You are on page 1of 20

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION (DIS)

MAY / 2020

ADSA2203
KAJIAN TEKS HADIS BUKHARI DAN MUSLIM 1

NO. MATRIKULASI : 001202040073001


NO. KAD PENGENALAN : 001202040073
NO. TELEFON : 011-14764863
E-MEL : ghafarejahari@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MELAKA

1|TUGASAN KAJIAN TEKS HADIS BUKHARI DAN MUSLIM 1 MAY/20


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 3

BIODATA IMAM AL-BUKHARI 4-5

METODE PENULISAN KITAB SAHIH AL-BUKHARI 6-8

KESESUAIAN PENGAJIAN KITAB SAHIH BUKHARI DALAM 9-11


KALANGAN PELAJAR PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR (ABM/BBM) DIGITAL


UNTUK PELAJAR TAHUN 5 BERDASARKAN SATU HADIS 12-18
DARIPADA KITAB AL-IMAN

KESIMPULAN 19

APENDIKS 20

PENGENALAN

2|TUGASAN KAJIAN TEKS HADIS BUKHARI DAN MUSLIM 1 MAY/20


Hadith merupakan sumber kedua selepas al-Quran yang merupakan dalil dan hujah yang
disepakati oleh para ulama. Berpegang dengan hadith sahih merupakan kemestian bagi
mengelakkan daripada terpedaya dengan hadith palsu. Selain itu juga, hadis atau al-sunnah ia
merupakan percakapan daripada Rasulullah (s.a.w.) yang bertujuan mengeluarkan manusia dari
kegelapan kepada cahaya dan dari kesesatan kepada kebenaran. Ternyata Rasulullah (s.a.w.)
dididik dengan manhaj rabbani oleh Allah yang dapat mengeluarkan manusia daripada
kepompong kesesatan dan kejahilan. Oleh itu, demi untuk menjaga permata ilmu ini, ia telah
dibukukan di dalam kitab-kitab hadis yang disusun pada kurun kedua Hijrah. Antara kitab hadis
yang tersohor ialah Kitab Sahih Bukhari. Secara khususnya, dalam tugasan kali ini membincang
berkenaan biodata seorang tokoh ilmuan hadis iaitu Imam al-Bukhari (r.a), mengetahui metode
penulisan Kitab Sahih al-Bukhari, mengkaji sejauh mana kesesuaian pengajian Kitab Sahih al-
Bukhari dalam kalangan pelajar peringkat sekolah rendah dan membuat Alat atau Bahan Bantu
Mengajar (ABM/BBM) secara digital untuk pelajar Tahun 5 berdasarkan satu hadis daripada
Kitab al-Iman.

BIODATA IMAM AL-BUKHARI (R.A)

3|TUGASAN KAJIAN TEKS HADIS BUKHARI DAN MUSLIM 1 MAY/20


Imam al-Bukhari (r.a) adalah merupakan salah seorang ulama Islam yang paling tersohor
terutama dalam bidang hadis. Beliau juga adalah penyusun Kitab Sahih Bukhari yang kini giat
digunakan dalam pengajian hadis di seluruh dunia.

Nama penuh Imam al-Bukhari (R.A) ialah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-
Mughirah bin Bardizbah al-Ju’fi al-Bukhari. Beliau dilahirkan di Kota Bukhara, pada hari
Jumaat, malam 13 Syawal tahun 194H bersamaan 21 julai 810M. Beliau dikenali sebagai Imam
al-bukhari kerana dinisbahkan kepada daerah tempat kelahirannyav selepas solat Isyak pada
malam Hari Raya Fitrah, 30 Ramadhan 256H bersamaan 31 Ogos 870M di Khartank berdekatan
Samarqand ketika berusia 62 tahun.

