You are on page 1of 19

Padi merupakan tanaman pertanian yang dijalankan di kawsan tanah pamah.

Tanah pamah yang sesuai untuk pertanian padi ialah tanih jenis alivium. Kira-kira 83 % daripada padi sawah ditanam di Semenanjung Malaysia, manakala padi bukit atau padi huma ditanam di Sarawak dan Sabah. 70 % pengeluaran padi di Sarawak adalah padi bukit.

1 Maklumat Asas 1.1.


1.1.

Nama/jenis kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penanam ubi kayu iaitu Encik Ali Bin Ahmad . 1.2.
1.2.

Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi

Penanaman ubi kayu ini telah dimulakan oleh Encik Ali Bin Ahmad dan Puan Yasmin Bt Abdullah mulai tahun 2000. Pada masa tersebut beliau menanamnya untuk kegunaan sendiri terutama untuk makanan seperti masak lemak pucuk ubi, ubi goreng,ubi rebus , kerepek ubi , tapai, getuk ubi dan sebagainya.Beliau menanamnya di belakang rumah dengan keluasan kira-kira suku ekar. 1.3.
1.3. Lokasi/tempat kajian Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan ialah di Kg Baru Bt 28 Lenga Muar Johor . Lukiskan peta mudah seperti peta pada kad kerja kahwin tetapi detail sedikit yang menunjukkan arah mana lokasi rumah Encik Ali tu. Peta ini boleh diletakkan di bahagian 1.3 ini. Besar peta inisatu muka surat.

1.4.

1.4.

Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan

Penanaman ubi kayu ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Ali Bin Ahmad . Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Ali Bin Ahmad kerana beliu merupakan antara orang yang lama terlibat dengan penanaman ubi kayu di kampung itu selain usianya yang telah tua. 2. 2.1. Latar Belakang
2.1.

Tujuan dijalankan

Encik Ali Bin Ahmad pada mulanya menanam ubi kayu untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri. Penanaman ini dilakukan kira-kira 200 pokok sahaja pada awalnya.Encik Ali Bin Ahmad menggunakan ubi untuk membuat tapai, kerepek , ubi goreng, ubi rebus untuk keperluan keluarga sahaja.

2.2.

2.2.

Proses/cara pelaksanaan

Penanaman ubi kayu sangatlah mudah kerana ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,keluasan tanah , modal, pekerja dan peruntukan masa bekerja yang banyak. Hal ini demikian kerana proses awal penanaman ubi kayu ialah penyediaan tapak. Pada awalnya Encik Ali Bin Ahmad akan menyediakan tapak dengan cara menajak rumput/ lalang/ semak yang ada di tapak tersebut. Segala bahan itu kemudiannya akan dibakar. Proses seterusnya ialah membuat batas . Batas ini dibuat bagi mengelakkan ubi ditanam di kawasan keras kerana mengikut beliau tanaman ubi ini memerlukan keadaan tanah yang gembur dan tidak terlalu kering. Setelah tanah digemburkan atau dibuat batas beliau akan menyediaka batang ubi kayu untuk dijadikan benih. Beliau selalu menggunakan batang ubi yang lama dan di potong kira-kira empat atau lima hari sebelum menanam. Setiap batang benih ubi kayu ini berukur lilit kira-kira 7 10 cm.Beliau menyatakan bahawa batang ubi yang dijadikan benih mestilah sedikit besar agar dapat hidup dengan cepat dan menghasilkan hasil ubi kayu yang baik. Kemudian batang ubi kayu yang dijadikan benih itu akan dicucukkan pada tanah yang telah digemburkan itu. Jarak yang sesuai bagi setiap benih ialah kira-kira 3 4 kaki setiap batang. Penanaman ubi tidak memerlukan baja kimia seperti mana tanaman yang lain . Oleh yang demikian beliau hanya menggunakan air hujan yang ditadah di kawasan kebunnya untuk membasahkan tapak benih. Beliau menyatakan bahawa hujan amat diperlukan bagi tumbesaran awal benih daripada batang ubi ini. Oleh yang demikian beliau memilih waktu tertentu bagi menanam benih baru. Tanaman ubi kayu ini boleh dijalankan pada bila-bila masa selepas itu kerana ia tidak memiliki suatu jangkamasa tetap untuk ditanam. Contohnya apabila pokok ubi dicabut bagi mendapatkan hasil , batang ubi tersebut akan digunakan semula sebagai benih yang baru.

