You are on page 1of 1

BENTUK KATA

Kata Tunggal Kata Majmuk Kata Terbitan Kata Ganda

KATA TUNGGAL – Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima imbuhan, penggandaan atau
pemajmukan. Contohnya, bunga, siram, besar, cantik, baris.

KATA MAJMUK – Kata majmuk ialah ialah dua perkataan yang membawa satu maksud. Perkataan yang
dibentuk dengan menggabungkan dua atau lebih kata dasar. Perkataan baharu yang membawa makna
tertentu dieja secara tercantum atau terpisah tetapi tidak bersempang.

Kata Majmuk terbahagi kepada :


1. Rangkai kata bebas. Contohnya, bakul sampah. Kipas angin, baju hujan.
2. Istilah khusus. Contohnya, teknologi maklumat, media sosial, garis pusat, gambar rajah.
3. Simpulan Bahasa. Contohnya, kaki bangku, anak emas, batu loncatan.

Sejumlah kata majmuk yang dieja rapat atau bercantum dipanggil kata majmuk mantap. Contohnya,
1. Warganegara 8. Kerjasama
2. Antarabangsa 9. Pesuruhjaya
3. Bumiputera 10. Olahraga
4. Beritahu 11. Matahari
5. Jawatankuasa 12. Tandatangan
6. Suruhanjaya 13. Setiausaha
7. Kakitangan 14. tanggungjawab

You might also like