You are on page 1of 1

Noraliza Alwi

14 Februari 2020  · 
Dah 3-4 hari Ammar batuk-batuk. Buat cara steam bawang putih dan lemon tak jalan, minum
air delima tak jalan juga. Semalam tengah malam dah mula demam. Mamanya juga dah mula
jangkit.
Bila demam kena lah start dengan antibiotik. Jadi tadi mama dia start bancuh antibiotik
semulajadi ni.
Saya tawakal juga ni, petua diberi seorang doktor juga.
Guna 2 bahan sahaja:
1. Madu asli
2. Separuh bawang holland
Bawang dipotong 4-6 bahagian
Masukkan madu 2 sudu kecil. Guna sudu plastik untuk handle madu.
Biarkan 1 jam hingga dia mula keluar jus
Nak cepat goncangkan sikit bekas ya
Dah dapat airnya bagi minum 1 sudu pada baby. (Baby 12 bulan keatas saja)
Dewasa pun boleh. Rasa dia macam ubat batuk ada efek mint mint sikit.
Alhamdulillah memang berkesan petua antibiotik bawang & madu ni. Bawang ada anti
bacteria dan anti inflamasi semulajadi. Madu pula dah sememangnya penawar.
Pagi ini batuk dalam 70% berkurang. Kahak pun bunyi dalam dada baby dah mula longgar.
Sekarang bukan sebarang boleh pergi klinik dan hospital kalau ada simptom demam dan
batuk. Silap haribulan kena kuarantin berhari-hari. Tak nak lah sampai begitu.
Kita cuba dulu cara semulajadi ni InsyaAllah menjadi.
Noraliza Alwi
Nak tips lagi jemput ke sini:)
http://bit.ly/NoralizaAlwi

You might also like