You are on page 1of 25

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL. 1/ 2023


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NILAM KUALA LUMPUR

Tarikh : 14 Mac 2023 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Seri Nilam Kuala Lumpur.

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan alu-aluan pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Seri Nilam
Bil.4/2022
3. Perkara –perkara berbangkit
4. Pembentangan
4.1 Laporan GPK Pentadbiran
4.2 Laporan GPK Hal Ehwal Murid
4.3 Laporan GPK Kokurikulum
4.4 Laporan GPK PPKI
4.5 Laporan Penyelaras Orientasi 2023/2024
5. Hal-hal lain
6. Penutup

Kehadiran:

1 Saiful Adli bin Abdul Razak GPK Pentadbiran


2 Raziman bin Ramlee GPK Hal Ehwal Murid (Google Meet)
3 Mohd Norul Haffisz bin Nordin GPK Kokurikulum
4 Haszanarita bt Hasim GPK PPKI
5 Alex Anantharaj A/L Victor Arokiasamy GAB
6 Asmah Laili binti Selamat GAB
7 Azrul zai bin Zainul Abidin GAB
8 Charumathi Manogaran GAB
9 Ezura bt Wahab GAB
10 Fadilah bt Yaacob GPI
11 Fadzilah bt Mohd Rashid GAB
12 Fairuzima bt Zamharir GPI
13 Faridah bt Mohd Jamil GAB
14 Haslinda bt Ismail GAB
15 Hasniza bt Ramli Guru PPKI

1
16 Hasrey bin Haris GAB
17 Jayaletchumy A/P Verapathren Guru Prasekolah
18 Kamaliah bti Ali Guru PPKI
19 Maizatul Azma bt Chit Adziz@Che Aziz GAB
20 Melissa Choong Yu Pei GAB
21 Mohamad Din bin Ab Rajab GPI
22 Mohd Aizuddin bin Roslan GAB
23 Mohd Fariq bin Ahmad GPI
24 Mohd Khairul Haisyam bin Draman GAB
25 Munirah bt Ahmad Sabri GAB
26 Nazirah bt Hj Abdul Rahim GAB
27 Nik Nur Izzati bt Abd Rahman GAB
28 Noorzaihan bt Zakaria Guru PPKI
29 Noor Muhibah bt Ab. Aziz GPI
30 Noorzaihan bt Zakaria GAB
31 Nor Zahilah bt Che Harun Guru PPKI
32 Nor Zaini bin Darso GAB
33 Norazmawatie bt Mat Ghani GAB
34 Norhazlinda bt Zainudin Guru Pemulihan
35 Nur Azrin bt Marzuki GAB
36 Nurliyana bt Abdol Rani Guru PPKI
37 Nurul Ain bt Othman Guru PPKI
38 Nurul Aina bt Mohd Azmi Guru Media / PSS
39 Nurul Alya bt Khairul Fauzi Guru PPKI
40 Nurul Najiah bt Mohamad Zalik Guru PPKI
41 Nurul Sa’adah bt Mohd Sabri GPI
42 Raja Norshaza Shafiqa bt Raja Shaharudin GAB
43 Rohati bt Mokter GPI
44 Rosmi Fariza bt Othman GAB
45 Rozihaslina bt Ismail GAB
46 Rubiaah Adhuwiah bt Yusoff GAB
47 Sa’uyah bt Sauni Guru Bimbingan Kaunseling
48 Salini A/P Armugan GAB
49 Shahruzat bt Zakaria GPI

50 Siti Mazura bt Mahamad GPI


51 Siti Nor Afatien binti Jusoh GAB
52 Siti Noraini bt Hamid GPI

53 Siti Sulaiha bt Maswari Guru PPKI

2
54 Sollah bin Mohamed Kenapiah GAB
55 Suhaila bt Hj Zakaria GPI
56 Tarmizi bin Che Soh Guru PPKI
57 Wan Nor Hidayati bt Wan Ibrahim GPI
58 Zauyah bt Muhamed GPI
59 Noor Mila bt Daud Ketua Pembantu Tadbir N22
60 Siti Rafeah bt Mohamad Ali PPM N19 (PPKI)
62 Maslina bt Mat Yatim PPM N22 (Prasekolah)
62 Norzaini bt Mahmud PPM N19 (PPKI)
63 Sharifah Salwah bt Ramli PPM N19 (PPKI)
64 Amir Zaki bin Bakhtiar PPM N19 (PPKI)

Tidak Hadir Bersebab :


1. Hamidah bt Ramlee
2. Janisha Kathleen A/P Gilbert
3. Mohamad ‘Asri bin Mahmood

1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi


.
1.1 En. Saiful Adli bin Abdul Razak (GPK Pentadbiran) selaku Pengerusi mesyuarat
mengucapkan selamat kembali dan ucapan terima kasih kepada semua guru
serta kakitangan atas komitmen dapat hadir dalam mesyuarat pada kali ini.

Makluman

1.2 Pengerusi memaklumkan En. Raziman bin Ramlee tidak dapat hadir ke
mesyuarat kerana masih tidak sihat. Beliau menyertai mesyuarat melalui
aplikasi ”Google Meet”.
Makluman

1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Cikgu Siti Nor Afatien bin Jusoh
kerana dapat berpindah ke SK Paloh, Kelantan.
Makluman

1.4 En. Saiful Adli memaklumkan bahawa seorang guru baharu iaitu Puan Nor
Azwa binti Jusoh akan berpindah masuk ke SK Seri Nilam.

Makluman

3
1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa buat masa ini SK Seri Nilam masih
kekurangan 5 orang guru.
Makluman

1.6 En. Saiful Adli memaklumkan SK Seri Nilam telah terpilih untuk pembentangan
PSO di JPWPKL pada bulan April ini.
Makluman

1.7 Pengerusi juga memaklumkan tentang mesyuarat PSO yang akan diadakan
pada hari Rabu (pagi) bertujuan memurnikan semula PSO yang melibatkan
semua Ketua Panitia subjek teras. Pada Rabu (malam) pula akan diadakan
mesyuarat AJK PIBG.
Makluman

1.8 Pengerusi memaklumkan tentang pemasangan 7 buah lagi “Smart TV” untuk
kelas tahun 5 dan tahun 6. Peruntukan untuk 7 buah “Smart TV” tersebut dalam
anggaran RM16,000. Selepas pemasangan ini, kesemua kelas akan lengkap
mempunyai “Smart TV”. Beliau juga memaklumkan pihak sekolah akan
menjalankan kutipan sebanyak RM50 untuk tahun 1 dan tahun 6, 2023 bagi
menggantikan semula duit “Smart TV” yang akan dipasang nanti.