( di sini anda boleh memasukkan gambar proses awal sebelum dan semasa ubi kayu ini ditanam , membesar dan mengeluarkkan hasil. Gambar ini boleh diambil daripada internet untuk menunjukkan perjalanan proses penanaman dijalankan kalau boleh step by step. Pada bahagian bawah gambar tuliskan apa maklumat yang anda ingin nyatakan pada gambar yang kita ambil tu . kalau kita ada kamera boleh ambil gambar masa jumpa dengan orang yang tanam ubi tu.) 2.3.
2.4.

Peralatan/kaedah yang digunakan

Peringkat awal penanaman ubi kayu menggunakan cangkul dan tajak sahaja .Ia digunakan bagi proses merumput dan membersihkan kawasan tanaman. Selepas itu peralatan yang digunakan bagi peringkat penjagaan ialah tajak manakala bagi peringkat mengeluarkan hasil peralatan cangkul sahaja dan tenaga manusia sahaja digunakan. ( masukkan gambar orang menajak rumput ) Masukkan gambar benih pokok ubi membesar kecik sampai besar ) Beliau tidak menggunakan racun rumpai bagi menghapuskan rumpai seperti rumput dan lalang bagi mengelakkan tanah menjadi tidak subur . Penanaman ubi juga tidak

menggunakan baja kimia kerana menurut beliau ia akan menyebabkan hasil yang dikeluarkan akan berubah rasa. Penjagaan ubi kayu juga agak minima kerana tanaman ubi kayu jarang diserang penyakit seperti mana buah betik . Oleh yang demikian tumbesaran pokok ubi akan mencapai tahap matang dan boleh mengeluarkan hasil sekitar selepas 6 bulan penanaman dilakukan. 2.4. Produk yang dihasilkan Produk yang dihasilkan ialah kerepek ubi . Kerepek ini boleh dijadikan kerepek ubi berperisa sambal, berperisa gula/ manis dan tapai ubi. ( boleh ambil gambar setiap satu daripada intenet . masukkan kat sini , tuliskan apa maklumat setiap gambar tu. ) Proses penghasilan salah satu boleh masukkan di sini contoh saya tapai . Encik Ali Bin Ahmad mengeluarkan tapai ubi sebagai pengeluaran sampingan. Proses pembuatan tapai dimulakan dengan mengambil ubi daripada pokoknya. Beliau menyatakan bahawa ubi jenis kapas kerana ubi jenis ini sesuai kerana warnaya yang putih dan dapat menghasilkan tapai bewarna putih. Setelah ubi diambil dan dikerat sekitar 3-4 inci setiap satu maka ubi ini akan dibersihkan dengan air bagi mengelakkan kekotoran melekat pada bahagian ubi tersebut. Setelah itu ubi direbus beberapa ketika sehingga ia separuh masak. Kemudian ubi ini dituskan airnya agar tidak lembik. Seklepas ubi ini direbus , ragi digunakan bagi proses penapaian dengan cara menjadikan ragi tersebut hancur dan digaulkan bersama ubi tersebut. Sukatan ragi ialah satu biji bagi setiap kilogram ubi kayu.Bekas berisi ubi ini hendaklah ditutup rapat bagi mendapatkan hasil tapai yang memuaskan terutama daripada rasa dan warna yang menarik.Proses penapaian akan berlaku selama 2 hingga 3 hari . Maka ia dapat menghasilkan tapai ubi Biasanya pelanggan yang menggemari tapai ubi akan memilih tapai ubi yang manis, berwarna putih bersih dan sedikit lembut. Oleh yang demikian Encik Ali Bin Ahmad amat menitikberatkan hal ini. Biasanya untuk jualan tapai ubi diisikan di dalam bungkusan daun pisang yang menjadi identiti yang mudah dikenali. Pada masa sekarang cara membungkusnya menjadi lebih mudah iaitu dengan menggunkan bekas plastik. 3. Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

3.1.

3.1.