Kedua-dua ibu bapa Imam al-Bukhari (R.A) berasal dari kalangan orang-orang yang soleh
dan sentiasa menghampirkan diri kepada Allah (S.W.T). Imam al-Bukhari dibesarkan dalam
kelurga yang baik, beriman, soleh dan sentiasa mendapat makanan yang bersih. Semenjak kecil
lagi beliau hanya menyusu daripada ibunya sahaja. Beliau tidak pernah diberi makan makanan
yang syubhat, apatah lagi haram. Bapa beliau merupakan seorang ahli hadis yang telah
mempelajari hadis daripada ulama terkenal, seperti Imam Malik ibn Anas (R.A) dan Ibn al-
Mubarak (R.A). Ibu beliau merupakan wanita yang solehah, sentiasa menghampirkan diri kepada
Allah (S.W.T) Diriwayatkan bahawa Imam al-Bukhari pada masa kecilnya terkena penyakit
mata dan beliau tidal dapat melihat. Kemudian pada suatu ketika ibunya telah bermimpi bertemu
dengan Nabi Ibrahim (A.S) di mana baginda menerangkan kepadanya bahwa penyakit anaknya
itu akan sembuh disebabkan adoa yang tidak pernah jemu daripada ibunya yang solehah.

Perhatiannya kepada ilmu hadis yang sukar dan rumit itu sudah tumbuh sejak 10 tahun,
hingga dalam usia 10 tahun, hingga dalam usia 16 tahun beliau sudah hafal dan menguasai buku-
buku seperti "Al-Mubarak" dan "Al-Waki". Imam al-Bukhari (R.A) berguru kepada Syeikh Ad-
Dakhili, ulama ahli hadis yang masyhur di Bukhara. Pada usia 16 tahun bersama keluarganya,
beliau mengunjungi kota suci Makkah dan Madinah, di mana di kedua kota suci itu beliau
mengikuti kuliah para guru-guru besar ahli hadis. Pada usia 18 tahun beliau menerbitkan kitab
pertamanya, "Qudhaya As-Sahabah Wat Tabi'ien". (Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman
sahabat dan tabi'in)

Imam al-Bukhari (R.A) diakui memiliki daya hafalan yang tinggi, yang diakui oleh abangnya
Rasyid bin Ismail. Abangnya menyatakan bahawa, pernah Imam al-Bukhari (R.A) ketika

4|TUGASAN KAJIAN TEKS HADIS BUKHARI DAN MUSLIM 1 MAY/20


mudanya dan beberapa murid lainnya mengikuti kuliah dan ceramah cendiakawan Balkh. Tidak
seperti murid yang lain, beliau tidak pernah membuat catatan kuliah. Beliau sering di ejek kerana
membuang masa kerana tidak mencatat, namun beliau diam tidak menjawab. Suatu hari, kerana
merasa kesal terhadap ejekkan itu, beliau meminta kawan-kawannya membawa catatatan
mereka, kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan selama dalam
kuliah dan ceramah tersebut. Tercenganglah mereka semua, lantaran Imam al-Bukhari (R.A)
ternyata telah menghafal 15,000 hadis, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka
catatkan.

Selain terkenal sebagai seorang ahli hadis, Imam al-Bukhari (R.A) ternyata tidak melupakan
kegiatan lain, yakni olahraga. Beliau misalnya sering belajar memanah sampai mahir, sehingga
dikatakan sepanjang hidupnya, sang Imam tidak pernah terlepas dalam memanah kecuali dua
kali. Keadaan itu timbul sebagai pengamalan sunnah Rasulullah (S.A.W) yang mendorong dan
menganjurkan kaum Muslimin belajar menggunakan anak panah dan alat-alat perang lainnya.

METODE PENULISAN KITAB SAHIH AL-BUKHARI

Semasa menyusun Kitab Sahih Bukhari, Imam al-Bukhari (R.A) telah menggunakan beberapa
metodologi khusus secara berterusan (konsisten). Walaupun tidak menceritakan dengan
terperinci metodologi yang digunakan, namun para ulama telah mengenal pasti beberapa
metodologi tersebut melalui penelitian terhadap Sahih Bukhari.