Makluman

1.9 En. Saiful Adli memaklumkan tentang sumbangan daripada pihak PIBG untuk
murid sakit, kematian atau kemalangan mestilah secara konsisten dan perlu
wujud dalam perlembagaan.
Makluman

2 Pengesahan Minit Mesyuarat.


.
2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Guru dan Kakitangan Bil. 4/2023 yang diadakan
pada 08 Disember 2022 telah dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Haslinda
binti Ismail dan disokong oleh Pn. Shahruzat binti Zakaria.

Makluman

3 Perkara – perkara berbangkit.


.
3.1 Rujuk lampiran

4
Makluman

4 Pembentangan
.
4.1 LAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
4.1.1 HASIL LIBAT URUS PENGARAH JPWPKL BERSAMA PGB, 2.3.2023 JAM
2.30 PTG.
4.1.1.1 GPK Pentadbiran memohon semua guru dan akp beri perhatian dan fikirkan,
perbincangan dan penetapan dalam mesyuarat guru dan akp atas beberapa
perkara:
1. Hari pertama hingga hari ke lima persekolahan perlu ada aktiviti suaikenal
dgn murid, ibubapa. Perlu beri rangsangan kepada murid, kasih sayang,
keriangan, ramah mesra selama 5 hari (maksimum). Ibubapa dibenarkan
masuk ke kawasan sekolah.KPM beri ruang untuk laksanakan, termasuk
maskot. Elakkan sebarang isu. Rujuk SPI Bilangan 5 KPM 2023.
Penubuhan JK dilaksanakan. Wujudkan lampiran.

2. SPI Bilangan 4/2023: Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang


Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan KPM. Mohon semua
membaca dan memahami- jika berlaku situasi berkenaan di sekolah sila
rujuk dengan pihak pentadbir terlebih dahulu dengan kadar segera.

Makluman

4.1.1.2 Beliau mencadangkan Cikgu Azrul Zai sebagai ketua penyelaras aktiviti minggu
pembukaan sekolah. Antara cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan ialah
sukan dan permainan.
Tindakan

4.1.1.3 GPK Pentadbiran memaklumkan undangan orang kenamaan mestilah melalui


proses permohonan sekurang-kurangnya satu bulan kecuali lawatan mengejut
tidak perlu permohonan.
Makluman

4.1.1.4 Beliau memaklumkan pihak Akhbar Didik sahaja yang boleh mengambil gambar
di dalam kawasan sekolah kerana ada permohonan daripada KPM. Stesen TV
atau pihak media lain adalah tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Makluman

5
4.1.2 PELAKSANAAN PROGRAM/ AKTIVITI
4.1.2.1 Beliau memaklumkan semua program/aktiviti yang dilaksanakan perlu patuh
dan akur dengan prosedur yang ditetapkan oleh pihak sekolah bagi
mengelakkan

sebarang masalah. Perbincangan dengan pihak pentadbir terlebih dahulu


sebelum memo, kertas kerja, surat menyurat dikeluarkan/ diedarkan.
Makluman
4.1.3 PAPAN KENYATAAN
4.1.3.1 Beliau meminta agar setiap papan kenyataan perlu segera dikemaskini bagi
tahun 2023.
Tindakan
4.1.4 PBPPP
4.1.4.1 Beliau memaklumkan penetapan guru di bawah PP belum ditetapkan kerana
masih tiada guru besar.
Makluman

4.1.5 PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)


4.1.5.1 GPK Pentadbiran memaklumkan dua orang guru baharu perlu menghantar
laporan setiap minggu kepada pentadbir.
Makluman

4.1.5.2 Beliau juga memaklumkan dua orang guru tersebut perlu mendaftar di portal
Delima.
Makluman
4.1.6 HALA TUJU SKSN 2023-2025
4.1.6.1 Beliau memaklumkan Pelan Strategik Organisasi SKSN yang baharu bagi tahun
2023-2025, persediaan bagi data dan maklumat berkaitan visi dan misi, moto,
aspirasi sistem dan aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025, nilai teras,
matlamat strategik, objektif hala tuju, huraian objektif dan Touch Point SKSN.
Berikut matlamat bagi setiap unit
1. Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid. (Fokus Subjek
teras dan PAI)
2. Peningkatan kehadiran dan sahsiah semua murid.
3. Pencapaian dan penyertaan bg prestasi sukan dan kokurikulum yang tinggi
oleh semua murid.
Makluman

4.1.6.2 Beliau juga memaklumkan perincian sasaran SKSN 2023-2025 kita

6
mensasarkan peningkatan KUALITI SEKOLAH DAN KEMENJADIAN MURID
selaras dengan keberhasilan KPM
• pencapaian minimum 90% utk kualiti kepimpinan dlm SKPMG2
• pencapaian minimum Skor 80% kualiti guru Standard 4 (PdPC)
• pengukuhan dlm Pembelajaran Digital & Pembudayaan ICT dlm PdPC guru.
• Meningkatkan dan mengukuhkan PSS dlm menyokong kualiti akademik murid.
• Memantapkan peranan PIBG dan Komuniti terhadap sekolah.

Makluman

4.1.7 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023


4.1.7.1 Beliau memaklumkan buku pengurusan masih belum rasmi disebabkan
ketiadaan guru besar dan terdapat beberapa perubahan dari segi peranan
dalam jawatankuasa dan sebagainya bagi setiap bidang Pentadbiran Kurikulum,
Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan PPKI. Akan dimurnikan semula apabila guru
besar baharu masuk.
Makluman
4.1.8 PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH
4.1.8.1 Beliau memohon semua guru dan AKP serta warga SK Seri Nilam bersiap sedia
dengan pembukaan sekolah sesi 2023/2024.
Makluman

4.1.9 KEDAI BUKU


4.1.9.1 Beliau memaklumkan kedai buku akan mula beroperasi pada 6.3.2023, pihak
sekolah telah mohon pihak kedai buku menyediakan semua buku dan peralatan
secukupnya bagi mengelakkan sebarang masalah timbul.
Makluman