Sumber pendapatan

Dengan mengusahakan penanaman ubi Encik Ali Bin Ahmad dapat menambah pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah sekitar 100 bekas sebula. Setiap bekas beliau menjualnya dengan harga RM 120. Jadi pendapatan kasr daripada jualan ubi ini ialah sebanyak RM 1200 sebulan . 3.2. 3.2. Memenuhi permintaan Encik Ali Bin Ahmad juga memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk jamuan tertentu, kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Beliau menyatakan bahawa tempatah dibuat mengikut jumlah tertentu sebelum majlis tersebut berlangsung. Beliau menyatakan anggaran tempahan tapai ubi untuk majlis di atas ialah sekitar 250 ke 350 bekas. 3.3.
3.3.

Pembangunan kawasan setempat

Penglibatan penduduk kampung ini dalam penanaman ubi dan lain-lainnya telah menyebabkan kawasan ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan sederhana. 3.4.
3.4.

Peluang pekerjaan Penanaman ubi oleh Encik Ali Bin Ahmad tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana dilakukan oleh beliau dan isterinya sahaja. Ianya pula dilakukan pada waktu lapang dan mengikut masa tertentu sahaja.

4. 4.1.

Prospek
4.1.

Cabaran/kekangan yang dihadapi

Encik Ali Bin Ahmad menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah berkaitan dengan keluasan tapak tanaman. Beliau tidak memiliki kawasan tanah lapang yang sesuai dijadikan tapak menanam ubi bagi proses pembesaran. Beliau juga kadang-kadang gagal menyediakan tempahan apabila jumlah ubi yang berjaya dikutip hasilnya tidak mencapai berat yang dikehendaki. Apabila tempahan yang banyak diperlukan beliau terpaksa mengambil ubi daripada pokok yang kurang matang. Jangka masa pokok ubi untuk matang selama 7 hingga 8 bulan mungkin menyebabkan bekalan ubi kayu tidak dapat dikekalkan di pasaran pada sepanjang masa seperti mana bahan/ barangan lain . Oleh yang demikian pengeluaran tapai ubi akan terganggu atau pengguna akan beralih kepada pengusaha tapai yang lain untuk mendapatkan bekalan. 4.2.
4.2.

Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta

Proses penanaman ubi yang tidak luas ini tidak banyak memerlukan bantuan dan nasihat daripada pihak jabatan atau agensi berkaitan dengan pemasaran seperti Mardi. Oleh yang demikian usaha penanaman ubi dan pengeluaran tapai ubi dilakukan oleh beliau mengikut pengalaman dan kemahiran yang dimiliki olehnya. ( boleh masukkan mana yang sesuai galakan daripada badan atau agensi kerajaan dalam memastikan kejayaan usahawan / ternakan/ pertanian dll dapat dijayakan dengan lebih baik ) 4.3.
4.3.

Reaksi/penerimaan masyarakat

Masyarakat di kampung ini menanam ubi untuk keperluan sendiri terutama untuk masalan harian dan pembuatan kuih muih bagi hidangan keluarga sahaja. ( boleh masukkan kejayaan yang dicapai oleh pengusaha sepanjang dia mengusahakan tanaman/ ternakan/ usaha selama ini terutama daripada segi sambutan/ kepercayaan pelanggan terhadap keluaran nya dsb ) 4.4.
4.4.

Saranan dan harapan

Encik Ali Bin Ahmad mengharapkan agar beliau dibantu daripada segi pajakan tanah untuk meluaskan penanaman benih / pokok ubi . ( boleh masukkan keperluan bantuan daripada pihak kerajaan daripada segi modal/ benih/ baja / sokongan input pertanian yang lain / bantuan kandang/ dll yang berkaitan ke arah membesarkan lagi perushaan ini )

KERJA KURSUS SEJARAH - ELEMEN 1 .... dah fikir nak buat apa tak ?

