You are on page 1of 1

CARA SEMAI BENIH SACHA INCHI

1. Kikiskan kulit warna coklat sehingga nampak biji warna


putih di sebahagian tepi untuk memudahkan proses penyerapan
• Disebabkan ramai yg kurang mahir cara kikis, anda disarankan mulakan proses dgn No 2.

2. Rendamkan biji benih di dalam bekas air (SELAMA 2 MALAM – PASTIKAN


AIR RENDAMAN DITUKAR UTK SETIAP MALAM) atau

Lipatkan biji benih di dalam tuala basah. Atau pun boleh guna tisu/kapas basah atau rockwool
basah. Pastikan medium semaian sentiasa lembap dan bukan berair atau banyak air.
Dalam masa 7-14 hari, mungkin juga lebih jika disemai dalam tanah, BENIH AKAN BERTUNAS
DAN BERCAMBAH.

3. SEBELUM ALIHKAN KE DLM POLIBAG, SEDIAKAN MEDIUM TANAMAN
IAITU COCOPEAT atau SABUT Kelapa hancur (boleh campur dgn tanah
hitam gembur + sedikit baja di dalam polybeg.

4. ALIHKAN BENIH YG DAH BERCAMBAH TU KE DLM POLYBEG, TANAM
DALAM SEKITAR 2 INCI. SIRAM AIR AGAR TANAH/COCOPEAT
TERSEBUT SENTIASA LEMBAB. Selepas 1-2 BULAN apabila pokok
mencapai ketinggian 1-2 kaki, boleh pindahkan pokok ke tanah.

# air jgn berlebihan masa siram# (elok spray dgn sprayer)
# hati2 semut n siput suka ngan benih ni#
# awal semai letak tempat redup elak cahaya matahari #

Guna tanah biasa pun boleh. Pd yg xde tanah boleh letak didlm pasu besar
dn letak buluh didalam pasu sbb pokok jenis mnjalar/memanjat.

Pada yang nk tanam diatas tanah, pokok jenis menjalar/memanjat, perlukan
tiang dn dawai penyokong utk pokok bergantung. Buat tiang berbentuk T.
Rentang dawai bersalut macam ampaian kain. Asuh pokok memanjat

Jarak diatas tanah antara pokok, 3 meter 1 pokok .
Untuk baja ,boleh gunakan baja organic 2 mgu sekali bila pokok dah besar .

Diingatkan ye selepas semai siram 2 hari sekali sahaja bukan 2x sehari jgn
keliru ye, pokok ni xboleh banyak air nnt pokok xhidup

Antara cara menyemai benih sacha inchi di Youtube


1) https://youtu.be/6B_DE5NLf_k
2) https://youtu.be/vERgBHK_RVY (cara semaian bermula pada mini ke 4 dlm
video)
3) https://youtu.be/5Q_DXGJOqHo (cara pemasangan para utk pokok sacha
inchi)
4) https://youtu.be/e9pxf7ttTDo (cara pengakaran keratan batang sacha inchi)
5) https://youtu.be/EZzgcqVhGis
6) https://youtu.be/NPpd2i9GpVk
7) https://youtu.be/HUklfj3xLxk

Semoga anda Berjaya!! Terima kasih kerana membeli benih sacha inchi drp Pantai Timur Shop..

You might also like