4.1.10 TAKLIMAT ORIENTASI DAN TRANSISI TAHUN 1


4.1.10.1 GPK Pentadbiran memaklumkan pihak sekolah akan melaksanakan taklimat
kepada semua ibubapa pada 17.3.2023, termasuk taklimat pengoperasian
pelaksanaan program transisi tahun 1 selama 4 minggu. Pihak sekolah telah
menetapkan penggunaan modul transisi yang dibekalkan oleh pihak MGB
berharga RM 6.50 dan tanda nama berharga RM 10.00 yang diuruskan
penjualan oleh pihak PIBG.
Makluman

4.1.10.2 GPK Pentadbiran memaklumkan pihak PIBG akan keluarkan resit untuk
bayaran sebanyak RM16.50 tersebut.
Makluman

7
4.1.10.3 GPK pentadbiran memaklumkan bahawa perlu bentangkan TS25 kepada ibu
bapa yang hadir.
Tindakan

4.1.10.4 GPK Pentadbiran memaklumkan En. Haffisz dan Cik Haszanarita perlu
mengetuai Orientasi tahun 1 pada hari Jumaat.
Makluman

4.1.10.5 Beliau memaklumkan kutipan duit sebanyak RM24 untuk tahun 1 adalah
dibenarkan.
Makluman

4.1.10.6 GPK Pentadbiran memaklumkan pelaksanaan program perlu akur kepada


prosedur yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Makluman

4.1.11 PERANAN SEKOLAH MEMBANTU MURID MENANGANI TEKANAN

4.1.11.1 Beliau memaklumkan Bimbingan dan Kaunseling wajib memainkan peranan


untuk membantu murid yang terpilih berdasarkan data-data yang sedia ada.
Antara program yang boleh dilaksanakan adalah Program Minda Sihat.
Saringan Minda Sihat perlu dillaksanakan ke atas murid bagi mengenalpasti
murid yang boleh pihak sekolah sasarkan.
Makluman

4.1.12 PEMERIKSAAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN OLEH KPM/ JEMAAH


NAZIR/ JPWPKL DAN PPD SENTUL
4.1.12.1 Beliau memohon semua guru dan AKP bersiap sedia. Penetapan dalam
mesyuarat.
Makluman

4.1.13 SENTIASA PATUH DENGAN SURAT SIARAN DAN SPI YANG TERKINI DAN
BERKUATKUASA

4.1.14 LARANGAN MEMBUAT PERNYATAAN AWAM


4.1.14.1 GPK Pentadbiran memaklumkan seseorang pegawai tidak boleh membuat
pernyataan awam secara lisan atau bertulis dalam media sosial tanpa
kebenaran rasmi KPM.

Makluman

8
4.1.15 BUKU FAIL REKOD MENGAJAR / FAIL REKOD MENGAJAR BAGI TAHUN
2023
4.1.15.1 GPK Pentadbiran memaklumkan guru boleh memilih penyediaan RPH dalam
bentuk fail dan buku. BRM DAN FRM diedarkan kepada semua guru selepas

selesai sesi mesyuarat Guru dan AKP SKSN Bil.1/2023 di pejabat. Pengerusi
tegaskan tiada alasan tidak dapat menyediakan RPH pada hari berkenaan,
penyerahan BRM dan FRM untuk pengesahan pihak pentadbir perlu diserahkan
pada setiap hujung minggu, mengikut pentadbir yang telah ditetapkan. Perlu
lengkapkan keseluruhan maklumat bagi penyemakan pertama, tarikh akan
ditentukan kemudian melalui Whatapps rasmi SK Seri Nilam.
Makluman

4.1.16 SURAT PELANTIKAN GURU TERLIBAT DENGAN JAWATANKUASA


PENGURUSAN BILIK-BILIK KHAS
4.1.16.1 Penyerahan surat pelantikan kepada guru yang terlibat dalam diserahkan,
tahniah kepada guru bagi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan
dengan penuh dedikasi demi kemajuan sekolah.
Berdasarkan Semakan Borang Tugasan Guru SK Seri NIlam Tahun 2023

Makluman

4.1.17 MESYUARAT AGUNG PIBG


4.1.17.1 GPK Pentadbiran memaklumkan tarikh mesyuarat belum ditetapkan.

Makluman

4.1.18 PEMBENTANGAN WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF) KEPADA AKP


4.1.18.1 GPK Pentadbiran memaklumkan waktu masuk adalah 7.30-9.00 dan waktu
balik adalah 4.30-9.00. Tempoh masa bekerja 9 jam.
Makluman

4.1.19 ANGGARAN BELANJAWAAN MENGURUS BAGI TAHUN 2023


4.1.19.1 GPK Pentadbiran memaklumkan semua panitia bagi sesi 2023 perlu merancang
dan menguruskan perbelanjaan bagi panitia masing-masing.
Makluman

4.1.20 PENGURUSAN ASET ALIH SKSN BAGI TAHUN 2023


4.1.20.1 GPK Pentadbiran mengucapkan terima kasih pada JK Aset Alih SKSN
menyediakan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak
Ketara Dan Stor Kerajaan Tahun 2022 Oleh Agensi Di Bawah Kementerian

9
Pendidikan Malaysia (KPM). Teruskan untuk 2023.

Makluman

4.1.21 PENGGUNAAN KLASIFIKASI FAIL SEKOLAH YANG SERAGAM BERMULA


2021
4.1.21.1 GPK Pentadbiran memaklumkan melalui arahan KPM bermula 1 Januari 2021,
SK Seri Nilam akan menggunakan klasifikasi fail sekolah yang seragam. Beliau
memohon semua unit membuat penyelarasan bermula 1 Januari 2021. Manual
klasifikasi fail boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi KPM
https://www.moe.gov.my/pekeliling/3082-klasifikasi-fail-sekolah/file
Tindakan

4.1.22 PATUHI SOP SKPMg2


4.1.22.1 Beliau memohon semua guru mematuhi prosedur kerja yang betul dalam
pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)
tahun. Pengisian data ke dalam portal SKPMg2 sekali shj utk 2023 berdasarkan
semakan fail, eviden setiap panitia.
Makluman

4.1.23 POHON SEMUA GURU DAN KAKITANGAN MENGEMASKINI


PENGISYTIHARAN HARTA SEMASA KE SEMASA
4.1.23.1 GPK Pentadbiran memaklumkan kemaskini pengisytiharan harta bukan ikut
tempoh 5 tahun.
Makluman