Dah fikir nak buat apa ... step 2 Contoh tajuk penjual kuih di pasar malam.( sebagai contoh aplikasi sahaja ) - Tindakan - Buat elemen 1 a. Keperluan elemen 1 - Buat atau pilih empat sahaja - biasanya kita pilih majalah / buku / akhbar / internet 1. buku / majalah / jurnal a. cari buku berkaitan dengan tajuk kita- contohnya buku berkaitan dengan pekedai/ peruncit / penjual di pasar malam b. Tak semestinya buku yang 100% berkaitan dengan tajuk peniaga kuih ini sebab memang tak akan ada tajuk macam tu c. tunjukkan guru sama ada sesuai atau tidak d. kalau buku itu sesuai e. photostat muka depan sekali f. phostat muka dalam yang ada nama pencetak dan tahun cetakan g. photostat mukasurat yang ada kaitan dengan tajuk tugasan ( ada cerita/ huraian tentang peniaga kuih h. catatan - majalah yang sesuai- kuih traadisional di Malaysia/ kuih muih di negeri-negeri tertentu dan lainnya. i. Kalau buku resepi cara nak buat kuih tu mungkin cikgu bagi/ tak bagi. Kena tanya cikgu boleh atau tidak

2. akhbar a. cari maklumat yang sesuai dengan tajuk- peniaga kuih di pasar malam/ pasar minggu/ pasar tamu/ kedai runcit/ kedai makan dll b. Kat harian metro banyak cerita pasal perkara ini. - photostat bahagian yang ada cerita tentang tajuk - pada surat khabar itu mesti ada pernyataan dengan gambar c. Ada tajuk yang ada kaitan dengan peniaga kuih kalau gambar sahaja - mungkin tak diterima masukkan / potongkan juga tarikh surat khabar diambil dan dari surat khabar mana d.Jadikan satu muka surat baru kat kertas A4

e. Susun / tampal dengan elok f. Kalau kawan dah ada surat khabar tapi kita tak jumpa akhbar tu , kita photostat aja yang dia punya- dianggap boleh 3. orang sumber a. pergi ke rumah orang yang menjual kuih tu b. temuramah dia tentang sejarah penglibatan dia dalam usaha menjual kuih daripada awal hingga pada masa itu c. Tanyakan juga tentang masalah yang dia hadapi dan cara dia mengatasi masalah itu d. Tanyakan juga cara dia menguruskan daripada awal hingga akhir mula buat kuih hingga menjual e. Tanyakan juga jumlah kuih yang dia sediakan/ harian/ jadikan sebulan jumlah pendapatan f. Ambil gambar awak dengan dia di rumah/ atau kedai tempat dia berniaga - pada gambar itu tuliskan maklumat di bawahnya tarikh / tempat / masa temu ramah - trasnskrip temuramah disediakan- daripada jawapan penjual kuih tadi kita buatkan ayat penuh macam kita buat karangan wawancaratu g. Mula dengan beri salam/ minta izin temu ramah/ perkenalkan diri/ latar belakang penjual kuih/ umur/ lama berniaga dll - kalau boleh panjang lebih 2 muka / langkau 2 baris - soalan yang kita tanyakan tu mestilah ada kaitan dengan hasil kajian d. internet - cari kat internet tentang tajuk kita- kuih tradisional di malaysia - Pilih dapatan yang sesuai dengan kerja kursus kita - web wikipedia .com boleh jadi bahan rujukan yang sesuai - http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kuih_tradisional_Melayu http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kuih_tradisional_Malaysia - print apa yang kita dapat - tanya cikgu boleh atau tidak - pastikan ada cetakan http pada hasil cetakan kita - jangan potong-potong hasil internet tu/ print dan terus masukkan dalam elemen 1 bahagian internet - Untuk internet elemen 1 yang paling mudah sekali

e. melawat tempat kajian - pergi ke rumah/ tapak penjual kuih itu membuat kuih/ menjual kuih - ambil gambar di sign board/ papan tanda niaga pengusaha - tuliskan tarikh lawatan / masa / tempat - ambil gambar proses pembuatan bahan / produk- daripada awal hingga akhir masa dia bekerja buat kuih sampai dia menjual kuih - Kalau ada masalah cari gambar daripada intenet serch imej
http://cikgurazak.blogspot.com/2013/04/kerja-kursus-sejarah-elemen-2-dah-fikir.html

1) Maklumat Asas.