5|TUGASAN KAJIAN TEKS HADIS BUKHARI DAN MUSLIM 1 MAY/20


Metode penyusunan Kitab Sahih Bukhari terbahagi kepada dua bahagian iaitu, dari sudut
penulisan dan dari sudut periwayatan. Dari sudut penulisan, Kitab Sahih Bukhari merupakan
kitab hadis yang menghimpunkan hadis-hadis sahih mengikut topik-topik agama dan fekah.
Tujuannya adalah untuk menerangkan hadis-hadis yang berkaitan dengan hukum-hukum fekah
atau topik tertentu. Sehubungan itu, Imam al-Bukhari (R.A) telah membahagikan kitab sahihnya
kepada topik-topik khusus dan sub-topik. Setiap topik ini dinamakan dengan “Kitab” dan
terdapat sebanyak 97 “Kitab” (Topik) keseluruhannya. Manakala sub-topik bagi setiap “Kitab”
dinamakan “Bab”. Terdapat sejumlah 3,450 Bab di dalam Kitab Sahih Bukhari. Setiap bab
tersebut akan diberi nama khusus atau huraian ringkas berkenaan tajuk bab, hukum-hakam atau
tafsiran yang berkaitan dengan hadis di dalam bab berkenaan. Oleh kerana itu, para ulama
mengganggap bahawa tajuk bab ini penting dalam menerangkan tafsiran atau kefahaman Imam
al-Bukhari (R.A) terhadap hadis yang berkaitan. Perkara ini lebih dikenali dengan gelaran Fiqh
al-Bukhari fi Tarajimihi (Fekah Imam al-Bukhari di dalam tajuk bab). Kitab Sahih Bukhari
yang ada pada hari ini telah diletakkan nombor yang beturutan bagi setiap kitab, bab dan juga
hadis, oleh para ulama yang bertanggungjawab membantu pencetakan semula kitab tesebut.
Dengan kewujudan nombor tersebut ianya dapat memudahkan pengguna membuat rujukan
hadis. Imam al-Bukhari (R.A) memastikan setiap hadis yang dinyatakan di dalam kitab sahihnya
mempunyai sanad yang lengkap. Akan tetapi terdapat beberapa hadis yang tidak mempunyai
sanad yang lengkap, namun kebiasaaanya hadis tersebut adalah terdiri daripada hadis yang telah
berulang di tempat lain dan mempunyai sanandnya tersendiri yang bersambung. Contoh susunan
kitab dan bab di dalam Kitab Sahih Bukhari di rajah 1.0,

6|TUGASAN KAJIAN TEKS HADIS BUKHARI DAN MUSLIM 1 MAY/20


Rajah 1.0: Contoh sebenar susunan kitab dan bab yang terdapat di dalam Kitab Sahih Bukhari

Metode kedua yang digunakan dalam Kitab Sahih Bukhari ialah dari sudut periwayatan.
Dalam periwayatan hadis Imam al-Bukhari (R.A) sentiasa memastikan semua hadis yang
dinyatakan di dalam kitab sahihnya adalah terdiri daripada hadis sahih. Maksud hadis sahih ialah
hadis yang mempunyai kesemua lima syarat yang disepakati oleh ulama hadis. Berikut adalah
lima syarat hadis sahih, yang pertama sanah hadis yang bersambung, sanad ialah salasilah perawi
hadis yang menerima sesuatu hadis daripada Rasullah (S.A.W) hinggalah kepada perawi yang
menyampaikan hadis tersebut kepada pengarang buku seperti Imam al-Bukhari (R.A).
Sehubungan dengan itu, hadis yang dinyatakan oleh Imam al-Bukhari (R.A) perlulah
bersambung sanadnya dan tidak terputus dimana-mana bahagian sanad. Sesuatu hadis dia anggap
terputus sekiranya salah seorang perawi asal hadis tersebut digugurkan daripada sanand sama ada
dengan sengaja atau tidak. Syarat kedua, diriwayatkan oleh para perawi hadis yang bersifat a’dil,
menurut istilah ulam hadis perawi yang bersifat a’dil ialah seorang yang memiliki ciri-ciri
tersebut : seorang muslim, baligh umurnya, sempurnanya akalnyak, tidaklah seorang yang fasiq
dan tidaklah melakukan perkara yang boleh menjejaskan maruahnya. Syarat ketiga,
diriwayatkan oleh perawi hadi yang bersifat dabt, al-Dabt bermaksud kemampuan yang dimiliki
oleh seseorang yang membolehkan beliau meriwayatkan hadis yang diterimanya kepada individu
lain dengan penyampaian yang tepat ( sebagaimana dia menerimanya). Secara umumnya, dabt
terbahagi kepada dua bentuk, pertama dabt secara hafalan iaitu melaui kekuatan dan ketetapan
hafalan dan kedua dabt secara tulisan dengan melalui catatan peribadinya yang kemas, tepat dan
disimpan dengan selamat, agar tidak berlaku penambahan pada hadis oleh pihak asing. Syarat
keempat ialah matan dan sanad mestilah tidak mempunyai sebarang bentuk shazz, shazz dari
sudut bahasa bermaksud “kejanggalan”. Shazz, menurut ulama hadis, bermaksud sesuautu
riwayat (yang kuat sandarannya) berteetangan dengan riwayat lain (yang lebih kuat sandarannya
atau bebrapa riwayat lain yang sama taraf dengannya). Mengenalpasti kewujudan shuzuz di