4.1.24 GPK Pentadbiran merakamkan setingg-tinggi perhargaan tahniah dan terima


kasih kepada semua guru dan akp di atas tugas dan tangunggungjawab yang
diamanahkan sepanjang 2022
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN MENGEDAR, MENGETUAI
PEMBACAAN DAN MENANDATANGI IKRAR GURU, AKTA RAHSIA RASMI,
AKU JANJI DAN IKRAR BEBAS RASUAH BAGI TAHUN 2021 KEPADA
SEMUA GURU
Makluman
4.1.25 PERATURAN AM SEKOLAH
4.1.25.1 GPK Pentadbiran memohon semua guru baca dan hayati peraturan sekolah.
(Rujuk lampiran)
Makluman
4.1.26 TAKWIM SK SERI NILAM TAHUN 2023
4.1.26.1 GPK Pentadbiran memaklumkan takwim sekolah mestilah berpandukan takwim

10
PPD Sentul.
Makluman

4.1.26.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada SU semua unit. Semua guru dipohon
mengemaskini dari masa ke semasa.
Makluman

4.1.27 TAKLIMAT DAN PERBENGKELAN PENATARAN PELAN STRATEGIK


ORGANISASI 2023-2025, (DASAR SERTA HALA TUJU, PERANCANGAN
STRATEGIK, PELAN TAKTIKAL & PELAN OPERASI SK SERI NILAM )
4.1.27.1 GPK Pentadbiran memaklumkan pelaksanaan akan ditetapkan pada 16 Mac
2023. Beliau memohon semua panitia meneliti / mengkaji program dan aktiviti
yang bersesuaian utk diangkat pada tahun 2023. Pelan Strategik yang telah
siap perlulah dicetak dimasukkan ke dalam fail panitia dan satu salinan simpan
guru besar.
Makluman

4.1.28 FOKUS UTAMA PENGURUSAN KURIKULUM SKSN


4.1.28.1 GPK Pentadbiran memaklumkan murid tahap 1 adalah pentaksiran yang lebih
objektif melihat kepada perkembangan murid secara lebih menyeluruh termasuk
amalan nilai-nilai murni yang berbentuk rutin harian. Kemahiran 4 M (membaca,
menulis, mengira dan menaakul) adalah kemahiran asas yang mesti dibina dan
diperkukuhkan pada murid tahap 1. Bagi murid tahap 2, fokus utama
pengurusan kurikulum SKSN adalah peningkatan peratus menguasai mata
pelajaran teras bagi murid Tahun 4,5 dan 6 (Tahap Penguasaan sekurang-
kurangnya TP3 melalui ( Penilaian Sumatif dan Penilaian Formatif).
Makluman

4.1.29 PENCERAPAN DAN BIMBINGAN


4.1.29.1 GPK Pentadbiran memaklumkan tetang pencerapan PdPc guru standard 4
(Mac-Julai dan Ogos-Nov 2023) semakan BRM/ FRM ( 7 April 2023),
semakan buku tulis murid 2022 (15 Mei 2023 - 16 Jun 2023) dan semakan fail
panitia (10 April 2023 – 14 April 2023) yang dilaksanakan oleh semua GPK ke
atas semua guru.

Makluman

4.1.30 MESYUARAT JK PANITIA


4.1.30.1 GPK Pentadbiran memaklumkan tentang perancangan pantia perlu teliti
terutama:

11
1. Pemantauan PdPC guru
2. Perancangan Intervensi
3. Pemantuan Prog/ Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan
4. Perancangan perbelanjaan bagi setiap panitia

5. Bicara ilmu seperti perancangan PLC


6. Penetapan PLC sekurang-kurangnya 5 kali setahun
Beliau juga memohon ahli panitia beri kerjasama jika KP & SU minta data /
maklumat dan sebagainya.
Makluman

4.1.31 BUKU KERJA YANG TELAH DIPILIH, GURU PERLU MENGGUNAKAN


BUKU TERSEBUT SEBAIK MUNGKIN-MAKSIMUM
4.1.31.1 GPK Pentadbiran memohon panitia dan guru yang terlibat dengan pemilihan
buku kerja /aktivti menggunakan sebaik mungkin, bagi guru yang tidak memilih
buku kerja/ aktiviti, tindakan - latihan dan lembaran kerja yang secukupnya perlu
diberikan kepada murid.
Makluman

4.1.32 SK SERI NILAM TS 25 – KOHORT 7


4.1.32.1 GPK Pentadbiran memaklumkan tentang:
1. Perkongsian Buletin Infografik Dasar Pelaksanaan Program TS25 kepada
semua guru di sekolah.
2. Analisis mengenal pasti kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang di
sekolah.
3. Pelaksanaan Program Kesedaran TS25 di sekolah.
4. Menetapkan dan mengenal pasti Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Sekolah
selaras dengan hala tuju Program TS25.
5. Membuat refleksi kendiri terhadap cabaran yang dihadapi berdasarkan fasa
mengurus perubahan 8 Langkah Kotter dan cadangan penambahbaikan.
6. Inisiatif Kolaboratif melibatkan pemegang taruh.
7. Simulasi Bimbingan dan Pementoran.
Makluman

4.1.33 PEMBENTANGAN DATA PBD KUTIPAN JAN-FEB 2023


4.1.33.1 GPK Pentadbiran memaklumkan semua guru dan perlu perhatian dan tindakan
penting pada bilangan murid yang belum menguasai matapelajaran utama.
Perancangan peningkatan prestasi akademik murid perlu diberi perhatian
terhadap kualiti peratus menguasai dan kualiti pencapaian PBD. Perincian
terhadap individu murid yg belum menguasai perlu dilaksanakan dalam

12
mesyuarat panitia masing-masing.

Makluman

4.1.34 PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (PTTS 2.0)


4.1.34.1 Semua guru yang mengajar tahun 1 terlibat dalam PTTS 2.0 perlu patuh dengan
prosedur yang telah ditetapkan. Tempoh pelaksanaannya terdiri FASA
PENYESUAIAN (DUA MINGGU) DAN FASA KESEDIAAN (DUA MINGGU)
BERMULA 20.3.2023-14.4.2023. Mohon semua guru rujuk Modul PTTS 2.0
untuk persiapan dan perlaksanaan. Buku Transisi 1 akan diedarkan kepada
murid pada minggu pertama persekolahan 2021.