5.1.1- Jenis Kegiatan Ekonomi Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penanaman pisang oleh Encik Ayub Bin Sahat di Felcra Bukit Kepong. 5.1.2- Sejarah Asal Usul Kegiatan Ekonomi. Penanaman pisang ini telah dimulakan oleh Encik Md Ayub dan Puan Salmi suami isteri mulai tahun 1998 . Oleh yang demikian beliau telah mengendalikan penanaman pisang ini hampir 15 tahun lamanya. Pada masa tersebut, beliau menanamnya untuk kegunaan sendiri seperti untuk masakan dan untuk dijual di kedai di kawasan perkampungannya. Beliau telah mengusahakan penanaman pokok pisang berdekatan rumahnya di Felcra Bukit Kepong sehingga beliau mendapat hasil . Pada masa sekarang kebun pisangnya ialah kira-kira 5hektar yang dimana 1hektar bersamaan 500 pokok pisang. 5.1.3- Lokasi/Tempat Kajian Lokasi di Felcra Bukit Kepong berkediaman No. 365 Jalan Mawar Felcra Bukit Kepong, Muar. Beliau yang berusia 53 tahun dan isterinya 50 tahun. Lokasi kediaman beliau terletak di luar Bandar. Bandar terdekat ialah Bandar Labis . Jarak rumah beliau dengan pekan Labi sialah kira-kira 15km. 5.1.4-Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan Penanaman pisang ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Ali Bin Ahmad . Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Ali Bin Ahmad kerana beliu merupakan antara orang yang lama terlibat dengan penanaman pisang di perkampungan ini. 5.2- Latar Belakang 5.2.1- Tujuan dijalankan Encik Md Ayub b. Sahat pada mulanya menanam pisang untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri. Kemudian, beliau menjual pisang tersebut ke kedai-kedai di Felcra Bukit Kepong. Beliau menjual semua jenis pisang yang ditanam. Antara jenis pisang

tersebut adalah pisang tanduk, pisang berangan, pisang nangka dan pisang nipah. Beliau menjual kira-kira 100kg pisang setiap kali penjualan dilakukan ke kedai dengan harga sekitar RM 1.30- 1.50 sekilogram kira-kira dua kali sebulan.Oleh yang demikian kita boleh menganggap hasil atau pendapatan Encik Ayub ialah kira-kira RM260-300 sebulan. 5.2.2-Peralatan/kaedah yang digunakan Dalam bidang menanam pisang, beliau telah membeli sebuah kubotar yang berharga kirakira RM 7000.00 untuk kemudahan beliau meneruskan penanaman pisang. Beliau menggunakan kubotar untuk mengembur tanah pada mula mengusaha dan setiap kali proses penanaman semula.Kubotar ini juga digunakan untuk meratakan kawasan kebun pisangnya. Selain itu peralatan lain yang digunakan olehnya ialah cangkul dan tajak terutama untuk menajak rumput dan membersihkan kawasan lading. 5.2.3-Tempat Kawasan Encik Md Ayub mendapatkan kemudahan air dari rumahnya. Beliau berasa beruntung kerana jarak kebun dengan rumahnya adalah bersebelahan sahaja. Oleh yang demikian beliau tidak perlu membeli kalbat atau mengorek parit bagi mendapatkan bekalan air bagi kegunaan meracun rumput . Beliau juga telah memasang pagar berduri untuk menggelakkan dari daripada haiwan perosak. Justeru, beliau mengambil langkah drastik untuk memasang pagai berduri sebagai perlindung daripada serangan dan ancaman binatang perosak.Antara haiwan perosak yang sering mengganggu tanamannya ialah babi hutan, lembu , monyet dan kambing. 5.2.4-Kos Pengendalilan Benih pokok pisang diambil dari pokok-pokok pisang yang telah matang dan mampu menghasilkan anak-anak pokok pisang . Racun dan baja dibeli sendiri dan dan proses penjagaan seperti memangkas pelepah yang rosak, membungkus pisang dilakukan bagi mengekalkan kualiti . Kadang kala beliau menggunakan baja kimia tertentu untuk mengemukkan pokok pisang. 5.3-Sumbagan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat. 5.3.1- Sumber pendapatan utama dan sampingan Dengan penanaman pisang ini, pekebun memperoleh kira-kira RM300 sebulan sebagai pendapatan sampingan. Pekebun hanya mengedar dan menjual hasil kebunnya kepada penjual buah-buahan di Felcra Bukit Kepong. 5.3.2- Memenuhi Permintaan. Dengan menanam pisang, beliau dapat memenuhi permintaan segelintir masyarkat setempat terutama pada musim perayaan, kenduri-kendara atau majlis perkahwinan. Oleh hal demikian, ia telah memudahkan penduduk kampng untuk memperoleh buah pisang dan dapt menghasilkan produk seperti :-

