬

54
Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati amanah
Allah dan RasulNya dan janganlah kamu mengkhianati amanah sedangkan kamu
mengetahuinya”. (Surah al-Anfal:27)

Dalam Firman Allah SWT yang lain menyebutkan:

‫ث َعلَ ٰى ن َۡف ِس ِۖۦه َو َم ۡن َأ ۡوفَ ٰ—ى بِ َما‬ َ ‫ق َأ ۡي ِدي ِهمۡۚ فَ َمن نَّ َك‬
ُ ‫ث فَِإنَّ َما يَن ُك‬ َ ‫َك ِإنَّ َما يُبَايِعُونَ ٱهَّلل َ يَ ُد ٱهَّلل ِ فَ ۡو‬
—َ ‫ِإ َّن ٱلَّ ِذينَ يُبَايِعُون‬
١٠ ‫َظ ٗيما‬ ِ ‫ٰ َعهَ َد َعلَ ۡيهُ ٱهَّلل َ فَ َسي ُۡؤتِي ِه َأ ۡجرًا ع‬

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu


(Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka bahawasanya
memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka
memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak
menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya
menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya
kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”
(Surah al-Fatḥ: 10)

Sebab turunnya ayat ini adalah tentang janji taatsetia atau bai‘ah al-riḍwān yang
dilakukan oleh seramai 1,400 orang sahabat kepada Rasulullah SAW di bawah sebuah
pohon yang terletak di Hudaibiyah. Perjanjian ini dinamakan dengan Perjanjian
Hudaibiyah (Ar-Rifa'i, M. N.,1999). Ayat ini mengingatkan bahawa mereka yang
mengingkari janji akan mendapat balasan buruk manakala yang berpegang kepada janji
akan mendapat ganjaran yang besar.

Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan agar masyarakat dan pemimpin untuk menjaga
amanah:

‫اع َو ُكلُّ ُك ْم َم ْسُئو ٌل ع َْن َر ِعيَّتِ ِه فَاَأْل ِمي ُر الَّ ِذي‬


ٍ ‫صلَّى اللَّهم َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َأنَّهُ قَا َل َأاَل ُكلُّ ُك ْم َر‬ َ ‫ع َْن نَافِ ٍع َع ِن ا ْب ِن ُع َم َر َع ِن النَّبِ ِّي‬
ِ ‫اع َعلَى َأ ْه ِل بَ ْيتِ ِه َوهُ َو َم ْسُئو ٌل َع ْنهُ ْم َو ْال َمرْ َأةُ َرا ِعيَةٌ َعلَى بَ ْي‬
‫ت بَ ْعلِهَا‬ ٍ ‫اع َوهُ َو َم ْسُئو ٌل ع َْن َر ِعيَّتِ ِه َوال َّر ُج ُل َر‬ ٍ ‫اس َر‬ ِ َّ‫َعلَى الن‬
ٍ ‫اع َعلَى َما ِل َسيِّ ِد ِه َوهُ َو َم ْسُئو ٌل َع ْنهُ َأاَل فَ ُكلُّ ُك ْم َر‬
‫اع َو ُكلُّ ُك ْم َم ْسُئو ٌل ع َْن َر ِعيَّتِه‬ ٍ ‫َو َولَ ِد ِه َو ِه َي َم ْسُئولَةٌ َع ْنهُ ْم َو ْال َع ْب ُد َر‬

Terjemahan: “Dari Nafi’ dari‘Abd Allah bin ‘Umar RA bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin bertanggung jawab
atas kepemimpinannya. Imam itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggung jawab
tentang kepemimpinannya. Lelaki itu pemimpin, bertanggung jawab tentang
kepemimpinannya. Wanita itu pemimpin dalam rumah tangganya, dan bertanggung
jawab tentang kepemimpinannya. Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya,
bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya. Nabi SAW juga bersabda: “Kamu

55
semua adalah pemimpin, bertanggungjawab atas kepemimpinannya”.(Sahih al-Bukhari,
No.482)

Nabi SAW bersabda dengan mengatakan bahawa mereka yang tidak menepati janji dan
mengkhianati amanah adalah sebagai orang munafik:

“Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya baginda bersabda tanda-tanda orang


munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati
dan apabila diberi amanah dia khianati.” (Sahih al-Bukhari, No.1712)

Amanah dan sifat bertanggungjawab yang kini diistilahkan dengan perkataan


akauntabiliti adalah prinsip asas dalam governan Islam. Ia bukan sahaja bertujuan
memastikan pelaksanaan perkhidmatan dengan baik tetapi juga untuk mengelakkan
berlakunya salahlaku, salah urus, salahguna kuasa dan konflik kepentingan. Peranan MS-
i adalah sebagai kumpulan yang memastikan nilai ini tidak diabaikan dalam mewujudkan
governan baik. Kejayaan melaksanakan amanah dan janji perkhidmatan akan
menghasilkan kepuasan hati pelanggan dan kepercayaan (trust) masyarakat kepada
pemimpin (Jameel, A., Asif, M., & Hussain, A., 2019). Dalam kajian terkini yang
dijalankan terhadap 1544 responden dengan pecahan 789 adalah Bumiputera/Melayu,
601 Cina dan154 India oleh Homam Altabaa & Syed Arabi Idid (2020) tentang
kepercayaan masyarakat terhadap institusi di Malaysia mendapati kepercayaan terhadap
perkhidmatan awam adalah sebanyak 67%. Manakala kepercayaan masyarakat terhadap
pemimpin politik sebanyak 56% dan kerajaan pula sebanyak 55%.

3. Peranan MS-i untuk menyuarakan pandangan, aduan & hak untuk didengari
melalui al- syura.

Perintah Allah SWT berkenaan al-syura:

١٥٩ َ‫او ۡرهُمۡ فِي ٱَأۡلمۡ ۖ ِر فَِإ َذا َعزَمۡ تَ فَت ََو َّك ۡل َعلَى ٱهَّلل ۚ ِ ِإ َّن ٱهَّلل َ ي ُِحبُّ ۡٱل ُمت ََو ِّكلِين‬
ِ ‫ٱست َۡغفِ ۡر لَهُمۡ َو َش‬
ۡ ‫ٱعفُ ع َۡنهُمۡ َو‬
ۡ َ‫ف‬

Maksudnya: “Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan
mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila
Engkau telah berazam (selepas bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakal
lah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal
kepadaNya”. (Surah Āli ‘Imrān: 159)

Ayat ini adalah berkisar tentang perang Uhud. Menurut Tafsir Ibn Kathir, ayat ini
diturunkan berkenaan Nabi SAW yang mengadakan musyawarah dengan para sahabat
tentang persediaan untuk Perang Uhud iaitu sama ada untuk tetap tinggal di Madinah atau
56
pergi menghadapi musuh (Ar-Rifa'i, M. N., 1999).  Peribadi dan kepimpinan Rasulullah
SAW yang terbuka dan mengalu-alukan pandangan para sahabat menunjukkan Nabi
sangat menghargai pandangan walaupun ada ketikanya bertentangan dengan pandangan
baginda sendiri. Walaupun sebab turunnya ayat ini adalah berkaitan dengan peperangan
Uhud, tetapi menurut pandangan kebanyakan fuqaha’ yang disimpulkan oleh Wahbah al-
Zuhayli (1986) al-syura juga disyariatkan dalam apa jua perkara yang membawa
kesejahteraan atau maslahah. Ayat lain yang mensyariatkan amalan secara al-syura
adalah sebagaimana di bawah:

Firman Allah SWT:

٣٨ َ‫زَق ٰنَهُمۡ يُنفِقُون‬


ۡ ‫ور ٰى بَ ۡينَهُمۡ َو ِم َّما َر‬
َ ‫صلَ ٰوةَ َوَأمۡ ُرهۡ—ُم ُش‬ —ْ ‫ُوا لِ َربِّ ِهمۡ َوَأقَا ُم‬
َّ ‫وا ٱل‬ —ْ ‫ٱستَ َجاب‬
ۡ َ‫َوٱلَّ ِذين‬

Maksudnya: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut
dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna;
dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula
mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya”. (Surah al-Shura: 38)

Ibn al-`Arabi (1965) dalam Ahkam al-Quran yang mengatakan bahawa al-syura adalah
`permesyuaratan untuk berbincang dan mengeluarkan pendapat terbaik oleh sesuatu
kumpulan tentang sesuatu perkara’. Pandangan yang sama juga diutarakan oleh
kebanyakan ulamak yang lain seperti al-Ansari, al-Asfahani dan al-Badawi (Fahmi, M,
2017).
Amalan mendapatkan pandangan dan mendengar masalah dalam pentadbiran
baginda Rasulullah SAW tidak hanya tertumpu dalam hal menghadapi persediaan
peperangan tetapi juga dalam memastikan taat setia (bai`ah) kepimpinan sebagaimana
dalam Perjanjian Aqabah I dan II dan persetujuan perdamaian untuk kehidupan bernegara
yang harmoni sebagaimana dalam Piagam Madinah. Fasal 12 dalam Piagam ini menyebut
`Dan Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan
orang yang di bawah kawalan seseorang mukmin yang lain tanpa mendapat
persetujuannya terlebih dahulu’ (Sharifah Hayaati et.al, 2020).
Konsep al-syura juga telah membuka ruang untuk mengaplikasikan hak
masyarakat awam dalam pelbagai aspek termasuk hak untuk mendapatkan ruang
perbincangan, hak pendidikan, hak dihakimi dengan adil dan hak untuk dilindungi dari
sebarang bentuk kezaliman (Sharifah Hayaati, 2004). Sesuai dengan dengan kaedah usul
fiqh: `yatahammalu al-darar al-khas li daf`ie al-darar al-`am’(Abdullah Nasih Ulwan,
2001) bermaksud `Menanggung kemudaratan individu untuk menghilangkan
kemudaratan awam’. Manifestasi dari konsep asas al-syura telah melahirkan pelbagai
institusi yang menjaga maslahah awam tersebut. Antaranya adalah kumpulan perwakilan
permesyuaratan (Majlis al-syura) yang anggotanya dikenali sebagai ahl halli wal `aqd

57
atau ahl a-ikhtiyar. Berikut adalah antara contoh amalannya di zaman pemerintahan
Islam;

a)Peranan MS-i melalui ahl halli wal `aqd Dalam Pelantikan Khalifah

Semasa pentadbiran Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, beliau telah mencalonkan Khalifah
Umar bin al-Khattab sebagai pemimpin yang akan menggantikannya. Walaupun Saidina
Abu Bakar sangat mengenali Saidina Umar yang juga telah diminta untuk menjadi Imam
solat bagi menggantikan beliau ketika sakit tetapi masih mendapatkan pandangan
daripada sahabatnya. Cadangan ini adalah dengan mengambil juga pandangan daripada
hasil perbincangan dengan beberapa orang sahabat yang iaitu Abdul Rahman bin Auf dan
Uthman bin Affan (Muhammad Hussain Haikal, 2012).
Manakala bagi Khalifah Umar bin al-Khattab pula, beliau telah menubuhkan
Majlis Syura khas yang dianggotai oleh enam orang sahabat yang paling berkelayakan
untuk menjadi khalifah selepasnya. Mereka adalah Saidina Uthman bin Affan, Saidina
Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, Zubir bin al-Awwam, Talhah bin Ubaidillah,
dan Saad bin Abi Waqas. Khalifah Umar bin al-Khattab telah memerintahkan calon-calon
khalifah untuk berbincang dan memilih khalifah dalam kalangan mereka sambil
diperhatikan oleh dua orang pemerhati iaitu Saidina Miqdad bin al-Aswad dan Saidina
Abu Talhah al-Ansari selama tiga hari. Beliau turut memerintahkan agar Saidina Abu
Talhah al-Ansari untuk memilih 50 orang askar dalam kalangan kaum Ansar untuk turut
serta dalam Majlis Syura tersebut. Hasil perbincangan Majlis Syura telah sebulat suara
memilih Saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah ketiga bagi menggantikan Khalifah
Umar bin al-Khattab (Salim al-Bahnasawi, 1997).

b)Peranan MS-i (ahl halli wal aqd) Dalam Penentuan Hukuman kepada Peminum Arak

Pada zaman pentadbiran Khalifah Uthman bin Affan, beliau telah menjalankan hukuman
Hudud kepada rakyat yang telah meminum arak buat kali pertama sebanyak 40 kali
sebatan dan untuk rakyat yang mengulangi kesalahan yang sama akan dikenakan 80 kali
sebatan. Begitu juga kepada rakyat yang ketagih arak turut dikenakan sebatan sebanyak
80 kali. Hal ini berbeza daripada apa yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW dan
pentadbir-pentadbir sebelumnya iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq yang mengenakan
sebanyak 40 kali sebatan seperti baginda Rasulullah SAW. Begitu juga Khalifah Umar
bin al-Khattab mengenakan sebatan sebanyak 40 kali pada awal pentadbirannya. Namun
selepas berbincang dalam Majlis Syura, beliau telah menambah hukum sebatan kepada
peminum arak sebanyak 80 kali sebatan kerana ramai rakyat pada pentadbirannya tidak
mengambil pengajaran terhadap hukuman 40 kali sebatan. Begitu juga pada zaman
pentadbiran Khalifah Ali bin Abi Talib yang menetapkan hukuman meminum arak ialah
40 kali sebatan walaupun beliau yang mencadangkan kepada Khalifah Umar bin al-
Khattab untuk menambah hukuman sebatan kepada 80 kali sebatan semasa zaman
58
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (Yusuf al-Qaradawi, 1998). Daripada Anas
bin Malik berkata:

ُ‫—ال َوفَ َعلَ—ه‬ َ ‫ي صلى هللا عليه وسلم ُأتِ َي بِ َر ُج ٍل قَ ْد َش ِر‬


َ —َ‫ ق‬. َ‫ب ْال َخ ْم َر فَ َجلَ َدهُ بِ َج ِري َدتَ ْي ِ—ن نَحْ— َو َأرْ بَ ِعين‬ َّ ِ‫ َأ َّن النَّب‬،‫ك‬ ِ ‫ع َْن َأن‬
ٍ ِ‫َس ْب ِن َمال‬
‫ فََأ َم َر بِ ِه ُع َم ُر‬. َ‫َف ْال ُحدُو ِد ثَ َمانِين‬ َّ ‫اس فَقَا َل َع ْب ُد الرَّحْ َم ِن َأخ‬ َ َّ‫ار الن‬َ ‫ َأبُو بَ ْك ٍر فَلَ َّما َكانَ ُع َم ُر ا ْستَ َش‬.

Maksudnya: “Daripada Anas bin Malik Ra Sesungguhnya seorang lelaki yang telah
meminum arak telah dibawa kepada Nabi Muhammad saw, maka baginda telah
menyebat lelaki tersebut dengan dua pelepah tamar yang bersamaan dengan 40 kali
sebatan. Telah berkata dia: Abu Bakar juga telah melakukan perkara yang sama,
manakala Umar pula telah berbincang dengan para sahabat, maka telah berkata Abd
Rahman: Hukuman Hudud yang paling ringan adalah 80 kali sebatan. Maka Umar telah
menerima pendapat itu”.(Riwayat Muslim, No.1706)

Khalifah Umar bin al-Khattab yang mengenakan 80 kali hukuman sebatan dan Khalifah
Uthman bin Affan mengenakan dua jenis hukuman sebatan kepada peminum arak sama
ada 40 atau 80 kali sebatan merupakan keputusan yang dibuat berdasarkan perbincangan
dan keperluan pada ketika itu walaupun berbeza daripada hukuman di zaman Rasulullah
SAW. Ruang memberikan pandangan telah menentukan keputusan dasar awam yang
sesuai dalam governan pada ketika itu.
Selain daripada peranan MS-i melalui ahl-hal wal `aqd, proses al-syura juga
dapat dilihat melalui penglibatan mereka dalam institusi-institusi yang diwujudkan
kepada masyarakat awam selain di masjid seperti Dar an-Nadwah, Dar al-Hisbah, Dar
al-Arqam dan Dar al-`Adl. Insitusi ini berfungsi sebagai tempat perbincangan,
penyelesaian aduan dan masalah selain perjumpaan sesama masyarakat dan pemimpin
dalam menentukan keputusan hal-ehwal negara (Masoomeh, D., & Mahmood, A. A.,
2011).
Dar an-Nadwah (Dewan Nadwah) yang dipelopori penubuhannya oleh Qusai
bin Kilab, seorang pembesar Quraish di Mekah adalah tempat perjumpaan untuk
menyelesaikan masalah dan mempersatukan masyarakat yang berpecah. Dewan ini juga
berperanan untuk memastikan keamanan dalam kota Mekah dan melindungi para jemaah
Haji. Beberapa majlis yang menjalankan pelbagai peranan pengurusan ditubuhkan di
bawah dewan ini antaranya ialah Majlis Sidanah (urusan ka’bah), Majlis Asynaq
(mahkamah), Majlis Siqayah (penyediaan air) dan Majlis Rifadah (penyediaan makanan)
(Firmansyah, H., 2019; (Al-Husaini, 1995).
Dar al-Arqam pula adalah rumah al-Arqam bin Abil Arqam yang Rasulullah
SAW jadikan tempat pertemuan bagi sahabat-sahabat yang baru memeluk Islam untuk
menuntut Islam. Rumah ini kemudian dinamakan sebagai Darul Islam (Hasan Abdul Ali,
1977; Muslim, K. L., & Hendra, T. 2019). Selain Dar al-Arqam yang terkenal sebagai
pusat pendidikan pertama, ia diikuti dengan peranan Kuttab yang diwujudkan selepas
Perang Badar untuk mengajar umat Islam yang buta huruf. Usaha mengembangkan
59
Pendidikan Islam diteruskan oleh Rasulullah SAW semasa di Madinah di anjung masjid
yang dinamakan Suffah (Hasan Abdul Ali, 1977). Ruang pendidikan yang disediakan di
awal zaman pemerintahan Islam dengan pelbagai nama bukan sahaja bertujuan untuk
mendidik masyarakat tetapi juga sebagai pusat menyebarkan nilai dan adab dalam
menyatukan dan mewujudkan masyarakat yang mampu memainkan peranan dalam
sistem governan Islam. Menurut al-Mawardi (1973), hisbah ialah menyuruh kepada
kebaikan jika terbukti kebaikan ditinggalkan (tidak dikerjakan), dan melarang dari
kemungkaran jika terbukti kemungkaran dikerjakan.
Dar al-Hisbah adalah institusi pemantauan dan penguatkuasaan yang
diwujudkan secara formal di zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab. Dengan
pegawai penguatkuasaan dinamakan sebagai muhtasib (Mahmud Hilmi, 1978).
Amalannya walaubagaimanapun telah wujud sejak daripada zaman pemerintahan
Rasulullah SAW. Hisbah bermaksud mengawasi dan menyuruh kepada kebaikan jika
terbukti kebaikan itu ditinggalkan (tidak dikerjakan), dan melarang daripada
kemungkaran jika terbukti kemungkaran dikerjakan (al-Mawardi, 1973). Ia bertujuan
untuk melaksanakan amar makruf nahi munkar dengan memastikan agar salahlaku
masyarakat dalam aktiviti perniagaan dan segala aspek hubungan masyarakat dielakkan.
Muhtasib pertama yang dilantik oleh Rasulullah SAW adalah Saidina Umar bin Khattab
untuk pasar Madinah manakala di zaman Saidina Umar, beliau telah melantik Sa‘id ibn
al-As ibn Umayyah untuk mengawasi pasar Mekah. Di zaman Saidina Usman bin `Affan
pula, beliau telah melantik al-Harith Ibn al-‘As dan di zaman Saidina Ali bin Abi Talib
beliau telah melantik ‘Awrad Ibn Sa‘d. (Muhammad FadhlulAllah, 1990) Kewujudan
Dar al-Hisbah bukan sahaja di zaman khulafa’ al-Rasyidin tetapi juga di kesemua zaman
pemerintahan Islam selepas itu seperti di zaman Umaiyyah, Abbasiyah, Fatimiyyah dan
Kesultanan Mamluk (Halim, 2011). Ia telah menjadi institusi penting dalam governan
Islam yang membuka ruang kepada masyarakat awam untuk mengajukan aduan kepada
pemerintah atas salahlaku dan penipuan. Sistem dan saluran ini penting dalam menjamin
governan baik.
Dar al-`Adl adalah majlis keadilan yang memainkan peranan menerima aduan
daripada masyarakat awam. Ia mula diperkenalkan pada kurun ke12 oleh Sultan Nur al-
Din Mahmud Ibn Zanki (Februari 1118 – 15 Mei 1174) di Damsyik, Syria. Kemudian
dibina pula oleh Sultan Mamluk iaitu al-Nasir Muhammad ibn Qalawun yang
memerintah daripada tahun 1294-1341 (Naseer O Rabbat,1995). Ia juga bertujuan untuk
memainkan peranan Dar al-Hisbah tetapi dengan namanya yang berbeza. Para muhtasib
bertanggungjawab menerima atau mendengar aduan (Public complaint and public
hearings). Antaranya dilaksanakan dalam zaman kesultanan Mamluk (1250-1517 M)
pada setiap hari Jumaat. Sebahagian literatur mengatakan ia dibuka untuk mendengar dan
menyelesaikan masalah rakyat sekali atau dua kali dalam seminggu. Pelaksanaannya
diletakkan di bawah sistem kehakiman (Qada’ al-mazalim) dan bertanggungjawab di
bawah hakim atau qadhi yang digelar sebagai al-`Arif (Halim, M. 2011). Malah bagi
pandangan ahli sejarah Naseer O Rabbat (1995) Dar al-Adl adalah suatu inovasi dan
60
melebihi peranan Qada’ al-Mazalim sebagai mewakili masyarakat awam dengan nilai
dan kualiti governan Islam. Menurutnya:

“The dar al-'adl was not simply a development of the qadad al-mazalim institution. It
was an original innovation of an extraordinary time: the period of the Counter-Crusade
and the ideological revival that went with it, as ideal Islamic qualities were promulgated
by both the ruling and religious classes and demanded by the people. The dar al-'adl
visually represented one of these qualities, justice, and provided the rulers with a forum
publicly to claim their adherence to proper Islamic codes” (hlm. 4)

Menurut Ibn Khaldun (2002) dalam Muqaddimahnya, menyatakan bahawa perwatakan


dan tindakan masyarakat itu dipengaruhi oleh kehidupan persekitarannya. Contohnya,
jika persekitarannya adalah pergelutan dan peperangan, ia akan mewujudkan karakter
cekal dan kasar. Persekitaran melalui ajaran Islam yang menggalakkan permuafakatan
dan perbincangan melalui al-syura adalah asas penting dalam memastikan peranan MS-i
dalam ruang lingkup proses governan yang baik.

4. Peranan MS-i melalui Amal Jama`ie

`Amal jama`ie atau kerja berpasukan adalah merupakan antara galakan dalam membina
masyarakat Islam yang harmoni dan saling membantu dalam segenap perkara. Elemen
tanggungjawab bersama atau mas`uliyah jama’iyyah adalah spirit perhubungan yang
dianjurkan dalam Islam bahkan ditekankan dalam mengurus negara. Ahmad Fuad Abd
Mun`im (1991) berpendapat bahawa mentadbir urusan negara dan masyarakat itu adalah
usaha secara kolektif yang terancang dengan saling bekerjasama untuk mencapai
matlamat tertentu.

Galakan ini selaras dengan dalil al-Quran sebagaimana berikut;

َ‫الص—اَل ة‬
َّ َ‫ُوف َويَ ْنهَوْ نَ ع َِن ْال ُم ْن َك ِر َويُقِي ُمون‬—ِ ‫ْض ۚ يَْأ ُمرُونَ بِ ْال َم ْعر‬
ٍ ‫ضهُ ْم َأوْ لِيَا ُء بَع‬ ُ ‫َو ْال ُمْؤ ِمنُونَ َو ْال ُمْؤ ِمن‬
ُ ‫َات بَ ْع‬
ٰ ‫ُأ‬
ِ ‫َويُْؤ تُونَ ال َّز َكاةَ َويُ ِطيعُونَ هَّللا َ َو َرسُولَهُ ۚ ولَِئكَ َسيَرْ َح ُمهُ ُم هَّللا ُ ۗ ِإ َّن هَّللا َ ع‬
‫َزي ٌز َح ِكي ٌم‬

Maksudnya: `Sebahagian lelaki dan perempuan yang beriman adalah menjadi penolong
kepada sebahagian yang lain, menyuruh kepada kebaikan serta mencegah kemunkaran,
mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, taat kepada Allah serta rasulNya dan Allah
akan memberikan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana’. (Surah al-Taubah:71)
FirmanNya:

َ‫ُوف َويَ ْنهَوْ نَ َع ِن ْال ُم ْن َك ِر َوُأو ٰلَِئكَ هُ ُم ْال ُم ْفلِحُون‬


ِ ‫َو ْلتَ ُك ْن ِم ْن ُك ْم ُأ َّمةٌ يَ ْد ُعونَ ِإلَى ْال َخي ِْر َويَْأ ُمرُونَ بِ ْال َم ْعر‬
61
Maksudnya: `Hendaklah ada segolongan umat daripada kamu orang yang menyeru ke
arah kebajikan, menyuruh kebaikan serta mencegah kemungkaran. Merekalah orang-
orang yang beruntung’. (Surah Ali-Imran:104)

Firman Allah SWT:

ِ ‫وا ٱهَّلل ۖ َ ِإ َّن ٱهَّلل َ َش ِدي ُد ۡٱل ِعقَا‬


٢‫ب‬ ْ ُ‫وا َعلَى ۡٱلبِ ِّر َوٱلتَّ ۡق َو ٰۖ—ى َواَل تَ َعا َون‬
ْ ُ‫وا َعلَى ٱِإۡل ۡث ِم َو ۡٱلع ُۡد ٰ َو ۚ ِن َوٱتَّق‬ —ْ ُ‫َوتَ َعا َون‬

Maksudnya: “...dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan


bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan… dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat
azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Surah al-Mā’idah: 2)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia


mengubah dengan tangannya; jika dia tidak sanggup, maka dengan lidahnya; jika tidak
sanggup juga, maka dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah yang selemah-lemah
iman.” (Riwayat Imam Muslim, Sahih Muslim Jilid 1, No. 0040)

Semangat amal jama`ie dalam Islam bukan sekadar berasaskan konsep al-ta`awun tetapi
juga al-ukhuwah. Menurut Dr. Abdullah Nashih Ulwan (1990), Ukhuwah Islamiah
adalah ikatan kejiwaan yang melahirkan perasaan yang mendalam dengan kelembutan
dan sifat saling bekerjasama dan menghormati. Firman Allah SWT bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara”. (Surah Al-Hujurat: 10)

Peranan MS-i dalam proses amal jamaie kea rah mewujudkan governan baik juga dapat
difahami melalui ucapan yang disampaikan antaranya oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
dan Khalifah Saidina Umar bin al-khattab yang menyeru masyarakat untuk saling
berganding bahu dalam kepimpinan mereka.
Saidina Abu Bakar Ketika menyampaikan ucapannya di hadapan para sahabat di Masjid
Nabawi sebaik sahaja dilantik sebagai Khalifah yang pertama sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Ibn Sa’ad dalam Tabaqatnya adalah;

ُ‫ق أمان—ةٌ وال َك— ِذب‬ ُ ‫ت فَ—َأ ِعينُونِي وِإ ْن َأ َس—ْأ‬


ِ .‫ت فَقَ ِّو ُم—وني‬
ُ ‫الص— ْد‬ ُ ‫يت عليكم ولس—ت بخ—يركم ف—ِإ ْن َأحْ َس— ْن‬ُ ِّ‫َأيُّها الناسُ فَِإني ق—د ُول‬
‫ق من——ه إن‬ َّ — ‫ضعيف عندي حتى آخ َذ الح‬ ٌ ‫ي فيكم‬ ّ ‫ والقو‬، ‫ي عندي حتى أرج َع إليه حقَّه إن شاء هّللا‬ ٌّ ‫والضعيفُ فيكم قو‬ ٌ‫ِخيَانَة‬
‫ َأ ِطي ُع——وني‬.‫—وم ِإال َع َّمهم هَّللا ُ بِ——البال ِء‬
ٍ —‫ع قو ٌم ال ِجها َد في سبيل هّللا إال خَ َذلَهم هَّللا ُ بال ُذ ِّل وال تَ ِشي ُع الفاحشةُ في ق‬
ُ ‫ ال يَ َد‬. ‫شاء هّللا‬
‫ قُو ُموا إلى صالتكم يَرْ َح ْم ُك ُم هّللا‬.‫َصيْت هَّللا َ ورسولَه فال طاعةَ لي عليكم‬ ُ ‫ما َأطَع‬.
َ ‫ْت هَّللا َ ورسولَه فِإذا ع‬
62
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah dipilih untuk memimpin
kamu semua, dan aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu. Sekiranya aku
berbuat baik maka bantulah aku, dan sekiranya aku melakukan kesilapan, maka
betulkanlah aku. Kebenaran adalah satu amanah dan dusta itu adalah satu
pengkhianatan.

Dan orang yang lemah dikalangan kamu semua adalah kuat pada pandanganku,
sehingga aku berikan hak kepadanya, Insyaallah. Dan orang yang kuat dikalangan kamu
semua adalah lemah pada pandanganku, sehingga aku mengambil kembali hak
daripadanya, Insyaallah.
Janganlah ada sesuatu kaum yang meninggalkan jihad, kecuali Allah SWT akan
menimpakan kehinaan kepadanya. Dan apabila keburukan sudah memenuhi pada
sesuatu kaum, maka Allah SWT akan mendatangkan bala kepada kaum tersebut.
Taatlah kepadaku selama mana aku taat kepada Allah SWT dan RasulNya. Tetapi
apabila aku melakukan maksiat kepada Allah dan Rasulnya, maka tidak wajib kepada
kamu semua untuk mentaatiku. Marilah semua mendirikan solat, semoga Allah SWT
merahmati kamu semua.” (Hisham & Abd al-Malik, 1995).

Ucapan atau pidato ini mengandungi beberapa intipati penting dalam urusan governan
Islam. Pertama, ia menunjukkan sikap pemimpin yang beramanah apabila menunjukkan
tekadnya untuk menjaga amanah kepimpinan yang diberi kepadanya. Kedua, kepimpinan
yang baik adalah yang berasaskan kepentingan rakyat atau maslahah ammah yang
dicapai melalui pelbagai bentuk kerjasama dan pandangan termasuk berbentuk nasihat
dan teguran daripada masyarakat. Kaedah ini disebut sebagai bottom-up governance
dalam konsep moden. Ketiga, masyarakat perlu bersama-sama membantu pemimpin yang
adil melaksanakan amanah kepimpinannya. Keempat, pemimpin yang amanah lagi adil
wajib ditaati, sedangkan yang zalim hendaklah dibawa ke pangkal jalan. Kelima,
pemimpin yang adil juga adalah yang mentaati Allah SWT dan RasulNya. Sekira
sebaliknya berlaku, maka tiada lagi hak ketaatan kepadanya.
Manakala Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab dalam pidatonya sebaik sahaja
dilantik menggantikan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah kedua di Masjid
Nabawi yang bermaksud: “Sesiapa antara kalian yang melihat pada diriku sesuatu
penyelewengan, maka hendaklah kamu meluruskannya - man ra’a minkum fiyya
i’wijajan falyuqawimhu).”. Kata-kata itu disambut oleh sahabat dengan laungan: “Demi
Allah S.W.T, Wahai ‘Umar! Jika kami dapati kamu melakukan penyelewengan, kami
akan meluruskan kamu dengan pedang kami yang tajam! (wallahi ya Umar!, lau raina
fika i’wijajan la qawimnahu bi haddi suyufina).” Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab R.A.
mendengar kata-kata tersebut, beliau menjawab dengan tegasnya: “Alhamdulillah (segala
puji bagi Allah S.W.T) yang telah menjadikan daripada kalangan umat Muhammad
mereka yang sanggup meluruskan ‘Umar dengan pedangnya - Alhamdulillah alladhi
63
ja’ala fi ummati muhammad man yuqawimu ‘umara bisayfihi).” (Hisham & Abd al-
Malik, 1995).
Dengan sifat keterbukaan dan ruang masyarakat untuk memberikan teguran
kepada pemimpin, tidak hairanlah bagaimana seorang wanita telah berani menegurnya
tentang mahar perkahwinan yang ditetapkan tidak melebihi 400 dirham walaupun Saidina
Umar dikenali sebagai seorang yang tegas. Wanita tersebut telah membacakan Surah al-
Nisa’, ayat 10 yang menyebut bahawa Allah SWT memberikan kebebasan kepada lelaki
memberikan sebanyak mana yang mereka mahu sebagai mahar kepada perempuan.
Menyedari akan kesilapan pada pandangannya Saidina Umar telah bangun dan berkata:
“Ya Allah, berilah keampunan kepadaku. Semua orang lebih faqih (memahami) daripada
Umar.” Kemudian beliau pun kembali menaiki mimbar dan berkata: “Sesungguhnya
tadi aku telah melarang kamu menetapkan mahar terhadap wanita lebih dari empat
ratus dirham. (Tetapi) sekarang, sesiapa pun boleh memberikan hartanya berdasarkan
yang dia suka (sebagai mahar).” (Tafsir Ibn Kathir, 2/244.)
Ini bererti peranan MS-i dalam mewujudkan governan baik melalui al-syura
yang mengandungi elemen persetujuan masyarakat awam (redha al- awam) dan ijtihad
bersama (ijtihad jama`ie) boleh dilakukan dengan mengambilkira beberapa aspek penting
berikut;

1. Berunding, berbincang dan menghasilkan pandangan atau usul yang baik untuk
kebaikan ramai adalah suatu kefardhuan.
2. Keputusan daripada al-syura hendaklah tidak bertentangan dengan hukum dan
nilai Islam.
3. Majlis perwakilan yang merupakan anggota perundingan adalah anggota yang
beramanah, mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam perkara yang
dirundingkan.
4. Proses al-syura dan amal jamaie amat penting dalam merealisasikan halatuju
kepimpinan.
5. Masyarakat memiliki hak dan ruang untuk berperanan dalam proses governan
baik dalam Islam.
6. Setiap masalah ditangani secara mufakat untuk penyelesaian yang tuntas.
7. Cadangan dan pendapat secara al-syura akan menentukan kejayaan dalam
governan.
8. Governan secara Islam adalah bentuk tata kelola pemerintahan yang melindungi
hak masyarakat yang lemah dan tertindas.
9. Pemimpin yang menerima pandangan masyarakat yang didapati lebih baik dan
benar adalah pemimpin yang dihormati.

RUMUSAN

64
Masyarakat sivil (MS) dan governan baik (GB) adalah dua angkubah utama dalam proses
tata kelola sebuah negara. Perbincangan dan huraian tentang masyarakat sivil dalam
Islam (MS-i) dapat difahami melalui beberapa konsep asas. Iaitu konsep manusia sebagai
khalifah di muka bumi, amanah dan tanggungjawab menunaikan janji, amar makruf nahi
munkar, al-syura dan amal jamaie yang digalakkan dalam Islam. Asas-asas ini
menentukan kedudukan dan peranan MS-i yang berbeza dengan MS dalam mewujudkan
governan baik. Manakala konsep dan prinsip siyasah syar`iyyah adalah panduan
bagaimana governan baik dalam Islam perlu dilaksanakan oleh MS-i. Contoh daripada
amalan dalam zaman pemerintahan Islam telah menunjukkan bagaimana pentingnya
hubungankait dan kerjasama antara MS dan GB. Ucapan pertama Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq dan Khalifah Umar bin al-Khattab apabila dipilih menjadi khalifah menunjukkan
bagaimana hubungan dan kerjasama pemimpin dan masyarakat ditekankan. Ruang
pandangan dan kritikan dibuka tanpa mengira latar belakang dan isu walaupun daripada
seorang Badwi dan wanita tentang mahar perkahwinan. Amalan ini adalah penerusan
daripada gaya kepimpinan Rasulullah SAW yang menghormati masyarakatnya dan
mengamalkan al-syura serta al-hisbah. Kebajikan masyarakat (maslahah ammah)
menjadi asas kepada peranan pemimpin dan MS-i. Pelbagai institusi awam yang menjadi
saluran maklumbalas bagi MS-i juga ditubuhkan sebagai badan yang bekerjasama dengan
kerajaan dalam memastikan governan baik. Seperti Dar an-Nadwah, Dar al-Arqam, Dar
al-Hisbah dan Dar al-Adl. Kesemua asas dan peranan masyarakat ini telah menunjukkan
bahawa GB dalam Islam juga ditentukan oleh kejayaan menyediakan ruang penyertaan
masyarakat secara inklusif dan kebijaksanaan pemimpin dalam mengambil input awam
dalam memastikn GB berteraskan syariah dan kemaslahatan tercapai.

RUJUKAN

Abu Bakar Muhammad Ibn al-Arabi. (1965), Ahkam Al-Quran, Juzuk 2. Matbaah
Mustafa al-Babi al-Halabi.123.
Abdullah Nasih Ulwan, (2001), Syariah Islam: Ciri-ciri dan Keunggulan, Abdul Karim
Ali & Samsudin Selamat (terj) Intel Multimedia and Publication.22.
Abd al-Wahhab Khallaf (1987) al-Siyasah al-Syar`iyyah wa nizam al-Dawlah al-
Islamiyyah. Dar al-Qalam.7.
Abdul Qadir Audah (1994), Al-A'mal al-Kamilah:Al-Islam wa Audha'una al-Qanuniyah,
Cairo: al-Mukhtar al-Islam. 211-223.
Ahmad Fuad Abd Mun`im (1991) Mabadi’ al-Idarah al-`Ammah wa al-Nizam al-idari
Fi al-Islam.7.
Altabaa, H., & Idid, S. A. (2020). Trust, Society and Governance: An Islamic Perspective
on Malaysian Institutions (Keyakinan, Masyarakat dan Tadbir Urus: Perspektif
Islam Terhadap Institusi di Malaysia). Journal of Islam in Asia, 17(4), 203-219.
Ar-Rifa'i, M. N. (1999). Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir Jilid 1 (Vol. 4). Gema Insani. 388.
Ar-Rifa'i, M. N. (1999). Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir Jilid 1 (Vol. 4). Gema Insani. 608-
609.

65
Abī ‘Abd Allāh Muḥammad Ibn Ismā‘il al-Bukhārī al-Ju‘fī al-Bukhārī, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī,
vol. 1 (t.t.p.: t.p., t.t.), no. hadis 482.
Abī ‘Abd Allāh Muḥammad Ibn Ismā‘il al-Bukhārī al-Ju‘fī al-Bukhārī, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī,
vol. 1 (t.t.p.: t.p., t.t.), no. hadis 1712.
Al-Mawardi (1973). al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah, Cet. III.
Matba‘at Mustafa al-Babi al-Halabi. 240.
Al-Qurtubi, A. A. M. B., & al-Ansari, A. (1964). al-Jami’li Ahkam al-Quran. Dâr al-
Kutub al-Miṣriyyah.
Commission on Global Governance (1995), Our Global Neighbourhoods, Oxford
University Press.2.
Cohen, J., & Arato, A. (1992). Political theory and civil society. MIT Press, 188, 127-
155.
Firmansyah, H. (2019). Muhammad Saw Pada Periode Mekah. At-Tafkir, 12(1), 55-77.
Fahmi, M. (2017). Prinsip Dasar Hukum Politik Islam dalam Perspektif Al-
Quran. Petita: Jurnal Kajian Ilmu Hukum dan Syariah, 2(1), 47-63.
Huther, J., & Shah, A. (1998). Applying a simple measure of good governance to the
debate on fiscal decentralization (Vol. 1894). World Bank Publications.
H. M.H. Al-Hamid Al-Husaini (1995). Riwayat Kehidupan Nabi Besar Muhammad
s.a.w. Yayasan Al-Hamidy.
Hasan Abdul Ali (1977). Al-Tarbiyah al-Islamiyah Fi al-Qurni al Rabi al Hijri. Darul
Fikri. 26.
Halim, M. (2011). Eksistensi Wilayatul Hisbah dalam Sistem Pemerintahan Islam. Jurnal
Ilmiah Islam Futura, 10(2), 65-81.
Hisham, I., & Abd al-Malik, A. M. (1995). al-Sirah al-Nabawiyyah, vol. 3. Darul-Khayr,
188-9.
Ibn Khaldun. (2002) Muqaddimah, terj. Ahmadie Thoha, Cet. II. Pustaka Firdaus. 97.
Ibn al-Qayyim Muhammad Abu Bakr. (1995) al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-
Syar`iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah Dar al-Jil.11.
Ibn Kathir, I. (2000). Tafsîr ibn kathîr. Riyadh: Dar-us-Salam.
Jameel, A., Asif, M., & Hussain, A. (2019). Good Governance and Public Trust:
Assessing the Mediating Effect of E-Government in Pakistan. Lex Localis, 17(2),
299-320.
Mahmud Hilmi (1978). Nizam al-Hukm al-Islami Muqaranan bi al-Nuzum al-Mu‘asirah,
Cet. IV. Dar al-Huda. 362.
Masoomeh, D., & Mahmood, A. A. (2011). The Developments and Role of Dar Al-
Nadwah From Establishment To Decline. Tarikh Dr Ayene Ye Pazhohesh, 8
(1):65-92 https://www.sid.ir/en/journal/ViewPaper.aspx?id=396275 Accessed on
15th January 2021.
Muslim, K. L., & Hendra, T. (2019). Sejarah dan Strategi Nabi Muhammad. SAW di
Mekah. Khazanah, 104-112.
Muslim bin al-Hajaj al-Qasyiri al-Nisaburi (1374H) “Sahih Muslim,” dalam al-Musnad
al-Sahih al-Mukhtasar Min al-Sunan Bi Naqli al-Adl An al-Adl An Rasulillah saw,
ed. Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Dar Ihya al-Kitab al-Arabiyyah,
Muhammad FadhlulAllah (1990) al-Hisbah fi ‘Asr al-Nabawi wa ‘Asr al-
Khulafa’urrasyidin. Idarah Tarjuman Islam. 24.

66
Muhammad Hussain Haikal, (2012) Al-Siddiq Abu Bakar. Kaherah: Kalimat Arabiyyah
Lil Tarjamah Wa al-Nasyr. 283.
Rabbat, N. O. (1995). The Ideological Significance of the Dar al-Adl in the Medieval
Islamic Orient. International Journal of Middle East Studies, 27(1), 3-28.
Salim al-Bahnasawi. (1997), Al-Khilafah Wa Al-Khulafa' Al-Rasyidun Baina Al-Syura
Wa Al-Dimuqratiah. al-Zahra' Lil I'lam al-Arabi. 213.
Sakiko Fukada-Parr & Richard Ponzio. (2002) Governance: Past, Present, Future Settin
g the Governance Agenda for the Millennium Declaration at http://www.undp.org/
governance/eventsites/PAR_Bergen_2002/gov-past-present-future.pdf, 29 Septem
ber 2007. 4.
Stoker, G. (1998). Public-private partnerships and urban governance. In Partnerships in
urban governance (pp. 34-51). Palgrave Macmillan.
Sharifah Hayaati Syed Ismail, Siti Arni Basir & Zaidi A.R. (2020). Tadbir Urus Efektif,
Politik & Kualiti Menurut Perspektif Islam & Kontemporari. Penerbit Universiti
Malaya.
Sharifah Hayaati Syed Ismail (Ed) (2004). Efektif Governan Di Malaysia Menurut
Perspektif Islam. Penerbit Universiti Malaya.
UNDP, (1997) Governance for sustainable human development A UNDP policy
document at
http://www.pogar.org/publications/other/undp/governance/undppolicydoc97-e.pdf
Yusuf al-Qaradawi.(1998) Al-Siasah Al-Syar`iyyah Fi Dhau’ Nusus Al-Syariah Wa Maqa
sidiha. Maktabah Wahbah.214.
Yasin, H. (2020). Sisi Balaghah Dalam Tafsir Al-Baidhawy. Tahdzib Al-Akhlaq: Jurnal
Pendidikan Islam, 3(2), 41-61.

67
Bab 4
Badan Bukan Kerajaan Sebagai Platform Masyarakat Sivil
dan Aktor Akauntabiliti Pengguna: Praktis atau Retorik?
Nurul Hidayana Mohd Noor

PENGENALAN

Badan Bukan Kerajaan atau Non-Governmental Organisation (NGO) seringkali


berhadapan dengan pelbagai isu, antaranya adalah dari segi akauntabiliti, melibatkan
pelbagai pihak berkepentingan seperti ahli, penderma, pemerintah dan sebagainya.
Justeru kajian ini adalah bermatlamat untuk melakukan penelitian terhadap pengaruh
mekanisma akauntabiliti berorientasikan pengguna serta konteks keberkesanannya
terhadap sesebuah NGO. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan secara
campuran, melibatkan kualitatif dan kuantitatif iaitu kaedah pemodelan persamaan
struktur (SEM) dengan menggunakan perisian AMOS 18.0.
Menurut catatan sejarah, badan bukan kerajaan (NGO) telah tertubuh sejak tahun
1839 dan Anti-Slavery Society Rotary International telah dikenalpasti sebagai NGO yang
tertua di dunia (Antislavery.org, 2021). Menurut, Profesor Emeritus daripada City
University of London, Peter Willetts, istilah NGO telah diperkenalkan pada tahun 1945 di
atas keperluan bagi United Nations (UN) untuk membezakan antara agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (Johnson & Stoskopf, 2010). NGO boleh didefinisikan kepada
lima jenis karakter iaitu tersusun, entiti bebas dari kawalan pihak kerajaan sama ada
sepenuhnya mahupun separa kawalan, tidak menjalankan penjanaan pendapatan,
pengurusan adalah mutlak, dan bersifat sukarela (Salamon & Anheier, 1997). Badan
bukan kerajaan merupakan sebahagian daripada komponen sektor ketiga di mana sektor
ini adalah sub-sektor kebajikan sosial. Peranan NGO juga dilihat sebagai platfrom kepada
suara masyarakat sivil. Kebajikan sosial merangkumi pelbagai program dan aktiviti yang
dijalankan oleh NGO dan agensi kerajaan bagi tujuan untuk menyelesaikan masalah
sosial dan juga membangunkan kesejahteraan individual dan kumpulan masyarakat
(Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, 2015).
Teori Pembahagian Kebajikan Sosial yang dirangka oleh Titmuss (1965) dan
Abramovitz (2001), membahagikan tujuh pengkelasan kebajikan sosial. Ini meliputi: (1)
kebajikan sosial awam, (2) kebajikan fiskal, (3) kebajikan pekerjaan, (4) kebajikan
perundangan, (5) kebajikan sektor swasta, (6) kebajikan sektor ketiga, dan (7) kebajikan
individu (Siti Hajar, 2011). Terdapat sekumpulan sarjana mendefinisikan ekonomi
sesebuah negara merangkumi tiga sektor utama iaitu sektor awam, sektor swasta, dan
sektor ketiga (Corry, 2010). Beberapa hujahan untuk membezakan sektor awam, sektor
swasta, dan sektor ketiga dengan menggunakan konsep patuhan (compliance)
(Doitchinova & Zaimova, 2013).

68
Sektor awam dilihat sebagai sektor yang dinormai dengan penggunaan kuasa
memandangkan kerajaan menggunakan beberapa sekatan fizikal kepada orang awam.
Manakala, sektor swasta dilihat lebih berorientasikan kepada penggunaan kuasa imbuhan.
Ini kerana sektor swasta selalunya mendominasi sumber-sumber penting seperti
teknologi, sumber manusia, infrastruktur, infostruktur, dan lain-lain. Seterusnya, sektor
ketiga lebih dekat kepada kuasa normatif kerana mereka perlu membina komitmen
bersama pihak berkepentingan melalui kuasa simbolik dan bukannya tarikan kewangan
(Doitchinova & Zaimova, 2013; Etzioni, 1961). Dalam kontek sini, sektor ketiga itu pada
dasarnya adalah juga terdiri sebahagiannya daripada NGO serta terkait peranannya
dengan masyarakat sivil dalam perspektif yang lebih luas.
Di Malaysia, kewujudan NGO adalah bermula melalui pengenalan kepada
khidmat sosial di mana ia telah wujud di Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua.
Sewaktu ini, badan khidmat sosial telah mula memainkan peranan yang penting dalam
membantu kerajaan untuk menyalurkan bantuan khidmat sosial secara pantas dan efektif.
Antara contohnya adalah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan St John Ambulance
Malaysia yang ditubuhkan pada era pentadbiran British dan terlibat dalam sektor
kesihatan (PBSMM, 2021; SJAM, 2021). Jumlah NGO yang mendaftar setiap tahun
semakin meningkat dan menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pendaftaran
Malaysia, sehingga September 2020, sejumlah 23,592 NGO telah mendaftar dan jumlah
pendaftaran dijangka meningkat setiap tahun (Pertubuhan Pendaftaran Malaysia, 2020).
Dengan peranan yang semakin meningkat, NGO juga menghadapi pelbagai cabaran
seperti kekurangan kompetensi, campur tangan politik, kerumitan pihak berkepentingan,
sumber yang tidak mencukupi, pengurusan yang lemah, dan persekitaran yang kompetitif
(Salamon, 2007; Stid & Bradach, 2009).
Dalam konteks NGO di Malaysia, Othman dan Ali (2014) mendapati bahawa
sebahagian besar NGO menghadapi beberapa cabaran seperti kekurangan pengetahuan
dan kemahiran, kekurangan sokongan sukarelawan, struktur tadbir urus yang lemah, dana
terhad, peraturan yang lemah, dan amalan perakaunan yang tidak teratur. Oleh itu, NGO
perlu meneroka amalan pengurusan yang membolehkan mereka beroperasi pada potensi
sepenuhnya (Paton, Mordaunt, & Cornforth, 2007). Dari sudut pengawalseliaan, kawalan
pengurusan NGO di Malaysia adalah lemah. Ini kerana berbanding dengan negara lain,
kerajaan memperuntukkan syarat minimum kepada NGO. Misalnya, tiada standard
pelaporan akaun yang boleh diikuti oleh NGO di Malaysia. Oleh itu, kebanyakan NGO
menggunapakai standard pelaporan yang digunapakai oleh sektor swasta. Walaupun
NGO diarahkan untuk melaporkan laporan kewangan tahunan, namun ia adalah tidak
menyeluruh di mana penyata seperti aliran kewangan, penyata perubahan, dan maklumat
dana tidak diwajibkan oleh Pertubuhan Pendaftaran Malaysia. NGO juga tidak
diwajibkan untuk mendedahkan laporan tahunan kepada orang awam dan ini dilakukan
secara sukarela. Tambahan lagi tiada sebarang kod etika pengurusan yang standard
diperkenalkan kepada NGO di Malaysia. Oleh itu, setiap NGO mempunyai kod etika
yang berbeza.
69
Menyedari perkara ini, kajian ini mencadangkan agar NGO harus lebih fokus
kepada akauntabiliti berorientasikan pengguna kerana sebilangan besar sarjana
menekankan kemampuannya yang signifikan dalam membantu organisasi mencapai
tahap keberkesanan yang lebih tinggi (Andreeva & Kianto, 2011; Kim & Hancer, 2010).
Walaupun NGO telah diiktiraf kepentingannya di peringkat global dan nasional, namun
terdapat kelompongan besar di dalam kajian empirikal terkini mengenai peranan
akauntabiliti berorientasikan pengguna. Menurut salah seorang penyelidik yang tersohor
di dalam skop kajian akauntabiliti badan bukan kerajaan, Ebrahim (2003)
memdefinisikan akauntabiliti berorientasikan pengguna sebagai penyaluran kuasa dari
pemberi dana kepada penerima servis dan tujuannya adalah agar matlamat yang
dirancang dapat dicapai. Walau bagaimanapun, kebergantungan besar NGO terhadap
pembiayaan dan kelulusan kerajaan telah membatasi cara NGO menafsirkan dan
melaksanakan akauntabiliti berorientasikan pengguna (Schmitz et al., 2012; O’Dwyer &
Unerman, 2008).
Kajian ini (Schmitz et al., 2012; O’Dwyer & Unerman, 2008) telah memberikan
tiga sumbangan penting terhadap kajian empirikal. Pertama, kajian ini telah memberikan
gambaran keseluruhan faktor organisasi yang berpotensi menentukan keberkesanan
organisasi. Kedua, kajian ini telah menunjukkan nilai reka bentuk kaedah campuran.
Premis utama penyelidikan kaedah campuran adalah gabungan pendekatan kuantitatif
dan kualitatif yang dapat memberikan pemahaman yang lebih baik (Creswell & Plano
Clark, 2007). Reka bentuk kaedah campuran sesuai untuk kajian ini kerana data
kuantitatif atau data kualitatif semata-mata tidak akan mencukupi untuk meneliti dan
meneroka pengaruh akauntabiliti terhadap keberkesanan NGO. Ketiga, penerapan kajian
dalam konteks NGO Malaysia telah menambahkan pengetahuan dalam literatur dengan
menyediakan penyelidik masa depan dengan model kajian yang telah diuji. Oleh itu,
kajian ini telah menghasilkan model yang diuji secara empirikal dari konteks NGO dan
juga Malaysia.

KAJIAN LITERATUR

Akauntabiliti dalam Konteks NGO

Kebertanggungjawaban organisasi telah menjadi topik perbincangan penting bagi kajian


masa kini dan akauntabiliti merujuk kepada dijelaskan, dibenarkan, dan
bertanggungjawab (Cooper & Owen, 2007). Akauntabiliti telah dijelaskan dalam
beberapa kajian lepas sebagai seseorang yang dipertanggungjawabkan di mana satu pihak
bertanggungjawab atas tindakannya (Ebrahim, 2003; Greiling & Spraul, 2010).
Akauntabiliti dapat didefinasikan sebagai pemerintahan yang baik, ketelusan, keadilan,
demokrasi, kecekapan, responsif, tanggungjawab, dan integriti (Bovens, 2010). Mulgan
(2000) mendefinisikan akauntabiliti sebagai tanggungjawab dan tindakan seseorang.
70
Kajian akauntabiliti juga meningkat dalam sektor NGO (Saxton & Guo, 2011; Tremblay-
Boire & Prakash, 2015). Terdapat beberapa kelompongan di dalam kajian akauntabiliti
yang sedia ada di mana ia agak terhad dan sebagai tindak balas, para sarjana kini telah
ditekan agar banyak menjalankan kajian melangkaui peraturan am amalan perakaunan.
Hubungan akauntabiliti adalah kompleks bagi sesebuah NGO kerana mereka perlu
bertanggungjawab kepada pelbagai pihak seperti penaja atau penderma, pelanggan, dan
diri mereka sendiri dan misi organisasi (Lindenberg & Bryant, 2001). Menurut Najam
(1996), pengkategorian akauntabiliti dapat diringkaskan kepada tiga kumpulan. Pertama,
tanggungjawab antara NGO dan pemberi dana, pengasasnya, dan pentadbir.
Tanggungjawab kepada penderma ataupun dinamakan “upward accountability” dimana
ia memfokuskan kepada bagaimana organisasi menyediakan laporan dana yang telah
ditaja oleh penderma dan juga membina hubungan dengan pemerintah, institusi, dan
penderma. Kedua, tanggungjawab terhadap visi, misi, dan pekerjanya. Ketiga,
tanggungjawab di antara NGO dan benefisari (downward accountability).
Di Malaysia, akauntabiliti terhadap penderma dilihat sebagai bentuk mekanisme
akauntabiliti yang paling umum, dan dianggap dalam bentuk hubungan antara pemberi
dan penerima dama. Majoriti NGO dilihat lebih terarah kepada hubungan prinsipal-ejen,
di mana kebertanggungjawaban berada satu bentuk kawalan pihak atasan (prinsipal) ke
atas pekerja bawahan (ejen). Ia mempunyai fokus yang sempit dan bersifat jangka masa
pendek (O’Dwyer & Unerman, 2008). Pengkritik juga berpendapat bahawa bentuk
kebertanggungjawaban ini boleh membawa kesan yang buruk terhadap organisasi
(Agyemang et al., 2009; Goncharenko, 2018).
Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan untuk melihat secara koheren
mengenai pengaruh akauntabiliti berorientasikan pengguna terhadap keberkesanan NGO.
Ini kerana kajian lepas menunjukkan bahawa NGO nampaknya terlalu banyak memberi
tumpuan kepada akauntabiliti ke atas (Goncharenko, 2019; Krawczyk, 2018; Wells,
2020) berbanding dengan akauntabiliti berorientasikan pengguna (Andrews, 2014).
Selain itu, kajian lepas berpendapat bahawa banyak NGO enggan memenuhi keperluan
benefisiari mereka dan ini boleh merosakkan keberkesanan organisasi mereka (Hyndman
& McDonnell, 2009). Tambahan pula, terlalu banyak perhatian terhadap akauntabiliti
atas dapat mengalihkan tujuan dan matlamat utama NGO (Ebrahim, 2003). Oleh itu,
akauntabiliti berorientasikan pengguna semakin mendapat perhatian dari para sarjana dan
ahli akademik kerana kemampuannya untuk memenuhi keperluan dan permintaan
benefisiari.

Akauntabiliti Berorientasikan Pengguna

Akauntabiliti berorientasikan pengguna dilihat sebagai sebuah bentuk akauntabiliti yang


holistik dan ia membuktikan bagaimana organisasi ini bercita-cita untuk
bertanggungjawab (Roberts, 2003). Tanggungjawab ini adalah holistik dan dianggap
lebih strategik (O’Dwyer & Unerman, 2008). Di samping itu, penyelidik berpendapat
71
bahawa akauntabiliti berorientasikan pengguna mendorong pemahaman dan
pembelajaran antara pihak yang terlibat (O’Dwyer & Unerman, 2008).
Bendell (2006) mendefinisikan akauntabiliti berorientasikan pengguna sebagai
tanggungjawab terhadap benefisiari yang mampu mempengaruh projek dan program
NGO. Dalam memupuk akauntabiliti berorientasikan pengguna, ada beberapa mekanisma
yang dapat digunapakai oleh NGO. Antara mekanismanya ialah pendedahan maklumat,
penilaian projek, prosedur aduan, penyertaan, dan lain-lain. Dalam kajian ini, mekanisma
akauntabiliti berorientasikan pengguna didefinisikan berdasarkan empat bidang iaitu (1)
pendedahan informasi, (2) mekanisma penyertaan, (3) prosedur pengaduan, dan (4) sikap
dan tingkah laku pekerja (Mango, 2010). Sebelum penulis membincangkan secara
lanjutnya mengenai mekanisma, ada baiknya kita fahami apa perbezaan di antara “alat”
dan “proses.” Alat kebertanggungjawaban merujuk kepada alat atau teknik yang
digunakan untuk mencapai kebertanggungjawaban. Contohnya, laporan dan pendedahan
kewangan, penyata kewangan, lejar, atau laporan. Sebaliknya, mekanisma proses adalah
seperti penyertaan benefisari dan audit sosial yang merangkumi proses-proses tindakan
dan bukannya terarah kepada output.

Pendedahan Maklumat

Para sarjana bersetuju bahawa penyampaian informasi merupakan langkah awal kepada
akauntabiliti (Ebrahim & Weisband, 2007). Pendedahan maklumat sangat penting dalam
memastikan NGO melaksanakan aktiviti dan program mereka dengan cara yang sesuai
(Saxton, Kuo, & Ho, 2012). Pendedahan maklumat boleh dibuat secara sah atau
disediakan secara sukarela oleh NGO. Di Malaysia, NGO wajib menyerahkan satu set
laporan tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia. Walaubagaimanapun, NGO tidak wajib melaporkan maklumat ini kepada
umum.
Sejumlah besar kajian menemui beberapa peranan penting dalam pendedahan
maklumat seperti mengurangkan risiko reputasi (Auger, 2014), untuk mempromosikan
pemerintahan yang baik (Pasquier & Villeneuve, 2007), untuk membina hubungan
dengan pihak berkepentingan (Ebrahim, 2010), dan untuk meningkatkan aliran derma
(Gandia, 2011). Oleh itu, NGO perlu memastikan bahawa amalan pendedahan maklumat
mereka dilaksanakan dengan berintegriti dan berkualiti.
Pada era kemajuan teknologi, NGO dapat memanfaatkan penggunaan teknologi
dalam membantu mereka untuk berkongsi informasi (Gandia, 2011; Saxton, Guo, &
Brown, 2007), dan penyelidikan empirikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
jumlah NGO yang menggunakan media (Gálvez-Rodríguez, Caba-Pérez, & López-
Godoy, 2015). Sementara itu, Eimhjellen (2014) mendapati bahawa NGO yang
menggunakan Internet mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mencapai
pertumbuhan organisasi daripada mereka yang tidak.

72
Mekanisma Penyertaan

Seterusnya, bagi mekanisma penyertaan, berdasarkan Kerangka GAP One World Trust,
penyertaan adalah salah satu daripada lima prinsip utama akauntabiliti (Blagescu, Las
Casas, & Lloyd, 2005). Penyertaan sama sekali berbeza dengan pendedahan maklumat
dan penilaian prestasi kerana ia adalah proses, dan bukannya alat. Penyertaan
merangkumi penglibatan penerima bantuan semasa proses merancang, melaksana, dan
menilai projek dan program (Jump, 2003). Terdapat pelbagai pendekatan mekanisma
penyertaan yang dapat digunakan oleh NGO iaitu seperti pengawasan luaran, kotak
maklum balas, dan perbincangan kumpulan fokus (Ebrahim, 2003). Sebagai contoh,
dalam menggunakan pendekatan penyertaan aktif, ActionAid membenarkan masyarakat
untuk terlibat dalam menentukan kandungan program dan aktiviti mereka (Jabry, 2008).
Tahap atau jenis penyertaan adalah berbeza, dan menurut Arnstein (1969), tahap
penyertaan yang pertama adalah merujuk kepada penerangan informasi mengenai projek
yang dirancang kepada umum ataupun mereka yang terlibat. Dalam bentuk ini,
penyertaan melibatkan perundingan dengan pemimpin dan anggota masyarakat tetapi
kuasa membuat keputusan tetap masih dipegang oleh perancang projek. Tahap
penyertaan kedua merangkumi penglibatan masyarakat dalam kegiatan yang berkaitan
dengan projek, dan mungkin dalam bentuk sumbangan masyarakat terhadap tenaga kerja
dan dana untuk pelaksanaan projek. Pada tahap ketiga, benefisari dapat berunding dan
menawar keputusan dengan NGO, atau bahkan memiliki hak veto ke atas sebarang
keputusan. Akhirnya, pada tahap keempat penyertaan, adalah benefisari mengenai kuasa
bebas untuk menguruskan projek yang ditaja oleh NGO dan negara. Secara praktisnya,
kebanyakkan NGO mempraktiskan penyertaan tahap pertama dan kedua.

Prosedur Aduan

NGO perlu mendapatkan maklum balas dari persekitaran luaran mereka untuk
meningkatkan input proses dan aktiviti mereka (Fowler, 1997). Maklum balas atau aduan
adalah jenis output khas yang kemudian dikembalikan ke sistem untuk mengawal input,
proses, dan output masa depan. Oleh itu, mekanisma aduan adalah salah satu cara
bagaimana NGO dapat bertindak balas terhadap persekitaran mereka. Burall dan Neligan
(2005) menyedari bahawa mempunyai mekanisma aduan yang berfungsi membuktikan
bahawa organisasi serius untuk bertanggungjawab.
Mango (2010) mendefinisikan prosedur aduan sebagai mekanisma penting untuk
mendapatkan maklum balas dan maklumat mengenai keperluan dan permintaan
pelanggan. Prosedur aduan yang berkesan adalah asas yang dapat memberikan kesan
yang besar terhadap keberkesanan organisasi (Vos, Huitema, & de Lange-Ros, 2008).
Oleh itu, prosedur aduan perlu diberi perhatian oleh organisasi, terutama NGO.
Berdasarkan tinjauan literatur, penulis menemui beberapa mekanisma aduan yang boleh

73
digunakan oleh NGO seperti kotak cadangan atau aduan, jawatankuasa, dan kumpulan
rujukan benefisiari.

Sikap dan Tingkah Laku Pekerja

Pekerja adalah aset terpenting untuk NGO. Pekerja NGO telah digambarkan sebagai
sangat bermotivasi, didorong oleh nilai, dan mereka tertarik dengan misi organisasi dan
kebajikan awam. Di samping itu, pekerja NGO juga dituntut untuk menunjukkan tahap
profesional yang tinggi dan ini telah mempengaruhi proses pengambilan pekerja NGO
(Keating & Frumkin, 2003). Sikap dan tingkah laku yang buruk dalam menguruskan
akauntabiliti boleh mempengaruhi prestasi NGO (Furnham, Petrides, Tsaousis, & Garrod,
2005); oleh itu, NGO perlu mencari calon pekerja yang menunjukkan sikap dan tingkah
laku yang baik (Appels, van Duin, & Hamann, 2006).
Namun, ini bukan tugas yang mudah bagi organisasi kerana setiap orang mungkin
mempunyai kemampuan yang berbeza, dan ini dapat dijelaskan dengan merujuk pada
teori pengembangan moral kognitif yang dikembangkan oleh Lawrence Kohlberg
(Kohlberg, 1976). Perkembangan moral kognitif mengenal pasti tiga tahap perkembangan
moral iaitu (1) tahap penaakulan moral pra-konvensional (kanak-kanak), (2) penaakulan
moral konvensional (kebanyakan orang dewasa), dan (3) tahap penaakulan moral pasca-
konvensional (hanya sebilangan orang dapat memperoleh). Berdasarkan teori ini, tahap
pengembangan moral tertinggi adalah tahap pasca-konvensional di mana individu dapat
menilai apa yang betul dan salah. Oleh itu, untuk mempromosikan pembangunan moral
tertinggi serta meningkatkan sikap dan tingkah laku pekerja terhadap akauntabiliti,
budaya, dan etika kerja yang mencerminkan akauntabiliti perlu dipupuk. NGO perlu
menanamkan dan meningkatkan nilai-nilai positif agar pekerjanya dapat membezakan
antara yang betul atau salah, dan mereka juga perlu sedar dengan beberapa implikasi
negatif dari sikap tidak bertanggungjawab (Radiah, Norli, Normah, & Rashidah, 2012).

PERKEMBANGAN HIPOTESIS

Kajian ini bertujuan untuk melihat secara koheren pengaruh mekanisma akauntabiliti
berorientasikan pengguna terhadap keberkesanan NGO, kerana kajian terdahulu
menunjukkan bahawa NGO terlalu fokus pada tanggungjawaban atas (iaitu,
tanggungjawab kepada penderma dan pentadbir) berbanding tanggungjawab kepada
benefisiari (Andrews, 2014). Menurut Unerman dan O’Dwyer (2010), terdapat tiga
halangan utama kepada akauntabiliti berorientasikan pengguna. Ini termasuk (1) kesulitan
untuk mendapatkan akses kepada penerima, (2) keengganan NGO untuk melibatkan
benefisiari mereka dalam proses membuat keputusan, dan (3) persepsi buruk mengenai
akauntabiliti berorientasikan pengguna. Halangan-halangan ini perlu ditangani kerana

74
banyak sarjana berpendapat bahawa keperluan dan permintaan benefisiari dapat
mempengaruhi keberkesanan organisasi (Unerman & O’Dwyer, 2010).
Secara keseluruhan, terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa
akauntabiliti berorientasikan pengguna mendorong proses pembelajaran (Brown et al.,
2004), mempromosikan pemilikan benefisiari (Marks & Davis, 2012), meningkatkan
penyampaian perkhidmatan (Taylor, Tharapos, & Sidaway, 2014), meningkatkan
keberkesanan projek (Prokopy, 2005), mengurangkan risiko penipuan (Mango, 2010),
dan meningkatkan kepercayaan.
Sementara itu, Christensen dan Ebrahim (2006) mendapati bahawa proses
akauntabiliti yang memfokuskan kepada benefisiari mempunyai kesan terhadap aktiviti
dan program NGO. Selanjutnya, Porter (2003) menyatakan bahawa amalan akauntabiliti
memungkinkan pengambilan keputusan lebih pantas dan meningkatkan penilaian
prestasi. Walau bagaimanapun, sebahagian besar NGO cenderung mengabaikan
kepentingan penyertaan benefisiari. Oleh itu, NGO perlu mengurangkan kebergantungan
berlebihan kepada penderma dan lebih menumpukan tanggungjawab terhadap benefisiari
masing-masing (AbouAssi & Trent, 2016). Rahaman et al. (2010) mendapati bahawa
amalan akauntabiliti mempromosikan koordinasi dan penglibatan dengan kumpulan
penerima manfaat, dan Agyemang et al. (2012) mendapati bahawa mekanisma
akauntabiliti memupuk proses perkongsian pengetahuan di kalangan pekerja lapangan.
Seterusnya, dengan menggunakan dua kajian kuasi eksperimen, Wang et al. (2011)
mendapati bahawa amalan pengurusan yang mendorong pekerja untuk berkongsi
pengetahuan. Kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor et al. (2017) turut menunjukkan
bahawa akauntabiliti pelanggan meramalkan keberkesanan NGO secara positif (β = 0.60,
p <0.001). Oleh itu, penulis mencadangkan hipotesis berikut:

H1: Terdapat hubungan positif yang signifikan antara pendedahan maklumat dan
keberkesanan NGO
H2: Terdapat hubungan positif yang signifikan antara mekanisma penyertaan dan
keberkesanan NGO
H3: Terdapat hubungan positif yang signifikan antara prosedur aduan dan
keberkesanan NGO
H4: Terdapat hubungan positif yang signifikan antara sikap dan tingkah laku pekerja
dan keberkesanan NGO
Rajah 3.1 menunjukkan kerangka konseptual kajian ini.

75
Pendedahan
Maklumat

Mekanisma
Penyertaan
Keberkesanan NGO

Prosedur
Aduan

Sikap dan Tingkah


Laku Pekerja

Rajah 3.1: Model Hipotesis Pengaruh Akauntabiliti Berorientasikan Pengguna terhadap


Keberkesanan NGO

METODOLOGI KAJIAN

Untuk tujuan kajian, penulis mengunapakai reka bentuk kaedah campuran. Penulis
menggunakan reka bentuk kaedah bercampur kerana akan memberikan penemuan yang
lebih inklusif, daripada melihat perspektif tunggal (Nueman, 2011). Untuk tujuan kajian
ini, penyelidik menggunakan kaedah penjujukan berurutan dengan status kajian
kuantitatif yang dominan (QUAN-qual). Dalam kajian ini, penulis memfokuskan kepada
pekerja NGO yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Dalam
menentukan ukuran sampel untuk kajian ini, penulis memutuskan untuk menentukannya
berdasarkan keperluan statistiknya. Mengikuti aturan praktis untuk menentukan ukuran
sampel seperti yang diusulkan oleh Roscoe (1975), untuk kebanyakan penyelidikan,
ukuran sampel lebih besar dari 30 dan kurang dari 500 adalah yang paling tepat.
Oleh itu, penulis mensasarkan lebih daripada 100 pekerja dan 500 pekerja dipilih
sebagai sampel akhir. Untuk setiap NGO, penyelidik memutuskan untuk memberikan 10
set soal selidik. Oleh itu, 50 NGO dipilih dari senarai (500 pekerja / 10 soal selidik = 50
NGO). Sejumlah 369 respons dari 43 NGO diterima. Peserta terdiri daripada 369 pekerja;
dengan 205 adalah lelaki (55.8%) dan 164 adalah perempuan (44.2%). Seterusnya, 268
(72.6%) responden berbangsa Melayu dan selebihnya 101 (27.4%) bukan Melayu. Kira-
kira 275 responden telah berkahwin (74.5%) dan 94 daripadanya masih bujang (25.5%).
Kemudian, 219 (59.4%) responden berumur di atas 30 tahun; selebihnya 150 (40.6%)
responden berumur bawah 30 tahun. Dan 211 pekerja (57.2%) bekerja sebagai pekerja
sambilan, dan selebihnya bekerja sebagai pekerja sepenuh masa (n = 158, 42.8%).

76
Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang memegang jawatan tetap sebagai
anggota jawantankuasa seperti presiden, setiausaha terhormat, bendahari, dan akauntan.
Sebaliknya, pekerja sambilan adalah mereka yang bekerja sebagai sukarelawan atau
secara sambilan. Profil demografi responden diringkaskan dalam Apendiks (Jadual 1).
Untuk temu ramah separa berstruktur, penulis memilih wakil utama dari NGO
yang mengambil bahagian untuk mengesahkan penemuan data tinjauan. Setelah
mendapat persetujuan, enam informan utama bersedia mengambil bahagian dalam
peringkat pengesahan. Informan utama termasuk pemimpin, pakar, pengurus, dan pekerja
berpengalaman NGO. Dalam kajian ini, penulis menggunakan pemodelan persamaan
struktur (SEM) dengan menggunakan perisian AMOS 18.0. Bagi soalan temu ramah
kualitatif, teknik corong digunakan untuk mengenal pasti persepsi informan utama
mengenai hasil fasa tinjauan. Teknik ini dimulakan dengan pertanyaan besar (soalan
terbuka) dan turun ke penjelasan terperinci (menyiasat soalan).

PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

Merujuk pada Jadual 2 (rujuk apendiks), hasil dapatan kuantitatif menunjukkan bahawa
akauntabiliti berorientasikan pengguna secara positif mempengaruhi keberkesanan NGO.
Oleh itu, H1 (Terdapat hubungan positif yang signifikan antara pendedahan maklumat
dan keberkesanan NGO), H2 (Terdapat hubungan positif yang signifikan antara
mekanisma penyertaan dan keberkesanan NGO), H3 (Terdapat hubungan positif yang
signifikan antara prosedur aduan dan keberkesanan NGO), dan H4 (Terdapat hubungan
positif yang signifikan antara sikap dan tingkah laku pekerja dan keberkesanan NGO)
adalah sah. Penemuan ini selaras dengan kajian terdahulu seperti Prokopy (2005),
Unerman dan O’Dwyer (2010), dan Weisband dan Ebrahim (2007). Sebagai contoh,
kajian Isham, Narayan, dan Pritchett (1995) menegaskan bahawa peningkatan penyertaan
pelanggan secara langsung akan menghasilkan hasil projek yang lebih baik. McGee dan
Gaventa (2011) kemudian mendedahkan bahawa mekanisma seperti sistem pemantauan
dan penilaian dapat menjamin dan meningkatkan proses penglibatan dengan benefisiari
miskin dan terpinggir. Kemudian, Tremblay-Boire dan Prakash (2015) mendapati bahawa
pendedahan maklumat sangat penting untuk mewujudkan kepercayaan yang cukup
dengan kumpulan penerima. Berdasarkan wawancara separa berstruktur, penemuan
mendapati bahawa setiap NGO telah melaksanakan akauntabiliti berorientasikan
pengguna dan mereka semua berpendapat ia sangat penting bagi organisasi mereka.
Sebagai contoh, informan pertama secara ringkas menjelaskan bahawa:

Mendedahkan maklumat sangat penting untuk mendapatkan sokongan


orang ramai dan mengekalkan aliran sumbangan. Untuk mengatur
aktiviti tahunan, kita memerlukan sekurang-kurangnya RM 1.5 juta
setahun. Oleh itu, akauntabiliti adalah sesuatu yang tidak boleh
dikompromikan oleh organisasi… Dari segi penyertaan, kami
77
menjemput wakil penerima kami untuk terlibat dalam pertemuan.
Sebarang keputusan perlu diserahkan kepada ahli jawatankuasa kami
untuk mendapat persetujuan. Sebarang projek dan program di MCPF
berdasarkan maklum balas orang ramai. Kami juga mempunyai laman
web kami sendiri di mana orang ramai boleh mengeluarkan sebarang
aduan atau maklum balas. Selain itu, orang ramai juga dapat membuat
aduan melalui telefon, surat, atau emel. Maklum balas penting untuk
peningkatan MCPF

(Encik L, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia).

Kemudian wakil informan dari Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia


menjelaskan seperti berikut:

“Kami mendedahkan maklumat asas seperti laporan tahunan kepada


umum menggunakan laman web kami. Kami mendedahkan satu sen
untuk menunjukkan bahawa kami telus. Menurut Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia, kami adalah antara persatuan pekerja terbaik yang
menghasilkan laporan tahunan terbaik. Akaun kami dikendalikan
secara ketat oleh lembaga audit dalaman dan luaran kami… Kami juga
melakukan kajian tinjauan untuk mendapatkan maklum balas guru
mengenai projek dan program kami… Kami mempunyai prosedur
aduan dan kami akan berusaha sebaik mungkin dalam membantu
pelanggan kami… Pekerja mesti bertanggungjawab terhadap pekerjaan
mereka dan mereka digalakkan untuk berkongsi pengetahuan dan
mengikuti latihan untuk meningkatkan kecekapan mereka. Ini kerana
pelanggan kami adalah guru dan mereka adalah orang yang
berpendidikan. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah atau tuntutan
yang dikeluarkan, pekerja perlu memiliki tahap profesionalisma yang
tinggi”

(Puan T, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia).

KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh akauntabiliti berorientasikan pengguna


terhadap keberkesanan NGO. Kajian ini telah menawarkan penyelidik pada masa
hadapan dengan kerangka kerja untuk menganalisis akauntabiliti berorientasikan
pengguna. Penemuan telah mengesahkan kesahan dan kebolehpercayaan skala. Oleh itu,
kajian ini memberikan pengukuran yang boleh dipercayai dan dapat dilaksanakan untuk
78
menilai sejauh manakah NGO mampu memenuhi tanggungjawab mereka terhadap
benefisiari. Berdasarkan hasil penyelidikan, penyelidik mendapati bahawa rata-rata NGO
di Malaysia secara praktisnya menumpukan akauntabiliti berorientasikan pengguna dan
ia bukanlah retorik seperti yang diomongkan. Namun, kesahan ini haruslah sentiasa
dinilai secara malar dan berterusan.
Oleh itu, bagi implikasi praktis, penyelidik mencadangkan agar kerajaan Malaysia
mewujudkan kod etika nasional yang standard untuk NGO Malaysia. Oleh itu, beberapa
NGO seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Persatuan Industri Perubatan Malaysia, dan
Institut Etika Perniagaan Malaysia telah melaksanakan mekanisma akauntabiliti mereka
untuk memastikan bahawa mereka beroperasi dengan tahap integriti tertinggi. Buat masa
ini, NGO di Malaysia tidak dikenakan mekanisma akauntabiliti yang mantap dan
komprehensif seperti yang diterapkan pada perusahaan swasta. Rangka kerja peraturan
yang ada untuk mentadbir NGO Malaysia masih rapuh dan lemah dalam praktiknya.
Penemuan serupa juga dijumpai dari data wawancara di mana hasil kajian mendapati
bahawa setiap NGO mempunyai amalan dan gaya yang berbeza dalam menguruskan
proses akauntabiliti mereka. Namun, tidak mudah bagi NGO bersaiz kecil kerana
kebanyakkan mereka menghadapi banyak masalah pengurusan seperti kekurangan
kecekapan, kemahiran dan pengetahuan yang lemah, dan kos operasi yang tinggi. NGO
sendiri juga memerlukan perhatian terhadap mekanisma akauntabiliti khas. Pengauditan
sosial dan pengaturan diri (self-regulation) adalah dua mekanisma yang mungkin, yang
perlu difokuskan oleh setiap NGO.
Secara khusus, tiada standard perakaunan khusus untuk NGO, sebaliknya, NGO
digalakkan untuk mematuhi standard pelaporan yang diguna pakai oleh sektor swasta.
Penyata penting lain seperti penyata aliran tunai, penyata perubahan, dana dan nota,
ringkasan dasar perakaunan yang penting, dan nota penjelasan lain tidak diperlukan oleh
Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Selain itu, NPO juga tidak diminta untuk mendedahkan
maklumat ini kepada umum dan sebarang pendedahan diambil berdasarkan sukarela.
Oleh itu, persekitaran pengawalseliaan yang kuat diperlukan dalam membantu dan
menyokong NGO dalam memperkukuhkan pentadbiran mereka. Oleh itu, kerajaan perlu
mengadakan perbincangan terutama dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia untuk
mengatur dan mereformasi peraturan dan undang-undang yang ada.
Walaupun penemuannya menarik, ada beberapa batasan perlu ditangani. Pertama,
sampel terhad kepada pekerja NGO di kawasan Lembah Klang, Malaysia. Penyelidikan
masa depan perlu memperbesarkan skop kajian. Kemudian, penubuhan instrumen
akauntabiliti yang sah dan boleh dipercayai adalah proses berterusan dan teknik
psikometrik tidak dapat menangani pengukuran yang menyeluruh. Menggunakan kajian
kendiri dan kajian keratan rentas mungkin ada mengehadkan pengetahuan kita mengenai
kesan sebab akibat. Penyiasatan menggunakan kaedah campuran kaedah, pelbagai
kaedah, kajian bertingkat atau penyelidikan membujur akan menangani perkara ini isu.
Akhirnya, penyelidikan masa depan mungkin boleh memberi tumpuan kepada komponen

79
lain seperti kod etika, perakaunan sosial, prestasi penilaian, dan perbandingan di antara
konteks Timur dan Barat.

RUJUKAN

AbouAssi, K., & Trent, D. L. (2016). NGO accountability from an NGO perspective:
perceptions, strategies, and practices. Public Administration and Development,
36(4): 283-296.
Agyemang, G., Awumbila, M., Unerman, J., & O’Dwyer, B. (2009). NGO accountability
and aid delivery. Association of Chartered Certified Accountants. Retrieved from
http://www.accaglobal.com/content/dam/acca/global/PDF-technical/sustainability
reporting/rr-110-001.pdf
Andreeva, T., & Kianto, A. (2011). Knowledge processes, knowledge‐intensity and
innovation: a moderated mediation analysis. Journal of Knowledge Management,
15(6): 1016-1034
Andrews, A. (2014). Downward accountability in unequal alliances: explaining NGO
responses to Zapatista demands. World Development, 54: 99-113.
Antisalevry.org. (2012). Our Histroy. Our history - Anti-Slavery International. Diakses
pada 16 Januari 2021.
Appels, C., van Duin, L., & Hamann, R. (2006). Institutionalising corporate citizenship:
the case of Barloworld and its ‘employee value creation’ process. Development
Southern Africa, 23(2).
Arnstein, S. R. (1969). A ladder of citizen participation. American Institute of Planning
Journal, 35(4): 216-224
Bendell, J. (2006). Debating NGO accountability. UN Non-Governmental Liaison
(NGLS).
Blagescu, M., de Las Casas, L., & Lloyd, R. (2005). Pathways to accountability: The
GAP framework. One World Trust.
Bovens, M. (2010). Two concepts of accountability: accountability as a virtue and as a
mechanism. West European Politics. Routledge, 33(5), 946-967.
Burall, S., & Neligan, C. (2005). The accountability of international organizations.
Diakses dari http://www.globalpublicpolicy.net/index.php?id=106.
Christensen, R. A., & Ebrahim, A. (2006). How does accountability affect mission? the
case of a nonprofit serving immigrants and refugees. Nonprofit Management and
Leadership, 17(2): 195-209.
Cooper, S. M., & Owen, D. L. (2007). Corporate social reporting and stakeholder
accountability: the missing link. Accounting, Organizations and Society, 32(7-8):
649-667.
Corry, O. (2010). Defining and theorizing the third sector. Dalam R. Taylor (Ed.), Third
sector research (hlm. 11-20). Springer.
Creswell, J. W., & Plano Clark, V. L. (2007). Designing and conducting mixed methods
research. Sage Publications
Doitchinova, J., & Zaimova, D. (2013). The third sector importance: general
perspectives and analysis for Bulgaria. Diakses dari
http://www.ciriec.ulg.ac.be/fr/telechargements/WORKING_PAPERS/WP13-01.pdf

80
Ebrahim, A. (2003). Accountability in practice: mechanisms for NGOs. World
Development, 31(5): 813-829.
Ebrahim, A. (2010). Accountability. In H. Anheier, & S. Toepler (Eds.), International
encyclopaedia of civil society. Springer Science + Business Media.
Ebrahim, A., & Weisband, E. (2007). Global accountabilities: participation, pluralism
and public ethics. Cambridge University Press.
Eimhjellen, I. S. (2014). Internet communication: Does it strengthen local voluntary
organizations? Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly, 43(5): 890-909.
Etzioni, A. (1961). A comparative analysis of complex organisations: On power,
involvement and their correlates. The Free Press of Glencoe.
Fowler, A. (1997). Striking a balance: a guide to enhancing the effectiveness of NGOs in
international development. Earthscan.
Furnham, A., Petrides, K. V., Tsaousis, I., Pappas, K., & Garrod, D. (2005). A cross-
cultural investigation into the relationships between personality traits and work
values. Journal of Psychology, 139(1): 5-32.
Gálvez-Rodríguez, M. D. M., Caba-Pérez, C., & López-Godoy, M. (2015). Facebook: a
new communication strategy for non-profit organisations. Colombia Public
Relations Review, 40(5): 868-870.
Gandia, J. K. (2011). Internet disclosure by nonprofit organizations: empirical evidence
of nongovernmental organizations for development in Spain. Nonprofit and
Voluntary Sector Quarterly, 40: 57-78.
Goncharenko, G. (2018). The accountability of advocacy NGOs: insights from the online
community of practice. Accounting Forum, Elsevier.
Greiling, D., & Spraul, K. (2010). Accountability and the challenges of information
disclosure. Public Administration Quarterly, 34(3): 338-377.
Hyndman, N., & McDonnell, P. (2009). Governance and charities: an exploration of key
themes and the development of a research agenda. Financial Accountability &
Management, 25(1): 5-31.
Isham, J., Narayan, D., & Pritchett, L. (1995). Does participation improve performance?
Establishing causality with subjective data. World Bank Economic Review, 9(2):
175-200.
Jabry, A. (2008). Listen first: 25 real-life examples of downward accountability in
practice. E-Merge Consulting Limited.
Johnson, J. A., & Stoskopf, C. (2010). Comparative health systems: global perspectives.
Jones and Bartlett Publishers.
Jump, L. (2003). Beneficiary feedback mechanisms: a literature review. Diakses dari
file:///C:/Users/admin/Downloads/beneficiary-feedback-mechanisms.pdf
Kim, Y. J., & Hancer, M. (2010). The effect of knowledge management resource inputs
on organizational effectiveness in the restaurant industry. Journal of Hospitality
and Tourism Technology, 1(2): 174-189.
Kohlberg, L. (1976). Moral stage and moralization: the cognitive-developmental
approach. Dalam T. Lickona (Ed.), Moral development and behavior. Holt,
Rinehart and Winston.
Lindenberg, M., & Bryant, C. (2001). Going Global: Transforming Relief and
Development NGOs. Kumarian Press.

81
Mango (2010). Accountability to beneficiaries checklist: how accountable is your
organization to its beneficiaries? Diakses dari http://www.mango.org.uk/Pool/G-
Accountability-to-beneficiaries_Checklist.pdf
Marks, S. J., & Davis, J. (2012). Does user participation lead to sense of ownership for
rural water systems? Evidence from Kenya. World Development, 40(8): 1569-1576.
Mulgan, R. (2000). Accountability: an ever-expanding concept? Public Administration,
Wiley Blackwell, 78(3): 555.
Najam, A. (1996). Understanding the third sector: revisiting the prince, the merchant, and
the citizen. Nonprofit Management and Leadership, 7(2): 203-219.
Noor, N. H. M., Ah, S. H. A. B., & Idris, M. A. (2017). The effects of customer
accountability and knowledge sharing on voluntary organizations’ (VOs)
effectiveness. International Journal of Organizational Analysis.
Othman, R., Ali, N., & Omar, N. (2012). Practical challenges in managing non-profit
organizations (NPO): tales from two neighboring countries. International Bulletin
of Business Administration, 13: 6-23.
O’Dwyer, B., & Unerman, J. (2008). The paradox of greater NGO accountability: a case
study of Amnesty Ireland. Accounting, Organizations and Society, 33(7-8): 801-
824.
Paton, R. A., & McLaughlin, S. (2008). Services innovation: knowledge transfer and the
supply chain. European Management Journal, 26(April): 77-83.
Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (2020). Statistik Pendaftaran Pertubuhan (2016-2020).
Diakses dari https://www.ros.gov.my/index.php?id=2&page_id=9&statsid=4
Persatuan Pekerja Sosial Malaysia (2015). A brief history. Diakses dari
http://www.masw.org.my/
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. (2021). About Us. Diakses dari
https://redcrescent.org.my.
Porter, G. (2003). NGOs and poverty reduction in a globalizing world: perspectives from
Ghana. Progress in Development Studies, 3(2), 131-145.
Prokopy, S. (2005). The relationship between participation and project outcomes projects
in India: evidence from rural water supply. World Development, 33(11): 1801-
1819.
Radiah, O., Norli, A., Normah, O., & Rashidah, A. R. (2012). Practical challenges in
managing non-profit organizations (NPO): tales from two neighbouring countries.
International Bulletin of Business Administration, 13(13): 6-23.
Roscoe, J. T. (1975). Fundamental research statistics for the behavioural sciences (2nd
ed.). Holt Rinehart & Winston.
Salamon, L. M. (2007). The crisis of the nonprofit sector and the challenge of renewal.
National Civic Review, 85(4): 3-16.
Salamon, L. M., & Anheier, H. K. (1997). Defining the non-profit sector: a cross-
national analysis. Manchester University Press.
Saxton, G. D., & Guo, C. (2011). Accountability online: understanding the web-based
accountability practices of nonprofit organizations. Nonprofit and Voluntary Sector
Quarterly, 40(2): 270-295.
Saxton, G. D., Guo, C., & Brown, W. (2007). New dimensions of nonprofit
responsiveness: the application and promise of Internet-based technologies. Public
Performance and Management Review, 31: 144-173.

82
Schmitz, H.P., Raggo, P. and Vijfeijken, T.B. (2012). Accountability of transnational
NGOs aspirations vs. practice. Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly, 41(6):
1175-1194.
Siti Hajar, A. B. A. (2011). Kebajikan sosial: teori dan praktis. Universiti Malaya Press.
St Johns Ambulance of Malaysia. (2021). Who We Are. Diakses dari https://sjam.org.my.
Stid, D., & Bradach, J. (2009). How visionary nonprofits leaders are learning to enhance
management capabilities. Strategy & Leadership, 37(1): 35-40.
Taylor, D., Tharapos, M., & Sidaway, S. (2014). Downward accountability for a natural
disaster recovery effort: evidence and issues from Australia’s Black Saturday.
Critical Perspectives on Accounting, 25: 633-651.
Tremblay-Boire, J., & Prakash, A. (2015). Accountability.org: online disclosures by US
Nonprofits. Voluntas: International Journal of Voluntary and Nonprofit
Organizations, 26(2): 693-719.
Unerman, J., & O’Dwyer, B. (2010). NGO accountability and sustainability issues in the
changing global environment. Public Management Review, 12(4): 475-486.
Vos, J. F. J., Huitema, G. B., & de Lange-Ros, E. (2008). How organisations can learn
from complaints. The TQM Journal, 20(1): 8-17.

83
Apendiks

Jadual 3.1: Profil Demografi

Profil f %
(jumlah) (peratus)
Jantina:

Lelaki 205 55.8


Wanita 164 44.2

Bangsa:

Melayu 268 72.6


Bukan Melayu 101 27.4

Status:

Tidak Berkahwin 94 25.5


Berkahwin 275 74.5
Bercerai - -
Lain-Lain - -

Umur:

< 30 150 40.6


≥ 30 219 59.4

Kategori Pekerjaan:

Sepenuh Masa 158 42.8


Separuh Masa 211 57.2

Jadual 3.2: Regresi Pemodelan Persamaan Struktur


Hipotesis Estimate S.E.
1) H1 PM KB 0.212** 0.065
2) H2 MP KB 0.500*** 0.047
3) H3 PA KB 0.312*** 0.056
4) H4 ST KB 0.180** 0.071
Nota. N=369; PM=pendedahan maklumat; MP= mekanisma penyertaan; PA=prosedur
aduan; ST= sikap dan tingkah laku pekerja; KB= pekerja keberkesanan NGO,
***p<0.001, **p<0.01.

84
Bab 5
Gerakan Environmetalisme dalam Isu Perubahan Iklim di
Malaysia
Siti Melinda Haris, Firuza Begham Mustafa dan Raja Noriza Raja Ariffin

PENGENALAN

Secara umumnya, suatu gerakan sosial boleh ditafsirkan sebagai perlakuan pergerakan
sekumpulan individu yang mempunyai objektif bersama yang berkempen secara kolektif
bagi mencapai objektif tersebut. Motif utama suatu gerakan sosial adalah untuk
membawa perubahan dalam aspek-aspek tertentu yang tertumpu kepada pelbagai isu
melibatkan aktiviti kemanusiaan termasuklah sosial, politik, ekonomi, alam sekitar,
budaya dan sebagainya. Menurut Tilly (1999), gerakan sosial boleh didefinisikan sebagai
suatu tuntutan berterusan terhadap pemegang kuasa bagi populasi di bawah bidang
kuasanya dengan menggunakan kaedah paparan awam secara berulang tentang kebajikan,
kesepakatan, jumlah dan komitmen populasi tersebut. Teori gerakan sosial menjelaskan
bahawa kebolehcapaian sasaran perubahan sosial bergantung kepada beberapa faktor,
iaitu mobilisasi sumber daya, budaya dalam perjuangan serta peluang berpolitik
(McAdam, 1996). Di samping itu, mereka perlu juga mempunyai organisasi dan sumber
daya yang mampu menarik minat orang ramai untuk menjadi ahli serta mengekalkan
mobilisasi dalam jangka masa panjang (Tarrow, 2011).
Selain isu sosial dan ekonomi, isu alam sekitar dilihat semakin meruncing pada
masa kini. Kebimbangan manusia terhadap kemerosotan alam sekitar melahirkan satu
gerakan sosial yang memperjuangkan motif pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Selari dengan konsep gerakan sosial, gerakan environmentalisme adalah satu rangkaian
yang longgar atau tidak berinstitusi bagi interaksi tidak formal yang terdiri daripada
individu dan kelompok masyarakat, sama ada yang tidak terikat dengan mana-mana
organisasi, atau terikat dengan organisasi pada pelbagai tahap formaliti, yang terlibat
dalam tindakan kolektif yang didorong oleh kebimbangan terhadap isu alam sekitar
(Rootes, 2007). Definisi tersebut menjelaskan bahawa terdapat kepelbagaian aktor dan
organisasi dalam gerakan environmentalisme. Selain itu, isu alam sekitar yang
diperjuangkan mereka juga merangkumi pelbagai isu termasuklah perubahan iklim,
perlindungan flora dan fauna, pencemaran, pemeliharaan hutan dan sebagainya.
Isu perubahan iklim semakin mendapat tumpuan dari pelbagai pihak
berkepentingan termasuklah Badan Bukan Kerajaan. Di Malaysia, Badan Bukan
Kerajaan Alam Sekitar diklasifikasikan sebagai kumpulan pencinta alam sekitar yang
berfungsi sebagai kumpulan yang berautonomi. Mereka bertindak sebagai wakil bagi
suara masyarakat yang prihatin terhadap isu alam sekitar dan beroperasi secara bebas di
luar ruang lingkup pihak kerajaan (Mohamad Saifudin Mohamad Saleh, 2016). Walaupun

85
Badan-Badan Bukan Kerajaan di Malaysia mempunyai fokus yang tertentu dalam isu
alam sekitar, kebanyakannya menyentuh tentang isu perubahan iklim dalam perjuangan
mereka. Namun begitu, perihal tentang aktiviti Badan Bukan Kerajaan dalam perubahan
iklim di Malaysia dalam karya adalah terhad serta tidak jelas. Oleh itu, artikel ini akan
meneliti aktiviti-aktiviti Badan Bukan Kerajaan di Malaysia dalam isu perubahan iklim.
Secara khususnya, tujuan penulisan ini adalah untuk melihat evolusi gerakan
environmentalisme dalam memperjuangkan isu alam sekitar, dengan tumpuan kepada
aktiviti mereka dalam konteks perubahan iklim di Malaysia.

RINGKASAN SEJARAH GERAKAN ENVIRONMENTALISME DI MALAYSIA

Gerakan environmentalisme di Malaysia telah bermula sejak zaman pemerintahan British


di Tanah Melayu. Permulaan konsep pemeliharaan alam sekitar di Malaysia bertitik tolak
dari idea pemeliharaan hutan sejak zaman penjajahan British pada abad ke-19. Konsep
pemeliharaan hutan untuk generasi akan datang berasal dari amalan pengurusan
perhutanan yang ditadbir oleh kerajaan British yang menjajah negara-negara Komanwel.
Maka, para pemimpin penjajah tersebut membawa konsep alam sekitar dan pemeliharaan
hutan ke negara-negara yang ditakluki pada zaman itu.
Dalam konteks pentadbiran perhutanan di Tanah Melayu, konsep pemeliharaan
alam sekitar dikaitkan dengan kewujudan sistem pentadbiran perhutanan sejak 1883
dengan penubuhan Unit Perhutanan dalam Direktorat Taman di Negeri-negeri Selat.
Tadbir urus perhutanan diperkembangkan dengan penubuhan Jabatan Perhutanan di
Tanah Melayu pada tahun 1901. Namun begitu, gerakan environmentalisme masyarakat
tempatan dapat dilihat dari beberapa insiden protes yang melibatkan perjuangan mereka
dalam mempertahankan hak tanah mereka. Sebagai contoh, pemberontakan Tok
Bahaman sekitar tahun 1891 hingga 1895 (Kathirithamby-Wells, 2005). Seterusnya,
dalam insiden di Terengganu pada tahun 1928, ketidakpuasan terhadap hak tanah telah
mencetuskan pemberontakan oleh para petani Melayu yang dipimpin oleh Tok Janggut
(Idris, 2000).
Pada awalnya, gerakan environmentalisme masyarakat tempatan mendukung
kelestarian hutan sewaktu pemerintahan British akibat daripada aktiviti pemburuan dan
perladangan komersial. Sehubungan dengan itu, pemuliharaan alam sekitar adalah
penting untuk menangani isu tersebut (Zainor Izat Zainal, 2017). Contohnya, kawasan
perlindungan pertama telah digazetkan pada tahun 1903, iaitu Rezab Hidupan Liar Chior
di Perak dan telah digazet semula pada tahun 1910. Pada tahun 1914, kawasan yang sama
telah digazetkan sebagai Rezab Hutan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman
Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, 2020). Selain itu, usaha kelestarian
hutan juga dapat dilihat melalui pengisytiharan Taman Negara King George V pada tahun
1939 oleh Theodore Hubback, seorang pegawai British yang mengambil berat terhadap
hidupan liar dan masyarakat Orang Asli di dalam hutan di Tanah Melayu. Taman Negara

86
King George V yang merangkumi kawasan hutan yang merentasi negeri Terengganu,
Kelantan dan Pahang telah dinamakan semula secara rasmi sebagai Taman Negara pada
tahun 1957 (Kathirithamby-Wells, 2005).
Usaha-usaha tersebut dilakukan sebelum masyarakat melahirkan rasa bimbang
terhadap pencemaran alam sekitar di negara-negara pendahulu seperti Amerika Syarikat
dan Jepun pada tahun 1950-an dan 1960-an. Isu-isu alam sekitar yang diketengahkan
pada waktu itu tertumpu kepada “isu-isu hijau”, di mana mereka memfokuskan kepada
pemuliharaan, seperti mewujudkan kawasan perlindungan dan taman negara. Kesedaran
masyarakat Malaysia terhadap alam sekitar pada waktu itu adalah berpunca dari kesan
aktiviti pembukaan tanah secara besar-besaran, terutamanya aktiviti perluasan lombong
bijih timah di Lembah Kinta. Keprihatinan masyarakat terhadap masalah tersebut
memberi gambaran bahawa konsep fahaman environmentalisme telah wujud sejak zaman
pemerintahan penjajah di Tanah Melayu.
Fahaman environmentalisme telah melahirkan suatu gerakan yang dipelopori oleh
aktivis dan pencinta alam. Gerakan environmentalisme ini mempunyai perkaitan yang
kuat dengan Badan Bukan Kerajaan, di mana mereka membekalkan sumber daya yang
penting kepada gerakan sosial atau environmentalisme. Kebangkitan gerakan ini
seterusnya menghasilkan penubuhan Badan Bukan Kerajaan (Mohamed Hafiz Isa, 2011),
di mana gerakan environmentalisme ini telah diinstitusikan menjadi pertubuhan atau
persatuan (Rootes, 2007).
Di Malaysia, Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar yang pertama dan terbesar
adalah Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Nature
Society (MNS). MNS telah ditubuhkan pada tahun 1940 oleh sekumpulan warga Britain
yang bekerja di Malaysia yang komited dalam memelihara warisan alam di negara ini.
Matlamat utama MNS adalah untuk menangani impak negatif ke atas alam sekitar,
mempromosikan pemuliharaan dan memberikan pendidikan alam sekitar di kalangan
masyarakat.
Menurut Ramakrishna (2003), selain MNS, antara Badan Bukan Kerajaan Alam
Sekitar lain yang ditubuhkan sebelum dan sekitar tahun 1970-an adalah Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (PPPP), Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia
(Environmental Protection Society of Malaysia (EPSM)), Dana Dunia untuk Alam
Malaysia (World Wide Fund for Nature – Malaysia (WWF)) dan Sahabat Alam Sekitar
Malaysia (SAM). Ini membuktikan bahawa Badan Bukan Kerajaan alam sekitar telah
wujud sebelum Akta Kualiti Alam 1974 diperkenalkan dan diikuti dengan penubuhan
Bahagian Alam Sekitar pada 1975 yang kini dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar
Malaysia. Beliau juga menjelaskan bahawa Badan Bukan Kerajaan alam sekitar di
Malaysia telah mula menjalankan aktiviti seperti seminar dan bengkel berkaitan isu alam
sekitar pada tahun 1970-an. Mereka telah terlibat dalam melobi kerajaan untuk
memperkenalkan undang-undang dan dasar alam sekitar negara. Sumbangan mereka
dalam memobilisasikan suara rakyat yang prihatin terhadap alam sekitar telah dihargai
dan diiktiraf oleh Menteri Alam Sekitar yang pertama, Ong Kee Hui.
87
Meskipun gerakan environmentalisme semakin berkembang semenjak 1970-an,
Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu alam sekitar agak tertindas oleh
tindakan kerajaan pimpinan Mahathir Mohamad pada era 1980-an. Proses modenisasi
yang pesat telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar sehingga mencetuskan
demonstrasi dan konfrontasi oleh Badan-badan Bukan Kerajaan terhadap pentadbiran
Mahathir, misalnya dalam isu Endau-Rompin. Akta Keselamatan Dalam Negeri telah
digunakan bagi menyekat kegiatan aktivis-aktivis dari Badan Bukan Kerajaan yang
menentang projek-projek pembangunan pada waktu itu (Wei Lit Yew & Azmil Tayeb,
2017). Hal ini demikian kerana prinsip pemimpin pada ketika itu telah meletakkan
kepentingan pembangunan ekonomi dan sosial sebagai matlamat utama, berbanding
kelestarian alam sekitar. Namun demikian, gerakan mereka masih diteruskan sehingga ke
dekad seterusnya yang menyaksikan pelbagai strategi dan teknik yang diguna pakai untuk
terlibat sama dalam tadbir urus alam sekitar.
Menurut Rohani Hashim et al. (2010), kebanyakan Badan Bukan Kerajaan alam
sekitar di Malaysia ditubuhkan oleh kumpulan-kumpulan sukarelawan dan beroperasi
sebagai organisasi yang tidak bermotifkan keuntungan. Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (2019a), jumlah Badan Bukan Kerajaan
yang telah ditubuhkan sehingga tahun 2018 adalah sebanyak 72, 244. Pada masa kini,
jumlah pendaftaran Badan Bukan Kerajaan alam sekitar di bawah Akta Persatuan 1966
diperhatikan semakin meningkat. Seperti yang dipaparkan dalam Rajah 4.1, peningkatan
bilangan pendaftaran adalah secara gradual dengan pendaftaran baru tertinggi sebanyak
40 buah organisasi pada tahun 2018 (Kementerian Dalam Negeri, 2018a; 2018b; 2019b).

Jumlah Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar


Berdaftar Mengikut Tahun (2012-2018)
50
40
30
20
10
0
2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018
Rajah 4.1: Jumlah Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar Berdaftar (2012-
2018)

Walaupun bilangan Badan Bukan Kerajaan dalam kategori alam sekitar lebih rendah
berbanding kategori kebajikan (Kementerian Dalam Negeri, 2019a), aktiviti mereka
memberi impak positif kepada masyarakat dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan

88
alam sekitar. Antara Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar di Malaysia yang telah
menyumbang secara signifikan kepada pembangunan lestari adalah:

a. Persatuan Pencinta Alam (Malaysia Nature Society (MNS)


Persatuan ini merupakan Badan Bukan Kerajaan yang berperanan penting dalam
memelihara alam sekitar dan hidupan liar. Mereka telah menjadi penggerak dalam
usaha pemuliharaan alam sekitar di Malaysia selama lebih dari 70 tahun. Bermula
dengan kejayaan mereka dalam inisiatif pemeliharaan penyu gergasi, mereka terus
menyumbang melalui kegiatan advokasi dan aktivisme dalam menyelamatkan
hutan Endau-Rompin dan hutan Belum-Temengor, mewujudkan Taman Alam
Kuala Selangor serta berkolaborasi dengan Kementerian Pelajaran dalam program
Kelab Pencinta Alam (Malaysia Nature Society, 2017).

b. Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (Environmental Protection


Society of Malaysia (EPSM)
EPSM telah bergiat aktif dalam menangani isu alam sekitar melalui beberapa
kaedah seperti media massa, aduan rasmi kepada agensi kerajaan, penyelidikan
dan tinjauan awam. Mereka turut menyumbang dalam meningkatkan kesedaran
awam terhadap alam sekitar melalui kempen kesedaran, ceramah, forum dan
seminar. Mereka juga telah berkolaborasi dengan agensi kerajaan dan Badan
Bukan Kerajaan yang lain dalam pelbagai kempen memperjuangkan pemeliharaan
alam termasuklah Endau-Rompin, Batu Caves, Taman Negara Ulu Tembeling dan
Empangan Bakun. Dalam kempen berkaitan perundangan, mereka telah berjaya
mendesak kerajaan untuk meminda Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan
Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment)
(Environmental Protection Society of Malaysia, 2012).

c. Sahabat Alam Malaysia (SAM)


SAM telah terlibat secara aktif dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran awam
terhadap pembangunan lestari dan membantu kebajikan masyarakat yang terjejas
akibat pembangunan yang tidak lestari. Mereka bekerjasama rapat dengan
golongan akar umbi, menjalankan penyelidikan dalam isu alam sekitar,
menerbitkan hasil penyelidikan untuk bacaan umum, serta melobi pembuat dasar
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, mereka juga menyediakan
perkhidmatan nasihat perundangan dan boleh menjadi wakil kepada masyarakat
dalam tuntutan undang-undang berkaitan keadilan alam sekitar. Aktiviti mereka
telah menyumbang kepada kesedaran awam dan reformasi terhadap beberapa
dasar dan undang-undang yang berkaitan alam sekitar termasuklah kualiti alam,
perikanan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, penggunaan racun perosak, dan
pemuliharaan flora dan fauna. Antara pencapaian terbaik SAM adalah penerimaan
Anugerah Hak Kehidupan (Right Livelihood Award) pada tahun 1988 dan

89
Anugerah Goldman pada tahun 1991 atas usaha mereka mendapatkan perhatian
masyarakat global terhadap isu hak kehidupan orang asli dan isu penebangan
hutan hujan tropika di Sarawak (Sahabat Alam Malaysia, 2020).

PERSEKITARAN GLOBAL DAN PERUBAHAN IKLIM DI MALAYSIA

Persekitaran global pada masa kini dilihat semakin merosot akibat globalisasi dan
kegiatan pembangunan oleh manusia yang tidak terkawal. Dalam senario persekitaran
global terkini, antara masalah alam sekitar yang dihadapi sejagat termasuklah perubahan
iklim, pemanasan global, penipisan ozon, hujan asid, pencemaran, penebangan hutan,
serta kehilangan kepelbagaian biologi. Hampir kesemua masalah tersebut berpunca dari
penggunaan sumber semulajadi untuk aktiviti sosio-ekonomi yang tidak menitikberatkan
prinsip kelestarian alam sekitar. Sebagai contoh, aktiviti dalam sektor pengangkutan dan
perindustrian telah menyumbang kepada masalah perubahan iklim akibat pelepasan gas
rumah hijau dan karbon dioksida dari proses pembakaran bahan api fosil (Singh & Singh,
2017).
Antara isu-isu alam sekitar global yang mengancam kualiti alam sekitar sedunia,
isu perubahan iklim telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak di serata dunia.
Perubahan iklim adalah fenomena alam sekitar yang sedang hangat diperdebatkan di
peringkat antarabangsa dalam abad ini. Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (1992)
dalam Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim atau United Nations
Framework on Climate Change Convention (UNFCCC) telah mendefinisikan perubahan
iklim sebagai perubahan dalam keadaan iklim yang berkait secara langsung atau tidak
langsung dengan aktiviti manusia yang mengubah komposisi atmosfera global dan selain
terjadi kerana perubahan iklim semula jadi yang berlaku dalam jangka masa yang sama.
Perubahan iklim merupakan suatu contoh popular bagi konsep ‘barangan awam
global’ (global public goods) (Samuelson, 1954). Barangan awam global boleh disifatkan
sebagai barangan yang mana penggunaannya tidak boleh dikecualikan (non-excludable)
dan tiada persaingan (non-rivalry). Ini bermaksud, apabila sesuatu barangan dijadikan
sebagai barangan awam, sesiapa sahaja berhak untuk menggunakannya tanpa sebarang
pengecualian atau halangan dari pihak lain yang sedang menggunakannya (Kaul,
Grunberg & Stern, 1999). Manfaat sesuatu bahan, fasiliti atau peralatan yang telah
menjadi barangan awan akan dinikmati oleh masyarakat di seluruh pelosok dunia, bukan
hanya kepada institusi tertentu sahaja seperti keluarga, masyarakat dan negara. Berikutan
dari manfaat yang tidak boleh dikecualikan dan dihalang, mekanisma tadbir urus menjadi
satu isu utama dalam proses menyelesaikan masalah yang berkaitan barangan awam
global secara cekap dan berkesan (Nordhaus, 2013). Oleh kerana isu barangan awam
global bersifat kompleks, penyelesaian di pelbagai peringkat tadbir urus (multi-level
governance) perlu diaplikasikan bermula dari peringkat tempatan sehingga ke peringkat
global.

90
Dalam konteks perubahan iklim, projek mitigasi perubahan iklim yang
dilaksanakan di peringkat tempatan boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat
serta masyarakat di seluruh dunia. Contohnya, penjanaan tenaga boleh guna seperti
tenaga solar dan hidroelektrik sebagai alternatif kepada bahan api fosil mampu
mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang memberi kesan kepada pemanasan
global. Justeru, inisiatif kerajaan tempatan serta kerjasama antara negara yang
diselaraskan oleh mekanisma tadbir urus di peringkat serantau dan antarabangsa amatlah
penting dalam menangani isu perubahan iklim.
Masyarakat sejagat akan merasai kesan perubahan iklim, termasuklah Malaysia.
(Tang, 2019) menegaskan bahawa perubahan iklim adalah satu realiti yang sedang
dialami di Malaysia berdasarkan data-data petunjuk perubahan iklim seperti purata suhu
harian, purata paras laut, rekod kekerapan cuaca ekstrem, serta simulasi iklim masa
depan. Beliau juga mengatakan bahawa Malaysia telah mengalami perubahan iklim sejak
tahun 1950-an. Dengan menggunakan Model Peredaran Am (General Circulation Model
(GCM)), senario masa depan perubahan iklim di Malaysia dijangkakan akan bertambah
buruk dengan kenaikan suhu dan aras laut yang berterusan sehingga tahun 2099. Ramalan
perubahan iklim masa depan juga menunjukkan kebolehubahan hujan yang lebih tinggi
dan kekerapan kejadian cuaca ekstrem akan meningkat.
Bagi mengatasi kesan buruk perubahan iklim, kerajaan Malaysia telah
memperkenalkan Dasar Perubahan Iklim Negara pada tahun 2009 sebagai usaha untuk
menangani isu perubahan iklim di peringkat kebangsaan. Semenjak dasar itu
diperkenalkan, isu perubahan iklim telah diberi keutamaan dalam penggubalan dasar
pembangunan di Malaysia (Al-Amin & Filho, 2011). Walaubagaimanapun, Malaysia
telah mengambil beberapa langkah awal untuk menangani isu perubahan iklim sebelum
Dasar Perubahan Iklim Negara diperkenalkan. Pelbagai usaha telah dimulakan sejak
Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010) untuk meningkatkan perkongsian
penggunaan tenaga bahan bakar bukan fosil. Dasar Biofuel Negara telah diperkenalkan
pada tahun 2006 dan seterusnya memperkenalkan Akta Industri Biofuel Malaysia 2007
untuk mengawal industri biofuel, dan diikuti dengan pengenalan Program biodiesel B7
pada tahun 2014. Selain itu, inisiatif Malaysia untuk tindakan iklim juga dapat dilihat
melalui pengenalan Dasar Urbanisasi Negara 2006-2020, Rancangan Fizikal Negara 3,
dan Dasar Teknologi Hijau Negara 2009.
Usaha itu diteruskan dengan penekanan kepada pembangunan lestari dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). Selain itu, ia juga memperkenalkan strategi
mitigasi perubahan iklim melalui pengurangan pelepasan gas rumah hijau. Untuk tujuan
tersebut, kerajaan telah memperkenalkan sistem tarif galakan (Feed-in Tariff), yang
dibentuk di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 untuk memberi insentif dan
mempromosikan pelaburan jangka panjang untuk tenaga boleh diperbaharui. Di bawah
Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) pula, pendirian Malaysia adalah teguh
dalam menyokong matlamat pembangunan lestari dengan memberi perhatian khusus

91
untuk memperkasakan strategi mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Dengan inisiatif
itu, jejak karbon Malaysia dijangka akan berkurangan pada masa hadapan.

PENGLIBATAN BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PERUBAHAN


IKLIM

Menurut Sharifah Munirah Alatas (2003), penglibatan Badan Bukan Kerajaan dalam isu
berkaitan perubahan iklim dapat dilihat dari penglibatan mereka dalam Persidangan Bumi
di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Isu perubahan iklim telah menjadi salah satu agenda
utama yang diketengahkan semasa persidangan itu. Sebelum persidangan itu bermula,
pihak kerajaan Malaysia serta Badan-badan Bukan Kerajaan termasuk Third World
Network telah mengadakan perbincangan mengenai dapatan kajian yang dijalankan oleh
Badan-badan Bukan Kerajaan dalam isu kelestarian alam sekitar dan pembangunan.
Beliau menambah, kerjasama antara pihak kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan dianggap
baik atas dasar kerjasama untuk menentang pihak yang sama, iaitu pemusnah kelestarian
alam sekitar.
Sharifah Munirah Alatas (2003) juga menyatakan bahawa antara Badan Bukan
Kerajaan yang terlibat secara aktif semasa pra dan pasca Persidangan Bumi 1992 adalah
SAM. Walaupun mereka menyumbangkan idea dan pandangan konstruktif semasa proses
rundingan bersama pihak-pihak berkepentingan, mereka tetap tidak berkompromi dalam
isu pembalakan dan penebangan hutan, khususnya di Sarawak pada ketika itu.
Perselisihan pendapat dalam isu tersebut telah menimbulkan sedikit ketegangan dalam
hubungan baik antara pihak Badan Bukan Kerajaan dan kerajaan. Namun begitu,
kerjasama Badan-Badan Bukan Kerajaan dalam usaha menangani isu perubahan iklim
telah menyumbang kepada manifestasi komitmen kerajaan dalam Persidangan Bumi
1992 di Rio de Janeiro. Beliau telah menyifatkan hubungan antara kedua-dua pihak
sebagai suatu gambaran bahawa amalan demokrasi telah diterima pakai dalam tadbir urus
alam sekitar pada awal tahun 1990-an, walaupun masih belum pada tahap yang tinggi.
Susulan dari Persidangan Bumi 1992, negara-negara anggota telah bersetuju untuk
mewujudkan Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNFCCC) pada 1994. Di samping menjadi ahli anggota persidangan
dalam UNFCCC, Malaysia juga telah meratifikasi Protokol Kyoto pada tahun 2002.
Seterusnya, Malaysia telah meratifikasi Perjanjian Paris pada tahun 2016 sebagai usaha
untuk membendung isu perubahan iklim di peringkat global.
Peranan dan penglibatan Badan Bukan Kerajaan dalam perbahasan serta tadbir urus
perubahan iklim dilihat bertambah aktif dalam tempoh pasca Perundingan Bumi pada Jun
1992. Sebagai contoh, Centre of Environment, Technology and Development Malaysia
(CETDEM), yang ditubuhkan pada 1985, telah berganding bahu bersama-sama EPSM
dan MNS untuk menubuhkan satu gabungan yang dipanggil Malaysian Climate Change
Group (MCCG) pada Disember 1992. Pada tahun 2002, Perak Consumer Association
(PCA) telah menjadi ahli MCCG. Dalam tahun yang sama, MCCG telah melancarkan

92
projek kesedaran awam, yang dibiayai oleh DANCED (Malaysian-Danish Country
Programme for Cooperation in Environment and Sustainable Development) selama tiga
tahun, iaitu Mobilising Malaysians on Climate Change (MMCC). Pelbagai aktiviti telah
dijalankan dalam projek tersebut, termasuklah seminar bersama pihak-pihak
berkepentingan, latihan kepada Badan Bukan Kerajaan, seminar perubahan iklim, forum
awam, dan sesi interaktif bersama pelajar sekolah (Centre of Environment, Technology
and Development Malaysia, 2019a). Melalui projek ini, Pelan Tindakan Perubahan Iklim
telah terhasil dan disampaikan kepada pihak kerajaan (Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar Malaysia, 2011).
Peranan Badan Bukan Kerajaan dalam menangani isu perubahan iklim telah
diiktiraf oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Laporan Komunikasi Awal
Kebangsaan yang dihantar kepada UNFCCC pada tahun 2000. Laporan itu menyebut
bahawa Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu alam sekitar telah memainkan
peranan penting dalam menggalakkan pemantauan dan tadbir urus alam sekitar yang
baik. Secara amnya, Badan Bukan Kerajaan di Malaysia telah membantu dalam proses
pemilihan serta perlaksanaan dasar dan projek pembangunan lestari di peringkat
tempatan, kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Mereka juga menjadi sumber
maklumat penting kepada kerajaan serta masyarakat berkenaan isu alam sekitar. Justeru,
mereka dianggap sebagai rakan kongsi kepada pihak kerajaan dalam mempromosikan
pendidikan alam sekitar serta meningkatkan kesedaran awam terhadap alam sekitar
(Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, 2000).
Menurut laporan itu juga, MCCG telah bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan
Kaji Cuaca Malaysia dalam menyediakan lembaran fakta berkenaan perubahan iklim
untuk edaran umum. Di peringkat antarabangsa, mereka juga mengikuti secara dekat
proses rundingan antara kerajaan anjuran UNFCCC, selain bekerjasama dengan Climate
Action Network (CAN) serta berkongsi maklumat dalam kalangan Badan-badan Bukan
Kerajaan di rantau Asia Tenggara (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar,
2000).
CETDEM telah mengambil langkah awal dalam menangani isu perubahan iklim
sebelum penubuhan MCCG lagi. Antara inisiatif awal mereka adalah penyelidikan
tentang tenaga boleh diperbaharui pada tahun 1994, serta kempen kesedaran awam
terhadap tenaga boleh diperbaharui dengan sokongan dari Kementerian Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia dan juga Kementerian Pelajaran pada tahun 1999
(Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, 2000). CETDEM juga aktif melobi
pihak kerajaan melalui media massa dan perwakilan secara langsung dalam menentang
aktiviti yang menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau yang tinggi. Di peringkat
serantau dan antarabangsa, CETDEM telah menganggotai Climate Action Network
Southeast Asia (CANSEA) dan menyertai persidangan-persidangan anjuran UNFCCC
(Centre of Environment, Technology and Development Malaysia, 2019b).
Impak perubahan iklim merupakan satu cabaran besar dalam merealisasikan
pembangunan mampan. Namun demikian, usaha untuk melestarikan alam sekitar dapat
93
membantu dalam menangani perubahan iklim. Justeru itu, Malaysia telah menyokong
konsep Local Agenda 21 (LA21) semasa di Persidangan Bumi 1992 sebagai inisiatif
untuk menjalankan pembangunan mampan di peringkat kerajaan tempatan. Maka,
kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan Badan Bukan Kerajaan telah
dipertingkatkan untuk memastikan matlamat pembangunan mampam dapat dicapai.
Misalnya, EPSM telah bergiat yang aktif dalam proses pelaksanaan program LA21
bersama pihak-pihak lain di peringkat kerajaan tempatan (Kementerian Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar, 2000).
Pada tahun 2001, sebuah gabungan Badan Bukan Kerajaan yang mendukung isu
alam sekitar telah ditubuhkan dan dikenali sebagai Malaysian Environmental Non-
Governmental Organisation (MENGO) yang dianggotai oleh 31 buah Badan Bukan
Kerajaan. Gabungan ini diwujudkan melalui program sokongan oleh DANIDA (Danish
International Development Assistance) (Hati.my, 2020). Tujuan MENGO ditubuhkan
adalah untuk memperkasakan Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar supaya menjadi lebih
berimpak dalam proses pembuatan keputusan mengenai alam sekitar di pelbagai
peringkat dasar. MENGO telah menjadi platform untuk mewujudkan interaksi di
kalangan pihak-pihak berkepentingan dalam isu alam sekitar. Salah satu aktiviti
kesedaran awam terhadap perubahan iklim yang telah mereka anjurkan adalah Green
Hunt, iaitu suatu program pencarian harta karun menggunakan pengangkutan awam
(Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, 2011).
Selain menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan perubahan iklim dan pembangunan
mampan, Badan Bukan Kerajaan juga telah membantu kerajaan mendapatkan pelbagai
data yang berkaitan. Misalnya, semasa persidangan Kehidupan Mampan (Sustainable
Living in Malaysia (SLiM) pada tahun 2007, EPSM dengan kerjasama Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
telah mempromosikan Analisis Jejak Ekologi (Ecological Footprint Analysis) sebagai
alat pengukur Jejak Ekologi di Malaysia (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Malaysia, 2011).
Sekitar tahun 2010 hingga 2016, beberapa Badan Bukan Kerajaan terus bergiat
aktif dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap isu perubahan iklim seperti
CETDEM, SAM dan WWF Malaysia. CETDEM berkempen dalam usaha untuk
mengurangkan jejak karbon melalui beberapa program galakan penggunaan
pengangkutan awam, berbasikal dan berjalan kaki. Selain itu, CETDEM juga
mengadakan pameran dan bengkel mengenai Feed-in-Tariffs serta program Sustainability
Achieved via Energy Efficiency (SAVE). CETDEM turut menganjurkan sesi dialog
tahunan bagi membincangkan isu adaptasi, mitigasi dan hasil persidangan PBB dengan
pihak-pihak berkepentingan.
SAM pula aktif dalam melindungi ekosistem kawasan persisiran pantai melalui
program penanaman bakau dan pemulihan kawasan persisiran pantai yang disertai oleh
pelajar dan orang awam di Sungai Merbok dan Langkawi di Kedah serta Pasir Panjang di

94
Perak. Program-program tersebut bertujuan bagi memberi kesedaran terhadap daya tahan
iklim di kawasan-kawasan yang terdedah dengan impak perubahan iklim.
Manakala bagi WWF pula, mereka telah meningkatkan kesedaran awam melalui
kempen tahunan mereka iaitu Earth Hour yang mendapat sokongan daripada pelbagai
pihak termasuk sektor swasta dan orang awam. Aktiviti ini adalah salah satu langkah
mitigasi perubahan iklim melalui pengurangan penggunaan tenaga elektrik dengan
mematikan lampu dan peralatan elektrik selama satu jam sebagai simbolik kesedaran
terhadap perubahan iklim (Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim, 2018). Ringkasnya, kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh Badan
Bukan Kerajaan lebih berfokus kepada usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran awam mengenai perubahan iklim.

GERAKAN PERUBAHAN IKLIM GENERASI MUDA

Pada masa yang sama, isu perubahan iklim turut menarik perhatian golongan belia untuk
terlibat sama dalam memperjuangkan isu yang dilihat mengancam kehidupan generasi
akan datang. Kebangkitan aktivisme belia dalam isu perubahan iklim dapat disaksikan
bermula sekitar tahun 2009. Pendidikan alam sekitar yang semakin meluas melalui
internet pada waktu itu telah dilihat meningkatkan kesedaran orang awam, terutamanya di
kalangan belia (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, 2011).
Jaringan kumpulan belia yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2009
adalah Malaysian Youth Climate Justice Network (MyCJN). MyCJN telah menjadi
pelopor dalam aktivisme dan gerakan environmentalisme dalam kalangan belia di
Malaysia yang cakna kelestarian alam sekitar. Mereka telah menyediakan satu platform
kepada belia untuk berkongsi pendapat dan idea dengan matlamat untuk menarik lebih
ramai belia untuk bertindak sebagai agen perubahan dalam menyebarkan maklumat
berkaitan perubahan iklim kepada umum (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Malaysia, 2011). Meskipun tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Persatuan,
mereka turut terlibat sama dalam proses pembuatan dasar perubahan iklim di peringkat
kerajaan negeri Selangor (Mohamed Hafiz Isa, 2011). Selain bergiat aktif dalam
meningkatkan kesedaran awam melalui kempen dan forum, mereka juga terlibat dalam
beberapa acara anjuran persatuan belia antarabangsa serta menjadi wakil belia dalam
persidangan UNFCCC ke-15 (COP15) di Denmark pada tahun 2009.
Walaubagaimanapun, kegiatan mereka semakin berkurangan selepas beberapa tahun ia
ditubuhkan. Namun demikian, perjuangan belia dilanjutkan dengan penubuhan
PowerShift Malaysia pada tahun 2013 melalui projek PowerShift Global (Saef, Syaqil,
Robiatul & Goon, 2020).
PowerShift Malaysia adalah sebuah Badan Bukan Kerajaaan yang telah diberi
mandat untuk mewakili suara golongan belia melalui Malaysian Youth Delegation
(MYD) dalam isu perubahan iklim semasa persidangan tahunan UNFCCC semenjak

95
COP21 pada tahun 2015 (Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim, 2018). Sehingga kini, MYD masih bergerak aktif dalam aktiviti yang
memfokuskan kepada penambahbaikan dasar dan strategi perubahan iklim. Mereka turut
bekerjasama dengan organisasi lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dalam
menganjurkan beberapa siri latihan dalam topik perubahan iklim kepada orang awam
untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap isu tersebut.
Lanskap gerakan environmentalisme pada masa kini semakin dimeriahkan oleh
golongan belia. Ini terbukti dengan kewujudan kumpulan lain yang terpengaruh dengan
tren global dalam gerakan perubahan iklim golongan belia (youth climate movement).
Khususnya, Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia atau lebih dikenali dengan
nama Klima Action Malaysia (KAMY) yang telah bermula sejak April 2019 sebagai satu
gerakan perubahan iklim golongan belia yang mensasarkan keadilan iklim (climate
justice) bagi kumpulan akar umbi seperti komuniti, belia, wanita dan golongan yang
terpinggir (Klima Action Malaysia, 2020). KAMY sering bekerjasama dengan MYD
dalam memperjuangkan suara belia dalam isu perubahan iklim. Namun begitu,
pendekatan mereka agak berbeza dari segi kaedah yang digunakan untuk terlibat sama
dalam proses pembuatan dasar kerajaan. MYD terlibat secara langsung sebagai wakil
belia dalam pelbagai proses politik perubahan iklim di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Berbeza dengan MYD, KAMY pula dilihat kurang terlibat secara langsung, tetapi
bertindak sebagai kumpulan pendesak yang mengutarakan pandangan kritis melalui
media serta menganjurkan protes dan perhimpunan dalam memperjuangkan keadilan
iklim. Pendekatan ini jelas dilihat melalui penganjuran empat acara mogok iklim (climate
strike) sepanjang tahun 2019 bagi mendapatkan perhatian serta tindakan kerajaan
terhadap isu ini. Salah satunya adalah My Climate Strike iaitu mogok iklim yang mereka
anjurkan bersama-sama Greenpeace Malaysia dan Amnesty International Malaysia di
Kuala Lumpur sebagai sokongan kepada acara mogok iklim sedunia yang dipimpin oleh
ikon aktivis belia dalam perubahan iklim, Greta Thunberg pada September 2019 (Soo
Wern Jun, 2019).

KESIMPULAN

Sesungguhnya, gerakan environmentalisme bukanlah suatu perkara baru di negara ini


kerana ianya telah wujud sekian lama semenjak zaman penjajahan British lagi. Pada
peringkat awal, isu alam sekitar tertumpu kepada isu pencemaran, pemeliharaan serta
pemuliharaan alam semulajadi. Namun begitu, isu perubahan iklim mula mendapat
tumpuan ramai, terutamanya Badan Bukan Kerajaan bermula sejak awal 1990-an, iaitu
ketika tempoh pra dan pasca Persidangan Bumi 1992. Kegiatan Badan Bukan Kerajaan
ternyata semakin aktif semasa pasca Persidangan tersebut sehingga masa kini. Badan

96
Bukan Kerajaan yang memfokuskan isu perubahan iklim dalam perjuangan mereka telah
diwujudkan atas dasar keprihatinan mereka terhadap isu sejagat ini.
Kemunculan golongan belia dalam senario tadbir urus perubahan iklim di Malaysia
juga menunjukkan bahawa impak perubahan iklim menjadi kebimbangan semua lapisan
masyarakat. Selain itu, ia memberi gambaran bahawa Badan Bukan Kerajaan termasuk
yang diasaskan oleh golongan belia juga mampu menjadi salah satu aktor penting dalam
menentukan hala tuju Malaysia dalam mencapai matlamat mitigasi dan adaptasi
perubahan iklim yang telah dipersetujui di peringkat antarabangsa. Dalam pada itu,
dinamika kebebasan aktivis alam sekitar sejak 1970-an juga menunjukkan bahawa
keterbukaan kerajaan dalam memberi ruang untuk mereka terlibat sama dalam mentadbir
urus alam sekitar berkait rapat dengan prinsip pemimpin yang menerajui tampok
pemerintahan negara.

RUJUKAN

Al-Amin, A. Q., & Filho, W. L. (2011). An overview of prospects and challenges in the
field of climate change in Malaysia. International Journal of Global Warming,
3(4), 390–402. https://doi.org/10.1061/(ASCE)1527-6988(2003)4:4(176)
Centre of Environment, Technology and Development Malaysia. (2019a). Climate
Change. https://www.cetdem.org.my/portal/climatechange/
Centre of Environment, Technology and Development Malaysia. (2019b). Malaysian
Climate Change Group (MCCG).
http://www.cetdem.org.my/climate_change/mccg.html
Environmental Protection Society of Malaysia. (2012). About EPSM.
http://www.epsm.org.my/
Hati.my. (2020). Malaysian Environmental NGOs (MENGO).
https://www.hati.my/malaysian-environmental-ngos-mengo/
Idris, S. M. M. (2005). Foreword. In Consumers’ Association of Penang (ed.) Tanah
airku: Land issues in Malaysia, (hlm. 5-10). Consumers' Association of Penang.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung
Malaysia. (2020). Rezab Hidupan Liar Chior, Perak.
https://www.wildlife.gov.my/index.php/bahagian/86-rezab-hidupan-liar-chior-
perak
Kathirithamby-Wells, J. (2005). Nature and Nation: Forests and Development in
Peninsular Malaysia. Nordic Institute of Asian Studies
Kaul, I., Grunberg, I., & Stern, M. A. (1999). Defining Global Public Goods. In Kaul, I.,
Grunberg, I., Stern, M. A. (Eds.). Global public goods: International cooperation
in the 21st century (hlm. 2-19). Oxford University Press.
https://doi.org/10.1093/0195130529.003.0001
Kementerian Dalam Negeri (2018a). Senarai Pertubuhan Aktif, 2012-2016. Data
Terbuka. https://www.data.gov.my/data/dataset/f50e51a3-2527-4499-8853-
74e682a201a6/resource/be897a67-e83d-4a1d-b3aa-145166c252e7/download/
senarai-pertubuhan-aktif-2012-2016.xlsx

97
Kementerian Dalam Negeri (2018b). Senarai Pertubuhan Aktif, 2017. Data Terbuka.
https://www.data.gov.my/data/dataset/f50e51a3-2527-4499-8853-74e682a201a6/
resource/5fb110e8-3c10-4d21-96e8-696488a0891c/download/senarai-pertubuhan-
aktif-2017.xlsx
Kementerian Dalam Negeri (2019a). Statistik Pertubuhan Bukan Kerajaan Mengikut
Kategori. Data Terbuka. https://www.data.gov.my/data/dataset/60620db4-eed7-
4cbe-a1fc-cfe48e84522a/resource/e7dc8218-1fd8-4716-bb13-99a1df7e976b/
download/statistik-pertubuhan-berdaftar-mengikut-kategori.xlsx
Kementerian Dalam Negeri (2019b). Senarai Pertubuhan Aktif, 2018. Data Terbuka.
https://www.data.gov.my/data/dataset/f50e51a3-2527-4499-8853-74e682a201a6/
resource/a66866cf-0a1f-4090-92e6-d239b71177a7/download/senarai-pertubuhan-
aktif-2018.xlsx
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. (2000). Malaysia: Initial National
Communication to the United Nations Framework Convention on Climate Change
(UNFCCC). https://unfccc.int/resource/docs/natc/malnc1.pdf
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. (2011). Malaysia’s Second
National Communication to the United Nations Framework Convention on Climate
Change (UNFCCC). https://unfccc.int/resource/docs/natc/malnc2.pdf
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. (2018).
Malaysia Third National Communication and Second Biennial Update Report to
the United Nations Framework Convention on Climate Change.
https://www.mestecc.gov.my/web/documents/jqhRxaP3ff20SNzCaBfiyqiOdsLhuB
a9Jyz5D0C_gQ0
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. (2018).
Malaysia Third National Communication And Second Biennial Update Report to
the United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC).
https://www.mestecc.gov.my/web/wp-content/uploads/2019/04/10.Malaysia-3rd-
National-Communication-and-2nd-Biennial-Update-Report-to-UNFCCC-NC-3-
BUR-21.pdf
Klima Action Malaysia. (2020). Who is KAMY? https://en.klimaactionmalaysia.org/.
Malaysia Nature Society. (2017). Milestones. https://www.mns.my/milestones/
McAdam, D. (1996). The framing function of movement tactics: Strategic dramaturgy in
the American civil rights movement. Dalam McAdam, D., John D.M., and Mayer
N.Z. (Eds). Comparative Perspectives on Social Movements, (hlm. 338–356).
Cambridge University Press. https://doi.org/10.1017/CBO9780511803987.017
Mohamad Saifudin Mohamad Saleh. (2016). Environmental communication among the
media and environmental non-governmental organisations (ENGOs) in malaysia: a
roller coaster ride? Tesis PhD. Leuphana-Universität Lüneburg.
Mohamed Hafiz Md Isa. (2011). The Reformasi Movement and Environmental Non-
Governmental Organisations in Malaysia. Tesis Sarjana Nagoya University.
Nordhaus, W. (2013). Integrated economic and climate modeling. Handbook of
Computable General Equilibrium Modeling (Vol. 1). Elsevier.
https://doi.org/10.1016/B978-0-444-59568-3.00016-X
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (1992). Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai
Perubahan Iklim (UNFCCC). https://unfccc.int/resource/docs/convkp/conveng.pdf

98
Ramakrishna, S. (2003). The environmental movement in Malaysia. Dalam Weiss, M.,
Saliha Hassan. (Eds). Social Movements in Malaysia: From Moral Communities to
NGOs, (hlm. 115–139). Routledge Curzon. https://doi.org/10.4324/9780203220498
Rohani Hashim, Mariani Ali Amran, Mohamad Md Yusoff, Kamaliah Siarap, Ramli
Mohamed, Adnan Hussein & Wong Chow Jeng. (2010). The environmental non-
governmental organizations (ENGOs) in Malaysia Northern Region: Their roles in
protecting water resources. International NGO Journal, 5(7), 167–170.
https://doi.org/10.1002/jnr.21382
Rootes, C. (2004). Environmental Movements. Dalam Snow, D.A., Soule, S.A., Kriesi,
H. (Eds). The Blackwell Companion to Social Movements, (hlm. 608–640).
Blackwell Publishing Ltd. https://doi.org/10.1002/9780470999103.ch26
Saef W., Syaqil S., Robiatul S., Goon, R. (2020). Youth and Climate Change in
Malaysia. Malaysian Youth Delegation.
https://mydclimate.org/author/joekityong_t70rv2kf/
Sahabat Alam Malaysia. (2020). About Us. https://www.foe-malaysia.org/about_us
Samuelson, P. A. (1954). The Pure Theory of Public Expenditure. The Review of
Economics and Statistics, 36(4), 387. https://doi.org/10.2307/1925895
Sharifah Munirah. (2003). The role of NGOs and Non-State actors in Malaysia’s foreign
policy formulation during the Mahathir era. Akademika, 62(1). 59-84.
Singh, R. L., & Singh, P. K. (2017). Global Environmental Problems. Dalam Singh R. L.
(Ed.), Principles and Applications of Environmental Biotechnology for a
Sustainable Future, (hlm. 13–41). Springer Singapore. https://doi.org/10.1007/978-
981-10-1866-4_2
Soo Wern Jun. (2019). Malaysians to join Global Climate Strike on Sept 21. Malay Mail.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/09/13/malaysians-to-join-global-
climate-strike-on-sept-21/1790089
Tang, K. H. D. (2019). Climate change in Malaysia: Trends, contributors, impacts,
mitigation and adaptations. Science of the Total Environment, 650. 1858–1871.
https://doi.org/10.1016/j.scitotenv.2018.09.316
Tarrow, S. G. (2011). Power in movement: social movements and contentious politics
(Third edition). Cambridge University Press. Diakses dari
http://library1.nida.ac.th/termpaper6/sd/2554/19755.pdf
Tilly, C. (1999). From interactions to outcomes in social movements. Dalam M. Giugni,
D. McAdam, & C. Tilly (Eds.), How Social Movements Matter (hlm. 253–270).
University of Minnesota Press.
Wei Lit Yew., Azmil Tayeb. (2017). Malaysia's Green Movement: Old Continuities and
New Possibilities.Dalam Lemiere, S. (ed). Illusions of Democracy: Malaysian
People and Politics. (hlm. 243 – 260). Strategic Information and Research
Development Center. https://doi.org/10.2307/j.ctvnjbgtv.20
Zainor Izat Zainal. (2017). Centering Literature: Literature and The History of
Environmentalism in Malaysia. Dalam The European Conference on Arts &
Humanities 2017 Official Conference Proceedings, 95 – 106.
http://papers.iafor.org/wp-content/uploads/conference-proceedings/ECAH/
ECAH2017_proceedings.pdf

99
100
Bab 6
Komersialisasi Sektor Kesihatan di Malaysia: Analisis
Terhadap Aktiviti Kalangan Kumpulan Masyarakat Sivil5
Mazlan Che Soh

PENGENALAN

Malaysia, sebagaimana juga dengan beberapa buah negara maju seperti United Kingdom,
Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Singapura serta negara-negara membangun
seperti Thailand, Filipina dan Vietnam, didapati mempunyai bukti menggalakkan elemen
komersialisasi dalam sektor kesihatan (Mackintosh & Koivusalo, 2005; Drymoussis,
2014). Ini dikaitkan dengan berkembangnya pengaruh neo-liberal dalam pentadbiran
awam lanjutan daripada pengenalan model Pengurusan Awam Baru (PAB) dalam
pentadbiran awam. Neo-liberal banyak dikaitkan dengan meluasnya pro pasaran, dan
antara ciri utamanya adalah komersialisasi. Aspek-aspek yang diperbaharui itu
termasuklah penyediaan perkhidmatan kesihatan, pembiayaan dan juga insentif kerja.
Sungguhpun pembaharuan dari satu segi penting bagi memastikan pemerintah respon
terhadap tuntutan baru masyarakat, namun sebahagian daripada perubahan berkenaan
didapati mendatangkan kesan yang buruk kepada kualiti perkhidmatan kesihatan rakyat.
Di Malaysia misalnya, mulai tahun 80-an sistem pentadbiran awam telah
dikemaskini dan pendekatan PAB didapati diamalkan secara beransur-ansur, dan
kemudiannya mulai meluas pada tahun 90-an. Dalam memastikan penyampaian
perkhidmatan secara cekap serta kos yang rendah, terdapat kemungkinan nilai-nilai awam
sebahagian daripada masyarakat telah dijejaskan. Justeru itu terdapat beberapa kumpulan
yang prihatin dengan beberapa isu masyarakat baik yang berkait dengan kualiti
perkhidmatan dan akses kesihatan. Antaranya adalah kumpulan Gabungan Membantah
Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK), iaitu sebuah gabungan meliputi 81 buah
kumpulan masyarakat sivil yang ditubuhkan pada tahun 2005 yang lantang
memperjuangkan isu-isu berkait kesihatan. GMPPK akan menjadi fokus dan kajian kes
dalam bab ini.
Pendekatan secara kualitatif menerusi analisa kandungan melibatkan bahan-bahan
yang diakses dari Gabungan dan dokumen kerajaan serta temubual mendalam dengan
kepimpinan Gabungan digunakan bagi tujuan kajian ini. Antara komponen perbincangan
5
Sebahagian besar kandungan artikel ini adalah dari Bab 5 tesis kedoktoran penulis yang
bertajuk Masyarakat Madani dan Pembaharuan Sektor Kesihatan di Malaysia, 2019,
Universiti Malaya. Tajuk-tajuk utama seperti perbezaan komersialisasi
danpenswastaanmenurut Starr, konsep komersialisasi kesihatan, perkembangan
komersialisasi kesihatan di Malaysia, aktiviti dan strategi bantahan meliputi isu u
bantahan terhadap kemunculan hospital swasta

101
yang bakal diketengahkan menerusi bab ini ini adalah perbezaan komersialisasi dan
penswastaan menurut Starr. Perincian turut dilakukan melibatkan konsep komersialisasi
kesihatan, perkembangan komersialisasi dan penswastaan perkhidmatan kesihatan di
Malaysia dan justifikasi pihak kerajaan dalam melaksanakan komersialisasi dan
penswastaan. Perbincangan berikutnya akan dilakukan terhadap konsep kaunter-
hegemoni dan modal sosial serta aspek dinamika aktiviti dan bantahan oleh Gabungan
serta tinjauan umum pendirian beberapa kumpulan masyarakat sivil dalam isu ini.

PERBEZAAN KOMERSIALISASI DAN PENSWASTAAN MENURUT STARR

Sungguhpun perkataan penswastaan dan komersialisasi sering diguna secara bersama


atau secara bertukar ganti, namun terdapat perbezaan antara keduanya, sebagaimana
dibincangkan oleh Starr (1988). Menurut Starr, ahli ekonomi melihat bahawa
penswastaan merupakan perpindahan dari segi pemilikan harta dari pihak awam ke pihak
persendirian. Pencirian penting yang digagaskan oleh Starr adalah operasinya yang
bersifat pasaran dan mempunyai nilai komersial.
Rasional ekonomi berkait dengan pemilikan harta, sebagaimana perbincangan oleh
Demsetz (1967) dan Alchian dan Demsetz (1973) dalam mentakrifkan hak ke atas harta
adalah merupakan sudut pandang yang dikongsi oleh ahli sosiologi. Pun demikian,
mereka didapati berbeza pandangan khususnya melibatkan tafsiran mengenai pasaran.
Disini, mereka mengambil kira bahawa pasaran itu adalah apa sahaja organisasi dan
individu yang bukan dibawah kawalan negara, dan ianya termasuklah koperasi tidak
bersifat komersial, persatuan keagamaan, orang persendirian dan keluarga.
Sebagaimana ditegaskan oleh Starr (1988, hlm. 14), penswastaan itu boleh dilihat
dari dua perspektif iaitu, pertama, menurut sudut pandang umum sebagai, (1) “sebarang
anjakan aktiviti atau fungsi dari negeri ke sektor swasta”; dan, kedua, menerusi definisi
yang lebih spesifik, ianya adalah, (2) “sebarang anjakan pengeluaran barangan dan
perkhidmatan daripada orang awam kepada persendirian”.
Justeru, terma komersialisasi itu jika ditinjau berdasarkan kepada hujahan yang
dikemukakan oleh Starr bukanlah semata-mata melihat dari sudut perpindahan pemilikan
dari awam ke swasta dan persendirian, tetapi matlamat akhirnya adalah melibatkan satu
unsur yang penting dalam komersialisasi iaitu motif keuntungan. Ini bermakna, tidak
kiralah samada ianya dilakukan oleh swasta, kerajaan atau pun pihak persendirian, di
mana selagi ianya mempunyai elemen atau motif keuntungan maka ianya adalah
komersialisasi.

KONSEP KOMERSIALISASI KESIHATAN

Mosenbach (2009) mengambil pendekatan mendefinisikan komersialisasi sektor


kesihatan yang difahami oleh beliau sebagai suatu konsep yang lebih luas berbanding apa
yang disarankan PAB (dipetik dari Mackintosh & Koivusalo, 2004). Komersialisasi di
102
sini juga turut berperanan membenarkan penggunaan aplikasi dari sektor swasta ke dalam
sektor awam, sekaligus menekankan aspek keuntungan di kalangan penyedia
perkhidmatan sektor awam, termasuklah sektor kesihatan.
Oleh itu, sebagai suatu konsep, komersialisasi menurut Mosenbach
menggabungkan dua aspek, iaitu pertama ianya menekankan kepentingan untuk
meningkatkan keuntungan kewangan atau dari segi insentif kewangan kepada organisasi
dan pengurusan pihak penyedia perkhidmatan. Manakala aspek kedua ialah berkait
dengan pengurangan secara signifikan peranan pihak kerajaan dalam menjalankan
tanggungjawab terhadap penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Justeru,
adalah lazim komersialisasi dipandang secara skeptikal oleh pendokong faham sosialis
dan dikatakan sebagai bercanggah dengan hak asasi manusia.

PERKEMBANGAN KOMERSIALISASI SEKTOR KESIHATAN DI MALAYSIA

Dalam konteks Malaysia, berdasarkan penelitian, langkah ke arah komersialisasi dan


penswastaan perkhidmatan kesihatan telah dikesan sejak dari tahun 70-an lagi. Bukan
sekadar sektor swasta sendiri yang didapati begitu rancak melibatkan diri dalam sektor
kesihatan, malahan sektor awam juga tidak ketinggalan dalam melakukannya.
Penglibatan Government Linked Companies (GLC) dan juga pihak perbadanan awam
negeri seperti Pantai dan kumpulan KPJ yang beroperasi sebagai entiti swasta bermotif
keuntungan adalah antara contoh yang jelas (Chee, 2007). Komersialisasi itu tidaklah
terhad kepada elemen penyediaan perkhidmatan seperti hospital dan klinik swasta
semata-mata, malahan dengan semakin meluasnya industri insurans kesihatan misalnya
juga boleh disifatkan sebagai antara dari ciri-ciri komersialisasi yang boleh diambilkira.
Perbincangan terhadap perkembangan dalam komersialisasi dan penswastaan dalam
sektor kesihatan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama adalah
meliputi tahun 1970 hingga 1990 (pra pelaksanaan dasar penswastaan dalam sektor
kesihatan di Malaysia yang secara pesat bermula awal tahun 90-an). Manakala fasa kedua
pula melibatkan tempoh di antara 1990 hingga 2020 bilamana dasar penswastaan dalam
sektor kesihatan mula rancak dilaksanakan. Lihat (Jadual 5.1 dan 5.2).