Makluman

4.1.35 PEMBENTANGAN BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN


2023 (PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KURIKULUM)
4.1.35.1 GPK Pentadbiran telah memaklumkan tentang:
1. Takwim SKSN 2023
2. PPPM 2013-2025 dan MELANGKAH KEHADAPAN KPPM 2018
3. Maklumat guru dan AKP 2023
4. Pengurusan dan Pentadbiran 2023 (Carta Organisasi, senarai tugas guru,
semua JK terlibat dan bidang tugas)
5. Senarai guru kelas dan penyelaras kelas bagi tahun 2023
6. Pengurusan Kurikulum 2023 (Carta Organisasi, senarai tugas guru, panitia,
semua JK terlibat dan bidang tugas)
7. Senarai pengurus bilik-bilik khas 2023
8. Jadual tugas mingguan semua guru 2023

Makluman

4.1.36 PEMBENTANGAN JADUAL WAKTU GURU, JADUAL KELAS DAN JADUAL


PEMBAHAGIAN MASA
4.1.36.1 Perincian dibentangkan dan dibincangkan secara menyeluruh.
Makluman

4.1.37 JADUAL GURU GANTI PdPC BAGI SETIAP HARI PEMBELAJARAN


4.1.37.1 GPK Pentadbiran memohon maklumkan lebih awal sekiranya tidak dapat hadir
bertugas di sekolah, tulis di papan kenyataan rasmi sekolah selewat-lewatnya
sehari sebelum pergerakan/bertugas guru di luar, edaran jadual guru ganti
melalui WhatsApp Rasmi sekolah.

13
Makluman

4.1.38 SURAT PELANTIKAN GURU TERLIBAT DENGAN JAWATANKUASA


PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KURIKULUM
4.1.38.1 Penyerahan surat pelantikan kepada guru yang terlibat. GPK Pentadbiran
mengucapkan tahniah kepada guru bagi melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan penuh dedikasi demi kemajuan sekolah.
Makluman

4.1.39 eOPERASI
4.1.39.1 GPK Pentadbiran memaklumkan tentang:
1. Untuk maklumat guru baharu dalam eoperasi Ustazah Rohati akan dapatkan
maklumat yang diperlukan.
2. Semua guru dan AKP diminta mencetak maklumat eoperasi masing-masing
dan membuat semakan. Gunakan pen merah dan hantar kepada GPK tadbir
dan kurikulum sebelum 25 Mac 2023.

Tindakan

4.1.40 SPLKPM
4.1.40.1 GPK Pentadbiran memaklumkan perlu lengkapkan 42 mata kredit dan 5 hari
berkursus bagi seseorang guru dan akp tahun 2023.
Makluman

4.1.41 MERAKAMKAN SETINGGi-TINGGI PERHARGAAN TAHNIAH DAN TERIMA


KASIH KEPADA SEMUA GURU DAN AKP
-Tugas, tangunggungjawab yang diamanahkan sepanjang 2022

4.2 LAPORAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


4.2.1 HALA TUJU UNTUK UNIT HEM
4.2.1.1 GPK Pentadbiran memaklumkan tindakan yang perlu diambil untuk
meningkatkan peratus kehadiran murid-murid bagi sesi 2023. Peratus
kehadiran bagi sesi 2022 ialah 83%. Antaranya ialah :
1. Guru Kelas perlu maklumkan dengan segera kepada murid tentang
kehadiran ke sekolah.
2. Guru kelas perlu keluarkan surat amaran kepada murid yang tidak hadir
tanpa sebab.(Surat dari SSDM)
3. Guru kelas perlu maklumkan kepada ibu bapa/penjaga yang risau akan
kehadiran murid ke sekolah ( Covid-19 ) PERLU serahkan surat. Contoh

14
surat boleh rujuk kepada Ustazah Rohati.
4.
Makluman

4.2.1.2 GPK Pentadbiran memaklumkan bahawa guru-guru perlu mengutamakan


sahsiah murid iaitu sahsiah terpuji/amalan/tingkahlaku baik. Semua guru perlu
mengisikan data dalam SSDM sekurang-kurangnya 2 orang murid untuk setiap
bulan.
KATALALUAN SSDM 2021 TERKINI
1. Guru Besar - ic GB - PGBsksn2021
2. GPK HEM - ic HEM - PK2sksn2021
3. Guru Disiplin - ic - GDSsksn2021
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling - ic - GKKsksn2021
5. Guru-guru - WBA0077-sksnWBA0077
Tindakan

4.2.1.3 Puan Sauyah memaklumkan tentang program yang dijalankan untuk


meningkatkan kehadiran murid ke sekolah ialah:
1. PROGRAM JOM KE SEKOLAH
2. Program SUIT/Kehadiran Penuh diberi setiap Semester
3. Sahsiah diutamakan sahsiah terpuji/amalan /tingkahlaku baik
Makluman

4.2.1.4 Puan Sauyah memaklumkan Program Amalan Guru Penyayang akan


diteruskan iaitu menyambut kehadiran murid, mengiringi murid balik dan
program mentor dan mentee.
Makluman

4.2.1.5 Puan Sauyah membuat teguran tentang segelintir guru-guru yang lambat masuk
ke kelas dan tidak menjalankan aktiviti mentor dan mentee.
Makluman

4.2.1.6 Puan Sauyah memaklumkan tajuk yang dipilih untuk program mentor dan
mentee adalah isu-isu semasa namun begitu masih berpandukan modul yang
disediakan.

Makluman

4.2.1.7 Puan Sauyah memaklumkan tentang Program Minda Sihat yang berfokuskan
murid tahun 5 dan tahun 6. Taklimat akan dijalankan kepada murid serta
mengenalpasti tahap emosi murid. Majoriti murid yang telah melaksanakan

15
program ini berada dalam kategori umum.