Kek Pisang

Pisang Goreng

- Kerepek Pisang

5.3.3-Penerusan Tradisi Keluarga Penanaman pokok pisang ini adalah penerusan turun-temurun tradisi keluarga. Pengusaha mewarisi pengurusan tersebut daripada bapanya. 5.3.4-Peluang Perkerjaan Dengan menubuhkan sebuah kebun penanaman pisang, penduduk kampung terutama sekali kepada penganggur boleh mendapat peluang perkerjaan di kebun pisang tersebut. Antara perkerjaaan yang boleh didapati di kebun pisang adalah menanam semula anak-anak pokok, membaja dan sebagainya. Oleh itu, penduduk yang menganggur dapat memenuhi masa yang terluang dengan perkara yang boleh mendatangankan manfaat. 5.4- Prospek 5.4.1-Cabaran/ kekangan yang dihadapi. Antara cabaran yang dihadapi bagi pengusaha pisang dalah haiwan-haiwan perosak yang boleh memberi impak yang negatif seperti memakan hasil penanaman dan merosakkan hasil penanaman. Antara haiwan perosak adalah :Monyet Ulat Gulung Daun

Lembu Lalat Buah

Kumbang Odioporus longgicolis

Selain daripada haiwan perosak, pekebun juga memperoleh masalah penyakit pisang:Tisu Vaskular menjadi perang atau kehitaman Buah hitam dan repuh

5.4.2-Penglibatan Pihak Luar/Galakan kerajaan swasta. Pihak kerajaan memberi bantuan kepada pengusaha kebun pisang dalam bentuk subsidi, kewangan dan sebagainya. Pihak kerajaan juga telah memberi ruang dan peluang kepada pengusaha untuk melakukan aktiviti pertanian agar dapat mengurangkan tahap pengangguran. 5.4.3-Reaksi/ Penerimaan Masyarakat. Masyarakat di kampung ini menanam pisang untuk keperluan sendiri terutama untuk masakan harian dan pembuatan kuih muih bagi hidangan keluarga sahaja. Kadangkala, ada juga ia menghasilkan produk seperti kerepek pisang, kek pisang dan sebgainya yang dihantar ke kedai-kedai di Felcra Bukit Kepong. 5.4.4- Saranan dan harapan. Encik Md Ayub berharap agar dapat memperluaskan lagi kawasan tanaman pisang tersebut. selain daripada itu, dapat menambahkan kuantiti pokok pisangnya. Selanjutnya, beliau juga berusaha menjaga penanaman tersebut agar dapat diteruskan oleh anak-anak beliau dan tidak dibiarkan begitu sahaja dan berharap agar masalh-masalah yang pernah dihadapinya dapat dikurangkan.

RUMUSAN

Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia. Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di

negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini. Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan pertolonganNya, dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) 2007. Saya Mohd Yazid bin Mohd Jalani, mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa tercinta yang sentiasa memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah saya iaitu En. Baharudin. Tanpa tunjuk ajar atau bimbingan beliau mustahil dapat saya melengkapkan dan menjayakan kajian ini . Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Amir Mirza, Akmal Hakim, Azril, Izzat Rashid, Izzat Zulkefle, Mat Nasir, Hasbullah, Syed Syazwan, dan Khalida yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini. Ucapan akhir saya kepada guru penilai saya iaitu _____________. Jasa beliau amat saya hargai. Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Sekian.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut: (A) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat. (B) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu. (C) Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR). (D) Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri

KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut: (A) Temu bual Saya mengumpul maklumat tentang adat perkahwinan Melayu dengan menemubual ahli keluarga saya serta jiran-jiran saya.

(B) Penyelidikan perpustakaan Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan adat-adat perkahwinan melayu.

(C) Pemerhatian Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai.

(D) Penyelidikan
Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat kajian.