Jadual 5.1: Komersialisasi Sektor Kesihatan di Malaysia (1970-1990)

Tahun Perkara
1970-an Kerajaan mula menawarkan kontrak kecil-kecilan seperti kerja
membersihkan kawasan hospital kepada syarikat swasta
1972 Association of Private Hospitals of Malaysia (APHM) ditubuhkan
1973 Hospital swasta iaitu Penang Medical Centre ditubuhkan
1974 Hospital Pantai dan Hospital Sentosa ditubuhkan
1975 Loh Guan Lye Specialist Centre ditubuhkan
1981 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) menubuhkan
Kumpulan Perubatan Johor (KPJ)

103
1983 Kajian separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-4 mencadangkan Skim
Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan (SPKK)
1983 Dasar Penswastaan dilancarkan
1985 Privatisation Guideline dilancarkan
1984 Perunding Westinghouse dilantik untuk mengkaji sistem pembiayaan
kesihatan
1985 Dua jawatankuasa mengkaji penswastaan perkhidmatan perubatan dan
bukan perubatan
1985 Sime Darby menubuhkan Subang Jaya Medical Centre (SJMC)
Sumber: Penulis berdasarkan dari pelbagai sumber

Jadual 5.1 menunjukkan era di mana komersialisasi dalam sektor kesihatan didapati
bermula lebih rancak berbanding era sebelum ini. Misalnya, semasa era ini beberapa
orang doktor swasta telah bergabung membuka Penang Medical Centre (PMC) pada
tahun 1973 dengan kemudahan 132 buah katil (Barraclough, 1997). Hospital ini
kemudiannya telah dijual kepada Gleneagles International, subsidiari milik penuh
Parkway Holdings dari Singapura pada tahun 1989 dan dikenali kini sebagai Hospital
Gleneagles.
Kemudian Hospital Pantai pula ditubuhkan pada tahun 1974 dengan kemudahan 68
buah katil oleh dua puluh orang doktor pakar (kemudian dijual kepada kumpulan Pantai)
(Chee & Barraclough, 2007). Hospital Sentosa dan Loh Guan Lye Specialist Centre pula
masing-masing ditubuhkan pada tahun 1974 dan 1975 di Pulau Pinang (Abdullah, 2005).
Malahan persatuan khas yang memayungi dan menjaga kepentingan hospital swasta iaitu
Association of Private Hospitals of Malaysia (APHM) (1972) juga telah ditubuhkan
dalam era ini.
Cabaran dihadapi negara ekoran kemerosotan ekonomi global pada akhir tahun 70-
an serta perubahan tampuk pemerintahan pada awal tahun 80-an telah mengubah falsafah
pentadbiran negara dengan elemen pro pasaran dan neoliberisme, serta PAB seperti
amalan penswastaan dan komersialisasi semakin diberikan perhatian oleh kerajaan.

Jadual 5.2: Komersialisasi Sektor Kesihatan di Malaysia (1990-2020)

1990 Dokumen Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 atau Outline Perspective


Plan (OPP 2) (1991-2000) yang meletakkan penswastaan sebagai antara
dasar utama dalam sektor kesihatan dilancarkan
1990 Kebenaran kepada doktor swasta untuk menggunakan fasiliti di sektor
awam dimulakan
1990 Kontrak ke luar perkhidmatan radiologi dan Magnetic Resonance
Imaging (MRI) kepada sektor swasta
1991 Privatisation Master Plan dilancarkan
1992 Klinik hemodialisis di 6 hospital awam diletakkan dibawah pengurusan
swasta melalui kaedah kontrak ke luar
1992 Institut Jantung Negara (IJN) dikorporatkan
1993 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

104
mensasarkan agihan sumber lebih seimbang antara sektor awam dan
swasta dicapai
1993 Cadangan pengkorporatan 5 hospital awam dikemukakan
1994 Skim pengeluaran caruman untuk perubatan menerusi Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) diperkenalkan)
1994 Penswastaan General Medical Store (GMS) atau farmaseutikal
1994 Cadangan penswastaan pembangunan semula Hospital Kuala Lumpur
1994 Penswastaan perkhidmatan sokongan dihospital kerajaan melibatkan 5
skop dilaksanakan
1994 Penswastaan syarikat pemantauan bagi kerja-kerja perkhidmatan
sokongan bukan perubatan kepada SIHAT
1994 Sayap pelaburan kerajaan Khazanah Nasional menguasai menguasai IHH
Healthcare Berhad yang merupakan operator perkhidmatan kesihatan
swasta ke dua terbesar di dunia
1994 Konglomerat Lions Group menguasai 70 peratus saham dalam Salient
Care Berhad yang menguruskan Mahkota Medical Centre di Melaka
1994 Kumpulan Perubatan Johor (KPJ), antara operator terbesar penyedia
kemudahan kesihatan di Malaysia disenaraikan di Bursa Saham Kuala
Lumpur (BSKL)
1994 Penang Development Centre (PDC) menguasai Penang Medical College
bersama-sama Pantai Hospital Berhad, Geh Sim Wah Sdn Bhd dan
Disted College
1995 Konglomerat Berjaya Group membeli 87.53 peratus saham Hospital
Pantai Berhad
1995 Tan & Tan Development Berhad menguasai 35 peratus ekuiti
Gleaneagles Medical Centre (Kuala Lumpur) Sdn Bhd dan Gleaneagles
Hospital (KL) Sdn Bhd. Tan & Tan turut menguasai Gleaneagles Medical
Centre (sebelum ini dikenali sebagai Penang Medical Centre) di Pulau
Pinang
1995 Penang Development Centre (PDC) menguasai 30 peratus Medicare
Specialist Centre Holdings Sdn Bhd
1996 Bajet 1996 mengumumkan insentif cukai khas kepada hospital swasta
1996 Cadangan pengkorporatan 14 buah hospital awam
1997 Penswastaan pemeriksaan pekerja asing kepada FOMEMA
1997 Pelancongan kesihatan mula diberikan galakan
1997 Managed Care Organisation (MCO) mula beroperasi di Malaysia
1997-98 Pengkorporatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan diikuti
lain-lain hospital pengajar seperti Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),
Kubang Kerian
1998 Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 (PHFSA) (Akta 568)
diluluskan Parlimen
1999 Cadangan pengkorporatan 14 buah hospital awam dibatalkan
2004 Cadangan penswastaan dispensari di hospital awam
2004 Cadangan penubuhan sayap swasta (private wing) di hospital awam
2004 Cadangan SPKK dibangkitkan kembali
2006 Private Healthcare Facilities and Services Act 1988 (PHFSA) (Akta 568)
and Regulations dikuatkuasakan, hampir setelah lapan tahun diluluskan
Parlimen
2007 Pelaksanaan secara rintis Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) di

105
Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang
2009 Cadangan perluasan PPBP di lain-lain hospital tetapi tergendala akibat
bantahan kumpulan masyarakat madani
2009 Cadangan pembaharuan sektor kesihatan menerusi 1Care for 1Malaysia
(1Care) diluluskan oleh kerajaan
2009 Konsesi penswastaan farmaseutikal kepada Pharmaniaga dilanjutkan lagi
bagi tempoh 10 tahun
2011 Foreign Worker’s Health Insurance Protection Scheme (SPIKPA)
melibatkan kerjasama dengan syarikat insurans swasta dilancarkan
2014 Mewujudkan kerjasama dengan syarikat farmaseutikal swasta dari dalam
dan luar negara seperti Hovid Bhd, Bicon Ltd, CCM, Kotra Pharma, AJ
Biologics, Impian Eksekutif Sdn Bhd, Servier, Ranbaxy, AFT
Pharmaceuticals and Biocare dibawah NKEA Kesihatan
2014 Kerajaan terus memberi sokongan kepada Malaysian Healthcare Travel
Council bagi mempromosi dan memajukan pelancongan kesihatan
2015 Konsesi penswastaan perkhidmatan sokongan kepada lima konsesi
dilanjutkan lagi bagi tempoh 15 tahun
2015 Pekeliling pemakluman Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)
diperluaskan ke lapan buah lagi hospital dikeluarkan
2017 PPBP di lapan buah hospital mula dilaksanakan dalam Fasa 2
2017 Kontrak FOMEMA dilanjutkan
Sepanjang tahun Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K). Selain itu, potensi
2016-2020 untuk outsourcing perkhidmatan kawalan vektor, pengujian sampel pra-
pendaftaran produk PT&K dan pengujian pra-klinikal peranti perubatan
juga akan diterokai
Sepanjang tahun Penambahbaikan peraturan-peraturan bagi pelancongan perubatan
2016-2020
Sepanjang tahun Memudahkan pemprosesan visa bagi pelancong perubatan
2016-2020
Sepanjang tahun Menambah baik insentif untuk menggalakkan pelancongan perubatan.
2016-2020 Contohnya, potongan cukai berganda bagi perbelanjaan pemasaran dan
penubuhan pejabat-pejabat di luar negara serta perbelanjaan pengiklanan.
Sepanjang tahun Melibatkan sektor swasta dalam aktiviti kawalan vektor penyakit (PTPK)
2016-2020
Sepanjang tahun Melibatkan makmal swasta dalam pengujian sampel bagi pra pendaftaran
2016-2020 produk Kesihatan
Sepanjang tahun Melibatkan sektor swasta dalam pengujian pra klinikal untuk peranti
2016-2020 perubatan
2019 Pelancaran Skim Perlindungan Nasional B40 (Skim mySalam) untuk
golongan B40 dengan kerjasama syarikat insurans swasta Great Eastern
Sumber: Penulis, berdasarkan dari pelbagai sumber, Barraclough, 1997, pelbagai dokumen
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri;
Pelan Strategik KKM 2016-2020, 2016; Pelan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
2016-2020, 2016

Sebagaimana dinyatakan menerusi Jadual 5.2 ternyata program penswastaan dan


perkembangan komersialisasi dalam sektor kesihatan boleh disifatkan mencapai
kemuncaknya dalam tempoh ini. Sekaligus ianya mencetuskan bantahan dan bangkangan

106
dari pelbagai pihak. Hujahan utama kumpulan masyarakat sivil seperti GMPPK
berhubung perkara ini adalah ianya mengabaikan elemen demokrasi substantif dalam
pelaksanaan dasar penting seperti kesihatan. Penyertaan dan dialog didakwa sebagai
pudar dan mengetepikan nilai-nilai serta elemen utama yang digagaskan oleh
Perkhidmatan Awam Baru (PeAB) dan mengenepikan suara rakyat.
Susulan daripada pengenalan program-program penswastaan dan komersialisasi
sektor kesihatan sebagaimana dinyatakan dalam Jadual 1 dan 2 telah menyebabkan
beberapa isu berbangkit. Antara yang menjadi keprihatinan kumpulan masyarakat sivil
seperti Gabungan adalah melibatkan kemunculan hospital swasta bagai cendawan selepas
hujan. Kemunculan hospital swasta ini didakwa GMPPK memberi kesan dari segi akses,
ekuiti, kemampuan dan sebagainya di mana perbincangan mengenainya akan dilakukan
dalam bahagian yang berikutnya. Pun begitu, sebelum perbincangan terhadap bantahan
oleh kumpulan masyarakat sivil dilakukan, berikut dikemukakan hujah-hujah yang
dikemukakan oleh kerajaan bagi menjustifikasikan pelaksanaan komersialisasi dan
penswastaan kesihatan di Malaysia.

KEPENTINGAN KOMERSIALISASI DAN PENSWASTAAN SEKTOR


KESIHATAN DI MALAYSIA: MENURUT PERSPEKTIF KERAJAAN

Sebelum analisis tentang dinamika bantahan Gabungan terhadap isu komersialisasi dan
penswastaan sektor kesihatan di Malaysia dilakukan, terlebih dahulu tinjauan akan
dilakukan terhadap faktor-faktor dikemukakan kerajaan yang menyumbang kepada
berlakunya komersialisasi dan penswastaan. Sesungguhnya, ramai sarjana seperti Jomo
(1995; 2008), Gomez (1997; 2003), Barraclough (2000), Jomo & Syn (2005), Tan
(2007), Chee & Barraclough (2007), Rasiah et al., (2009), Nambiar (2009), Chee (2010),
Hong (2011), Chee dan Hong (2014), Rasiah et al., (2017), Che Soh & Tumin (2017),
Che Soh, Tumin dan Kana (2017) serta lain-lain didapati telah melakukan pelbagai kajian
dan menulis mengenai perkara ini.
Kerajaan Malaysia semasa melancarkan dasar penswastaan telah menetapkan lima
faktor bagi menjustifikasikan pelaksanaannya. Ini adalah sebagaimana dinyatakan
didalam Guidelines on Privatization (Malaysia, 1985). Pertama, penswastaan diharapkan
akan dapat mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan, terutamanya
melibatkan aspek pembinaan dan penyelenggaraan perkhidmatan dan infrastruktur.
Kedua, penswastaan juga dijangka akan mempromosikan persaingan, meningkatkan
kecekapan dan produktiviti. Ketiga, penswastaan juga dijangka akan dapat menggalakkan
pelaburan sektor swasta dan perniagaan, sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi
negara. Keempat, penswastaan juga diyakini membantu mengurangkan saiz sektor awam
yang besar, dengan kecenderungan monopolistik dan sokongan birokrat. Kelima,
penswastaan digariskan untuk membantu mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dengan melahirkan usahawan Bumiputra.

107
Secara ringkasnya, Malaysia mendorong pelaksanaan dasar penswastaan
berlandaskan premis dan hujah ianya adalah merupakan pendorong penjana pertumbuhan
ekonomi negara, meningkatkan kecekapan dan produktiviti, mengecilkan sektor awam,
mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan dan peranan pentadbirannya serta
memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil khususnya di kalangan Bumiputera.
Selain itu, hujah terhadap pelaksanaan komersialisasi dan penswastaan
perkhidmatan kesihatan juga telah dinyatakan secara jelas oleh pihak kerajaan menerusi
pelbagai dokumen rasmi, antaranya adalah Rancangan Pembangunan Lima Tahun
negara. Menerusi Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), kerajaan berhujah bahawa
pelaksanaan dasar ini perlu diteruskan (termasuklah dalam sektor kesihatan) dengan
tujuan untuk menangani peningkatan kos yang semakin ketara yang terpaksa ditanggung
saban tahun oleh kerajaan (Malaysia, 1986).
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) pula mengemukakan antara lain soal
ketidakseimbangan dari segi pengagihan sumber, khususnya di hospital dan klinik milik
kerajaan, khusus di kalangan golongan miskin. Kerajaan percaya bahawa dengan
berkembangnya komersialisasi menerusi kemunculan hospital swasta yang lebih banyak,
maka golongan kaya dan berkemampuan akan menggunakannya, sekaligus memberi
ruang kepada yang tidak berkemampuan untuk menggunakan kemudahan di hospital
kerajaan (Malaysia, 1996).
Peningkatan kualiti perkhidmatan adalah antara fokus yang diberikan penekanan
oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005). Justeru, pelaksanaan
program-program penswastaan, termasuklah melibatkan sektor kesihatan juga merupakan
antara langkah yang diambil ke arah mencapai matlamat tersebut. Menurut kerajaan,
apabila perkhidmatan-perkhidmatan tertentu, misalnya yang melibatkan perkhidmatan
sokongan di hospital kerajaan yang sebelum ini dilakukan secara dalaman dan kini
dilakukan oleh pihak swasta, maka sekaligus ianya akan membolehkan pengurusan
hospital mengkhusus secara lebih khusus terhadap aktiviti teras mereka, dan ini sekaligus
membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan klinikal di hospital kerajaan (Malaysia,
2001).
Dalam Rancangan Malaysia Kelapan juga, sebagaimana dengan pelaksanaan dasar
penswastaan dalam lain-lain sektor, penswastaan yang dilaksanakan melibatkan sektor
kesihatan juga bermatlamat untuk memenuhi agenda dan dasar kerajaan khusus
melibatkan penyertaan dan penglibatan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan
(Malaysia, 2001).
Rancangan Malaysia Kelapan turut menyaksikan dasar penswastaan dalam sektor
kesihatan juga turut mempunyai matlamat untuk mengekalkan kakitangan
berpengalaman. Ini misalnya dilakukan menerusi pengkorporatan Institut Jantung Negara
(IJN) dan juga pelaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) di hospital
kerajaan. Pelaksanaan dasar penswastaan akan membolehkan skim upah fleksibel dapat
ditawarkan kepada kakitangan dalam usaha menyaingi skim upah ditawarkan oleh pihak
swasta (Malaysia, 2001).
108
Sebagaimana ditegaskan didalam dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan
(2006-2010), kerajaan menyatakan bahawa komersialisasi perkhidmatan kesihatan
merupakan antara penyumbang kepada pendapatan negara. Ini menurut kerajaan begitu
ketara apabila peranan yang dimainkan oleh salah satu subsektor dalam pelancongan iaitu
pelancongan kesihatan. Subsektor ini menurut kerajaan berjaya bukan sahaja
menyumbang hasil dari segi tukaran wang asing yang diperolehi tetapi juga turut
merancakkan sektor pelancongan sekaligus mewujudkan peluang-peluang pekerjaan
(Malaysia, 2006).
Selanjutnya Program Transformasi Kerajaan menjadi teras pelaksanaan Rancangan
Malaysia kesepuluh (2011-2015). Menerusi Economic Transformation Programme, salah
satu daripada dua belas bidang tumpuan yang diberikan fokus dibawah National Key
Economic Areas (NKEA) adalah sektor kesihatan. Penglibatan aktif sektor swasta telah
diberikan tumpuan khusus dalam melonjakkan keberhasilan sektor kesihatan kepada
ekonomi negara (Jabatan Perdana Menteri, 2014). Fokus yang sama didapati terus
menjadi antara strategi kerajaan menerusi Rancangan Malaysia kesebelas (2016-2020)
apabila kerjasama dengan sektor swasta menjadi antara empat strategi teras ke arah
mencapai akses sejagat penjagaan kesihatan (Malaysia, 2015).

AKTIVITI DAN STRATEGI BANTAHAN OLEH GMPPK

Bahagian ini akan memfokuskan perbincangan melibatkan aktiviti dan strategi bantahan
GMPPK dalam memperjuangkan isu ini. Pada amnya, Gabungan berhujah bahawa
penswastaan dan komersialisasi kesihatan berpotensi menyumbang beberapa masalah.
Antara yang dikemukakan adalah berlakunya peningkatan kos, aspek urus tadbir serta
ketirisan wang rakyat. Manakala dalam konteks komersialisasi kesihatan pula, antara
permasalahan yang sering dibahaskan Gabungan adalah meliputi isu-isu seperti akses,
ekuiti atau kesamarataan dan kemampuan untuk membayar kos perubatan yang semakin
meningkat di kalangan rakyat, khusus di kalangan golongan rakyat yang berpendapatan
sederhana dan rendah.
Sebagai tindak balas terhadap kemungkinan timbulnya masalah-masalah yang
berkait dengan penswastaan dan komersialisasi kesihatan, sebagaimana yang disebutkan
di atas, pihak Gabungan didapati telah memberikan beberapa reaksi. Antaranya adalah
menerusi siri-siri perbincangan, perbahasan dan perdebatan yang dilakukan oleh
wakilnya di pelbagai forum, seminar dan sebagainya. Tidak terhad setakat itu, pandangan
Gabungan juga boleh diakses menerusi dokumen yang dikeluarkan seperti memorandum,
petisyen, kertas kerja, kenyataan akhbar, artikel, minit-minit mesyuarat dan sebagainya.
Dalam konteks ini aktiviti bantahan Gabungan didapati lebih menonjolkan ciri-ciri
kaunter-hegemoni. Pun begitu pendekatan modal sosial turut digunakan menerusi dialog
dan mesyuarat. Manakala bagi pendekatan berteraskan komuniti pula ianya didapati
berlaku apabila siri jelajah awam misalnya didapati ada digunakan. Sebelum

109
perbincangan terhadap dinamika dan tindak balas Gabungan dilakukan, berikut
dibincangkan sepintas lalu konsep modal sosial dan kaunter-hegemoni.

BANTAHAN TERHADAP KOMERSIALISASI KESIHATAN: KEMUNCULAN


HOSPITAL SWASTA DAN PERSENDIRIAN

Hospital swasta dan persendirian di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat kumpulan
utama. Kumpulan pertama adalah melibatkan hospital yang dibiayai dan diuruskan
sepenuhnya oleh sektor swasta (contohnya Hospital Pantai, Columbia Asia Hospital,
Sunway Medical Centre dan lain-lain). Kategori kedua adalah melibatkan hospital yang
dimiliki perbadanan awam (contohnya adalah KPJ Healthcare yang merupakan syarikat
milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ). Kategori ketiga pula
melibatkan hospital dimiliki oleh syarikat berkait kerajaan (Government Linked
Companies) (GLC) seperti Prince Court Hospital di Kuala Lumpur yang dimiliki oleh
syarikat petroleum negara, Petronas. Seterusnya, kategori keempat adalah melibatkan
klinik-klinik persendirian yang dimiliki dan diuruskan oleh para pengamal perubatan.
Kewujudan entiti sebegini dalam sektor kesihatan di negara ini bukan perkara yang
baru memandangkan ianya telah wujud sekitar akhir abad ke-19 lagi. Pada masa ini ianya
adalah milik persendirian, samada oleh mubaligh Kristian atau pun persatuan milik orang
Cina. Antaranya adalah Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur dan Hospital Assunta di
Petaling Jaya. Seterusnya wujud juga klinik persendirian pada skala yang kecil serta
dimiliki oleh doktor persendirian dengan kebanyakan darinya tertumpu di bandar-bandar
besar. Pun begitu, perkembangan ini didapati mulai mencapai kepesatan yang semakin
ketara khususnya mulai tahun 80-an ekoran daripada perubahan dasar oleh kerajaan. Ini
dapat dibuktikan menerusi statistik bilangan hospital dan jumlah katil dari tahun 1970-
2014, sebagaimana ditunjukkan di (Jadual 5.3).

Jadual 5.3: Statistik Hospital Swasta/Persendirian dan Kerajaan di Malaysia 1970-


2014

Tahun Hospital Kerajaan Hospital Klinik Klinik


Swasta/Persendirian Kerajaan Swasta/Persendirian
Jumlah Bil katil Jumlah Bil Katil
1970 72 17,063 6 Tiada data 1,167 Tiada data
1980 88 33,901 14 Tiada data 2,234 Tiada data
1990 95 33,901 63 4,675 2,588 Tiada data
2000 118 34,573 224 9,547 2,871 Tiada data
2010 145 37,793 251 13,186 2,886 6,442
2014 150 43,822 291 13,797 2,871 6,978
Sumber: Health Facts, MOH; Malaysia Health Systems Review 2013, WHO; NHEWS.
Nota: Maklumat hospital swasta mungkin tidak lengkap dan mungkin tidak termasuk dengan
hospital yang mungkin beroperasi pada masa lepas tetapi telah ditutup

110
Berdasarkan Jadual 5.3, jelas terdapat peningkatan bilangan hospital swasta dan
persendirian di negara ini, berbanding hospital kerajaan. Meskipun sebelum kemerdekaan
kebanyakan hospital persendirian diuruskan oleh kumpulan sebagaimana dinyatakan di
atas, seperti mubaligh Kristian, namun pada era pasca kemerdekaan pengurusan hospital
ini didapati telah condong ke arah pengurusan oleh sektor swasta. Perkembangan pesat
ini semakin ketara. Sebagai contoh pada tahun 1970, hanya terdapat 6 buah hospital
swasta, tetapi dalam masa 20 tahun jumlahnya didapati meningkat sebanyak 57 buah atau
hampir 90 peratus pada tahun 1990, Peningkatan ini menjadi semakin besar apabila pada
tahun 2014 terdapat 291 hospital swasta telah dibina, berbanding hanya 150 buah hospital
kerajaan pada tahun yang sama.
Begitu juga dengan bilangan katil apabila dibandingkan jumlahnya di hospital
kerajaan jauh mengatasi bilangan di hospital swasta. Contoh, pada tahun 2014
direkodkan 43,822 katil di 150 buah hospital kerajaan berbanding 13,797 di hospital
swasta. Keadaan ini adalah berkemungkinan disebabkan saiz hospital swasta dan
bilangan katilnya lebih kecil berbanding hospital kerajaan. Statistik-statistik ini
menunjukkan bahawa komersialisasi sektor kesihatan kian berkembang serta berpotensi
menyumbang kepada beberapa isu seperti aksesibiliti, ekuiti atau kesamarataan dan
kemampuan, terutama di kalangan masyarakat berpendapatan sederhana. Selain itu ia
juga menyumbang kepada pengaliran keluar doktor pakar di sektor awam.
Menerusi jadual yang sama, peningkatan dari segi penglibatan sektor swasta dalam
sektor kesihatan juga turut terserlah menerusi pembukaan klinik-klinik yang diuruskan
oleh doktor persendirian. Misalnya, pada tahun 2014 direkodkan terdapat sebanyak 6,978
klinik swasta di seluruh negara berbanding hanya 2,871 sahaja yang dimiliki oleh pihak
kerajaan. Statistik ini membuktikan bahawa sepanjang lebih tiga dekad, sektor swasta
didapati begitu pesat berkembang dengan menubuhkan sama ada hospital atau klinik
masing-masing. Penglibatan sektor swasta melabur sejumlah wang yang besar dalam
sektor kesihatan mencerminkan keyakinan mereka bahawa ianya adalah suatu cabang
perniagaan yang boleh dikomersialkan serta mampu menjana pulangan hasil yang
lumayan. Ini ditambah lagi dengan pelbagai insentif dan galakan yang diberikan oleh
pihak kerajaan sendiri.
Analisis terhadap pendirian Gabungan dalam isu melibatkan kemunculan secara
pesat hospital-hospital swasta mendapati terdapat tiga faktor utama yang telah
dikemukakan. Pertama, kemunculan hospital swasta dan persendirian secara tidak
terkawal menyebabkan berlakunya penghijrahan kakitangan keluar dari hospital kerajaan
ke hospital swasta. Kedua, lanjutan daripada berlakunya penghijrahan kakitangan maka
ianya berpotensi menyumbang kepada kemerosotan kualiti perkhidmatan kesihatan dan
melemahkan aspek penyampaian perkhidmatan di hospital kerajaan. Ketiga, GMPPK
juga melahirkan kebimbangan bahawa kemunculan hospital swasta ini berpotensi
menyumbang kepada masalah akses, ekuiti atau kesamarataan dan kemampuan bagi
mendapatkan rawatan kesihatan, khusus di kalangan rakyat berpendapatan sederhana dan

111
rendah. Perincian bagi setiap satu hujah Gabungan di atas adalah dikemukakan
sebagaimana berikut:-

a) Berlaku Penghijrahan Kakitangan

Kemunculan hospital swasta yang cenderung menawarkan skim upah yang lebih tinggi
berbanding apa yang ditawarkan oleh hospital kerajaan dikatakan antara punca yang
mendorong kepada penghijrahan keluar kakitangan perubatan dan separa perubatan yang
berpengalaman di hospital kerajaan untuk berkhidmat dengan hospital swasta.
Dalam kritikannya, GMPPK mendakwa pengaruh neo liberalisme yang dibawa
oleh Thatcher dan Reagan telah kuat mempengaruhi Mahathir menerusi dasar
Persyarikatan Malaysia dan pelaksanaan dasar penswastaan yang menyentuh tentang
kerjasama antara sektor kerajaan serta swasta. Pelaksanaan dasar ini memberikan
penekanan kepada penglibatan sektor swasta sebagai penyedia perkhidmatan. Hospital
swasta, sebagai salah satu strategi pemasaran bersedia mengupah doktor pakar
berpengalaman serta sanggup membayar kadar upah sehingga lima hingga sepuluh kali
berbanding dengan apa yang mereka perolehi semasa berkhidmat di hospital kerajaan.
Penegasan Gabungan terhadap perkara ini adalah sebagaimana yang dikemukakan
menerusi artikel tulisan Setiausahanya, Dr Jeyakumar Devaraj yang dimuatkan didalam
majalah bulanan Aliran Monthly pada tahun 2004. Antara lain beliau didapati
mengemukakan pandangan sebagaimana berikut:-

Revolusi Thatcherism di Barat mendapat tempat yang kuat dihati Dr


Mahathir yang dengan jelas dizahirkan menerusi dasar Malaysia
Incorporated serta Public Private Partneship dengan kebenaran
pembangunan meluas hospital swasta. Hospital swasta ini membawa kepada
pengaliran keluar yang besar di kalangan staf daripada sektor awam, untuk
pendapatan yang lebih besar di hospital swasta, dengan ada yang dibayar
sehingga lima hingga sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada yang dalam
pakar sektor kerajaan (Devaraj, 2004, hlm. 12)

Selanjutnya, bagi mengukuhkan bantahannya, Gabungan juga mengemukakan data-data


empirikal. Data yang digunakan oleh Gabungan adalah merupakan data yang diperolehi
dari dokumen kerajaan sendiri iaitu melibatkan peratusan statistik doktor pakar yang
berkhidmat di hospital kerajaan dan hospital swasta pada tahun 1999. Pihak Gabungan
mengaitkan ketidakseimbangan ini berikutan dari kemunculan hospital swasta yang telah
mendorong penghijrahan keluar kakitangan di hospital kerajaan. Pandangan ini
disampaikan juga oleh Setiausaha Gabungan sebagaimana ilustrasi di Jadual 5.4.

Jadual 5.4: Statistik Doktor Pakar Tahun 1999

Keterangan Hospital Kerajaan Hospital Swasta


Pakar* 112
-Perubatan 33% 67%
-Pembedahan 34% 66%
-Sakit Puan (O & G) 20% 80%
*Sumber: Jeyakumar, 2005, Kertas kerja bertajuk “The National Health Financing Scheme” yang
dibentangkan di Forum Khas Penswastaan Kesihatan MTUC pada 28 April 2005, Subang Jaya

Berdasarkan Jadual 5.4, didapati hanya 34 peratus doktor pakar perubatan berkhidmat di
hospital kerajaan, berbanding 67 peratus pula di hospital swasta. Manakala bagi pakar
pembedahan dan pakar sakit puan pula, masing-masing 34 peratus dan 20 peratus kekal
berkhidmat dengan hospital kerajaan, berbanding 68 peratus dan 80 peratus masing-
masing berkhidmat dengan pihak swasta. Statistik-statistik ini secara tidak langsung
menyokong dakwaan Gabungan bahawa hospital swasta merupakan punca kepada
ketidakseimbangan bilangan doktor pakar di kedua-dua buah hospital yang berkenaan,
sekaligus menyumbang kepada beberapa permasalahan yang lain.
Presiden GMPPK, Dr Subramaniam Pillay menerusi artikel beliau di Aliran
Monthly terbitan tahun 2005 telah mengemukakan pandangan bahawa kemunculan
hospital swasta merupakan antara penyumbang kepada persaingan tidak sihat antara
kedua-duanya. Ini kerana hospital swasta yang berorientasikan keuntungan menggunakan
insentif kewangan dengan menawarkan upah yang tinggi bagi memancing doktor pakar
di hospital kerajaan. Ini adalah antara punca utama berlakunya penghijrahan keluar
kakitangan. Malahan Presiden GMPPK mendakwa bahawa terdapat sesetengah doktor
pakar di hospital swasta yang pendapatannya mampu mencecah sehingga RM200,000
sebulan, berbanding hanya RM4,000 hingga RM12,000 yang diterima oleh doktor pakar
di hospital kerajaan (Pillay, 2005, hlm. 4).
Selain daripada menggunakan pendekatan kaunter-hegemoni sama ada menerusi
penganjuran aktiviti seperti seminar, forum dan sebagainya dalam mengemukakan
bantahan, pendekatan secara modal sosial juga turut digunakan oleh Gabungan.
Misalnya, Gabungan didapati menggunakan saluran komunikasi rasmi dengan pihak
kerajaan dalam mengetengahkan bantahan. Antaranya adalah dengan menulis surat rasmi.
Dalam hal ini pihak Gabungan dalam surat bertarikh 4 Mei 2005 yang dihantar kepada
Ketua Pengarah Kesihatan dan Menteri Kesihatan telah menyentuh beberapa perkara
berhubung isu penghijrahan keluar kakitangan di hospital kerajaan (GMPPK, 2005).
Pihak Gabungan menegaskan bahawa keputusan kerajaan untuk menggalakkan
komersialisasi dalam sektor kesihatan sejak awal tahun 80-an secara tidak langsung telah
melemahkan hospital kerajaan itu sendiri. Ianya adalah kerana disebabkan tawaran upah
yang tinggi serta beberapa faktor yang lain telah mendorong doktor pakar di hospital
kerajaan berhijrah untuk berkhidmat dengan hospital swasta. Perincian yang
dikemukakan menerusi surat tersebut adalah sebagaimana berikut:-

Satu contoh adalah keputusan dalam tahun 1980-an untuk membenarkan


syarikat swasta bersifat komersial untuk membuka hospital swasta. Sampai
itu hanya badan-badan kebajikan (organisasi tidak berorientasikan
keuntungan) yang dibenarkan menjalankan Hospital Swasta. Pada takat itu,
kami, rakyat Malaysia diberitahu oleh kerajaan bahawa keputusan ini akan

113
membantu lapisan sederhana dan miskin kerana jika orang kaya pergi ke
hospital swasta, pakar-pakar di hospital awam dapat lebih masa untuk jaga
lapisan-lapisan sederhana dan miskin. Sekarang selepas 25 tahun, kita semua
sedar bahawa keputusan membenarkan hospital swasta telah melemahkan
hospital awam kerana pendapatan yang jauh lebih tinggi di sektor swasta
telah menyebabkan pengaliran keluar (GMPPK, 2005, hlm. 1)

Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr Jayakumar, Ahli Jawatankuasa Pemandu Gabungan
menerusi wawancara yang diadakan. Antara lain beliau menyatakan bahawa, “Jadi
apabila hospital swasta wujud, di sini kerajaan akan bercakap tentang penjagaan
kesihatan dan kebajikan pada sisi lain. Ini sebaliknya akan menolak pakar-pakar di
hospital kerajaan untuk ke hospital swasta memandangkan tawaran yang lebih menarik”
(komunikasi peribadi, Mac 15, 2016).

b) Menjejaskan Kualiti Perkhidmatan Hospital Kerajaan

Selain dari masalah penghijrahan kakitangan, kemunculan hospital swasta juga


berpotensi mencetuskan isu kualiti, khususnya melibatkan hospital kerajaan. Ini kerana,
penghijrahan kakitangan perubatan yang berpengalaman ini mengakibatkan mereka yang
tinggal dan masih berkhidmat di hospital kerajaan terdiri dari doktor muda yang kurang
berpengalaman. Sekaligus ini dikhuatiri boleh menjejaskan tahap penyampaian
perkhidmatan rawatan kesihatan kepada para pesakit. Isu ini adalah amat serius kepada
Gabungan terutama apabila ianya melibatkan keselamatan dan nyawa pesakit.
Perkara ini dibangkitkan oleh Dr Subramaniam, Presiden GMPPK yang antara lain
menggambarkan betapa realiti sebenar perkhidmatan di hospital kerajaan didapati nyata
berbeza berbanding dengan apa yang dilaporkan oleh kerajaan. Permasalahan seperti
waktu menunggu yang lama serta kualiti perkhidmatan yang semakin merosot, pada
pihak Gabungan adalah merupakan suatu isu serius yang amat membimbangkan.
Pandangan ini boleh didapati menerusi artikel tulisan Presiden Gabungan, Dr
Subramaniam dalam Aliran Monthly Vol 25(4) iaitu, “Realitinya tentu sama sekali
berbeza. Waktu menunggu dan kualiti perkhidmatan di hospital kerajaan sebenarnya kian
merosot kini” (Pillay, 2005, hlm. 4).
Berdasarkan pandangan Gabungan juga, kualiti perkhidmatan sektor kesihatan
terutama di sektor awam dijangka akan terus merosot ekoran daripada permasalahan
penghijrahan kakitangan ini yang difahamkan terus berlaku. Kebimbangan ini
diterjemahkan menerusi memorandum yang telah dikemukakan kepada Ahli-ahli
Parlimen (GMPPK, 2006). Antara yang ditimbulkan adalah dari segi peratusan doktor
pakar yang semakin berkurangan di hospital kerajaan. Umpamanya pada tahun 2009,
sekitar 75 peratus doktor pakar di Malaysia didapati berkhidmat dengan hospital swasta,
berbanding hanya 25 peratus di hospital kerajaan. Ironinya jumlah kemasukan pesakit ke
hospital kerajaan adalah 75 peratus berbanding 25 peratus sahaja ke hospital swasta.
114
Ketidakseimbangan yang berlaku di hospital kerajaan khususnya melibatkan
bilangan pesakit yang dirawat dan bilangan doktor pakar yang merawat begitu ketara
turut dibangkitkan. Justeru, berdasarkan analisisnya, Gabungan yakin ianya menyumbang
kepada beberapa permasalahan lain, terutama dari segi kualiti perkhidmatan di hospital
kerajaan. Antaranya adalah waktu menunggu yang lebih lama. Sekaligus ini bakal
menjejaskan kualiti perkhidmatan, apatah lagi dikaitkan dengan bilangan doktor pakar
yang jauh berkurangan di hospital kerajaan, dan terpaksa pula merawat bilangan pesakit
yang jauh lebih ramai berbanding hospital swasta dan menyumbang kepada kesesakan.
Pendirian Gabungan sebagaimana yang dinyatakan menerusi memorandum tersebut
adalah seperti berikut:-

mengikut angka-angka dari dokumen RM ke 8, lebih kurang 75% daripada


pakar di Malaysia telah berada di sektor swasta pada tahun 1999. Hospital
awam hanya ada 25% daripada jumlah doktor pakar di negara ini, tetapi
hospital awam merawati 75% daripada pesakit yang dimasukkan dalam
hospital. Selain daripada beban klinikal yang berat ini, doktor pakar di
hospital awam juga ditugaskan melatih dan membimbing doktor-doktor
siswazah dan juga doktor-doktor yang sedang berlatih menjadi pakar! Kualiti
doktor pakar di hospital awam adalah suatu sebab utama mengapa kualiti
rawatan untuk orang awam telah berbeza daripada lapisan kaya dapat di
hospital-hospital swasta (GMPPK, 2006, hlm. 2)

Kemerosotan kualiti perkhidmatan di hospital kerajaan juga turut dikaitkan dengan


perkembangan dan galakan yang diberikan oleh kerajaan terhadap pelancongan
kesihatan. Menurut Gabungan, pelancongan kesihatan telah menjadi punca kepada
penghijrahan doktor pakar dari sektor awam ke sektor swasta. Ini adalah disebabkan
hospital swasta baru yang dibangunkan dan terlibat dalam sektor pelancongan kesihatan
mensasarkan doktor pakar berpengalaman di hospital kerajaan untuk berkhidmat dengan
mereka.
Sebagaimana hujahan yang telah dikemukakan sebelum ini ianya akan
meninggalkan hanya doktor muda yang kurang berpengalaman bagi merawat hampir 75
peratus pesakit di hospital-hospital kerajaan. Sekaligus Gabungan berpandangan ini
hanya menyumbang kepada kemerosotan kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital
kerajaan. Pandangan ini ada dinyatakan dalam memorandum kepada Ahli-ahli Parlimen,
sebagaimana berikut:-

“Pada analisa kami punca utama untuk kemerosotan kualiti rawatan untuk
75% rakyat Malaysia adalah penghijrahan doktor pakar daripada sektor
awam ke sektor swasta. Kekurangan doktor pakar yang berpengalaman di
hospital kerajaan sedang menjejaskan kualiti rawatan yang diterima oleh
orang awam yang bergantung kepada hospital awam. Pada analisa GMPPK,

115
jika Health Tourism diperluaskan, kesempatan bekerja di sektor swasta akan
berkembang, dan penghijrahan doktor ke sektor swasta akan bertambah
serius. Oleh ini GMPPK berpendapat bahawa Health Tourism ini tidak harus
digalakkan. Rawatan yang berkualiti kepada rakyat kita harus menjadi tujuan
utama” (GMPPK, 2006, hlm. 3)

Keseriusan Gabungan dalam menyatakan pendirian mereka berhubung isu


kemerosotan kualiti perkhidmatan di hospital kerajaan didapati turut dinyatakan dilain-
lain medium. Contohnya, dalam suatu forum di Pulau Pinang pada tahun 2010, Dr
Jeyakumar, Setiausaha GMPPK dengan tegas menyatakan bahawa hanya satu pertiga dari
doktor di negara ini berkhidmat di hospital kerajaan. Namun mereka terpaksa merawat
tiga perempat pesakit dan situasi ini amat membebankan dari segi beban kerja di
kalangan doktor di hospital awam. Sekaligus ia berpotensi untuk menyumbang kepada
waktu menunggu yang semakin lama dan sekaligus menjejaskan piawaian perkhidmatan.
Pandangan Jeyakumar adalah dipetik sebagai berkata:-

Hanya satu pertiga daripada doktor di dalam negara yang berkhidmat di


hospital kerajaan dan perlu berkhidmat kepada tiga perempat populasi.
Justeru mereka begitu terbeban dengan beban kerja yang berlebihan. Pesakit
yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan terpaksa berhadapan dengan
isu waktu menunggu yang lama dan kemerosotan dari segi penyampaian
perkhidmatan (Devaraj, 2010, hlm. 4)

Menerusi forum di Pulau Pinang itu juga Dr Jeyakumar menambah bahawa penghijrahan
kakitangan yang berpengalaman di hospital kerajaan ke hospital swasta hanya akan
menyumbang kepada beberapa masalah tertentu. Antara masalah yang dikemukakan
pihak Gabungan adalah melibatkan aspek pertambahan beban tugas kepada kakitangan
yang sedia ada dan masih berkhidmat di hospital kerajaan. Lagi pula kebanyakan yang
masih berkhidmat terdiri dari mereka yang kurang berpengalaman dan terpaksa
melakukan tugas seperti pembedahan kompleks di luar kebolehan dan kepakaran mereka.
Senario ini tidaklah hanya terhad di kalangan para doktor tetapi juga turut berlaku di
kalangan para jururawat, paramedik, juruteknik makmal dan staf kejuruteraan hospital
awam. Pendirian Gabungan sebagaimana disampaikan Jeyakumar adalah seperti berikut:-

Pemergian pakar perubatan kanan dari hospital awam akan menyebabkan


beban kerja yang berat kepada kakitangan perubatan yang memilih untuk
kekal. Ramai doktor yang kurang berpengalaman akan dipanggil untuk
menjalankan pembedahan dan tugas yang melampaui keupayaan mereka.
Situasi yang sama juga turut berlaku kekurangan berlaku di kalangan
jururawat, kakitangan paramedik, juruteknologi makmal dan kakitangan
kejuruteraan di hospital awam. (Devaraj, 2010, hlm. 5)
116
Peningkatan kualiti perkhidmatan dalam sektor kesihatan, sebagaimana juga dalam lain-
lain sektor pekerjaan memerlukan suatu program latihan yang berterusan. Setiap doktor
sewajarnya senantiasa berusaha untuk memastikan tahap pengetahuan dan kemahirannya
tidak statik, apalagi bidang perubatan didapati berkembang dengan pesat ekoran
kemajuan teknologi dan penyakit yang kian kompleks. Dalam hal ini, doktor-doktor
pakar sedia ada di hospital kerajaan adalah merupakan sumber tenaga manusia terlatih
sedia ada yang amat penting memandangkan kepada merekalah kerajaan bergantung
harap untuk menyediakan latihan kepada bakal doktor.
Walau bagaimanapun, dengan berlakunya penghijrahan doktor pakar
berpengalaman yang lazimnya berperanan sebagai tenaga pengajar, maka, secara
langsung aspek latihan dan pengajaran berpotensi terjejas. Sekaligus kemungkinan
terhadap berlakunya kemerosotan dari aspek kualiti doktor yang dikeluarkan juga tinggi.
Jika ini berlaku tentu sekali mutu kualiti perkhidmatan turut terkesan. Menurut
Gabungan, kepentingan hospital kerajaan sebagai institusi utama yang menyediakan
latihan perubatan kepada pelajar perubatan, para doktor muda dan staf paramedik tidak
harus dikompromi. Ini semua amat penting terutama ke arah memastikan kualiti
perkhidmatan kesihatan terus dipertingkatkan. Ini didapati selari dengan kenyataan
Jeyakumar menerusi forum di Pulau Pinang pada tahun 2010 iaitu sebagaimana berikut:-

“Hospital Kerajaan merupakan institusi penting bagi melatih pelajar


perubatan, doktor muda dan kakitangan paramedik. Hospital-hospital ini
adalah pusat untuk memberikan kemahiran dan pengalaman kepada generasi
seterusnya di kalangan kakitangan dalam bidang penjagaan kesihatan”
(Devaraj, 2010, hlm. 5)

Pendekatan secara modal sosial didapati turut dilaksanakan oleh pihak Gabungan. Ini
diterjemahkan menerusi saluran komunikasi secara rasmi dengan pihak kerajaan.
Antaranya adalah menerusi sepucuk surat yang telah dihantar ke pejabat Perdana Menteri
pada 22 Ogos 2006. Tujuan surat ini adalah bagi mendapatkan tarikh temu janji dengan
Perdana Menteri setelah usaha-usaha Gabungan untuk berjumpa Menteri Kesihatan
sebelum ini tidak mendapat maklum balas positif. Sebagaimana ditegaskan didalam surat
tersebut pihak Gabungan menjelaskan betapa mereka begitu khuatir dan bimbang
terhadap cadangan-cadangan berasaskan pendekatan neoliberal yang diambil oleh
kerajaan dalam sektor kesihatan. Ini kerana pada pendirian GMPPK ini hanya akan
melemahkan perkhidmatan kesihatan awam dan sekaligus menjejaskan kebajikan orang
ramai. GMPPK menyatakan misalnya menerusi surat tersebut dipetik sebagai
menyatakan bahawa, “cadangan Health Tourism akan membawa beberapa kesan buruk
terhadap kesihatan awam yang harus kita pelihara” (GMPPK, 2006, hlm. 2).

c) Isu Akses, Ekuiti dan Kemampuan

117
Menurut Gabungan, dasar kerajaan yang menggalakkan kewujudan hospital swasta di
negara ini juga berkemungkinan memberi beberapa lagi kesan buruk kepada sektor
kesihatan. Antaranya melibatkan isu akses, ekuiti dan kemampuan bagi membayar
perkhidmatan kesihatan. Kesan ini dipercayai lebih buruk khususnya di kalangan rakyat
yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Beberapa medium secara kaunter-hegemoni didapati telah digunakan Gabungan
dalam menyuarakan pendirian mereka terhadap isu di atas. Antaranya adalah menerusi
petisyen. Sungguhpun pada peringkat awalnya petisyen berkenaan mensasarkan
tandatangan 100,000 rakyat, namun sehingga mesyuarat jawatankuasa Gabungan pada 18
September 2005 didapati hanya 3,000 tandatangan sahaja yang mampu diperoleh.
Akhirnya, sejumlah 8,000 tandatangan berjaya diperolehi petisyen ini telah dikemukakan
pada 23 November 2006 ke pejabat Perdana Menteri (GMPPK, 2006).
Isu kemampuan untuk membayar kos perubatan menurut pihak Gabungan
merupakan antara kesan segera yang lahir ekoran daripada kemunculan hospital swasta di
negara ini. Gabungan melihat bahawa inisiatif dan galakan kerajaan kepada sektor swasta
untuk menceburkan diri dalam sektor kesihatan hanyalah menyumbang kepada elemen
komersialisasi yang berleluasa, sekaligus menjadikan kesihatan sebagai satu komoditi
atau bahan untuk diperdagangkan. Akhirnya, kesan buruk daripada dasar sebegini adalah
bilamana beban bayaran yang lebih tinggi dipindahkan kepada rakyat yang terpaksa
membayar suatu kadar yang lebih tinggi apabila menggunakan perkhidmatan di hospital
swasta. Ianya bukan suatu perkara yang luar biasa memandangkan keuntungan
merupakan motif utama mereka. Sesungguhnya bagi pihak Gabungan senario seumpama
ini hanyalah sebahagian daripada cara yang menjurus kehancuran sistem kesihatan awam.
Pendirian Gabungan sebagaimana dinyatakan menerusi petisyen tersebut adalah seperti
berikut:-

Yang Amat Berhormat, kami GMPPK, beranggap sistem kesihatan awam


negara kita adalah suatu aset yang amat penting bagi rakyat dan harus
dipelihara dan diperkukuhkan. Perkhidmatan kesihatan bukanlah suatu
komoditi yang boleh diniagakan dalam pasaran bebas seperti yang diingini
oleh pihak neoliberal. Rancangan-rancangan yang disenaraikan di atas
(merujuk kepada rancangan neoliberal seperti promosi pelancongan kesihatan
dan sebagainya) adalah bertujuan untuk menukar perkhidmatan perubatan
kepada suatu komoditi dan memindahkan beban bayaran untuk rawatan ke
bahu orang awam (GMPPK, 2006, hlm. 1)

Satu lagi perkara utama yang ditimbulkan Gabungan kesan dari perkembangan pesat
hospital swasta adalah melibatkan isu akses. Sebagaimana ditegaskan oleh Gabungan
menerusi memorandum kepada Ahli-ahli Parlimen, satu senario telah dipaparkan
bagaimana isu akses memberi kesan buruk, terutama melibatkan golongan berpendapatan

118
sederhana dan rendah yang tidak berkemampuan membayar kos yang tinggi bagi
mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital swasta.
Menggunakan suatu kes melibatkan pesakit jantung sebagai analogi, Gabungan
percaya bahawa bagi pesakit dari kalangan berpendapatan tinggi, mereka tidak akan
menghadapi masalah untuk rawatan segera di hospital swasta. Situasi juga didapati lebih
baik jika melibatkan pesakit di kalangan kakitangan kerajaan memandangkan mereka
boleh mendapatkan rawatan di IJN. Tetapi pihak Gabungan mempersoalkan
bagaimanakah nasib dengan lebih 75 peratus rakyat yang mempunyai pendapatan
dibawah RM3,000 sebulan apabila perlu berhadapan dengan situasi seperti ini. Ditambah
dengan isu kewangan dan mungkin juga tidak dilindungi insurans, Gabungan percaya
mereka dari kelompok ini memerlukan sekurang-kurangnya empat bulan waktu
menunggu untuk mendapatkan rawatan. Huraian terhadap pandangan Gabungan dalam
hal ini adalah sebagaimana berikut:-

Pada takat ini, akses rakyat pada perkhidmatan kesihatan adalah bergantung
pada taraf sosio-ekonomi keluarga pesakit. Umpamanya, seorang
berpendapatan tinggi dengan penyakit Ischemic Heart Disease boleh
dapatkan perkhidmatan pakar dan kardiologi pada hari itu juga di hospital-
hospital swasta. Tetapi 75% rakyat Malaysia yang berpendapatan
sekeluarga dibawah RM3000 sebulan terpaksa menunggu 4 bulan atau lebih
untuk rawatan pakar kardiologi kerana bilangan kardiologist tidak
mencukupi di hospital-hospital kerajaan. Situasi kakitangan kerajaan adalah
lebih senang sedikit kerana mereka ada akses pada hospital-hospital yang
telah dikorporatkan seperti IJN dan University Malaya Medical Centre dan
mereka boleh dapat appointment dalam seminggu atau dua jika memerlukan
rawatan pakar kardiologi…Situasi adalah sama untuk pesakit yang
mengidap kerosakan buah pinggang……Pada masa ini ramai orang awam
tersepit antara kekurangan kepakaran dalam hospital kerajaan dan kos
rawatan yang tinggi di sektor swasta (GMPPK, 2006, hlm. 1)

Menerusi forum Whats is wrong with our health care system pada 20 Mac 2010 di Pulau
Pinang, Setiausaha Gabungan, Dr Jeyakumar menambah bahawa sistem pasaran bebas
yang lahir dari pendekatan neo-liberal yang digalakkan oleh kerajaan hanya membawa
kepada keburukan. Beliau mendakwa bahawa sistem ini tidak memberi suatu jaminan
bahawa suatu akses yang saksama kepada perkhidmatan kesihatan dapat diwujudkan.
Malahan beliau mengingatkan kerajaan bahawa adalah menjadi tugas utama mereka
untuk memastikan setiap rakyat dipastikan mendapat akses yang sewajarnya terhadap
perkhidmatan kesihatan. Jeyakumar dipetik sebagai berkata seperti berikut:-

“bahawa sistem pasaran bebas tidak boleh menjamin akses yang saksama
kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan ia adalah tugas kerajaan untuk

119
memastikan bahawa orang mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang
mereka impikan dan perlu”. (Devaraj, 2010, hlm. 5)

Rumusan dan pandangan Gabungan terhadap kesan akibat dari kemunculan hospital
swasta di negara ekoran galakan kerajaan menerusi polisinya sendiri boleh dilihat
menerusi suatu kertas kerja dibentangkan oleh Jeyakumar pada tahun 2009 dalam satu
seminar di Selangor. Kepesatan pembangunan hospital swasta, membawa kepada senario
dimana doktor pakar dan kakitangan separa perubatan seperti jururawat dan paramedik
terlatih di hospital kerajaan “dicuri” oleh hospital swasta. Pengaliran keluar kakitangan
yang berlaku ini merupakan antara faktor penyumbang kepada kemerosotan yang berlaku
terhadap aspek kualiti perkhidmatan di hospital kerajaan. Gabungan percaya jika ianya
tidak dibendung, maka situasi yang lebih buruk boleh berlaku pada masa hadapan. Ini
adalah sebagaimana petikan dari kertas kerja berkenaan iaitu:-

“Lebih banyak hospital swasta – maka ianya akan mencuri lebih banyak
pakar, doktor, dan kakitangan paramedik dari hospital kerajaan, penghijrahan
dari hospital kerajaan akan menjadi lebih buruk dan kualiti penjagaan di
hospital kerajaan akan merosot lagi.” (Devaraj, 2009, hlm. 3)

Dr Jeyakumar, Setiausaha Gabungan dalam temubual merumuskan bahawa


komersialisasi perkhidmatan kesihatan adalah suatu idea yang salah dari segi hala tuju
dalam dasar kesihatan Malaysia. Ianya adalah pendekatan neo-liberal yang
menguntungkan pasaran dan merugikan rakyat berpendapatan rendah. Ini adalah
sebagaimana dinyatakan oleh beliau iaitu:-

Saya fikir kita bergerak ke arah yang salah. Asasnya adalah pendekatan
neoliberal iaitu idea di mana kerajaan memindahkan perkhidmatan yang
sebelum ini dilaksanakan mereka kepada pihak swasta. Ini adalah falsafah
asas disebaliknya. Kerajaan hanya bertindak untuk melaksanakan peranan
sebagai regulator atau kawal selia, dengan sektor swasta diberikan peranan
untuk melaksanakannya, yang dikatakan akan lebih baik berbanding pihak
kerajaan. Jadi ideanya adalah untuk memindahkan lebih banyak aspek
kepada sektor swasta. Jadi itu yang kami tentang. Anda boleh lihat
perkhidmatan sokongan di hospital telah diswastakan. Mereka juga mahu
mewujudkan sayap swasta di hospital kerajaan Mereka juga mencadangkan
pengkorporatan hospital kerajaan. Mereka turut mahu mengintegrasikan
pasaran dalaman dalam perkhidmatan kesihatan. Kesemua ini asasnya akan
menjadikan semuanya memerlukan kewangan yang lebih besar dan rakyat
yang miskin akan terpinggir. Itulah sebabnya kami menentang (komunikasi
peribadi, Mac 28, 2016)

120
Pendapat Dr Jeyakumar turut disokong oleh Dr Xavier Jayakumar, Ahli Jawatankuasa
Pemandu GMPPK apabila mencadangkan supaya pemberian lesen hospital swasta
dihentikan. Ini berkait dengan kecenderungan dari segi perkembangan hospital swasta
akan juga menyebabkan penggalakan industri pelancongan kesihatan yang sekaligus
menyumbang kepada penghijrahan kakitangan. Dalam hal ini beliau dipetik sebagai
berkata:-

Saya fikir kita perlu berhenti daripada memberi lesen bagi membuka
hospital swasta baru, kerana hospital swasta akan mengheret pakar di
hospital awam untuk mengisi hospital swasta dan ini bakal mencetuskan
masalah yang besar. Dan hospital swasta tidak berkhidmat sebagai hospital
pengajar dan semua pengajaran adalah beban ke atas hospital awam. Kami
juga menentang pelancongan kesihatan. Semakin banyak anda
mempromosikan pelancongan kesihatan maka ianya menyebabkan berlaku
penghijrahan pakar di hospital kerajaan ke hospital swasta (komunikasi
peribadi, Mac 15, 2016)

KOMERSIALISASI SEKTOR KESIHATAN: PANDANGAN KUMPULAN


MASYARAKAT SIVIL

Sungguhpun percaya bahawa masih banyak yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi
mengawal selia pertumbuhan pihak swasta dalam sektor kesihatan, salah satu kumpulan
masyarakat sivil yang mewakili pengamal perubatan swasta yang utama iaitu Federation
of Private Medical Practitioners Association of Malaysia (FPMPAM) misalnya didapati
tidak selari dengan pandangan GMPPK yang mahukan moratorium dan sekatan kepada
pertumbuhan sektor swasta dalam sektor kesihatan dilakukan.
Sebaliknya, salah seorang Ahli Majlis FPMPAM menerusi satu temubual telah
mengemukakan cadangan yang menggesa pihak kerajaan agar memainkan peranan lebih
aktif dengan memperkenalkan suatu mekanisme yang lebih telus terhadap aspek kawalan
kos melibatkan tuntutan bil hospital di hospital swasta. Ini adalah agar pihak hospital
swasta tidak mengambil kesempatan mengenakan caj berlebihan bagi kos hospital seperti
caj wad, makanan dan sebagainya dengan tujuan untuk mengaut keuntungan berlebihan
(komunikasi peribadi, Ogos 18, 2015). Kawal selia hanya melibatkan fi oleh pengamal
perubatan yang berdasarkan kelulusan dibawah perundangan. Namun perkara yang
serupa didapati tidak berlaku melibatkan kos-kos bukan perubatan seperti makanan, caj
wad dan sebagainya yang terletak dibawah bidangkuasa pengurusan hospital (komunikasi
peribadi, Ogos 18, 2015). Sepatutnya kawalan terhadap aspek ini yang perlu dilakukan
dan bukan dengan mengenakan sekatan terhadap hospital swasta dan persendrian.
Pandangan ini didapati selari posisi FPMPAM yang mewakili pengamal kesihatan
persendirian. Mewakili pandangan yang sama adalah sebagaimana dinyatakan oleh

121
Malaysian Medical Association (MMA) dan Association of Private Hospital of Malaysia
(APHM).
Sebuah kumpulan iaitu Worker’s Health & Safety Penang turut senada bahawa
komersialisasi sektor kesihatan menimbulkan masalah dari segi akses. T Jayabalan
mewakili kumpulan semasa menjadi ahli panel forum Whats is wrong with our health
care system pada 20 Mac 2010 di Pulau Pinang misalnya mengkritik tindakan kerajaan
mempromosikan pelancongan kesihatan. Ini adalah kerana menurut beliau pelancongan
kesihatan secara tidak langsung menyekat dan melambat-lambatkan akses di kalangan
warganegara bagi mendapatkan rawatan di hospital swasta memandangkan keutamaan
diberikan kepada pesakit asing yang mampu membayar kos yang dikenakan. Pandangan
beliau adalah sebagaimana berikut:-

tindakan kerajaan yang mempromosikan pelancongan kesihatan, yang secara


tidak langsung memberi kesan dan melewatkan di kalangan pesakit
warganegara untuk akses kepada perkhidmatan perubatan kerana hospital
swasta akan berusaha memikat lebih ramai rakyat asing untuk mendapatkan
rawatan perubatan di hospital masing-masing (Jayabalan, 2010, hlm. 2)

Federation of Consumer Association of Malaysia (FOMCA) pula sebagaimana


ditegaskan menerusi “Budget 2010 Wish List (FOMCA)” telah mengingatkan kerajaan
agar tidak lagi meneruskan program penswastaan bagi mana-mana entiti perkhidmatan
kesihatan awam (FOMCA, 2010). Selanjutnya, menerusi manifesto tuntutan pengguna
sempena Pilihan raya Umum ke 13, FOMCA sekali lagi menegaskan agar kerajaan
mengadakan moratorium terhadap sebarang usaha untuk menswastakan dan
memperbadankan perkhidmatan penjagaan kesihatan (FOMCA, 2013). FOMCA percaya
bahawa program-program ini jika diteruskan terutamanya melibatkan lain-lain skop
penjagaan kesihatan bakal memberi beberapa implikasi yang tidak baik, khusus di
kalangan pengguna.
Sesungguhnya terdapat kepelbagaian dari segi pandangan lain-lain kumpulan
masyarakat sivil berhubung dengan dasar diambil kerajaan melibatkan komersialisasi dan
penswastaan sektor kesihatan di negara ini.

KESIMPULAN

Natijah kepada perkembangan komersialisasi dan penswastaan sektor kesihatan menurut


Gabungan boleh dirumuskan kepada tiga kesan utama iaitu penghijrahan kakitangan
pakar di hospital awam ke hospital swasta, menjejaskan kualiti perkhidmatan di hospital
awam dan memberi kesan dari segi akses, ekuiti dan kemampuan khusus di kalangan
rakyat kurang berkemampuan. Meskipun bantahan yang digerakkan oleh GMPPK tidak
berjaya sepenuhnya menghalang dasar ini dari terus dikuatkuasakan di negara ini namun
pada tahap-tahap tertentu sekurang-kurangnya ia berjaya memberi mesej kepada kerajaan
122
dan menyedarkan sebahagian rakyat terhadap kesan komersialisasi kepada kesihatan
rakyat. Kerajaan sewajarnya lebih berhati-hati dalam menggalakkan komersialisasi
khusus dalam sektor kesihatan memandangkan kesihatan, dari segi sifatnya sebagai
barangan awam adalah unik dan ianya adalah satu keperluan bagi setiap rakyat. Akhir
sekali, kepentingan rakyat sewajarnya menjadi pertimbangan paling utama sesebuah
kerajaan.

RUJUKAN

Abdullah, R. W. (2005). Regulating the private health sector in Malaysia. University of


Malaya Press.
Alchian, A.A., & Demsetz, H. (1973). The property right paradigm. The Journal of
Economic History, 33, 16-27.
Aliran. (2005). On why the free market does not work in health care. Aliran Monthly, 26
(1). Aliran.
Barraclough, S. (1997). The growth of corporate private hospitals in Malaysia: policy
contradictions in health system pluralism. International Journal of Health
Services, 27(4), 643-659.
_____________ (2000). The politics of privatization in the Malaysian health care system.
Contemporary Southeast Asia, 340-359.
Chee, H. L., & Barraclough, S. (Eds.). (2007). Health care in Malaysia: the dynamics of
provision, financing and access. Routledge.
__________________________. (2007). Epilogue: Civil society and health care policy in
Malaysia. Dalam Chee, H.L. & Barraclough, S. (Eds.), Health care in Malaysia:
the dynamics of provision, financing and access (hlm. 208-217). Routledge.
Chee, H. L. (2010). Medical tourism and the state in Malaysia and Singapore. Global
Social Policy, 10(3), 336-357.
Chee, H.L., & Hong, P. H. (2014). ‘1 Care’ and the politics of healthcare in
Malaysia. Dalam Weiss, ML. (Ed.), Routledge Handbook of Contemporary
Malaysia (hlm. 312-323). Routledge.
Che Soh, M., Tumin, M. (2017). Sejarah dan Perkembangan Badan Bukan Kerajaan
(NGO) Kesihatan di Malaysia Sehingga Tahun 2015 (The History and Development
of Health Non-Governmental Organizations (NGOs) in Malaysia until 2015).
Sejarah, 26(2), 49-70. 
Che Soh, M., Tumin, M., & Kana, G. (2019). Healthcare reform and civil society in
Malaysia. Dalam K. Singaravelloo, R.N. Raja Ariffin, & B. Loo-See (Eds.).
Practices of public administration in Malaysia (hlm. 131-146). University of Malaya
Press.
Demsetz, H. (1967). Toward a theory of property rights. American Economic Review, 57,
347-359.
Devaraj, J. (2004). Healthcare privatization will burden Malaysian. Aliran Monthly, 24
(11), 12. Aliran.

123
___________ (2005). Kertas kerja bertajuk “The National Health Financing Scheme”
yang dibentangkan di Forum Khas kesihatan anjuran MTUC pada 28 April
2005. GMPPK.
____________ (2010). Transkripsi pembentangan kertas kerja bertajuk “Health care in
Malaysia” oleh Dr Jeyakumar Devaraj di forum “What is wrong with our health
care system” di Kompleks Penyayang pada 20 Mac 2010. Diakses dari
http://aliran.com/7372.html#more-7372
_____________ (2010). Pandangan dikemukakan dalam “Whats is wrong with our
health care system” pada 20 Mac 2010 di Pulau Pinang. GMPPK
Drymoussis, M. (2014). Globalisation and commercialisation of healthcare services:
with reference to the United States and United Kingdom. Disertasi PhD.
University of Sussex).
Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK). (2005). Surat
bertajuk Permohonan Tarikh Berbincang Dengan YB Menteri Kesihatan bertarikh
4 Mei 2005. GMPPK.
____________ (2006). Petisyen kepada Perdana Menteri bertarikh 23 November 2006.
GMPPK.
____________ (2006). Memorandum Kepada Ahli-Ahli Parlimen: Isu-Isu Penting
Berkaitan Kesihatan Rakyat bertarikh 24 April 2006. GMPPK.
____________ (2006). Surat bertajuk Permohonan Tarikh Awal Berjumpa Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri bertarikh 22 Ogos 2006. GMPPK.
Gomez, E. T. (1997). Privatization and public enterprise reform in the Asia‐Pacific
region: Privatized patronage: The economics and politics of privatization in
Malaysia. Journal of the Asia Pacific Economy, 2(2), 178-200.
_________________ (2003). Political business in Malaysia: party factionalism, corporate
development, and economic crisis. Dalam Gomez, E.T. (Ed) Political Business in
East Asia (hlm. 98-130). Routledge.
Hong, P. H. (2011). The 'Frankenstein' of Industrial Development: Differentiation and
Interest Groups Within the Healthcare Industry. Kajian Malaysia: Journal of
Malaysian Studies, 29(1), 239-264.
Jabatan Perdana Menteri (2014). Laporan Tahunan ETP 2014. Putrajaya.
Jayabalan, T, J. (2010). Pandangan dikemukakan dalam “Whats is wrong with our health
care system” dalam Forum pada 20 Mac 2010 di Pulau Pinang.
Jomo, K.S. (Ed.). (1995). Privatizing Malaysia: rents, rhetoric, realities. Westview
Press.
Jomo, K. S., & Syn, T. W. (2005). Privatization and renationalization in Malaysia: A
survey. Dalam Expert Group Meeting on Re-inventing Public Enterprise and its
Management (hlm. 1-46).
Jomo, K. S. (2008). A critical review of the evolving privatization debate. Dalam Roland,
G. (Ed.) Privatization: Successes and failures (hlm. 199-212). Columbia
University Press.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2013). Malaysia Health System Research.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). Pelan Strategik KKM, 2016-2020.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). Pelan Tindakan Kementerian Kesihatan
Malaysia 2016-2020.

124
Mackintosh, M., & Koivusalo, M. (Eds.). (2005). Commercialization of health care:
global and local dynamics and policy responses. Springer.
Malaysia. (1985). Guidelines on Privatisation. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri.
Malaysia. (1986). Rancangan Malaysia Kelima, 1986-1990. Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri.
Malaysia (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri.
Malaysia (2001). Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005. Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri.
Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Malaysia (2015). Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020. Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri.
Mosenbach, K. (2009). Commercializing German hospital care? Effects of New Public
Management and managed care under neoliberal conditions. German Policy
Studies/Politikfeldanalyse, 5(1).
Nambiar, S. (2009). Revisiting Privatisation in Malaysa: The Importance of Institutional
Process. Asian Academy of Management Journal, 14(2), 21-40.
Pillay, S. (2005). Kertas kerja bertajuk Health Financing in Malaysia yang dibentangkan
dalam Forum Khas Penswastaan Kemudahan Kesihatan anjuran MTUC pada 28
April 2005.
Ransome, P. (1992). Antonio Gramsci, A New Introduction. Harvester/Wheatsheaf.
Rasiah, R., Noh, A., & Tumin, M. (2009). Privatising healthcare in Malaysia: Power,
policy and profits. Journal of Contemporary Asia, 39(1), 50-62.
Rasiah, R., Tumin, M., Hameed, L. M., & Ndoma, I. (2017). Civil Society Organizations
in Opposition to Healthcare Commercialization: Protecting Access for the Poor
and Middle Class in Malaysia. Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly, 46(3),
567-585.
Starr, P. (1988). The meaning of privatization. Yale Law & Policy Review, 6(1), 6-41.

125
Bab 7
Penglibatan Masyarakat Sivil dalam Konteks Pengimigrasian
dan Pelarian Rohingya di Malaysia
Mohd Ramlan Arshad, Mohd Na’eim Ajis dan Aizat Khairi

PENGENALAN

Penglibatan masyarakat sivil dalam sesebuah negara memainkan peranan yang sangat
penting. Penglibatan ini selari dengan tujuh tuntutan demokrasi seperti yang
dikemukakan oleh Ball (1977), antaranya membenarkan kumpulan berkepentingan dan
kumpulan pendesak, termasuk pembangkang untuk mempengaruhi keputusan kerajaan;
dan membenarkan kebebasan sivil seperti hak bersuara, beragama, berhimpun dan
kebebasan media dilakukan. Walau bagaimanapun, evolusi masyarakat sivil di Malaysia
sering dirujuk sebagai satu bentuk sentimen yang berbau perkauman (Hall, 1995).
Menurut Md. Salleh et al. (2011), masyarakat sivil terbentuk hasil daripada dua faktor,
iaitu yang pertama ialah kegagalan pihak kerajaan dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab sosiopolitik terhadap masyarakat umum; dan faktor yang kedua ialah
kegagalan pihak kerajaan untuk mewujudkan dasar sosial, ekonomi dan politik yang
kondusif ke arah merealisasikan kesejahteraan masyarakat serta demokrasi sejati.
Di dalam konteks pelarian, penghijrahan dan pengimigrasian, Field (2020)
menyatakan bahawa kegagalan pihak pemerintah untuk mewujudkan dasar sosial yang
kondusif untuk golongan tersebut merupakan faktor masyarakat sivil menjadi lebih aktif
untuk terlibat di dalam membantu dari sudut hak asasi kemanusiaan. Pejovic dan
Cossarini (2020) pula telah membuktikan bahawa penglibatan masyarakat sivil melalui
pertubuhan-pertubuhan sivil yang condong untuk memberikan sokongan dan membantu
golongan pelarian di dalam menghadapi impak sosial seperti kebuluran, kemiskinan dan
kekurangan dana serta bantuan kerajaan. Oleh itu, pertubuhan masyarakat sivil dilihat
sebagai sangat signifikan di dalam menangani masalah pelarian yang trennya semakin
meningkat saban tahun.
Cholewinski dan Taran (2010: hlm.3-4) menyatakan bahawa pelarian adalah suatu
masalah yang berlarutan semenjak kurun ke-18 iaitu sebelum Perang Dunia Pertama dan
ia semakin kritikal apabila meletusnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua
dengan dianggarkan mengakibatkan lebih kurang 60 juta masyarakat dari negara-negara
di Benua Eropah menjadi pelarian ke negara-negara seperti Amerika, Oceana, Afrika,
Siberia dan Asia Tengah. Trend pelarian di dunia pada tahun 2016 telah menunjukkan
bahawa terdapat seramai 65.6 juta orang terlibat dengan gelombang imigrasi di dunia
iaitu peningkatan sebanyak 300 ribu orang berbanding tahun 2015 (UNHCR, 2017).
Berdasarkan statistik tersebut, rakyat dari negara Syria merupakan golongan teramai di
dunia yang menjadi pelarian dengan bilangan sebanyak 5.5 juta orang (UNHCR, 2017).

126
Angka tersebut menunjukkan penduduk Syria telah mengatasi jumlah pelarian yang
terdiri daripada rakyat Afghanistan iaitu seramai 2.5 juta orang dan diikuti oleh rakyat
dari negara Sudan Selatan seramai 1.4 juta orang (UNHCR, 2017). Antara negara yang
menerima paling ramai pelarian pada tahun 2016 adalah Turki iaitu seramai 2.9 juta
orang, diikuti Pakistan seramai 1.4 juta orang, Lubnan 1 juta orang, Republik Iran
979,400 orang, Uganda seramai 940,800 orang dan Ethiopia seramai 791, 600 orang.
Angka pelarian yang direkodkan menunjukkan jumlah yang tertinggi selepas beberapa
siri pembersihan etnik yang berlaku di dunia seperti pembersihan etnik Armenia yang
menyebabkan seramai 1.5 juta orang melarikan diri pada tahun 1915-1916 (Sotirovic,
2018), Holocaust Nazi yang menyebabkan 836,000 orang Yahudi terlibat dengan migrasi
pada tahun 1948-1951 (Witnesses, 2015), pembersihan etnik Bosnia-Herzegovina yang
menyebabkan seramai 4.4 juta orang menjadi pelarian pada tahun 1991 (Toal dan
Dahlman, 2011) dan seramai 2 juta orang Rwanda menjadi pelarian pada tahun 1994
akibat pembersihan etnik di sana (Magnarella, 2005).
Tren pelarian di dunia pada tahun 2017pula telah mencapai angka 68.5 juta orang
(UNHCR, 2018). Peningkatan ini adalah disebabkan oleh perang saudara di Syria yang
menyaksikan berjuta rakyatnya menjadi pelarian. Statistik UNHCR (2018) menunjukkan
pelarian Syria terus mendahului dengan tren peningkatan kepada 6.3 juta orang,
manakala negara Afghanistan 2.6 juta orang, Sudan Selatan 2.4 juta orang. Jika
ditelusuri, konflik dalaman yang berpanjangan di negara-negara tersebut serta negara-
negara lain yang menjadi penyumbang kepada statistik pelarian di dunia menjadi
penyebab utama rakyatnya memilih untuk migrasi ke negara jiran (UNHCR, 2018).
Pelarian Rohingya adalah antara contoh kesan daripada penindasan oleh pemerintah ke
atas etnik minoriti yang menyebabkan 1.2 juta rakyatnya menjadi pelarian (Ahsan Ullah
dan Chattoraj, 2018).
Berdasarkan World Population Review (2019), jumlah negara yang berpenduduk
seramai 68.5 juta orang adalah berada di kedudukan 21. Oleh itu jika jumlah pelarian di
dunia disatukan menjadi populasi bagi sebuah negara, negara tersebut berkedudukan di
tangga ke 21 berdasarkan jumlah penduduk teramai mengatasi jumlah penduduk bagi
negara seperti United Kingdom, Perancis dan Itali. Statistik menunjukkan bahawa tren
pelarian di dunia menjadi semakin kompleks dan kritikal akibat daripada respon yang
lemah oleh pelbagai aktor yang terlibat secara langsung seperti kerajaan, badan-badan
dunia dan pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan serta masyarakat dunia (World Refugee
Council, 2018). Bagi negara-negara yang berada di kawasan Asia Tenggara, terdapat
sejumlah besar pelarian yang menjadikan negara-negara ini sebagai destinasi
penghijrahan seperti negara Thailand yang menjadi tumpuan pelarian Bangladesh dan
Myanmar (European Commission, 2017) sementara Singapura pula menjadi tumpuan
pelarian Vietnam dan Burma.
Bagi negara Malaysia, faktor penolakan dan penarikan telah menjadi sebab utama
pelarian Rohingya memilih negara ini. Azizah dan Ragayah (2011) telah menyatakan
bahawa faktor di Myanmar yang menyaksikan kerajaan junta tidak mengiktiraf hak
127
kewarganegaraan masyarakat Rohingya telah menjadi sebab utama orang Rohingya
meninggalkan negara tersebut secara beramai-ramai. Di samping itu, Aizat (2016)
menyatakan tindakan kerajaan Malaysia yang menerima pelarian Rohingya walaupun
bukan menjadi negara kepada konvensyen pelarian telah menjadi sebab utama yang
menarik lebih ramai orang Rohingya memilih untuk berhijrah ke Malaysia. Ini juga setara
dengan pendirian kerajaan Malaysia yang telah menyatakan bahawa pihak berkuasa
membantu pelarian Rohingya di atas dasar kemanusiaan bagi menyelamatkan nyawa
mereka yang di dalam bahaya. Faktor penolakan dan penarikan ini menyebabkan angka
pelarian Rohingya meningkat secara signifikan di negara Malaysia saban tahun sehingga
mencecah 84,030 pada tahun 2019 (UNHCR Malaysia, 2019).