Makluman

4.2.1.8 Puan Sauyah memaklumkan tentang program IKEP juga berfokuskan kepada
murid tahun 5 dan tahun 6.
Makluman

4.2.1.9 Puan Sauyah memaklumkan tentang bilik kaunseling mestilah mempunyai


papan kenyataan, ruang menunggu, ruang simpanan fail dan bilik kelompok.
Makluman

4.2.1.10 Puan Sauyah memohon agar guru kelas menyediakan satu sudut di dalam
kelas untuk info kaunseling.
Makluman
4.2.2 PENGURUSAN FAIL UNIT-UNIT HEM
4.2.2.1 GPK Pentadbiran memaklumkan segala maklumat adalah dari tahun 2022.
Semua fail perlu dikemaskini dan no. fail 2023 perlu ada pembahagi dalam fail
keras. Pengurusan Fail Induk/SubUnit Hem
Makluman

4.2.3 PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN/PENGURUSAN KELAS


4.2.3.1 GPK Pentadbiran memaklumkan:
1. Kerusi dan meja setiap kelas akan diuruskan unit Aset/Penyelenggaraan
Sekolah. (Dilaporkan kpd GPK 1 @ Hem)
2. Pelan Laluan selamat/Kecemasan/VISI & MISI akan diagihkan pada semua
guru Kelas/Guru Bilik Khas- pejabat
3. Buku Kawalan Kelas telah disediakan dan semua guru mata pelajaran/guru
relief kelas mesti menulis Buku Kawalan Kelas. (JANGAN HILANGKAN)
(CATAT MAKLUMAT MURID-MURID YANG MELAKUKAN KESALAHAN
DALAM BUKU KAWALAN. (BUKTI UNTUK DIMAKLUM KPD IBU
BAPA/PENJAGA)
4. Perjumpaan dengan pihak Kebersihan, Keselamatan dan Kantin akan dibuat
selepas Hari Raya Puasa 2023.
5. Jumlah terakhir dari JPWPKL (6/03/2023) untuk pendaftaran tahun satu sesi
2023 ialah 199 orang. Berdasarkan kepada kehadiran Hari Orientasi Tahun
Satu-17 Mac 2023
6. Jumlah murid yang terlibat dengan Rancang Makanan Tambahan (RMT)
bagi Sesi 2022. Akan ada penambahan bilangan penerima RMT iaitu dari
Data APDM/cicir (tidak Lengkap borang permohonan) dan murid baru

16
pindah.
7. Perjanjian RMT akan diproses setelah mendapat jumlah sebenar penerima
RMT asal dan baharu.

8. Jawatankuasa Kebersihan/keceriaan (guru bertugas) perlu mengambil


laporan setiap minggu. (Buku Laporan diletak di pejabat) Keutamaan
kepada kebersihan kelas sebelum PdPc bermula & sebelum Balik sekolah.
Peranan Semua Guru
9. Buku Laporan Perhimpunan telah disediakan & perlu diisi/dicatat oleh guru
bertugas. Buku perlu ada di pejabat (tempat Register) Laporan
perhimpunan/mingguan dicatat dalam buku.Semua Guru Bertugas perlu
Bertugas Setiap Hari.Ada Guru Bertugas di pagar sekolah pada waktu
pagi,waktu perhimpunan pagi, waktu rehat dll. Buku Laporan Perhimpunan
MESTI di letak di pejabat oleh guru bertugas utk di semak GPK/GB.
10. Waktu balik murid akan menunggu di dalam kawasan sekolah. (Pondok
Keselamatan/Kantin)
11. Waktu balik murid perlu gunakan pintu pagar kecil manakala pintu pagar
besar akan dibuka pada pukul 2 petang.
12. Waktu datang murid perlu gunakan pintu pagar kecil/besar
13. Penerapan nilai murni dalam kelas oleh semua guru (DALAM BUKU
PENGURUSAN)
14. Sekiranya berlaku ketidakakuran di kantin/kedai buku, boleh maklum kepada
guru bertugas (untuk dicatat dalam buku Laporan mingguan) atau isikan
dalam buku laporan/Aduan kantin/kedai buku.
15. Surat Amaran perlu dikeluarkan kepada murid bermasalah dengan
kehadiran. (Jangan Tunggu) – rujuk surat dari SSDM

Makluman

4.2.4. PENGURUSAN APDM


4.2.4.1 GPK Pentadbiran memaklumkan tentang beberapa perkara berikut:
1. Data dalam APDM perlu dikemaskini dan Guru Kelas boleh memproses Data
murid dalam APDM (Naik Kelas) selepas 17 MAC 2023. Guru Kelas perlu
maklumkan kepada ibu bapa/penjaga agar kemaskini butiran dalam apdm
melalui link (https://public.moe.gov.my)
2. Segala maklumat yang telah dikemaskini oleh ibu bapa/penjaga perlu dicetak
dan disimpan dalam fail perbadi murid (salinan kad pengenalan ibu
bapa/slip/akuan gaji)
3. Sentiasa dikemaskini segala maklumat dalam APDM.
4. Maklumat penerima bantuan perlu dicatatkan dalam APDM. Mudah untuk

17
buat semakan. Data untuk pemilihan BAP/RMT/PSS1M/KWAPM/Baitumal
bagi sesi 2023 perlu diserahkan pada Penyelaras.

5. Data murid dalam APDM yang perlu dikemaskini terutama Alamat /


No.Telefon / Gaji / Penjaga Utama.(Sentiasa berhubung dgn Guru kelas lain
yang murid mempunyai anak-beranak)
6. APDM mesti dikemaskini oleh guru kelas sebelum pukul 12 tengah hari.

Makluman
4.2.5 PENGURUSAN DISIPLIN / PENGAWAS / BNK
4.2.5.1 GPK Pentadbiran memaklumkan tentang:
1. Semua guru terlibat dengan isyarat ‘SELENCE MOD’ terutama guru kelas.
2. Program Buku Peraturan Sekolah akan dilaksanakan setiap hari Khamis oleh
Guru Disiplin atau Guru Bertugas
3. Pergerakan ke Kelas Waktu Pagi Dan Keluar Rehat /masuk Kelas
4. Maklumat Program/Data Disiplin/Tindakan/SSDM
5. SSDM perlu disi oleh semua guru iaitu amalan baik murid.
6. Jumlah Pengawas : Tahun 3 : -L -P /4 : -L -P /5: -L –P/ 6: -L –P
7. Jadual bertugas pengawas. Semakan/Tampalkan
8. Kelas (Lelaki/Perempuan) yang menyambut di bersama pengawas di papan
A/B
9. Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, PSS & Pengawas SPBT Bergabung
dgn Program Jom Ke Sekolah & Datang Awal (TARIKH :)
10. Berdasarkan Surat pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001- Semua guru adalah guru
disiplin. Maka adalah wajar semua guru meyelesaikan apa-apa juga masalah
disiplin yang ditimbulkan murid dan hanya kes-kes disiplin yang tidak boleh
diselasaikan sahaja/berat perlu diserah kepada Guru Disiplin atau Guru BNK.
11.Kelewatan ke sekolah (AJK) Amaran. (Sistem akan diwujudkan oleh Guru
IT).
12.Pemeriksaan mengejut SPBT & Kekemasan Diri Murid oleh AJK Disiplin,
pengawas sekolah, pengawas SPBT.
13.Segala program yang berkaitan dengan Guru Bimbingan dan
Kaunseling/APDM/3K/Guru kelas ialah :
1. Program Jom Ke Sekolah dan Datang Awal
2. Program PILL-ketidakhadiran ke sekolah
3. Program Suit
4. Program Guru Penyayang
5. Program Motivasi
6. Sekolah Selamat

