You are on page 1of 3

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KARNIVAL PUSAT SUKAN UPM 2018

KATEGORI BAKAT BARU

1. BUTIRAN KEJOHANAN
Tarikh : 11 Mac 2018 (Ahad)
Masa : 8.30 Pagi sehingga tamat kejohanan
Tempat : Dewan Pusat Sukan, UPM Serdang.

2. PENYERTAAN
Terbuka kepada semua golongan masyarakat yang berminat. Borang penyertaan beserta
bayaran akan diterima sebagai pengesahan penyertaan. Pihak penganjur berhak menolak mana-
mana permohonan yang lewat atau tidak lengkap.

3. SYARAT PENDAFTARAN PEMAIN.


3.1 Setiap regu hanya dibenarkan diwakili seorang pemain yang pernah mewakili negeri di
peringkat kejohanan SUKMA/GP pada tahun 2002 ke bawah. Mana-mana pemain yang
pernah mewakili negeri diperingkat SUKMA, MAKSAK, GP, SUPER SIRI, PIALA EMAS &
STL pada tahun 2003 ke atas sehingga kini dan pemain yang pernah mewakili negara (tidak
mengira tahun) tidak dibenarkan menyertai kejohanan.
3.2 Satu regu mengandungi 4 orang pemain.
3.3 Mana-mana pasukan yang didapati melanggar syarat akan dikenakan tindakan seperti
berikut:
3.3.1 Penyertaan dibatalkan sebelum pertandingan bermula sekiranya dikesan awal
melanggar syarat
3.3.2 Penganjur berhak membatalkan penyertaan dan keputusan sekiranya didapati
pasukan berkenaan melanggar syarat walaupun tanpa dokumentasi (kuasa
penganjur). Namun begitu penganjur juga berhak menolak bantahan sekiranya tidak
berasas (kuasa penganjur).
3.3.3 Bantahan akan diproses dengan bayaran RM 200
* Peserta digalakkan mematuhi syarat permainan dengan mengambil kira pematuhan syarat
oleh peserta lain.

4. HADIAH
1. Johan : Tunai RM800.00 + Medal
2. Naib Johan : Tunai RM500.00 + Medal
3. Ketiga : Tunai RM300.00 + Medal
4. Keempat : Tunai RM150.00 + Medal
5. Ke-5 – Ke-8 : Tunai RM60.00 + Medal

5. JADUAL DAN SISTEM PERTANDINGAN


5.1 Mengikut peraturan Sepaktakraw yang ditetapkan oleh PSM.
5.2 Format kiraan pertandingan adalah menggunakan sistem kiraan mata 21 bagi set pertama
dan set kedua dan sistem kiraan 15 bagi set ketiga.
5.3 Makluman penting : Kejohanan akan dimulakan pada jam 8.30 pagi. Mohon semua pasukan
mengambil maklumat bahawa kejohanan akan dijalankan mengikut waktu yang disebut dan
sebarang kelewatan akan dibatalkan penyertaan. Jadual dan undian akan dihantar kepada
semua pengurus pasukan selepas undian dijalankan pada 9
Mac 2018. Setiap regu diwajiban memakai jersi bernombor.

6. BAYARAN
Bayaran penyertaan sebanyak RM 60.00 setiap regu. Bagi urusan bayaran sila berhubung
dengan urusetia iaitu En. Eddy (7043468683-CIMB)
* Tarikh akhir bayaran adalah pada 9 Mac 2018, sebelum jam 7 ptg.

7. TARIKH TUTUP PENYERTAAN & PENGUNDIAN


Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada tarikh 9 Mac 2018 (Sebelum Jam 7.00 ptg).
Walaubagaimanapun bayaran awal digalakkan supaya memastikan kesahihan penyertaan.
Undian dijalankan 9 Mac 2018, jam 8.30 malam, bertempat di Dewan Pusat Sukan, UPM.
8. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan sila hubungi
Sdr. Eddy - 012-2435734
Sdr. Aizat - 011-27493690

9. PINDAAN
Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan atau memutuskan sebarang perkara yang
tidak dinyatakan di dalam peraturan kejohanan dan keputusan penganjur adalah muktamad.

BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KARNIVAL PUSAT SUKAN UPM 2018
KATEGORI BAKAT BARU

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa saya ingin mengesahkan penyertaan
pasukan saya. Maklumat pasukan saya adalah:

Nama regu pasukan : _____________________________________________

Nombor telefon : _____________________________________________

Bil Nama No Kad Pengenalan Posisi

Bersama-sama ini disertakan yuran pendaftaran sebanyak RM __________sebagai bayaran masuk


untuk menyertai pertandingan ini. Pihak kami akan mematuhi segala syarat dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur.

________________________________
( )
Pengurus Pasukan

You might also like