7|TUGASAN KAJIAN TEKS HADIS BUKHARI DAN MUSLIM 1 MAY/20


dalam hadis sukar dikesan kecuali oleh para ulama hadis yang banyak pengalaman dan rujukan
dalam bidang hadis. Dan syarat yang kelima adalah matan dan sanad hadis mestilah tidak
mempunyai sebarang bentuk I’llah, I’llah bermaksud kecacatan yang tersembunyi di dalam
hadis, sama ada dalam sanad atau matan hadis. Kecacatan ini boleh menjejaskan kesahihan
sesuatu hadis. Ilmu ini merupakan ilmu yang begitu terperinci dan rumit kerana kecacatan yang
tersembunyi ini hanya boleh dikesan oleh para ulama yang luas pengetahuan dan pengamatan
dalam bidang hadis.

KESESUAIAN PENGAJIAN KITAB SAHIH BUKHARI DALAM KALANGAN


PELAJAR PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
Aspek yang penting dalam sebuah pengajaran merangkumi strategi, metodologi, pendekatan
yang diaplikasikan untuk mengajarkan isi kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam
kurikulum. Pengajaran yang dirancang oleh guru secara sistematik dengan metodologi yang
efektif akan mewujudkan situasi yang membolehkan berlaku aktiviti pembelajaran. Pengajaran
juga merangkumi proses penyampaian kurikulum, dan sistem penilaian pelajar untuk
memperihalkan hasil keberkesanan pengajaran serta kesesuaian pelajaran dengan tahap
pemikiran pelajar. Pengajaran boleh dibaiki secara berterusan melalui penulisan, pengembangan
ilmu, pengukuhan kemahiran dan rujukan kepada ahli profesional yang berkaitan. Dalam proses
pengajaran, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasikan seperti pengajaran
berpusatkan murid, guru, hasil, proses dan nilai. Oleh itu, dalam hendak menyuaikan pengajian
8|TUGASAN KAJIAN TEKS HADIS BUKHARI DAN MUSLIM 1 MAY/20
kitab Sahih Bukhari dalam kalangan pelajar sekolah rendah terdapat beberapa metode
pembelajaran dan strategi yang sesuai digunakan bagi tahap pelajar sekolah rendah. Dengan cara
ini menjadikan pelajar sekolah rendah sudah terdedah dan mengetahui ilmu hadith

Yang pertama metod syarahan atau kuliah merupakan metod yang lebih menumpukan kepada
penglibatan guru dalam pengajaran dengan memberi penerangan dan penjelasan kepada pelajar.
Metod syarahan adalah pengajaran yang berpusatkan guru. Metod syarahan digunakan untuk
menyebarkan maklumat yang banyak dalam tempoh masa yang singkat. Metod syarahan sesuai
digunakan untuk memberikan pengetahuan asas dalam sesuatu pengetahuan malah dapat
membantu pelajar yang berprestasi lemah yang memerlukan lebih perhatian dan bimbingan
daripada guru. Selain itu, penggunaan metod syarahan telah sinonim dalam pengajaran semua
mata pelajaran kerana metod ini diadakan dalam satu tempat melibatkan pelajar yang ramai dan
seorang guru serta menjimatkan kos dan perbelanjaan. Metod ini adalah metod konvesional
dalam pengajaran yang sering digunakan dalam pelajaran Pendidikan Islam dan cabangnya salah
satu daripadanya adalah pelajaran hadith. Malah, menurut tradisi pengajaran, Rasulullah SAW
juga mengaplikasikan metod syarahan ketika menyampaikan syariat Islam kepada manusia
seperti menyampaikan khutbah di masjid.

