You are on page 1of 2

LATIHAN KULIAH 10

ANALISIS VARIAN
ARAHAN: Jawab semua soalan.

1. Seorang pengurus pengeluaran Syarikat ABC Sdn. Bhd. ingin mengetahui sama ada
terdapat perbezaan atau tidak di antara purata masa yang diambil untuk mengeluarkan
sejenis alat ganti kereta dengan menggunakan 3 jenis mesin model 100E, model 101S dan
model 102X. Hasil daripada satu kajian yang dijalankan oleh pengurus tersebut tentang
masa yang diambil (dalam jam) oleh ketiga-tiga model mesin ini adalah seperti jadual
berikut :-

MODEL MESIN
100E 101S 102X
3.1 3.4 2.7
2.9 3.8 2.8
2.8 3.2 2.9
3.2 3.1 2.8
3.0 2.6
2.7

(i) Bina Jadual ANOVA bedasarkan maklumat yang dberikan.


(ii) Tuliskan bentuk hipotesis yang sesuai digunakan oleh pengurus tersebut.
(iii) Adakah purata masa bagi ketiga-tiga model mesin berbeza? Uji pada aras keertian
1%.
(iv) Adakah kesimpulan berubah jika aras keertian 5% digunakan?

2. Tiga jenis baja iaitu baja A, B,dan C telah digunakan oleh petani untuk tanaman cili bagi
meningkatkan hasil pengeluaran cili. Jadual di bawah menunjukkan maklumat yang
diperoleh daripada sampel 18 orang petani yang menggunakan baja berkenaan untuk
tanaman mereka.

Maklumat Sampel Jenis Baja


A B C
Bilangan Petani 6 6 6
Jumlah Keluaran Cili (Kg) 54 66 57
Varians Hasil Pengeluaran 1.500 1.420 0.924

a. Berdasarkan maklumat yang telah diberikan bina satu jadual ANOVA.


Tunjukkan semua pengiraan yang perlu.
b. Pada aras keertian 1%, adakah wujud perbezaan dalam min hasil keluaran cili
dengan menggunakan ketiga-tiga jenis baja tersebut?

3. En Ahmad Zainudin ialah seorang pegawai perjawatan di sebuah firma telah ditugaskan
untuk megenalpasti samada terdapat perbezaan ataupun tidak di antara empat program
latihan yang disediakan oleh majikannya bagi pekerja baru. Beliau telah memilih 20
orang pekerja baru dan meminta mereka memilih salah satu daripada program latihan
berkenaan. Jadual di bawah menunjukkan masa yang diambil (dalam minit) oleh pekerja
berkenaan untuk memasang sjenis mesin selepas ta,at program latihan masing-masing.

MAKLUMAT PROGRAM LATIHAN


SAMPEL P Q R S
SAIZ 5 5 5 5
MIN 27.32 29.56 26.44 31.46
VARIANS 2.67 2.14 3.30 1.66
JUMLAH MASA 136.60 147.80 132.20 157.30
SSE = 39.08.
(i) Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan oleh En. Ahmad Zainuddin, bina jadual
ANOVA.
(ii) Pada aras keertian 5%, apakah kesimpulan yang boleh dibuat oleh En.Ahmad tentang
keempat-empat program latihan yang disediakan oleh pihak majikan?

You might also like