PERMAINAN TRADISIONAL WAU

PENDAHULUAN Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Sejarah Wau Malaysia Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor wau mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

Mitos Permainan Wau Permainan wau dikaitkan dengan mitos Semangat Padi yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah Semangat Padi dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Latar Belakang Wau Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan wau dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi wau, wau, wau secara berirama.

Kebudayaan dan Seni Permainan Tradisional Wau Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya. Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara. Seni Pertukangan : Filigree Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri. Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

Tarian Siti Wau Bulan Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling

Bahagian Perincian Wau Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Bahagian Utama Wau Teknik Pembuatan Wau Tradisional Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan

buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh:

Gambar Pokok Buluh A. Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun. 2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun. 3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan
mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat 5. 6. 7. 8. 9.
menurut kepercayaan orang tua-tua. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti pada waktu tengahari. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini.

B. Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada di langkah manusia. Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut. 2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam. 3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
C. Meraut Buluh Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di 3. 4. 5.
hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh. Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterusnya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang

Proses Memasang Tanah Wau Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil tanah akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :

1. 2. 3. 4.

Ukur kertas dengan saiz bingkai. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk V. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor. 2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang
kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau. 4. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya
sahaja.

5. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. 6. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka 7.
buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas crepe yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.

Proses Membuat Serta Memasang Busur Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu bok, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

1. 1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau. 2. 2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang 3. 4.
dikehendaki. 4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur. 5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon.

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

PERMAINAN WAU Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Koleksi Jenis-jenis Wau Tradisional

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Membuat Wau Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain Wau Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Kawasan yang sesuai Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau. Kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.

3 Unsur Yang Mempengaruhi Kenaikan Wau Tekanan angin Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat. Daya tarikan graviti Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah. Daya seretan. Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan.

Jenis Tali Untuk Permainan Wau Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi. Teknik menaikkan wau jarak dekat. Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara. Mengawal penerbangan Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah. Teknik menurunkan wau Menurunklan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.

Kesimpulan Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

RUMUSAN 1) Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang adat perkahwian orang melayu.

Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati adat perkahwinan orang melayu. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah. Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami adat_adat perkahwinan sesuatu kaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-hormati natara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antarakaum. Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysi.

2) Umum mangetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya memupuk semangat perpaduan di hati rakyatnya yang berbilang kaum. Namun itu bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan dalam jangka masa yang terdekat. Oleh itu, usaha untuk memupuknya telah dimulakan sejak negara belum merdeka lagi. Setelah melebihi separuh abad, usaha itu kini bleh dilihat jelas hasilnya. Tetapi kita masih perli melekukan sesuatu untuk memastikan perpaduan ini b'terusan. Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yang menetap di negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama. Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yang berkaitan dengan bangsa dan negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap negara, maka masyarakat akan moncontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud kija kita sentiasa bekerjasama dan tolong- menolong antara satu sama lain. Ia akan bersemangat kekitaan kepada diri bangsa Malaysia. Semua kaum juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara untuk hidup aman dan damai dalam masyarakat luar kerana tahap disiplin kita yang tinggi.

RUJUKAN: Brief History of the Kite. http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12 Oct. 2004 Dikir Barat. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004 Ekite model. eKITE Website. http://www.e -kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004 Filigree. www.kraftangan.gov.my/maklumatkraf.html#filigree. 22 Dec. 2004 Kedai Wau. http://www.smarttravelasia.com/klshop.html. 15 Dec. 2004 Kites In Malaysia, kites in Penang. Discovery Kites. http://www.discovery-kites.com/. 5 Oct. 2004 Malaysian Kite Festival Pasir Gudang 6th Internatioal Kite. Pasir Gudang Kite Festival Malaysia 2001. http://www.bhc.com/malaysia2001/. 2 Oct. 2004. Malaysias Independent Kiting Portal. http://www.kites.org/malaysia. 11 Oct. 2004 SkyDancer Sports Kites. http://www.skydancer-kites.com. 7 Oct. 2004 Traditional Kite Plans. Kite Building Plans.KiteBuilder.com. http://nordnet.fr/~amoreaux/cv/waubu.htm. 15 Oct. 2004. Wau. http://tourmalaysia.tripod.com/wau.htm. 12 Oct. 2004

You might also like