Yang kedua adalah menggunakan metod soal jawab. Metod soal jawab yang dijalankan dalam
P&P hadith dapat merangsang kemahiran berfikir para pelajar untuk lebih memahami isi
kandungan pembelajaran serta dapat menghubungkait dengan keadaan semasa yang berlaku. Hal
ini kerana, pembelajaran hadith mempunyai kaitan yang kuat dengan kehidupan seharian
manusia yang mengandungi syariat dan penjelasan hukum Islam. Metod penyoalan juga
hendaklah mengambil kira aras tinggi dan rendah untuk merangsang kemahiran berfikir serta
sesuai dengan tahap pemikiran pelajar. Metod penyoalan aras rendah sesuai untuk menguji
pengetahuan selepas memulakan pengajaran sesuatu topik yang baru, manakala penyoalan aras
tinggi pula sesuai untuk proses analisis, sentesis dan penilaian yang memerlukan tindak balas
pemikiran aras tinggi. Metod soal jawab berlaku dalam komunikasi dua hala antara guru dan
pelajar menjadikan proses pembelajaran aktif tidak hanya guru yang berperanan tetapi pelajar
turut terlibat perbincangan. Penyoalan ini menandakan pelajar dapat menerima dan memikirkan
perkara yang berkaitan dengan tajuk pelajaran untuk menghasilkan pemahaman yang jitu.

9|TUGASAN KAJIAN TEKS HADIS BUKHARI DAN MUSLIM 1 MAY/20


Yang ketiga adalah menggunakan metod perbincangan. Perbincangan mampu merangsang
kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan ktitis untuk membentuk pengetahuan yang baru.
Berdasarkan pengetahuan yang sedia ada, pelajar diberi autonomi untuk menghubung dengan
pengetahuan yang baru dan mengembangkan potensi dengan bantuan guru. Proses ini akan
membentuk kefahaman baru pelajar melalui perbincangan yang dipandu oleh guru. Malah,
pelajar akan mendapat peluang untuk melibatkan diri secara aktif dengan bimbingan guru. Isi
kandungan pembelajaran hadith banyak mendedahkan kepada isu semasa, situasi sebenar
mahupun masalah yang dialami oleh manusia. Sebagai contoh proses pengajaran hadith yang
berkaitan isu semasa memerlukan perbincangan yang mendalam dengan himpunan maklumat
yang bersifat kualitatif dengan menggunakan tahap pemikiran aras tinggi yang melibatkan proses
deskriptif seperti menghurai, menghujah dan membuat penilaian untuk menghasilkan
penyelesaian masalah dan hasil pembelajaran . Perkara ini akan menjadikan pelajar mendalami
permasalahan seterusnya mencapai tujuan dalam pembelajaran iaitu hasil pembelajaran ilmu
yang baru.

Yang keempat adalah menggunakan metode demontrasi atau tunjuk cara merupakan metod
pengajaran dengan cara memperlihatkan sesuatu proses kepada pelajar. Metod demonstrasi
memerlukan kemahiran penyampaian guru yang tinggi dalam memberi faham isi pelajaran.
Pelajar berperanan sebagai pemerhati dan meneliti perlakuan dan tindakan guru kemudian cuba
mempraktikkannya. Sebelum metod demonstrasi dijalankan, pelajar terlebih dahulu didedahkan
dengan garis panduan pengajaran kemudian diikuti dengan kaedah tunjuk cara. Metod
demonstrasi atau kaedah tunjuk cara sesuai digunakan dalam pelajaran yang melibatkan hadith
amali dalam bab ibadah, muamalah, munakat dan jenayah. Perkara ibadah seperti solat dan
tatacara solat boleh dipelajari dengan cara demonstrasi atau tunjuk cara guru kepada pelajar
supaya pelajar mendapat gambaran bagaimana cara solat yang betul berlandaskan hadith
Rasulullah SAW. Pelajar akan mengetahui metod yang betul sekaligus mengamalkannya cara
yang betul dalam kehidupan seharian. Metod demonstrasi juga akan membantu pelajar dalam
bacaan hadith, membuat keputusan dan memurnikan bacaan hadith. Kesalahan pelajar melalui
pembacaan hadith dapat dikesan seterusnya melakukan pembetulan supaya tidak berlaku
kesalahan dalam memberi makna hadith. Metod demonstrasi atau tunjuk cara sangat berkesan
diaplikasi untuk pembelajaran yang melibatkan aplikasi amali dan pratikal.