KONSEP MASYARAKAT SIVIL

Dimensi-dimensi yang membentuk masyarakat sivil telah dibangunkan dan


dikembangkan oleh para sarjana bermula sejak terma masyarakat sivil menjadi popular
iaitu pada tahun sekitar 1980-an (Fine, 1997, hlm. 9). Salah satu dari dimensi kepada
masyarakat sivil adalah dimaksudkan dengan ia melambangkan berbagai-bagai kumpulan
yang teratur dan sistematik termasuklah Non-Governmental Organisation (NGO),
kesatuan-kesatuan, pergerakan sosial, organisasi masyarakat di peringkat akar umbi,
rangkaian dan jaringan komuniti dan kumpulan atau pertubuhan yang bermotifkan
pergerakan untuk agama dengan matlamat untuk kebaikan kepada masyarakat awam
secara keseluruhannya (VanDyck, 2017, hlm. 3).
Definisi ini selari dengan idea masyarakat sivil yang diberikan oleh pengkaji
seperti Tandon dan Mohanty (2005, hlm. 31-32) yang menyatakan bahawa masyarakat
sivil adalah satu gabungan yang dibentuk melalui perkumpulan individu-individu yang
mempunyai inisiatif yang sama iaitu untuk menyumbang sesuatu kebaikan kepada
masyarakat awam di mana mereka bertindak sebagai pengantara dan penghubung untuk
menyampaikan sesuatu perkhidmatan awam kepada mana-mana golongan yang tidak
mempunyai akses atau akses yang terhad kepada mana-mana perkhidmatan awam di
sesebuah negara. Idea masyarakat sivil yang melibatkan masyarakat awam membentuk
jaringan, pertubuhan dan kesatuan ini juga telah diterima pakai secara tradisionalnya
melalui definisi klasik ke atas masyarakat sivil seperti yang dinyatakan oleh St Augustine
iaitu;

“Masyarakat sivil atau masyarakat Komanwel ialah satu kumpulan


pergerakan manusia yang mempunyai pengakuan hak bersama dan
merupakan komuniti yang berkepentingan” (Sandu dan Arora, 2012, hlm.
95)

Menurut Pelczynski seperti di dalam Kumar (1993, hlm. 379), masyarakat sivil dalam erti
kata ini didefinisikan sebagai satu keadaan di mana seseorang individu bukan sahaja
128
menjaga kepentingan-kepentingan yang sah untuk diri sendiri dan membangunkan
keperibadian dan kemahiran sendiri, tetapi juga belajar berkenaan nilai untuk bertindak
secara berkumpulan, mengamalkan nilai perpaduan sosial dan nilai membuat kebajikan
terhadap orang lain yang seterusnya mendidik seseorang untuk menjadi manusia yang
berakhlak mulia. Oleh kerana tindakan berkumpulan dan secara berpersatuan termaktub
sebagai salah satu definisi kepada masyarakat sivil, maka pandangan neo-liberal telah
mendefinisikan masyarakat sivil sebagai alternatif kepada pentadbiran kepada sesebuah
negara dan ia menjadi sektor ketiga bahkan sektor ketiga ini menunjukkan prestasi yang
lebih baik untuk mempromosikan kesejahteraan masyarakat awam secara umumnya
(Orjuela, 2008, hlm. 26). Oleh itu masyarakat sivil yang digambarkan melalui idea neo-
liberal iaitu sebagai alternatif dan sektor ketiga berfungsi menjadi pengganti kepada
usaha-usaha untuk mensejahterakan kehidupan golongan terpinggir yang dilakukan oleh
kerajaan mahupun pihak swasta dan seterusnya memberikan ruang kepada seseorang
untuk melakukan pembangunan kendiri (Orjuela, 2008, hlm. 26).
Pengkaji seperti Joseph (2002, hlm. 300) pula mempunyai idea yang tersendiri ke
atas definisi masyarakat sivil dengan mendakwa sesuatu kehidupan sosial yang bebas
konflik boleh dicapai melalui penyatuan ke atas perbezaan ideologi dan kepentingan di
kalangan masyarakat. Vinod (2006, hlm. 1-2) telah menyokong definisi tersebut melalui
kajian ke atas masyarakat sivil dengan menghuraikan hubungan sosial boleh dicapai
melalui ekspresi ke atas satu kesamaan pandangan termasuklah dari perspektif politik.
Oleh kerana itulah Fines (1997, hlm. 3-4) telah lebih awal menyatakan bahawa definisi
masyarakat sivil adalah sebuah koleksi penyatuan ke atas pandangan politik yang
berbeza-beza yang akhirnya mewujudkan satu kesatuan pandangan untuk mencapai
sesuatu matlamat. Disebabkan pandangan politik termasuk di dalam dimensi ke atas
definisi masyarakat sivil, maka Karp dan William (1997, hlm. 26) telah mendefinisikan
masyarakat sivil seperti berikut;

“idea masyarakat sivil juga mewakili satu versi ideal demokratik: aspirasi ke
arah bentuk kehidupan sosial di mana individu, dengan bertindak bersama,
akan menetapkan corak kehidupan sosial berdasarkan perbincangan yang
beralasan dan pilihan yang bertanggungjawab”

Walaupun Karp dan William melihat konteks masyarakat sivil melalui lensa politik
namun tetap meneguhkan prinsip asas masyarakat sivil melalui kajian kontemporari
mereka iaitu kesatuan dan persamaan matlamat untuk mewujudkan suasana yang
bermoral melalui definisi berikut;

“Intipati dari konsep masyarakat sivil adalah pengiktirafan bahawa


asyarakat manusia berlandaskan dan dipegang bersama oleh norma dan
pemahaman moral bersama” (Karp dan William, 2016, hlm.27)

129
Oleh itu definisi masyarakat sivil dapat difahami sebagai suatu bentuk kesatuan di
kalangan masyarakat untuk membina kedamaian.Walau bagaimanapun, pada asasnya
aktor-aktor di peringkat masyarakat sivil yang di anggap melaksanakan tanggungjawab
sosial dengan damai namun aktor-aktor masyarakat sivil tidak selalunya bertindak secara
harmoni tetapi sebaliknya akan wujudnya konflik terutamanya apabila aktor tersebut
yang selalunya rakyat di peringkat bawahan melakukan sesuatu mengikut kepentingan
diri sendiri (Spurk, 2010, hlm. 4). Oleh kerana itulah definisi asas masyarakat sivil yang
terikat kepada kontrak sosial telah di ambil daripada pemikir sejarah dan politik iaitu
Alexis De Tocqueville dan kemudiannya definisi yang berbeza tetapi mempunyai makna
teras yang sama iaitu tentang masyarakat yang dikuasai berdasarkan kontrak sosial di
kalangan individu (Spurk, 2010, hlm. 585).
Kaldor (2003, hlm. 6-8) berhujah bahawa semua kajian lepas memberikan definisi
yang mempunyai makna teras yang sama kerana masih berkisar tentang masyarakat yang
dikuasai berdasarkan kontrak sosial di kalangan individu. Oleh kerana wujudnya kontrak
sosial maka sarjana seperti Robert Putnam mendefinisikan bahawa kewujudan
masyarakat sivil yang agresif, bertenaga dan sentiasa bersuara untuk sesuatu matlamat
merupakan asas kepada sistem demokratik yang stabil (Edwards, 2014, hlm. 7). Takrif
kepada masyarakat sivil mengalami pengubahsuaian daripada definisi awal seperti
kesatuan dan pergerakan sosial kemudian menjadi satu elemen kepada sebuah sistem
bernegara yang demokratik seterusnya kepada satu definsi yang mengatakan bahawa
masyarakat sivil adalah satu rangkaian yang berada di luar sistem samada sistem politik,
sistem pasaran mahupun sistem sosial yang lainnya (Jensen, 2016, hlm. 5-6). Menurut
Field (2020), antara entiti sistem sosial yang disokong oleh pertubuhan masyarakat sivil
adalah golongan pelarian yang tertindas kerana kelompok pelarian terkeluar daripada
konteks yang diberikan bantuan oleh pihak kerajaan.

PENTAKRIFAN PELARIAN DI PERINGKAT DUNIA DAN MALAYSIA

Sejarah pengimigrasian telah bermula di antara kurun ke-11 hingga kurun ke-12 apabila
orang-orang yang terlibat dengan pengimigrasian pada ketika itu berhijrah dari satu
negara ke negara yang lain untuk menyampaikan ajaran agama yang diketahui bahawa
mereka akan berhadapan dengan tindakan-tindakan yang kejam jika kekal berada di
negara asal seperti pengimigrasian Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya untuk
menyebarkan Islam. Manakala pengimigrasian orang-orang Portugis dan Sepanyol pula
untuk menyampaikan ajaran Katolik pada kurun ke-15 hingga kurun ke-17 dan
pengimigrasian orang-orang beragama Yahudi pada kurun ke-19 ke Amerika Syarikat
dan ke Timur Eropah (International Federation of Red Cross and Red Crescent Society,
2012). Cholewinski (1999) pula menyatakan pelarian adalah suatu masalah yang
berlarutan semenjak kurun ke-18 iaitu sebelum Perang Dunia Pertama semakin kritikal
apabila meletusnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua dengan dianggarkan
mengakibatkan lebih kurang 60 juta masyarakat dari negara-negara di Benua Eropah
130
menjadi pelarian ke negara-negara seperti Amerika, Oceana, Afrika, Siberia dan Asia
Tengah.
Berdasarkan Konvensyen Geneva 1951, pelarian didefinsikan sebagai seseorang
yang takut ditindas atas sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, keanggotaan suatu
kumpulan sosial atau kerana fahaman politik (Robila, 2018). Robila (2018) juga
menyatakan bahawa seseorang pelarian adalah mereka yang berada di luar negara asalnya
oleh kerana ketakutan disebabkan oleh faktor-faktor yang telah disebutkan, oleh itu
seseorang pelarian itu tidak mendapat manfaat perlindungan keselamatan dari negara
asalnya. Stone (2018) pula menggambarkan 3 takrifan kepada konsep pelarian seperti di
bawah;

Yang pertama, ‘pelarian adalah orang asing di mana-mana negara yang


mereka pergi...Seorang pelarian tidak mempunyai jalan terakhir yang selalu
terbuka untuk kembali ke negara asalnya seperti mana penghijrahan yang
dilakukan oleh orang asing yang bukan kategori pelarian.’.

Yang kedua adalah ‘pelarian ialah seseorang yang bukan sahaja orang asing
di negara lain tetapi mereka hidup bersendirian yang tidak mendapat
perlindungan...tiada kerajaan yang mendokong mereka...dan kitab suci ada
menyatakan kebinasaan pada orang yang bersendiri’.

Yang ketiga pula ialah, ‘pelarian ialah orang asing dan tidak dilindungi serta
bernasib malang di dalam semua keadaan yang dihadapinya....selalunya
menjadi subjek kecurigaan atau penghinaan yang mudah ditujukan kepada
orang asing tanpa perlindungan...dan adalah fakta secara umumnya sikap
kumpulan di sesebuah negara untuk tidak menerima dan mengiktiraf..oleh
itu pelarian tidak dilindungi dan tidak berdaya serta berada di jalan
penghujung’

Bagi para sarjana tempatan, pelarian ditakrifkan sebagai golongan yang tertindas samada
oleh kerajaan atau kerana mereka adalah golongan minoriti di negara sendiri yang
menyebabkan mereka di diskriminasikan dari pelbagai aspek seperti sosio ekonomi,
pendidikan, kesihatan dan keselamatan (Shamsul dan Rachagan, 1984; Azizah; 1986;
Izziah Suryani et al., 2012; Azharuddin dan Azlinariah, 2012; Nurul Qolbi dan Nafisah
Karimah, 2017; Syahrul Alim dan Azlizan, 2018). Oleh kerana diskriminasi dan
penindasan, golongan ini akan bergerak untuk migrasi merentasi sempadan negara ke
negara yang difikirkan sesuai dan kebiasaannya negara jiran adalah destinasi pilihan
utama (Muhammad Nur Hidayat dan Ibnor Izli, 2017; Syahrul Alim dan Azlizan, 2018).
Dari sudut badan bukan kerajaan tempatan seperti Suaram (2008) telah
menakrifkan pelarian sebagai golongan yang tidak berdokumentasi yang merentas
sempadan untuk medapatkan perlindungan di negara lain oleh kerana penindasan di
131
negara asal. Pelarian juga ditakrifkan oleh Rangkaian Hak Pelarian Asia Pasifik (Asia
Pacific Refugee Network) (2017) sebagai sekumpulan manusia yang melakukan
pengimigrasian secara individu, kumpulan-kumpulan kecil atau secara massa yang
merentasi sempadan sesebuah negara oleh kerana penindasan, penganiayaan dan konflik
yang berlaku di negara asal mereka. Di peringkat antarabangsa pula, badan bukan
kerajaan yang utama seperti The United Nations High Commissioner for Refugees
(UNHCR) telah menakrifkan golongan pelarian sebagai mereka yang lari meninggalkan
negara oleh kerana penindasan, peperangan dan kekerasan (UNHCR United States of
America, 2018). Menurut UNHCR lagi, terdapat perbezaan di antara golongan
penghijrahan dan golongan pelarian iaitu pengiktirafan oleh UNHCR hanya diberikan
kepada pelarian kerana mereka terpaksa untuk meninggalkan negara sendiri oleh kerana
penderitaan dan kesengsaraan yang mereka alami berbanding golongan penghijrah yang
menjadikan asas ekonomi sahaja sebagai matlamat untuk mereka berhijrah ke negara lain
(Aizat, 2018). Oleh itu, pentakrifan pelarian adalah berdasarkan kepada Konvensyen
Pelarian 1951 dan Protokol 1967.
Walau bagaimanapun, Malaysia sebagai negara yang tidak menandatangani
Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 secara langsung telah membebaskan
Malaysia dari sebarang obligasi oleh kedua-dua konvensyen tersebut. Walaupun jumlah
negara yang telah menandatangani salah satu samada Konvensyen 1951 atau Protokol
1967 adalah 148 buah negara (UNHCR, 2018), kerajaan Malaysia berpendirian untuk
tidak menandatangani konvensyen tersebut disebabkan kegusaran untuk tidak dapat
memenuhi obligasi dan tanggungjawab di bawah konvensyen tersebut (Shahidan, 2018).
Selain itu, dasar ini diteruskan oleh kerajaan sehingga ke hari ini, walaupun telah berlaku
perubahan pada tampuk pemerintahan negara, kegusaran tersebut masih kekal bahkan
Malaysia khuatir jika pelarian di negara ini terutamanya Rohingya terlibat menjadi
anggota pengganas The Islamic State of Iraq and the Levant atau dikenali sebagai
DAESH salam akronim Arab (Mohammad Sabu, 27 Ogos 2018). Oleh yang demikian,
dasar pelarian di Malaysia adalah konsisten dan tidak berlaku sebarang perubahan
sehingga ke hari ini. Perkara ini juga telah menarik perhatian UNHCR apabila wakil
suruhanjaya itu melahirkan kebimbangan berkaitan status pelarian dan pencari suaka
politik di negara-negara Asia Pasifik dan Asia Tenggara. Isu ini juga menjadi kritikal
apabila Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump telah menarik diri
daripada Kompak Global untuk menangani isu pelarian yang berlaku di peringkat
antarabangsa (Congressional Research Service, 2019).
Perundangan yang terhampir di dalam mengawal selia pelarian di Malaysia adalah
melalui Akta Imigresen (Aizat, 2018). Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) adalah satu
peraturan yang telah dibentuk oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Dalam
Negeri dengan secara rasminya berkuatkuasa pada 1 Mei 1959 di pesisir Barat Malaysia
dan pesisir Timur Malaysia pada 16 September 1963. Akta ini pada mulanya
dikuatkuasakan untuk mengawal selia pekerja asing yang masuk ke negara ini. Namun
kerajaan telah meminda akta ini untuk menyesuaikannya dalam mendepani isu pelarian di
132
negara ini. Oleh itu, Artikel 6 dan Artikel 15 di bawah akta ini telah diguna pakai untuk
isu pelarian oleh kerana tiada artikel khusus di dalam akta ini yang menyentuh berkaitan
pelarian dan pencari suaka politik. Dengan itu, orang-orang yang terbabit di dalam dua
kelompok tersebut secara otomatis tertakluk di bawah Artikel 6 dan Artikel 15 yang
memperuntukkan tindakan undang-undang yang berat melibatkan denda dan penjara jika
komuniti pelarian dan pencari suaka politik masuk ke negara ini tanpa kad pengesahan
dari UNHCR.
Walau bagaimanapun, di sebalik situasi berkenaan dasar di Malaysia yang kelihatan
kompleks dan kritikal, namun ia tidak menghalang Malaysia untuk terus menjamin hak-
hak kemanusiaan pelarian yang ada di Malaysia. Nilai-nilai kemanusiaan yang diguna
pakai oleh pihak pemerintah telah mewujudkan ruang untuk pelarian terutamanya
komuniti Rohingya untuk mendapatkan perlindungan di negara ini. Namun, dari sudut
penguatkuasaan undang-undang, Malaysia tidak berkompromi di mana sebarang tatacara
dan prosedur berkaitan pelarian telah dilaksana dan dikuatkuasa dengan begitu ketat
(Mohammad Sabu, 2018). Ini adalah penting kerana isu pelarian bakal memberi implikasi
yang besar ke atas ekonomi, pendidikan dan kesihatan di negara ini.
Oleh itu, walaupun tiada dasar yang khusus untuk pelarian di negara ini, terdapat
beberapa kerangka polisi yang mengawal selia isu berkaitan pelarian yang menjadi
sumber rujukan utama dalam mendepani isu lambakan pelarian di Malaysia pada ketika
ini yang berjumlah 3.3 juta orang (Jabatan Perangkaan Negara, 2018). Oleh kerana
jumlah pelarian semakin meningkat terutamanya dari Myanmar, kerajaan telah diminta
untuk melonggarkan perundangan bagi membolehkan masyarakat tersebut terbabit dalam
sektor pekerjaan (Mas Imran, 2018). Selain itu, Siti Nor (2010; 2011) juga telah
mencadangkan agar pihak pertubuhan bukan kerajaan juga dilibatkan untuk memainkan
peranannya di dalam menangani masalah pelarian di Malaysia.
Berdasarkan konteks global, komuniti Rohingya ini dilihat sebagai kumpulan sosial
kecil yang ditindas dan bagi masyarakat dunia isu ini adalah sesuatu yang remeh maka
tidak ramai yang mengetahui sejarah komuniti Rohingya ini sama ada sebelum, semasa
atau selepas era pemerintahan Sultan Sulaiman Shah dan zaman pemerintah Raja Burma
(Spivak, 2017). Majoriti penduduk di dunia ini telah mempunyai satu persepsi bahawa
pelarian Rohingya adalah kumpulan yang telah dilayan secara kejam oleh pemerintah
mereka yang kejam (Einaudi, 2018). Persepsi ini boleh dianggap benar apabila ia
disokong oleh PBB yang juga tidak menyarankan pelarian Rohingya untuk pulang ke
negara asal mereka (UNHCR, 2018). Oleh itu pada Januari 2018, The Association of
Southeast Asian Nations (ASEAN) melalui salah satu platformnya iaitu ASEAN
Parliamentarians for Human Rights (APHR) telah membuat satu lawatan ke atas kem
Cox’s Bazar bagi menemui pelarian Rohingya bagi menggarap satu solusi jangka masa
panjang, namun keadaan pelarian Rohingya boleh di akui masih kekal sama walaupun
ASEAN sangat kritikal ke atas Myanmar dan Bangladesh di dalam isu ini (Parnini,
2013).

133
Bagi ASEAN, pendirian ahli-ahlinya adalah sama iaitu Myanmar perlu
menyelesaikan krisis ini dengan segera melalui pengiktirafan komuniti Rohingya sebagai
warga negara yang sah (Parnini, 2013). Kerajaan junta Myanmar pula telah melakukan
pembersihan etnik Rohingya melalui pembakaran secara besar-besaran di kampung-
kampung yang di diami oleh mereka, melakukan jenayah seksual ke atas wanita-wanita
Rohingya dan melakukan pembunuhan secara beramai (Mohajan, 2018). Iftakhar (2018)
telah menyatakan bahawa kerajaan Myanmar telah berjaya melakukan pembersihan etnik
yang menyebabkan penduduk Muslim Rohingya berpindah ke Bangladesh, Thailand,
Singapura dan Malaysia.
Pada asasnya, Malaysia sebagai negara bukan ahli kepada konvensyen pelarian
menempatkan mereka secara sementara di negara ini sebelum di hantar ke negara lain
iaitu Australia (Spivak, 2017). Malaysia adalah antara negara yang kekal lantang bersuara
perihal pelarian Rohingya, ini dapat dilihat melalui kesinambungan pendirian kerajaan ke
atas isu ini. Bermula di era 1980-an semasa Perdana Menteri ke-4 iaitu Dr Mahathir
Mohammad, kritikan Malaysia ke atas Myanmar di semua peringkat tidak boleh
dinafikan (Loh, 2015). Walaupun terdapat perubahan kepimpinan negara kepada Perdana
Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, pendirian Malaysia masih juga kekal
sama dan semasa persidangan kemuncak ASEAN pada tahun 2017, perkara ini turut
menjadi tumpuan di mana Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri ke-6 juga
dengan jelas telah menyatakan kesediaan kerajaan untuk memberi bantuan kemanusiaan
kepada pelarian Rohingya, oleh yang demikian pada 2017 Malaysia telah menyuarakan
kebimbangan kerajaan kepada ASEAN dan Organisation of Islamic Cooperation (OIC)
(Utusan Malaysia, 20 Januari 2017). Tun Dr Mahathir yang sekali lagi menjadi ketua
kerajaan sebagai Perdana Menteri ke-7 ketika ini, lebih lantang dengan membawa isu ini
ke persidangan PBB (News Straits Times, 28 September 2018).

PERMASALAHAN PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA

Permasalahan pada landskap dalaman sesebuah negara seperti pelanggaran hak asasi
manusia, pembunuhan, penindasan dan pemisahan kaum, etnik serta agama yang sinonim
dengan istilah konflik dalaman adalah merupakan faktor yang mencetuskan perasaan
mereka yang terlibat untuk melarikan diri dari negara asal dan menjadi pelarian.
Fenomena pelarian bukan sahaja seperti perspektif tradisional iaitu di peringkat dalaman
dan di antara wilayah seperti kajian lepas ke atas permasalahan pelarian di Afrika yang
telah dinyatakan sebelum ini bahkan ia melibatkan penghijrahan rentas sempadan dengan
kaedah-kaedah kontemporari yang membahayakan nyawa pelarian itu sendiri seperti
yang diguna pakai oleh pelarian Rohingya yang masuk ke Malaysia.
Implikasi kemasukan mereka ini bukan sahaja menjadi masalah kepada negara
destinasi tetapi telah mencetuskan satu permasalahan berkaitan peranan pihak-pihak
terbabit yang berada di negara destinasi. Ini termasuklah peranan yang boleh dimainkan
oleh pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) di dalam membantu kerajaan untuk menangani
134
masalah ini. Berdasarkan maklumat-maklumat yang tersedia, pelarian Rohingya telah
menjadikan Malaysia dan Thailand sebagai salah satu negara destinasi utama selain
Bangladesh, namun Malaysia mahupun Thailand tidaklah menjadikan obligasi
konvensyen pelarian sebagai dasar pentadbiran pelarian di negara masing-masing. Hal ini
menyebabkan permasalahan pelarian Rohingya di Malaysia menjadi semakin rumit
ketika pelarian Rohingya menghadapi konflik dengan pemerintah Myanmar yang tidak
mengiktiraf status mereka sebagai warganegara, Malaysia pula tidak mengiktiraf
golongan pelarian di negara ini.
Ini juga dipersetujui oleh UNHCR melalui sokongan berterusan oleh PBB ke atas
usaha NGO dalam menjalankan operasi mereka untuk membantu golongan pelarian.
Malah UNCHR memberikan garis panduan berkenaan peranan NGO antaranya NGO
berperanan di dalam sektor-sektor yang spesifik dan mengikut agenda utama mereka
seperti pendidikan dan kesihatan, mewujudkan rangkaian regional dan menjalankan
operasi NGO di peringkat kebangsaan. Akhbar tempatan menyatakan bahawa pada tahun
2012 hingga 2015, seramai 170 ribu pelarian etnik Rohingya dan warga Bangladesh telah
diseludup masuk ke negara ini melalui sindiket pemerdagangan orang yang telah
melibatkan urus niaga haram antara RM174.5 juta hingga RM 349 juta setahun
berdasarkan analisis oleh Suruhanjaya Hak Asasi Mnausia Malaysia (SUHAKAM) dan
NGO lokal bernama Fortify Rights (Harian Metro, 9 April 2019). Sikap kerajaan
Malaysia yang mengamalkan prinsip kemanusiaan telah membenarkan pelarian Rohingya
tinggal sementara dan bekerjasama dengan pihak UNHCR untuk menguruskan
dokumentasi dan bantuan-bantuan lain yang diperlukan oleh golongan tersebut (Bernama,
26 September 2018).
Di atas sifat kemanusiaan ini, ianya telah menjadi faktor penarik kepada pelarian
Rohingya untuk datang ke negara ini, namun di atas status yang tidak diiktiraf, mereka
terdedah kepada ancaman keselamatan dan pemerdagangan orang serta menjadi mangsa
sindiket penipuan. Perkara ini telah didedahkan oleh akhbar arus perdana yang
melaporkan permasalahan penyeludupan etnik Rohingya dengan menyatakan bahawa 43
orang etnik Rohingya beserta 12 orang wanita telah terlibat dengan penyeludupan
manusia dengan jumlah bayaran dikenakan oleh pihak sindiket yang berjumlah 20 ribu
Taka atau RM 972.31 sen seorang (Berita Harian, 15 Februari 2019). Astro Awani (28
Mac 2019) telah melaporkan melalui informasi dari laporan bertajuk ‘Sold Like Fish’
oleh SUHAKAM dan Fortify Rights yang mendedahkan bahawa pelarian Rohingya perlu
membayar wang tebusan sebanyak RM6,800 kepada sindiket jika mereka ingin
dibebaskan berdasarkan kajian merangkumi temubual ke atas 270 saksi, pelarian yang
diselamatkan, penjenayah dan pegawai kerajaan dari tahun 2013 hingga 2019.

PERANAN PERTUBUHAN MASYARAKAT SIVIL DI DALAM MENANGANI


MASALAH PELARIAN ROHINGYA

135
Aktor-aktor masyarakat sivil seperti Pertubuhan Antarabangsa, NGO dan Agensi
Kemanusiaan Bukan Kerajaan lazimnya memainkan peranan berkaitan perkhidmatan
asasi bagi membolehkan golongan pelarian meneruskan kehidupan, pembina kapasiti
untuk mobilisasi dan pemberdayaan serta berfungsi di dalam pembinaan perdamaian
(Beck dan Buchanan-Smith, 2008; Vanrooyen, 2013; Goding, 2017). Peranan-peranan
yang dimainkan oleh aktor-aktor masyarakat sivil tersebut adalah penting bagi
memastikan golongan pelarian dapat diuruskan dan diterima di peringkat lokaliti. Situasi
ini menyebabkan aktor-aktor masyarakat sivil tersebut diberikan perhatian yang lebih
serius kerana selalunya bantuan kepada pelarian oleh aktor-aktor dan pertubuhan
masyarakat sivil dianggap bantuan di tahap yang rendah. Tanggapan sedemikian adalah
kerana rangka kerja undang-undang dan dasar serta organisasi bantuan kemanusiaan yang
berkapasiti besar melobi untuk pembiayaan dari penderma dilakukan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa (Mackreath dan Sanic, 2017).
Oleh itu, Kingsley (2016) menyatakan bahawa aktor dan pertubuhan masyarakat
sivil yang memberikan bantuan kemanusiaan berskala kecil dan inisiatif sosial di
peringkat bawahan perlu juga diberikan perhatian kerana proses penyelesaian masalah
pelarian bergantung kepada interaksi dan tindak balas masyarakat sivil dengan golongan
yang terlibat. Cara masyarakat sivil bertindak balas dalam membantu menyelesaikan kes
kehadiran pelarian adalah faktor penting bagi memastikan bantuan dan kesejahteraan
sosial di antara golongan pelarian dan masyarakat setempat dapat diwujudkan. Hujahan
ini di sokong oleh Vanrooyen (2013) yang menyatakan bahawa sekatan-sekatan di dalam
memberikan bantuan perlu di pertimbangkan untuk ditarik semula bagi memastikan
aktor-aktor masyarakat sivil di peringkat bawahan dapat memainkan peranannya secara
lebih sistematik dan profesional. Menurut Medecins Sans Frontieres (2015), penarikan
sekatan menyebabkan pertubuhan kemanusiaan dapat beroperasi dengan lebih profesional
dan berstruktur malah organisasi seperti Palang Merah dapat memperluaskan skop
bantuan kemanusiannya tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit. Bahkan sebahagian
besar pertubuhan-pertubuhan sivil telah mengikuti prinsip-prinsip kemanusiaan,
berkecuali, kesaksamaan dan kebebasan seperti yang digariskan oleh Pejabat PBB bagi
Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di dalam memainkan peranannya (OCHA, 2010).
Walaupun pertubuhan masyarakat sivil mempunyai peranan yang penting di dalam
isu pelarian namun ia masih bergelut dengan kekurangan penyelarasan, kakitangan yang
bersedia dan ahli-ahlinya majoriti dari golongan tidak atau separa profesional (Eriksson,
2012). Oleh itu, inisiatif baru kemudiannya dibangunkan untuk meningkatkan
akauntabiliti dan untuk menyeragamkan dan menyelaraskan aktiviti bantuan dan
pembangunan (Vanrooyen, 2013). Salah satu inisiatif yang diperkenalkan ialah Projek
Sphere (Beck dan Buchanan-Smith, 2008) iaitu projek yang membincangkan hala tuju
dengan jelas dan sasaran yang boleh dirangka bagi menyediakan bantuan dalam keadaan
kecemasan dan menentukan sesuatu keperluan dengan lebih tepat seperti jumlah
keperluan air bersih bagi golongan pelarian (Vanrooyen, 2013). Walaupun terdapat
keberkesanan namun sistem penyeragaman dan pelarasan melalui projek tersebut telah
136
dipersoalkan pada masa-masa lain contohnya ketika berlakunya gempa bumi di Haiti
yang menyaksikan kelemahan sistem tersebut di dalam mengkoordinasikan bantuan-
bantuan kepada mereka yang terlibat dan kelemahan pertubuhan masyarakat sivil di
dalam operasi membantu pelarian dari Utara Greece. Walaubagaimanapun, di sebalik
kelemahan yang ada seperti interaksi dengan aktor profesional, kod etika perkhidmatan
yang tidak jelas dan cara bekerja yang kekal bersendirian namun para pengkaji
menyokong dakwaan bahawa pertubuhan masyarakat sivil yang pro-pelarian berperanan
sebagai penyedia perkhidmatan, pembina kapasiti dan terlibat secara langsung semasa
berlakunya sesuatu konflik.

a. Penyedia Perkhidmatan

Asas kewujudan kumpulan masyarakat sivil di dalam persekitaran kebajikan adalah untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan memastikan masyarakat yang terpinggir
dapat meneruskan kehidupan mereka. Dakwaan ini sejajar dengan hujahan oleh Baluku
(2010) yang menyatakan bahawa kumpulan masyarakat sivil seperti NGO merupakan
tunjang kepada penyedia perkhidmatan kepada golongan terpinggir seperti golongan
miskin dan membanteras masalah kelaparan serta membantu golongan yang terlibat
dengan konflik sosial. Walaupun kumpulan masyarakat sivil boleh bertindak sebagai
penyedia perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan namun peranan utama
haruslah dimainkan oleh pihak berwajib yang bertanggungjawab untuk membantu
golongan terpinggir. Tetapi pihak pemerintah berhadapan dengan permasalahan
pengurusan dan operasi daripada pelbagai aspek seperti isu bebanan kewangan dan
kekurangan tenaga kerja serta skop tanggungjawab yang lebih besar dan lebih keutamaan
diberikan kepada rakyat tempatan. Oleh disebabkan itu kerajaan mengalami defisit
kapasiti maka kerajaan boleh mengatasi kekurangan ini dengan memberi pengiktirafan
sewajarnya kepada pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan memberi mereka peluang
untuk mengambil bahagian dalam usaha pembangunan sosial di sesebuah negara. Ruang
ini juga tidak seharusnya terfokus dan terarah kepada rakyat tempatan bahkan kepada
golongan pelarian yang semenjak dari awal sudah diketahui berhadapan dengan pelbagai
rintangan dan cabaran untuk meneruskan kehidupan.
Oleh itu, peranan pertubuhan masyarakat sivil sebagai penyedia perkhidmatan telah
menjadi semakin signifikan terutamanya apabila berlaku konflik seperti peperangan yang
mengakibatkan pertambahan kepada jumlah golongan pelarian yang perlu diberikan
bantuan khidmat keperluan asasi seperti makanan, minuman, kesihatan, pendidikan dan
keselamatan serta penginapan. Pandangan ini sejajar dengan hujahan oleh para sarjana
seperti Hemono et al.(2018) yang mendapati kumpulan masyarakat sivil boleh bertindak
dengan lebih berkesan sebagai organisasi sokongan yang penting di dalam proses
menyampaikan perkhidmatan kepada golongan pelarian ketika berlakunya konflik di
sesebuah negara. Badan antarabangsa di negara Eropah seperti Kesatuan Eropah, di
benua Afrika seperti Kesatuan Afrika dan di benua Asia seperti ASEAN juga telah

137
menekankan kepentingan pertubuhan masyarakat sivil diperkukuh dan dipertingkatkan
untuk memastikan penyampaian perkhidmatan sosial yang lebih berkesan kepada
golongan yang tertindas.
Selanjutnya peranan pertubuhan masyarakat sivil sebagai pelengkap di dalam
memastikan perkhidmatan disampaikan kepada golongan terpinggir haruslah menjadi
sebahagian daripada agenda pembangunan sosial di sesebuah negara. Perkara ini amatlah
penting kerana di dalam kehidupan realiti golongan pelarian termasuk sebagai kluster
masyarakat yang terpinggir daripada arus pembangunan oleh pihak pemerintah. Arena
pembangunan yang begitu pesat bakal menenggelamkan lagi suara dan rintihan bantuan
oleh golongan pelarian. Manakala penglibatan pertubuhan masyarakat sivil sebagai
pembantu di dalam menyampaikan agenda pembangunan negara secara langsung telah
mengukuhkan peranannya sebagai penyedia perkhidmatan kepada golongan pelarian di
sesebuah negara umumnya dan khasnya di Malaysia.
Dalam erti kata lain, kumpulan masyarakat sivil sebagai penyediaan perkhidmatan
asas kepada kelompok yang perlu dibantu seperti golongan pelarian menjadi teras utama
sebagai pembantu untuk memacu pembangunan sosial oleh kerajaan secara lebih holistik
dan bertepatan dengan kehendak badan dunia seperti UNHCR. Hujahan tersebut sejajar
dengan kajian oleh Baluku (2010) yang mendakwa pertubuhan masyarakat sivil bertindak
sebagai pemacu kepada agenda sosial kerajaan di dalam kajiannya ke atas peranan
pertubuhan masyarakat sivil. Walau bagaimanapun, sebelum mana-mana organisasi sivil
boleh melaksanakan secara optimum dan cekap dalam mencapai objektif kepada agenda
sosial tersebut, organisasi terlibat mestilah mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk
memanfaatkan semua aset-asetnya dengan tepat seperti sumber modal dan sumber
manusia serta sumber-sumber yang berkaitan di dalam usaha membina kapasiti kumpulan
masyarakat yang terlibat. Ini bagi memastikan bantuan dan sumbangan berterusan dapat
diberikan ketika golongan pelarian terus terpinggir daripada pembangunan di sesebuah
negara.

b. Pembinaan Kapasiti

Pembinaan kapasiti biasanya merujuk kepada peranan masyarakat sivil di dalam latihan
dan pembangunan modal insan serta membina keupayaan organisasi yang beroperasi di
dalam masyarakat awam serta membantu pihak sektor awam. Sebagai contoh di Uganda,
pertubuhan sivil berkaitan kesihatan telah menyokong pekerja hospital dan klinikal di
sektor awam dengan membantu untuk melatih mereka menggunakan kaedah-kaedah
perubatan kontemporari (Atukunda et al., 2015). Pembinaan kapasiti melalui latihan
kesihatan juga berlaku di negara Indonesia melalui pertubuhan sivil bernama DKT
Indonesia yang juga menyumbang kepada pembangunan modal insan dengan melatih
bidan tempatan untuk memiliki dan mengendalikan klinik-klinik untuk meningkatkan
penggunaan kontrasepsi (Center for Health Market Innovation, 2015). Dakwaan ini
sejajar dengan kenyataan oleh badan dunia seperti World Health Organisation (WHO)
138
yang menyatakan bahawa pertubuhan masyarakat sivil perlu dilibatkan di dalam
memastikan kapasiti yang mencukupi untuk bantuan kesihatan disampaikan. Sementara
kajian Goding (2017) menyokong dakwaan WHO melalui analisisnya yang mendapati
pembinaan kapasiti yang mencukupi di dalam bentuk latihan dan pembangunan modal
insan boleh dicapai melalui pemberdayaan ke atas pertubuhan masyarakat sivil.
Selain daripada latihan, idea pertubuhan masyarakat sivil sebagai pembina kapasiti
juga telah di ketengahkan oleh Gioacchino (2019) yang menyatakan bahawa masyarakat
sivil dikaitkan dengan fungsi sebagai agen untuk membantu membina kapasiti sesebuah
kelompok masyarakat melalui pertumbuhan ekonomi, peningkatan jaringan dan keadilan
sosial serta memantau pengurusan kerajaan supaya menjadi lebih baik. Oleh itu,
sepanjang 20 tahun yang lalu pelbagai medium untuk penilaian dan analisis berkaitan
pembinaan kapasiti telah di wujudkan untuk menganalisis peranan pertubuhan sivil di
dalam membina keupayaan ke atas sesuatu kelompok masyarakat. Antaranya adalah
melalui Projek Dasar yang telah menerbitkan Organizational Capacity Assessment Suite
of Tools yang membantu menilai pembinaan kapasiti oleh pertubuhan sivil di dalam
bidang dasar, advokasi, tadbir urus dan kewangan termasuklah panduan yang berstruktur
untuk menilai kapasiti organisasi mereka, menganalisis hasil, dan merancang pembaikan
jika di perlukan. Selain itu, The Consortium Management and Leadership Training
Facilitator’s Guide yang di keluarkan oleh CORE Group juga adalah merupakan sebuah
petunjuk untuk membantu pertubuhan sivil di dalam memainkan peranannya sebagai
pembina kapasiti kepada masyarakat terpinggir (Friedman, 2014). Instrumen yang
dihasilkan boleh membantu organisasi sivil membentuk sebuah pengurusan dan
pentadbiran yang lebih cekap supaya proses pembinaan kapasiti ke atas kelompok
masyarakat yang memerlukan bantuan dapat dijalankan dengan lebih teratur, sistematik,
efisien dan menepati sasaran.
Walaupun terdapat instrumen yang di bangunkan untuk membantu pertubuhan
masyarakat sivil di dalam proses pembinaan kapasiti namun banyak pertubuhan-
pertubuhan tersebut masih tidak dapat menjalankan operasinya pada tahap optimum
(Shaklin dan Tan, 2016). Ini dibuktikan melalui kajian yang di jalankan telah mendapati
lebih daripada separuh pertubuhan mempunyai kapasiti pengurusan dan operasi yang
tidak memuaskan (Ekirapa et al., 2012). Para penyelidik pertubuhan masyarakat sivil
menyatakan bahawa keadaan tersebut berlaku adalah disebabkan oleh penyalahgunaan
pihak-pihak yang berkepentingan seperti penderma antarabangsa yang menyebabkan
program yang direka secara luaran tanpa mengambil kira komitmen dan proses
mengukuhkan modal insan untuk menangani sesuatu masalah secara berterusan
(Swanson et al., 2015). Situasi ini menyebabkan peranan pertubuhan sivil yang
sepatutnya membantu untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran golongan terpinggir
telah disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Hal ini pada akhirnya akan
menyebabkan matlamat dan objektif pertubuhan untuk membantu meningkatkan kualiti
modal insan tidak tercapai dan tersasar.

139
Pembangunan modal insan adalah merupakan salah satu pembinaan kapasiti yang
menjadi teras bagi pertubuhan masyarakat sivil yang berkaitan dengan pelarian untuk
memastikan golongan tersebut boleh meneruskan kehidupan (Vandervoordt, 2019).
Hujahan tersebut disokong oleh Feischmidt et al. (2019) yang menyatakan peranan
pertubuhan masyarakat sivil di dalam membangunkan modal insan golongan pelarian
merupakan salah satu inisiatif perlindungan ke atas golongan tersebut. Pembinaan
kapasiti berbentuk keupayaan modal insan bagi golongan pelarian termasuklah Rohingya
mestilah adil dan saksama bagi golongan lelaki dan perempuan.
Pembangunan modal insan melalui gerakan oleh pertubuhan masyarakat sivil untuk
kumpulan pelarian perlu mengambil kira cabaran global yang memerlukan polisi kerajaan
yang lebih mesra kepada pertubuhan sivil. Diakui bahawa golongan pelarian bukan
sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan maka polisi dan dasar pembangunan tidak
terarah kepada golongan tersebut. Namun di dalam hal ini, pihak pertubuhan masyarakat
sivil boleh menjadi perantara bagi memastikan masalah golongan pelarian yang sudah
pun menetap di Malaysia. Pihak kerajaan boleh menggunakan pertubuhan-pertubuhan
tersebut sebagai jentera untuk membantu namun mereka perlu dilibatkan di dalam sesi
advokasi kepada kerajaan bagi membentuk polisi. Oleh itu, pertubuhan masyarakat sivil
juga relevan sebagai advokasi kepada polisi kerajaan di dalam menangani isu pelarian.

c. Advokasi, Pembentukan Polisi Awam dan Informasi Awam

Advokasi, pembentukan polisi dan informasi awam merujuk kepada peranan pertubuhan
masyarakat sivil di dalam aktiviti-aktiviti yang bermatlamat untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat awam, melakukan pembaharuan ke atas program kebajikan dan
melibatkan organisasi di peringkat bawahan bagi membantu golongan yang memerlukan
(Shaklin dan Tan, 2016). Salah satu proses advokasi, pembentukan polisi dan informasi
awam yang dipengaruhi oleh pertubuhan masyarakat sivil yang bersifat global adalah
gerakan untuk membantu golongan terpinggir oleh kerana penyakit berjangkit seperti
HIV/AIDS. Selain daripada isu kesihatan, pertubuhan masyarakat sivil juga terlibat di
dalam proses advokasi, pembentukan polisi dan pengantar informasi kepada masyarakat
awam berkaitan isu pelarian (Moussawi dan Yassin, 2019).
Penglibatan masyarakat sivil di dalam advokasi berkaitan pelarian adalah
disebabkan oleh keengganan pihak pemerintah untuk bertindak dengan lebih aktif untuk
mengatasi krisis pelarian yang berlaku di sesebuah negara (Rosales, 2016). Oleh
disebabkan itu pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil telah bersikap kritikal terhadap
sistem politik pemerintah yang kurang menumpukan terhadap pendatang, pelarian dan
pencari suaka. Ini kerana matlamat utama pertubuhan masyarakat sivil lebih cenderung
untuk mengatasi masalah pendatang dan pencari suaka politik (Pallas, 2019). Kesan
daripada tindakan agresif pertubuhan masyarakat sivil berkaitan polisi kerajaan ini
menyebabkan pertubuhan-pertubuhan tersebut sering digambarkan sebagai ancaman atau
beban kepada kerajaan (Vandevoordt dan Verschraegen, 2019).
140
Walau bagaimanapun, pertubuhan masyarakat sivil tetap meneruskan usaha di
dalam proses advokasi untuk golongan pelarian termasuklah berkaitan isu integrasi sosial
di peringkat lokal bagi memastikan mereka mendapat bantuan daripada rakyat tempatan.
Usaha pihak pertubuhan masyarakat sivil tersebut adalah untuk mempengaruhi
pandangan rakyat tempatan kerana organisasi sivil merupakan pihak pengantara di antara
golongan pelarian yang memerlukan bantuan, kerajaan dan masyarakat tempatan. Ini
adalah disebabkan isu pelarian jarang dibincangkan di peringkat masyarakat awam
tempatan. Oleh itu ia menjadi faktor utama organisasi sivil cuba untuk membawa
kesedaran dan seterusnya melibatkan pandangan masyarakat awam di dalam proses
pembuatan polisi yang bersesuaian untuk menangani isu pelarian.
Pertubuhan masyarakat sivil merupakan reformis kepada proses pembuatan polisi
melalui pengaruhnya sebagai kumpulan yang berkepentingan di dalam proses pembuatan
dasar berkaitan pelarian dan pencari suaka politik. Dakwaan ini sejajar dengan kajian
oleh Lester (2005) yang menyatakan pertubuhan masyarakat sivil dan polis kerajaan tidak
boleh dipisahkan terutamanya di dalam isu perlindungan ke atas golongan pelarian.
Organisasi sivil di perlukan kerana boleh berperanan di dalam memberi pandangan untuk
memastikan masalah jurang ke atas polisi berkaitan pelarian dan kehidupan realiti dapat
di atasi seperti yang berlaku di kebanyakan negara di dunia. Bagi mengatasi jurang polisi
ini maka Bezdrob dan Bajramovic (2019) telah mencadangkan pertubuhan masyarakat
sivil perlu dilibatkan oleh pihak berkuasa di dalam proses membentuk strategi untuk
pembangunan golongan pelarian di peringkat lokal.
Pembabitan pertubuhan masyarakat sivil di dalam merangka strategi pembangunan
sosial bagi golongan pelarian dan pencari suaka politik adalah dari sudut mempengaruhi
polisi agar menjadi lebih adil kepada dua kumpulan masyarakat tersebut. Selain itu,
Micinski (2019) menyatakan bahawa pertubuhan masyarakat sivil bukan sahaja boleh
mempengaruhi polisi pihak pemerintah malah mampu menjadi koordinator kepada
pengurusan pelarian dengan menjadi pengantara di antara golongan pelarian dan pembuat
dasar. Oleh kerana pertubuhan masyarakat sivil boleh menjadi pengantara maka
informasi yang tepat perlu di hantar oleh kumpulan tersebut kepada pihak-pihak yang
terlibat di dalam usaha menangani permasalahan pelarian di sesebuah negara.
Peranan organisasi sivil di dalam menyampaikan informasi awam yang tepat
dikaitkan dengan usaha untuk mendamaikan di antara pihak kerajaan dan golongan
pelarian bagi membentuk sebuah persefahaman di dalam merangka pelan penyelesaian
masalah (Lester, 2005). Menurut European Union Agency for Fundamental Rights
(2017), pertubuhan masyarakat sivil berupaya memikul peranan untuk memastikan
informasi yang tepat berkaitan situasi pelarian dan hak-hak mereka disampaikan kepada
pihak pemerintah agar sebuah kerangka polisi untuk golongan tersebut boleh digubal
melalui pendekatan yang lebih holistik. Perihal ini juga dibincangkan oleh Saglie dan
Sivesind (2018) yang menyatakan sesebuah pertubuhan masyarakat sivil tidak boleh
dihalang daripada mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat kepada pihak-
pihak yang terlibat di dalam membantu golongan yang terpinggir. Namun, pihak kerajaan
141
selalunya mengawal informasi berkaitan golongan pelarian atas faktor-faktor seperti
keselamatan dan kedaulatan negara.
Walau bagaimanapun, Hassan (2019) mengatakan bahawa kawalan ke atas
informasi awam dan sekatan ke atas penyebarannya adalah sukar untuk dilakukan di era
digital, zon realiti maya dan zaman media-media baru yang semakin berkesan di dalam
mempengaruhi masyarakat. Oleh kerana itu di era teknologi tinggi pada masa kini
pertubuhan masyarakat sivil perlu dilibatkan sebagai pemberi informasi kepada
masyarakat ataupun pihak pemerintah kerana organisasi sivil lebih berkemahiran di
dalam teknologi digital di dalam membantu meningkatkan kecekapan gerak kerja sosial
mereka. Informasi awam yang disampaikan oleh pertubuhan masyarakat sivil bukan
sahaja melalui medium berteknologi tetapi melalui aktiviti konvensional seperti dialog
dan konferensi yang boleh membantu di dalam proses penyelesaian konflik pelarian di
sesebuah negara. Oleh yang demikian, pertubuhan masyarakat sivil mempunyai
sumbangan yang signifikan di dalam membantu untuk menyelesaikan konflik pelarian
dan membina perdamaian.

CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH PELARIAN ROHINGYA MELALUI


MASYARAKAT SIVIL

Masalah pelarian Rohingya yang semakin meruncing di Myanmar seolah-olah tiada satu
titik noktah. Dengan tindakan kerajaan junta yang masih berkeras untuk tidak mengiktiraf
masyarakat Rohingya bakal mencetuskan gelombang pelarian yang bakal mendatangkan
masalah bukan sahaja kepada negara Myanmar tetapi kepada negara-negara yang terlibat
sebagai destinasi tumpuan kumpulan ini. Ketika suasana pandemik yang masih tidak
menunjukkan tanda-tanda untuk pulih di dalam masa terdekat, masalah pelarian
Rohingya bakal memberikan satu impak yang besar kepada pengurusan sesebuah negara.
Walaupun mereka adalah pelarian yang tiada hak di negara seperti Malaysia, namun
hakikat bahawa pelarian Rohingya adalah manusia biasa yang perlu diberi perlindungan
dan keperluan asasi merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi
seseorang yang bersifat insani. Oleh itu kaedah mobilisasi sosial dan pemberdayaan
kumpulan masyarakat sivil seperti NGO adalah mustahak di dalam membantu menangani
permasalahan tersebut.

a. Mobilisasi Sosial

Konsep mobilisasi sosial ialah proses menyatukan aktor-aktor sosial yang wujud secara
praktikalnya di pelbagai sektor dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan
memacu permintaan masyarakat terpinggir terhadap program pembangunan dan untuk
membantu penyampaian sumber dan perkhidmatan serta untuk mengukuhkan penyertaan
masyarakat untuk pembangunan kendiri (Muhammad Azam et al., 2018: p.1). Konsep ini
sejajar dengan hujahan awal oleh Prasad (2003) berkaitan mobilisasi sosial iaitu berkaitan
142
penyatuan aktor-aktor sosial adalah bertujuan untuk memperkasakan golongan yang
tertindas dan berkonflik berdasarkan tiga parameter penting iaitu; 1) mempunyai sumber
sendiri, 2) menggunakan kemahiran dan pengetahuan sendiri dan 3) menggunakan
organisasi yang diurus tadbir oleh mereka sendiri. Oleh itu terdapat hubungan yang
signifikan di antara mobilisasi sosial dan proses-proses pembangunan di mana mobilisasi
sosial berfokus dan terarah kepada proses pembangunan di peringkat bawahan (sistem
keadilan dan kesaksamaan sosial) yang perlu dilaksanankan sebelum pembangunan
secara holistik ke atas sistem sosial, ekonomi dan politik (Villi, 2008). Hujahan tersebut
sejajar dengan definisi oleh pengkaji yang menyatakan bahawa mobilisasi sosial adalah
proses anjakan daripada sebuah kumpulan yang pasif kepada gerakan yang lebih aktif di
dalam menangani masalah masyarakat di peringkat bawahan (Clarke, 2018). Bahkan,
Rogers et al. (2018, hlm. 358) ada menyentuh mengenai gerakan sivil melalui definisi
mobilisasi sosialnya seperti berikut:

social mobilization as the effort to marshal many people to perform


behaviors that impose a net cost on each individual who complies and
provide negligible collective benefit unless performed by a large number of
individuals. Examples include civic engagement behaviors like voting or
volunteering, environmentally sustainable behaviors like conservation or
recycling, and charitable contributions of time and money

Gerakan yang aktif ini merupakan sebuah pergerakan sosial yang menyokong tindakan
oleh pihak berautoriti atau gerakan menentang termasuklah seperti mobilisasi untuk
melakukan protes, boikot atau rusuhan. Malah Clarke (2018) menambah gerakan
mobilisasi yang aktif tersebut boleh di dalam bentuk gerakan aman atau gerakan yang
menggunakan kekerasan namun tidaklah sehingga melibatkan penggunaan senjata api.
Oleh kerana mobilisasi sosial merupakan sebuah gerakan yang menggunakan sumber-
sumber yang ada maka proses dialog, rundingan dan persetujuan di kalangan masyarakat,
komuniti dan organisasi di dalam melaksanakan tindakan-tindakan untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi dan membina jalan penyelesaian juga seharusnya termasuk di
dalam salah satu kaedah penyelesaian kepada isu pelarian.
Tindakan NGO yang memobilisasikan sumber-sumbernya untuk membantu
pelarian dan pendatang adalah fenomena pembangunan komuniti yang membantu dari
pelbagai aspek oleh para aktor di peringkat masyarakat biasa yang membantu menangani
masalah pelarian dan pendatang. Oleh kerana mobilisasi oleh pihak NGO mendatangkan
kebaikan maka tindakan pemerintah terhadap pertubuhan-pertubuhan sepatutnya lebih
kepada pendekatan dan terbuka dan perbincangan bukan menghalang. Kesan mobilisasi
sosial dapat dilihat dengan jelas dalam konteks pembukaan ruang bekerja kepada
golongan pelarian.
Selain itu kesannya untuk memenuhi misi dan objektif pertubuhan dalam
menegakkan nilai-nilai masyarakat yang demokratik dan berperikemanusiaan juga dapat
143
diwujudkan. Bagi pihak pemerintah dan pihak yang terlibat dengan operasi untuk
menangani masalah pelarian dan pendatang juga memberi kesan positif kepada aktor
seperti masyarakat di peringkat bawahan yang membantu pelarian dan pendatang lain.
Hal ini disebabkan oleh pada tahun 2015 terdapat dua agenda di benua Eropah iaitu
agenda mengenai penghijrahan dan agenda Eropah mengenai keselamatan yang
mengisytiharkan perjuangan menentang penyeludupan migran sebagai kunci keutamaan
oleh sesebuah pemerintahan (Suruhanjaya Eropah, 2015).
Menurut pelan tindakan European Union (EU) terhadap isu pelarian dan
penyeludupan migran tersebut telah menetapkan tindakan khusus untuk menangani
masalah pelarian dengan menyalurkan sumber kewangan dan menyediakan protokol
operasi kepada agensi nasional seperti badan kehakiman, penguatkuasa undang-undang,
pengawal sempadan dan pantai serta tentera juga badan NGO yang terlibat. Oleh kerana
badan NGO menjadi semakin signifikan melalui kaedah mobilisasi sosialnya maka
pelaksanaan operasi membantu pelarian dan penyeludupan migran EU telah dibantu oleh
aktor masyarakat sivil dengan memberikan bantuan kemanusiaan di laut dan di titik panas
(kawasan yang menjadi tumpuan) juga semasa fasa transit serta penempatan di benua
Eropah (Carrera et al., 2019). Ini dapat dibuktikan melalui aktor-aktor masyarakat sivil
yang telah mengisi jurang yang dibiarkan oleh agensi EU dan kerajaan kepada negara
yang menyelamatkan nyawa pelarian dan pendatang di laut Aegean dan di tengah lautan
Mediterranean. Badan NGO yang memobilisasikan para sukarelawan untuk memantau
hak asasi manusia, memberikan rawatan dan memastikan perkara asasi untuk kehidupan
pelarian dan pendatang dianggap secara tidak langsung telah membantu menegakkan
kedaulatan undang-undang dan menjamin hak asasi kemanusiaan.
Oleh kerana tindakan mobilisasi sosial oleh NGO mendatangkan kebaikan kepada
golongan pelarian maka terdapat sarjana seperti Richoufftz (2018) yang melakukan
kajian ke atas program outreach yang dilakukan dan mendapati pendekatan dengan
berasaskan komuniti pelarian dan pencari suaka politik merupakan salah satu kaedah
untuk mencapai integrasi sosial di antara komuniti tersebut dan penduduk tempatan.
Kajian ini juga sejajar dengan dapatan yang dilakukan oleh Vosyliute dan Conte (2019)
yang mendapati mobilisasi oleh kumpulan NGO dan sukarelawan mempunyai impak ke
atas pelarian dan pendatang-pendatang yang lain. Beuze (2018) juga bersetuju bahawa
mobilisasi sosial oleh NGO mampu mengubah situasi kehidupan pelarian daripada
sekadar berintegrasi kepada menjadi salah satu komponen kepada masyarakat setempat.
Malah, Craig dan Lovel (2005) telah lebih awal menekankan kepentingan golongan
pelarian sebagai sebahagian daripada kerangka kerja di dalam pembangunan komuniti di
sesebuah negara.
Walau bagaimanapun, terdapat juga gerakan NGO yang melakukan mobilisasi
untuk menentang kewujudan pelarian dan pendatang seperti kajian oleh Ekman (2018)
berkaitan penentangan oleh NGO ke atas pelarian dan pendatang di media sosial yang
dilakukan di negara-negara Kesatuan Eropah. Media sosial telah menjadi medan yang
aktif untuk digunakan di dalam merekrut masyarakat tempatan untuk menentang
144
kemasukan golongan pelarian dan pendatang. Selain mobilisasi sosial untuk menentang
di media sosial, gerakan penentangan juga berlaku secara praktikal dengan kumpulan-
kumpulan NGO melakukan protes ke atas polisi pencari suaka politik yang melibatkan
golongan pelarian. Rucht (2018) yang menganalisis mobilisasi sosial untuk gerakan
penentangan yang dilakukan oleh kumpulan NGO yang digelarkan sebagai pejuang sayap
kanan melakukan pelbagai program yang menentang kemasukan golongan pelarian dan
pencari suaka politik.
Walaupun terdapat gerakan yang menentang, namun penglibatan NGO di dalam
melakukan mobilisasi sosial untuk membantu menangani masalah pelarian mempunyai
kesan yang efektif dapat dibuktikan melalui kajian oleh Mesic et al. (2019) dan Bempong
et al. (2019) yang kesemuanya ada menyatakan berkaitan mobilisasi sosial oleh pihak
NGO melalui kaedah memberdayakan sumber-sumber yang dimiliki untuk membantu
golongan pelarian, pencari suaka politik dan pendatang yang lain di dalam membina
kehidupan yang lebih baik. Oleh kerana pemberdayaan merupakan satu kaedah yang
berpotensi untuk diguna pakai maka bahagian seterusnya akan membincangkan berkaitan
pemberdayaan NGO di dalam membantu menangani masalah pelarian Rohingya.

b. Pemberdayaan

Menurut Refugee Empowerment Centre (2018) yang berpangkalan di Nebraska, Amerika


Syarikat, pemberdayaan didefinisikan sebagai misi yang dilakukan oleh sesebuah
pertubuhan kemanusiaan yang berkaitan pembangunan secara kendiri. Menurut pusat
tersebut lagi, pembangunan kendiri diperolehi melalui program yang ditawarkan oleh
pertubuhan-pertubuhan yang terbabit di dalam membantu golongan pelarian di sesebuah
negara. Ini bermakna tumpuan sesebuah program pemberdayaan ialah dengan memberi
peluang kepada kumpulan yang lemah yang biasanya tidak mempunyai akses kepada
khidmat sosial yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah. Walaupun pertubuhan NGO
terlibat di dalam proses pemberdayaan tersebut namun golongan pelarian tidaklah
dikawal secara sepenuhnya sebaliknya mereka diberikan kebebasan yang lebih meluas
untuk membangunkan diri sendiri.
Oleh itu, pelarian mempunyai akses kepada sumber-sumber asas yang diperlukan
oleh mereka untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Antara keperluan
asas ialah seperti kelas bahasa dan ideanya ialah untuk membawa kepada integrasi sosial
dengan cara kebergantungan kepada diri sendiri. Terdapat bukti konsep pemberdayaan
berupaya menangani masalah pelarian seperti yang telah digunakan di Kem Ampain,
Ghana iaitu melibatkan UNHCR yang telah bekerjasama pertubuhan-pertubuhan NGO
tempatan dan golongan pelarian sendiri telah turut serta untuk membina dan memperbaiki
tempat perlindungan mereka (UNHCR, 2017).
Penyertaan pertubuhan-pertubuhan NGO di peringkat tempatan membolehkan misi
membantu untuk menangani masalah pelarian dicapai dengan UNHCR terlibat sebagai
pembekal utama untuk sumber-sumber yang diperlukan termasuklah perkhidmatan-
145
perkhidmatan yang penting (Buscher, 2018). Hujahan ini disokong oleh Bekaj dan
Qehaja (2018) dan Czuchra et al. (2018) yang menyatakan bahawa penyertaan NGO
seperti PRAKSIS (berpangkalan di Oslo, Norway) dan Solidarity Now (berpangkalan di
Athens, Greece) berpotensi untuk menangani masalah pelarian dalam skala yang lebih
besar dengan menyediakan akses-akses kepada khidmat sosial seperti penempatan dan
bantuan-bantuan lain dengan lebih berstruktur dan sistematik yang sangat penting kepada
pembangunan kumpulan pelarian. Di samping itu, terdapat juga pertubuhan NGO yang
diberdayakan seperti Greece Cash Alliance yang menyediakan khidmat sokongan
kewangan kepada keluarga pelarian melalui bantuan bulanan (Halais, 2018).
Walau bagaimanapun, disebalik pemberdayaan ke atas NGO dan orang pelarian
seperti mendapatkan tempat tinggal dan mempunyai sumber makanan serta minuman
namun peluang untuk mereka bersuara dan menyampaikan idea-idea pembangunan
adalah masih terbatas dan kurang mendapat perhatian di atas beberapa alasan seperti
diskriminasi ke atas jantina (Halais, 2018). Krystalli et al. (2017) yang menjalankan
kajian telah menganalisis bagaimana jantina menjejaskan golongan pelarian melalui temu
bual dengan 109 lelaki dan perempuan (kebanyakannya dari Afghanistan, Greece,
Denmark, Jordan, dan Turki). Kajian tersebut membuktikan bahawa golongan pelarian
telah diberdayakan untuk memastikan kelestarian hidup mereka namun pelarian lelaki
terutamanya golongan muda di dapati tidak mendapat bantuan yang lebih berstruktur.
Selain itu, Gajjala (2015) juga mendapati golongan pelarian lelaki selalunya
digambarkan sebagai individu yang berbahaya yang menyebabkan berlakunya prasangka
negatif berbanding kelompok pelarian yang lain. Kajian ini sejajar dengan dapatan oleh
Jacobsen (2017) yang mendapati jantina pelarian telah menyebabkan mereka
didiskriminasikan dengan pelarian lelaki dianggap berpotensi untuk menjadi penjenayah
sementara pelarian wanita dianggap sebagai golongan lemah dan pasif. Oleh kerana
itulah pemberdayaan pertubuhan NGO amat diperlukan bagi memastikan keseimbangan
di dalam menangani masalah pelarian bagi setiap kelompok yang wujud. Dakwaan ini
disokong oleh Koplewitz (2017) yang menyatakan pemberdayaan NGO dan sukarelawan
boleh membantu setiap kelompok demografi golongan pelarian dapat dibantu dengan
lebih berkesan seperti melalui bengkel kemahiran bahasa dan pendidikan untuk
kemahiran-kemahiran lain yang bersesuaian. Selain itu, kumpulan NGO selalunya bebas
daripada sebarang kepentingan kepada mana-mana entiti yang membolehkan mereka
bergerak secara bebas dan tanpa sebarang diskriminasi di dalam usaha untuk
memberdayakan golongan pelarian.
Pemberdayaan NGO untuk memberikan akses kepada pendidikan telah dikaji oleh
DeJong et al. (2017) dan menyatakan bahawa terdapat satu keperluan yang mendesak
untuk NGO terlibat sebagai penyedia khidmat pendidikan oleh kerana analisis mendapati
pelarian remaja dan dewasa serta lelaki dan perempuan tidak dapat meneruskan pengajian
mereka setelah meninggalkan negara asal. Kajian ini selari dengan dapatan awal oleh
Jamil et al. (2016) yang menyatakan bahawa pemberdayaan NGO dan sukarelawan dapat

146
membantu meningkatkan taraf literasi dan pendidikan dan ianya penting kerana taraf
pendidikan mempunyai kolerasi yang signifikan ke atas kebolehpasaran.
Namun kajian Green (2017) mendapati bagi negara-negara yang tidak menjadi
sebahagian daripada Konvensyen Pelarian isu kebolehpasaran adalah sesuatu yang boleh
diperdebatkan kerana pemerintah tidak memberikan ruang untuk pekerjaan. Walau
bagaimanapun, Green (2017) bersetuju ke atas pemberdayaan NGO untuk menyediakan
ruang pendidikan sebagai teras kepada hak asasi manusia. Selari dengan kajian-kajian
para sarjana ke atas pemberdayaan NGO, El-Shaarawi (2015) telah memanjangkan
analisis ke atas skop NGO yang diberdayakan untuk membantu ekonomi pelarian kerana
dapatan kajian menunjukkan pendidikan dan ekonomi mempunyai kolerasi yang
signifikan.
Pemberdayaan ekonomi golongan pelarian adalah sesuatu yang amat penting
kerana ia mempunyai kesan langsung ke atas kemandirian hidup, penjagaan kesihatan,
pemakanan dan penempatan (Easton-Calabria et al., 2017). Hujahan ini mendapat
sokongan daripada pengkaji-pengkaji yang menyatakan bahawa NGO dan pelarian
sendiri perlu diberdayakan melalui kerjasama untuk rangsangan ekonomi bagi
memastikan mereka tidak dibelenggu masalah kewangan yang akan menjurus kepada
perbuatan jenayah (Murphy 2017). Reka bentuk pemberdayaan ekonomi ini berkisarkan
satu pendekatan berasaskan di mana bantuan NGO mengambil kira perspektif pelarian
dan menggalakkan penyertaan pelarian dalam menjana keusahawanan atau sumber
kewangan sendiri supaya pelarian boleh secara perlahan-lahan menjadi bebas daripada
bergantung kepada bantuan-bantuan (Czuchra et al., 2018).
Usaha-usaha keusahawanan ini telah dikaji oleh penyelidik seperti Betts et al.
(2016) berkaitan pemberdayaan NGO dan pelarian di dalam kem-kem yang melibatkan
aktiviti ekonomi mikro seperti penjualan barangan dan mewujudkan medium untuk
interaksi dan penyampaian maklumat seperti yang berlaku di kem Skaramagas, Greece.
Alesevich (2018) pula dalam kajian mendapati ramai pelarian telah berjaya mencipta
ekonomi mikronya tersendiri melalui usaha pemberdayaan di dalam keusahawanan.
Sementara Bulley (2014) mendapati usaha pemberdayaan yang bersifat atas ke bawah
yang diambil oleh NGO dan kerajaan dalam mengendalikan pelarian berjaya
menghasilkan sebuah golongan pelarian yang lebih baik dan berautonomi. Maka jika
pemberdayaan NGO yang diturut serta oleh golongan pelarian tidak dilaksanakan maka
golongan tersebut akan terus terpinggir dan kualiti hidup akan kekal rendah serta akan
terus bergantung kepada bantuan semata-mata.

KESIMPULAN

Di dalam menyimpulkan isu pelarian Rohingya, dua hujahan utama yang ingin
dibangkitkan ialah berkaitan permasalahan pelarian Rohingya yang sudah berada di
Malaysia dan bagaimana masyarakat sivil melalui pertubuhan bukan kerajaan berperanan
di dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani isu yang berlarutan buat sekian
147
lamanya. Pertamanya, dengan keadaan di Myanmar yang tidak menampakkan sebarang
perubahan dengan kerajaan junta yang kekal berpendirian untuk tidak mengiktiraf
masyarakat Rohingya di sana, dijangkakan lebih ramai akan keluar untuk mendapatkan
perlindungan di negara lain.
Bagi negara Malaysia, lambakan pelarian bukan sahaja daripada Myanmar bahkan
dari negara lain sudah cukup membebankan pihak kerajaan. Bagi golongan Rohingya
yang kini sudah berada di dalam Malaysia, ia merupakan sebahagian daripada kelompok
yang perlu diberi sedikit perhatian walaupun dari sudut polisi dan perundangan tiada
sebarang hak yang layak untuk mereka. Namun, dengan sumber kerajaan yang digunakan
untuk mendahulukan kebajikan rakyat tempatan maka golongan pelarian semestinya
menambahkan beban kepada pihak kerajaan. Keduanya ialah salah satu kaedah bagi
meringankan beban tersebut adalah melalui peranan masyarakat sivil disamping usaha
berterusan pihak berkuasa mengekang kemasukan lebih ramai pelarian Rohingya ke
negara ini.
Penglibatan pertubuhan-pertubuhan sosial dan kemanusiaan yang wujud di
Malaysia boleh digembleng bagi membantu memudahkan cara untuk memastikan
keperluan asasi dapat diberikan kepada golongan pelarian Rohingya. Pertubuhan-
pertubuhan ini boleh merangkumi pertubuhan yang diwujudkan oleh masyarakat
tempatan seperti Muslim Aid Malaysia dan Islamic Relief Malaysia, pertubuhan yang
diwujudkan oleh pelarian Rohingya di Malaysia umpanyanya Rohingya Society in
Malaysia, pertubuhan di peringkat dunia seperti UNHCR dan agensi-agensi kerajaan
yang boleh memberikan bantuan seperti PERKIM. Hubungan kerjasama di antara
pertubuhan-pertubuhan dan agensi yang terlibat boleh meningkatkan daya dan upaya
untuk membantu masyarakat pelarian di Malaysia khususnya orang Rohingya.
Walau bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia, NGO,
organisasi dan agensi yang terlibat malahan pihak individu persendirian jika pun
terlaksana belum menjamin isu pelarian Rohingya dapat diselesaikan di peringkat
Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Isu pelarian dan pengimirasian orang
Rohingya ke Malaysia, Bangladesh, Thailand dan Indonesia akan terus berlaku selagi
konflik di wilayah Arakan, Myanmar tidak dihentikan oleh kerajaan. Penindasan dan
penafian hak kewarganegaraan yang sehingga kini tiada penyelesaian pasti akan menjadi
faktor utama kepada penghijrahan beramai-ramai oleh orang Rohingya untuk keluar ke
negara lain.
Amat malang kerana sehingga ke hari ini tiada tanda-tanda positif akan berlaku
perubahan yang akan dibuat oleh kerajaan Myanmar untuk menangani isu Rohingya di
sana walaupun kerajaan Malaysia telah memainkan peranan penting di dalam pertubuhan
kerjasama serantau seperti ASEAN di dalam mengkritik tindakan zalim kerajaan
Myanmar. Dengan keadaan sedia ada ini, dijangkakan isu pelarian Rohingya akan terus
berada di dalam radar nasional, serantau mahupun antarabangsa sekiranya pihak yang
terlibat tidak memainkan peranan dengan lebih proaktif dan progresif dalam membawa
isu pelarian Rohingya untuk mencapai satu penyelesaian yang lebih komprehensif, ideal
148
dan praktikal untuk memastikan konflik ini dapat ditamatkan dan sebuah kehidupan yang
lebih harmoni dapat dijalani oleh masyarakat Rohingya di Myanmar atau di serata negara
yang lain.

