You are on page 1of 7

1.0 1.

Proses Input Spesifikasi bahan mentah

Sepertimana yang telah dijalankan oleh kebanyakan syarikat di negara ini, proses input merupakan salah satu proses penting dalam memastikan kualiti produk yang ingin dikeluarkan menepati piawaian yang telah ditetapkan serta memenuhi justifikasi produk yang syarikat ketengahkan dalam pengeluaran produk. Setelah menemubual pemilik syarikat Zaimah Frozen Foods Industries Sdn Bhd, antara perkara pertama yang mereka lakukan semasa proses pengeluaran input ini adalah dengan menyenaraikan spesifikasi bahan mentah yang diperlukan agar tidak berlaku sebarang kesalahan semasa proses pemilihan bahan mentah. Pemilik syarikat ini, betul-betul mengambil berat tentang pemilihan atau spesifikasi bahan mentah ini kerana daripada bahan mentah inilah, produk yang ingin dikeluarkan akan memenuhi kualiti yang dikehendaki oleh syarikat. Beliau amat teliti dalam proses pemilihan produk ini kerana apabila senarai pemilihan bahan mentah ini tersilap walaupun sedikit, ianya akan mengakibatkan kerosakan terhadap produk yang dikeluarkan dan kerosakan tersebut kemungkinan besar akan mengakibatkan kerugian yang besar terhadap syarikat kerana mutu produk yang dikeluarkan tidak sama sepertimana yang telah dibuat sebelum ini. Jadi, berikut merupakan senarai bahan mentah yang telah direkod oleh Cik Siti Habsah Zainuddin dalam buku aktiviti pengeluaran syarikat agar sebarang kesalahan yang dibuat semasa pemilihan produk akan dapat dikenalpasti serta merta serta spesifikasi bahan mentah yang dipilih memenuhi piawaian yang telah ditetapkan syarikat.

1.1.1

Tepung gandum

Tepung gandum yang dipilih haruslah berjenama Blue Key yang mana jenama tepung ini tidak boleh ditukar ganti bagi mengelakkan adunan tidak selembut seperti yang ditetapkan. Pembungkusan ataupun pembelian tepung gandum adalah sebanyak 25 kg/ beg. Kandungan tepung yang dipilih perlu ada protein serta tidak mempunyai bahan asing agar status halal terhadap produk adalah

benar. Selain itu, tepung gandum juga tidak boleh berbau dan mempunyai warna putih dan halus. 1.1.2 Susu

Jenama susu pula adalah produk yang dikeluarkan oleh Syarikat F&N yang mana sukatan susu yang dibuat tidak boleh melebihi 515 ml/tin. Susu tersebut perlulah berwarna kekuningan dan kandungan bahan di dalam susu tersebut adalah less cholesterol serta tidak terlalu cair. Jenis susu tersebut adalah daripada kreamer pekat manis dan juga mempunyai status halal. Susu juga tidak boleh mempunyai bahan asing sepertimana yang ditetapkan serta tidak berbau masam agar kualiti produk tidak akan terjejas. Yang penting, pemilihan tin susu adalah teliti bagi mengelakkan pemilihan tin susu yang kemik, berkarat atau bengkak. 1.1.3 Air

Punca bekalan air adalah daripada SYABAS BHD iaitu Syarikat Air Selangor yang mana ianya telah ditapis sebelum digunakan oleh pekerja syarikat dengan menggunakan penapis jenis Waters. Air yang ditapis tidak perlu mempunyai bahan asing serta tidak berbau. Selain itu air yang ditapis juga bersih dan selamat untuk diminum. 1.1.4 Garam halus

Garam halus yang diambil adalah sebanyak 10 kg/beg yang mana jenama garam tersebut adalah Cap Burung. Garam halus tersebut juga harus berkeadaan kering dan tidak terkena sebarang air. Selain itu, kandungan yang ada di dalam garam tersebut boleh digunakan dan selamat untuk dijadikan bahan mentah kepada produk yang hendak dihasilkan serta tidak mempunyai sebarang bahan asing di dalamnya. 1.1.5 Marjerin

Pengambilan marjerin pula adalah sebanyak 17 kg/kotak yang diambil daripada produk merjerin yang berjenama Adilla. Marjerin yang diambil tidak boleh terlalu cair serta berwarna kekuningan. Marjerin juga tidak boleh berbau tenget kerana

ianya akan menjejaskan rasa produk yang akan dihasilkan serta tidak mengandungi bahan-bahan asing di dalam kandungan marjerin tersebut. 1.1.6 Telur

Telur yang digunakan adalah dari jenis cecair yang dipasturised. Manakala botol telur cecair adalah bersih daripada sebarang jenis kotoran dan tidak kemik serta ditutup dengan rapat. Pastikan warna liquid egg kuning keemasan dan tidak terdapat bahan asing di dalam telur tersebut serta pastikan liquid mempunyai tarikh luput yang masih sahlaku. Liquid egg yang digunakan seharusnya dielakkan daripada bauan yang tidak enak. Jenama telur yang digunapakai adalah Eggtech. 1.1.7 Plastik Cling Wrap

Jenama yang dipilih adalah daripada syarikat yang mengamalkan jualan kitar semula. Saiz plastik yang dipilih haruslah bersesuaian dengan saiz produk yang ingin diletakkan di dalam plastik tersebut yang mana ketebalan plastik mempengaruhi kualiti plastik yang dikeluarkan syarikat terbabit serta ketahanan produk syarikat. Warna plastik yang dipilih adalah warna jernih (clear). 1.1.8 Plastik pembungkusan

Jenama Wanis telah dipilih ke atas plastik pembungkusan yang ingin digunakan. Saiz plastik juga haruslah bersesuaian dengan saiz produk yang ingin dihasilkan. Di plastik tersebut perlu diletakkan isi kandungan produk yang dikeluarkan serta mengandungi label halal yang telah disahkan di plastik tersebut. Jenis plastic yang digunakan adalah daripada OPP atau PE atau PP. juga terdapat barcode pada plastik tersebut bagi memudahkan proses jualan. Fakta-fakta nutrient serta makluman tarikh luput juga patut diletakkan ke atas plastik tersebut. Yang penting maklumat bahan kandungan (ingredient) bagi menarik minat pelanggan serta mengekalkan kepercayaan pelanggan ke atas produk yang dikeluarkan.