10 | T U G A S A N K A J I A N T E K S H A D I S B U K H A R I D A N M U S L I M 1 M A Y / 2 0
ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR (ABM/BBM) DIGITAL UNTUK PELAJAR
TAHUN 5 BERDASARKAN SATU HADIS DARIPADA KITAB AL-IMAN

11 | T U G A S A N K A J I A N T E K S H A D I S B U K H A R I D A N M U S L I M 1 M A Y / 2 0
MODUL
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

HADITH
(KITAB AL-IMAN)
12 | T U G A S A N K A J I A N T E K S H A D I S B U K H A R I D A N M U S L I M 1 M A Y / 2 0

-SEKOLAH KEBANGSAAN-
TAHUN

NAMA …………………………………
KELAS ………………………………..

1. BERDASARKAN HADITH DI BAWAH, SILA PILIH JAWAPAN YANG TEPAT


DANG LENGKAPKAN JADUAL DIBAWAH.

“ Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam?Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam


bersabda: Islam itu ialah kamu bersaksi (bersyahadah) bahawa tiada ilah melainkan Allah
dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasul Allah, dan hendaklah kamu mendirikan
solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke
Baitullah jika kamu mampu mengerjakannya.Lelaki itu berkata: Benar katamu.

(Berkata Umar Radhiallahu’anhu : Kami merasa hairan kepada tingkah laku lelaki itu, dia yang
bertanya dan dia pula yang membenarkannya)Lelaki itu berkata lagi: Khabarkanlah kepada ku
tentang iman?Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjawab: Hendaklah kamu beriman
kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan
hendaklah engkau beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk.

Lelaki itu berkata: Benar katamu!Lelaki itu berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku tentang
Ihsan?Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Hendaklah kamu beribadah kepada

13 | T U G A S A N K A J I A N T E K S H A D I S B U K H A R I D A N M U S L I M 1 M A Y / 2 0
Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya
sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu.

Lelaki itu berkata lagi:  Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?.Rasulullah


Sallallahu’alaihiwasallam menjawab: Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada
orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata lagi:  Khabarkan kepadaku tentang tanda-tandanya?Rasulullah


Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya,
apabila engkau melihat orang tidak berkasut, tidak berpakaian, pengembala kambing
berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.Kemudian beredar keluar lelaki itu daripada
majlis tersebut.Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Tahukan anda wahai Umar
siapakah orang yang menyoal  tadi?Aku (Umar) menjawab : Allah dan Rasul-Nya jua lebih
mengetahui.Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Itulah Jibril yang telah mendatangi
aku untuk mengajarkan kamu pelajaran tentang din kamu.” (Hadits Riwayat Muslim)

a) Berdasarkan hadis di atas, lengkapkan jadual di bawah menggunakan jawapan


yang diberi.

AL-IHSAN AL-ZAHIR AL-ISLAM

KOMPONEN DALAM AGAMA


(AD-DIN) ISLAM

........... AL-IMAN
............
14 | T U G A S A N K A J I A N T E K S H A D I S B U K H A R I D A N M U S L I M 1 M A Y / 2 0
b) Sila padankan mana jawapan yang betul dibawah.

BALIGH

PERGI HAJI BAGI YANG


MAMPU

MENGUCAPKAN 2 SYAHADAH

RUKUN ISLAM

BERAKAL

BAYAR YURAN

PUASA DI BULAN RAMADHAN

BAYAR ZAKAT

PERGI UMRAH

15 | T U G A S A N K A J I A N T E K S H A D I S B U K H A R I D A N M U S L I M 1 M A Y / 2 0
QADAK & QADAR

IBUBAPA

HARI QIAMAT

ALLAH SWT

TARIKH
RUKUN IMAN

“ Beriman kepada ……
RASUL-RASUL

PARA MALAIKAT

DIRI
16 | T U G A S A N K A J I A N T E K S H A D I S B U K H A R I D A N M U S L I M 1 M A Y / 2 0

KITAB-KITAB
c) Berikut adalah pengajaran hadith. Sila tandakan ( √ ) pada jawapan yang betul.