18
7. Ziarah Cakna

Makluman

4.2.6 KEBAJIKAN / BANTUAN


BAP / BAITUMAL / RMT / PSS / NGO / KANTIN / KEDAI BUKU
4.2.6.1 GPK Pentadbiran memaklumkan beberapa perkara penting tentang unit
kebajikan/bantuan, iaitu :
1. Mesyuarat/Taklimat Pemilihan murid YANG LAYAK mendapat Bantuan untuk
tahun 2023 disediakan awal untuk mengelakkan ada di kalangan yang layak
tidak dapat mendapat bantuan. (Borang tidak dihantar)-Borang PB1/PB2
2. Senarai nama murid dipilih.
3. Surat Tawaran.
4. Surat Penerimaan (Tandatangan).
5. Jadual Bertugas/Sudut rmt/senarai murid/buku panduan/senarai
menu/senarai guru bertugas/maklumat permakanan sihat/pesanan
harian/pantau penyediaan makanan/laksanakan ujian rasa/rekod aktiviti RMT
dalam buku log/laporan harian/kehadiran murid. Jawatan kuasa semak menu
RMT/Gerobok Rezeki.
6. Pemantauan kendiri awal tahun digunakan oleh jawatan kuasa (Borang
pemantuan Kendiri RMT/Kantin)
7. Buku Kendiri Kantin disediakan dan diisi oleh pengusaha kantin & disahkan
penyelaras kantin/GPK
8. Menyediakan Pelan tindakan untuk kebajikan murid.
9. Laporan tentang Sudut Berpidato perlu dibuat setiap bulan.
10.Untuk makluman Kedai Buku Sekolah (2 tahun) Perlanjutan untuk 1 tahun
pada bulan Ogos.
11.Perlu dipantau segala penjualan di kedai buku
12.VENDING MESIN – ditutup dahulu buat masa ini dan sekolah perlu membuat
permohonan ke JPWPKL kerana masuk Duit Suwa. Akan dibincang dalam
mesyuarat AJK PIBG agar Vending Mesin akan diletakkan di bawah
pengurusan pihak PIBG.

Makluman

4.2.7 KESIHATAN / BEBAS DENGGI / COMBI / SPBT / PPDa / BENCANA


4.2.7.1 GPK Pentadbiran memaklumkan:
1. Rombongan Pemeriksaan Kesihatan akan datang pada 11 hingga 15

19
September 2023 untuk Tahun Satu dan Enam /Pra Sekolah
2. Rombongan Pemeriksaan Kesihatan (Pra, Tahun Satu, Tahun Enam &
PPKI) Guru kelas perlu lengkapkan Borang KSK 101
3. Combi Team: aktiviti/ penyelaras maklum kepada pekerja kebersihan.

4. Surat perlu dihantar ke DBKL untuk fogging.


5. Jumpa jentik-jentik pihak kantin & syarikat kebersihan perlu prihatin tentang
perkara ini. Denggi
6. Pengurusan Fail SPBT
7. Jadual Pelupusan Buku Teks.
8. Rekod Penerimaan Buku Teks.
9. Pertukaran Murid (kekurangan Buku Teks)
10.Spot Check
11.Buku Stok Perlu dikemaskini.
12.Laporan penerimaan buku 2023
13.Jemputan Pemadam
Makluman

4.2.8 PROGRAM SEKOLAH


4.2.8.1 GPK Pentadbiran memaklumkan tentang program sekolah yang perlu
disediakan kertas kerja dan dokumentasi oleh penyelaras yang terlibat.
1. Program Jom Ke Sekolah Dan Datang Awal
2. Bulan Kemerdekaan
3. Hari Kanak-Kanak
4. Hari Orientasi/Transisi Tahun Satu
Makluman

4.3 LAPORAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


4.3.1 TATACARA PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN
4.3.1.1 GPK Kokurikulum memaklumkan tentang tatacara pelaksanaan aktiviti
mingguan kokurikulum iaitu:
1. Buat hebahan perjumpaan mingguan
2. Sediakan perancangan dan jadual aktiviti
3. Wujudkan aktiviti yang menyeronokkan
4. Rekod kehadiran murid dan guru
5. Beri galakan kehadiran
6. Sediakan laporan mingguan
Makluman

4.3.2 Mesyuarat Agung / Takwim / Senarai Ahli Jawatankuasa


4.3.2.1 GPK Kokurikulum memaklumkan tentang beberapa perkara iaitu:

20
1. Unit beruniform, kelab/persatuan dan sukan/permainan mesti mengadakan
Mesyuarat Agung.
2. Sila pastikan prosedur penubuhan dipatuhi dan semua persatuan
mempunyai perlembagaan.

3. Serahkan takwim, senarai Ahli Jawatankuasa dan senarai ahli kepada


ketiga-tiga Penyelaras.
4. Ketua Guru Pembimbing (KGP) - galakkan murid untuk menyertai sebarang
pertandingan atau program yang dianjurkan (sama ada di peringkat daerah,
negeri atau kebangsaan) bagi membantu murid memperolehi markah dalam
PAJSK.
Makluman

4.3.3 Fail Unit Beruniform, Kelab/Persatuan & Sukan/Permainan


4.3.3.1 GPK Kokurikulum memaklumkan tentang beberapa perkara iaitu:
1. Fail PBB, KP, SP, Pasukan Elit Sekolah dan Koakademik akan diserahkan
kepada KGP dan Penyelaras untuk disimpan.
2. Pemantauan fail akan dibuat 2 kali setahun.
3. Segala kandungan dalam fail mestilah lengkap seperti yang disenaraikan.
4. Bersama fail keras akan dikepilkan sekali fail putih (Fail Rasmi).
5. Senarai semak bahan yang perlu dimasukkan dalam fail keras atau fail putih
telah ditampal di kulit sebelah dalam fail.
Makluman

4.3.4 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)


