3.PBL Matematik Tingkatan 2

You might also like

You are on page 1of 20

PEMBELAJARAN

BERASASKAN PROJEK
Poligon
Matematik Tingkatan 2
UNIT MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHAP PENGUASAAN MURID
Tahap Penguasaan 1 – 2
Tahap Penguasaan 3 – 4
Tahap Penguasaan 5 – 6
Tugasan PBL dalam mata pelajaran Matematik
memberi penekanan kepada aspek:
BIDANG PEMBELAJARAN:
SUKATAN DAN GEOMETRI

TAJUK:
POLIGON

STANDARD KANDUNGAN:
4.1 Poligon Sekata
4.2 Sudut Pedalaman dan Sudut Peluaran Poligon
STANDARD PEMBELAJARAN:

4.1.1 Menghuraikan sifat geometri poligon sekata menggunakan


pelbagai perwakilan.

4.1.2 Membina poligon sekata menggunakan pelbagai kaedah dan


menerangkan rasional langkah-langkah pembinaan.
STANDARD PEMBELAJARAN:

4.2.1 Menerbitkan rumus hasil tambah sudut pedalaman suatu poligon.

4.2.2 Membuat dan mengesahkan konjektur tentang hasil tambah sudut


peluaran poligon.

4.2.3 Menentukan nilai sudut pedalaman, sudut peluaran dan bilangan


sisi suatu poligon.

4.2.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan poligon.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

1. Murid boleh menghuraikan sifat geometri poligon sekata menggunakan


pelbagai perwakilan.

2. Murid boleh menyelesaikan masalah yang melibatkan poligon dalam


kehidupan harian.
TEMPOH PELAKSANAAN:
2 minggu

AKTIVITI:
1) Kenal pasti tahap keupayaan murid dan bahagikan mereka mengikut 3
kumpulan.
2) Laksanakan induksi set (seluruh kelas) – Gunakan bahan stimulus yang
disediakan atau bahan lain untuk menarik minat murid terhadap tajuk
poligon. Bincangkan bagaimana struktur sarang lebah memberi kesan
terhadap kekuatan dan koleksi madu yang optimum.
3) Edarkan lembaran tugasan mengikut keupayaan murid
– Tahap Penguasaan 1 – 2
– Tahap Penguasaan 3 – 4
– Tahap Penguasaan 5 – 6
4) Bincangkan Log Pemerhatian Individu atau Log Pemerhatian Kumpulan
serta Rubrik Penilaian. Beri penegasan terhadap perkara yang harus murid
capai.
5) Bimbing murid dalam melaksanakan tugasan sekiranya perlu.
6) Selepas 2 minggu, laksanakan sesi pembentangan di hadapan kelas jika
bersemuka atau secara dalam talian.
PAUTAN UNTUK RUJUKAN GURU:
1) https://www.nwpb.org/ask-dr-universe/why-do-bees-make-hexagons-in-their-
hives/
2) https://www.premierbeeproducts.com/blog/the-astonishing-math-behind-
honeycomb#:~:text=In%20fact%2C%20honeybees%20are%20such,to%20produ
ce%20hexagonally%2Dshaped%20honeycomb.
3) https://medium.com/however-mathematics/the-mysterious-connection-
between-honey-bees-and-mathematics-6759b25fcb5c
4) https://www.youtube.com/watch?v=QEzlsjAqADA
5) https://www.youtube.com/watch?v=Joxk-dJVGRM
INDUKSI SET
• Elemen penting bagi menarik minat murid.
• Whole-class approach
• Guru boleh menggunakan bahan yang
disediakan atau mana-mana
bahan yang sesuai.
INDUKSI SET
Tuhan menjadikan alam semesta
ini penuh dengan keajaiban dan
keindahan yang harus kita jaga
dan hargai.
Pernahkah anda terfikir
mengapakah sarang lebah dibina
sedemikian rupa?
Apakah nama bentuk-bentuk
yang terdapat di dalam gambar-
gambar berikut.
Mari kita teroka!
Tugasan Terbeza
TUGASAN KUMPULAN 1:
Aktiviti berkumpulan (3 orang)
a) Kenal pasti poligon yang terdapat di sekeliling anda. Bezakan antara poligon
sekata dan poligon tidak sekata dengan memberikan penerangan terperinci.
Namakan poligon berdasarkan bilangan sisi. Hasilkan video atau persembahan
Powerpoint untuk menyampaikan hasil penerokaan anda secara kreatif dan
bermakna.
b) Bina model taman mini menggunakan bentuk-bentuk poligon berdasarkan
kreativiti masing-masing. Bentangkan produk anda dengan memberikan
penerangan yang terperinci. Pembentangan anda juga boleh disokong dengan
penghasilan video.
Tugasan Terbeza