RUJUKAN

Ahsan Ullah, A. K. M. & Chattoraj, D. (2018). Roots of Discrimination Against


Rohingya Minorities: Society, Ethnicity, and International Relations.
Intellectual Discourse, 26(2), 541-565.
Aizat, K. (2016). The Dilemma of Rohingya Refugees Boat People: The Role of
Malaysia, its Neighbours and ASEAN. International Journal of Academic
Research in Business and Social Sciences, 6(12), 481–489.
Aizat, K. (2018). Penanganan Masalah Pelarian di Malaysia Dalam Konteks Hybrid
Peace dan Pendekatan Multi-Track: Kajian Kes Ke Atas Pelarian Rohingya. Tesis
Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia.
Alesevich, M. (2018). Building a Life in Greece's Biggest Refugee Camp. Diakses dari
https://psmag.com/economics/finding-home-in-greeces-biggest-refugee-camp
Asia Pacific Refugee Network. (2017). Advancing the Rights of Refugees in the Asia
Pacific Region, (February), 4–7.
Astro Awani (13 Mac 2018). Tolong jangan lupakan kami. Diakses dari
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tolong-jangan-lupakan-kami-170341
Atukundaa, E.C., Brhlikova, P., Agafa, A.G. & Pollock, A. M. (2015). Civil Society
Organizations and medicines policy change: A case study of registration,
procurement, distribution and use of misoprostol in Uganda. Social Science &
Medicine, 130, 242-249.
Azharudin, M. D. & Azlinariah, A. (2012). Air Mata Kesengsaraan Rohingya: Identiti,
Penindasan Dan Pelarian. Inteam Publishing.
Azizah, K. (1986). The Squatter Women and the Informal Economy. Dalam Hing and
Talib 1986: 46-60.
Azizah, K., & Ragayah, M. Z. (2011). Policy on Irregular Migrants in Malaysia: An
Analysis of its. DISCUSSION PAPER SERIES, 34.
Ball, A. R. (1977). Modern politics and government. MacMillan.
Baluku, J. (2010). NGO Led Service Delivery to the Poor: The Case of Agricultural
Support Programme (SATNET) in Kasese District, Uganda, Master Thesis,
International Institute of Social Sciences.
Beck, T. & M. Buchanan-Smith (2008) Joint Evaluations Coming of Age? The
Quality and Future Scope of Joint Evaluations, ALNAP Review of
Humanitarian Action.
Bekaj, A. & Qehaja, F. (2018). The police profession in Kosovo caught in the quagmire
between politics and a regional security community. Routledge Publication.
Bempong, N. E., Sheath, D., Seybold, J., Flahault, A., Depoux, A. & Saso, L. (2019).
Critical reflections, challenges and solution for migration and refugee health: 2nd
M8 Alliance Expert Meeting. Public Health Reviews, 40(3), 1-12.

149
Berita Harian (15 Februari 2019). Isu Rohingya diseludup ke Malaysia, pelarian semakin
terdesak – Penganalisis. Diakses dari http://www2.bharian.com.my/ dunia/asean/
2019/02/531174/isu-rohingya-diseludup-ke-malaysia-pelarian-semakin-terdesak-
penganalisis
Bernama (26 September 2018). Malaysia states concern over Rohingya status in
Myanmar. Diakses dari http://www.bernama.com/en/news.php?id=1646685
Betts, A., Bloom, L., Kaplan, J., & Omata, N. (2016). Refugee Economies (First edition
ed.). Oxford University Press.
Beuze, J. N. (2018). From Integration to Inclusion: A Roundtable on Refugee Reception.
Samuel Centre for Social Connectedness.
Bulley, D. (2014). Inside the tent: Community and government in refugee camps.
Security Dialogue, 45(1), 63-8.
Buscher, D. (2018). Refugee in the city. Soc. Sci., 7(263), 1-15.
Carrera, J. S., Key, K., Bailey, S., Hamn, J. A., Cuthberston, C. A., Lewis. E. Y.,
Woolford, S. J., DeLoney, E. H., Greene-Moton, E., Wallace, K., Robinson, D. E.,
Byers, I., Piechowski. P., Evans, L., McKay, A., Veren, D., Sparks, A. &
Calhoun, K. (2019). Community Sciences as a Pathway for Resilience in
Response to a Public Health Crisis in Flint, Michigan. Soc. Sci., 8(94), 1-25.
Center for Health Market Innovation (2015). What are some key issues in newborn
health?. Diakses dari https://www.healthynewbornnetwork.org/country/indonesia/
Cholewinski, R. & Taran, P. (2010). Migration, Governance, and Human Rights:
Contemporary Dilemmas in the Era of Globalization. Refugees Survey Quarterly,
28(4), 1-33.
Cholewinski, R. (1999). Enforced Destitution of Asylum Seekers in the United Kingdom:
The Denial of Fundamental Human Rights. International Journal of Refugee
Law, 10(3), 462-498.
Clarke, K. (2018). When Do the Dispossessed Protest? Informal Leadership and
Mobilization in Syrian Refugee Camps. American Political Science Association,
16(3), 617-633.
Congressional Research Services. (2019). The Global Compact on Migration (GCM) and
U. S. Policy. IN FOCUS.
Craig, G. & Lovel, H. (2005). Community development with refugees: toward framework
for action. Oxford Community Development Journal, 40(2), 131-136.
Czuchra, A. B., Doyle, A. E., McRae, J. C. & Loiseau, N. T. (2018). Understanding
Efforts to Address the Complex Experiences of Young, Male Refugees in
Thessaloniki, Greece. Worcester Polytechnic Institute.
DeJong, J., Sbeity, F., Schlecht, J., Harfouche, M., Yamout, R., Fouad, F. & Robinson, C.
(2017). Young Lives Disrupted: Gender and Well-Being Among Adolescent
Syrian Refugees in Lebanon. Conflict and Health, 11(1), 26-34. Diakses dari
https://doi.org/10.1186/s13031-017-0128-7
Easton-Calabria, E., Krause, E., Field, J., Tiwari, A., Mookherjee, Y., Wake, C. &
Leeson, K. (2017). Refugee Self Reliance Moving Beyond the Marketplace.
University of Oxford.
Edwards, M. (2014). Civil society. Third edition edn, Polity Press.

150
Einaudi, A. G. (2018). A taste of life as a refugee: How serious games frames refugee
issues. In Skartveit, H. L., & Goodnow, K. J. (Eds.), Changes in museum practice:
New media, Refugees and Participation 5th Edition. Berghahn Books.
Ekirapa, A., Mgomella, G.S. & Kyobutungi (2012). Civil society organisation: Capacity
to address the need of the urban poor in Nairobi. Journal of Public Health
Poolicy, 33(4), 404-422.
Ekman, M. (2018). Anti-refugee mobilization in Social Media: The Case of Soldier of
Odin. Forced Migration and Digital Connectivity, SI, 1-11.
El-Shaarawi, N. (2015). Living an Uncertain Future: Temporality, Uncertainty, and Well-
Being among Iraqi Refugees in Egypt. Social Analysis, 59(1), 38-56.
Erickson, J. (2012). Volunteering with Refugees: Neoliberalism, Hegemony, and (Senior)
Citizenship. Human Organization, 71(2), 167-175.
European Commission. (2017). Refugees in Thailand. Diakses dari

http://ec.europa.eu/echo/files/aid/countries/factsheets/thematic/refugees_thailand_e
n.pdf
European Union Agency for Fundamental Rights (2017). Fundamental Right Report.
Diakses dari https://fra.europa.eu/en/publication/2017/fundamental-rights-report-
2017
Feischmidt, M., Pries, L. & Cantat, C. (2019). Refugee Protection and Civil Society in
Europe. Palgrave Macmillan Publishing.
Field, J. (2020). Indian civil society and the global compact on refugee. JSGU
Publication.
Fine, R. (1997). Civil society theory, enlightenment, and critique. Democratization, 4(1),
37–41.
Friedman, M. (2014). Debate: What Would be the Best Way to Use 10 Million Dollars in
the Counter-Trafficking Sector? Anti-Trafficking Review, (3).
Gajjala, R. (2015). When Your Seams Get Undone, Do You Learn to Sew or to Kill
Monsters? The Communication Review, 18(1), 23-36.
Gioacchino, G. (2019). Learning with small and medium sized CSOs. Helpdesk Report.
UK Department for International Development.
Goding, K. (2017). The roles of NGOs’ service delivery experience in developing
research agendas: experience and challenges among NGOs in Malawi. Health
Research Policy and Systems, 15(38), 1-14.
Green, M. (2017). Language Barriers and Health of Syrian Refugees in Germany.
American Journal of Public Health, 107(4), 486.
Halais, J. (2018). Des Normands sous I’uniforme: 1889-1919: de la caserne á la Grande
Guerre (English Version). OREP Editions.
Hall, J. A. (1995). Civil society: Theory, history, and comparison. Polity Press.
Hassan, R. (2019). Digitality, Virtual Reality, and the Empathy Machine. Digital
Journalism, 5(7), 1-18.
Hemono, R., Relyea, B., Scott, J., Khaddaj, S., Douka, A., & Wringe, A. (2018). The
needs have clearly evolved as time has gone on. A qualitative study to explore
stakeholders’ perspective on the health needs of Syrian refugees in Greece
following the 2016 European Union-Turkey agreement. Conflict and Health,
12(24), 1-9.

151
Iftakhar, A. C. (2018). The Rohingya Crisis: Potentials for Possible Changes in the
Regional Security Architecture. ISAS Brief, 55.
International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies. (2012). The
phenomenon of migration: Its significance of meaning in human.
Izziah Suryani, M. R., Azmul Fahimi, K., & Ermy Azziaty, R. (2012). Sejarah dan
Tamadun Islam di Malaysia: Satu Kajian Terperinci untuk membangunkan
Modul bagi Kursus PPPJ 1223. Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan
Tindakan/Strategik, 1–5.
Jabatan Perangkaan Negara (2018). Laporan taburan penduduk di Malaysia pada tahun
2018. Diakses dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column
Jacobsen, K. (2017). Refugees in towns: experiences of integration. General Article,
FMR Review. Diakses dari www.fmrreview..org/latinamerica-caribbean
Jamil, H., Fakhoury, M., Yamin, J., Arnetz, J., & Arnetz, B. (2016). Determinant of
Employment Among Well Educated Refugees Before and After the 2007 US
Economic Recession. Letters in Health & Biological Sciences, 1(1), 1-6. 10.
Jensen, L. G. (2016). Civil Society: A Powerful Concept: A critical discourse analysis of
the relationship between DFAT and NGOs in Laos. Tesis Sarjana. Aalborg
University.
Joseph, S. (2002). Society vs State? Civil Society, Political Society and Non-Party
Political Process in India. Economic and Political Weekly, 37(4), 299-305.
Kaldor, M. (2003). The Idea of Global Civil Society. International Affairs (Royal
Institute of International Affairs 1944), 79(3), 583-593.
Karp, D. R. & William, M. S. (1997). The Idea of Civil Society: Scholarship and Debate.
Smith Richardson Foundation Westport, CT.
Karp, D. R. & William, M. S. (2016). Civil Relief for Uncivil Behaviour. Fam. Advoc.:
HeinOnline.
Kingsley, P. (2016). The new odyssey: The stories of Europe’s refugee crisis. Guardian
Faber Publishing.
Koplewitz, G. (2017, Aug 4). The Changing Face of Greece’s Refugee Problem.
Harvard Political Review. Diakses dari
http://harvardpolitics.com/world/the-changing-face-of-greeces-refugee-problem/
Krystalli, R., Mazurana, D. & Baare, A. (2017). State of Knowledge: Four Main
Gendered Critiques of Disarmament, Demobilization and Reintegration. The
Oxford Handbook of Gender and Conflict.
Kumar, K. (1993). Civil Society: An Inquiry into the Usefulness of an Historical Term.
The British Journal of Sociology, 44(3), 375-395.
Lester, E. (2005). A Place at the Table: The Roles of NGOs in Refugee Protection:
International Advocacy and Policy Making. Refugee Survey Quarterly, 24(2), 125-
141.
Loh, F. (2015). The Rohingya: Who are they? Why are they in Malaysia, (May 2015), 1–
19.
Mackreath, H. & Sanic, G. S. (2017). Civil Society and Syrian Refugees in Turkey. Zer
Matbaa San. ve Tic. Ltd. Şti., 1st Edition..
Magnarella, P.J. (2005). The Background and Causes of the Genocide in Rwanda,
Journal of International Criminal Justice, 3(4), 801–822.
Mas Imran, A. (2018). Beri kelonggaran Rohingya bekerja, 2018–2019.

152
Md Salleh, M. S., Mohammad Agus, Y., Leo, A. & Jayum, J. (2011). Masyarakat Sivil
dan Pendemokrasian: Perbincangan Konseptual, Jebat: Malaysian Journal of
History, Politics & Strategic Studies,38(2), 119-137.
Medecins San Frontieres (2006). Malaysia-Activity Report. Geneva.
Mesic, N., Dahlstedt, M., Fejes, A. & Nystrom, S. (2019). Use-values for Inclusion:
Mobilizing Resources in Popular Education for Newly Arrived Refugees in
Sweden. Social Inclusion, 7(2), 85-95.
Micinski, N. R. (2019). Everyday Coordination in EU Migration Management: Civil
Society Responses in Greece. International Studies Perspectives, 2019(0), 1-20.
Mohajan, H. (2018). History of Rakhine State and the Origin of the Rohingya Muslims.
The Indonesian Journal of Southeast Asian Studies, 2(1), 19–46.
Mohammad Sabu (27 Ogos 2018). Malaysia bimbang pelarian Rohingya jadi pengganas
Daesh. Diakses dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-
bimbang-pelarian-rohingya-jadi-pengganas-daesh-1.736591
Mohd Nur Hidayat, H. H. & Ibnor Azli, I. (2017). Hak Dan Perlindungan Pelarian
Muslim Filipina Menurut Syariah Dan Undang-Undang Malaysia: Kajian Di
Negeri Sabah. Jurnal Hadhari, 9(2), 193–206.
Moussawi, F. & Yassin, N. (2019). Civil Society Advocacy and Policy Entrepreneurship:
Examining the Making of the Law 293 to Criminalize Domestic Violence in
Lebanon. In: Yassin N., Hoppe R. (eds) Women, Civil Society and Policy Change
in the Arab World. Palgrave Macmillan, Cham.
Muhammad Azam, Shaista, N., Muhammad Ilyas, Asadullah & Waqas Khan (2018).
Social Mobilization in District Madan: Human Development Foundation. Global
Journal of Intellectual & Development Disabilities, 3(2), 1-7.
Murphy, J. (2017, Nov 7). How hosting refugees can be good for business. BBC News.
Diakses dari http://www.bbc.com/news/world-africa-41887429.
News Strait Times Online (28 September 2018). Speech Text: Dr Mahathir at 73rd UN
General Assembly. Diakses dari
https://www.nst.com.my/news/nation/2018/09/415941/ speech-text-dr-
mahathir- 73rd-un-general-assembly
OCHA (2010). Humanitarian Principle. April 2010, United Nation.
Orjuela, C. (2008). Civil society in violent conflict: Playing a positive role in a
complicated context. Forum Syd.
Pallas, C. L. (2019). Pursuing the common goods. An economic theory of collective
action among NGOs in transnational advocacy. Journal of Civil Society, 15(2), 99-
122.
Parnini, S. N. (2013). The Crisis of the Rohingya as a Muslim Minority in Myanmar and
Bilateral Relations with Bangladesh. Journal of Muslim Minority Affairs, 33(2),
290.
Pejovic, M. & Cossarini, P. (2020). CSOs seen through the optic of the European
Commission: has the Commission’s perspective changed following the refugee
crisis and the populist turn?, European Politics and Society, DOI:
10.1080/23745118.2020.1801182
Prasad (2003). Social mobilization: Concept, meaning and approach, [Part 1].
Kurukshetra, 51(8).

153
Refugee Empowerment Centre (2018). Integration of migrants and refugees. Centre of
Refugee Empowerment. Urban Innovative Action: Vienna.
Richouffz, C. D. (2018). From Research to Outreach to Action: Community-based
approaches to integration of refugees and asylum seekers in Montreal. Samuel
Centre for Social Connectedness.
Robila, M. (2018). Refugees and Social Integration in Europe. United Nations
Department of Economic and Social Affairs (UNDESA) Division for Social Policy
and Development, United Nat (May), 1–17.
Roggers, T., Goldstein, N. J. & Fox, R. C. (2018). Social Mobilization. Ann. Rev. of
Psychol., 69, 357-381.
Rosales, M. (2016). Minding the Gap: The Roles of UK Civil Society in the European
Refugees Crisis. Themes on Migration and Ethnic Studies, Institute for Research
on Migration, Ethnicity and Society. Linkoping University.
Rucht, D. (2018). The quadruple ‘A’: media strategies of protest movements since the
1960s. In W. van de Bonk, B. D. Loader, P. G. Nixon & Rucht (Eds),
Cyberprotest: New media, citizen, and social movements. Routledge.
Saglie, J. & Sivesind, K. H. (2018). Civil society institutions or semi-public agencies?
State regulation of parties and voluntary organizations in Norway, Journal of
Civil Society, 14(4), 292-310.
Sandu, D. & Arora, P. (2012). Role and Impact of Environmental NGO’S on
Environmental Sustainability in India. Gian Jyoti E-Journal, 1(3), 93-104.
Shahidan, K. (2018). Jawapan Kepada Pertanyaan Lisan. Dewan Rakyat. Penggal Ke -13.
Shaklin, D. & Tan, J. (2016). Literature Review: Civil Society Engagement to Strengthen
National Health System to End Preventable Child and Maternal Death. USAID,
Maternal and Child Survival Program.
Shamsul, B. T. & Rachagan, S. (1984). The Status of Displaced Filipinos in Sabah: Some
Policy Considerations and Their Long Term Implications. Institute of Southeast
Asian Studies. Singapore.
Siti Nor, A. (2010). Kinship and modernisation: An analysis of a Cham community of
East Coast Peninsular Malaysia. Tesis Disertasi. University of Hull.
Siti Nor, A. (2011). Organisasi Kekeluargaan Masyarakat Cham di Malaysia. Sarjana,
(1989), 54–70.
Sotirovic, V. B. (2018). The Armenian Genocide: The First Modern Islamic-Jihad Ethnic
Cleansing. Journal of Security Studies and Global Politics, 3(1), 121-125.
Spivak, G. C. (2017). The Rohingya crisis: Suu Kyi’s false flag and ethnic cleansing in
Arakan. Irish, Marxist Review, 6(19), 50-60.
Spurk, C. (2010). Understanding Civil Society. In Civil Society and Peacebuilding: A
Critical Assessment. Lynne Rienner.
Stone, D. (2018). Refugees then and now: Memory, history and politics in the long
twentieth century: An introduction. Patterns of Prejudice, 52(2–3), 101–106.
Suaram (2008). Undocumented migrants and refugees in Malaysia: Raids, Detention and
Discrimination.
Suruhanjaya Eropah (2015). New Pact on Migration and Asylum. Diakses dari
https://ec.europa.eu/home-affairs/what-we-do/policies/european-agenda-
migration_en

154
Swanson, R. C., Rifat Atun, A. B., Betigeri, A., Campos, F.D., Chunharas, S. & Collin,
T. (2015). Strengthening health systems in low-income countries by
enhancing organizational capacities and improving institutions. Globalization and
Health, 11(5), 1-8.
Syahrul Alim, B. & Azlizan, M. E. (2018). Pelarian Vietnam: Satu Isu Global Dalam
Sejarah Hubungan Luar Malaysia. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 3(1),
75–86.
Tandon, R. & Mohanty, R. (2015). Does Civil Society Matter? Governance in
Contemporary India. Sage Publication.
Toal, G. & Dahlman, C. T. (2011). Bosmia Remade: Ethnic Cleansing and its reversal,
Oxford.
UNHCR Malaysia. (2019). Figures at a Glance in Malaysia Geographical Map of
UNHCR Persons of Concern in Malaysia, (January), 18–21.
UNHCR United States of America. (2018). Global Compact on Refugees. Refugees and
Worldwide Trend Report.
UNHCR. (2017). Somali Situation 2017. Supplementary Appeal.
UNHCR. (2018). List of OIC Member States Parties to the 1951 Convention Relating to
the Status of Refugees and the 1967 Protocol. Refugee Survey Quarterly, 27(2),
94–94. Diakses dari https://doi.org/10.1093/rsq/hdn023
Utusan Malaysia (20 Januari 2017). Tamatkan segera krisis Rohingya. Diakses dari
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tamatkan-segera-krisis-rohingya-
1.433677
Vandervoordt, R. (2019). Refugee, Civil society and the State. European Experiences and
Global Challenges. Edward Edgar Publishing.
Vandevoordt, R. & Verschragen, G. (2019). Subversive Humanitarianism and Its
Challenges: Note on the Political Ambiguities of Civil Refugee Support. Refugee
Protection and Civil Society in Europe, 101-128.
Vandyck, C. K. (2017). Concept and Definition of Civil Society Sustainability. The Civil
Society Ecosystem, (June). Centre for Strategic and International Studies.
Vanrooyen, M. (2013). Can doing good be done better?. Magazine Article
Spring/Summer 2012, Harvard School of Public Health.
Villi, D. (2008). The roles of NGOs in social mobilization in the context of SGSY. State
Institute of Rural Development.
Vinod, M. J. (2006). The Changing Dimensions of Civil Society in the Twenty-First
Century: Theory Versus Reality. The Indian Journal of Political Science, 67(4).
Vosyliute, L. & Conte, C. (2019). Crackdowns on NGOs and volunteer helping refugees
and other migrants. Final Synthetic Report. Research Social Platform on Migration
and Asylum.
Witnesses, J. (2015). Introduction to the Holocaust. United States Holocaust Memorial
Museum. Diakses dari http://www.ushmm.org/wlc/en/article.php?ModuleId=
10005143
World Population Review (2019). 2019 World Population by Country. Diakses dari
www.worldpopulationreview.com
World Refugees Council. (2018). Assessing the Impacts of Hosting Refugees. World
Refugee Council Research Paper, (4), 1–13. Diakses dari

155
https://www.cigionline.org/ sites/default/files/documents/WRC Research Paper
no.4.pdf

156
Bab 8
Isu Hak Asasi Dalam Penilaian Berkala Sejagat (UPR):
Peranan COMANGO dan MACSA
Sarune Beh dan Makmor Tumin

PENGENALAN

Sebagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia komited


dalam mempertahankan hak asasi manusia dengan memberikan kerjasama dalam
beberapa konvensyen antarabangsa di bawah PBB. Malaysia telah meratifikasikan tiga
daripada sembilan konvensyen PBB, iaitu Convention of the Rights of the Child (CRC)
dan Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Agaisnt Women
(CEDAW) pada 1995, dan Convention on the Rights of People with Disabilities (CRPD)
pada 2010. PBB menggalakkan agar negara-negara anggotanya meratifiksikan kesemua
sembilan konvensyen ini. Namun, adalah hak dan tanggungjawab kerajaan sesebuah
negara untuk mempertimbangkan kesesuaian sesuatu konvensyen untuk diratifikasi
mengikut konteks dan situasi di dalam negaranya.
Pada tahun 2006, PBB melalui penubuhan Majlis Hak Asasi Manusia (Human
Rights Council - UNHRC) telah memperkenalkan satu mekanisma hak asasi manusia
antarabangsa yang baharu, iaitu Penilaian Berkala Sejagat (Unversal Periodic Review -
UPR). UPR adalah mekanisme unik dan dinamik yang digunakan untuk mengkaji
keadaan hak asasi manusia bagi semua 193 negara anggota PBB secara berkala. Setiap
kitaran UPR adalah dalam tempoh empat tahun. Proses ini telah menyediakan satu
platform kepada negara anggota untuk menyatakan status hak asasi manusia pada negara
tersebut serta tindakan-tindakan yang telah dilakukan untuk memperbaiki situasi hak
asasi manusia. UPR merupakan satu proses baharu yang bertujuan untuk memajukan
perlindungan hak asasi manusia di peringkat global (Gomez & Ramcharan, 2018, hlm.
213). Mandat yang telah diberikan kepada UNHRC dalam melaksanakan penilaian UPR
adalah seperti berikut:

"undertake a universal periodic review, based on objective and reliable


information, of the fulfillment by each State of its human rights obligations
and commitments in a manner which ensures universality of coverage and
equal treatment with respect to all States”6

Proses UPR dilaksanakan berdasarkan empat tonggak utama, iaitu (1) Piagam PBB; (2)
Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights - UDHR);
(3) instrumen-instrumen hak asasi manusia antarabangsa yang telah diratifikasikan oleh

6
https://www.ohchr.org/en/hrbodies/upr/pages/basicfacts.aspx.

157
negara anggota yang dinilai; dan (4) komitmen yang telah dibuat oleh negara anggota
terhadap UNHRC (UNHRC, 2007). McMahon (2012) melihat UPR sebagai satu proses
evolusi hak asasi manusia bagi sesebuah negara, tetapi bukannya revolusi. Negara-negara
di Asia dan Afrika cenderung mengambil pendekatan yang lebih lembut dalam
menangani hak asasi manusia sesama mereka.
Sebagai sebuah mekanisma yang berkonsepkan “state-driven”, pihak kerajaan
memainkan peranan yang utama dalam proses UPR. Walau bagaimanapun, penglibatan
pihak-pihak berkepentingan seperti masyarakat sivil dan badan-badan bukan kerajaan
(Non-Governmental Organisations - NGO) dalam proses UPR juga telah ditekankan oleh
UNHRC. Ini adalah untuk menyediakan satu ruang bagi pihak-pihak berkepentingan
untuk mengutarakan isu-isu penting di peringkat antarabangsa. Antara kaedah
penglibatan masyarakat sivil dan NGO dalam proses UPR adalah mengemukakan
Laporan Pihak Berkepentingan (Stakeholder Report) kepada Kumpulan Kerja UPR (UPR
Working Group) yang diwujudkan oleh UNHRC secara khas untuk mengendalikan
proses UPR. Namun, antara cabaran terbesar bagi kerajaan Malaysia ialah pelaksanaan
tindakan lanjut selepas setiap UPR proses serta penglibatan NGO dan Instituti Hak Asasi
Manusia (National Human Rights Institution – NHRI) dalam proses UPR (Khoo, 2014).
Sebagai NHRI Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah
mengambil langkah yang proaktif dalam proses UPR (Khoo, 2018).
Terdapat peningkatan bilangan organisasi masyarakat sivil (Civil Society
Organisations - CSO) dan NGO tempatan yang mengemukakan laporan kepada
Kumpulan Kerja UPR dalam tiga proses UPR Malaysia. CSO melihat UPR sebagai
sebuah mekanisma hak asasi manusia yang lengkap dengan elemen-elemen hak asasi
manusia dan membolehkan mereka untuk menyertai dalam ekosistem PBB. Proses ini
merupakan komponen penting dalam rejim hak asasi manusia dan juga masyarakat sivil
(Gomez & Ramcharan, 2018, hlm. 214).

MALAYSIA DALAM PENILAIAN PENGGAL SEJAGAT (UNIVERSAL


PERIODIC REVIEW - UPR)

Malaysia menunjukkan komitmen yang tinggi dalam tiga rundingan UPR pada tahun
2009, 2013 dan 2018. Prestasi dan komitmen yang diberikan oleh kerajaan Malaysia
dalam UPR telah dibuktikan dengan pemilihan Malaysia oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB
bagi Hak Asasi Manusia (Office of the United Nations High Commissioner for Human
Rights - OHCHR) pada tahun 2020 sebagai satu daripada enam negara contoh untuk
kajiannya terhadap tadbir urus yang baik selepas UPR7. Rekomendasi yang diterima oleh
Malaysia adalah semakin meningkat sejak UPR yang pertama, iaitu 103 rekomendasi
pada UPR pertama, 232 rekomendasi pada UPR kedua, dan 268 rekomendasi pada UPR

7
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/763607/malaysia-umum-pencalonan-ke-
unhrc.

158
ketiga. Namun, penerimaan rekomendasi UPR adalah di antara 54.85% hingga 64.66%.
Jadual 8.1 menunjukkan rekomendasi yang diterima oleh Malaysia pada UPR pertama,
kedua dan ketiga dari tahun 2009 hingga 2018.

Jadual 8.1: Rekomendasi UPR yang diterima oleh Malaysia pada UPR pertama, kedua
dan ketiga
Rekomendasi yang diterima
Kitaran UPR Malaysia Bilangan rekomendasi
(Peratusan)
UPR pertama
103 62 (60.20%)
(11 Februari 2009)
UPR kedua
232 150 (64.66%)
(24 Oktober 2013)
UPR ketiga
268 147 (54.85%)
(8 November 2018)

Kerajaan Malaysia membuat komitmen penting untuk mempromosikan dan melindungi


hak asasi manusia di dalam proses UPR dengan memberi penekanan pada hak ekonomi,
sosial dan budaya (Khoo, 2014). Antara isu yang diterima dalam rekomendasi UPR ialah
hak asasi bagi golongan rentan termasuk wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya
(OKU), warga emas, orang asli dan hak-hak yang berkaitan dengan sivil dan politik.
Kebanyakan rekomendasi yang berkaitan dengan isu-isu golongan rentan telah diterima
oleh Malaysia dalam ketiga-tiga proses UPR tersebut, antaranya rekomendasi yang
berkaitan dengan OKU telah diterima sebanyak 80%, 100% dan 88.89% dalam tiga
proses UPR tersebut.
Namun, terdapat juga rekomendasi yang tidak diterima oleh kerajaan Malaysia,
iaitu rekomendasi yang berkaitan dengan orientasi seksual dan identiti jantina (Sexual
Orientation and Gender Identity - SOGI). Tiada sebarang rekomendasi yang berkaitan
dengan isu ini diterima dalam ketiga-tiga proses UPR Malaysia. Isu ini dianggap sensitif
dan kontroversi di dalam masyarakat majmuk Malaysia yang majoritinya beragama
Islam. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri pada 2018 telah menyatakan bahawa
tungkah laku SOGI adalah tidak diterima di negara ini, kerana budaya ini adalah tidak
bersesuaian dengan masyarakat Malaysia dan adalah sesuatu budaya dari negara-negara
barat8. Pandangan ini telah ditegaskan sekali lagi dalam ucapan sempena lawatan kerja
beliau di The Cambridge Union Society di London pada 16 Jun 20199 dengan mengatakan
bahawa “Malaysia seharusnya berpegang teguh kepada nilai-nilai moral berlandaskan
adat, budaya dan agama yang sekian lama diterapkan di kalangan masyarakat tempatan”.

8
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lgbt-tidak-diterima-di-malaysia-tun-mahathir-
186203. Dirujuk pada 31 Diember 2020.
9
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lgbt-tak-perlu-paksa-malaysia-terima-ideologi-
songsang-tun-mahathir-210321. Dirujuk pada 31 Disember 2020.

159
UPR sebagai satu mekanisma yang mempromosikan hak asasi manusia tanpa
tingkah laku menamakan dan memalukan (naming and shaming) negara anggotanya
(Beckstrand, 2015), maka mekanisma ini tidak mewajibkan negara-negara anggotanya
untuk menerima kesemua rekomendasi yang dicadangkan dalam proses UPR. Negara-
nagara anggota adalah bebas dalam mempertimbangkan penerimaan terhadap setiap
rekomendasi yang dicadangkan mengikut kesesuaian dan konteks negara tersebut.
Sesungguhnya kebebasan ini wujud bersama dengan tanggungjawab kerajaan Malaysia
dalam mempertahankan hak-hak negara dan juga rakyatnya. Namun, pertimbangan
negara anggota secara umumnya akan merujuk kepada dasar sedia ada bagi memastikan
keselarasan dasar negara dengan rekomendasi UPR yang diterima, serta memudahkan
pelaksanaan rekomendasi sekiranya ia diterima.
Dalam usaha pembelaan hak asasi manusia melalui penglibatan di arena
antarabangsa, Malaysia bukan sahaja komited terhadap PBB, malah negara ini juga
melibatkan diri dalam persidangan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam
(Organisation of Islamic Cooperation - OIC). Sehubungan dengan itu, satu lagi deklarasi
hak asasi manusia antarabangsa yang dipromosikan oleh OIC, iaitu Cairo Declaration of
Human Rights (CDHRI) juga telah menarik perhatian Malaysia dalam usaha pembelaan
hak asasi manusia di negara tersebut. CDHRI telah menambahkan elemen-elemen agama
Islam dalam membentuk nilai-nilai hak asasi manusia di bawah prinsip-prinsip agama
Islam.
Artikel ini bertujuan membincangkan pengaruh deklarasi-deklarasi hak asasi
manusia antarabangsa, khususnya UDHR dan CDHRI dalam penglibatan Malaysia dalam
proses UPR; penglibatan masyarakat sivil dan NGO dalam UPR Malaysia, seterusnya
memfokus kepada isu SOGI yang dianggap sebagai isu kontroversi bagi masyarakat
Malaysia dari konteks hak asasi manusia.

UDHR DAN CDHRI DALAM UPR MALAYSIA

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights - UDHR)
diisytiharkan oleh Majlis Umum PBB di Paris pada 10 Disember 1948 (melalui Resolusi
Majlis Umum 217 A) sebagai piawai pencapaian bagi semua negara anggota. UHDR
merupakan panduan utama hak asasi manusia sejagat yang dipromosikan oleh PBB
dalam pembelaan hak asasi manusia dengan menekankan kebebasan dan kesamarataan
hak individu bagi seseorang tanpa mengambil kira latar belakang individu tersebut. Ini
boleh dilihat dari Artikel 1 UDHR:

“All human beings are born free and equal in dignity and rights. They are
endowed with reason and conscience and should act towards one another in
a spirit of brotherhood” (United Nations, 1948).
Nilai-nilai hak asasi manusia yang dinyatakan di dalam UDHR dijadikan sebagai
panduan dan rujukan utama PBB dalam usaha meningkatkan hak asasi manusia sejagat di
160
kesemua negara anggota di bawah badan tersebut melalui konvensyen-konvensyen hak
asasi manusia antarabangsa serta undang-undang antarabangsa10. Ini juga termasuk proses
UPR. UPR sebagai mekanisma hak asasi manusia yang dipromosikan oleh PBB, maka
filosofi hak asasi manusia yang dijunjung di dalam proses UPR secara umumnya adalah
berdasarkan nilai-nilai hak asasi manusia yang dinyatakan di dalam UDHR. Namun,
deklarasi ini tidak mempunyai kuasa mutlak dalam mewajibkan setiap negara anggota
PBB untuk mengikut kesemua nilai hak asasi manusia sepenuhnya. Situasi sebegini telah
mewujudkan ruang dan kebebasan kepada negara-negara anggota PBB dalam membuat
pertimbangan dan keputusan dalam meratifikasi konvensyen-konvensyen hak asasi
manusia PBB serta penerimaan terhadap rekomendasi-rekomendasi di dalam proses UPR.
Walau bagaimanapun, terdapat pandangan bahawa hak asasi manusia yang
dipromosikan dalam UDHR gagal mengambil kira konteks budaya dan agama khususnya
bagi negara-negara bukan barat11(Nor, 2020). Ini adalah kerana terdapat perbezaan dari
segi nilai dan budaya yang diamalkan di negara-negara timur termasuk Malaysia. Situasi
ini juga dapat dilihat dari kewujudan retorik Nilai-nilai Asian (Asian Values) yang
diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin negara Asia Tenggara pada zaman 1990-an
termasuk Mahathir Momahad (Langguth, 2003), bekas Perdana Menteri Malaysia.
Namun, bagi melengkapkan konteks hak asasi manusia antarabangsa dengan nilai-
nilai agama Islam, OIC dalam persidangannya pada tahun 1990 telah mengisytiharkan
Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam (Cairo Declaration of
Human Rights in Islam (CDHRI) dengan memasukkan nilai-nilai Islam dan syariah di
dalam deklarasi tersebut. Nilai-nilai hak asasi manusia dalam CDHRI telah disokong oleh
45 buah negara-negara anggota OIC termasuk Malaysia. Azeez, Olayemi & Buang
(2015) berpandangan bahawa penerapan peruntukan CDHRI dapat merapatkan jurang
dan kekurangan konteks agama Islam di dalam UDHR dengan berkesan.
Malaysia melaksanakan tangungjawab dan memberikan komitmennya di PBB
berdasarkan kesesuaian dan konteks negara tersebut. Ini dapat dilihat dari initiatif negara
tersebut dalam meratifikasikan tiga konvensyen antarabangsa PBB (CRC, CEDAW, dan
CRPD) dan tingkah laku yang komited di dalam proses UPR. Sebagai sebuah negara
yang majoriti penduduknya beragama Islam, kedudukan agama Islam telah diiktiraf
dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Agama Persekutuan.
Pertimbangan kerajaan Malaysia dalam penerimaan rekomendasi-rekomendasi
UPR secara dasarnya akan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan serta dasar-dasar
awam yang sedia ada bagi memastikan keselarasan serta keberkesanan dalam
pelaksanaan rekomendasi yang diterima. Tingkah laku ini menunjukkan komitmen
kerajaan yang tinggi dalam proses UPR. Sebagai negara anggota PBB dan OIC, Malaysia
mengambil kira nilai-nilai hak asasi manusia yang dipupuk dalam kedua-dua deklarasi

10
https://blogs.lse.ac.uk/mec/2012/12/10/1569/. Dirujuk pada 25 Disember 2020.
11
https://www.nationalreview.com/2003/01/human-rights-and-human-wrongs-david-g-littman/.
Dirujuk pada 25 Disember 2020.

161
tersebut, iaitu UDHR dan CDHRI dengan kesesuaian dengan konteks negara. Kerajaan
Malaysia telah menjadikan UDHR dan CDHRI sebagai antara rujukan di dalam isu-isu
yang berkaitan dengan hak asasi manusia, antaranya deklarasi-deklarasi ini telah
dijadikan sebagai salah satu bahan rujukan utama dalam Pelan Tindakan Hak Asasi
Manusia Kebangsaan (National Human Rights Action Plan - NHRAP) yang pertama pada
tahun 2018 (Legal Affairs Division (BHEUU), 2018). Pembangunan NHRAP juga
merupakan salah satu rekomendasi UPR yang diterima oleh Malaysia pada UPR pertama.
Sehubungan dengan itu, adalah nyata bahawa UDHR dan CDHRI memainkan peranan
yang tertentu dalam tingkah laku kerajaan Malaysia dalam proses UPR.

PENGLIBATAN COMANGO DAN MACSA DI DALAM MALAYSIA

Sebagaimana yang ditekankan oleh UNHRC mengenai penglibatan masyarakat sivil dan
NGO dalam proses UPR, proses UPR Malaysia juga telah disertai oleh CSO dan NGO,
terutamanya mereka yang aktif di dalam isu-isu hak asasi manusia. Antara langkah utama
yang diambil oleh kumpulan-kumpulan ini ialah mengemukakan laporan pihak
berkepentingan kepada Kumpulan Kerja UPR. Bilangan CSO dan NGO yang
mengemukakan laporan pihak berkepentingan adalah semakin meningkat dari UPR
pertama ke UPR ketiga, iaitu dari 12 ke 65 CSO/NGO. Jumlah ini termasuk CSO/ NGO
antarabangsa dan tempatan yang aktif dalam pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia.
Penyerahan laporan pihak berkepentingan oleh CSO dan NGO tempatan juga semakin
meningkat, iaitu dari enam organisasi pada UPR pertama ke 35 organisasi pada UPR
Malaysia yang ketiga. Ini menunjukkan bahawa kesedaran di kalangan CSO dan NGO
terhadap mekanisme ini adalah semakin meningkat.
Memandangkan isu hak asasi manusia melibatkan skop yang amat luas, satu
gabungan CSO/NGO tempatan telah ditubuhkan untuk mengumpul dan mengemukakan
isu-isu hak asasi manusia untuk perhatian kerajaan mahupun wakil-wakil negara anggota
PBB dan pihak pengurusan UPR di Geneva, iaitu UNHRC dan Kumpulan Kerja UPR.
Pakatan CSO/NGO tempatan yang pertama ditubuhkan ialah Pakatan NGO Malaysia Di
Dalam Proses UPR (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR - COMANGO).
COMANGO ditubuhkan pada tahun 2008 dianggotai lebih daripada 50 anggota CSOs/
NGOs, dengan tujuan untuk melibatkan CSO dan NGO tempatan di dalam UPR
Malaysia. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) dan Suara Rakyat
Malaysia (Suaram) merupakan sekretariat bersama COMANGO 12. Pakatan ini memikul
tanggungjawabnya dengan mengemukakan isu-isu hak asasi manusia yang dihadapi oleh
pelbagai komuniti ke dalam proses UPR melalui rundingan dengan kerajaan Malaysia,
laporan pihak berkepentingan, kerja-kerja advokasi di peringkat antarabangsa dengan
wakil-wakil dari UNHRC, Kumpulan Kerja UPR dan negara-negara anggota PBB yang
lain. COMANGO merupakan pakatan CSO/NGO tempatan pertama yang ditubuhkan

12
https://uprmalaysia.com/about-comango/. Dirujuk pada 30 Disember 2020.

162
khas untuk UPR Malaysia, antara anggota pakatan ini adalah kumpulan liberal yang aktif
dalam isu hak asasi manusia, aktivis sosial dan juga peguam-peguam tempatan (Beh,
Abdullah, & Tumin, 2020).
Proses UPR kemudian telah menarik perhatian NGO Islam (INGO). Ini adalah
kerana terdapat kekurangan penglibatan INGO dalam COMANGO mahupun di dalam
proses UPR Malaysia. Justeru, Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi
Proses Semakan Berkala Sejagat (The Malaysian Alliance of Civil Society Orgaisations
in the UPR Process – MACSA) telah ditubuhkan pada 16 November 2017. Anggota CSO
MACSA telah meningkat dari 36 sehingga 52 organisasi pada tahun 2018 yang telah
menjadikan gabungan tersebut pakatan INGO yang terbesar dalam UPR Malaysia 13.
MACSA berpendapat bahawa melainkan mengambil kira nilai-nilai dalam deklarasi
antarabangsa termasuk UDHR, CDHRI, dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN 2012
(ASEAN Human Rights Declaration - AHRD), rekomendasi UPR yang diterima oleh
kerajaan harus mematuhi undang-undang serta selaras dengan adat dan tradisi di
Malaysia, terutamanya Perlembagaan Persekutuan14.
COMANGO dan MACSA berpegang pada falsafah hak asasi manusia yang
berbeza, iaitu hak asasi manusia sejagat dalam UDHR yang dianggap berasaskan
daripada dominasi budaya barat (Nor, 2020) dan hak asasi manusia yang berasaskan
pendekatan agama Islam. Dengan nilai asas yang dipegang, maka wujudlah perbezaan
pandangan oleh kedua-dua pakatan CSO ini dalam penerimaan rekomendasi UPR,
antaranya isu SOGI yang dianggap kontroversi di dalam masyarakat majmuk Malaysia.
Walau bagaimanapun, penubuhan MACSA telah menjadikan domain penglibatan CSO
tempatan dalam UPR Malaysia lebih lengkap dan pelbagai dengan kewujudan pakatan
yang berpegang pada pendekatan hak asasi manusia yang berlainan tetapi berkait rapat
dengan nilai-nilai yang difahami oleh masyarakat sivil tempatan.

ISU SOGI DI MALAYSIA

Isu SOGI secara umumnya sering dikaitkan dengan kumpulan homoseksual, biseksual
serta Transgender yang merangkumi komuniti Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender
(LGBT). Bilangan anggota LGBT adalah semakin meningkat di negara ini. Menurut
Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM), anggota gay telah meningkat dari 173,000
pada 2013 kepada 310,000 pada tahun 2018. Manakala jumlah transgender merekodkan
peningkatan sebanyak 200% dalam 30 tahun yang lalu, iaitu sejumlah 10,000 pada tahun
1988 dan 30,000 pada tahun 201815. Namun, data yang direkodkan oleh JAKIM hanya
terhad kepada komuniti LGBT Muslim sahaja. Kerajaan tidak pernah mengumumkan
13
http://wafiq.my/2018/10/30/press-statement-malaysian-alliance-of-civil-society-organisations-
in-the-upr-process-macsa/. Dirujuk pada 31 Disember 2020.
14
https://macsa.com.my/macsa-dibentuk-bagi-memperkukuh-dan-mempromosikan-hak-asasi-
manusia-di-malaysia/. Dirujuk pada 31 Disember 2020.

163
jumlah kumpulan LGBT secara keseluruhannya di dalam negara ini. Punca kuasa dan
tanggungjawab JAKIM dalam mengendalikan isu SOGI bagi komuniti LGBT Muslim
adalah termaktub di dalam undang-undang, khususnya undang-undang Syariah.
Secara rasminya, tiada sebarang agensi rasmi yang diberikan mandat untuk
bertanggungjawab secara keseluruhannya dalam mengendalikan isu SOGI di Malaysia.
Memandangkan isu SOGI merupakan antara isu yang diberi perhatian oleh masyarakat
setempat, maka adalah satu keperluan bagi kerajaan untuk mempertimbangkan pelantikan
satu agensi rasmi untuk memikul tanggungjawab ini. Isu SOGI dianggap sebagai satu isu
yang sensitif dan kontroversi di dalam masyarakat setempat. Ini adalah kerana terdapat
pengaruh dari segi agama dan budaya yang diamalkan oleh anggota masyarakat setempat.
Walau bagaimanapun, komuniti LGBT, sebagai rakyat Malaysia, hak mereka untuk
menjalankan hidup secara aman di dalam negara ini harus dibela. Namun, terdapat
pelbagai masalah yang dihadapi oleh golongan LGBT yang wajar diberikan perhatian
oleh kerajaan dan juga masyarakat setempat.
Walaupun individu LGBT mungkin menghadapi masalah yang berbeza antara satu
sam lain, malah secara umumnya, masalah yang dihadapi oleh komuniti LGBT boleh
digolongakan kepada tujuh kategori yang utama, termasuk (1) diskriminasi, khususnya di
tempat kerja; (2) penerimaan keluarga dan masyarakat setempat; (3) ancaman
keselamatan peribadi; (4) kesihatan; (5) kekurangan kemudahan di tempat awam; (6)
kekurangan kerangka institusi yang komprehensif; dan (7) kekurangan kehendak politik
(Political will). Perlulah dicatatkan di sini bahawa, isu-isu yang dibincangkan berikut
berbeza daripada pandangan masyarakat bukan Islam dengan Islam. Pembaca perlu
memahami perbincangan mengenai perkara-perkara berikut berdasarkan perspektif yang
berbeza itu.

(1) Diskriminasi (khususnya di tempat kerja)

Isu diskriminasi sering berlaku pada golongan LGBT di tempat kerja dan
juga di dalam institusi pendidikan. Antaranya individu Transgender lebih
mudah didedahkan kepada diskriminasi sebegini kerana mereka lebih
mudah dikenali. Terdapat kes-kes di mana mereka gagal diambil atau
rekrut untuk sesuatu pekerjaan atau diberhentikan kerja atas sebab identiti
mereka, tetapi bukannya kekurangan mereka dalam melaksanakan tugasan.

(2) Penerimaan keluarga dan masyarakat setempat

Penerimaan masyarakat setempat mahupun keluarga terhadap golongan


LGBT adalah satu cabaran yang amat besar kepada golongan ini. Ahli-ahli
15
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/491972/bilangan-gay-transgender-
semakin-meningkat-jakim. Dirujuk pada 1 Januari 2021.

164
keluarga sebagai individu yang paling dekat dengan seseorang individu,
adalah harapan besar bagi golongan LGBT untuk mendapatkan penerima dan
sokongan daripada ahli-ahli keluarga. Namun, budaya atau agama yang
diamalkan oleh sesetengah keluarga menyebabkan penerimaan ini satu
cabaran yang amat besar untuk diharungi. Tindak balas dan sikap sebegini
seterusnya dipanjangkan kepada konteks persekitaran yang lebih luas, iaitu
masyarakat setempat.

Secara umumnya, isu SOGI bukan satu isu yang mudah diterima oleh
masyarakat setempat, kerana penerimaan ini selalunya melibatkan
kepercayaan masing-masing dan juga budaya setempat yang dipegang oleh
masyarakat.

(3) Ancaman keselamatan peribadi

Isu keselamatan peribadi golongan LGBT harus diberi perhatian oleh


kerajaan dan individu dari masyarakat setempat. In kerana terdapat beberapa
kes keganasan yang mengancam keselamatan peribadi individu LGBT yang
berlaku. Antaranya, satu tindakan keganasan terhadap seorang transgender
berlaku di Seremban, Negeri Sembilan pada Ogos 2018 16. Empat bulan
kemudian, seorang transgender telah diserang oleh sekumpulan remaja di
Klang, Selangor pada 13 Disember 201817. Ini merupakan antara kes-kes
yang berlaku pada golongan LGBT di Malaysia. Kejadian-kejadian ini
menunjukkan bahawa keselamatan golongan LGBT terancam dan langkah
sewajarnya harus dipertimbang dan diambil oleh pihak berkenaan.

Isu keganasan terhadap golongan LGBT telah menarik perhatian


SUHAKAM setelah Suruhanjaya tersebut menerima aduan-aduan yang
berkaitan. Berdiri di atas prinsip hak asasi manusia, SUHAKAM
menegaskan bahawa hak asasi dan kebebasan asas golongan LGBT tidak
harus ditindas (SUHAKAM, 2010, m.s.16).

(4) Isu kesihatan

Isu kesihatan merangkumi skop yang amat luas. Namun, satu isu penting
yang ingin ditekankan di sini ialah isu jangkitan virus HIV. Menurut
National Strategic Plan for Ending Aids 2016-2030 yang disediakan oleh
16
https://www.nst.com.my/news/nation/2018/08/404423/rising-fear-malaysias-lgbt-community.
Dirujuk pada 1 Januari 2021.
17
https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/death-of-transgender-woman-in-malaysia-sparks-
fears-of-rising-hate-crime. Dirujuk pada 1 Januari 2021.

165
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2015, terdapat kira-kira
45,000 pekerja seks di Malaysia, antaranya sejumlah 24,000 adalah pekerja
seks transgender (KKM, 2015). Data ini menunjukkan bahawa golongan
LGBT, khususnya individu transgender didedahkan kepada risiko kesihatan
yang amat besar. Pekerja seks adalah antara kumpulan yang mempunyai
risiko tinggi terhadap jangkitan virus HIV, iaitu 83.7% (2009), 83.8%
(2012), dan 86.6% (2014). Dalam kes ini, prevalensi HIV di kalangan
transgender telah meningkat dari 4.8% pada tahun 2012 kepada 5.6% pada
tahun 2014.

(5) Kekurangan kemudahan di tempat awam

Keperluan golongan LGBT terhadap kemudahan awam termasuk tandas,


wad-wad di hospital, dan aturan golongan LGBT di penjara adalah berbeza
daripada norma yang biasa. Namun, kemudahan ini amatlah berkurangan dan
dengan itu, ia telah menimbulkan masalah bagi golongan LGBT. Antara
contoh yang didapati ialah pengaturan tahanan LGBT, khususnya
transgender di penjara atau pusat tahanan sering melahirkan tragedi di mana
mereka akan menjadi mangsa seksual semasa dipenjarakan atau ditahan
bersama dengan banduan atau tahanan lelaki. Sesungguhnya, pengaturan
tahanan sebegini dilaksanakan berdasarkan identiti jantina yang dinyatakan
di dalam dokumen pengenalan rasmi mereka (Human Rights Watch, 2014).
Jabatan Penjara Malaysia telah membuat beberapa pengaturan dengan
menempatkan tahanan transgender di penjara khas sekiranya perlu. Namun,
pengaturan ini bukanlah praktis yang biasa di penjara dan ia hanya akan
dilaksanakan atas keperluan.

(6) Kekurangan kerangka institusi yang komprehensif

Isu-isu SOGI sememangnya memerlukan perhatian dan tindakan pihak


berkuasa khususnya kerajaan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang
dihadapi oleh golongan LGBT. Ini adalah kerana isu-isu ini melibatkan
penggubalan dan pengedalian dasar awam yang merupakan tanggungjawab
pihak berkuasa. Namun, didapati bahawa tiada satu agensi awam yang
diamanahkan secara rasminya untuk menyelaras isu-isu SOGI.

Adalah jelas bahawa pengendalian isu SOGI pada mereka yang beragama
Islam adalah di bawah kuasa dan tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan juga agensi-agensi agama Islam yang lain
berdasarkan undang-undang Syariah dan enakmen-enakmen negeri yang
berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, isu SOGI yang dihadapi oleh golongan
166
LGBT yang bukan beragama Islam secara amnya akan diuruskan oleh agensi
awam mengikut portfolio masing-masing. Akan tetapi, ciri-ciri isu SOGI
adalah berbentuk cross-section, yang mana ia bukan satu isu yang tersendiri
(indenpendent issue) tetapi melibatkan dasar dan undang-undang yang
dikendalikan oleh beberapa agensi kerajaan yang berkaitan. Dipercayai
bahawa isu SOGI, khususnya bagi mereka yang bukan beragama Islam akan
dapat dikendalikan dengan lebih cekap sekiranya satu kerangka institusi
yang lebih komprehensi dibangunkan.

(7) Kekurangan kehendak politik (Political will)

Isu SOGI dianggap sebagai satu isu yang sensitif untuk dibincang atau
dibangkitkan di kalangan masyarakat Malaysia, ini disebabkan tingkah laku
SOGI ini dilihat bertentangan dari amalan dan norma yang biasa diterima
oleh masyarakat, khususnya dari perspektif agama Islam dan budaya timur
yang lebih konservatif berbanding dengan budaya barat. Justeru, isu-isu
SOGI adalah jarang dibincangkan secara terbuka dalam ruangan awam,
mahupun di dalam arena politik tempatan. Isu SOGI atau perkataan yang
berkaitan dengan SOGI ada kala dibangkitkan oleh ahli-ahli politik di dalam
dewan parlimen yang sedang bersidang, tetapi terdapat kejadian sebegini
kadang kala adalah mengecewakan kerana isu atau perkataan-perkataan ini
disalah guna oleh ahli-ahli politik dalam menyerang atau mengutuk pihak
yang bertentangan18. Sesungguhnya isu SOGI merupakan isu yang dikhuatiri
oleh negara mahupun masyarakat termasuk ahli-ahli politik yang bercita-cita
untuk memimpin dalam sistem pengurusan negara, maka adalah wajar
sekiranya isu tersebut dibahaskan secara serius dan rasional di dalam dewan
Parlimen.

Kelakuan dan tingkah laku ahli-ahli politik menunjukkan bahawa kehendak


politik (Political will) di dalam isu SOGI adalah berkurangan, dan tidak
dipandang serius. Ini merupakan antara masalah yang penting dalam isu
SOGI kerana kehendak politik memain peranan sebagai antara faktor yang
penting dalam proses penggubalan dasar awam. Cadangan penggubalan atau
pindaan terhadap sesuatu undang-undang atau dasar awam secara umumnya
akan dibangkit dan dibincangkan di dalam Parlimen dan juga Jemaah
Menteri mengikut keperluan.

18
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/548110/ahli-parlimen-pas-digantung-
dua-hari; dan https://mykmu.net/2020/07/15/yb-pondan-rafizi-imbau-kenangan-diusik-ahli-
parlimen/. Dirujuk pada 2 Januari 2021.

167
ISU SOGI DI DALAM UPR MALAYSIA

Malaysia telah menerima 19 rekomendasi yang berkaitan dengan isu SOGI dalam tiga
kitaran UPR. Namun, tiada sebarang rekomendasi daripada 19 rekomendasi ini diterima
oleh kerajaan Malaysia. Ini adalah kerana fenomena ini melibatkan pertentangan agama,
nilai-nilai dan sosio-budaya masyarakat di Malaysia (Ismail & Nasri, 2019). Jadual 8.2
membentangkan kesemua 19 rekomendasi UPR yang berkaitan dengan isu SOGI yang
dicadangankan kepada Malaysia pada tiga kitaran UPR yang lalu. Rekomendasi yang
dicadangkan memfokuskan kepada diskriminasi dan keganasan terhadap golongan LGBT
dari perspektif hak asasi manusia, serta hak LGBT untuk mendapat perlindungan di
bawah undang-undang termasuk aktiviti yang berbentuk homoseksual.

Jadual 8.2: Senarai rekomendasi UPR yang berkaitan dengan isu SOGI dalam UPR
Malaysia.

Perenggan Rekomendasi UPR


UPR Pertama (2009) – 2 Rekomendasi
76 (f) “Recommended the elimination from the Penal Code of standards which allow for
(Chile) discrimination against people on the grounds of their sexual orientation”
88 (a) “To respect the human rights of all individuals, including homosexuals, by de-penalising
(France) homosexuality”
UPR Kedua (2014) – 7 Rekomendasi
146.98 Take legislative and practical steps to guarantee that LGBTI persons can enjoy all human
(Germany) rights without discrimination.
146.99 Introduce legislation that will decriminalise sexual relations between consenting adults of
(Croatia) the same sex.
146.100 Decriminalize homosexuality and respect the fundamental rights of LGBT persons.
(France)
146.101 Take the necessary measures to eradicate the discrimination based on sexual orientation.
(Argentina)
146.102 Delete those provisions that could favour discriminatory practices against persons based
(Chile) on their sexual orientation and gender identity.
146.103 Repeal sections of the Malaysian Penal Code that criminalize consensual same-sex
(Netherlands) conduct between adults.
146.104 Enact legislation prohibiting violence based on sexual orientation, and repeal laws that
(Canada) directly or indirectly criminalize consensual same-sex sexual activities.
UPR Ketiga (2018) - 10 Rekomendasi
151.77 Take the necessary measures to establish in its national legislation a comprehensive legal
(Argentina) framework for effective protection against discrimination and violence against LGBTI
people.
151.78 Take necessary measures to protect LGBTI persons, in law and in practice, against any
(Austria) form of violence, harassment or discrimination and ensure the full enjoyment of all their
fundamental human rights and freedoms.
151.79 Review and repeal laws that directly or indirectly criminalise consensual same-sex sexual
(Canada) activity and take action to prevent violence, discrimination or corporal punishment on the
basis of sexual orientation or gender identity.
151.80 Decriminalise consensual sexual relations between adults of the same sex.
(Chile)

168
151.81 Ensure respect for the fundamental rights of all, without discrimination, including in
(France) relation to LGBTI persons by decriminalising homosexuality.
151.82 Repeal all legislation that discriminates on the basis of sexual orientation or gender
(Germany) identity to guarantee that LGBTI persons can enjoy all human rights without facing
discrimination with regard to work, health, education, housing and other policy.
151.83 Repeal all laws that criminalize persons based on their sexual orientation and gender
(Iceland) identity.
151.84 Undertake efforts to guarantee and protect the human rights of LGBTI persons in line with
(Ireland) international obligations.
151.85 Take concrete steps to protect LGBTI persons from discrimination and violence, including
(Netherlands) through enactment of explicit non-discrimination provisions in law, development of public
awareness programs and to allow for recognition of the gender of transsexual persons.
151.224 Implement anti-bullying campaigns in schools addressing all forms of bullying, including
(Portugal) that based on actual or perceived sexual orientation, gender identity or gender expression.

Namun, terdapat satu rekomendasi (peranggan 151.224, dicadangkan oleh Portugal di


dalam UPR Malaysia Ketiga, rujuk Jadual 8.2) yang mencadangkan pelaksanaan kempen
anti-membuli di sekolah-sekolah bagi memupuk kesedaran dan menghapuskan kesemua
bentuk aktiviti membuli di dalam sekolah, termasuk aktiviti buli yang ditimbul atas sebab
isu SOGI. Kerajaan Malaysia telah memberikan maklum balas dengan status “Partly
Accepted” terhadap rekomendasi ini. Walaupun, “Partly Accepted” tidak membawa
kepada status “Terima”, tetapi keputusan kerajaan Malaysia ini telah mendapatkan tindak
balas yang amat positif daripada LGBT CSO. Mereka menghargai sikap kerajaan
Malaysia yang bersetuju untuk menghentikan tingkah laku buli di dalam sekolah, dan
berharap agar sebarang bentuk buli dapat diberhentikan di dalam kawasan sekolah.
Walau bagaimanapun, apa yang dapat dilihat melalui perkara ini ialah kerajaan
Malaysia amat tegas dengan prinsip-prinsipnya dalam mempertimbangkan rekomendasi
UPR. Walaupun cadangan untuk menghentikan aktiviti membuli di kawasan sekolah
disokong oleh kerajaan tetapi rekomendasi tersebut masih tidak dapat diterima atas sebab
isu SOGI yang tidak diterima oleh kerajaan Malaysia semenjak UPR yang pertama lagi.
Kerajaan Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip asas yang dirujuk semasa
mempertimbangkan rekomendasi UPR.

COMANGO DAN MACSA DI DALAM UPR MALAYSIA

COMANGO

Sebagai inisiatif dalam melindungi sesama dalam golongan LGBT dan mempertahankan
hak-hak mereka dalam negara ini, kumpulan LGBT telah menubuhkan beberapa
organisasi dengan memberi sokongan dan memberikan pelbagai bantuan kepada individu
LGBT yang merangkumi nasihat undang-undang, menyediakan tempat tinggal dan
perkhidmatan kaunseling. LGBT CSO secara umumnya beroperasi dengan berasaskan
komuniti. CSO ini ditubuhkan oleh aktivis LGBT yang mempunyai pelbagai bentuk

169
pengetahuan dan kepakaran. Di Malaysia, antara CSO LGBT yang terkenal ialah Justice
For Sisters (JFS), organisasi memberikan khidmat sokongan undang-undang kepada
orang-orang LGBT, dan mengumpulkan data mengenai kes-kes LGBT di Malaysia.
Selain daripada itu, antara organisasi atau kumpulan LGBT yang aktif dalam aktiviti-
aktiviti advokasi isu LGBT termasuklah Seksualiti Merdeka, Pelangi Campaign, dan
Pertubuhan Pembangunan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED).
Kesemua organisasi/ kumpulan ini adalah tidak berdaftar secara rasmi di bawah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Disebabkan kesukaran yang dihadapi oleh
organisasi/ kumpulan ini, maka mereka adalah mementingkan keberkesanan isu yang
disampaikan kepada masyarakat dan kerajaan, serta perkhidmatan dan sokongan yang
diberikan kepada rakan-rakan LGBT yang memerlukan bantuan. Usaha ini terbentuk atas
budaya konsensus di kalangan LGBT memandangkan cabaran dan masalah yang
dihadapi oleh kumpulan ini adalah amat besar berbanding dengan golongan lain yang
lebih mudah diterima oleh masyarakat.
Selain daripada LGBT CSO, CSO hak asasi manusia tempatan yang lain juga
menghulurkan tangan dalam isu SOGI. Antaranya Sister in Islam (SIS), sebuah CSO
yang komited dalam mempromosikan hak wanita dalam kerangka Islam serta hak asasi
manusia sejagat, dan juga Majlis Peguam Malaysia (The Malaysian Bar). Sokongan ini
telah dipanjangkan di dalam proses UPR Malaysia yang mana organisasi-organisasi ini
juga merupakan anggota COMANGO semenjak UPR Malaysia yang pertama.
Penglibatan LGBT CSO di dalam UPR Malaysia semakin meningkat dari kitaran pertama
sehingga kitaran yang ketiga. Perkembangan ini telah membolehkan COMANGO
memasukkan isu-isu SOGI yang lebih komprehensif dan relevan dengan golongan LGBT
di dalam Laporan Pihak Berkepentingan.

MACSA

Sebagai sebuah pakatan yang dianggotai oleh pelbagai CSO yang berpegang teguh
kepada nilai-nilai hak asasi manusia yang selaras dengan konteks agama Islam, MACSA
turut mengemukakan keprihatinan pakatan tersebut dalam UPR Malaysia. Isu-isu SOGI
telah disenaraikan dalam Laporan Pihak Berkepentigan MACSA pada UPR Malaysia
yang ketiga pada tahun 2018. Tindakan MACSA menunjukkan sokongan masyarakat
sivil Islam kepada kerajaan Malaysia dalam membela hak asasi manusia di negara ini dari
konteks agama Islam. Kepimpinan MACSA diketuai oleh dua CSO Islam dalam isu-isu
hak asasi manusia yang terkenal, iaitu Centre for Human Rights Research and Advocacy
(CENTHRA) dan Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan
Pendidikan Berkualiti (Wafiq).
Selain daripada penglibatan dalam UPR Malaysia, anggota MACSA juga telah
memerikan sokongan kepada agensi kerajaan, khususnya JAKIM dalam mengendalikan
program-program pemulihan seperti Mukhayyam dan ceramah-ceramah bagi individu
LGBT yang mempunyai keperluan, terutamanya mereka yan berhasrat untuk
170
mendapatkan bimbingan dari segi agama Islam. Walaupun terdapat pandangan bahawa
program Mukhayyam adalah kurang bersesuaian dan kurang berkesan19, program ini
diumumkan oleh JAKIM bahawa ia adalah bersifat sukarela dengan pendekatan harmoni
dan holistik yang menekankan kesedaran kerohanian termasuk bimbingan ajaran Islam,
serta kesedaran skesihatan, motivasi dan bimbingan kerjaya.
Sesungguhnya MACSA berpegang kepada nilai hak asasi yang berasaskan konteks
Islam, yang mungkin berbeza dengan nilai hak asasi manusia sejagat yang dipegang oleh
CSO yang lain, usaha pakatan ini dalam membela hak asasi manusia di negara ini dapat
dilihat dengan jelas dan terus disokong oleh agensi kerajaan yang menguruskan agama
Islam serta anggota masyarakat yang bersetuju dengan konteks ini.

ISU SOGI DENGAN COMANGO DAN MACSA DI DALAM UPR MALAYSIA

COMANGO dan MACSA masing-masing telah membangkitkan isu SOGI di dalam


proses UPR Malaysia. Senarai isu SOGI yang dikemukakan dalam Laporan Pihak
Berkepentingan COMANGO dan MACSA adalah seperti di Jadual 8.3. Berdasarkan isu-
isu yang dibangkitkan dalam proses UPR, didapati bahawa konteks hak asasi manusia
yang dirujuk oleh kedua-dua pakatan ini adalah berbeza. COMANGO memulakan isu
SOGI dari sudut diskriminasi dan kesamarataan pada golongan LGBT di Malaysia, lalu
menggesa kerajaan Malaysia untuk menerima lawatan wakil PBB atau agensi-agensi di
bawah PBB untuk mengadakan lawatan ke Malaysia bagi meneliti status dan situasi
LGBT di Malaysia. COMANGO kemudiannya menekankan agar kerangka institusi dapat
ditambahbaik bagi membela hak asasi individu LGBT serta melindungi mereka daripada
penindasan hak, keganasan dan kebebasan dalam menjalani kehidupan.
MACSA pula menekankan hak agama dan hak untuk bekerja bagi golongan LGBT
di dalam UPR yang ketiga. Hak agama yang dicadangkan memfokus kepada hak agensi
penguatkuasaan agama dalam mengendalikan isu SOGI di Malaysia serta meningkatkan
kesedaran masyarakat dalam menghormati hak beragama oleh golongan LGBT. Selain
daripda itu, MACSA juga mencadangkan agar bantuan diberikan kepada golongan LGBT
supaya mereka dapat menanggung kos kehidupan diri dengan mengelakkan daripada
penglibatan dalam transaksi seks.
Secara amnya, terdapat satu isu yang diberikan perhatian oleh COMANGO dan
MACSA, iaitu isu diskriminasi terhadap golongan LGBT. Walaupun secara
terperincinya, COMANGO memfokus kepada diskriminasi dari hak asasi golongan
LGBT, sebarang tingkah laku yang memudaratkan golongan LGBT serta hak golongan
LGBT dalam undang-undang. Namun, konteks yang ditunjukkan oleh kedua-dua pakatan
ini adalah berlainan. COMANGO cenderung kepada konteks hak asasi manusia sejagat,
selari dengan prinsip hak asasi manusia yang dinyatakan di dalam UDHR. Manakala

19
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/606543/isu-mukhayyam-jakim-buat-lapor-
polis. Dirujuk pada 2 Januari 2021.

171
MACSA menekankan prinsip hak asasi manusia di dalam konteks agama Islam, yang
juga disarankan dalam CDHRI.
Walau bagaimanapun, kedua-dua konteks ini tidak bercanggah dengan prinsip asas
Malaysia dalam membela hak asasi manusia di dalam negara ini. Ini dilihat dari
pandangan kerajaan Malaysia yang bersetuju untuk menjadikan kedua-dua UDHR dan
CDHRI sebagai rujukan dalam usaha pembelaan hak asasi manusia. Namun, kerajaan
Malaysia menegaskan kedudukan Perlembagaan Persekutuan dalam segala keputusan
yang dilakukan di dalam proses UPR, serta nilai dan budaya yang diamalkan di dalam
negara ini, secara amnya.

Jadual 8.3: Rekomendasi berkaitan dengan isu SOGI yang dicadangkan oleh
COMANGO dan MACSA di dalam UPR Malaysia.

1. Equality and non-discrimination


a) Recognition of SOGI rights as human rights.
b) End all discriminatory and harmful and anti-LGBT speech and activities.
c) Enact a comprehensive anti-discrimination law.
2. Cooperation with Special Procedures (international human rights mechanisms)
a) Issue an open invitation to all the Special Procedures.
b) Accept request by special procedures when they seek to visit Malaysia.
3. Constitutional and Legislative Framework
a) Attempts to the amendment of the Syariah Court (Criminal Jurisdiction) Act
COMANGO
1965 which predictably brings damage to the administration of Islamic
laws, and exacerbates the deterioration of human rights situation in
Malaysia, includes the LGBT persons.
4. National Institutional and Human Rights Infrastructures, and Policy Measures
a) Stop the implementation of action items under the NHRAP that undermine
the rights of LGBTIQ.
5. Rights to life, liberty and security of the person
a) LGBT HRDs and HRDs in general face multiple forms of reprisals from
various actors for upholding rights of the LGBT.
1. LGBT’s rights to religion
a) Provide gender-sanitisation and human rights training to religious
authorities.
b) For religious authorities to formulate guidelines on gender-sanitisation.
MACSA c) Educate the Malaysian communities to respect the religious rights of the
LGBT community.
2. Discrimination against LGBT people
a) Provide entrepreneurship incentives and loans in starting business or
assistance in getting job to get out from the sex trade.

KESIMPULAN

Malaysia menunjukkan komitmennya sebagai anggota PBB di dalam proses UPR.


Pertimbangan kerajaan Malaysia dalam menerima rekomendasi UPR adalah dengan
jelasnya merujuk kepada dokumen-dokumen tertentu, terutamanya Perlembagaan
Persekutuan dan dasar awam yang sedia ada. Tindakan ini telah membolehkan kerajaan
Malaysia melaksanakan rekomendasi-rekomendasi UPR yang telah diterima dengan lebih

172
cekap dan berkesan. Selain daripada itu, kerajaan Malaysia dalam NHRAP yang
dibangunkan pada tahun 2018 menyatakan bahawa kedua-dua UDHR dan CDHRI
dijadikan sebagai dokumen rujukan dalam usaha pembelaan hak asasi manusia di negara
ini. Walaupun kedua-dua dokumen tersebut dianggap sebagai rujukan dan bukan panduan
yang wajib dipatuhi. Tingkah laku kerajaan Malaysia telah menunjukkan bahawa UDHR
dan CDHRI memainkan peranan sebagai dokumen rujukan di dalam penerimaan
rekomendasi UPR Malaysia.
Dua pakatan CSO tempatan yang aktif di dalam UPR Malaysia ialah COMANGO
dan MACSA. Kedua-dua pakatan ini berpegang kepada konteks hak asasi manusia yang
berlainan di dalam proses UPR, iaitu hak asasi manusia sejagat yang dinyatakan di dalam
UDHR, dan nilai hak asasi manusia yang dijunjung dalam CDHRI, iaitu berprinsipkan
kepada konteks agama Islam. Pengaruh CDHRI juga tidak dapat diabaikan
memandangkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dinyatakan dengan jelas di
dalam Perlembagaan Persekutuan.
SOGI merupakan antara isu yang sensitif dan kontroversi di dalam masyarakat
Malaysia. COMANGO dan MACSA menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu
SOGI di dalam proses UPR. Walaupun kedua-dua pakatan ini bertindak di atas
pemahaman falsafah hak asasi manusia yang berlainan, tetapi isu diskriminasi di dalam
SOGI telah diberikan perhatian oleh kedua-dua pakatan ini. Pembangunan COMANGO
dan MACSA, sebagai dua pakatan CSO tempatan yang terbesar di dalam proses UPR,
telah menunjukkan inisiatif masyarakat sivil tempatan dalam menyumbang kepada
pembangunan hak asasi manusia di negara ini.

RUJUKAN

Azeez, A., Olayemi, M., & Buang, A. H. (2015). Islamic Human Rights Law: A Critical
Evaluation of UIDHR & CDHRI In Context Of UDHR. Journal of Islam, Law and
Judiciary, 1(3), 27–36. Diakses dari
https://www.researchgate.net/publication/281120061
Beckstrand, M. J. (2015). Recommendations , Rhetoric , and Reporting : State and NGO
Behavior in the Universal Periodic Review of Human Rights. Syracuse University.
Beh, S., Abdullah, N., & Tumin, M. (2020). Universal Periodic Review : The Role of
Civil Society Organisations in Malaysia. Journal of Administrative Science, 17(2),
156–185.
Gomez, J., & Ramcharan, R. (2018). The UPR and Human Rights in Southeast Asia: The
Critical Role of Civil Society. Dalam The Universal Periodic Review of Siutheast
Asia. Civil Society Perspectives (hlm. 213–221).
Human Rights Commission Malaysia (SUHAKAM). (2010). SUHAKAM Annual Report
2010.
Ismail, M. A. M., & Nasri, M. S. (2019). Gejala LGBT Di Malaysia: Isu dan Cadangan
dan Penyelesaian. Journal of Law & Governance, 2(1), 51–56.
https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

173
Khoo, Y. H. (2014). Malaysia’s Human Rights Performance: Assessment of its First
Session of Universal Periodic Review in the United Nations Human Rights
Council. Cosmopolitan Civil Societies Journal, 6(1), 19–37.
Khoo, Y. H. (2018). Can NHRIs bridge the Implementation Gap? Assessing
SUHAKAM’s effectiveness in Malaysia’s Universal Periodic Review. Dalam J.
Gomez & R. Ramcharan (Eds.), The Universal Periodic Review of Southeast Asia.
Civil Society Perspectives (hlm. 187–200). Strategic Information and Research
Development Centre (SIRD).
Langguth, G. (2003). Asian Values Revisited. Asia Europe Journal, 1(1), 25–42.
https://doi.org/10.1080/01296612.1998.11726548
Legal Affairs Division (BHEUU), P. M. D. of M. (2018). National Human Rights Action
Plan Malaysia. Diakses dari
http://www.bheuu.gov.my/index.php/perkhidmatan/pelan-tindakan-hak-asasi-
manusia-2018
McMahon, E. R. (2012). The Universal Periodic Review: A Work in Progress. An
Evaluation of the First Cycle of the New UPR Mechanism of the United Nations
Human Rights Council.
Ministry of Health Malaysia (MOH). (2015). National Strategic Plan. Ending AIDS
2016-2030. Together we can end AIDS epidemic by 2030.
Nor, N. M. M. H. M. (2020). Perbezaan Pendekatan Hak Asasi Manusia: Suatu Sorotan
Literatur. Journal of Shariah Law Research, 5(1), 1–34.
UNHRC. (2007). 5/1. Institution-building of the United Nations Human Rights Council.
United Nations. (1948). Universal Declaration of Human Rights. Un, 72.
https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Watch, H. R. (2014). “I’m Scared to Be a Woman”: Human Rights Abuses Against
Transgender People in Malaysia.