4.3.4.1 GPK Kokurikulum memaklumkan beberapa perkara berikut:
1. Murid yang terlibat ialah murid Tahap 2 – Tahun 4, 5 dan 6
2. KGP setiap unit akan isi komponen Pentaksiran Aktiviti bagi unit masing-
masing.
3. Guru PJ / Penyelaras SEGAK isi komponen SEGAK.
4. Komponen Ekstra Kurikulum diisi oleh Guru Kelas.
5. Pengisian mestilah sebaik mungkin bagi membantu murid untuk mendapat
markah yang paling baik.
6. Bagi mengelakkan kesilapan semasa mengisi pentaksiran, satu bengkel
pengisian PAJSK akan diadakan.
Makluman

4.3.5 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)


4.3.5.1 GPK Kokurikulum memaklumkan beberapa perkara tentang SEGAK iaitu:
1. Pelaksanaan SEGAK merujuk kepada (SPI BIL 02 TAHUN 2016)
2. Dijalankan pada waktu Pendidikan Jasmani atau luar waktu PJ bergantung

21
pada bilangan murid dan peralatan.
3. Dua kali setahun Jun & Oktober

4. Data akan dikey-in dalam tapak offline yang disediakan (tindakan penyelaras
SEGAK)
5. Pastikan data murid yang menjalani ujian SEGAK sama dengan bilangan
murid yang ada.
6. Daripada DATA analisa perlu dibuat dan jalankan program Intervensi bagi
murid – murid
7. Contohnya :- Jun – dapatan daripada analisa DATA murid yang obesiti 20
orang.
- Rancang program ( kertas kerja )
- Jalankan Program
- Oktober – selepas SEGAK kali ke -2
- Buat analisa DATA banding beza adakah bilangan murid obesiti berkurang
@ tidak
( KERTAS KERJA, PROGRAM – boleh dijadikan evidens SKPMg2 )

Makluman

4.4 LAPORAN GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


4.4.1 Pengurusan PPKI 2023
4.4.1.1 Jumlah murid PPKI setakat ini 67 orang termasuk 10 orang murid Tahun1 PPKI.
(ada 3 org murid Tahun 1 PPKI mohon tangguh persekolahan).
Makluman

4.4.1.2 Jumlah guru 10 orang dan masih kurang 1 guru.


Makluman

4.4.1.3 Buku JK PPKI siap dan telah dimaklumkan. Guru2 dan PPM boleh rujuk pada
buku tersebut. Diharap guru2 dan PPM dapat menjalankan tugasan yang diberi
dengan hati terbuka dan saling membantu.
Makluman

4.4.1.4 RPI akan ada format baru, bermula pada bulan MAC.
Makluman

4.4.1.5 Kelas PPKI dalam APDM ada 6 kelas.


Makluman
4.4.1.6 Buat sementara waktu Bilik Isolasi tidak digunakan untuk Kelas PPKI. Sekiranya
permohonan tambah 1 lagi kelas diluluskan, kami akan guna semula bilik

22
tersebut.
Makluman

4.4.1.7 Inklusif.
1. Inklusif Penuh : 1 orang – arus perdana
2. Inklusif Separa: 57 orang
Makluman

4.4.1.8 Pencapaian PPI berakhir Januari 2023 berada di tahap sederhana mengikut
data PPD Sentul.
Makluman

4.4.1.9 Penilaian untuk murid perdana ke PPKI boleh dijalankan oleh guru pemulihan
dan kemudian ke unit bimbingan dan kaunseling untuk sesi khidmat nasihat
sebelum dicadangkan membuat pemeriksaan doktor.
Makluman

4.4.1.10 Aktiviti Kokurikulum peringkat PPDS dan JPWPKL


(Rujuk lampiran)
Makluman

4.5 LAPORAN PENYELARAS ORIENTASI TAHUN 1


4.5.1 Puan Ezura selaku penyelaras Orientasi bagi sesi 2023/2024 memaklumkan
beberapa perkara penting antaranya:
1. Tarikh Hari Orientasi adalah pada 17 Mac 2023 hari Jumaat. Program akan
bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
2. Murid tahun 1 seramai 118 orang.
3. Aliran tahun 1 mempunyai tiga kelas iaitu Zamrud, Mutiara dan Intan
4. Program yang akan dijalankan ini telah memohon sumbangan daripada
PIBG SK Seri Nilam berjumlah RM365.00 yang merangkumi perbelanjaan
untuk kostum berjumlah RM200, banner berjumlah RM100.00 dan Modul
Transisi berjumlah RM65.00.
5. Jumlah murid bagi setiap kelas ialah:
 1 Zamrud = 39 orang
 1 Mutiara = 39 orang
 1 Intan = 40 orang
6. Guru kelas tahun 1 terdiri daripada Cik Munirah (1 Zamrud), Puan
Charumathi (1 Mutiara) dan Puan Raja Norshaza (1 Intan)
7. Pecahan bayaran yang ibu bapa perlu jelaskan adalah:
 Tanda nama sulam kuning/tulisan hitam – RM10.00

23
 Fail peribadi murid – RM4.00
 Buku peraturan – RM3.50

 Program Transisi/Modul Transisi – RM6.50


Jumlah = RM24.00
8. Setiap murid akan dipakaikan nametag dan tali berwarna iaitu hijau untuk 1
Zamrud, merah untuk 1 Mutiara dan biru untuk 1 Intan.
9. Ahli Jawatan kuasa Orientasi akan dibuat dalam masa terdekat.
10.Resit bayaran yang berjumlah RM24.00 akan dipecahkan kepada dua
bahagian iaitu 1 resit daripada kedai buku yang berjumlah RM7.50 (Buku
peraturan dan fail peribadi murid) manakala 1 resit lagi daripada pihak PIBG
berjumlah RM16.50 (Modul Transisi dan tandan ama sulam)
11.Kutipan akan dibuat oleh guru kelas semasa proses pendaftaran orientasi
nanti.
Makluman

5 Hal-hal lain
.
5.1 GPK Pentadbiran memaklumkan permohonan pendaftaran sekolah. Mohon
tindakan hantar ke sektor pengurusan sekolah.

Makluman

6 Ucapan Penangguhan/Penutup
.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada GPK, guru dan AKP yang hadir. Beliau
berharap agar semua kakitangan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan baik
dan penuh tanggungjawab demi mencapai kecemerlangan sekolah seperti yang
diharapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,
Urus setia
Mesyuarat Guru dan Kakitangan Sekolah Bil. 1/2023
SK Seri Nilam Kuala Lumpur.
14.3.2023

24
25

You might also like