TUGASAN KUMPULAN 2
Aktiviti berkumpulan (3 orang)
a) Teroka dan tentukan hasil tambah sudut peluaran bagi poligon sekata. Hasilkan
video atau persembahan Powerpoint untuk menyampaikan hasil penerokaan
anda secara kreatif dan bermakna.
b) Reka cipta logo syarikat perniagaan menggunakan bentuk-bentuk poligon. Anda
boleh menggunakan pelbagai alat dan medium. Hasilkan dan persembahkan
produk anda secara kreatif dan bermakna.
Tugasan Terbeza

TUGASAN KUMPULAN 3:
Aktiviti berkumpulan (3 orang)
a) Teroka dan tentukan hasil tambah sudut pedalaman bagi poligon. Berdasarkan
penerokaan anda, buat generalisasi tentang hasil tambah sudut pedalaman bagi
suatu poligon yang mempunyai n sisi. Hasilkan video atau persembahan
Powerpoint untuk menyampaikan hasil penerokaan anda secara kreatif dan
bermakna.
Tugasan Terbeza
TUGASAN KUMPULAN 3:
b) Gunakan Internet dan situasi sebenar di sekeliling anda untuk meneroka penggunaan
poligon dalam pembinaan bangunan dan jambatan.
Huraikan yang berikut:
• Bagaimanakah poligon digunakan untuk mengukuhkan sesuatu pembinaan?
• Mengapakah jurutera awam atau tukang rumah memilih satu bentuk poligon
berbanding yang lain?
• Bagaimanakah sudut pedalaman poligon tersebut memainkan peranan penting
dalam memberikan kekuatan kepada sesuatu struktur?
Hasilkan video atau persembahan Powerpoint untuk menyampaikan hasil
penerokaan anda secara kreatif dan bermakna.
Pentaksiran Holistik
Log Pemerhatian
Individu
atau
Log Pemerhatian
Kumpulan
Pentaksiran Holistik

Rubrik
Contoh Penyoalan bagi Mendorong Minda Murid
• Apakah masalah yang cuba diselesaikan?
• Bagaimana anda boleh menerangkan kepada rakan lain?
• Apakah yang perlu dicari sebelum anda boleh memperoleh sesuatu penyelesaian?
• Bagaimana fakta masalah berhubungkait?
• Bagaimana suatu fakta berkait dengan yang lain?
• Apakah data yang diperlukan/tidak diperlukan? Mengapa?
• Apakah strategi yang mungkin dapat menyelesaikan masalah ini?
• Apakah strategi yang anda rasa sesuai?
• Bagaimana anda berkongsi kefahaman tentang masalah kepada ahli kumpulan?
• Bagaimana kumpulan anda membahagi tugasan bagi menyelesaikan masalah ini?
• Bagaimana kumpulan anda bekerjasama secara efektif?
• Apakah penyelesaian yang bersesuaian dengan masalah yang dinyatakan?
• Bagaimana anda menjustifikasi penyelesaian akhir?
TERIMA KASIH

You might also like