You are on page 1of 2

10 jenama teh dikenal pasti dicampur pewarna

SEGAMAT 8 Jan - Kementerian Kesihatan mengenal pasti 10 jenama serbuk teh yang dicampur dengan bahan pewarna dan
digunakan terutamanya pengusaha kedai, restoran serta gerai makanan di negara ini.

Menterinya, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata 51 syarikat pengeluar teh dikesan mengadukkan pewarna dalam keluaran mereka
sepanjang tahun lepas berbanding 32 pada tahun sebelumnya.

jenama teh berkenaan adalah Teh Wangi,


Teh Cap Masjid, Serbuk Teh, 3 Bintang, Teh
Campuran, Teh Cap Bunga, Teh Tarik (Burung
Petalawati), Serbuk Teh Wawasan 2020, Serbuk
Minuman (A1) dan Bunga Mahkota.
Beliau berkata

"Kesemua jenama teh ini didapati masih digunakan terutamanya di kedai, restoran serta gerai makanan di seluruh negara,"
katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dan makan tengah hari bersama penduduk kawasan
Chemplak, Labis di sini hari ini.
``Peningkatan penggunaan teh bercampur pewarna dikesan kerana disebabkan permintaan pengguna,'' kata Soi Lek, yang juga
Anggota Parlimen Labis.
Beliau berkata 14 pengeluar dikenakan denda berjumlah RM24,102 tahun lepas kerana kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan
Makanan 1985. - Bernama
KOMEN PPIM
Ini merupakan isu serius yang berlaku sekian lama. Para peniaga seumpama tidak menghiraukan keselamatan pengguna
langsung, sebaliknya menggunakan pelbagai taktik untuk melariskan jualan mereka.

PPIM
juga amat risau berkenaan kegemaran
orang Melayu meminum sirap dan
serbuk pewarna merah dalam minuman
dan makanan. Menurut lapuran yang
diterima, pewarna merah sirap diperbuat
daripada sejenis serangga seperti
semut yang digelar cochiner.
Pewarna seumpama ini dikuatiri akan menyebabkan implikasi kesihatan seperti penyakit barah. Selain itu,

Bolehkah kita minum air semut?? Fikirkanlah.


Sedikit tips untuk pengguna oleh Presiden, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Tn Hj Jamalulkhan
Kadir.
Cara-cara mengenalpasti teh yang dimasukkan pewarna.

Masukkan satu sudu teh kedalam air sejuk. Jangan dikacau, biarkan ia mendap sendiri. Sekiranya terdapat warna keluar tersebar
mewarnai air, maka itulah pewarna yang dimasukkan.
Teh asli tanpa pewarna hanya mengeluarkan warna dan rasa didalam air panas sahaja.
Silalah buat ujian dan berilah komen anda dalam ruangan ini.
Terima Kasih, Wasallam.
- Masterji PPIM-

SUMBER : PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

You might also like