174
Bab 9
Pemerkasaan Wanita di Sarawak20
NOORFADHLEEN MAHMUD, NADRAWINA ISNIN DAN NONI HARIANTI JUNAIDI

PENGENALAN

Pada tahun 2019, World Economic Forums Global Gender Gap Index mendedahkan
bahawa wanita masih ketinggalan dalam pelbagai faktor (ekonomi dan peluang,
pencapaian pendidikan, kesihatan dan kelangsungan hidup, dan pemerkasaan politik)
termasuk penyertaan sosial. Di Malaysia, skor purata Malaysia Gender Gap Index
(MGGI) pada tahun 2018 adalah 71.1 peratus. Walau bagaimanapun, pada tahun 2019
sangat mengejutkan apabila menerima berita yang menunjukkan persamaan kedua-dua
gender telah dicapai dengan skor 100 peratus (MGGI, 2019). Hal ini menyebabkan
pengkaji dapat mengetahui apakah faktor-faktor yang mendorong kepada pencapaian
kesaksamaan gender.
Pembangunan wanita dan pemerkasaan wanita adalah dua dimensi yang
dibincangkan secara global dan isu-isu ini telah diketengahkan dalam Beijing Platform of
Action (1995). Ia menyatakan bahawa terdapat ketidaksamaan antara lelaki dan wanita
dalam pembahagian kuasa dan pembuatan keputusan di semua peringkat. Ini adalah salah
satu bidang penting untuk kemajuan wanita dan pencapaian kesaksamaan sebagai hak
asasi manusia dan syarat untuk keadilan sosial. Ketidakseimbangan berdasarkan gender
menyebabkan wanita mengalami kemiskinan dan status ekonomi yang lebih rendah
terutama di negara-negara Asia (Ontuba, 2019).
Di sini kerajaan memerlukan penyertaan penuh daripada wanita untuk menjadi
sebahagian daripada proses pembangunan. Masyarakat sivil mesti bekerjasama untuk
mencapai misi dan visi kesaksamaan gender. Penyertaan anggota masyarakat dalam
urusan yang mempengaruhi kehidupan mereka adalah aspek asas demokrasi akar umbi
dan berfungsi sebagai mekanisme check and balance. Anggota komuniti yang
diperkasakan akan berada dalam posisi yang lebih baik untuk melakukan proses
pembangunan lain dan keutamaan dalam kalangan organisasi hak wanita adalah
mewujudkan persekitaran di mana wanita dapat berinteraksi antara satu sama lain,
berkongsi kebimbangan, dan menangani bantahan dalam masyarakat (Ontuba, 2019). Jika
dilihat peranan penting yang dimulakan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam
proses pembangunan, penyertaan sosial wanita tidak dapat dielakkan. Ini adalah
sebahagian dari penyertaan dalam proses pembangunan dan jika sumbangan mereka
20
Sebahagian kandungan artikel ini adalah dari Bab 1 dan Bab 3 tesis kedoktoran penulis yang
bertajuk “Sarawak Women’s Social Participation in Non-governmental Organization 2021,
Universiti Teknologi MARA. Tajuk-tajuk kecil seperti peranan msyarakat sivil dan
perkembangan feminisme di Malaysia dan Sarawak.

175
terhadap NGO diabaikan, ia akan merosakkan hubungan perkongsian dalam lingkungan
yang setara dengan pembangunan sosial dan pemerkasaan wanita.
Peranan masyarakat sivil dianalisa kerana timbulnya persoalan bagaimana mereka
menghadapi kesan daripada isu globalisasi dan pembangunan. Ia penting untuk
menonjolkan hubungan dinamik masyarakat sivil dalam sistem politik. Oleh itu, kajian
ini menjelaskan persoalan mengenai apakah peluang yang diberikan oleh kerajaan atau
pihak berkepentingan lain dan apa yang dapat diambil daripada situasi tersebut ke arah
pemerkasaan kaum wanita terutama di Sarawak.
Secara spesifiknya, objektif kajian ini adalah untuk memahami penglibatan dalam
kalangan wanita di dalam masyarakat sivil di Sarawak. Fokus kajian adalah mengenai
penglibatan sosial sebagai rangka kerja (framework) untuk mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi dan menghindari penglibatan wanita. Tambahan pula, kajian ini
menganalisa impak penyertaan wanita di dalam masyarakat sivil terhadap pemerkasaan
wanita. Sehubungan itu, sumbangan kajian ini dilakukan untuk membantu masyarakat
sivil dalam membangun kerangka yang sesuai yang terlibat dalam reka bentuk,
pelaksanaan dan penilaian projek pembangunan yang akan membantu mereka
mendapatkan lebih banyak penglibatan wanita muda. Dengan berbuat demikian, terdapat
pemahaman yang lebih baik, menggabungkan dan menilai isu-isu berkaitan pemerkasaan
di peringkat akar umbi. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui faktor-faktor yang
menyumbang kepada wanita untuk mengambil bahagian dalam pelbagai jenis NGO.
Kajian ini juga penting dalam menyoroti faedah yang dapat diperoleh wanita daripada
penglibatan mereka kerana akan membuat mereka menyedari kewujudan NGO.
Sehubungan dengan itu, keperluan kajian ini dapat menyumbang kepada
pengetahuan mengenai masyarakat sivil yang berkaitan dengan teori gender ketika ia
berkembang, mentakrifkan semula dan menyediakan kerangka konteksual yang sesuai
untuk penyelidik lain yang berminat dalam kajian gender dan sains politik. Selanjutnya
adalah kepentingan mendalam penyelidik untuk mengkaji lebih jauh mengenai perbezaan
faktor usia di antara penglibatan wanita yang menentukan di mana dan bila partisipasi ini
berlaku; serta meneroka pengalaman dan dinamika partisipasi sivik antara generasi muda
dan tua.

LATAR BELAKANG KAJIAN DAN ULASAN KARYA

Wanita merangkumi hampir sebahagian daripada jumlah populasi dunia.


Berdasarkan statistik yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (1 Julai
2020), populasi dunia melebihi 7.7 bilion dan wanita adalah 49.6 peratus (3.84 bilion)
dari jumlah populasi dunia. Bagi Malaysia pula, Jabatan Statistik Malaysia (2020)
mencatat jumlah populasi wanita ialah 15.8 juta daripada 32.6 juta jumlah keseluruhan
populasi rakyat Malaysia. Daripada angka-angka ini, sangat penting untuk tidak
meminggirkan peranan wanita dalam proses pembangunan. Hal ini penting bagi

176
kemajuan pembangunan negara kerana pembangunan yang nyata bermaksud ada peluang
bagi setiap individu di negara ini, seperti dalam hal ini, pemerkasaan wanita.
Justeru, pemahaman mengenai pemerkasaan wanita dapat dikesan melalui sejarah
feminisme. Feminisme dari segi sosiologinya ialah kepercayaan terhadap ketaksetaraan
jantina sama ada dari aspek sosial, ekonomi, dan politik; walaupun sebahagian besarnya
berasal dari Barat, feminisme terserlah di seluruh dunia dan diwakili oleh pelbagai
institusi yang komited untuk melakukan aktiviti atas nama hak dan kepentingan wanita
(Britannica, tanpa tarikh). Istilah feminisme menurut Sally Ann Drucker yang dipetik
oleh Ohio Humanities (2018), ialah mengenai gerakan politik, budaya, dan ekonomi yang
bertujuan untuk mewujudkan hak yang sama dan perlindungan undang-undang bagi
wanita. Malah, kesusasteraan awal Barat mengenai teori feminisme tertumpu pada
beberapa bidang utama feminisme - feminisme liberal, feminisme radikal, feminisme
Marxis dan sosialis, dan feminisme pascamoden (Jagger, 1983; Tong, 1992) (Cecilia Ng,
Maznah Mohamad dan Tan Beng Hui, 2006).
Namun, sejarah feminis boleh dibahagikan kepada tiga gelombang. Gelombang
pertama, yang berlaku pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, terutama berkaitan dengan
hak wanita untuk memilih. Gelombang kedua, pada puncaknya pada tahun 1960-an dan
1970-an, merujuk kepada gerakan pembebasan wanita untuk hak undang-undang dan
sosial yang sama. Gelombang ketiga, mulai tahun 1990-an, merujuk pada kelanjutan, dan
reaksi terhadap, feminisme gelombang kedua.
Feminisme gelombang pertama timbul dalam konteks masyarakat industri dan
liberal politik tetapi berkaitan dengan gerakan hak wanita liberal dan feminisme sosialis
awal pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 di Amerika dan Eropah. Analisis
feminis yang telah menyoroti peranan pekerjaan wanita dalam pembinaan sosial jantina
dan pengekalan dominasi lelaki telah disebut sebagai feminisme liberal, radikal, Marxis,
dan sosialis oleh pengkategorian berpengaruh seperti Jaggar dan Rothenberg [Struhl]
(1978), Tong (2000), Barrett (1980), Jaggar (1983) dan Walby (1990) (Stanford
Encyclopedia of Philosophy, 2016). Antaranya ialah, tertumpu pada pemansuhan,
mendapatkan hak pilih wanita, dan membasmi ketidaksamaan antara lelaki dan wanita
yang tertulis dalam sistem perundangan, seperti kekurangan akses wanita ke pendidikan
dan perubatan, dan undang-undang. Feminis gelombang pertama juga memperjuangkan
kebebasan kewangan wanita dan mengawal harta benda, dan mendapat gaji dan hak yang
sama di tempat kerja (Marcelline Block, 2010). Berkaitan dengan akses dan peluang yang
sama untuk wanita, gelombang pertama terus mempengaruhi feminisme di Barat dan
masyarakat Timur sepanjang abad ke-20 (Charlotte Krolokke dan Anne Scott Sorensen,
2005). Menjelang akhir abad ke-19, aktivisme feminisme tertumpu pada hak untuk
memilih. Feminisme gelombang pertama Amerika berakhir dengan perundangan Pindaan
ke-19 Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1919, yang memberikan hak suara
kepada wanita (Ohio Humanities, 2018 memetik penulisan Sally Ann Drucker).
Menariknya mengenai gelombang pertama ialah hak memilih diberikan kepada
kaum wanita, dikenali sebagai women’s suffrage atau hak memilih untuk wanita. Hak ini
177
adalah berdasarkan undang-undang untuk memilih dalam pilihan raya nasional atau
tempatan. Persoalan hak suara wanita akhirnya menjadi isu pada abad ke-19, dan
perjuangannya sangat sengit di Britain dan Amerika Syarikat, tetapi negara-negara
tersebut bukanlah negara pertama yang memberikan hak memilih wanita. Menjelang
tahun-tahun awal abad ke-20, wanita telah memenangi hak memilih dalam pilihan raya
nasional contohnya di New Zealand (1893), Australia (1902), Finland (1906), dan
Norway (1913). Di Sweden dan Amerika Syarikat mereka memiliki hak suara dalam
beberapa pemilihan lokal. Malah, impak positif daripada Perang Dunia Pertama dan
Perang Dunia Kedua telah mempercepatkan pembebasan wanita di negara-negara Eropah
dan di tempat lain. Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak
Politik Wanita, yang diadopsi pada tahun 1952, menetapkan bahawa “Wanita berhak
memilih dalam semua pemilihan dengan syarat yang setara dengan lelaki, tanpa
diskriminasi”. Dari segi sejarah, Britain dan Amerika Syarikat memberikan contoh-
contoh khas perjuangan untuk hak pilih wanita pada abad ke-19 dan ke-20.
Sehubungan dengan itu, di Britain, hak pilih wanita pertama kali disokong oleh
Mary Wollstonecraft dalam bukunya A Vindication of the Rights of Woman (1792) dan
dituntut oleh gerakan Chartist pada tahun 1840-an. Permintaan hak pilih wanita semakin
meningkat oleh para intelektual liberal terkemuka di England dari tahun 1850-an,
terutama oleh John Stuart Mill dan isterinya, Harriet. Jawatankuasa hak pilih wanita
pertama dibentuk di Manchester pada tahun 1865, dan pada tahun 1867 Mill
mengemukakan petisyen masyarakat ini kepada Parlimen, yang menuntut suara untuk
wanita dan berisi sekitar 1,550 tandatangan. Dan akhirnya, pada tahun 1928, usia
pengundian bagi wanita diturunkan menjadi 21 untuk menempatkan pengundi wanita
setara dengan pengundi lelaki.
Di Amerika Syarikat pula, sejarah tercipta pada bulan Julai 1848 melalui satu
konvensyen membincangkan isu hak wanita diadakan di Stanton, Seneca Falls, New
York. Pada 19–20 Julai 1848, perisytiharan yang menuntut hak suara wanita dan hak
wanita atas peluang pendidikan dan pekerjaan dikeluarkan. Sejarah juga membuktikan
bahawa impak positif daripada Perang Dunia Pertama dan peranan utama yang
dimainkan oleh wanita di dalam pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan mengenai
hak pilih wanita telah diperkenalkan ke dalam Kongres pada tahun 1878 dan 1914, tetapi
pindaan tahun 1878 telah dikalahkan, dan pindaan tahun 1914 telah hampir gagal
mendapatkan bahkan sebahagian besar suara di Dewan Perwakilan Rakyat dan Senat
(suara dua pertiga di Kongres diperlukan agar pindaan dikirim ke badan legislatif negara
untuk disahkan). Akan tetapi, pada tahun 1918, kedua-dua parti politik utama telah
memberikan hak untuk wanita, dan pindaan tersebut dilakukan oleh dua pertiga majoriti
yang diperlukan di Dewan Perwakilan Rakyat dan Senat masing-masing pada Januari
1918 dan Jun 1919. Kempen yang kuat kemudiannya dilakukan untuk mendapatkan
pengesahan pindaan oleh dua pertiga badan perundangan negara, dan pada 18 Ogos 1920,
Tennessee menjadi negara ke-36 yang mengesahkan pindaan tersebut. Kemudian, pada
26 Ogos, Pindaan Kesembilan Belas diisytiharkan oleh setiausaha negara sebagai
178
sebahagian daripada Perlembagaan Amerika Syarikat. Wanita di Amerika Syarikat
dibebaskan secara setara dengan lelaki (Encyclopædia Britannica, Inc., tanpa tarikh).
Gelombang feminisme kedua pula muncul pada tahun 1960-an hingga 1970-an
setelah pasca perang masyarakat kebajikan Barat, dan ketika kumpulan “tertindas” lain
seperti orang kulit hitam dan homoseksual ditakrifkan dan haluan kiri sedang meningkat.
Ia juga berkait rapat dengan suara radikal wanita pemerkasaan dan hak pembezaan
berlaku antara 1980-an hingga 1990-an. Malah ia juga berkaitan dengan feminisme yang
dimulakan oleh women of color dan wanita dunia ketiga. Dari pertengahan 1990-an dan
seterusnya, kemunculan Orde Baru Dunia pascakolonial dan pascasosialis, di dalam
konteks masyarakat bermaklumat dan politik global neoliberal (Charlotte Krolokke dan
Anne Scott Sorensen, 2005). Sally Ann Drucker (seperti dipetik oleh Ohio Humanities,
2018), berpandangan bahawa feminisme gelombang kedua berfokus pada isu-isu
persamaan dan diskriminasi. Slogan gelombang kedua, "The Personal is Political,"
mengenal pasti ketidaksamaan budaya dan politik wanita sebagai ikatan yang tidak dapat
dipisahkan dan mendorong wanita untuk memahami bagaimana kehidupan peribadi
mereka mencerminkan struktur kekuasaan seksis. Betty Friedan adalah watak utama
dalam feminisme gelombang kedua. Pada tahun 1963, bukunya The Feminine Mystique
mengkritik gagasan bahawa wanita dapat memperoleh kepuasan hanya melalui
pengasuhan anak dan pembuatan rumah. Dalam pergerakan gelombang kedua, ahli teori
dapat dikelompokkan berdasarkan teori mereka tentang bagaimana pekerjaan rumah
tangga menindas wanita. Biasanya, feminis liberal mengkritik kerja rumah kerana ia tidak
dibayar. Ini menjadikan wanita bergantung pada lelaki dan dinilai rendah, kerana
pekerjaan mereka berada di luar bidang pengeluaran ekonomi awam yang bermakna
(Stanford Encyclopedia merujuk kepada Friedan, 1963).
Gelombang ketiga feminisme menampakkan diri dalam retorik “grrl”, yang
berusaha mengatasi masalah persoalan teori mengenai ekuiti atau perbezaan dan
persoalan politik tentang evolusi atau revolusi, sementara ia menentang gagasan
“kewanitaan sejagat’ dan merangkumi kekaburan, kepelbagaian, dan kepelbagaian dalam
transversal teori dan politik (Charlotte Krolokke dan Anne Scott Sorensen, 2005).
Sehubungan dengan itu, impak gelombang-gelombang feminisme seperti di dalam
paragraf di atas, dibincangkan secara teliti oleh Cecilia Ng, Maznah Mohamad dan Tan
Beng Hui (2006). Mereka berpendapat bahawa beberapa asas empirik bagaimana
'feminisme Malaysia' dapat dikonsepkan dengan sebaik-baiknya; iaitu, ia menunjukkan
gambaran luas evolusi kesedaran feminis dalam sejarah moden negara ini. Daripada
menggunakan kategori yang diterokai oleh sastera Barat awal mengenai teori feminis,
seperti dalam feminisme liberal, feminisme radikal, feminisme Marxis dan sosialis, atau
feminisme pascamoden, mereka melihat empat fasa melalui transformasi sejarah untuk
meletakkan feminisme dalam konteks Malaysia. Iaitu kajian semula empat fasa
perjuangannya yang (i) anti-kolonial; (ii) pasca merdeka permuafakatan; (iii)
perkembangan dan kebangkitan politik identiti; dan (iv) penjajaran semula pasca

179
Reformasi. Setiap fasa mempunyai feminis yang dominan kesedaran dan strategi untuk
mobilisasi, walaupun beberapa jenis feminisme dapat merangkumi pelbagai tahap.
Oleh yang demikian, ketiga-tiga orang penulis berkenaan juga menegaskan seperti
gerakan sosial yang lain, perjuangan wanita di Malaysia dilingkari dengan kerumitan dan
peculiarities disebabkan kepelbagaian di dalam sejarah, budaya, politik dan ekonomi
negara. Ini dimaksudkan untuk mencerminkan kerumitan yang dihadapi oleh kumpulan
wanita dalam perjuangan mereka mempromosikan hak wanita. Menarik juga untuk
dinyatakan bahawa keadaan demokrasi Malaysia, politik identiti dan kepelbagaian
budaya yang dipacu oleh negara menyediakan medan untuk membenarkan atau
menggagalkan pertumbuhan pergerakan wanita berdasarkan keadaan hari ini - unik dalam
dirinya tetapi dengan feminisme yang ada di celah-celah sebuah negara yang bersifat
autoritatif dalam sistem kapitalis. Tetapi, politik, ekonomi dan budaya perkembangan
nasional dan global telah menyediakan konteks untuk berkembang daripada
merevolusikan pergerakan wanita di Malaysia (Cecilia Ng, Maznah Mohamad dan Tan
Beng Hui, 2006).
Sarawak juga terkesan dengan impak gelombang feminisme terutamanya selepas
Perang Dunia Kedua, khususnya dalam tahun 1946 dianggap tahun yang penting. Tetapi,
ia lebih tertumpu kepada penyertaan wanita dalam politik di Sarawak, penglibatan
mereka sebenarnya bermula semasa penjajahan Jepun. Menurut Sabihah Osman (1990),
pemerintahan tentera Jepun 1943 menekankan “penyertaan politik pribumi dalam
pentadbiran Borneo Utara (termasuk Sarawak)”. Iaitu, pihak Jepun juga menaja
penubuhan persatuan wanita (Kaum Ibu) dengan wakil-wakil daripada empat kaum
utama. Mereka ialah Lily Eberwien daripada kaum Melayu, Mary Ong dari kaum Cina,
Barbara Bayang daripada kaum Iban dan Puan Gopal dari kaum India. Peranan utama
yang dimainkan oleh wanita-wanita itu adalah secara aktif dalam mengumpul dana untuk
diberikan kepada tentera Jepun. Walau bagaimanapun, Sabihah Osman (1990) juga
menyatakan bahawa aktiviti dalam berpersatuan ini secara tidak langsung memberi
wanita keyakinan diri dan menggalakkan mereka untuk menjadi berminat dalam politik.
Minat dalam politik ini berterusan terutamanya semasa Pergerakan Anti-Penyerahan.
Menariknya seperti yang ditetapkan oleh Abang Yusof Puteh (2005), ia
memainkan peranan penting dalam kebangkitan kesedaran politik di kalangan wanita
Melayu di Sarawak. Maka, kebangkitan inilah yang menjadi permulaan bagi wanita
untuk menjadi ahli aktif parti-parti politik di Sarawak. Reece (1983) menegaskan bahawa
dari 1946 sehingga tahun 1950-an pertengahan perjuangan untuk memansuhkan
penyerahan telah menyerap kuasa kebanyakan orang Melayu dan Iban terlibat dalam
politik, terutamanya di Bahagian Pertama [Kuching] dan Sibu. Lebih penting lagi,
walaupun bilangan wanita itu kecil, tetapi mereka adalah yang paling lantang bersuara
mengenai pengkhianatan penyerahan dan melalui gerakan Anti-Penyerahan, pemimpin-
pemimpin politik yang berkaliber muncul di kalangan kaum wanita - Lily Eberwein,
Ajibah Abol dan Hafsah Harun (PBB’s Women Wing, 1983).

180
Sehubungan dengan itu, Pergerakan Anti-Penyerahan 1946 di Sarawak
melahirkan generasi pertama nasionalis wanita seperti Lily Eberwein (1900-1980).
Beliau membantu dengan penuh semangat dengan memulakan dan menganjurkan di
peringkat akar umbi wanita untuk mengambil bahagian di pergerakan tersebut. Sebagai
penjawat awam, Lily Eberwein bersama dengan 409 pegawai-pegawai kerajaan (yang
memperkenalkan diri mereka sebagai Kumpulan 338) yang meletakkan jawatan mereka,
sebagai tanda bantahan terhadap penyerahan Sarawak oleh Sarawak White Rajah terakhir
kepada kerajaan British (Welyne Jeffrey Jehom, 2010).
Seperti yang dibicarakan oleh Nordi Achie (2001), aset wanita, tenaga dan masa
tidak terkira banyak jumlahnya dan mereka sanggup mengorbankan semua itu [aset,
tenaga dan masa] untuk masyarakat Sarawak bagi mencari kedaulatan dan kemerdekaan
negara. Sehubungan ini, terdapat beberapa orang tokoh wanita yang memainkan peranan
penting dalam penyertaan politik wanita pertama di Sarawak. Walau bagaimanapun,
kedua-dua watak yang tersendiri adalah Lily Eberwein dan Ajibah Abol. Lily Eberwein
adalah Pengerusi bagi Kaum Ibu dan Ajibah Abol adalah Setiausaha. Melalui Kaum Ibu,
sumbangan dan peranan oleh kedua-dua tokoh ini amat penting, khususnya kemunculan
wanita sebagai kuasa politik, yang menyaksikan wanita bersuara tegas sama seperti kaum
lelaki dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk negara (Sabihah Osman, 1987
memetik Sarawak Tribune, 1946). Begitu juga, Nordi Achie (200) menegaskan bahawa
wanita yang mengambil bahagian dalam gerakan Anti-Penyerahan telah mencipta sejarah
iaitu, melangkah keluar dari peranan tradisional mereka dengan menyertai politik untuk
kali pertama. Akhirnya, penyertaan mereka melahirkan nasionalisme Sarawak.
Justeru, kesan Perang Dunia Kedua juga mempunyai kepentingannya terhadap
sejarah Sarawak. Antaranya ialah penubuhan Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS). SIDS
adalah organisasi bukan politik oleh sekumpulan wanita di Kuching pada tahun 1957;
setahun setelah Kesatuan Nasional Dayak Sarawak (SDNU) ditubuhkan. Sarakup
menyedari bahawa wanita Iban perlu dilatih untuk bertahan dan tinggal di kawasan
bandar. Barbara Bay Mendu, ahli pengasas dan yang pertama dipilih Presiden Persatuan
bertekad untuk membawa kumpulan Iban yang berbeza (yang berasal dari pelbagai
kawasan di Sarawak) dengan tujuan untuk saling mengenal dan membantu lain (SIDS,
2007).
Kembali kepada perbincangan seterusnya, bagi memastikan wanita diperkasa,
penglibatan dalam pembangunan negara adalah penting dan tanpa penglibatan mereka,
wanita tidak dapat menyumbang ke arah proses pembangunan. Pemerkasaan wanita telah
dikenalpasti sebagai fakta penting di dalam menangani isu-isu pembangunan inklusif
wanita, ketidaksamaan, kemiskinan, masyarakat dan anak-anak (Gautam Mazumdar et
al., 2020). Organisasi bukan kerajaan, masyarakat sivil atau gerakan sivil adalah
organisasi bukan keuntungan (NGO) yang ditubuhkan mempunyai peranan mereka
sendiri untuk mengisi jurang proses pembangunan.
Maszlee Malik, Safwan Safarudin dan Hamidah Mat (2018) mendefinisikan NGO
sebagai bentuk organisasi diri dengan tujuan mengutarakan minat tertentu dan mengatur
181
masalah tertentu dalam berbagai bidang seperti pendidikan, hak wanita, bekalan makanan
dan air, perlindungan alam sekitar, kesihatan dan pengangkutan. Para penulis berkenaan
menjelaskan bahawa NGO yang ditubuhkan untuk menjadi pelaku penting dalam
kebanyakan negara membangun yang bebas daripada kerajaan, terlibat di dalam aktiviti
yang tidak mendatangkan keuntungan (non-profit making activities) dan
memperjuangkan sebab-sebab tertentu. NGO memainkan peranan sebagai agen
perubahan di dalam masyarakat berdasarkan minat, ideologi dan objektif. Organisasi
Masyarakat Sivil (CSO) adalah didorong oleh nilai dan bukannya berdasarkan
keuntungan. Ini termasuk NGO, Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO), Organisasi
Berasaskan Kepercayaan (FBO), Kesatuan Sekerja, Pertubuhan Petani, Para Akademik,
Pertubuhan Profesional, Pergerakan Pelajar dan gerakan massa lain yang tidak berkaitan
dengan organisasi politik.
Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokus kepada teori penglibatan sosial di
dalam menjelaskan penglibatan wanita Sarawak di dalam masyarakat sivil. Justeru, kajian
ini melihat kepada teori penglibatan sosial yang disarankan oleh Brodie Ellie et al.
(2009). Menurut Brodie Ellie et al. (2009), teori penglibatan sosial ini dianggap sebagai
teori yang paling bagus untuk dirujuk kerana ia melihat kepada aktiviti kolektif yang
melibatkan individu di dalam kehidupan harian. Para penulis ini juga menjelaskan
penglibatan sosial merujuk kepada seseorang yang terlibat di dalam kumpulan komuniti,
persatuan penyewa atau kesatuan sekerja, menyokong hospital tempatan dengan sukarela,
menjalankan kumpulan kajian bagi pihak organisasi tertentu. Selanjutnya, penulis
menyatakan bahawa partisipasi sosial juga dikenali sebagai penyertaan sosial, tindakan
kolektif, penglibatan sivil, mendatar atau komuniti.
Berdasarkan perbincangan di atas mengenai penglibatan sosial, kajian ini
dimulakan dengan mengambil kira teori yang dibincangkan oleh Brodie Ellie et al.,
(2009). Terma penglibatan sosial digunakan kerana ia berbeza dengan bentuk-bentuk
penglibatan seperti penglibatan politik dan sivik. Secara khususnya, partisipasi sosial di
dalam kajian ini memfokus kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung di dalam NGO yang tidak didasari dengan politik.
Sementara itu, Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Wanita
2015-2016, menekankan kepada tindakan kolektif wanita di peringkat akar umbi dan
organisasi masyarakat sivil. Dari sini, agensi wanita, suara dan penglibatan wanita dalam
proses persamaan jantina dapat diperkukuhkan. Kebarangkalian, melalui tindakan
kolektif wanita, ini akan memudahkan konsep peningkatan keupayaan dalam kalangan
organisasi wanita. Ini untuk memastikan bahawa mereka dapat dianjurkan untuk
perubahan polisi, meningkatkan latihan pendanaan mengenai implikasi gender polisi-
polisi ekonomi dan sosial, dan membuat maklum balas daripada pelaksanaan polisi
melalui audit sosial oleh organisasi wanita dan pengguna perkhidmatan untuk
meningkatkan prestasi dan maklum balas gender terhadap peraturan kerajaan,
perlindungan sosial dan perkhidmatan sosial. Untuk itu, kita perlu menganalisis sebab-
sebab keterlibatan wanita dalam NGO dan sumbangan mereka dapat disoroti.
182
Pemerkasaan wanita melibatkan perubahan keadaan ekonomi, sosial, psikologi,
politik dan keadaan undang-undang wanita. Sebenarnya, pemerkasaan wanita dalam
perspektif perkembangan wanita adalah cara untuk menentukan, mencabar dan mengatasi
halangan dalam kehidupan wanita dan dengan itu meningkatkan kemampuannya untuk
membentuk kehidupan dan persekitarannya (Aysha Akter, 2020). Ini terbukti sejak
Persidangan Dunia Keempat pada 1995 mengenai wanita yang melancarkan Beijing
Platform for Action, organisasi antarabangsa, agensi pembangunan kerajaan dan non-
profit organization semuanya bertujuan memperkasakan wanita dalam pendidikan, politik
dan juga rumah tangga (Gaëlle Ferrant & Keiko Nowacka, 2015). Seperti yang
ditakrifkan oleh Bank Dunia (1995), masyarakat sivil adalah organisasi swasta yang
melakukan kegiatan untuk menghilangkan penderitaan, mempromosikan kepentingan
orang miskin dan menyediakan layanan sosial dasar. Oleh itu, penubuhan masyarakat
sivil akan mengisi jurang antara wanita terpinggir dan pembuat keputusan dalam proses
pembangunan.
Justeru, berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh Brodie et al., (2009),
Ferrant & Nowacka (2015) dan Aysha Akter (2020), ia jelas bahawa tujuan sebenar
kajian ini adalah untuk menyumbang secara kolektif tentang pemahaman peranan
masyarakat sivil di dalam proses untuk memperkasakan wanita dan usaha mereka untuk
pembangunan wanita Sarawak. Oleh itu, penting untuk mengetahui apa yang mendorong
wanita mengambil bahagian dalam masyarakat awam. Ia juga untuk meneroka peluang
yang bermanfaat bagi tujuan ini. Selanjutnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
pelbagai cabaran dan rintangan yang mereka hadapi dan bagaimana mereka
menghadapinya. Seterusnya, fokus kajian ini adalah untuk menonjolkan peranan
sumbangan mereka dalam NGO. Ia dapat difahami dengan melihat tahap penglibatan
mereka dalam NGO. Ini dapat ditunjukkan oleh Baruah B. dan Grantham K. (2017),
bahawa, NGO wanita lebih tangkas berbanding dengan institusi lain dalam mencapai
tujuan pembangunan, kerana mereka dapat menjangkau orang-orang yang lemah atau
tidak berpuas hati dalam sebuah komuniti dan mencari penyelesaian inovatif kepada
masalah.
Selanjutnya, Muthusamy Kumaran (2014) bersetuju bahawa keadilan dan
kesaksamaan gender perlu datang daripada pelbagai bidang seperti agama, komunal,
politik, ekonomi dan rumahtangga. Kumaran (2014) juga menekankan bahawa
pemerkasaan wanita yang lengkap akan menjadi halus setelah ada perubahan positif
dalam semua bidang ini dan NGO akan memiliki kemampuan untuk menjadi saluran
perubahan di semua bidang ini. Sehubungan itu, terdapat tiga perkara penting yang
diketengahkan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat Datuk
Fatimah Abdullah semasa merasmikan Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Jun 2011.
Pertama, wanita yang membentuk hampir separuh penduduk negeri dapat memberi
sumbangan besar terhadap pembangunan negeri dan rakyatnya. Kedua, wanita harus
memainkan peranan yang efektif dan perlu memiliki kekuatan dalam pelbagai bidang,
termasuk kemahiran, pengetahuan dan sikap. Ketiga, wanita juga dapat memberikan
183
sumbangan melalui pelbagai peranan seperti wanita kerjaya di sektor awam dan swasta,
sebagai usahawan, sebagai pekerja kebajikan dan sosial serta ibu dan isteri (Borneo Post
atas talian, 2011).
Oleh itu, untuk mencapai perkara ini, wanita mesti bekerjasama dan menjadi
sebahagian daripada proses pembangunan. Mereka harus terlibat secara aktif dalam
semua aspek program pembangunan dan bekerjasama dalam masyarakat awam. Dengan
memberi peluang dan memperkasakan wanita dalam NGO, diharapkan dapat
mewujudkan 'massa kritikal' dan ini penting dalam mempromosikan atau menangani isu-
isu yang menarik bagi wanita. Untuk memperkasakan wanita, mereka perlu bekerjasama
dan terlibat secara aktif dalam proses pembangunan. Mungkin jika wanita perlu didengari
dan bersuara, mereka perlu bersatu dalam bentuk kumpulan atau gerakan.
Dalam Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2018), ia menekankan
bahawa kesaksamaan gender di seluruh dunia adalah fokus utama, tetapi petunjuk
kemajuan umumnya perlahan dan beberapa bahagian dunia bergerak ke belakang
mengenai perlindungan dan hak undang-undang wanita. Ini mempengaruhi pembangunan
dan pemerkasaan wanita. Jurang jantina global mempunyai 23 peratus menunjukkan
ketidaksamaan berterusan. Laporan ini juga menyatakan bahawa walaupun wanita
merangkumi lebih daripada separuh populasi dunia, jurang gender menunjukkan
ketidaksamaan gender dan kita akan rugi sekiranya kita mengabaikan dan kurang
menggunakan kemahiran wanita. Ini terbukti lagi bahawa menurut Forum Ekonomi
Dunia 2013, Malaysia berada pada kedudukan yang sangat rendah (102 dari 136 negara)
dalam Indeks Jurang Jantina Global berdasarkan data statistik mengenai jurang lelaki-
wanita dalam pendidikan, mobiliti ekonomi, kesihatan dan penyertaan dalam politik
peranan (Hirscman C., 2016).
Bukti lebih lanjut mengenai perkara ini disebut oleh Sonia Kaul Shali (2018).
Shali menegaskan bahawa pemerkasaan wanita telah menjadi salah satu masalah yang
paling penting, tetapi secara praktiknya, pemerkasaan wanita masih merupakan ilusi
realiti. Wanita selalu menjadi mangsa pelbagai kejahatan sosial. Tetapi pemerkasaan
wanita adalah instrumen penting untuk mengembangkan kemampuan wanita untuk
memiliki sumber dan membuat pilihan kehidupan yang strategik. Lebih-lebih lagi,
pemerkasaan wanita pada dasarnya adalah proses pembangunan status ekonomi, sosial
dan politik wanita, yang kurang bernasib baik secara tradisional dalam masyarakat (Shali,
2018). Oleh itu, berdasarkan pendapat pelbagai penulis seperti yang dibincangkan,
terbukti bahawa penyertaan sosial wanita masih sangat rendah. Oleh itu, untuk mengatasi
masalah tersebut kajian ini sangat mustahak untuk menyumbang dalam memahami
keadaan ini. Ia akan mengenal pasti faktor-faktor penting dalam memotivasi dan
menghalang penglibatan sosial wanita dalam NGO melalui kaedah tinjauan dan
temubual. Seterusnya, ia akan mengetengahkan tren tahap penglibatan wanita Sarawak
dalam NGO sekarang.
Berkaitan dengan persoalan penyelidikan ini iaitu, "Apakah kekuatan dan tingkat
penglibatan wanita Sarawak untuk menyumbang di dalam penyertaan sosial?" Ini
184
dilakukan dengan menerapkan motivasi, faktor penghalang dan tahap penglibatan dalam
partisipasi sosial oleh Brodie et al. (2009), Levasseur et al. (2010), Rad. S. et.al. (2012),
Koyel (2014), Priyam D. (2014) dan Hasunma L. (2019). Oleh itu, kerangka kerja
dibangunkan untuk menganalisis faktor motivasi dan faktor penghambat iaitu: (a)
ideologi; (b) budaya; (c) status sosio-ekonomi; (d) latar belakang pendidikan; (e)
rangkaian sosial; (f) kekurangan sumber; (g) diskriminasi dan prasangka; (h) pencegahan
praktikal (i) halangan psikologi dan (j) taksonomi untuk aktiviti sosial berdasarkan tahap
penglibatan.
Penyelidikan setakat ini cenderung memusatkan perhatian pada penglibatan
wanita dalam masalah kewangan mikro, politik, dan kesihatan daripada partisipasi sosial
wanita dalam NGO atau masyarakat sivil. Kajian partisipasi sosial kedua-dua gender
dibincangkan dengan kuat oleh Levessure (2010), Reta (2016), Zafar (2016), Oosterhoff
et al. (2016), Gamisinio, (2016), dan Christen (2016). Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa orang penyelidik yang hanya menumpukan pada penglibatan sosial wanita
seperti Linda (2019) dan Brodie et al. (2011). Ini mendorong penyelidik untuk meneroka
lebih banyak mengenai partisipasi sosial wanita kerana terbukti di seluruh dunia bahawa
kaum wanita masih berpendapatan kurang daripada kaum lelaki (Aderson C. L., 2019 &
Ontuba. 2019).
Menurut Brodie Ellie et al (2009), Ennaji M. (2016) dan Linda (2019),
penyelidikan empirikal harus lebih menumpukan pada masalah penglibatan sosial wanita.
Linda (2019) menyarankan agar penyelidikan harus memusatkan perhatian pada peranan
iman, kesukarelaan dan ideologi feminisme untuk mengaitkannya dengan faktor motivasi
penyertaan sosial wanita dalam masyarakat sivil. Seperti yang diusulkan oleh Linda
(2019), perlu dilakukan penelitian untuk mengukur tahap penglibatan sosial wanita dalam
masyarakat sivil dan alasan penglibatan mereka dengan tepat. Tuntutan ini disokong lagi
oleh Ennaji M. (2016) yang berpendapat bahawa isu wanita menjadi topik politik penting
yang menarik perhatian para pembuat keputusan, aktivis, penyelidik, dan ahli politik
kerana kedua-dua wanita dan lelaki terlibat dalam kelahiran feminisme moden. Oleh itu,
ada keperluan untuk menyelidiki secara mendalam masalah partisipasi sosial yang
menjadi penghalang kepada penglibatan wanita yang lebih besar dalam partisipasi
masyarakat dalam masyarakat sivil.
Dalam penyelidikan ini, ia bertujuan untuk mengenal pasti faktor motivasi dan
faktor halangan penglibatan sosial wanita dalam masyarakat sivil. Sangat menarik untuk
mengetahui dan membincangkan isu-isu ini dengan menyesuaikan kerangka kerja.
Setelah kajian dapat menganalisa faktor-faktor yang memotivasi dan menghalang wanita
untuk terlibat di dalam masyarakat sivil, terutama faktor dominan untuk kedua-dua isu
tersebut (faktor motivasi dan halangan), penyelidikan ini adalah diharapkan dapat
menyumbangkan pengetahuan baru kepada NGO, iaitu bagaimana meningkatkan peranan
wanita untuk turut terlibat dalam proses pembangunan terutama di peringkat akar umbi.
Sebagai tambahan, kajian ini dapat menjadi platform kepada pihak NGO untuk
menerima pakai dan menyesuaikan langkah-langkah yang diperlukan untuk penglibatan
185
lebih banyak daripada masyarakat sivil pada masa depan, khususnya, bagi NGO wanita di
Sarawak yang mempunyai etnik berbilang kaum. Nampaknya, sebilangan besar kajian di
negara-negara barat mengetengahkan penglibatan sosial seperti kesihatan dan remaja
dalam NGO. Di Malaysia juga terdapat pelbagai kajian mengenai penglibatan wanita
dalam NGO. Antaranya ialah kajian Noorfadhleen M., Nadrawina I. & Azlina B. (2012)
mengenai penyertaan wanita di dalam NGO menyimpulkan bahawa penyertaan dalam
kalangan generasi muda wanita dalam aktiviti yang dijalankan oleh PPWS (Persekutuan
Perkumpulan Wanita Sarawak) adalah sangat rendah. Para wanita muda berpendapat
bahawa aktiviti yang dijalankan tidak sesuai dengan usia mereka. Justeru, wanita tidak
mengambil bahagian di dalam NGO kerana beberapa sebab, iaitu (i) tidak ada yang
mendorong mereka untuk mengambil bahagian dalam organisasi wanita, (ii) wanita
menganggap bahawa ia tidak menyumbang apa-apa kepada mereka, (iii) tidak
mengetahui tentang kewujudan organisasi wanita di Sarawak dan akhirnya, (iv) majikan
responden melarang mereka untuk terlibat secara aktif dalam kegiatan berasaskan
masyarakat.
Sehubungan dengan itu, data daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Sarawak
(ROS) menunjukkan peningkatan yang tinggi NGO yang didaftarkan. NGO yang
berdaftar di bawah ROS Cawangan Sarawak, pada tahun 2019 ialah 4,869 berbanding
pada tahun 2010 hanya 2016 buah. Ini menunjukkan pertambahan bilangan pertubuhan
NGO. Walau bagaimanapun tahap penglibatan wanita masih belum diketahui.
Penyelidikan lebih lanjut adalah diperlukan untuk menjelaskan secara mendalam tahap
penglibatan mereka di dalam NGO. Ini adalah untuk memahami tren penglibatan mereka
dan membantu masyarakat terutama wanita untuk memahami apa yang dapat mereka
sumbangkan dalam proses pembangunan negara.
Oleh itu, permasalahan penyelidikan utama kajian adalah untuk menganalisa
faktor-faktor yang mendorong dan menghalang penglibatan sosial dalam kalangan wanita
Sarawak dalam NGO. Iaitu, di mana wanita berpengalaman melalui penglibatan sosial
mereka; tahap penglibatan dalam aktiviti sosial dan sama ada wanita Sarawak dan NGO
dapat bekerjasama untuk menyelesaikan halangan dalam mencapai pemerkasaan wanita.
Kajian ini menumpukan pada bentuk penglibatan sosial dan perkongsian penerima
manfaat di kalangan wanita dan NGO dalam aktiviti pelaksanaan yang dapat
menyumbang kepada pemerkasaan wanita.
Ringkasnya, kajian ini diperlukan untuk menjawab dan untuk mengisi jurang
dengan memberikan pemahaman keseluruhan mengenai penglibatan sosial wanita dalam
masyarakat sivil. Selanjutnya, kajian ini juga akan mendorong generasi wanita lama dan
baru untuk lebih banyak mengambil bahagian melalui pelbagai jenis NGO. Ini juga
merupakan harapan bahawa akan ada kaedah dan strategi baru yang akan dikembangkan
daripada kedua-dua NGO dan kerajaan agar wanita di luar bandar dan bandar akan
mengakui dan menyedari peranan penting NGO.
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif utama iaitu,:
Pertama, untuk menganalisa faktor-faktor yang mendorong penglibatan sosial wanita
186
dalam NGO. Kedua iaiah untuk mengetahui faktor yang menghalang penglibatan sosial
wanita dalam NGO. Dan ketiga, untuk menjelaskan tahap penglibatan wanita dalam
penglibatan sosial mereka dalam NGO.
Kajian ini menggunakan konsep sedia ada tentang partisipasi sosial untuk
meneroka bagaimana penglibatan sosial wanita sehingga membawa kepada pemerkasaan.
Secara khususnya analisa ini memfokuskan kepada wanita Sarawak yang menjadi ahli
dan penerima manfaat masyarakat sivil. Dua NGO daripada dua belas bahagian negeri
telah dipilih. Lebih mudah bagi penyelidik untuk menjalankan kajian kerana penyelidik
telah dapat dengan mudah mendekati NGO terpilih dalam dua belas bahagian kerana
mereka secara aktif mengemas kini aktiviti mereka melalui media sosial dan kebanyakan
Ibu Pejabat NGO berada di Kuching. Pada masa ini terdapat 4,869 cabang utama NGO
yang berpusat di Sarawak (Sarawak Branch ROS 2019). Ia terdiri daripada pelbagai
kategori seperti, ekonomi, agama, profesional, kerja sosial, advokasi, etnik dan fahaman
politik. Namun dalam kajian ini, NGO yang dipilih tidak berdasarkan politik kerana
kajian ini akan menumpukan kepada penglibatan sosial dalam NGO. Kajian ini akan
menumpukan pada “antecedents” motivasi dan halangan penyertaan wanita dalam
masyarakat sivil.

METODE KAJIAN DAN ANALISIS DATA

Penyelidikan ini merangkumi reka bentuk kualitatif, menggunakan data primer. Iaitu
penyelidik menghubungi calon peserta dengan menelefon secara terus dan melalui
aplikasi whatsapp. Adalah tepat untuk menelefon dan menghantar pesanan melalui
aplikasi whatsapp mereka terlebih dahulu untuk menunjukkan bahawa sangat penting
untuk mendapat persetujuan daripada calon peserta. Penyelidik tidak dapat menemubual
secara bersemuka kerana kekangan waktu dan kajian ini di buat semasa pandemik Covid-
19 masih berleluasa. Maka dapatan kajian diperolehi dari proses temubual dari kaedah
aplikasi whatsapp dan telefon sahaja.
Oleh itu, temubual telah dilakukan kepada 12 wanita iaitu ahli NGO yang terpilih.
Mereka terdiri daripada ahli biasa dan juga memegang jawatan tertinggi dalam NGO.
Dalam penyelidikan ini pengkaji menggunakan persampelan kriteria dan persampelan
kuota. Persampelan bertujuan adalah teknik persampelan terbaik yang digunakan dalam
penyelidikan ini. Kaedah ini juga dikenali sebagai teknik untuk "penyelidik sengaja
memilih peserta yang pernah mengalami dan fenomena pusat atau konsep utama yang
sedang diterokai dalam kajian ini" (Creswell dan Clark 2011).
Untuk penyelidikan ini para peserta adalah anggota NGO yang aktif dimana mereka
dipilih berdasarkan kategori atau sifatnya. Terdapat dua kriteria untuk memilih peserta,
iaitu:-

(1) NGO yang secara aktif melaksanakan program mereka dan mengemas kini ke laman
web mereka atau halaman media sosial lain seperti Facebook atau Instagram, (2) Mereka
187
yang bersedia bekerjasama untuk berbicara dalam kajian ini. Kategori ini juga merujuk
kepada peserta yang lebih dekat memandangkan mereka tinggal di Kuching. Pemilihan
untuk Bahagian Kuching lebih mudah kerana kebanyakan ibu pejabat NGO berada di
Kuching. Bagi mereka yang berada jauh di bahagian lain seperti Sibu, Miri dan Limbang
dan Lawas penyelidik menghubungi mereka melalui aplikasi whatsapp dan panggilan
telefon.

PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Seramai dua belas orang wanita yang menjadi ahli NGO ditemu bual untuk kajian ini.
Mereka terdiri daripada ahli biasa dan juga pemimpin dalam organisasi terbabit. Jadual
dibawah menunjukkan profil kajian ini berdasarkan jenis NGO, jawatan yang di pegang
didalam NGO dan kawasan.

Jadual 9.1: Profil peserta

No Jenis NGO Jawatan Pengalaman Kawasan


dalam NGO
(Tahun)
P1 Agama Exco Pendidikan 6 Kuching
P2 Ekonomi dan Perniagaan Timbalan Pengerusi 7 Kuching
P3 Sosial kemasyarakatan Pengerusi 5 Kuching
P4 Sukan Ahli biasa 5 Miri
P5 Ekonomi Ahli Biasa 11 Miri
P6 Agama dan sosial Ahli biasa 10 Sarikei
P7 Sosial Ahli Biasa 7 Kota
Samarahan
P8 Sosial Ahli biasa 5 Serian
P9 Sosial Bendahari 10 Sibu
P10 Advokasi Pengerusi 10 Kuching/Mukah
P11 Sosial Timbalan Pengerusi 6 Sibu
P12 Sosial dan Advokasi Setiausaha 5 Bintulu
Nota – sumber daripada hasil profil pemberi maklumat.

Faktor-faktor yang mendorong penglibatan wanita dalam NGO

Perbincangan faktor pendorong para peserta dapat diklasifikasikan sebagai bersifat


peribadi mahupun bukan peribadi. Di dalam kajian ini, faktor pendorong bersifat peribadi
merujuk kepada para peserta yang memberikan faktor atau alasan terlibat di dalam NGO
adalah untuk kepuasan diri sendiri atau self-fulfillment, manakala faktor bukan bersifat
peribadi merujuk kepada penglibatan mereka di dalam NGO untuk membantu orang lain.
Antara faktor pendorong yang bersifat untuk kepuasan diri sendiri diberikan oleh
enam orang peserta. Mereka terlibat di dalam NGO kerana desakan hidup beliau yang
memerlukan pertolongan dari NGO demi kelangsungan hidup dan anak-anak; meluaskan
jaringan profesional dan sosial; meningkatkan pembangunan kendiri; memperbaiki dan

188
mempertahankan karier profil, dan untuk meningkatkan pengetahuan dan
pengalamannya; serta memperluaskan empayar perniagaan.
Desakan hidup menjadikan Julie Angah bergiat aktif dalam NGO. Beliau
merupakan seorang wanita berstatus ibu tunggal berusia 43 tahun. Mula melibatkan diri
secara aktif dalam NGO sejak lima tahun yang lalu. Beliau terdorong untuk menyertai
NGO adalah disebabkan desakan hidup beliau yang memerlukan pertolongan dari NGO
demi kelangsungan hidup beliau dan anak-anak. Setelah melibatkan diri dalam NGO
beliau telah menerima pelbagai bantuan dari segi kewangan dan juga berjaya
memperolehi kemahiran membuat kuih muih tradisional hasil dari kursus-kursus
kemahiran yang dianjurkan oleh NGO-NGO di mana beliau sertai. Dengan penyertaan
beliau di dalam NGO tersebut beliau juga telah berjaya mengembangkan perniagaan
beliau dan dengan menyertai NGO ini juga beliau dapat memperluaskan pemasaran
perniagaan beliau.
Walau bagaimanapun, Noratikah Annuar dan Jamilah Salleh menjadikan NGO
sebagai platform untuk mendapatkan jaringan dengan wanita lain. Menurut Noratikah
Annuar, dari aspek meluaskan jaringan, beliau berpendapat bahawa dengan menyertai
NGO beliau dapat meningkatkan pembangunan diri dan kerjaya beliau. Berdasarkan
penyertaan NGO ini, beliau berpendapat bahawa jaringan profesional dan sosial dapat
diperluaskan. Beliau sebenarnya telah lama dalam bidang kesukarelawan. Penglibatan
beliau dalam NGO adalah salah satu aktiviti sukarelawan yang beliau boleh sertai.
Dengan pengalaman selama lebih sepuluh tahun dalam NGO beliau ingin membantu
menaikkan imej bidang NGO yang beliau sertai dan memberi balik kepada komuniti
dalam bentuk penyertaan dalam aktiviti berkaitan.
Sehubungan dengan itu, Jamilah Salleh menyatakan bahawa alasan beliau untuk
menyertai NGO yang memfokuskan kepada pemerkasaan wanita melalui perniagaan
adalah untuk mengembangkan jaringan dengan usahawanita lain, bertemu dengan wanita
di bidang yang sama dan berhubung dengan agensi-agensi yang berkaitan yang dapat
memperluaskan empayar perniagaan. Oleh kerana beliau telah terlibat dalam NGO
selama lebih dari sedekad beliau berharap dapat mempertahankan usaha dan kerjasama
yang telah diberikan oleh pihak berkepentingan dan beliau juga berharap agar lebih ramai
wanita yang mempunyai perniagaan untuk bergabung dalam usaha memperkasakan
wanita khususnya di Sarawak.
Sindy Labadin dan Siti Hamimah Baharuddin mempunyai pendapat yang seakan-
akan sama. Sindy Labadin menggunakan ruang aktif dalam NGO meningkatkan
pembangunan kendiri (soft skill). Di samping itu juga, beliau mahu meluaskan jaringan
sosial dan berminat untuk membantu masyarakat sudah tertanam dalam jiwa sejak
dibangku sekolah lagi. Beliau telah terlibat dalam aktiviti NGO sudah hampir lapan
tahun. Pelbagai masalah masyarakat terutamanya wanita telah beliau saksikan dan ini
juga telah menimbulkan keinginan yang tinggi untuk membantu wanita yang lemah dari
segi kewangan dan pembangunan kendiri.

189
Manakala Siti Hamimah Baharuddin yang mewakili salah sebuah NGO bersifat
advokasi dengan agensi kerajaan. Beliau menyatakan bahawa apa yang membuatnya
terdorong untuk aktif dalam NGO adalah kerana beliau ingin memperbaiki dan
mempertahankan karier profilnya. Selain daripada itu, beliau ingin membantu masyarakat
setempat dan menggunakan penyertaan ini sebagai platform untuk meningkatkan
pengetahuan dan pengalamannya. Dengan memberikan usaha dan menjadi sukarelawan
dalam beberapa kegiatan, beliau berharap dapat membantu institusi ini dalam
meningkatkan dana kewangan. Beliau juga bersetuju bahawa dengan penglibatannya,
beliau telah memperolehi banyak maklumat dan pengetahuan baru seperti advokasi, hak
asasi manusia dan hak pekerjaan.
Salwa Habibi pula memberi pandangan bahawa penglibatan beliau di dalam NGO
adalah kerana melihat mendiang ibunya aktif dalam gerakan NGO berbentuk politik.
Malah dorongan menyertai NGO juga tercetus dari kalangan rakan-rakan rapat beliau.
Pelbagai jenis NGO disertainya. Antara NGO yang beliau aktif adalah bersifat ekonomi
dan agama. Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan tinggi dalam NGO yang disertai,
beliau tetap memberikan khidmat yang terbaik untuk membantu masyarakat setempat.
Faktor pendorong yang tidak bersifat peribadi dinyatakan oleh enam orang peserta.
Iaitu, suka berkhidmat kerana hendak membantu masyarakat (sama ada keluarga miskin
atau sebaliknya); untuk pemerkasaan ekonomi para wanita; membantu mengubah cara
berfikir orang lain; menyalurkan maklumat kepada orang lain.
Pertama ialah Fatin Aliya binti Sulaiman, salah seorang yang aktif mewakili
Angkatan Belia Islam Malaysia-Helwa (ABIM). Beliau telah bersama ABIM sejak dari
tahun 2014 lagi. Beliau memegang jawatan sebagai Exco Pendidikan di ABIM. Faktor
yang mendorongnya untuk turut serta dalam NGO ini adalah kerana beliau ingin
berkhidmat untuk masyarakat dari perspektif Islam. Beliau juga berpendapat bahawa
dengan penglibatannya, ia memberikan bayangan untuk menjadi Muslim yang baik.
Faktor yang sama juga disuarakan oleh Waheeda Hashimi Beliau merupakan ahli
yang aktif dalam tiga NGO di bahagian Kuching. Beliau berpendapat bahawa perkara
yang mendorong beliau untuk aktif dalam NGO adalah kerana sifat beliau suka menolong
orang. Di samping itu juga beliau menggunakan pendekatan aktif dalam NGO untuk
mengisi masa lapang beliau. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh
NGO beliau percaya ianya dapat memberikan banyak faedah kepada masyarakat dan
dapat membantu orang yang memerlukan kerana pengalaman mengajar erti kesusahan
dan berkongsi rezeki. Sebagai seorang yang aktif dalam NGO, beliau berharap agar lebih
ramai lagi wanita muda melibatkan diri dalam aktiviti NGO supaya mereka dapat
melibatkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah serta memupuk nilai-nilai murni
selain dapat pengalaman dan pembelajaran baru.
Faktor membantu masyarakat juga dinyatakan oleh Sharifah Azizah Wan Alwi.
Iaitu, NGO ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan ekonomi wanita khasnya yang
dikenali sebagai DEWANITA. Beliau telah bersama DEWANITA selama lebih dari
tujuh tahun. Beliau sangat berharap dengan memberi kembali kepada masyarakat
190
terutama wanita, wanita dapat diberi kuasa dan mempunyai pengetahuan untuk
mengubah hidup mereka.
Seterusnya ialah Jane Ambiya ialah dari Pertubuhan Permerkasaan Wanita dan
Keluarga Petra Jaya (PPWKPJ). Wanita ini sangat komited untuk membantu keluarga
miskin. Apa yang mendorongnya untuk terlibat dalam NGO adalah beliau sangat
bersemangat untuk memberi idea bagaimana mengukuhkan institusi keluarga.
Hal yang sama juga dipersetujui oleh Gillian Abi yang menyatakan bahawa alasan
beliau terlibat dalam NGO adalah kerana berpendapat bahawa dengan menolong orang
lain, ia akan mengubah cara berfikir dan dapat mengembangkan kemahiran yang ada.
Dengan penglibatannya, beliau dapat memberikan maklumat dan idea untuk
memudahkan aktiviti atau program yang dianjurkan oleh NGO yang disertai.
Namun, yang menariknya ialah berkaitan dengan jenis NGO berbentuk advokasi.
Dayang Salhah Awang Madhi merupakan pengerusi NGO setelah hampir 10 tahun
berkecimpung dalam NGO. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pembangunan
masyarakat. Pelbagai faktor yang mendorong beliau untuk menceburkan diri dalam NGO.
Kecenderungan itu pertamanya adalah kerana niat sebenar beliau utk memberi
sumbangan kepada penambahbaikan keadaan semasa wanita yang dirasakan memerlukan
pertolongan dari segi pembangunan diri dan ilmu pengetahuan tentang undang-undang
keganasan rumah tangga. Seterusnya niat ini membuatkan beliau terpanggil untuk,
berkhidmat kepada komuniti yang memerlukan. Dengan memberi bantuan secara
sukarela ini membuatkan jiwa beliau yang sentiasa gembira apabila berupaya membantu
rakyat sekeliling.

Faktor-faktor yang menghalang penglibatan wanita di dalam NGO

Kajian ini menemukan bahawa dua belas peserta bersetuju bahawa wanita tidak terlibat
secara aktif dalam NGO wanita kerana kekurangan masa. Ini kerana mereka lebih
menumpukan pada masalah keluarga. Ini selari dengan pandangan Huma Z. (2016) iaitu
wanita terikat dengan rumahtangga mereka, kerana tanggungjawab mereka terhadap
penjagaan anak dan hal-hal rumah tangga. Dalam kajian ini Fatin Aliya bt Sulaiman dan
Sharifah Azizah Wan Alwi bersetuju bahawa sebelum berkahwin, wanita terlibat secara
aktif dalam NGO, tetapi setelah berkahwin, mereka berhenti sepenuhnya. Ini kerana
pasangan mereka tidak memahami dan tidak memberi dorongan untuk wanita terlibat
dalam NGO.
Fatin Aliya bt Sulaiman, Sharifah Azizah Wan Alwi Jane Anbiya, Gillian Abi dan
Jamilah Salleh juga berkongsi pernyataan yang serupa. Mereka menegaskan - lelaki
masih berpendapat bahawa wanita tidak mampu menguruskan aktiviti. Sebilangan lelaki
berpendapat bahawa wanita tidak boleh bersikap agresif dalam memberikan pendapat dan
lelaki enggan memberi kerjasama dalam aktiviti-aktiviti sekiranya kumpulan tersebut
ramai disertai wanita. Sebagaimana Huma Z., (2016) membenarkan bahawa Patriarki
atau Dominasi Lelaki adalah sistem normatif yang menyekat pemerkasaan wanita
191
terutama dalam sosio-ekonomi. Bagi lelaki, kemerdekaan dipandang sebagai cabaran
kepada autoriti lelaki mungkin struktur kekuasaan memberi hak istimewa kepada lelaki
dan lelaki merasa tidak selamat sekiranya kuasa diperluas kepada wanita.
Sehubungan dengan itu, empat orang peserta iaitu, Fatin Aliya bt Sulaiman,
Sharifah Azizah Wan Alwi Salwa Habibi, Waheeda Hashimi dan Julie Angah
mempunyai persamaan pandangan dengan Huma Z., (2016), apabila wanita kekurangan
akses kepada sumber daya akan menyebabkan mereka untuk tidak dapat meningkatkan
pengetahuan dan akan menjejaskan mobiliti mereka seterusnya wanita akan terasing dari
proses pembangunan. Malah, Dayang Salhah Awang Madhi pula menyatakan bahawa
wanita terhalang untuk terlibat dalam NGO adalah kerana kurang pengetahuan tentang
mana-mana NGO yang memerlukan penglibatan wanita. Mereka juga tiada akses kepada
NGO disebabkan kurangnya pendedahan dan rangkaian jaringan. Wanita juga merasa
tidak yakin pada kemampuan sendiri dan malu untuk bergiat serta bergaul dengan
masyarakat. Seterusnya wanita berasa tercicir dan mereka akan tidak selesa untuk
bertemu dan bersosial dengan masyarakat. Pernyataan ini juga dipersetujui oleh Fatin
Aliya bt Sulaiman, Sharifah Azizah Wan Alwi dan Salwa Habibi.
Noratikah Annuar dan Siti Hamimah Baharuddin mempunyai pendapat yang sama
iaitu antara kekangan wanita untuk menceburi aktiviti NGO ialah faktor pengangkutan.
Wanita sukar untuk bergerak aktif kerana mereka tidak mempunyai pengangkutan seperti
kenderaan sendiri untuk bergerak bagi menyertai NGO untuk melakukan aktiviti-aktiviti
yang pihak NGO laksanakan. Selain daripada itu, Siti Hamimah Baharuddin juga
berpendapat bahawa terdapat majikan yang kurang memberi sokongan kepada pekerja
untuk terlibat dalam NGO. Ini juga akan mempengaruhi ruang dan sokongan kepada
wanita untuk aktif dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya NGO.
Dapat disimpulkan di sini bahawa faktor kekangan masa dan komitmen dalam
urusan keluarga adalah faktor yang sangat dipersetujui oleh kesemua peserta yang
menghalang wanita dari melibatkan diri dalam NGO. Faktor lain yang menjadi
penghalang kepada penyertaan wanita dalam NGO adalah wanita memiliki pengetahuan
yang terbatas yang menyebabkan kurangnya kesedaran mengenai manfaat apabila
menyertai NGO. Peserta juga mengharapkan agar NGO lebih agresif lagi dalam memberi
pendedahan kepada masyarakat umum khususnya wanita tetang faedah menyertai NGO.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini telah berjaya mendapatkan maklumat dari dua belas orang wanita yang aktif
dalam NGO di Sarawak yang terdiri daripada enam orang yang berada di kepimpinan
NGO tersebut dan enam lagi anggota biasa NGO. Daripada hasil temubual yang
dilakukan mendapati bahawa semua peserta bersetuju bahawa faktor yang menyebabkan
mereka terdorong untuk melibatkan diri dalam NGO adalah kerana mereka mahu
berkhidmat kepada masyarakat. Bagi mereka, dengan penglibatan mereka dalam NGO

192
adalah salah satu kaedah memberi semula kepada komuniti dengan menyertai aktiviti
kesukarelawan.
Selain daripada itu wanita-wanita ini juga berpendapat dengan menyertai NGO
mereka akan dapat mengembangkan potensi diri mereka. Mereka boleh meluaskan
jaringan sosial mereka dan tidak lupa juga dapat mengembangkan perniagaan mereka
kerana mereka akan bertemu dengan kelompok yang mempunyai bidang dan minat yang
sama. Tidak lupa juga peserta bersetuju bahawa dengan menyertai NGO mereka boleh
mengisi masa yang terluang, meningkatkan kerjaya kerana agensi mereka menyokong
penglibatan mereka di dalam NGO. Hasil kajian ini selari dengan pendapat penyelidik
terdahulu. Oleh itu, berdasarkan tanggapan dan pendapat peserta dalam kajian ini. Sesuai
dengan pandangan Nikkah H., (2010) yang berpendapat bahawa penyertaan dalam NGO
adalah disebabkan semangat untuk mencabar kemampuan diri, keinginan untuk
menyelesaikan masalah masyarakat setempat dan dorongan kepada komitmen sivik yang
tinggi.
Pandangan semua dua belas peserta juga selari dengan pendapat Waweru (2015).
Di sini, Waweru (2015) bersetuju bahawa penyertaan wanita dalam NGO dapat
didasarkan pada fakta bahawa wanita memiliki kemampuan untuk menjalankan kegiatan
yang sesuai dengan keperluan mereka dengan menjadi berkuasa untuk mengembangkan
diri dalam usaha kolektif. Penglibatan wanita dalam NGO juga dapat memberi peluang
kepada keuntungan kewangan, material dan bukan material. Manfaat bukan material akan
memberi pengalaman kepada individu yang memberikan mereka wawasan, keyakinan
dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang ada (Waweru, 2015). Selaras dengan
pandangan Aysha Akter (2020) pemerkasaan wanita dalam perspektif perkembangan
wanita adalah cara untuk menentukan, mencabar dan mengatasi halangan dalam
kehidupan wanita dan dengan itu meningkatkan kemampuannya untuk membentuk
kehidupan dan persekitarannya.
Sementara itu, faktor yang menghalang wanita untuk terlibat secara aktif dalam
NGO adalah kekurangan masa kerana tumpuan mereka terhadap keluarga dan rumah.
Kajian ini juga mendapati bahawa lelaki masih berpendapat bahawa wanita tidak dapat
melakukan apa yang boleh dilakukan oleh lelaki dan tidak memberi peluang isteri untuk
terlibat dengan NGO. Selain itu antara kekangan lain yang menghalang wanita dari
terlibat dengan NGO adalah kurang kesedaran dalam kalangan wanita tentang faedah
menyertai NGO wanita, tiada akses mengenai NGO dan wanita merasa takut dan tidak
yakin untuk bersosial dalam NGO.
Sama seperti yang dinyatakan oleh Zafar (2016), apabila wanita kekurangan akses
kepada sumber daya akan menyebabkan mereka untuk tidak dapat meningkatkan
pengetahuan dan akan menjejaskan mobiliti mereka seterusnya wanita akan terasing dari
proses pembangunan. Dapatan kajian ini juga selaras dengan kajian yang dilakukan oleh
pengkaji masa lalu seperti, Hoque, M. & Itohara Y. (2009) Waweru (2015), Zafar (2016),
Asnarulkhadi AS & Muhammad NN, (2012) dan Zahirinia M. & Nikkhah H. (2012).

193
Justeru, di dalam perbincangan mengenai pemerkasaan wanita melalui NGO,
mereka harus diberikan ruang dan peluang yang adil dan saksama mengikut kebolehan
mereka di dalam menghadapi setiap cabaran yang datang. Begitu juga dengan peranan
yang telah dimainkan oleh pihak kerajaan melalui penyusunan strategi dan dasar bagi
memastikan wanita Malaysia dapat mengatasi masalah serta membuka lebih banyak
peluang melalui pelaksanaan Dasar Wanita Kebangsaan. Maka, penglibatan kaum wanita
di dalam masyarakat sivil amatlah diperlukan. Walaupun terdapat pelbagai faktor yang
menghalang wanita untuk aktif di dalam NGO, namun itu bukan merupakan satu
halangan yang besar kepada mereka untuk terlibat dengan aktif. Mantan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim
sendiri pernah menegaskan bahawa keluarga itu sendiri terbentuk daripada lima teras
utama iaitu; kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, ilmu dan harmoni. Oleh yang
demikian, dengan adanya lima teras tersebut ia dapat membantu peranan kaum wanita
untuk melibatkan diri dengan aktif di dalam masyarakat sivil.
Kajian ini mendedahkan bahawa NGO mampu menggalakkan penyertaan wanita,
malahan memperkasakan wanita itu sendiri. Walaupun kewujudan NGO di Sarawak
hanya bermula pada tahun 1957, kajian ini mendedahkan bahawa mereka boleh
memainkan pelbagai peranan seperti menangani beberapa masalah mengenai keperluan
sosial, meningkatkan kesedaran masyarakat dan menjalankan aktiviti pendidikan dan
menangani masalah sosial yang sukar dengan masyarakat luas penyertaan. Yang paling
penting adalah ia membuka minda masyarakat terutamanya di Sarawak adalah
memberikan impak signifikan dan impak positif ke arah pemerkasaan wanita melalui
penyertaan mereka melalui NGO.
Sama ada di peringkat negeri, kebangsaan ataupun global, kesan positif melalui
Konvensyen Seneca Falls pada tahun 1848 ada signifikannya tersendiri. Iaitu, ia
menjadikannya penting bagi kebanyakan negara di dunia dan di Malaysia khasnya.
Terhasilnya juga ialah wanita di peringkat global bekerjasama untuk memberi tumpuan
yang lebih besar perhatian terhadap hak asasi wanita yang mematuhi Konvensyen Seneca
Falls. Wanita yang terlibat di dalam NGO boleh dan telah membuat proses di mana
perubahan dapat dilakukan terutamanya. melalui aksi bersepadu mereka lalui sistem
CEDAW untuk memasukkan suara NGO wanita. Secara berterusan, wanita telah
mengembangkan mekanisme penguatkuasaan untuk Konvensyen apabila tidak ada
mekanisme sebenar yang disediakan untuk mereka mengukir peranan untuk diri mereka
dalam komuniti undang-undang antarabangsa yang telah lama dinafikan kepada mereka.

RUJUKAN

Abang Yusof Puteh. (2005). Women of Sarawak: Portraits of Grace and Charm. Shobra
Holdings Sdn Bhd.

194
Akter, A., Hossain, M. I., Reaz, A. M. K. M., Shahabuddin, M., Chowdhury, M. T. I., &
Akter, F (2020). The Role Of Micro-Credit On Empowerment Of Women In
Bangladesh.
Asnarulkhadi AS & Muhammad NN, (2012). Women participation in Self-Help
development projects as an instrument for rural women empowerment in
Nigeria. The Journal of American Science, 8(4), 763-771.
Baruah, B. & Grantham, K., (2017). Women’s Ngos As Intermediaries In Development
Cooperation: Findings From Research In Tanzania. Development In
Practice,  27(7), 927-939. Doi:10.1080/09614524.2017.1349734.
Larson, E. L. (1996). United Nations Fourth World Conference On Women: Action For
Equality, Development, And Peace (Beijing, China: September 1995). Emory Int'l
L. Rev., 10, 695.
Borneo Post Atas Talian. (2011). https://www.theborneopost.com/2011/10/19/kejayaan-
penganjuran-hari-wanita-2011-bukti-kemampuan-wanita-sarawak-fatimah/
Brodie, E., Cowling, E., Nissen, N., Paine, A. E., Jochum, V., & Warburton, D. (2009).
Understanding Participation: A Literature Review. National Council For Voluntary
Organisations.
Caswell, Michelle. (2019). Dusting For Fingerprints: Introducing Feminist Standpoint
Appraisal. Journal Of Critical Library And Information Studies, 3(1), 1-36.
Cecilia Ng, Maznah Mohamad dan Tan Beng Hui. (2006). Feminism and the Women’s
Movement in Malaysia: An Unsung (R)evolution. Routledge Taylor & Francis
Group.
Coaxum-Young, A. S. (2017). Digital Commons @ Georgia Southern Leading Ladies :
A Mixed-Method Study Of The Influence Of Gender Bias On Leadership Styles For
Women Who Lead Secondary Schools.
Creswell, J. W., & Plano Clark, V. L. (2011). Choosing A Mixed Methods
Design. Designing And Conducting Mixed Methods Research, 2, 53-106.
Ennaji, M. (2016). Social sciences. https://doi.org/10.3390/socsci5040075
Ferrant, G., & Nowacka, K. (2015). Measuring The Drivers Of Gender Inequality And
Their Impact On Development: The Role Of Discriminatory Social
Institutions. Gender & Development, 23(2), 319-332.
Goel, Kalpana. (2014). Understanding Community And Community Development
Defining The Concept Of Community.
Halpern, M. (2019). Feminist standpoint theory and science communication. Journal of
Science Communication, 18(04), 1–6. https://doi.org/10.22323/2.18040302.
Hirschman, C. (2016). Gender, The Status Of Women, And Family Structure In
Malaysia. Malaysian Journal Of Economic Studies, 53(1), 33.
Harding, N. (2017). Feminist Methodologies. The SAGE Handbook Of Qualitative
Business And Management Research Methods: History And Traditions, 138.
Huirem, R., Lognathan, K., & Patowari, P. (2020). Feminist Standpoint Theory And Its
Importance In Feminist Research. 5(2), 46–55.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Wanita 2015-2016.
https://Www.Unwomen.Org/En/Digital-Library/Publications/2016/6/Annual-
Report-2015-2016

195
Levasseur, M., Richard, L., Gauvin, L., & Raymond, É. (2010). Inventory And Analysis
Of Definitions Of Social Participation Found In The Aging Literature: Proposed
Taxonomy Of Social Activities. Social Science & Medicine, 71(12), 2141-2149.
M. Kumaran. (2014). Roles, Responsibilities And Trends Of Ngos In Women
Empowerment. Indian Journal Of Public Administration 590 / Vol. Lx, No. 3.
Malaysia Department of Statistics 2020. (2020)
(https://www.Dosm.Gov.My/V1/Index.2018)
Mazumdar, G., Sinha, M., Banerjee, A. K., Chaudhury, A. R., & Sengupta, P. P. (2020).
Workforce Participation And Economic Empowerment Of Women: An Order Logit
Regression Approach.
Malaysia Gender Gap Index (MGGI). (2019)
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=4
44&bul_id=U2UvVllQQlJsbzkwclQrdVlnMzJTdz09&menu_id=L0pheU43NWJw
RWVSZklWdzQ4TlhUUT09#:~:text=Mohd%20Uzir%20Mahidin%2C%20Chief
%20Statistician,with%20a%20score%20of%201.054.
Nadrawina Isnin. (2015). Political participation and gender: political marginalization of
women in Sarawak politics. PhD thesis, Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS).
Nikkhah, H. A., & Sciences, D. (2010). The Impact Of NGO’ Functions On Women
Participation In Capacity Building Programmes In Iran, 6(10).
Noorfadhleen Mahmud, Azlina Bujang & Nadrawina Isnin (2012). Women In Civil
Based Society: A Case Study Of Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak
(PPWS).
Nordi Achie. (2001). Wanita di dalam Politik Sarawak 1946-1996. The Sarawak Museum
Journal, Vol. LV1. No. 77. December. Sarawak Museum Department.
Shali, S. K. (2018). Issues And Challenges Of Women Empowerment In India. April.
PBB’s Women Wing. (1983). Our Participation. Kuching: Women‟s Wing of PBB.
(Note: This book is published to commemorate the 20th anniversary of Sarawak‟s
Independence Through Malaysia).
Reece, Robert. (1983). “Political Pioneers.” In Our Sarawak, 5–35. Persatuan
Kesusasteraan Sarawak
Stanford Encyclopedia of Philosophy. (28 September 2016). Feminist Perspectives on
Class and Work. https://plato.stanford.edu/entries/feminism-class/#3
Sabihah Osman, (1990). The Malay-Muslim response to cession of Sarawak to the British
Crown 1946-51. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic
Studies, 18. (hlm. 145-174). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sarawak Women for Women Society. (2000). https://www.hati.my/sarawak-women-for-
women-society-swws/.
Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) 59th Anniversary 1957-2007 Program Book.
Kuching: SIDS.
Sutton, J., & Austin, Z. (2015). Qualitative Research: Data Collection, Analysis, And
Management. The Canadian Journal Of Hospital Pharmacy, 68(3), 226.
United Nations. (2018). https://Population.Un.Org/Wpp/Dataquery/2018.
United Nations & Council, S. (2018). Report of the Commission on the Status of Women.
Wanita, P. P., & Cedaw, L. A. (N.D.). Laporan Alternatif Pertubuhan-Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) Malaysia.