1.2

Nama dan Alamat Pembekal Bahan Mentah Syarikat Zaimah Frozen Food Sdn. Bhd.

Bil

Bahan Mentah

Jenama

Nama

dan

Alamat Kekerapan Penghantaran

Kuantiti

Pensijilan alal &

Pembekal

Lain-lain

Air Paip

Syarikat Bekalan Air Harian Selangor

Tepung Gandum

Blue Key

FFM Berhad (4878-K) 4 hari sekali Pelabuhan Pelabuhan Selangor Selatan Klang

8 bag @ 25 kg

Ada

Eggtech 3 Telur Ayam Eggtech (Cecair) Manufacturing Bhd. No. 5, Jalan TSB 1, Taman Industri Sungai Buloh, Selangor Sdn. Mingguan 4 botol @ 5 kg Ada

Premier Milk (M) Sdn. 4 Susu Pekat F & N Manis Bhd. 70, Jalan Universiti 14 hari sekali 48 tin @ 515 ml Ada

46700 Petaling Jaya, Selangor

Delima Oil Products 5 Marjerin Adela Sdn. Bhd. Tingkat 5, Balai Bulanan 4 kotak @ 15 kg Ada

FELDA, Jalan Gurney Satu 54000 Kuala

Lumpur

Continental Edible Oil 6 Minyak Masak Cap Hasil lnd Sdn. Bhd. No. 27, Jalan Sibu Taman Wahyu Batu 6, Jalan Ipoh Kuala Lumpur 4 hari sekali 8 kotak @ 17 kg Ada

Persatuan 7 Garam Halus Cap Burung Kawasan, Kuala

Peladang Bulanan Bharu, 1 bag @ 10 kg Tiada

Kubu

Selangor Darul Ehsan

Jadual 1 : Senarai alamat pembekal bahan mentah 1.3 Keputusan CCP Bahan Mentah Yang Sensitif

Senarai bahan mentah yang sensitif yang memerlukan pengawasan dan penyetoran yang baik adalah :

Aliran Proses

Titik Genting

Kawalan Titik Kawalan Mutu

Sistem Pengawasan

a) Tepung gandum

Kualiti tepung baik dan Sentiasa

memeriksa

beg bersih serta tidak beg supaya bersih dan lembap. tidak koyak serta tidak lembap.

1. Penerimaan Bahan mentah

b) Telur

Warna kuning keemasan Memeriksa botol dan dan tidak berbau busuk. tarikh luput produk.

c) Susu

Tidak dan

berbau

masam Memeriksa berwarna kemik dan

tin

yang

berkarat

kekuningan. Dalam mixer yang Semua bersih.

serta tarikh luput.

produk

yang Bancuh

mengikut

sensitive seperti di atas aliran yang dibuat dan menepati ditetapkan. mutu yang masa yang digunakan.

2. Proses bancuhan Doh menepati berat dan Periksa doh supaya Dalam dough divider tidak yang bersih. mengandungi tidak ada bahan asing dan menepati berat. (guna setting berat 60 gram yang ada dalam dough divider)

bahan asing.

3. Proses perapan

Diletak

atas

meja Doh dapat mengembang Doh ditutup dengan cling wrap

stainless steel yang dengan baik dan bebas plastik bersih. daripada bahan asing.

selama 30 minit.

Pastikan penebar roti Diletak atas meja Doh dapat cara dibentuk dalam keadaan bersih. manual Tangan roti mengikut dicuci prosedur yang

stainless steel yang dengan 4. Proses menebar bersih. (tangan) boom

menjadi

dengan

ukuran cucian

berat 60 gram.

ditetapkan dalam carta yang disediakan di

dinding.

Di atas kuali masak Roti yang leper dan bersih.

dimasak

minit Pastikan roti

tukang dalam bersih. dicuci prosedur yang

setiap bahagian (side) masak untuk mendapatkan keadaan Tangan mengikut

kualiti yang sekata.

5. Proses memasak

cucian

ditetapkan dalam carta yang disediakan di

dinding. memasak bersih selepas

Peralatan hendaklah dicuci kali

dan setiap

penggunaan

Jadual 2 : Kawalan kualiti terhadap bahan mentah yang sensitif

Semasa

melalui

fasa

pengeluaran

input,

setiap

bahan

mentah

yang

dibeli

sememangnya perlu dilihat secara terperinci agar kualiti produk yang dikeluarkan tidak akan terjejas dan kualiti yang dikehendaki sentiasa terjamin nilainya. Hal ini dapat dilihat melalui setiap jadual yang dikeluarkan syarikat Zaimah Frozen Food ini yang mana syarikat ini amat mementingkan prosedur yang telah ditetapkan dalam pemilihan bahan mentah serta kawalan kualiti terhadap bahan mentah itu sendiri sebelum ianya melalui fasa pengeluaran yang seterusnya.

You might also like