You are on page 1of 4

KPN (PR) 25

LAPORAN PEMERIKSAAN AUDIT DAN TAKLIMAT PELAPORAN MAKLUM


BALAS BAGI ADUAN/ MAKLUMAT YANG DIRUJUK KE KONTINJEN/ BRIGED/
FORMASI BAGI TAHUN 2018 HINGGA JAN 2022
(ZON SARAWAK) TAHUN 2022

1. PENDAHULUAN

Pada 17 Mac 2022 Cawangan Pengurusan Aduan, Jabatan Integriti Dan


Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman telah menjalankan pemeriksaan
audit maklum balas bagi aduan/ maklumat yang dirujuk ke Kontinjen/ Briged/
Formasi Zon Sarawak bagi tempoh tahun 2018 hingga Januari 2022
bertempat Mess Pegawai Kanan IPK Sarawak.

2. TUJUAN

Program ini bertujuan untuk menjalankan pemeriksaan audit dan taklimat


secara menyeluruh bagi mendapatkan maklum balas aduan/ maklumat yang
dirujuk ke Kontinjen/ Briged/ Formasi Zon Sarawak bagi tempoh tahun 2018
hingga Januari 2022. Sementara itu pemeriksaan yang dilaksanakan ini juga
berperanan memastikan arahan-arahan yang ditetapkan dalam Perintah
Tetap Ketua Polis Negara, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam dan Arahan
Pentadbiran yang berkaitan dipatuhi.

3. STATISTIK ADUAN TIADA MAKLUM BALAS

JUMLAH MAKLUM BALAS ADUAN / MAKLUMAT YANG BELUM DITERIMA


BAGI TAHUN 2018 SEHINGGA JANUARI 2022 (SEBELUM PEMERIKSAAN)

PER KONTINJEN/DAERAH/ JUMLAH TIADA MAKLUM BALAS


JUMLAH
FORMASI
BIL 2018 2019 2020 2021 JAN 2022
1 IPK SARAWAK 0 3 3 3 1 12
2 IPD KUCHING 0 2 2 0 1 5
3 IPD PADAWAN 0 0 2 0 0 2
4 IPD MIRI 0 1 0 0 0 1
5 IPD SIBU 0 1 1 0 0 2
6 IPD BINTULU 0 1 0 0 0 1
7 IPD MATU DARO 0 1 0 0
8 IPD JULAU 0 0 0 0 0
9 IPD KOTA SAMARAHAN 0 0 0 0 0
10 IPD SARIKEI 0 0 0 0

1
11 IPD BELAGA 0 0 0 0
12 IPD JULAU 0 0 0 0
13 IPD LAWAS 0 0 0 0
14 IPD MERADONG 0 0 1 0 0 1
15 IPD MUKAH 0 0 0 0
16 IPD KANOWIT 0 0 0 0
17 IPD TATAU
18 IPD LIMBANG 0 0 0 1 0 1
19 IPD
20 IPD
21 IPD
22 IPD
23 IPD
24 IPD
25 IPD
26 IPD 0 0 0 0 0
27 IPD 0 0 0 0 0
28 IPD 0 0 0 0 0
29 BRIGED SARAWAK 0 1 0 0 1
30 PULAPOL KUCHING 0 0 0 0 0
JUMLAH 0 9 9 4 4 26

4. KUMPULAN PEMERIKSA
4.1 SAC G/10403 Mohd Hanafiah Bin Arshad
4.2 ASP G/16477 Mohamad Fadzil Bin Harun
4.3 Kpl RF/178509 Rahman Bin Abd Karim
4.4 Kpl RF/152700 Pius Bin Karim
4.5 Kpl/S RF/S Izran Bin Misran

5. KEHADIRAN PEGAWAI JIPS

5.1 Kehadiran Kontinjen Sarawak


Jumlah Hadir : (1) T/ KJIPS Integriti
(3) Pegawai/ Anggota JIPS IPK
(43) KBIPS/ Wakil

5.7 Kehadiran Briged Sarawak


Jumlah Hadir : (2) PTIPS/ Wakil

5.3 Kehadiran PULAPOL Sarawak


Jumlah Hadir : (0) KCIPS/ Wakil

2
Jumlah Kehadiran Keseluruhan: 58 orang

6. HASIL PEMERIKSAAN DAN TAKLIMAT

6.1 Hasil pemeriksaan maklum balas mendapati masih tiada kefahaman


dalam mengambil tindakan terhadap aduan yang disalurkan oleh CPA
JIPS, Bukit Aman dan aduan yang diterima sendiri di peringkat
kontinjen, daerah dan formasi disebabkan jawatan KBIPS masih baru
disandang;

6.2 Masih terdapat kekeliruan berkenaan Maklum Balas Awal Aduan


kepada CPA (14 hari) dan tatacara pelaporan Hasil Siasatan/ Tindakan
;

6.3. Aduan/ Maklumat yang disalurkan untuk tindakan/ siasatan bahagian


lain contohnya ke Jabatan Siasatan Jenayah di mana mereka
beranggapan perlu menunggu sehingga aduan tersebut selesai diambil
tindakan sepenuhnya untuk menghantar maklum balas ke CPA.

7. LAIN-LAIN PERKARA

7.1 Memberi penerangan mengenai KPN (PR) 42 di mana KBIPS perlu


memastikan pegawai penyiasat daerah mengedarkan KPN (PR) 42
untuk tindakan selanjutnya.

7.2 Memberi penerangan mengenai Pengurusan Tatatertib dan Peraturan-


Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta
PTKPN A110.

7.3 Menerangkan maksud serta pengertian tahan kerja, gantung kerja dan
buang kerja serta tindakan-tindakan yang perlu diproses untuk
melaksanakannya.

7.4 Memberi penerangan mengenai isu perbezaan penggunaan air ketum


di kalangan warga PDRM dan orang awam.

7.5 Menjelaskan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya menerima surat /


permohonan dari pihak SIAP (EAIC) di bawah Seksyen 30 Akta 300.

8. MAKLUM BALAS SEMASA PEMERIKSAAN

3
8.1 Senarai pemeriksaan maklum balas dan status siasatan disediakan di
Lampiran ‘A’

8.2 Senarai penuh kehadiran mengikut formasi disediakan di Lampiran ‘B’

9. PERANCANGAN HADAPAN

Pemeriksaan maklum balas akan diteruskan ke atas zon-zon dan kontinjen-


kontinjen yang belum dilawati.

…………………………………...................
(MOHD HANAFIAH BIN ARSHAD) SAC
Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan)
Bahagian Integriti
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
Bukit Aman

Tarikh : April 2022

You might also like