196
Waweru, R. (2015). Factors Which Promote Community Participation In The
Community Driven Development Approach. International Journal Of Humanities
& Social Science Studies, 6959(13), 2349-6959.
Welyne Jeffrey Jehom. (2010). Cikgu Lily aka Ibu Lily – Her life and involvement in
Anti-Cession Movement, 1946 in Sarawak. Kertas kerja dibentangkan di 2nd
Congress of the Asian Association of Women’s Studies di Pulau Pinang. Penganjur
bersama oleh Kanita (Women's Development Research Centre), USM; AAWS
(Asian Association of Women's Studies); and SAMA (South East Asian Association
for Gender Studies, Malaysia branch).
Willsher, K., Campus, W., & Goel, K. (2017). Feminist Research Paradigms.
Zafar, Huma. (2016). Empowering Women: Ngos Project Impacts In Baluchistan-
Pakistan  (Order No. 10310157). Available From Proquest Dissertations & Theses
Global. (1943282364).
Zahirinia, M., & Nikkhah, H. (2012). A. Women Empowerment Through Participation In
Ngos’ Programmers. Culture And Society In The Middle East, 1, 75-100.
Zikmund, W. G., Carr, J. C., & Griffin, M. (2013). Business Research Methods (Book
Only). Cengage Learning.

197
Bab 10
Pembudayaan Semangat Kesukarelawanan di Institusi
Pengajian Tinggi Dalam Aktiviti Bank Makanan
Zurina Md Nen, Nur Zafifa Kamarunzaman

PENGENALAN

Akses kepada makanan adalah antara topik perbincangan yang penting dalam konteks
sekuriti makanan pada hari ini. Sebagai manusia, makanan merupakan antara tiga
keperluan asas utama yang diperlukan untuk terus hidup. Oleh yang demikian, adalah
menjadi hak untuk setiap manusia mendapatkan akses kepada sumber makanan untuk
meneruskan kehidupan, mencegah kebuluran seterusnya menjamin kesihatan dan
kesejahteraan hidup.
Namun, tidak semua orang mempunyai akses kepada sumber makanan ini.
Masalah kemiskinan, peningkatan kos sara hidup, dan kehilangan keupayaan kekal untuk
bekerja yang akhirnya menyebabkan golongan ini hilang sumber pendapatan adalah
antara punca kepada masalah ini. Oleh yang demikian, dalam membantu golongan ini
mempunyai akses kepada sumber makanan, aktiviti bantuan bank makanan
diperkenalkan.
Pada hari ini, aktiviti bank makanan adalah antara aktiviti popular yang
dilaksanakan oleh banyak organisasi kebajikan. Makanan ini dikumpul dari pihak industri
makanan terutamanya dan masyarakat awam untuk diagihkan kepada golongan yang
memerlukan secara percuma. Penglibatan ramai pihak terutamanya pasaraya-pasaraya
besar dalam menyumbang makanan yang dikordinasi oleh agensi kerajaan serta
keterlibatan masyarakat sivil menjadikan aktiviti bank makanan dilihat sebagai inisiatif
yang berpotensi membantu memastikan golongan tertentu mendapat akses kepada
sumber makanan yang cukup. Apa yang lebih menarik, aktiviti ini juga menjadi medium
melatih budaya sukarelawan di kalangan mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi
awam mahupun swasta.
Atas dasar ini, penulisan ini dilaksanakan bagi membincangkan aktiviti
pembudayaan sukarelawan di kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT)
menerusi aktiviti bank makanan di sekitar Seremban dengan kerjasama Kechara Food
Kitchen Negeri Sembilan. Perbincangan bermula dengan ringkasan latar belakang kajian.
Seterusnya diikuti dengan kupasan permasalahan kajian sebagai justifikasi penulisan ini.
Sorotan kajian terdahulu kemudiannya diketengahkan bagi menelusuri evolusi aktiviti
sukarelawan sehinggalah kepada perbincangan teori dan falsafah yang mendasari aktiviti
kesukarelawanan melibatkan aktiviti bank makanan. Ringkasan metodologi kajian juga
turut dihuraikan. Perbincangan diteruskan dengan analisa dan kupasan dapatan.

198
Ringkasan cadangan untuk kajian akan datang dikemukakan sebagai penutup kepada
penulisan ini.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam konteks pentadbiran awam moden, peranan masyarakat sivil dan tingkah laku
kesukarelawan adalah sesuatu yang penting. Kepesatan pembangunan menjadikan
masalah pada hari ini bertambah kompleks dan rumit. Akibatnya, hakikat bahawa
kerajaan mengetahui segalanya sudah tidak lagi relevan. Peranan kerajaan perlu disokong
dengan fungsi sektor swasta. Terkini, peranan sektor ketiga iaitu masyarakat sivil dilihat
pelengkap kepada kerjasama sektor awam dan swasta khususnya dalam memastikan
kepentingan awam dijaga. Di Malaysia sahaja, terdapat 7,576 pendaftaran pertubuhan
aktif setakat tahun 2018 yang ternyata terdiri dari ramai sukarelawan (Data Terbuka,
2020). Antara pertubuhan sukarelawan yang dikenali ramai termasuklah Mercy Malaysia,
Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC), Muslim Volunteer Malaysia,
Yayasan Basmi Kemiskinan, MYCorps dan banyak lagi. Ribuan pertubuhan sukarelawan
ini juga menunjukkan bahawa kegiatan sukarelawan ini meliputi pelbagai aspek.
Antaranya ialah aktiviti sukarelawan yang melindung dan memperjuangkan hak kanak-
kanak, alam sekitar, kepentingan pengguna, golongan rentan seperti golongan miskin
bandar, gelandangan, kesihatan, dan pelbagai aktiviti lain lagi. Bantuan makanan yang
dipanggil bank makanan merupakan antara aktiviti sukarelawan yang kini semakin
mendapat perhatian.
Secara umum, aktiviti bank makanan ini bermula dengan bantuan kepada
golongan miskin bandar dan gelandangan. Namun, selepas pilihan raya umum 2018
(PRU 2018), program bank makanan yang dilaksanakan oleh masyarakat sivil ini
mendapat sokongan penuh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan pada masa itu dalam
usaha kerajaan menangani masalah kenaikan kos sara hidup yang memberi kesan kepada
orang awam. Komitmen kerajaan ini dilihat jelas apabila Kementerian Perdagangan dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHP) diberi tanggungjawab untuk menyelia aktiviti bank
makanan di seluruh Malaysia menerusi peranan Yayasan Food Bank Malaysia. Skop
bantuan makanan ini kemudiannya diluaskan sehingga melibatkan golongan mahasiswa
yang dikatakan turut terkesan dengan masalah sama.
Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), galakan untuk berkhidmat kepada
masyarakat sentiasa menjadi agenda penting universiti. Peranan universiti sebagai
jaringan masyarakat dalam pelbagai aspek menjadi asas kepada latihan-latihan
sukarelawan di universiti. Dalam hal ini, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
(FSPPP) menyahut aspirasi ini dengan melatih para mahasiswa membudayakan semangat
sukarelawan menerusi pelbagai aktiviti khidmat kepada masyarakat. Pada awal tahun
2018, satu kerjasama strategik diwujudkan bersama Kechara Food Bank Negeri
Sembilan bagi tujuan melatih pelajar untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan menerusi
aktiviti bank makanan.

199
Peningkatan aktiviti sukarelawan dalam bank makanan ini yang turut menjadi
medium melatih mahasiswa pengajian tinggi membudayakan aktiviti kesukarelawanan
sesungguhnya adalah sesuatu yang menarik untuk di ulas. Oleh itu, penulisan ini
dihasilkan dengan fokus khusus kepada latihan kesukarelawanan di kalangan mahasiswa
dalam aktiviti bank makanan di sekitar Seremban, Negeri Sembilan.

PENYATAAN MASALAH

Yusliza Yakimir (2019) dalam memetik laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian
(FAO) menjelaskan bahawa sekitar 1.3 bilion tan yang dianggarkan RM4.4 trilion telah
dibazirkan dalam setahun. Beliau turut menegaskan bahawa di Malaysia, sekurang-
kurangnya 15,000 tan makanan dibazirkan pada setiap hari meskipun 3,000 tan makanan
yang dibazirkan masih selamat untuk dimakan.
Ironinya, dalam keadaan pembaziran makanan yang begitu banyak dilaporkan,
golongan rentan seperti golongan miskin bandar, gelandangan, individu yang sakit dan
tidak mampu bekerja serta orang yang kurang upaya (OKU), dilaporkan berdepan
masalah mendapatkan akses kepada bekalan makanan (Warshawsky, 2011). Golongan
rentan ini dikatakan tidak mampu untuk membeli makanan, bahkan tidak mempunyai
kuasa membeli memandangkan harga barangan makanan sentiasa naik selain tiada
pendapatan tetap.
Menyedari hal ini, inisiatif untuk mewujudkan bank makanan dilaksanakan. Selain
bertujuan untuk menyelamatkan makanan yang berlebihan daripada dibuang, ia juga
bertujuan menyalurkan makanan yang masih elok ini kepada golongan yang lebih
memerlukan. Apa yang menarik, aktiviti bank makanan yang dikelola oleh pelbagai
pertubuhan masyarakat sivil ini terus berkembang sehingga kini. Antaranya adalah
Kechara Soup Kitchen, Food Aid Foundation, Mutiara Food Bank, Dapur Jalanan Kuala
Lumpur, Pertiwi Soup Kitchen, Assumptions Soup Kitchen dan banyak lagi.
Peningkatan aktiviti bank makanan ini sudah pasti menuntut penglibatan ramai
pihak untuk berkhidmat sebagai sukarelawan. Apatah lagi, rata-rata pertubuhan
sukarelawan selalu berdepan masalah kesediaan dan kesanggupan khalayak untuk terlibat
menyumbang dalam aktiviti-aktiviti sukarela (Lough et al., 2018). Tanpa kesediaan dan
kesanggupan orang ramai untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukarela, pertubuhan dan
gerakan sukarela tidak mungkin berkembang seterusnya tidak mampu memainkan
peranannya yang penting dalam masyarakat. Maka, gesaan dan galakan kepada orang
awam untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukarela sentiasa diperhebat. Bahkan
terdapat pertubuhan dan gerakan sukarela ini menawarkan ganjaran-ganjaran material
tertentu demi menggalakkan penglibatan ramai dalam kegiatan sukarela.
Memandangkan kegiatan sukarela ini mempunyai pelbagai faedah dalam proses
kemenjadian seseorang pelajar atau mahasiswa, galakan untuk mahasiswa terlibat dalam
aktiviti khidmat masyarakat ini turut menjadi salah satu agenda penting di institusi
pengajian tinggi awam mahu pun swasta. KPDNHP sendiri ketika melancarkan inisiatif

200
Food Bank Siswa yang menyasarkan golongan mahasiswa di seluruh Malaysia telah
menggunakan konsep ‘Daripada Mahasiswa kepada Mahasiswa' dalam mengalu-alukan
penglibatan pelajar sebagai sukarelawan dalam melaksanakan aktiviti bank makanan ini
dalam membantu kegiatan agihan makanan kepada golongan mahasiswa yang
memerlukan.
Jelasnya, keberkesanan kegiatan sukarelawan sangat bergantung kepada
kesanggupan dan kesediaan ramai pihak untuk membantu secara sukarela. Namun, di saat
mahasiswa disaran untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarelawan secara aktif, tidak
banyak yang diketahui tentang proses melatih penglibatan mahasiswa untuk berkhidmat
secara sukarela terutamanya dalam aktiviti sukarela bank makanan.

PEMBUDAYAAN SUKARELAWAN MENERUSI AKTIVITI BANK MAKANAN


DI KALANGAN MAHASISWA: SOROTAN KAJIAN LEPAS

Penulisan ini bertujuan membincangkan tentang pembudayaan semangat


kesukarelawanan di kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi menerusi aktiviti
sukarelawan bank makanan. Oleh itu, skop sorotan kajian lepas akan tertumpu kepada
tiga konsep utama ini iaitu konsep sukarelawan, mahasiswa dan kesukarelawanan
menerusi aktiviti bank makanan.

A. Definisi Konseptual

i. Kesukarelawan

Sukarela didefinisi sebagai satu kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah,
dengan rela hati (DBP, 2010). Kesukarelawan pula ditafsir sebagai satu bentuk tingkah
laku kepada sesuatu perkara atau aktiviti tanpa dipaksa, dikerah dan mengharapkan upah
di atas usahanya itu (Abdullah, 2017). Dalam konteks penulisan ini, kesukarelawan
merujuk kepada kesanggupan membantu individu atau sekumpulan individu berteraskan
keperluan yang perlu dipenuhi. Dalam kata lain, kesukarelawan dilakukan di atas satu
tujuan atau misi tertentu, tidak dipaksa atau dikerah, dan tanpa mengharapkan sebarang
balasan.
Banyak perbincangan lepas mengaitkan kesukarelawanan dengan kerja-kerja amal
dan kebajikan yang dilakukan secara individu atau berkumpulan terhadap golongan yang
memerlukan bantuan (Dekker & Halman, 2003; Ferreira et al., 2009; Powell, 2011).
Sehingga hari ini, perbincangan ilmiah tentang kesukarelawan ini mencakupi pelbagai
aspek. Ini termasuk kupasan tentang makna kesukarelawan (Wilson, 2000); motivasi
serta faktor yang mendorong individu atau kumpulan untuk menyumbang secara sukarela
(Aizuddin, 2017; Ferreira et al, 2009; Powel, 2011; Rutherford, Bu, Dawson, & McCall,
2019; Tajul Ariffin & Aishah Nadhirah, 2013); faedah aktiviti kesukarelawanan (Rahman

201
et al, 2018; Stukas, Snyder, & Clary, 2014); pelbagai cabaran dalam aktiviti
kesukarelawan.
Kupasan tentang konsep kesukarelawanan acap kali membawa kepada
perbincangan konsep nilai murni yang mendasari aktiviti kesukarelawanan. Dengan kata
lain, kesukarelawanan menuntut individu atau kumpulan bersifat baik hati, ikhlas, tidak
mementingkan diri, mempunyai komitmen yang tinggi, empati, sanggup berkorban dan
banyak lagi nilai positif yang lain (Dekker & Halman, 2003; Hussain & Yasin, 2017).
Dalam satu pemerhatian konseptual berkaitan pembudayaan semangat sukarelawan,
Hussain dan Yasin (2017) meringkaskan enam nilai teras utama yang membina konsep
kesukarelawanan. Enam nilai utama ini ialah tidak pentingkan imbuhan, kesediaan
mental/ psikologi, tidak penting diri/altruisme, ikhlas/kerelaan, komitmen tinggi, dan
pengorbanan seperti dalam rajah 10.1 di bawah.

Rajah 10.1: Nilai Teras Konsep Kesukarelawan


Sumber: Syed Hussain dan Yasin (2016)

Setiap perbincangan konsep nilai positif dalam konteks kesukarelawanan juga akan
dihubungkait dengan konsep altrusime iaitu amalan yang sentiasa mengutamakan orang
lain berbanding diri-sendiri. Bahkan, dalam banyak kajian memetik alturisme sebagai
faktor penting yang mempengaruhi seseorang untuk berkhidmat secara sukarela (Bekkers
et al., 2014; Rutherford et al., 2019). Secara umumnya, altruisme mengangkat
kesukarelawanan sebagai satu-satu tanggungjawab atau kewajipan moral manusia
terhadap manusia yang lain. Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila konsep
altruisme mendominasi falsafah moral dan etika dalam perbincangan tentang
kesukarelawanan.
Perdebatan tentang siapa terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan juga sering
menjadi topik perbincangan. Pelbagai kajian dijalankan untuk melihat demografi para
sukarelawan termasuklah kelompok umur, jantina, latar belakang kerjaya, kepercayaan
agama, tahap pendidikan dan lain-lain (Eurobarometer, 2011; CAF, 2017; Hazeldine &
Baillie Smith, 2015); Salamon et al., 2018). Dewasa ini, terdapat peningkatan galakan
kepada golongan belia atau lebih spesifik kumpulan mahasiswa di institusi pengajian
tinggi. Galakan ini berkait rapat dengan pelbagai faedah nilai murni yang dijangka dapat
diterap ke dalam golongan mahasiswa. Sesuai dengan fokus penulisan ini iaitu

202
kesukarelawanan di kalangan mahasiswa, maka konsep yang akan dibincangkan
seterusnya adalah konsep mahasiswa.

ii. Mahasiswa

Secara umum, perkataan mahasiswa merujuk kepada individu yang sedang mengikuti
pengajian di institusi pengajian tinggi. Anggaran umur bagi mereka yang bergelar
mahasiswa ini pula adalah di antara 18-27 tahun. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4,
mahasiswa merujuk kepada penuntut di universiti (DBP, 2010). Banyak kajian memetik
Knopfemacher dan Suwono dalam merungkai makna perkataan mahasiswa secara ilmiah
(Kurniawati & Baroroh, 2016; Taqwa, 2017). Dari perbincangan ilmiah ini, konsep
mahasiswa merujuk kepada orang yang mendaftar secara rasmi bagi mengikuti pengajian
di institusi pengajian tinggi. Mereka menjalani proses pembelajaran dengan pelbagai
pendedahan terhadap konsep, teori dan falsafah mengikut bidang ilmu yang diikuti
justeru dianggap sebagai calon sarjana yang bakal mempunyai intelektual yang tinggi.
Oleh itu, bagi penulisan ini, konsep mahasiswa merujuk kepada pelajar yang telah
mendaftar dan sedang mengikuti proses pembelajaran di institusi pengajian tinggi.
Proses pembelajaran yang diikuti oleh mahasiswa di pengajian tinggi ini
menyebabkan mahasiswa dianggap golongan yang berilmu. Bersetuju dengan hal ini,
Aizuddin (2017) menyatakan bahawa mahasiswa melambangkan seseorang yang matang,
bersedia untuk menimba ilmu dan pengalaman, berketrampilan dan mempunyai jiwa
serta semangat yang jitu bagi mempersiapkan diri untuk masa hadapan.
Gambaran ini adalah wajar dan konsisten dengan tiga pendekatan utama dalam
teori pembelajaran iaitu behaviorisme, kognitivisme, dan konstruktivisme. Pendekatan
behaviorisme umpamanya bersetuju bahawa proses pembelajaran adalah satu proses
rangsangan kepada mahasiswa untuk menimba pengalaman yang mampu mengubah pola
pemikiran dan perilaku pelajar agar bersedia berperanan sebagai pelajar di institusi
pengajian tinggi. Pendekatan kognitif pula menuntut para mahasiswa untuk berfikir,
memahami, mengingati dan mengetahui apa yang dipelajari di mana akhirnya mampu
mengembangkan serta meningkatkan tahap intelektual mereka. Seterusnya, pendekatan
konstruktivisme menekankan bahawa perilaku dan keupayaan mereka berfikir beserta
kemampuan mereka untuk berinteraksi dengan persekitaran sebagai respon kepada
aktiviti pembelajaran berupaya mendorong mahasiswa untuk membina pengetahuan
mereka sendiri berdasarkan apa yang dipelajari.
Sudah pasti, dalam melahirkan mahasiswa yang berketerampilan; mempunyai
kecerdasan intelektual yang tinggi; cergas fizikal; stabil dari segi emosi dan spiritual;
serta mempunyai kemampuan kepimpinan dan berinteraksi dengan baik, proses
pembelajaran tidak boleh terhad kepada pembelajaran di dalam kelas semata-mata.
Mahasiswa digalak bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan; pidato dan
perdebatan; dan aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan. Inilah yang menjadi

203
hujah penting dalam mendorong dan menggalak mahasiswa untuk terlibat dalam aktiviti
sukarelawan.

B. Pembudayaan Aktiviti Sukarelawan

Tingkah laku dalam membudayakan aktiviti sukarelawan bukanlah sesuatu yang baru. Di
peringkat antarabangsa, pelbagai organisasi bukan untung dan bukan kerajaan
diwujudkan dalam menggerakkan aktiviti sukarelawan. Secara umum, evolusi kewujudan
masyarakat sivil ini banyak dikaitkan dengan ketidakmampuan kerajaan sebagai aktor
tunggal dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Proses
pemodenan, globalisasi, kemajuan teknologi, pembandaran, dan perubahan iklim yang
membawa pelbagai kesan buruk menjadikan masalah yang dihadapi masyarakat pada hari
ini sangat kompleks dan rumit. Situasi ini mendorong pelbagai masyarakat sivil untuk
tampil ke depan sebagai pelengkap fungsi kerajaan.
Dalam masa yang sama, tuntutan memenuhi falsafah demokrasi seperti konsep
keterangkuman; penglibatan awam yang aktif; dan pemerkasaan serta kemunculan
pendekatan baru dalam pentadbiran awam iaitu tadbir urus rangkaian (network
governance) menjadikan aktiviti sukarelawan semakin signifikan. Terkini, dalam usaha
mencapai 17 matlamat pembangunan lestari (Sustainable Development Goals (SDG)),
satu kerangka kesukarelawan diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) dalam memandu aktiviti kesukarelawan di seluruh dunia.
Negara-negara barat seperti New Zealand, Amerika, Australia, Kanada, Ireland,
Netherlands, Britain, Malta, Iceland, German dan Norway antara negara dilaporkan
mempunyai sikap kesukarelawan yang tinggi. Bagaimanapun, seperti yang ditunjukkan di
dalam Rajah 10.2, kekayaan sesebuah negara bukanlah faktor penentu untuk mendorong
mereka terlibat dalam aktiviti keseukarelawan. Rajah 10.2 menunjukkan 10 negara utama
di dalam dunia yang banyak meluangkan masa untuk aktiviti amal di antara 2009-2019.
Empat negara di tangga teratas bukanlah dari kalangan negara berpendapatan tinggi.

204
Rajah 10.2: 10 Negara Utama Meluangkan Masa Sukarelawan dengan Aktiviti
Amal 2009-2018

Source: (www.statista.com, 2018)

Dalam konteks negara-negara ASEAN, Myanmar, Indonesia dan Filipina dilihat


mendahului negara jiran mereka dalam pembudayaan aktiviti kesukarelawan. Apa yang
menarik ialah laporan CAF World Giving Index (Charities Aid Foundation, 2017),
menyebut negara Myanmar mengungguli tangga pertama sebagai negara yang aktif
dalam aktiviti kesukarelawan sejak tahun 2014. Pencapaian negara Myanmar ini
dikaitkan dengan ciri-ciri negara itu sendiri di mana 80%-90% rakyat Myanmar adalah
penganut Buddha. Kepercayaan agama ini dilihat mempunyai kaitan rapat sikap untuk
memberi dan membantu di kalangan rakyat Myanmar meskipun negara mereka
diklasifikasi oleh Bank Dunia sebagai negara berpendapatan menengah rendah. Konflik
berkaitan penindasan etnik Rohingya bagaimanapun dilihat tidak menghalang Myanmar
untuk mengungguli tangga teratas.
Malaysia juga tidak keterbelakang dalam aktiviti pembudayaan kesukarelawan ini.
Pada 2019, Malaysia berada pada kedudukan yang ke 30 dalam CAF World Giving Index
dan tangga ke empat di kalangan negara ASEAN (Charities Aid Foundation, 2019).
Meskipun berada dalam tangga 30 teratas bagi kategori menyumbang dan meluang masa
untuk aktiviti sukarelawan, namun skor Malaysia rendah bagi kategori kesanggupan
membantu orang asing yang tidak dikenali. Setakat 2018, sebanyak 7576 pendaftaran
pertubuhan masyarakat sivil yang aktif merangkumi pelbagai skop aktiviti.
Memandangkan tajuk penulisan ini berkaitan aktiviti sukarelawan bank makanan,
kupasan seterusnya akan menjurus kepada topik perbincangan tersebut.

205
C. Kesukarelawan Menerusi Aktiviti Bank Makanan

Sejarah membuktikan bahawa banyak inisiatif berupa bantuan makanan dijalankan secara
formal dan tidak formal. Di barat, pertubuhan agama Kristian telah banyak membantu
masyarakat semasa dunia mengalami kemunduran ekonomi yang sangat teruk sekitar
tahun 1929 – 1939. Manakala di kalangan umat Islam, sumbangan makanan banyak
disalurkan melalui pembayaran zakat kepada golongan yang layak (Power et al., 2017).
Bagaimanapun, konsep bank makanan yang pertama wujud sekitar tahun 1965,
diilhamkan oleh John van Hengel di Arizona, Amerika Syarikat. Beliau mewujudkan
bank makanan sebagai respon kepada kerajaan Amerika pada waktu itu yang melaporkan
bahawa makanan untuk rakyat tidak mencukupi. Beliau bertindak mengumpul makanan
yang masih elok dari premis-premis perniagaan makanan untuk disalurkan kepada
golongan yang memerlukan. Peniaga-peniaga bekerjasama dengan memberikan
makanan-makanan ini secara percuma. Usaha ini adalah untuk memastikan bahawa
setiap individu miskin mampu mendapat nutrisi yang baik. Idea bank makanan ini
kemudiannya tersebar luas terutamanya di negara Eropah dan negara-negara yang
membangun (Steyaert, 2019).
Hari ini, aktiviti bank makanan bukan lagi perkara yang asing. Pelbagai konsep
atau terma yang diguna pakai dalam menjalankan aktiviti bank makanan ini. Perkataan
Soup Kitchen adalah salah satu konsep yang begitu sinonim dengan aktiviti bank
makanan ini dengan pendekatan yang sikit berbeza iaitu menyediakan makanan yang
telah siap dimasak. Golongan sasaran yang menerima bantuan makanan yang telah
dimasak ini pula lazimnya adalah mereka yang tidak mempunyai kediaman tetap dan
gelandangan. Selain itu, konsep pantri untuk menyimpan stok makanan juga
diperkenalkan. Menerusi kaedah ini, stok makanan yang ingin diagihkan akan disimpan
di pantri dan mereka yang memerlukan boleh mendapatkan bantuan makanan tersebut
mengikut keperluan masing-masing.
Perkembangan yang sama juga dapat dilihat di Malaysia. Kewujudan pelbagai
organisasi bukan untung dan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti sukarelawan bank
makanan boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pada awal
kemunculan, aktiviti sukarelawan bank makanan ini lebih mensasarkan golongan miskin
bandar dan gelandangan. Bahkan, pada tahun 2014, aktiviti bantuan makanan untuk
golongan gelandangan ini pernah diharamkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada
waktu itu (Rozanna, 2014).
Namun, situasi berbeza selepas kerajaan pimpinan Pakatan Harapan menerajui
kepimpinan negara. KPDNHP menerusi peranan Yayasan Food Bank yang ditubuhkan
pada 7 Januari 2019 telah mewujudkan satu urus tadbir rangkaian yang luas dalam
melaksanakan aktiviti bank makanan (Hafidzul Hilmi, 2018). Kerajaan bertindak sebagai
pemudahcara dalam kerjasama di antara masyarakat sivil dan pelbagai rangkaian pasar
raya besar di negara ini. Aktiviti diluaskan ke seluruh pelusuk negara manakala skop
bantuan makanan turut mengambil kira golongan mahasiswa dari keluarga B40 yang juga

206
terkesan dengan masalah kenaikan kos sara hidup. Komitmen kerajaan pada ketika itu
dilihat sejajar dengan SDG yang menyasarkan untuk mengurangkan separuh daripada
keseluruhan lebihan makanan oleh industri runcit dan pengguna (Yayasan Food Bank
Malaysia, 2020). Sehingga kini, empat organisasi dilantik sebagai rakan strategik
Yayasan Food Bank negara dengan penglibatan 22 penyumbang makanan seperti dalam
jadual berikut.

Jadual 10.1
Rakan Strategik Yayasan Food Bank dan Penyumbang Utama Makanan

Senarai Rakan Strategik dan Penyumbang Utama


Makanan

Rakan Strategik
· Kechara: A Tsem Rinpoche Organisation
· Food Aid Foundation
· Mutiara Food Bank
· The Lost Food Project
Penyumbang Utama Makanan
· TESCO
· GIANT
· AEON BIG
· AEON
· MARKET HERO
· ECONSAVE
· Pasar Raya Borong NSK
· TF Value Mart
· KOMUGI
· Segi Fresh
· LuLu
· Rotinas
· Tea Live
· Shell
· ADABI
· CKS
· Pullman Hotel & Resorts
· Primula Beach Resort Kuala Terengganu
· Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur
· Dorsett Hotel
· ALOFT Hotel
· Royal Chulan Hotel
· The Puteri Pacific
Sumber: Yayasan Food Bank Malaysia (2020)

207
D. Kesukarelawanan di kalangan Mahasiswa

Pembudayaan kesukarelawanan di kalangan mahasiswa di IPT semakin diperkukuhkan


selaras dengan hasrat negara untuk menghasilkan mahasiswa yang mempunyai
personaliti unggul selain cemerlang dalam pelajaran. Selaras dengan hasrat ini,
kemahiran insaniah di kalangan mahasiswa giat diperkukuhkan. Maka, konsep
pembelajaran pada hari ini tidak lagi tertumpu kepada aktiviti di dalam kelas sahaja
bahkan turut melibatkan aktiviti-aktiviti di luar kelas. Antara aktiviti yang dilihat
menyumbang dalam proses kemenjadian mahasiswa adalah aktiviti kemasyarakatan atau
kesukarelawan.
Perbincangan ilmiah berkaitan kesukarelawan dan mahasiswa sering tertumpu
kepada faktor-faktor penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarela, variasi keterlibatan
mahasiswa dalam konteks aktiviti sukarela, deskripsi profil demografi penglibatan
mahasiswa dalam aktiviti sukarela, dan model-model konseptual yang mendasari kajian-
kajian sukarelawan mahasiswa dalam lingkungan Malaysia (Deloitte, 2016; Shahrom et
al., 2015; Rahman et al., 2018; Offstein et al., 2015). Namun, perbincangan yang
menekankan bagaimana proses melatih mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan
meskipun penting adalah sangat terhad (Hapsah et al., 2018; Anas, 2016).
Menurut Rahman et al. (2018), latihan kesukarelawan yang sistematik dapat
menerapkan sekurang-kurangnya lapan aspek bagi meningkatkan kemahiran sosial
pelajar iaitu pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin
perubahan, membina hubungan, kolaborasi dan kerjasama. Latihan yang jelas dan
bersistematik, serta bimbingan yang rapat dan teratur adalah sangat penting apabila
aktiviti sukarelawan dijadikan sebagai medium melatih mahasiswa dalam membentuk
peribadi mereka (Azrina Mazlin & Balakrishnan, 2017). Dengan adanya aspek-aspek ini
dalam rangka perancangan, aktiviti kesukarelawan dapat dilakukan dengan lancar dan
diharap dapat memberi makna kepada setiap usaha mereka (Tajul & Aishah Nadhirah,
2013).
Proses-proses dalam meningkatkan semangat kesukarelawan harus bersifat timbal-
balik, iaitu pihak universiti memberikan peluang, bimbingan dan latihan, manakala
pelajar memberikan masa dan tenaga mereka. Hasilnya membawa kepada semangat
kesukarelawan yang tinggi kerana mereka faham dan mampu merefleksi kepada usaha
mereka. Selain itu, ia dapat mengurangkan kadar berhenti sukarela kerana kurang minat
dengan agenda atau proses kerja yang kurang jelas (Lorente-Ayala et al., 2020).
Kini, seiring dengan peningkatan aktiviti bank serta bantuan makanan, mahasiswa
juga digalakkan untuk turut terlibat dalam aktiviti ini. KPDNHP sendiri ketika
melancarkan inisiatif Food Bank Siswa yang menyasarkan golongan mahasiswa di
seluruh Malaysia telah menggunakan konsep ‘Daripada Mahasiswa kepada Mahasiswa'
dalam mengalu-alukan penglibatan pelajar sebagai sukarelawan dalam melaksanakan
aktiviti bank makanan ini dalam membantu kegiatan agihan makanan kepada golongan
mahasiswa yang memerlukan. Saranan ini disambut oleh banyak IPT termasuk Fakulti

208
Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (FSPPP, UiTM).
Penglibatan mahasiswa ini melibatkan beberapa fasa penting dalam melatih mereka
menjadi ahli sukarelawan. Dalam situasi perbincangan tentang bagaimana proses melatih
mahasiswa menerusi aktiviti kesukarelawanan yang terhad, penulisan ini dilaksanakan
bagi mengisi kelompongan tersebut sekaligus melihat bagaimana semangat
kesukarelawan di kalangan mahasiswa dapat dibudayakan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah menjalankan kajian tindakan dalam merancang, mengatur dan
melaksanakan proses-proses pengukuhan kepada pembudayaan semangat
kesukarelawanan di kalangan pelajar. Menurut Sekaran dan Bougie (2009), kajian
tindakan merupakan satu bentuk metodologi bagi memulakan satu proses perubahan
dalam sesuatu organisasi atau konteks sosial. Ianya merupakan analisis yang sistematik
untuk menjawab persoalan kajian dan data yang diintepretasi diuji secara langsung di
lapangan (Macdonald, 2012). Menurut Mackenzie et al. (2012), kajian tindakan harus
mempunyai proses kerja yang meliputi persoalan kajian yang jelas, tindakan, dan refleksi.
Hanya dengan melalui beberapa siri proses ini, pembinaan ilmu dapat dilakukan, diakui
dan difahami (Blaikie, 2010). Dari sudut ontologinya, kajian tindakan sarat dengan nilai
dan komitmen moral, maka tidak hairanlah penyelidik mempunyai hubungan yang rapat
dengan konteks sosialnya.

PROSES PENGUKUHAN PEMBUDAYAAN SUKARELAWAN DI IPT: KAJIAN


KES DI FSPPP UITM

A. FSPPP dan Aktiviti Kesukarelawan

i.Peranan Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) Fakulti

Aktiviti pembudayaan kesukarelawan di kalangan pelajar termaktub di bawah bidang


kuasa ICAN fakulti. Lazimnya, seorang penyelaras khidmat masyarakat dilantik di
kalangan pensyarah untuk membantu pihak fakulti menyumbang kepada pembangunan
masyarakat. Oleh yang demikian, seseorang penyelaras akan melantik ahli pasukannya
secara tetap atau ad-hoc bagi melicinkan perjalanan program yang dirangka. Setiap ahli
tetap yang dilantik perlulah melalui kebenaran Timbalan Dekan ICAN, dan disusuli
dengan kelulusan dari pihak Dekan. Hanya dengan kelulusan ini, surat lantikan dan sijil
penghargaan dapat dikeluarkan. Dalam usaha melatih mahasiswa sebagai sukarelawan,
penulis kedua dilantik sebagai penyelaras aktiviti kemasyarakatan, dibantu oleh penulis
pertama. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk merangka dan melaksana
program khidmat masyarakat yang melibatkan staf dan pelajar fakulti, tetapi juga
mengintai peluang kerjasama bersama industri, pihak badan bukan bersifat keuntungan

209
(NGO), dan pihak berkepentingan yang lain. Pengemblengan agenda masyarakat ini
memerlukan bukan sahaja jaringan sosial dan kemahiran rundingan yang tinggi, malah
kepimpinan dan daya tindak yang pantas.
Bagi sesuatu program itu dilaksanakan, satu kertas kerja perlu dikemukakan
kepada Timbalan Dekan ICAN dan seterusnya Mesyuarat Pengurusan untuk diluluskan.
Pembentangan harus dilakukan oleh penyelaras bagi mendapatkan kelulusan ahli
mesyuarat. Kelulusan ini penting secara simboliknya bagi mendapatkan punca kuasa
menjalankan aktiviti, di samping memaklumkan kepada fakulti tentang penglibatan ahli
fakulti dan pelajar dalam aktiviti tersebut. Satu surat kelulusan aktiviti akan diterima
sekiranya program yang dirangka telah diluluskan.
Satu pasukan kesukarelawan pelajar telah diwujudkan pada tahun 2017 bagi
menentukan kesediaan guna tenaga apabila terdapat program khidmat masyarakat.
Seramai 191 pelajar telah mendaftar sebagai sukarelawan fakulti.

ii. Kerjasama Strategik bersama Kechara Food Kitchen

Pada pertengahan 2017, satu kertas kerja bagi menyantuni para gelendangan telah
dibentang dan diluluskan oleh pihak fakulti. Bagi pihak fakulti yang masih bertatih dalam
menjalankan program ini, kerjasama dengan pihak NGO, iaitu PERKASIH Negeri
Sembilan dilihat satu tindakan yang wajar kerana jangkaan untuk menyantuni golongan
rentan ini amat kabur. Aktiviti ini dijayakan oleh para pensyarah dan juga pelajar yang
terdiri dari sukarelawan fakulti. Ianya dilakukan pada waktu malam kerana pada ketika
ini, gelandangan akan mula menjelma di kaki-kaki lima kedai dan tempat duduk stesen
bas. Sebuah taklimat diberikan oleh seorang sukarelawan PERKASIH kepada
sukarelawan UiTM sebelum kerja-kerja menyantuni dilakukan. Program ini telah disusuli
dengan beberapa siri yang melibatkan sukarelawan fakulti. Secara amnya, program
sukarelawan perlulah dilakukan secara bersiri agar pembudayaan semangat
kesukarelawan dapat diterap di dalam diri pelajar. Program yang bersifat hanya sekali,
atau sekali sahaja (one-off) tidak mampu mengasimilasi semangat ini kerana perbuatan
yang berulang-ulang akan menjadi tabiat dalam diri seseorang (Rahman et al., 2018;
Azrina Mazlin & Vishalache Balakrishnan, 2017).
Peluang bekerjasama dengan sebuah NGO yang lain telah ditawarkan oleh pihak
PERKASIH pada akhir tahun 2017. Pengenalan kepada Kechara Soup Kitchen yang giat
menjalankan bank makanan di sekitar Lembah Kelang merupakan satu peluang bagi
mempelbagai aktiviti khidmat masyarakat fakulti. Pihak Kechara menawarkan
pengambilan makanan yang masih baik dari pasaraya-pasaraya terkemuka di Seremban
seperti TESCO, NSK, AEON, dan Family Store. Satu slot hari telah diberikan kepada
UiTM dan makanan berupa buah-buahan dan roti telah diambil oleh penyelaras dan
sukarelawan fakulti untuk disalurkan kepada pelajar UiTM melalui sudut keusahawanan
sosial.

210
Selang beberapa minggu selepas itu, pihak pasaraya telah mula menyalurkan
tambahan makanan dalam bentuk sayur-sayuran yang mencecah 50 ke 80 kilogram pada
satu-satu ambilan. Dalam menyelaras tambahan makanan ini, satu mesyuarat bersama
dengan Pengarah Operasi Kechara dijalankan di Kolej MARA Seremban. Perkenalan
secara rasmi dengan pihak Kechara dilakukan pada ketika ini dan jalinan kerjasama
dimeterai terutama menjadikan program bank makanan ini sebagai platform bagi pelajar
menjalankan latihan kesukarelawan mereka. Pada ketika ini, cadangan untuk membantu
para pekerja am yang miskin telah diluluskan oleh pihak fakulti. Pekerja-pekerja ini
terdiri daripada penduduk setempat yang bekerja di UiTM. Pengenalpastian 20 individu
pekerja am yang mempunyai bebanan hidup dilakukan melalui proses temubual
berstruktur. Bagi menyalurkan bantuan kepada mereka berbentuk bank makanan, sayur-
sayuran yang diperoleh dari pasaraya telah diagihkan kepada mereka setiap hari Khamis,
pukul 10 pagi di lobi fakulti. Masa ini dipilih memandangkan ianya waktu rehat bagi
pekerja am. Agihan ini telah mengurangkan bebanan mereka selain sebagai bekalan
makanan tambahan dan terutamanya ketika keadaan genting di akhir bulan. Penyaluran
bank makanan kepada pekerja am ini dipanjangkan sehingga hampir dua tahun sebelum
diberhentikan apabila melihat peralihan positif dalam kehidupan mereka.
Pada Januari 2019, satu cadangan untuk menyebarluaskan bantuan bank makanan
kepada masyarakat setempat telah dibuat. Pasukan sukarelawan telah mengenal pasti satu
tapak perumahan kos rendah di bawah radius lima kilometer dari kampus. Ianya
merupakan sebuah tapak perumahan pangsapuri berkos rendah dan berdensiti tinggi.
Majoriti penduduknya adalah menyewa. Dengan profil yang demikian, bantuan
disalurkan kepada penduduk di sini. Dalam masa beberapa bulan, sebuah “flat tinggal”
dikenal pasti dan saluran bantuan dibahagi kepada dua untuk tujuan penyampaian bank
makanan.

iii. Proses Mewujudkan Pasukan Kesukarelawan

Tiga proses utama terlibat dalam mewujudkan pasukan kesukarelawan fakulti. Pertama
adalah pengedaran borang keahlian. Pada hari bertemu pelanggan ICAN 2017, satu
borang keahlian kesukarelawan fakulti telah diedarkan kepada para pelajar dengan
bantuan para pensyarah fakulti. Sebanyak 197 penyertaan telah diterima pada waktu itu.
Kesemua nama ahli baru kemudiannya telah didaftar masuk ke dalam sistem komunikasi
Whatsapp untuk mempermudahkan komunikasi tentang sebarang aktiviti kesukarelawan.
Satu syarat yang penting dan menarik kepada para pelajar ini adalah tiada paksaan untuk
menyertai sebarang aktiviti, dan pelajar perlu rancang masa untuk melakukan aktiviti
kesukarelawan. Namun begitu, pada perjumpaan pertama pasukan ini, hanya dua pelajar
telah hadir.
Proses kedua adalah pengambilan dan pengenalpastian pelajar yang serius dalam
menjalankan kerja-kerja kesukarelawan. Rentetan dari perjumpaan dua pelajar di atas,
satu langkah yang lebih tegas dilakukan dengan menggalakkan dua pelajar yang hadir

211
untuk bercakap dan menjemput lebih ramai pelajar untuk menjadi pasukan sukarelawan
dengan lebih aktif. Hasil intervensi tersebut, pasukan sukarelawan fakulti ini telah
mendapat sekurang-kurangnya 10 lagi pelajar aktif. Pada semester berikutnya,
pertambahan sekali ganda telah dicatatkan hasil dari jemputan tidak formal ke aktiviti-
aktiviti sukarelawan yang bersifat kecil-kecilan fakulti.
Ketiga, latih-dengan-melakukan (training-by-doing). Pada akhir tahun 2017, pihak
fakulti telah mendapat satu slot untuk pengambilan sayur dari sebuah pasaraya terkemuka
di Seremban. Peluang ini diberikan oleh pihak Kechara hasil kerjasama mantap di
peringkat organisasi mereka. Pada masa ini, sebuah pasukan fakulti telah dibentuk
dengan tenaga kerja seramai 10 orang pelajar termasuk dua pensyarah. Satu modul
sistematik telah dibangunkan oleh kedua-dua pensyarah ini untuk melancarkan perjalanan
pengambilan dan pengagihan sayur-sayur tersebut.

iv. Projek FSPPP – Kechara – Pasaraya terkemuka: Satu Jalinan Kerjasama

Semangat kesukarelawan merupakan penentu kepada satu kebolehjayaan projek


kebajikan seperti bank makanan. Dari pengalaman penulis, jalinan kerjasama yang erat
dengan badan-badan besar seperti Kechara mampu memberikan jaminan saluran
makanan yang lebih lestari berbanding dengan derma orang perseorangan. Oleh itu,
dalam konteks ini, para pensyarah telah berusaha mendapatkan satu slot pengambilan
makanan yang masih baik di salah satu pasaraya terkemuka di Seremban. Ini merupakan
proses pertama dalam menjayakan jalinan ini.
Proses kedua adalah pendaftaran penerima bantuan Kechara. Proses ini sebenarnya
berlaku serentak dengan proses yang pertama. Satu sesi temubual dengan pekerja am di
institusi ini telah dilakukan untuk mengenal pasti penerima bantuan yang layak dan
memberi gambaran kehidupan mereka. Satu borang kaji selidik dari Kechara telah
dijadikan panduan untuk tujuan ini. Hasil temubual mendapati bahawa pekerja am yang
majoriti terdiri dari wanita ini terdiri dari ibu tunggal, isteri yang mengambil alih tugas
suami kerana sakit, mempunyai ramai anak kecil, menanggung ibubapa yang kian uzur
dan mempunyai pinjaman yang tidak berdaftar, atau along. Kategori ini telah melayakkan
mereka untuk mendapat bantuan bank makanan yang akan diagihkan. Selain itu, agihan
ini juga dapat dipanjangkan kepada dua flat perumahan di sekitar kawasan universiti.
Selanjutnya adalah proses pengambilan dan pengagihan yang melibatkan tatacara
yang lebih teliti untuk pasukan sukarelawan FSPPP. Di peringkat ini, rangka proses kerja
dirancang oleh pensyarah yang terlibat, dan dibentangkan kepada para sukarelawan. Satu
mesyuarat telah dijalankan sebelum pengambilan dibuat agar setiap sukarelawan
mengetahui setiap proses yang terlibat. Perkara ini dilihat sangat penting untuk
melicinkan proses ini. Pertama sekali, anggota sukarelawan perlulah mendaftar secara
atas talian menjadi ahli Kechara bagi mendapat satu mandat bagi mengambil bank
makanan. Setelah nama-nama sukarelawan terdaftar di dalam sistem Kechara, sehelai
baju tee Kechara akan diberikan kepada mereka. Baju ini perlulah dipakai setiap kali
212
pengambilan sayuran dibuat kerana baju ini diterima pakai sebagai pengenalan diri
sebagai ahli Kechara.
Seterusnya, satu jadual waktu tugas dirangka untuk memastikan para sukarelawan
tidak terbeban dengan tugasan pengambilan dan pengagihan. Jadual ini dirangka
mengikut dua kategori pelajar, yang mempunyai kereta dan tidak. Bagi yang mempunyai
kereta, mereka akan ditugaskan untuk pengambilan sayuran, manakala yang tidak
mempunyai kereta akan bertugas pada esok harinya bagi mengagihkan sayuran tersebut.
Jadual waktu ini akan diberikan kepada para sukarelawan untuk mengisi kekosongan slot
mengikut masa senggang mereka. Proses ini dapat mengajar pelajar untuk
bertanggungjawab terhadap komitmen yang diberikan dan juga dapat merancang masa
mereka. Pengambilan sayuran dilakukan pada malam hari, di sekitar 8.45 sehingga 9
malam. Bagi urusan ini, pelajar dikehendaki pergi dengan sekurang-kurangnya seorang
teman pada masa yang telah ditetapkan. Pelajar perlulah memaklumkan kepada
pensyarah sebelum mereka bertolak dari kampus agar pensyarah maklum tentang
perjalanan mereka. Pada awal pengambilan, pensyarah akan mengiringi pelajar. Namun
selepas beberapa bulan melakukan kerja-kerja pengambilan, pelajar didapati mampu
melangsaikan kerja ini dengan mudah kerana telah faham sepenuhnya proses yang
terlibat. Lebih menarik lagi, para sukarelawan ini dilindungi dengan insuran nyawa di
bawah skim universiti sebagai seorang pelajar. Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan
rasa selamat dalam setiap perjalanan yang dibuat.
Proses seterusnya melibatkan pihak ketiga iaitu pasaraya yang menawarkan bank
makanan. Setelah sampai di tempat pemunggahan barangan, sukarela perlulah menitip
pesanan melalui aplikasi WhatsApp yang mereka telahpun berada di depan pintu pagar
tempat berkenaan. Bagi nama-nama pelajar sukarelawan yang meletakkan nama mereka
di dalam jadual waktu yang disediakan oleh pensyarah, ianya akan dihantar kepada
pentadbir Kechara yang menguruskan pasaraya tersebut untuk dimasukkan sebagai ahli
ke dalam kumpulan aplikasi tersebut. Pemakluman ini dalam aplikasi ini adalah sebagai
peringatan kepada pengurus premis bagi membuka pintu pagar dan membenarkan proses
pengambilan sayuran dilakukan. Sayuran yang telah dikumpulkan di pihak pasaraya akan
diserahkan kepada sukarelawan untuk dimuat masuk ke dalam kereta masing-masing.
Sukarelawan juga perlu menggunakan pertimbangan mereka sama ada sayuran yang
diberikan masih di dalam keadaan baik. Jika tidak, mereka mempunyai hak untuk
menolak pengambilan sayuran tersebut. Setelah proses pengambilan selesai, satu borang
akuan penerimaan barangan akan ditandatangani oleh sukarelawan dan satu salinan
borang tersebut akan diserahkan kepada mereka untuk tujuan rekod. Mereka
kemudiannya akan bergerak terus ke kampus untuk menyimpan barangan tersebut di
pantri lobi fakulti.
Pada keesokan harinya, proses pemunggahan, pemilihan dan agihan sayuran, buah
dan roti dilakukan oleh sukarelawan yang bertanggungjawab seperti di dalam jadual
waktu. Semua barangan ini akan disusun di atas meja hasil wakaf dari para sukarelawan
sendiri untuk agihan yang lebih rapi dan sistematik. Hasil sayuran yang tidak baik akan
213
diasingkan untuk dibuang. Proses pengasingan lazimnya mengambil masa dalam 30 minit
jika dilakukan secara berdua. Sukarelawan akan pastikan barangan disusun rapi dan sedia
diambil pada pukul 10 pagi. Penetapan ini dibuat dengan mengambil kira waktu rehat
pekerja am. Bagi mengelakkan perebutan di kalangan penerima bank makanan, mereka
disarankan untuk berbaris dan mengambil mengikut keperluan keluarga mereka. Agihan
lazimnya akan mengambil masa dalam 30 minit dan diakhiri dengan mengemas tempat
agihan dengan dibantu oleh para penerima bantuan. Kesedaran untuk saling membantu
diterapkan oleh pensyarah melalui pengamatan pada awal waktu agihan dibuat.
Pensyarah akan memberitahu para penerima bantuan agar membantu sukarelawan untuk
menyimpan meja dan membantu mengemaskan kawasan agihan agar tidak mengundang
aduan dari pihak staf dan pelajar.
Menariknya, proses-proses ini telahpun dimodulkan dan telah dibentangkan di
dalam Taklimat “Food Bank” Gerakan Pengguna Siswa Negeri Sembilan 2019 yang
dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada
Mac 2019. Carta alir 2 menunjukkan proses yang telah dilalui dalam menjayakan bank
makanan di FSPPP. Pada masa yang sama, pihak Kechara telah memperakui bahawa
modul yang telah diasimilasi kepada sukarelawan pelajar FSPPP adalah satu bentuk
latihan kesukarelawan. Satu surat pengiktiran telah diterima oleh fakulti dari pihak
Kechara.

Rajah 10.3: Proses terlibat dalam menjayakan program bank makanan di Fakulti Sains
Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM Kampus Seremban

KUPASAN DAPATAN

214
Tujuan penulisan ini dilakukan adalah untuk merekodkan fasa dan proses yang terlibat
bagi melicinkan program bank makanan di kalangan mahasiswa Fakulti Sains
Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA. Dalam memanifestasikan
tujuan ini, perlaksanaan ini telah menjalani beberapa fasa iaitu fasa perancangan,
perlaksanaan dan pasca perlaksanaan. Bagi setiap fasa, beberapa faktor penolak yang
menjadi asas kejayaan program bank makanan di FSPPP, termasuklah hubungan dengan
rakan strategik yang baik, sokongan pihak fakulti, rangka perancangan yang teliti dan
teratur, dan komitmen sukarelawan di kalangan mahasiswa.
Fasa perancangan. Fasa ini melibatkan jalinan hubungan dengan pihak industri
mahupun bukan industri untuk membuka peluang-peluang kerjasama dalam menjamin
kelangsungan penjanaan ilmu pengetahuan. Ini penting untuk menunjukkan kesignifikan
sumbangan universiti sebagai agen transformasi kepada masyarakat setempat khususnya
dan pembangunan negara amnya. Menurut Field (2010), universiti perlu menjalin
hubungan dengan pihak luar universiti untuk terus signifikan sebagai sebuah institusi
ilmu kerana dalam setiap jaringan sosial yang dibentuk mengandungi modal-modal
(capitals) yang tidak terjangkau oleh wang ringgit. Bagi tujuan ini, pihak fakulti telah
membuat jalinan strategik bersama dengan Kechara Soup Kitchen, sebuah NGO yang
terkenal dengan pengagihan makanan lebihan di Kuala Lumpur. Rakan strategik ini
dilihat penting kerana ianya memberikan peluang-peluang yang besar untuk melibatkan
para mahasiswa sebagai sukarelawan. Di samping itu, universiti juga mendapat
keistimewaan ke atas perjanjian persefahaman yang telah dilakukan oleh pihak Kechara
dengan pasaraya-pasaraya utama di bandar Seremban bagi memastikan bekalan makanan
lebihan sentiasa ada untuk disalurkan kepada golongan rentan yang telah dikenal pasti.
Peranan universiti khususnya FSPPP tidak dinafikan penting. Sokongan padu oleh
pengurusan tertinggi dan warga kerjanya juga mampu melicinkan perancangan program
ini. Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, kelulusan oleh pihak fakulti penting
untuk mendapat punca kuasa menjalankan aktiviti kesukarelawan yang melibatkan
mahasiswa. Punca kuasa ini penting untuk memastikan rancangan dan perlaksanaan yang
dilakukan di dalam premis universiti dibenarkan dan tidak melangkaui mana-mana pihak
yang berautoriti. Selain itu, pihak fakulti juga dapat membantu menyebarluaskan
maklumat tentang program ini ataupun turut serta sebagai sukarelawan. Hubungan saling
bantu-membantu dapat mewujudkan suasana harmoni dan meningkatkan kerjasama di
kalangan warganya.
Fasa perlaksanaan. Fasa ini merupakan fasa yang kritikal kerana di sinilah
terletaknya realisasi kepada usaha di atas. Pertama sekali, merangka perancangan dengan
teliti dan teratur. Dua pensyarah yang bertanggungjawab di dalam program ini telah
menghasilkan satu prosedur piawai (SOP) yang sistematik dari segi pengambilan
sukarelawan, sesi taklimat, dan membentuk modul latihan untuk sukarelawan. Pihak
Kechara telah membantu dalam aspek pengambilan dari pasaraya-pasaraya dan norma
agihan yang lazim mereka lakukan. Visualisasi perlu dilakukan oleh para pensyarah
dalam membentuk carta alir kerja bagi memudahkan pemahaman mahasiswa yang pada
215
ketika itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menguruskan bank makanan.
Setiap proses didokumenkan dan disusun mengikut turutan logik proses yang
digambarkan oleh pensyarah. Seterusnya, sesi perkongsian dijalankan untuk
menyampaikan proses tersebut dalam sesi taklimat yang dijalankan untuk mendapatkan
pandangan para sukarelawan. Walaupun mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman
dalam menguruskan bank makanan namun maklum balas mereka amat positif dan kritikal
terdapat proses kerja yang dizahirkan ke dalam carta alir. Setiap maklum balas ini
direkodkan dan perubahan dibuat mengikut kesesuaian serta mengikut apa yang
diputuskan di dalam taklimat tersebut. Proses ini sekaligus menafikan bahawa mahasiswa
sebagai anggota yang pasif kerana tiada pengalaman atau kurang pengetahuan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa latihan yang sistematik dapat menjamin
kelangsungan penyertaan sukarelawan di kalangan mahasiswa. Latihan yang dilakukan
berasaskan kepada prosedur piawai yang telah dikeluarkan oleh pensyarah mampu
meningkatkan kefahaman akan kepentingan peranan mereka dalam tujuan kebajikan ini.
Selain itu, cara mengurus yang bersifat semi-otonomi telah merancakkan aktiviti
kesukarelawan ini apabila mahasiswa sendiri diberi peluang untuk membuat
penambahbaikan kepada proses kerja dalam praktis yang sebenar. Dengan penggunaan
teknologi komunikasi, proses komunikasi di kalangan mereka didapati lebih berkesan,
maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat dan lebih telus dengan penggunaan
komunikasi kumpulan melalui aplikasi WhatsApp. Proses berkongsi kuasa dalam
mengurus ini juga penting untuk meningkatkan rasa tanggungjawab, rasa sepunya dan
sekaligus memberi satu semangat kesukarelawan yang tinggi di kalangan mereka.
Hasil kajian ini sejajar dengan kajian lampau yang menegaskan bahawa aktiviti
kesukarelawan mengandungi pelbagai kesan kebaikan kepada pelakunya (Rehmova,
2020; Lorente-Ayala et al., 2020; Rahman et al., 2018; Azrina Mazlin & Balakrishnan,
2017; Power et al., 2017; Pah et al., 2016; Shahrom et al., 2015; Offstein et al., 2015;
Fauziah et al., 2015; Tajul & Aishah Nadhirah, 2013). Proses ini sama sekali
membenarkan teori pemberian hadiah oleh Mauss (1990) yang menggariskan bahawa
seseorang yang menerima hadiah akan merasakan satu jalinan perasaan yang positif
justeru membantu seseorang untuk berusaha menjaga silaturrahim yang telah terjalin.
Dalam hal ini, “hadiah” yang bersifat ektrinsik telah diberikan kepada mereka sama ada
dalam bentuk sijil penghargaan mahupun gred. Namun komitmen yang tidak berbelah
bahagi dimanifestasikan dalam bentuk kesungguhan dalam memberi bakti, memperbaiki
proses kerja dari masa ke semasa, dan mampu mengganti rakan yang mempunyai
kekangan untuk turun ke lapangan. Perkembangan positif ini berpunca daripada latihan
dan komunikasi yang jelas terhadap proses kerja kesukarelawan yang mencetuskan emosi
yang lebih stabil dan keikhlasan dalam membantu. Pemberian kefahaman yang jelas
melalui perjumpaan dan perbincangan atas talian mampu meningkatkan komitmen dan
seterusnya mengekalkan penyertaan mahasiswa dalam pertubuhan (Tajul & Aishah
Nadhirah, 2013).

216
Fasa pasca perlaksanaan. Ada beberapa mahasiswa yang menyertai pasukan
kesukarelawan bank makanan ini telahpun berada di semester terakhir. Mereka
melaporkan mengambil masa kurang dari enam bulan bagi mendapatkan pekerjaan
pertama mereka. Selain itu, sijil-sijil penghargaan yang dikeluarkan oleh fakulti telah
menjadi nilai tambah kepada resumé mereka seperti mana dinyatakan oleh pihak majikan.
Majoriti alumni fakulti ini juga telah meneruskan khidmat bakti di organisasi mereka
bekerja, dan ada juga yang direkrut sebagai pengurus bahagian khidmat bakti kepada
masyarakat untuk tempat mereka bekerja. Mereka juga mengekspresi bahawa latihan
kesukarelawan yang sistematik ini telah membantu mereka meningkatkan keyakinan bagi
mengelola program khidmat masyarakat sendiri. Perkara ini cukup sinonim dengan
kenyataan Rehmova (2020) dan kajian oleh Deloitte (2016) bahawa individu yang
mempunyai ringkasan latarbelakang (resumé) yang mengandungi pengalaman
kesukarelawan melambangkan seseorang yang mempunyai minat yang mendalam,
sentiasa mahukan kelainan, mengisi masa secara proaktif dan mempunyai kemahiran
selain dari jawatan yang disandang. Oleh yang demikian, mahasiswa yang mempunyai
semangat kesukarelawan lazimnya lebih mudah mendapat pekerjaan.
Menariknya, banyak program-program yang bersifat keusahawanan sosial telah
dilaksanakan oleh para mahasiswa sendiri. Aktiviti seperti pengutipan derma atau
mendapatkan penajaan, penjualan amal, penganjuran seminar dan sebagainya dapat
menjana dana yang kemudiannya disalurkan kepada badan-badan amal. Ini dapat
menyuburkan lagi semangat kesukarelawan di kalangan mahasiswa walaupun ianya
bersifat sekali sahaja (one-off). Walau bagaimanapun, ianya penting untuk mahasiswa ini
merasakan kemanisan memberi kepada golongan rentan yang mereka perjuangkan kerana
ianya dapat menerapkan semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa. Akhir sekali,
perkongsian ilmu oleh para pensyarah yang terlibat dengan pembangunan modul
kesukarelawan bank makanan ini diiktiraf apabila dijemput oleh pihak KPDNHEP
Cawangan Negeri Sembilan untuk perkongsian ilmu. Ini sejajar dengan peranan
universiti sebagai hub-ilmu yang menjana dan berkongsi dengan masyarakat setempat.

CADANGAN DAN PENUTUP

Hasil kajian ini mempunyai beberapa implikasi. Pertama, program keusahawanan


memerlukan perancangan yang teliti dan latihan perlu bersifat komprehensif.
Perancangan adalah penting untuk mengeluarkan idea awal tentang perjalanan dan
struktur asas kepada program tersebut. Ini dapat memberikan jangkaan kepada saiz,
sumber, dan dana yang diperlukan. Untuk itu, pengurus program harus bersama-sama
berbincang dengan pengurusan tertinggi fakulti bagi melicinkan perjalanan program
kesukarelawan. Kedua, latihan yang diberikan perlulah memenuhi satu jangkamasa
tertentu, dan bukannya bersifat one-off. Bagi penerapan kepada kefahaman tentang
matlamat kesukarelawan dan garapan kemahiran insaniah, mahasiswa perlu menjalani
beberapa siri latihan kesukarelawan. Ketiga, hasil kajian ini juga menunjukkan

217
bagaimana universiti dapat menjalankan latihan yang lebih praktikal jika mempunyai
rakan strategik dalam bidang yang sesuai dengan aktiviti kesukarelawan. Sehubungan
dengan itu, universiti perlulah memaklumkan kepada jabatan dan fakulti tentang setiap
jalinan rakan strategik kerana mereka boleh berbincang terus dengan rakan strategik
universiti mengenai rancangan kesukarelawan mereka.
Sebagai penutup, pembudayaan semangat kesukarelawan amat wajar untuk
dilaksanakan di universiti memandangkan banyak faedah yang boleh diperolehi oleh
mahasiswa. Penghayatan kepada aktiviti kesukarelawan dapat menjadi corak kepada
sesebuah tamadun negara pada masa hadapan. Semangat kesukarelawan ini dapat
meningkatkan rasa patriotisme yang tinggi di samping menyediakan negara dengan
pemimpin masa depan yang lebih sensitif keadaan sekeliling, berempati dan mempunyai
keinginan yang tinggi untuk membantu.

RUJUKAN

Abdullah, R. A. (2017). Motivasi penglibatan pelajar UTHM terhadap aktiviti


kesukarelawan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Aizuddin, M. (2017). Penglibatan Mahasiswa secara Aktif dalam aktiviti sukarelawan
dan Kesannya terhadap Pencapaian Akademik : Suatu Kajian kes terhadap
Mahasiswa FSSG UniSZA Gong Badak. Tesis diterbitkan. UniSZA.
https://www.academia.edu/35954490/Penglibatan_Mahasiswa_secara_Aktif_dalam_
aktiviti_sukarelawan_dan_Kesannya_terhadap_Pencapaian_Akademik_Suatu_Kajia
n kes_terhadap_Mahasiswa_FSSG_UniSZA_Gong_Badak
Anas Alam Faizli. (2016). Kesukarelawanan dan sektor ketiga sebagai ejen
pemerkasaan demokrasi. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/kesukarelawanan-dan-sektor-ketiga-sebagai-ejen-pemerkasaan-demokrasi-
124724
Azrina Mazlin Alias, & Balakrishnan, V. (2017). Impak Kesukarelawanan Dalam
Kalangan Belia Di Kuala Lumpur: Satu Kajian. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 3(4), 25–43. https://jupidi.um.edu.my/article/view/8443
Bekkers, R., van Ingen, E., de Wit, A., & van Groenou, M. B. (2014). Why Do People
Volunteer? A Review of the Literature. 45th ARNOVA Conference.
Blaikie, N. (2010). Designing Social Research (2nd ed.). Polity.
Charities Aid Foundation. (2017). Giving.(2017) An overview of charitable giving in the
UK. Charities Aid Foundation.
Charities Aid Foundation. (2019). CAF World Giving Index 10th Edition: Ten years of
giving trends. https://www.cafonline.org/about-us/publications/2019-publications/
caf-world-giving-index-10th-edition
Community Network Centre. (n.d.). Retrieved October 9, 2020, from
https://ican.uitm.edu.my/v1/index.php/the-department/community-network-centre-
cnc
Data Terbuka. (2020). Senarai Pertubuhan Aktif Di Bawah Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia - Senarai Pertubuhan Aktif, 2018 - MAMPU.

218
Https://Www.Data.Gov.My/Data/Dataset/F50e51a3-2527-4499-8853-
74e682a201a6/Resource/A66866cf-0a1f-4090-92e6-D239b71177a7/Download/
Senarai-Pertubuhan. https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai-
pertubuhan-aktif/resource/a66866cf-0a1f-4090-92e6-d239b71177a7?
inner_span=True
DBP. (2010). Dewan Bahasa (4th ed.). Dewan Bahasa & Pustaka.
Dekker, P., & Halman, L. (2003). The values of volunteering: Cross-cultural
perspectives. Springer Science & Business Media.
Deloitte. (2016). 2016 Deloitte Impact Survey Building leadership skills through
volunteerism.
Eurobarometer, S. (2011). 359. Attitudes on data protection and electronic identity in the
European Union. European Commission.
Ferreira, M. R., Proenca, J. F., & Proenca, T. (2009). Motivations and management
factors of volunteer work in nonprofit organisations: a literature review. 8th
International Congress of the International Association on Public and Nonprofit
Marketing.
Field, J. (2010). Social Capital (Key Ideas) (2nd ed.). Routledge.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor. (2018). Program Food Bank KPDNHEP selamatkan 945 tan
metrik lebihan makanan. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/508700/program-food-bank-
kpdnhep-selamatkan-945-tan-metrik-lebihan-makanan
Hapsah Md Yusof, Nur Afifah Baharum, Nurul Ain Mohd Daud, Norazani Ahmad, &
Fauziah Mohd Saad. (2018). Penglibatan Belia dalam Aktiviti Sukarelawan
Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 18, 85–96.
Hazeldine, S., & Baillie Smith, M. (2015). Global Review on Volunteering Report.
www.ifrc.orgSavinglives,changingminds.
Hussain, T. P. R. S., & Yasin, L. (2017). Belia dan pembudayaan semangat sukarelawan
di Malaysia: Suatu pemerhatian konseptual. Geografia-Malaysian Journal of Society
and Space, 12(9).
Kurniawati, J., & Baroroh, S. (2016). Literasi Media Digital Mahasiswa Universitas
Muhammadiyah Bengkulu. Jurnal Komunikator, 8(2), 51–66.
Lorente-Ayala, J. M., Vila-Lopez, N., & Kuster-Boluda, I. (2020). How can NGOs
prevent volunteers from quitting? The moderating role of the NGO type.
Management Decision, 58(2), 201–220. https://doi.org/10.1108/MD-04-2019-0531
Lough, B. J., Carroll, M., Bannister, T., Borromeo, K., & Mukwashi, A. K. (2018). State
of the Worlds Volunteerism Report. The thread that binds: Volunteering and
community resilience. United National Volunteers (UNV).
Macdonald, C. (2012). Understanding Participatory Action Research: A Qualitative
Research Methodology Option. Canadian Journal of Action Research, 13(2), 34–50.
https://doi.org/10.33524/CJAR.V13I2.37
Mackenzie, J., Tan, P. L., Hoverman, S., & Baldwin, C. (2012). The value and limitations
of Participatory Action Research methodology. Journal of Hydrology, 474, 11–21.
https://doi.org/10.1016/j.jhydrol.2012.09.008
Mauss, M. (1990). The Gift: The form and Reason for Exchange in Archaic Societies.
Muhamad, T.A., & Mohd Alauddin, A.N. (2013). Motif Penglibatan Sukarelawan Sukan
Institusi Pengajian Tinggi terhadap Tahap Kepuasan Diri (Motives for Volunteering

219
in Higher Education Institutions Sports towards Self Satisfaction). Jurnal
Pendidikan Malaysia, 38(2), 51–59.
Offstein, E. H., Chory, R. M., & Childers, J. S. (2015). A cross-cultural analysis of
factors influencing choice in volunteering activities. Competitiveness Review, 25(1),
74–97. https://doi.org/10.1108/CR-05-2013-0054
Powell, J. L. (2011). Volunteering, Governance and Leadership: Reflections on England.
Journal of Public Administration and Governance, 1(1), 300–320.
Power, M., Small, N., Doherty, B., Stewart-Knox, B., & Pickett, K. E. (2017). “Bringing
heaven down to earth”: the purpose and place of religion in UK food aid. Social
Enterprise Journal, 13(3), 251–267.
Rahman, H. A., Jaafar, H., Nisah, B., & Nasiruddin, M. (2018). Keterlibatan Mahasiswa
dalam Aktiviti Kesukarelawan dan Hubungannya dengan Kemahiran Sosial. 4th
International Conference on Information Technology & Society, 1–15.
http://www.myhealth.gov.my
Rehmova, T. (2020). What Volunteering Reveals About You To Employers | CharityJob
Blog. Charity Job: Career Advise. https://www.charityjob.co.uk/careeradvice/what-
volunteering-reveals-about-you/
Rozanna Latiff. (2014, July 4). Tengku Adnan explains ban on soup kitchen. New Straits
Times. https://www.nst.com.my/news/2015/09/tengku-adnan-explains-ban-soup-
kitchen
Rutherford, A. C., Feifei, B., Dawson, A., & McCall, V. (2019). Literature review to
inform the development of Scotland’s Volunteering Outcomes Framework. Scottish
Government. Https://Www. Gov. Scot/Publications/Research-Summary-Literature-
Review-Scotlands-Volunteering-Outcomes-Framework/[Accessed 20.05. 19].
Salamon, L. M., Sokolowski, S. W., & Haddock, M. A. (2018). Current Estimates and
Next Steps. The scope and scale of global volunteering. United Nations Volunteers
(UNV) programme.
Sekaran, U., & Bougie, R. (2009). Research Methods for Business: A Skill Building
Approach (1st ed.). John Wiley & Sons Ltd.
Shahrom Md Zain, Muhammad Imran Muhammad Junaidi, & Noor Ezlin Ahmad Basri.
(2015). Sukarelawan alam sekitar: Penerimaan dan kefahaman pelajar. Jurnal
Personalia Pelajar, 18(2), 74–83.
http://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2015/12/Galley-Proof-Shahrom-
Md-Zain.pdf
Steyaert, J. (2019). History of Social Work, details.
https://www.historyofsocialwork.org/eng/details.php?cps=20
Taqwa, M. R. A. (2017). Profil pemahaman konsep mahasiswa dalam menentukan arah
resultan gaya. Prosiding Seminar Nasional Pendidikan Sains, 79–87.
Warshawsky, D. N. (2011). Urban Food Insecurity and the Advent of Food Banking in
Southern Africa.
www.statista.com. (2018). Top 10 countries: Volunteering time for charities 2018.
https://www.statista.com/statistics/283354/top-10-countries-volunteering-time-for-
charities/
Yayasan Food Bank Malaysia. (2020). https://www.foodbankmalaysia.org/
Yusliza Yakimir, A. T. (2019). Bank makanan. Harian Metro. MyMetro.
https://www.hmetro.com.my/WM/2019/11/519521/bank-makanan

220
Bab 11
Tinjauan Isu Ketidakupayaan di Malaysia
Alias Abd Aziz dan Makmor Tumin

PENGENALAN

Bilangan orang kurang upaya (OKU) diseluruh dunia semakin bertambah selari dengan
pertambahan populasi dunia. Di Malaysia pada tahun 2017, jumlah OKU yang berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ialah sebanyak 453,258 iaitu bersamaan
1.43 peratus daripada 31.62 juta populasi Malaysia. Angka tersebut jauh lebih rendah
daripada anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menganggarkan 15
peratus daripada populasi sesebuah negara adalah golongan OKU. Jumlah pendaftaran
yang rendah mungkin disebabkan oleh kaedah pendaftaran yang diamalkan ketika ini
adalah berdasarkan pendaftaran secara sukarela. Antara faktor utama yang menyumbang
kepada peningkatan OKU diseluruh dunia ialah jangka hayat manusia (OKU dan bukan
OKU) yang semakin meningkat. Selain itu, perubahan terhadap konsep dan definisi
OKU, perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan kesedaran terhadap hak
dan kepentingan OKU juga memainkan peranan penting terhadap peningkatan populasi
OKU.
Istilah ‘kurang upaya’ turut berubah mengikut perubahan masa. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia turut mengakui bahawa istilah kurang upaya sebagai satu istilah yang
‘kompleks, dinamik, multi-dimensi, dan terbuka untuk diperdebatkan’ (World Health
Organization, 2011). Istilah kurang upaya pada asasnya merujuk kepada mereka yang
mengalami kekurangan (impairment) pada anggota badan seperti mata, telinga atau
anggota badan yang lain. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah penyelidik istilah kurang
upaya turut merangkumi individu yang secara fizikalnya tidak mampu untuk berkerja
akibat mengalami strok atau penyakit-penyakit lain seperti masalah psikologi, koma,
bahkan juga kerana mengalami masalah kewangan dan sebagainya.
Konsep klasik terhadap orang kurang upaya seperti ‘cacat’ dan ‘kekurangan’
merupakan istilah yang biasa digunakan sebelum ini. Namun istilah tersebut
kemudiannya digantikan dengan istilah yang lebih natural seperti ‘orang kelainan upaya’.
Namun, istilah ‘orang kurang upaya’ lebih diterima secara meluas dalam penulisan
akademik mahupun dalam laporan kerajaan dan penulisan berita atau artikel dalam
media. Bilangan OKU yang semakin bertambah dari tahun ke tahun dan keadaan
kehidupan masyarakat kini semakin berubah dengan pantas selari dengan perkembangan
teknologi telah meletakkan komuniti OKU bukan sahaja masih dihimpit dengan masalah

221
dan cabaran lama, namun kini mereka kini turut dihimpit dengan realiti dunia baharu
yang semakin terbuka dan berdaya saing.
Menghilangkan halangan sosial dan menyediakan kebolehcapaian merupakan
langkah yang sangat penting bagi membuka peluang kepada OKU untuk kekal bersaing
agar tidak dilihat sebagai beban kepada masyarakat. Berdasarkan kajian lepas, antara isu
utama yang menjadi halangan sosial dan penghalang kepada kebolehcapaian bagi
penyertaan penuh OKU dalam kehidupan seharian bersama masyarakat ialah kesukaran
capaian kepada kemudahan awam, pengangkutan awam, pendidikan, pekerjaan,
maklumat, komunikasi dan teknologi, kehidupan budaya, rekreasi dan sukan serta
bangunan yang tidak dapat diakses (Ang, 2014; Aziz, Isa, & Fadzir, 2011; Hussein &
Yaacob, 2018; Maidin, 2012).
Di peringkat antarabangsa, terdapat Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (2006) yang telah diluluskan dan
diratifikasi. Malaysia merupakan antara 160 buah negara yang telah menandatangi dan
meratifikasi konvensyen tersebut. Malaysia bukan sahaja telah menunjukkan komitmen
yang tinggi di peringkat antarabangsa mengenai kepentingan dan hak OKU, malah turut
menunjukkan komitmen yang sama di peringkat dasar dan polisi negara dalam usaha
memperkasakan dan melindungi kelompok OKU. Komitmen tersebut dapat dilihat
menerusi penggubalan polisi dan dasar untuk meningkatkan taraf hidup dan memberikan
hak yang sewajarnya kepada golongan OKU. Dasar dan pelan tindakan OKU yang
pertama diperkenalkan pada tahun 2007. Sebelum itu, kerajaan telah menggubal beberapa
polisi dan dasar yang berkaitan dengan OKU menerusi Dasar Sosial Negara 1990 dan
juga dasar pekerjaan 1 peratus pada tahun 1988 yang dikemas kini semula pada tahun
2010 (Tah & Mokhtar, 2018). Namun, berdasarkan pencapaian serta keberkesanan polisi
dan dasar tersebut ketika ini, masih banyak perkara yang perlu dilakukan agar polisi dan
dasar tersebut dapat mencapai matlamatnya.
Bab ini akan membincangkan tinjauan terhadap isu OKU di Malaysia yang
berkaitan dengan

a) Struktur, Fakta dan Statistik


b) Undang-undang dan Polisi
c) Model Ketidakupayaan
d) Kualiti Hidup

STRUKTUR, FAKTA DAN STATISTIK

Hal ehwal OKU di Malaysia diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian


Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), secara khususnya dikawal
selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM diberikan bidang kuasa untuk
menguruskan segala isu dan masalah yang berkaitan dengan OKU di negara ini.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan dan hak OKU
222
turut bekerjasama dengan JKM dibawah KPWKM bagi memperjuangkan kepentingan
dan hak OKU serta membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan polisi dan program
untuk golongan OKU.
Walaupun secara tradisinya, ketidakupayaan membincangkan aspek yang
merangkumi fizikal, intelektual dan spiritual (Retief & Letšosa, 2018), namun ketika ini,
istilah ketidakupayaan diterima umum dalam aspek yang hanya dikategorikan kepada dua
kategori iaitu kurang upaya fizikal dan kurang upaya intelektual (Bredemeier, Wagner,
Agranonik, Perez, & Fleck, 2014; Power & Green, 2010). Namun begitu, perbincangan
mengenai istilah ketidakupayaan harus berpandukan pada definisi yang diberikan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di mana menurut WHO definisi ketidakupayaan
merangkumi aspek multidimensi.
Sebagaimana yang telah diterangkan pada awal perbincangan, bilangan OKU di
Malaysia semakin bertambah selari dengan pertambahan populasi rakyat Malaysia. Data
yang diterbitkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan bilangan OKU yang
berdaftar dengan jabatan tersebut semakin meningkat dari 264,408 pada tahun 2013
kepada 497,390 pada tahun 2018 seperti yang ditunjukkan dalam carta palang di bawah
ini.

