You are on page 1of 12

PERANAN JURUTERA

OPERASI KKM
Engr. AHMAD MUIZZUDIN OTHMAN AAE, BEM, Grad. IEM, BEng, JOHN
Operation Engineer
PENGENALAN
 Bahagian Kejuruteraan dan Penswastaan
ditubuhkan di bawah Seksyen Operasi,
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan,
Kementerian Kesihatan Malaysia yang
berperanan untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mengawalselia pelaksanaan
Perkhidmatan Sokongan Hospital oleh
Syarikat Konsesi.
VISI
 Bekerjasama erat dengan Syarikat Konsesi
dan Jurutera Hospital/Institut dalam merangka
dan memantau pengoperasian Hospital/Institut
beserta aset-asetnya berada pada tahap yang
optimum dalam memberi khidmat yang baik
dan berkesan kepada masyarakat amnya dan
pesakit umumnya
MISI
Unit Kejuruteraan dan Penswastaan akan memastikan
perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Pemegang
Konsesi adalah berkualiti dengan:-
 Memantau dan menyelaras perkhidmatan fasiliti hospital,
kondisi peralatan perubatan dan bukan perubatan,
kebersihan, linen dan pelupusan sisa perubatan diurus
dengan berkesan
 Memantau semua aduan yang dibuat oleh pengguna diambil
tindakan mengikut tempoh waktu tertentu
 Mewujudkan Perkongsian pintar di antara Pengurusan
Hospital/Institut dan Jurutera dalam menguruskan
perkhidmatan yang diswastakan.
 Memastikan peruntukan yang dibelanjakan Kerajaan kepada
Syarikat Konsesi adalah optimum dan berhemah
OBJEKTIF
 Menyelia dan Memantau perlaksanaan program
perkhdmatan sokongan Hospital secara
menyeluruh
 Untuk melindungi kepentingan Kementerian
Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna
Hospital dengan memastikan kepatuhan kepada
terma-terma yang termaktub di dalam Perjanjian
Konsesi
 Memastikan perkhidmatan sokongan Hospital
diuruskan dengan cekap, selamat dan berkesan.
KATEGORI PERKHIDMATAN
SOKONGAN
Perkhidmatan Kejuruteraan Pengurusan Fasiliti
(Facility Engineering Management Services)
FEMS
 Mengurus semua fasiliti hospital termasuk
kemudahan asas dan awam serta sistem pencegahan
kebakaran.
Perkhidmatan Pengurusan Kejuruteraan
Biomedikal (Biomedical Engineering Management
Services) BEMS
 Bertanggungjawab terhadap kesemua peralatan
kelengkapan perubatan di Hospital
Perkhidmatan Linen dan Pendobian (Linen &
Laundry Services) LLS
 Pengurusan dan pembekalan linen hospital termasuk
kain cadar, pakaian pesakit, linen bilik pembedahan
dan barangan lain yang memerlukan perkhidmatan
pendobian.
Perkhidmatan Pembersihan (Cleansing)
 Memberi perkhidmatan pembersihan kawasan
dalaman Hospital dan memastikan kebersihan berada
pada tahap tinggi dan pemeliharaan piawaian
standard adalah mengikut kebersihan persekitaran
industri (industrially clean environment).
Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal
(Clinical Waste Management System) CWMS.
 Menguruskan pembuangan sisa klinikal
hospital termasuk Klinik-klinik Kesihatan dan
Pergigian berhampiran bermula dari proses
pengumpulan, penyimpanan dan
penghantaran sisa untuk tujuan pembakaran
habis di mana ia menurut ketetapan Jabatan
Alam Sekitar
TANGGUNGJAWAB SERTA PERANAN
BAHAGIAN KEJURUTERAAN

 Menyemak dan memastikan pembayaran yang


dibuat kepada Syarikat Konsesi terhadap kelima-
lima perkhidmatan adalah tepat dan mematuhi
terma-terma yang termaktub di dalam Perjanjian
Konsesi.
 Membuat lawatan dan pemeriksaan mengejut dan
berkala ke atas perkhidmatan sokongan Hospital
yang terlibat.
 Mengadakan mesyuarat Koordinasi dan Validasi
bagi membincangkan isu-isu berkaitan
perkhidmatan sokongan dan pemotongan yuran
perkhidmatan jika ada.
 Membantu menjalankan pemantauan ke atas
perjalanan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan,
sistem pepasangan, loji dan peralatan jentera
mekanikal, elektrikal dan biomedikal semasa
Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) bagi
Hospital/Fasiliti Baru.
 Membantu menyemak prestasi, laporan teknikal,
laporan kejadian (Insiden Report) bagi
perkhidmatan Kejuruteraan Hospital.
 Memberi pandangan terhadap projek atau isu-isu
yang melibatkan skop kerja dan penyelesaian
alternatif lain jika fasiliti sedia ada mengalami
kegagalan.
 Membantu menyediakan ‘Sijil Perakuan
Pelupusan’ (PEP) bagi peralatan
jentera/mekanikal, elektrikal dan Biomedikal
yang berkaitan, apabila perlu.
 Memberi khidmat nasihat teknikal dan
profesional kepada Pengarah Hospital
mengenai perkhidmatan Kejuruteraan
Hospital, kerja-kerja kecil kejuruteraan serta
pembelian dan penggantian alat kelengkapan.
 Memastikan sesi latihan untuk pengguna
dijalankan secara berkala bagi meningkat
kefahaman serta kecekapan pengguna
terhadap perkhidmatan sokongan Hospital
dengan kos ditanggung oleh Syarikat konsesi.
 Mengawalselia Penswastaan Khidmat
Sokongan Hospital yang dilaksana oleh pihak
syarikat konsesi dan memberi khidmat nasihat
teknikal berkaitan bidang kejuruteraan di
hospital , bagi mengambilalih fungsi syarikat
juruperunding SIHAT.

You might also like