ADAB-ADAB DALAM MENUNTUT ILMU

MENINGGIKAN SUARA BERPAKAIAN SOPAN DAN TIDUR KETIKA DALAM


DALAM KELAS MENUTUP AURAT KELAS

17 | T U G A S A N K A J I A N T E K S H A D I S B U K H A R I D A N M U S L I M 1 M A Y / 2 0

MENJAWAB PERSOALAN YANG


KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, mengetahui dan mempelajari seseorang tokoh dalam keilmuan islam
adalah sangat memberi manfaat kepada seseorang itu. Manfaat yang diperolehi adalah yang
pertama sumber keteladanan hidup. Penilaian ulama pada perawi pelbagai, dari segi kelebihan
dan kekurangan perawi dalam aspek dan perilaku. Jika peribadinya baik, riwayatnya
dipertimbangkan untuk diterima; begitu pula jika ada cacat perilaku, riwayatnya boleh dinilai
lemah.   Kesolehan dan kesungguhan mereka dalam belajar banyak yang boleh kita teladani, dan
keburukannya boleh kita jauhi. Banyak perawi adalah orang-orang biasa, seperti pedagang,
petugas pemerintah, dan lain-lain, namun mereka istimewa kerana meriwayatkan hadits dan
keperibadian mereka.Manfaat kedua ialah membaca kisah berkenaan peribadi manusia. Kisah
sahabat, tabiin, serta kalangan setelahnya dalam kitab-kitab tarjamah (biografi) perawi boleh
menjadi ibrah yakni pengajaran. Ketika Anda mengkaji atau mendengar kisah Syu’bah bin Al
Hajjaj, salah satu ulama hadits paling popular, mulanya adalah seorang yang berpenampilan
tidak menarik, namun tertarik kerana kejujuran dan semangat mencari ilmu. Selain inspirasi, ada
juga kisah duka perawi seperti kisah Abu Lahi’ah, penghimpun hadits dalam bentuk catatan,
namun rumahnya terbakar himpunan catatan hadits itu juga ikut dijilat api. Imbasnya, banyak
hadits yang terlupa oleh beliau.   Selain itu, banyak juga kisah-kisah perawi yang dituduh
pendusta, memalsukan hadits sebaganya. Kisah-kisah perawi ini akan menjadi selingan atau
inspirasi tersendiri saat belajar hadits.  Manfaat yang terakhir ialah sebab turunnya keberkahan
dan rahmat Allah. Seorang bernama Sufyan bin Uyaynah, menuturkan:   ... ‫ نزلت‬،‫عند ذكر الصالحين‬
‫الرحمة‬...   “Jika disebut nama orang soleh, maka Allah akan menurunkan rahmat.”. Peribadi soleh
itu boleh kita temukan dan berulang-ulang disebut saat membaca sanad hadits. Dengan belajar

18 | T U G A S A N K A J I A N T E K S H A D I S B U K H A R I D A N M U S L I M 1 M A Y / 2 0
hadits diikuti kecintaan pada Rasulullah menjadikan kita sentiasa percaya bahawa menyebut
nama perawi yang soleh, boleh menjadi wasilah yakni jalan keberkahan.   Demikian beberapa
manfaat kita mengetahui dan mempelajari berkenaan tokoh kelimuan islam. Bagi masyarakat
umum yang tidak melakukan kajian hadits, tentu ini boleh menjadi fakta menarik untuk boleh
menyemak dan mempelajari sabda Nabi ini. Manfaat dari membaca dan mengenali perawi
hadits, boleh membangunkan pemahaman Islam yang lebih baik.

APENDIKS

Hadith Nabi SAW

al-‘Asqalani, Ahmad bin Ali bin Hajar . (1993). Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. J.
12. Beirut: Darul al-Fikr.

al-Bukhari, Abi Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim. (1958). Sahih Bukhari. Misr:
Mustafa al-Babiyy wa awladuhu.

Ibn Manzhur, Muhammad bin Abi Bakr. (1996). Muktabah al-Sihah. Beirut: al-Maktabah
al-Asriyyah.

Abu Taqiy Hussein. (2016). Hadith: Islam, Iman Dan Ihsan.


https://dakwahdantarbiah.com/hadits-islam-iman-dan-ihsan/

Amien Nur Hakim. (2019). Metodologi Penulisan Kitab Sahih Bukhari. Ingin Tahu?.
https://bincangsyariah.com/khazanah/metodologi-penulisan-kitab-shahih-al-bukhari-ingin-
tahu/

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2018). Biodata Tokoh Ulama Hadith.
http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/ulama-hadith-6/tabi-tabi-in/342-imam-al-
bukhari

19 | T U G A S A N K A J I A N T E K S H A D I S B U K H A R I D A N M U S L I M 1 M A Y / 2 0
20 | T U G A S A N K A J I A N T E K S H A D I S B U K H A R I D A N M U S L I M 1 M A Y / 2 0

You might also like