Rajah 11.1: Bilangan OKU Yang Berdaftar Dengan JKM (2013-2018)

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia turut telah menyediakan statistik


mengikut kategori OKU. Orang kurang upaya di Malaysia di kategorikan kepada tujuh
kategori iaitu kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya
fizikal, kurang upaya pertuturan, kurang upaya pembelajaran, kurang upaya mental dan
kurang upaya pelbagai. Kurang upaya pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud
mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.

223
224
Jadual 11.1. Kategori OKU yang Berdaftar Mengikut Etnik Tahun 2016

Jumlah
Etnik (Pendaftaran
Kategori Baharu) Jumlah
Melayu Cina India Lain-
lain

Kurang Upaya 2,349 715 399 473 3,936 36,692


Penglihatan

Kurang Upaya 1,263 584 271 261 2,379 31,937


Pendengaran

Kurang Upaya 9,939 3,350 2,635 1,358 17,282 142,600


Fizikal

Kurang Upaya 9,504 1,839 690 2,060 14,093 143,334


Pembelajaran

Kurang Upaya 172 39 19 54 284 2,104


Pertuturan

Kurang Upaya 2,249 981 336 528 4,094 33,518


Mental

Kurang Upaya 1,243 331 273 198 2,045 19,084


Pelbagai

Jumlah 26,719 7,839 4,623 4,932 44,113


(Pendaftaran
Baharu)

Jumlah 248,248 79,339 40,017 41,665 409,269


Sumber: Kompilasi data daripada JKM (2016)

Jadual 11.1 menunjukkan bilangan OKU yang berdaftar mengikut etnik pada tahun 2016
dan jumlah OKU yang berdaftar di bawah JKM sehingga 2016. Berdasarkan maklumat
yang diberikan daripada tujuh kategori OKU yang berdaftar dengan JKM, kurang upaya
pembelajaran menunjukkan bilangan yang paling tinggi iaitu seramai 14,093 orang.
Manakala dari segi etnik, Melayu menunjukkan bilangan yang paling tinggi iaitu seramai
9,504 orang.
Masih belum ada kajian yang telah jalankan secara terperinci bagi mengenalpasti
mengapa jumlah orang kurang upaya pembelajaran yang berdaftar dengan JKM adalah
lebih tinggi berbanding dengan kategori OKU yang lain. Walau bagaimanapun, daripada
maklumat awal yang diperoleh didapati bahawa sistem Response to Intervention (RTI)

225
melalui Pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang
diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 2010 bagi mengesan, mencegah dan mengenal
pasti murid yang mempunyai masalah dalam sistem pembelajaran pada peringkat awal
menyumbang kepada peningkatan jumlah kurang upaya pembelajaran. Ini kerana pelajar
sekolah rendah yang gagal dalam ujian membaca, menulis dan mengira sehingga darjah
tiga perlu dirujuk kepada kaunselor sekolah dan kemudian akan dirujuk kepada doktor
bagi mengesahkan sama ada murid tersebut mengalami kurang upaya pembelajaran atau
tidak. Dipercayai bahawa apabila murid tersebut merujuk kepada doktor bagi tujuan
pengesahan, ramai daripada mereka didiagnosis mempunyai kurang upaya pembelajaran.
Selain itu, peningkatan jumlah OKU secara keseluruhan yang berdaftar dengan
JKM adalah dipercayai disebabkan oleh kesedaran tentang faedah dan bantuan serta
subsidi yang akan mereka nikmati. Sama ada yang disalurkan secara langsung oleh pihak
kerajaan melalui JKM dan agensi kerajaan yang berkaitan ataupun melalui badan-badan
NGO termasuklah sektor swasta. Sebagai contoh OKU berdaftar dengan JKM layak
untuk mendapat bantuan antaranya:

1. Bantuan Kewangan
2. Kemudahan Pengangkutan Awam
3. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
4. Produk Perlindungan Takaful - Agro Nurani
5. Meningkatkan Peluang Pekerjaan OKU
6. Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGPOKU)
7. Kemudahan Telekom Malaysia di Bawah Pakej Penyayang

Selain itu, jumlah permohonan ke universiti oleh pelajar-pelajar OKU turut meningkat
dengan banyaknya dan dipercayai disebabkan oleh adanya kuota dan bantuan pendidikan
yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada pelajar-pelajar OKU. Manfaat tersebut
menyebabkan ramai pelajar yang memohon ke universiti mengisytiharkan diri mereka
sebagai pelajar OKU berdasarkan penilaian mereka sendiri terhadap kekurangan yang
mereka hadapi.(Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai perkara ini berada di luar
ruang bab ini).
Sehingga kini bidang kuasa dan peranan yang dimainkan JKM adalah berdasarkan
kepada pendekatan berasaskan kebajikan (charity-based), namun trend yang sedang
berkembang di seluruh dunia sejak satu setengah dekad yang lalu mengenai isu-isu yang
dengan OKU telah berubah daripada pendekatan berasaskan kebajikan (charity-based)
kepada pendekatan berasaskan hak (right-based). Oleh itu, adalah penting bagi pihak
kerajaan untuk mempertimbangkan perubahan struktur pentadbiran dan bidang kuasa
berkaitan dengan OKU agar tidak lagi diletakkan dibawah seliaan JKM, agar ianya selari
dengan perubahan ke arah pengurusan hal ehwal OKU berasaskan hak (right-based).

PERUNDANGAN DAN POLISI


226
Hak golongan OKU telah pun dibincangkan secara serius di peringkat antarabangsa sejak
tahun 1982 lagi apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (BPP) melancarkan United
Nation International Year of Disabled Persons dan tidak lama kemudiannya melancarkan
pula International Decade of Disabled Person (1983-1992). Oleh sebab tidak ada banyak
kemajuan yang dicapai oleh inisiatif tersebut walaupun telah wujud tahap kesedaran
terhadap OKU selama puluhan tahun, maka pada tahun 2006, PBB telah mengambil
inisiatif dengan merangka satu triti hak asasi manusia pertama tentang OKU. Hasilnya,
pada tahun 2006 termeterainya Konvensyen PBB Mengenai OKU (Convention on the
Rights of Persons With Disabilities (CRPD)) dan Protokol Pilihan (Optional Protocol).
Triti hak asasi manusia pertama pada abad ke-21 yang berkaitan dengan OKU menjadi
titik tolak kepada perkembangan pendekatan hak asasi manusia pada peringkat
antarabangsa dan tempatan.
Pada prinsipnya, hak dan kebajikan OKU di Malaysia telah dijamin menerusi
beberapa undang-undang dan polisi yang sedia ada. Jaminan tersebut diperkuatkan lagi
dengan komitmen baharu yang diberikan oleh Malaysia dengan menandatangani
Convention on the Rights of Persons With Disabilities (CRPD) pada tahun 2008 dan
meratifikasi konvensyen tersebut pada tahun 2010. Sebagai rekod, Malaysia juga telah
memberikan komitmen terhadap isu hak-hak asasi manusia yang lain seperti meratifikasi
Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW)
dan Convention on the Rights of the Child (CRC) pada tahun 1995. Dalam perkembangan
yang sama, kerajaan Malaysia telah meluluskan undang-undang mengenai hak OKU pada
tahun 2007 berserta dengan dasarnya pada tahun 2008. Bahkan sebenarnya sebelum itu
telah terdapat undang-undang dan polisi sedemikian yang menunjukkan komitmen
Malaysia terhadap hak dan kesejahteraan hidup OKU di negara ini. Dijelaskan oleh Md.
Tah (2014) bahawa telah ada beberapa undang-undang dan polisi khususnya terhadap
golongan yang memerlukan yang telah diwartakan oleh kerajaan Malaysia setelah
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Walau bagaimanapun, undang-undang tersebut
tidak secara langsung menyatakan ianya berkaitan dengan OKU kerana memerlukan
penafsiran yang lebih mendalam. Sebagai contoh, Undang-Undang Pembaharuan
Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian), 1976 boleh terpakai juga kepada
golongan OKU. Bahagian 8, Seksyen 95 akta tersebut menjelaskan berkenaan dengan
tempoh penjagaan terhadap kanak-kanak kurang upaya mental. Klausa menyebutkan : -

TEMPOH PERINTAH PENJAGAAN DAN NAFKAH

95. Kecuali jika sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah


seseorang anak dinyatakan untuk mana-mana tempoh yang lebih singkat
atau jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan, perintah itu hendaklah tamat
apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun atau jika anak itu dalam
keadaan hilang upaya dari segi jasmani atau mental, perintah itu hendaklah
227
tamat apabila keadaan hilang upaya itu terhenti, mengikut mana-mana
yang terkemudian.
Sumber: Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976

Undang-undang lain termasuklah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Orang-
Orang Papa 1977, Akta Kesihatan Mental 2001, dll.
Di Malaysia, undang-undang khusus terhadap OKU hanya dikuatkuasakan pada
tahun 2008. Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Orang Kurang Upaya 2008
(selepas ini dirujuk sebagai “Akta 2008”) pada 24 Disember 2007 (Tahir, Thambapillay,
Yusoff, & Rahman, 2020). Walau bagaimanapun, kesedaran mengenai keperluan
golongan OKU ini telah mula mendapat perhatian sebelum kewujudan Akta 2008 lagi.
Akta 2008 mengadakan peruntukan bagi pendaftaran OKU, perlindungan, rehabilitasi,
pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi
Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Di samping itu,
Akta 2008 menjelaskan hak-hak OKU terutamanya mengenai aksesibiliti, tempat tinggal
dan pemulihan, kesihatan, perlindungan orang kurang upaya dan situasi berisiko dan
kemalangan kemanusiaan.
Sebelum adanya Akta 2008, kebajikan dan hak OKU dibela berasaskan model
kebajikan (charity-based models), di mana model tersebut memfokuskan pada
memperlakukan OKU sebagai penerima manfaat yang memerlukan rawatan perubatan.
Manakala dengan model berasaskan hak (Right-based model), OKU dianggap sebagai
sebahagian daripada masyarakat secara inklusif; berbeza dengan model berasaskan
kebajikan, dimana OKU dilihat sebagai kumpulan yang terpisah secara eksklusif daripada
masyarakat. Namun begitu, Akta 2008 boleh menjadi batu loncatan dan pada masa yang
sama boleh juga menjadi batu sandungan dalam usaha memperjuangkan hak OKU di
negara ini. Akta 2008 boleh menjadi batu loncatan kerana akhirnya terdapat undang-
undang yang boleh dijadikan untuk menyelesaikan masalah golongan OKU.
Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian yang telah dijalankan didapati bahawa
walaupun Akta 2008 dapat mempromosikan perlindungan terhadap hak OKU, namun
didapati akta tersebut kurang berkesan dalam melindungi hak golongan OKU (Abdullah,
Hanafi, & Hamdi, 2017). Akta 2008 boleh menjadi batu sandungan bagi OKU kerana
dengan adanya akta tersebut, maka kerajaan dan masyarakat secara umum merasakan
bahawa perlindungan terhadap hak OKU di Malaysia ketika ini telah terjamin, maka
tidak ada keperluan yang mendesak bagi kerajaan untuk merangka undang-undang atau
polisi bagi melindungi hak OKU kerana akta sedia ada sudah mencukupi. Namun
hakikatnya Akta 2008 tidak mempunyai implikasi atau tindakan undang-undang terhadap
pihak yang gagal mematuhinya, ini menjadikan akta tersebut sebagai undang-undang
yang tidak berkesan dalam melindungi hak OKU di negara ini. Oleh yang demikian,
secara amalannya pelaksanaan isi kandungan Akta 2008 adalah berdasarkan inisiatif
secara melalui muhibah oleh pihak-pihak yang berkenaan. Dengan kata lain, oleh kerana

228
tiadanya implikasi undang-undang terhadap pelanggaran Akta 2008 maka,
pelaksanaannya seolah-olah bersifat pilihan.
Selari dengan komitmen di peringkat antarabangsa terhadap perjuangan mengenai
hak golongan OKU, berserta dengan pengenalan Akta Orang Kurang Upaya 2008,
kerajaan Malaysia telah menerbitkan polisi mengenai OKU di bawah Rancangan
Malaysia ke-11. Selain itu Malaysia turut melancarkan Strategi Incheon (2012), Malaysia
menghasilkan strategi tersendiri yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Malaysia untuk
Orang Kurang Upaya 2016-2022. Di peringkat Asia, Strategi Incheon diterbitkan, ia
merangkumi 10 gol. Ini menyediakan set pertama matlamat pembangunan termasuk
kecacatan yang disetujui oleh wilayah. Malaysia mengikuti strategi ini dalam Pelan
Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) 2016-2022. Walau bagaimanapun, terdapat satu
objektif dalam Strategi Incheon yang tidak dinyatakan, iaitu objektif keenam (6) yang
berkaitan dengan kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita.
Jadual di bawah menunjukkan idea bagaimana Malaysia mengikuti 10 Strategi
Incheon di bawah Dasar Dan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016-2022
(Disability Act 2008; ESCAP, U.; 2012) Unit, E. P. 2015).

Jadual 11.2: 10 Strategi Incheon di bawah Dasar Dan Pelan Tindakan Orang Kurang
Upaya 2016-2022

229
Sumber: Diubahsuai daripada Abdul Rahim et al. (2017)
Teras Strategi Incheon Dasar dan Pelan Tindakan
Strategik OKU 2016-2022

1 Objektif 1: Mengurangkan kemiskinan Memperkasa Ekonomi


dan menggalakkan kerja dan peluang Golongan OKU
pekerjaan.

2 Objektif 2: Mempromosikan pelibatan Meningkatkan Penyertaan OKU


dalam politik dan proses membuat dalam Proses Perancangan dan
keputusan. Membuat Keputusan

3 Objektif 3: Menggalakkan akses Meningkatkan Aksesibiliti


terhadap persekitaran fizikal, Golongan OKU
pengangkutan awam, pengetahuan,
maklumat dan komunikasi.

4 Objektif 4: Meningkatkan perlindungan Memperkukuhkan Perkhidmatan


sosial. Sosial untuk OKU

5 Objektif 5: Meluaskan intervasi awal Meningkatkan Akses OKU


dan pendidikan kanak-kanak OKU Kepada Pendidikan

6 Objektif 5: Meluaskan intervasi awal Meningkatkan Akses OKU


dan pendidikan kanak-kanak OKU Kepada Kesihatan

7 Objektif 7: Memastikan pengurangan Menambah Baik Akses OKU


risiko bencana dan pengurusan dalam Aspek Pengurusan Risiko
ketidakupayaan yang bersifat inklusif. Bencana

8 Objektif 8: Membaiki keutuhan dan Penyelidikan dan Pembangunan


perbandingan data yang berkaitan
dengan ketidakupayaan.

9 Objektif 9: Meningkatkan ratifikasi dan Melaksanakan undang-undang


pelaksanaan KHAM OKU dan selaras dengan Konvensyen
pengharmonian perundangan domestik Mengenai Hak OKU.
dengan Konvensyen KHAM OKU

10 Objektif 10: Memperluas jaringan Meningkatkan kesedaran dan


kerjasama subrantau, rantau dan antara membentuk sikap positif di
rantau. kalangan masyarakat terhadap
OKU.

MODEL KETIDAKUPAYAAN

230
Memperjuangkan hak OKU di peringkat antarabangsa ketika ini seperti yang termaktub
dalam CRPD PBB (2006) merupakan rentetan daripada pelbagai jenis model
ketidakupayaan. Setidak-tidaknya terdapat sembilan model ketidakupayaan seperti yang
dibincangkan oleh Retief dan Letšosa (2018). Model-model tersebut adalah moral dan /
atau agama, perubatan, sosial, identiti, hak asasi manusia, budaya, kebajikan, ekonomi
dan had. Namun, di Malaysia, kebanyakan perbincangan mengenai ketidakupayaan
berpusat pada empat model yang saling berkaitan iaitu model perubatan, sosial, hak asasi
manusia dan kebajikan.
Berdasarkan model perubatan yang juga disebut sebagai model individu,
ketidakupayaan dilihat sebagai masalah perubatan yang dihadapi oleh OKU, di mana
OKU dianggap sebagai pesakit. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Retief dan
Letšosa (2018), Model Perubatan membezakan manusia sebagai normal dan abnormal
berdasarkan keadaan kefungsian fizikal mereka. Matlamat utama model perubatan ialah
pemulihan agar OKU dapat sembuh secara sepenuhnya seterusnya dapat menjadi normal
(misalnya dapat berjalan semula setelah alami kecederaan saraf tunjang kekal) setelah
menjalani terapi atau pemulihan. Menurut McLaughlin dan Kenji Kuno (2011) Model
Perubatan membawa implikasi, 1) diri OKU dianggap sebagai satu masalah, 2)
‘Ketidakupayaan’ OKU itu perlu diubati dan disembuhkan, 3) OKU dianggap tidak boleh
membuat keputusan sendiri menjalani kehidupan seharian, 4) OKU perlu jagaan daripada
ahli profesional, 5) dan beranggapan adalah mustahil untuk OKU menyamai kedudukan
seperti bukan OKU. Berdasarkan konteks sedemikian, istilah buta lebih disukai
berbanding dengan istilah kurang upaya penglihatan dan bagi orang kurang upaya
pendengaran, istilah pekak lebih disukai. Perkara yang sama berlaku untuk istilah kurang
upaya fizikal dan masalah pembelajaran, di mana istilah perubatan mengenai penyakit
biasanya digunakan. Pendekatan sedemikian menyebabkan ketidak upayaan tidak hanya
dilihat sebagai perkara negatif, malah menimbulkan tragedi kepada OKU dan keluarga
mereka (Carlson, 2009).
Model perubatan, walaupun objektifnya adalah untuk diagnosis penyakit, namun
tidak bermakna bahawa ia bebas dari sebarang kesan sampingan. Masyarakat mula
mengembangkan pemikiran negatif terhadap OKU dan mula membesar-besarkan masalah
ketidakupayaan daripada yang seharusnya. Berbeza dengan model sosial, di mana ianya
dikembangkan tidak menjurus kepada kepada OKU, tetapi lebih kepada sikap negatif
masyarakat terhadap golongan OKU. Model ketidakupayaan sosial adalah reaksi kepada
model perubatan yang beranggapan bahawa ketidakupayaan boleh dibaiki seperti mesin
mengikut kesesuaian norma-norma masyarakat itu sendiri.
Model sosial melihat ketidakbolehan OKU untuk terlibat dalam masyarakat
disebabkan halangan sistemik, sikap negatif dan pengecualian oleh masyarakat. Ini
membawa maksud, masyarakat itu sendiri merupakan faktor utama yang menyumbang
dalam melumpuhkan seseorang (John, 2002). Disamping itu, dalam model sosial, orang
kurang upaya dilihat sebagai kumpulan minoriti yang sering menjadi mangsa
diskriminasi, stigma, pengasingan sosial, penindasan, peminggiran dan berhadapan
231
dengan banyak halangan sosial untuk terlibat sepenuhnya dalam masyarakat
(McLaughlin & Kenji Kuno, 2011).
Secara ringkas, model sosial ketidakupayaan telah memisahkan dua konsep utama,
iaitu kecacatan (impairment) dan ketidakupayaan (disability). Dalam model perubatan
ketidakupayaan (medical model of disability) atau disebut juga sebagai individual model
of disability, melihat ketidakupayaan seseorang itu berpunca daripada kecacatan atau
penyakit kronik yang dialaminya. Sebaliknya, model sosial ketidakupayaan mengubah
konsepsi ketidakupayaan yang berpunca daripada persekitaran fizikal serta sosial yang
menghalang penglibatan OKU dalam masyarakat. Menurut Barnes dan Mercer (2005),
masyarakat 'yang melumpuhkan orang yang mengalami kecacatan, maka penyelesaian
yang benar harus diarahkan pada perubahan dalam masyarakat berbanding dengan
penyesuaian dan pemulihan individu '.
Model sosial berlaku untuk hampir semua masalah moden. Sebagai contoh,
menurut model ini, wanita pada hakikatnya sama hebatnya dengan lelaki. Namun, hanya
kerana masyarakat melihat wanita sebagai jantina yang lemah, maka mereka melihat
wanita lebih rendah daripada lelaki. Perkara yang sama berlaku untuk orang kurang
upaya dan orang kurang upaya. Idea ini telah dibahaskan lebih awal, seperti oleh The
Union of the Physically Impaired Against Segregation, UPIAS (1975), di mana mereka
menjelaskan bahawa kecacatan adalah kelemahan yang dibina secara sosial, yang, dalam
pengertian yang sangat nyata, dikenakan pada OKU, membentuk 'bentuk penindasan
sosial' tertentu. Model ketidakupayaan hak asasi manusia mulai berakar di Malaysia kira-
kira sejak satu setengah dekad yang lalu. Model ketidakupayaan hak asasi manusia
adalah salah satu dari cabang model ketidakupayaan. Namun, ia mengutamakan masalah
tertentu seperti yang dibincangkan oleh Degener (2017), dapat diringkaskan sebagai
berikut: -

1. Menawarkan kerangka teori untuk polisi ketidakupayaan yang menekankan


martabat manusia terhadap golongan OKU.
2. Menggabungkan kedua-dua hak asasi manusia generasi pertama dan kedua, di
mana 'merangkumi kedua-dua hak asasi manusia, hak sivil dan politik serta hak
ekonomi, sosial dan budaya'.
3. Walaupun model sosial ketidakupayaan kebanyakannya gagal menghayati
kenyataan kesakitan dan penderitaan dalam kehidupan segelintir golongan OKU,
model hak asasi manusia menyedari hakikat bahawa sebilangan OKU memang
menghadapi situasi kehidupan yang mencabar dan berpendapat bahawa faktor-
faktor tersebut harus dipertimbangkan dengan mengambil kira pengembangan
teori keadilan sosial.
4. Walaupun model sosial ketidakupayaan tidak memperhatikan pentingnya politik
identiti, model ketidakupayaan hak asasi manusia 'menawarkan ruang untuk
pengenalan minoriti dan budaya'.

232
5. Walaupun model ketidakupayaan sosial kebanyakannya kritikal terhadap
kebijakan kesihatan masyarakat yang memfokuskan kepada pencegahan
kecacatan, model ketidakupayaan hak asasi manusia mengakui hakikat bahawa
kebijakan pencegahan yang dirumuskan dengan tepat dapat dianggap sebagai
contoh perlindungan hak asasi manusia bagi golongan OKU.
6. Walaupun model ketidakupayaan sosial dapat menjelaskan mengapa begitu
banyak golongan OKU hidup dalam kemiskinan, model ketidakupayaan hak asasi
manusia menawarkan cadangan yang membina untuk memperbaiki keadaan
kehidupan golongan OKU.

Setiap kategori ketidakupayaan golongan OKU mempunyai keperluan dan hak yang
berbeza. Didapati bahawa model ketidakupayaan hak asasi manusia di Malaysia lebih
sesuai bagi golongan OKU yang mempunyai latar belakang berpendidikan baik. Hak-hak
tersebut penting bagi mereka untuk lebih mudah mendapat peluang ekonomi, sosial dan
politik di negara ini. Namun, bagi OKU yang kurang berpendidikan atau hanya
mempunyai pendidikan asas, model berdasarkan hak tersebut mungkin tidak relevan bagi
mereka, kerana apa yang penting bagi kumpulan tersebut adalah mengenai isu sara hidup
(bread and butter). Berdasarkan model kebajikan, orang buta, pekak, kecacatan fizikal,
dan terencat akal dianggap sebagai mangsa penyakit mereka, jika tidak mengalami
kerosakan. Maklum, seperti yang disebutkan oleh Duyan (2007), keadaan mereka 'tragis,
dan mereka menderita'. Oleh kerana perbezaannya, orang bukan OKU harus membantu
OKU dengan apa cara yang mungkin, kerana ‘mereka memerlukan perkhidmatan khas,
institusi khas, dan lain-lain, kerana mereka berbeza’.
Perlu difahami bahawa walaupun model hak asasi manusia mendapat momentum
yang kuat di negara Malaysia ketika ini, namun tidak bermakna model kebajikan telah
diabaikan. Hakikatnya, faktor utama yang mendorong peningkatan pendaftaran golongan
OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah disebabkan oleh manfaat yang boleh
mereka perolehi daripada pihak kerajaan atau badan amal yang terdapat di negara ini.
Selain itu, model kebajikan tidak hanya berlaku untuk mereka yang menderita
kekurangan, tetapi juga merangkumi kategori lain seperti orang miskin, orang tua dan
anak angkat. Sebagai contoh, di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar terhadap skim tertentu. Jadual di
bawah menunjukkan jumlah perbelanjaan kerajaan untuk pelbagai jenis skim untuk
jangka masa tiga tahun, 2014-2016.

Jadual 11.3: Bantuan Kewangan Mengikut Skim, 2014-2016

233
KUALITI HIDUP

Salah satu aspek OKU yang kurang mendapat perhatian ialah mengenai kualiti hidup
mereka walaupun terdapat banyak penyelidikan mengenai kualiti hidup di Malaysia.
Walau bagaimanapun, beberapa kajian di peringkat PhD misalnya telah memberi
penerangan mengenai kualiti hidup golongan OKU. Jadual di bawah menunjukkan skor
purata kualiti hidup bagi tiga kategori OKU iaitu kurang upaya penglihatan, kurang
upaya fizikal dan kurang upaya pendengaran & pertuturan yang diukur menggunakan
instrumen WHOQOL-DIS yang terdiri daripada 3 item umum dan 7 domain kualiti
hidup. Pengiraan skor purata setiap domain adalah dengan menggunakan kaedah
pengiraan yang telah diberikan oleh WHO dalam manual WHOQOL-DIS. Nilai
minimum skor purata ialah 20 dan nilai minimum skor purata ialah 4. Nilai skor yang
tinggi menunjukkan kualiti hidup yang tinggi, sebaliknya nilai skor yang rendah
menunjukkan kualiti hidup yang rendah. Bagi item kesan ketidakupayaan dan domain
diskriminasi, oleh kerana kedua-duanya berbentuk pernyataan negatif dan telah di tukar
kepada pernyataan positif maka impak ketidakupayaan bermaksud kurang impak
ketidakupayaan dan diskriminasi bermaksud tiada diskriminasi.

Jadual 11.4 : Skor Purata Bagi Tiga Kategori OKU

Kurang Upaya
Item Umum Kurang Upaya Kurang Upaya Pendengaran
Domain Penglihatan Fizikal dan Pertuturan
Kualiti Hidup
L P L P L P

Kualiti Hidup 15.59 15.64 15.26 14.84 16.00 15.87


Keseluruhan

234
Kesihatan 15.69 16.00 14.74 14.19 16.27 15.35
Keseluruhan

Impak 13.74 12.00 13.26 13.21 12.27 12.77


Ketidakupayaan

Kesihatan 15.38 15.53 14.00 13.62 14.67 14.40


Fizikal

Kesihatan 15.45 15.88 14.77 14.18 15.30 14.96


Psikologikal

Hubungan 15.58 16.40 15.18 15.14 15.77 16.07


Sosial

Persekitaran 14.44 15.36 14.34 14.06 15.58 15.75

Diskriminasi 12.38 12.97 11.68 10.84 10.35 10.62

Autonomi 15.38 15.27 14.44 14.71 15.30 14.58

Inklusif 14.13 15.21 13.96 13.87 15.02 14.44


L= Lelaki, P=Perempuan

Data dalam Jadual 10.4 di atas adalah berdasarkan tinjauan yang dilakukan dari April
2017 hingga November 2018, yang menyasarkan tiga kategori OKU. Dapatan
menunjukkan tahap kualiti hidup OKU adalah berbeza mengikut kategori OKU dan
jantina. Walaupun maklumat mengenai kualiti hidup OKU hanya terhad kepada tiga
kategori OKU iaitu kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, dan kurang upaya
pendengaran dan pertuturan, namun maklumat tersebut dapat membantu dalam
memahami secara umum tahap kualiti hidup OKU di Malaysia.

KESIMPULAN

Tinjauan mengenai ketidakupayaan di Malaysia dalam bab ini telah menunjukkan


beberapa perkara penting untuk difahami. Pertama, Malaysia merupakan antara negara di
dunia yang dengan segera menunjukkan komitmen terhadap perkembangan hal ehwal
OKU di peringkat antarabangsa. Malaysia tidak hanya meratifikasi CRPD, tetapi juga
dengan segera merangka undang-undang dan polisi bagi memenuhi keperluan dan hak
OKU di negara ini. Kerajaan telah menetapkan KPI bagi setiap kementerian dan agensi
yang berkaitan untuk memastikan setiap tindakan dan langkah yang tepat terhadap hal
ehwal OKU dapat diambil sesuai dengan pembangunan negara.
Kedua, pendaftaran OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan
trend peningkatan yang tinggi. Peningkatan tersebut, pada satu sisi merupakan

235
perkembangan yang positif. Maklumat yang diperolehi daripada pendaftaran OKU akan
dapat membantu pihak kerajaan dalam merangka dengan lebih berkesan bentuk bantuan
dan kemudahan yang perlu disediakan bagi golongan OKU. Namun, dalam masa yang
sama proses pengesahan ketidakupayaan khususnya ketidakupayaan yang berkaitan
dengan masalah pembelajaran memerlukan sistem penilaian yang lebih baik dan
berkesan. Ini kerana peningkatan yang sangat tinggi bagi kategori OKU masalah
pembelajaran menimbulkan persoalan keberkesanan kaedah penilaiannya yang
memerlukan kajian lebih lanjut memandangkan ketika ini kaedah penilaiannya
bergantung kepada penilaian masing-masing yang dilakukan oleh pegawai perubatan
yang bertugas.
Ketiga, walaupun terdapat undang-undang dan polisi berkaitan OKU seperti Akta
Orang Kurang Upaya 2008 yang menjamin hak OKU dalam pelbagai aspek seperti
pendidikan, kesihatan dan banyak lagi, namun oleh kerana tiada peruntukan bentuk
hukuman terhadap pelanggaran akta tersebut, maka ianya dilihat tidak berkesan dalam
menjaga hak golongan OKU. Oleh itu, sehingga kini peluang untuk OKU mendapat hak
mereka yang dijamin dalam Akta 2008 banyak bergantung kepada budibicara dan
inisiatif daripada pihak kerajaan atau badan-badan bukan kerajaan yang lain. Tanpa
adanya implikasi hukuman seperti saman atau denda, penjara dan hukuman yang
bersesuaian terhadap pelanggaran Akta 2008, maka pengiktirafan hak OKU masih lagi
berasaskan kepada kebajikan. Terpulang kepada agensi kerajaan yang berkaitan dan
swasta untuk mengambil inisiatif atau tidak dalam memenuhi hak golongan OKU.
Bab ini hanya meninjau empat aspek berkaitan OKU di Malaysia (struktur, fakta
dan statistik, undang-undang dan polisi, model ketidakupayaan, dan kualiti hidup). Untuk
kajian akan datang adalah penting untuk mempertimbangkan isu-isu OKU yang lain
seperti pergerakan mereka melalui NGO atau masyarakat sivil, peristiwa atau kejadian
penting yang mendorong kepada pelan tindakan berkaitan OKU, dan juga kisah mengenai
pencapaian OKU di negara ini.

RUJUKAN

Abdul Rahim, A., Samad, A., Amirah, N., Said, I., Seman, W., & Amin, W. (2017).
Malaysian Plan of Action for People with Disabilities 2016-2022: Way Forward.
Paper presented at the UIA 2017 Seoul World Architects Congress, Seoul, Korea.
Ang, M. C. (2014). Do persons with disabilities act (2008) and organizational culture
influence managerial intention to hire persons with disabilities? The Malaysian
perspective. Jurnal Pengurusan (UKM Journal of Management), 41.
Aziz, M. A., Isa, W. A. R. W. M., & Fadzir, N. S. M. (2011). Accessibility of Websites
for People with Disabilities (PWD) in Malaysia: An Empirical Investigation.
International Journal on Advanced Science, Engineering and Information
Technology, 1(2), 221-226.

236
Bredemeier, J., Wagner, G. P., Agranonik, M., Perez, T. S., & Fleck, M. P. (2014). The
World Health Organization Quality of Life instrument for people with intellectual
and physical disabilities (WHOQOL-Dis): evidence of validity of the Brazilian
version. BMC public health, 14(1), 1.
Carlson, L. (2009). The faces of intellectual disability: Philosophical reflections: Indiana
University Press.
Degener, T. (2017). A new human rights model of disability. Dalam V. Della Fina, R.
Cera, & G. Palmisano (Eds.), The United Nations convention on the rights of
persons with disabilities: A commentary (hlm. 41-60). Springer.
Hussein, H., & Yaacob, N. M. (2018). Malaysian perspective on the development of
accessible design. Asian Journal of Environment-Behaviour Studies, 3(8), 147-156.
John, P. (2002). "The Cartesian melodrama in nursing". Nursing Philosophy, 3, 189–192
Kevin McLaughlin and Kenji Kuno (2011). Mempromosi ‘Disability Equality’: Dari
Teori kepada Praktikal. Utusan Publications. (DET Manual No. 4).
Maidin, A. (2012). Legal framework regulating for improving accessibility to built
environment for disabled persons in Malaysia.
Md. Tah, I. H. (2014). Disability Rights in Malaysia: From Charity-based to Right-based
Approach. Paper presented at the COEDS UNIMAS International Conference 2014,
Kuching, Sarawak.
Power, M. J., & Green, A. M. (2010). Development of the WHOQOL disabilities
module. Quality of Life Research, 19(4), 571-584.
doi:http://dx.doi.org/10.1007/s11136-010-9616-6
Retief, M., & Letšosa, R. (2018). Models of disability: A brief overview. HTS Teologiese
Studies/Theological Studies, 74(1).
Tah, I. H. M., & Mokhtar, K. A. (2018). Konsep hak asasi manusia bagi orang kurang
upaya di Malaysia: suatu analisis. Kanun J. Undang. Malaysia, 1(30), 109-136.
Tahir, Z., Thambapillay, S., Yusoff, J. Z. M., & Rahman, A. S. A. J. T. M. J. o. S. A.
(2020). Undang-Undang Berkenaan Orang Kurang Upaya: Satu Analisi
Perkembangan Perundangan di Malaysia. The Malaysian Jurnal of Social
Administration, 14(1), 96-114.
World Health Organization. (2011). World report on disability 2011: World Health
Organization.

237
Epilog: Masa Depan Aktivisme Masyarakat Sivil di Malaysia
Makmor Tumin dan Sharifah Hayaati Syed Ismail

Sebagai sektor ketiga masyarakat, pertubuhan sukarela memainkan peranan penting


dalam membantu peranan pemerintah menjaga kebajikan dan keperluan kumpulan yang
terjejas disebabkan pelbagai masalah. Sebagai kumpulan yang prihatin, melalui aktivisme
masyarakat sivil, kudrat empat kerat dan sumber tenaga lain digembleng untuk dijadikan
alat bagi maksud mencapai matlamat kehidupan yang lebih sempurna. Sebagai badan
bukan kerajaan dan gerakan sosial pula, di dalam ruang awam, masyarakat sivil
berperanan sebagai institusi periksa dan imbang bagi membantu negara menjadi lebih
demokratik.
Buku ini memaparkan bagaimana peranan kumpulan masyarakat sivil di Malaysia
dalam ketiga-tiga paradigma atau model peranan, iaitu: sebagai sektor ketiga; alat bagi
mencapai matlamat; dan paradigma dalam ruang awam (public sphere). Sekurang-
kurangnya terdapat empat perkara penting yang ditonjolkan melalui buku ini.
Pertamanya, bagaimana pentingnya peranan serta aktiviti dimainkan oleh setiap
kumpulan masyarakat sivil dalam menangani pelbagai isu serta masalah yang dihadapi
oleh masyarakat, baik yang menyentuh isu yang berkaitan dengan manusia mahupun
yang berkaitan dengan persekitarannya. Keduanya, bagaimana sesebuah kumpulan
masyarakat sivil itu dapat lebih berkesan dalam usahanya bagi membantu kumpulan
sasaran yang dibantunya. Ketiganya pula, bagaimana masyarakat sivil dapat beroperasi
dengan memastikan tadbir urus NGO lebih menepati fungsinya sebagai badan yang
bertanggunjawab kepada masyarakat. Akhirnya, yang keempat, bagaimanakah bentuk
tindak balas pihak penguasa atau pemerintah terhadap segala tuntutan yang dikemukakan
oleh kumpulan masyarakat sivil. Perbincangan terhadap peranan dimainkan oleh
kumpulan masyarakat sivil ini antara lain ada dibincangkan antaranya oleh Mohamed dan
Tumin (2014), Che Soh dan Tumin (2017) dan Che Soh, Tumin dan Kana (2019),
khususnya melibatkan sektor kesihatan,
Secara amnya, perbincangan dalam buku ini telah mengambil kira pandangan
pakar bidang masyarakat sivil dalam sebuah masyarakat yang terus berkembang:
Diamon, Putnam, Edward, dan Habermas. Michael Edwards umpamanya,
mengemukakan tiga model masyarakat sivil, iaitu: ruang awam, yang mana peranan
periksa dan imbang dilakukan oleh masyarakat sivil; kehidupan unggul yang
menerangkan bagaimana sebagai alat, masyarakat sivil dapat digunakan bagi matlamat
kehidupan sempurna; dan kehidupan berpersatuan, yang mana sebagai sektor ketiga,
masyarakat sivil dapat membantu pemerintah membantu kumpulan yang memerlukan.

238
MODEL SEKTOR KETIGA: AKTIVISME KESUKARELAWANAN DAN
KEHIDUPAN BERPERSATUAN.

Tekanan daripada sisteam pasaran dan sifat semulajadi berpersatuan meyumbang kepada
berkembanganya masyarakat sivil, baik di Malaysia mahu di negara-negara lain. Mulai
tahun 1970-an dan khasnya tahun 1980-an, pengaruh neoliberalisme didapati semakin
berkembang, bermula di negara Barat seperti Amerika Syarikat (dengan falsafah
Reaganomics) dan di United Kingdom (dengan Thatcherisme). Bagi membolehkan
negara-negara membangun mendapat faedah daripada neoliberalisme, khususnya melalui
dasar perdagangan bebas yang membolehkan Pelaburan Langsung Asing, negara-negara
membangunkan digesa supaya menerima preskripsi neoliberalisme berkenaan.
Pemerintah digesa mengamalkan dasar penswastaan, deregulasi dan liberasasi yang
memberi pengertian bahawa peranan negara dikecilkan.
Situasi ini telah menyebabkan semakin meluas pengaruh sistem pasaran dan
banyak peranan negara seperti sebagai agensi menjaga kebajikan dan kepentingan
warganegara, tidak lagi dapat dilakukan. Karya, Neither Prince Nor Merchant: Citizen,
an Introduction to the Third System yang di tulis oleh Marc Nerfin (1986) adalah
manifestasi kepada mengecilkan sektor pertama (negara), meningkatkan peranan sektor
kedua (pasaran) yang menuntut kepada pentingnya peranan sektor ketiga (masyarakat
sivil).
Buku masyarakat sivil di Malaysia ini memaparkan aktivisme masyarakat sivil sektor
ketiga ini yang mana kajian tentang kepentingan wanita dan kebajian kumpulan OKU
oleh beberapa buah NGO dilihat sangat penting dan berpengaruh dalam menjaga
kebajikan dan memperjuangkan kepentingan kumpulan yang diwakilinya.
Organsasi dalam sektor ketiga ini juga semakin bertambah bilangannya di Malaysia
bukan sahaja disebabkan semakin mengecil sektor pertama dan semakin membesarnya
sektor kedua tetapi juga didorong oleh sifat semulajadi berpersatuan yang ada pada
manusia. Aristotle pernah menyebut bahawa manusia itu adalah makhluk sosial. Pepatah
ini antara lain membawa maksud bahawa manusia tidak akan mungkin dapat hidup
bersendirian, keinginan untuk bergaul dan berkumpulan adalah sesuatu yang semulajadi
atau yang dikurnakan Ilahi.
Perasaan ingin berkumpulan inilah yang mendorong kepada berkembangnya
masyarakat sivil dalam paradigma sektor ketiga ini. Isu-isu seperti alam sekitar, masalah
pelarian dan beberapa isu lain yang disentuh dalam buku ini menunjukkan pentingnya
aktivisme masyarakat sivil dalam perspektif ini.

MODEL MASYARAKAT UNGGUL: ALAT MENCAPAI MATLAMAT

Demokrasi liberal adalah sistem yang amat berpengaruh pada masa kini. Dalam
perkembangan yang hampir sama, perbahasan tentang masyarakat sivil dan demokrasi
239
semakin mendapat minat ramai pengkaji seperti Keane, Cohen dan Arato. Di Malaysia,
kajian tentang masyarakat sivil dan demokrasi juga telah banyak dilakukan Weiss dan
Hassan (2003), Tumin dan Che Soh (2020) dan lain-lain. Bagi maksud kehidupan yang
demokratik yang berasaskan kepercayaan pentingnya kebebasan dan hak individu,
institusi masyarakat sivil dijadikan alat bagi mencapai matlamat berkenaan.
Bahagian ini cuba menerangkan bahawa model masyarakat sivil unggul atau
masyarakat yang sempurna dan kaitannya dengan demokrasi mempunyai dua keadaan.
Keadaan yang pertama adalah demokrasi itu sendiri adalah kehidupan yang unggul
manakala keadaan yang satu lagi pula adalah kehidupan masyarakat sivil itu sendiri
disifatkan sebagai kehidupan yang unggul atau sempurna. Ini membawa pengertian
bahawa selain membincangkan bagaimana institusi masyarakat sivil dapat digunakan
untuk mencapai kehidupan demokrasi, iaitu kebebasan dan hak individu yang telah
disentuh sebelum ini, demokrasi itu sendiri juga boleh dijadikan alat bagi mencapai
matlamat kehidupan yang sivil atau bertamadun. Sebagai contoh, bagaimana dengan
memberi kebebasan dan hak individu manusia dapat menggunakan potensi dirinya dan
apabila potensi individu berkenaan disumbangkan ke dalam masyarakat yang disertai
dengan sumbangan individu-individu yang lain, kebaikan yang lebih besar dapat dibina
dalam masyarakat berkenaan. Perbincangan lanjut mengenai perkara ini akan dimuatkan
dalam bahagian C, iaitu model masyarakat sivil ruang awam.
Selain tentang kebebasan dan hak individu sebagai matlamat kehidupan,
sebagaimana yang ada dalam gagasan liberal itu, dalam ajaran agama, khasnya agama
Islam, masyarakat sivil mempunyai fungsi yang berbeza. Sekiranya dalam fahaman
liberal itu matlamat yang disasarkan adalah kebahagiaan daripada kebebasan di dunia ini,
dalam ajaran Islam, sasaran kebahagiaan itu adalah lebih kepada kebebasan di alam
akhirat nanti.
Perbincangan tentang masyarakat sivil di dalam buku ini telah melihat bagaimana
sebagai alat, masyarakat sivil telah digunakan bagi maksud mencapai matlamat
kehidupan yang unggul, baik keunggulan demokrasi mahupun keunggulan kebahagiaan
hakiki. Khusus mengenai masyarakat sivil Islam, beberapa bab di dalam buku ini,
misalnya yang membincangkan peranan kumpulan atau organisasi Islam tertentu seperti
IKRAM dan Jemaah Islam Malaysia serta beberapa kumpulan yang lain adalah
manifestasi kepada berkembangnya masyarakat Islam sivil di Malaysia.

MODEL MASYARAKAT SIVIL RUANG AWAM

Kaitan antara konsep masyarakat sivil dan demokrasi amatlah penting dalam memahami
sistem politik moden, khususnya di negara-negara membangun. Melalui demokrasi,
warganegara diberikan kebebasan dan hak untuk bersuara. Bagi masyarakat yang
menumpukan kepada pelaburan dalam sistem pasaran, kebebasan dan hak individu dalam
menggerakkan aktiviti perniagaan sememangnya dituntut bagi membolehkan hasrat
240
kumpulan ini untuk mendapat keuntungan tidak dijejaskan oleh campur tangan
pemerintah. Bagi kumpulan masyarakat yang lain yang mahu memperjuangkan
kepentingan tertentu seperti kebebasan dan hak individu wanita, hak asasi dalam
beragama serta kehidupan sosial yang lain, kebebasan dan hak individu berdasarkan
kepentingan kaum dan seumpamanya, demokrasi dilihat sebagai satu sistem yang terbaik
bagi membolehkan suara mereka didengari.
Pemerintah atau kerajaan umumnya bertanggungjawab bagi memastikan tuntutan-
tuntutan masyarakat, baik dalam ruang pasaran mahupun ruang awam didengari dan
dihormati. Namun begitu, oleh kerana pemerintah juga mempunyai ideologinya yang
tersendiri di samping bertanggungjawab untuk menjaga kestabilan politik dan
pembangunan negara, seringkali terjadi konflik antara kumpulan masyarakat awam dalam
sistem pasaran dengan pemerintah. Rajah berikut menunjukkan hubungan antara negara,
pasaran dan masyarakat, yang mana masyarakat sivil digambarkan terletak bertindih
antara ketiga-tiga entiti berkenaan.

Rajah: Diagram Venn (Negara, Pasaran dan MS)

Rajah di atas (yang juga dipaparkan di bahagian prolog buku ini) menunjukkan model
masyarakat sivil dalam ruang awam, yang mana bahagian luar daripada masyarakat sivil
berkenaan merujuk kepada angkubah seperti negara, pasaran dan masyarakat, yang
masing-masingnya bertindan pada ruang masyarakat sivil.
Masyarakat sivil ruang awam terbahagi kepada dua fungsi iaitu periksa dan
imbang (check and balance) dan kerjasama melalui modal sosial (social capital). Perlu
difahami bahawa ruang awam yang digambarkan pada masyarakat sivil Rajah Venn ini
tidak setakat menggambarkan tentang konflik tetapi juga kerjasama yang boleh dilakukan
antara ketiga-tiga pihak: kerajaan, sektor swasta dan NGO. Oleh itu, selain daripada

241
berfungsi sebagai periksa dan imbang, masyarakat sivil juga adalah ruang bagaimana
modal sosial dapat disuburkan supaya dasar dapat diputuskan dengan semangat
bekerjasama melalui modal sosial seperti jaringan kerja, rasa saling mempercayai, sikap
amanah dan saling bantu membantu (reciprocity) ruang masyarakat sivil dapat digunakan
bagi tujuan yang lain bagi memastikan masyarakat mendapat jagaan dan kebajikan yang
lebih sempurna.
Beberapa bab dalam buku masyarakat sivil di Malaysia ini membincangkan
bagaimana hubungan konflik terjadi antara masyarakat dan negara, khususnya berkaitan
dengan perjalanan sistem pemerintahan dan juga sistem pilihan raya di negara ini. Selain
itu juga, terdapat perbincangan yang menunjukkan adanya keperluan MS
mengetengahkan ideologi-ideologi tertentu seperti yang berkaitan dengan Islam,
environmentalism dan human right dalam sebuah sistem demokrasi di Malaysia.
MS berperanan sebagai check and balance atau periksa dan imbang bagi
memastikan pemerintah bukan sahaja berperanan penting memberi kebebasan kepada
rakyat untuk mengamalkan ajaran agama dan ideologinya tetapi juga bertanggungjawab
memastikan bahawa setiap amalan dan pegangan berkenaan tidak bertentangan dengan
ideologi negara dan tidak juga boleh mendatangkan ketidakstabilan negara.
Sistem pasaran yang berfungsi bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi dalam
negara berkembang sebagaimana yang disasarkan dari satu segi sememangnyalah boleh
mendatangkan keuntungan kepada aktor-aktor yang terlibat dalam sistem berkenaan.
Namun begitu, dalam memastikan keuntungan dan pertumbuhan ekonomi berkenaan,
sering juga terdapat masalah-masalah yang berkaitan dengan penindasan pekerja,
pencatutan di samping impak pencemaran terhadap alam sekitar. Dalam ruang MS inilah
pelbagai kumpulan boleh bernegosiasi bagi memastikan bukan sahaja kesemua pihak
dapat mencapai hasrat kumpulan masing-masing tetapi hasrat berkenaan juga dapat
dicapai tanpa menidakkan atau menggugat kehidupan bernegara keseluruhannya.
Dalam buku ini terdapat beberapa bab yang membincangkan bagaimana
penindasan terhadap pekerja boleh terjadi, khususnya di kalangan pekerja asing
disamping bagaimana aktor MS dapat menyumbang dalam beberapa isu yang lain seperti
wanita dan OKU. Peranan negara amatlah penting bagi sebuah negara demokrasi, namun
begitu, bagi mengelakkan pemerintah terjebak berkompromi dengan aktor-aktor
masyarakat, baik dari kumpulan yang mempunyai sumber kekayaan dalam pasaran atau
kumpulan yang mempunyai sumber status sosial dalam masyarakat, peranan periksa dan
imbang yang boleh dilakukan oleh masyarakat sivil amatlah penting bagi memastikan
sistem demokrasi bergerak ke arah sebuah sistem pemerintahan yang lebih matang.
Dalam buku ini juga telah dibincangkan bagaimana modal sosial telah digunakan
oleh aktivis masyarakat melalui kegiatan kesukarelaan bersama dengan agensi kerajaan
serta bagaimana usaha-usaha tertentu misalnya yang melibatkan OKU di negara ini
bergerak mengikut model masyarakat sivil ruang awam melalui modal sosial.

242
RUJUKAN

Che Soh, M., Tumin, M. (2017). Sejarah dan Perkembangan Badan Bukan Kerajaan
(NGO) Kesihatan di Malaysia Sehingga Tahun 2015 (The History and Development
of Health Non-Governmental Organizations (NGOs) in Malaysia until 2015).
Sejarah, 26(2), 49-70. 
Che Soh, M., Tumin, M., & Kana, G. (2019). Healthcare reform and civil society in
Malaysia. Dalam K. Singaravelloo, R.N. Raja Ariffin, & B. Loo-See (Eds.).
Practices of public administration in Malaysia (hlm. 131-146). University of Malaya
Press.
Cohen, J. L., & Arato, A. (1992). Civil society. Political Theory. Massachusetts: MIT
Press.
Edwards, M. (2020). Civil Society (4th edition). Polity Press.
Habermas, J. (1991). The structural transformation of the public sphere: An inquiry into
a category of bourgeois society. MIT Press.
Keane, J. (2013). Civil society: Old images, new visions. John Wiley & Sons.
Mohamed, N. & Tumin, M. (2014). Organisasi masyarakat sivil dan penswastaan
kesihatan di Malaysia. Journal of Business and Social Development, 2(1): 83-93.
Nerfin, M. (1986). Neither prince nor merchant: citizen. An introduction to the third
system. Paper presented at an ARENA/UNU workshop on Alternative Development
Perspectives in Asia, Dhyana Pura, Bali, Indonesia, March 1986,PP 170-195.
Putnam, R. D. (1995). Bowling Alone: America's Declining Social Capital'. Journal of
Democracy, 6(1), 65-78.
Tumin, M. (2018). Pemikiran politik dan ekonomi Barat. Penerbit Universiti Malaya.
Tumin, M. & Che Soh, M. (2020). Sumbangan tradisi Barat dan Islam terhadap idea
masyarakat sivil, Afkar, 22(2), 77-118.
Wiess. ML., and Saliha, H. (2003). Social Movements in Malaysia: From Moral
Communities to NGOs. Routledge.

243
Nota Mengenai Para Penyumbang
MAKMOR TUMIN (makmor@um.edu.my)

Dr. Makmor Tumin adalah Profesor Madya di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik,
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. Beliau telah berkhidmat di
Universiti Malaya mulai 1997. Penyelidikan beliau adalah dalam bidang Sains Politik,
dengan memfokus kepada isu-isu pemikiran politik perbandingan, masyarakat sivil dan
dasar sosial. Tiga buah buku beliau mengenai pemikiran politik (termasuk yang
terbaharu) adalah “Pemikiran Politik dan Ekonomi Barat”, “Asas Teologi dan Falsafah
Politik Muslim” dan “Falsafah Politik Barat Masa Kini: Metafizik dan Tokoh”. Dalam
tempoh lima tahun kebelakangan ini, beliau menunjukkan keseriusan dalam melibatkan
diri dengan kerja-kerja penyelidikan yang berkaitan dengan teologi dan falsafah Islam.

MAZLAN CHE SOH (mazlan3161@uitm.edu.my)

Dr. Mazlan Che Soh adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian
Polisi, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban.
Beliau Mula berkhidmat di UiTM sejak tahun 2009 dan sebelum itu bertugas di
Perbadanan Stadium Merdeka (PSM) atau kini dikenali sebagai Kuala Lumpur Sports
City, Bukit Jalil selama 16 tahun sejak 1993. Beliau memperolehi ijazah Kedoktoran dari
Universiti Malaya dan penyelidikan beliau adalah dalam bidang Pentadbiran Awam,
dengan memfokus kepada isu-isu berkenaan masyarakat sivil, Third Sector
Administration, NGO dan dasar sosial. Beliau juga turut menunjukkan minat dalam isu
pemikiran dan falsafah politik. Beliau turut aktif dalam kesatuan sekerja dan juga NGO,
antaranya sebagai Setiausaha Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi
MARA (MITASA) dan Setiausaha Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama
Penuh Malaysia (GPASBP) serta bberapa pertubuhan yang lain.

SHARIFAH HAYAATI SYED ISMAIL AL-QUDSY (sashsiaq@um.edu.my)

Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy merupakan Ketua Jabatan
Siasah Syar`iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan
Editor Teknikal dan Akademik bagi International Economics Development and Research
Center (2019-2020), Pengerusi Panel Isu-Isu Wanita Islam, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, Ahli Lembaga Penasihat, Journal of Islamic Research, Ahli Lembaga Editorial
Akademik Asian Research Journal of Arts & Social Sciences (2017-2021) dan Ketua
Editor YADIM Online Journal (2020-2021).

244
NADRAWINA ISNIN (nadrawina@uitm.edu.my.)

Dr. Nadrawina Isnin, seorang ahli akademik bersama UiTM Cawangan Sarawak sejak 23
tahun yang lalu. Beliau berpengalaman mengajar subjek seperti pentadbiran awam, dasar
awam, etika dalam pentadbiran, pengurusan projek dan penyelidikan kualitatif.
Memperolehi Sarjana Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah
Kedoktoran dalam Sains Politik dari Universiti Malaysia Sarawak. Beliau juga memiliki
Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Awam (Kepujian) dari Universiti Utara
Malaysia.

NONI HARIANTI JUNAIDI (noniehj@uitm.edu.my)

Dr. Noni Harianti Junaidi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam
(Kepujian), Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dan Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan
Awam dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Memulakan perkhidmatan sebagai
pensyarah separuh masa di UiTM Sarawak pada 2003 sebelum dilantik ke jawatan tetap
pada 2005 dan sehingga kini sebagai pensyarah kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan
Pengajian Polisi. Minat penulisan dan penyelidikannya meliputi bidang pentadbiran dan
pengurusan serta polisi.

NOORFADHLEEN MAHMUD (fadhleen23@uitm.edu.my)

Noorfadhleen binti Mahmud mula berkhidmat di Universiti Teknologi MARA (UiTM)


Cawangan Sarawak pada tahun 2005. Berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam dan
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dari UiTM. Melanjutkan
pengajian pada tahun 2007 ke peringkat Ijazah Sarjana iaitu Ijazah Sarjana Sains Sosial
(Sains Politik) di Universiti Kebangsaan Malaysia, kini beliau sedang melanjutkan Ijazah
Kedoktoran di UiTM. Berpengalaman luas dalam mengajar subjek Pengurusan Projek,
Pengurusan Perubahan dan Analisi Polisi. Beliau giat membuat penyelidikan dalam
bidang Pemerkasaan Wanita dan NGO.

NURUL HIDAYANA MOHD NOOR (hidayana@uitm.edu.my)

Dr. Nurul Hidayana Mohd Noor merupakan pensyarah kanan dan koordinator
keusahawanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi
MARA Cawangan Seremban. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai pensyarah pada
13 Mac 2018 selepas berkhidmat hampir 3 tahun sebagai seorang guru di Shah Alam.

245
Beliau kini mengajar beberapa subjek bagi pelajar Ijazah Sarjana iaitu asas-asas ekologi,
hubungan industri, sumber manusia, dan metode penyelidikan. Beliau juga merupakan
pakar rujuk bagi subjek ekologi dan kajian penyelidikan. Beliau memperolehi Ijazah
Doktor Falfasah pada tahun 2017 dari Universiti Malaya, dan memperolehi Ijazah
Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda semasa menuntut di Fakulti Sains Pentadbiran dan
Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA. Beliau juga merupakan editor pengurusan
bagi Jurnal Sains Pentabiran (Journal of Administrative Science).

SITI MELINDA HARIS (melinda_haris@yahoo.com)

Siti Melinda Haris adalah pensyarah kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian
Polisi, Universiti Teknologi MARA. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains
Pentadbiran dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari
Universiti Malaya. Kini beliau sedang mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran Falsafah
dalam bidang Tadbir Urus Alam Sekitar di Universiti Malaya. Beliau juga telah
menghasilkan beberapa penerbitan artikel dalam jurnal dan persidangan peringkat
antarabangsa dan tempatan dalam bidang tadbir urus alam sekitar dan pengurusan awam.

FIRUZA BEGHAM MUSTAFA (firaza@um.edu.my)

Dr. Firuza Begham Mustafa adalah Profesor Madya di Jabatan Geografi, Fakulti Sastera
dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang geografi
pertanian, alam sekitar, akuakultur dan geofizik. Beliau telah menghasilkan banyak
penerbitan artikel dalam jurnal berimpak tinggi dan persidangan peringkat antarabangsa.
Selain itu, beliau juga telah menyumbangkan beberapa penulisan bab dalam buku yang
diterbitkan oleh Pearson Learning Solutions, Springer, Taylor & Francis dan Emerging
Technologies and Research. Beliau juga aktif dalam penulisan beberapa buku ilmiah
dalam bidang kepakaran beliau yang diterbitkan oleh University of Malaya Press.

RAJA NORIZA RAJA ARIFFIN (rnoriza@um.edu.my)

Dr. Raja Noriza Raja Ariffin adalah Professor Madya di Jabatan Pengajian Pentadbiran
dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran di Universiti Malaya. Beliau juga
memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Institut Polisi Awam dan Pengurusan
Antarabangsa (INPUMA). Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Perancangan
Bandar, Pengangkutan Awam dan Penilaian Dasar Awam. Beliau aktif dalam
menghasilkan penulisan bab dalam buku, artikel dalam jurnal dan persidangan peringkat

246
antarabangsa, serta penyuntingan buku dan jurnal. Beliau juga banyak memberi
sumbangan melalui kepakaran beliau kepada beberapa agensi kerajaan seperti
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Institut
Sosial Malaysia.

MOHD RAMLAN MOHD ARSHAD (mramlan2957@uitm.edu.my)

Mohd Ramlan Mohd Arshad, beliau merupakan pelajar Ijazah Kedoktoran di Kolej
Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia,
Sintok, Kedah. Kini sedang berkhidmat di Universiti Teknologi Mara, Kampus Seremban
3, Seremban, Negeri Sembilan.

MOHD NA’EIM AJIS (naeim@uum.edu.my)

Dr. Mohd Na’eim Ajis, kini berkhidmat sebagai Professor Madya di Kolej Undang-
undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Sintok,
Kedah. Berpengalaman di dalam kajian berkaitan Migrasi, Pelarian dan Pendatang Asing.
Di samping itu, terdapat pelbagai penulisan dan penerbitan di dalam dan luar negara
berkaitan isu tersebut yang telah dihasilkan. Selain itu, beliau juga kerap tampil di media-
media perdana bagi membicarakan isu-isu berkaitan migrasi, pelarian dan warga asing di
Malaysia.

AIZAT KHAIRI (aizat@unikl.edu.my)

Dr. Aizat Khairi, beliau merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Kuala Lumpur
Malaysia, Institute of Marine Engineering Technology (UNIKL MIMET). Beliau telah
terlibat dengan kajian berkaitan pelarian Rohingya daripada peringkat Sarjana sehingga
ke peringkat kedoktoran. Beliau juga aktif dalam penulisan dan penerbitan makalah
berkaitan pelarian Rohingya di dalam dan luar negara. Selain itu, beliau juga aktif di
dalam menganalisa isu pelarian Rohingya dengan penerbitan di akhbar-akhbar perdana di
dalam mahupun di luar negara.

CHE HAMDAN CHEMOHD RAZALI (cheha375@uitm.edu.my)

247
Dr. Che Hamdan Che Mohd Razali merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains
Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub. Beliau
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dari Universiti Islam
Antarabangsa dan kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti
Sains Malaysia. Bidang kajian beliau ialah masyarakat sivil, politik Islam, gerakan Islam
dan pilihan raya.

AHMAD FAUZI ABDUL HAMID (afauzi@usm.my)

Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid ialah Profesor dalam bidang Sains Politik, Pusat
Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM, P. Pinang, Malaysia, and ahli, Political Futures
Experts Group (PFEG), Institut Pemikiran Islam dan Tamadun Antarabangsa
(ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur, Malaysia.
Pada tahun 2008-09 dan 2015-16, beliau menjadi Felo Penyelidik Pelawat di S.
Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Nanyang Technological University
(NTU), dan ISEAS-Yusof Ishak Institute, kedua-duanya di Singapura, masing-masing.
Pada Oktober-Disember 2020, Ahmad Fauzi menjadi Felo Penyelidik Pelawat
di Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT), Kementerian
Luar Negeri, Kuala Lumpur. Dilatih dalam bidang sains politik dan ekonomi politik di
universiti-universiti Oxford, Leeds dan Newcastle, UK, minat penyelidikannya tertumpu
kepada bidang politik Islam terutamanya di Asia Tenggara. Ahmad Fauzi telah
menerbitkan lebih lima puluh makalah dalam jurnal-jurnal tersohor seperti Indonesia and
the Malay World, Islamic Studies, Asian Studies Review, Southeast Asian Studies, Asian
Journal of Political Science, Japanese Journal of Political Science, Asian Survey, Pacific
Affairs, Sojourn, Islam and Christian-Muslim Relations, Contemporary Southeast
Asia, The Round Table dan Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
Beliau dijemput secara konsisten untuk memberikan sumbangan bab dalam buku terbitan
penerbit ternama. Antara yang terkini adalah ‘Secularism and Ethno-religious Nationalist
Hegemony in Malaysia’, dalam Vidhu Verma (ed.), Secularism, Religion, and
Democracy in Southeast Asia (New Delhi: Oxford University Press, 2019) (bersama
Zairil Khir Johari); ‘Injecting God into politics: Modelling Asma’ul Husna as a Sufi-
based panacea to political conflict in contemporary Malaysia’, dalam Sarwar Alam
(ed.), Cultural Fusion of Sufi Islam: Alternative Paths to Mystical Faith (London & New
York: Routledge, 2020) (bersama  Noorulhafidzah Zawawi); dan ‘Regaining the Islamic
Centre? A Malaysian Chronicle of Moderation and its Discontents’, dalam Mohamed
Nawab Mohamed Osman (ed.), Pathways to Contemporary Islam: New Trends in
Critical Engagement (Amsterdam: Amsterdam University Press, 2020). Monograf
penyelidikan Ahmad Fauzi mempamirkan judul-judul seperti Islamic Education in

248
Malaysia (Singapura: RSIS, 2010), Political Islam and Islamist Politics in
Malaysia (Singapura: ISEAS, 2013), Middle Eastern Influences on Islamist
Organizations in Malaysia: The Cases of ISMA, IRF and HTM (Singapura: ISEAS, 2016)
dan The Extensive Salafization of Malaysian Islam (Singapura: ISEAS, 2016).
Penyelidikan Ahmad Fauzi telah memberikannya slot dalam media antarabangsa seperti
Channel News Asia (Singapura) dan British Broadcasting Corporation (BBC). Dia tidak
ketinggalan memberikan komentar di saluran media seperti The Star, The Malay Mail
Online, The Edge, Free Malaysia Today dan Sin Chew Jit Poh. Pada bulan Mei 2017,
Ahmad Fauzi mewakili Malaysia ke Russia–Islamic World Strategic Meeting yang
berlangsung di Grozny, Republik Chechen, Persekutuan Rusia. Pada bulan Disember
2018, Ahmad Fauzi dilantik menganggotai panel pakar untuk menasihati kerajaan dalam
kes-kes keganasan yang disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act
(SOSMA) 2012. Ahmad Fauzi berada dalam lembaga sidang pengarang dua jurnal utama
USM dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan, yakni Kajian Malaysia: Journal of
Malaysian Studies, yang beliau ketuai semenjak 1 Januari 2019 sebagai ketua
pengarang, dan Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities. Pada bulan Ogos 2020,
Ahmad Fauzi dipilih mengganggotai Senat USM.  

ZURINA MD NEN (zurina707@uitm.edu.my)

Zurina Md Nen ialah Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi MARA, Cawangan


Negeri Sembilan, Kampus Seremban di dalam bidang Sains Politik dan Pendatdbiran
Awam. Kecenderungan kajian beliau meliputi isu-isu tadbir urus perkhidmatan awam dan
kerjasama awam-swasta. Beliau juga bergiat aktif di dalam aktiviti kemasyarakatan di
atas kapasiti sebagai Naib Yang di Pertua PIBG di salah sebuah sekolah di Seremban dan
ahli sukarelawan bagi program Bank Makanan Malaysia dengan kerjasama Kechara
Food Kitchen Negeri Sembilan.

NUR ZAFIFA KAMARUNZAMAN (nurzafifa@uitm.edu.my)

Dr. Nur Zafifa Kamarunzaman ialah Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Beliau memiliki Ijazah Kedoktoran
dalam bidang Sosiologi yang mengkaji pengalaman hidup pesakit kemurungan dari
perspektif gender. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang
kesukarelawan dan kini bergiat aktif dalam pentadbiran kesukarelawan tabung makanan
bersama dengan Kechara Food Kitchen di Negeri Sembilan.

249
MUHAMMAD EFFENDI ISMAIL (effendi_ukm@yahoo.com)

Muhammad Effendi Ismail sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah dalam


bidang Sains Politik (Pengurusan dan Pentadbiran) di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
(FEP), Universiti Malaya (UM). Di peringkat kebangsaan, beliau merupakan ahli jawatan
kuasa kepada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Belia
Bandar Ampang Jaya (PBBAJ). Manakala di peringkat antarabangsa, beliau adalah ahli
aktif kepada World Youth Movement for Democracy dan Aman Palestin. Selain itu,
antara karya yang dihasilkan beliau adalah buku bertajuk ‘Penerapan Mahathirisme
dalam Era Pentadbiran Najib Razak’ oleh UKM Press. Artikel-artikel beliau juga pernah
diterbitkan di Sinar Harian dan MalaysiaKini. Minat penyelidikan beliau adalah berkaitan
pemikiran politik, hak asasi dan pendemokrasian.

SARUNE BEH (sarune79@gmail.com)

Sarune Beh, merupakan pelajar Falsafah Kedoktoran dari Jabatan Pengajian Pentadbiran
dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. Bidang pengajian
memfokuskan kepada penglibatan organisasi masyarakat sivil (Civil Society
Organisations - CSOs) di dalam Penilaian Berkala Sejagat (Universal Periodic Review -
UPR) di Malaysia.

ALIAS AZIZ (iyas2000us@yahoo.com)

Alias Abd Aziz sedang melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Fakulti Ekonomi Dan
Pentadbiran Universiti Malaya dalam bidang Statistik Gunaan. Pernah terlibat dalam
beberapa kajian yang berkaitan dengan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti Kualiti
Hidup Orang Kurang Upaya di Malaysia dan Projek Kerangka Kampus Inklusif Untuk
Meningkatkan Kemasukan Pelajar OKU ke Universti Awam Malaysia (My-OKU). Hasil
kajian beliau khususnya yang berkaitan dengan kualiti hidup OKU di Malaysia telah
berjaya diterbitkan di Scopus dan ISI journal. Penglibatan dalam beberapa kajian yang
berkaitan dengan OKU telah memberikan beliau banyak pendedahan berinteraksi secara
langsung dengan golongan OKU. Ini menyebabkan beliau dapat memahami tentang
golongan OKU dengan lebih baik.

250
SINOPSIS BUKU

Masyakarat sivil (civil society) telah muncul sebagai salah satu daripada sektor penting
dalam sesebuah negara, selain daripada kerajaan (state) dan juga perniagaan (business).
Baik dalam kehidupan berpersatuan (associational life) atau dengan bermatlamatkan
masyarakat yang baik (good society) atau beretika mahupun bagi maksud mengadakan
perundingan dan perbahasan di ruang awam (public sphere), peranan NGO dan gerakan
sosial didapati semakin penting dalam politik Malaysia. Berdasarkan kepada premis ini,
buku yang terdiri daripada sebelas Bab ini berhasrat untuk mengetengahkan dan
membincangkan peranan masyarakat sivil samada menerusi gerakan sosial (social
movement), NGO atau institusi-institusi masyarakat sivil yang lain. Penelitian yang
dilakukan ini meliputi pelbagai aspek seperti demokrasi, hak asasi, alam sekitar,
kesihatan, wanita dan sebagainya. Diharapkan ianya akan dapat memberi satu perspektif
baru kepada para pembaca berhubung dengan peranan masyarakat sivil di Malaysia.

251

You might also like