You are on page 1of 2

GAYA BAHASA

 Cara penggunaan bahasa yang digunakan oleh pengarang terutama dalam melahirkan
puisi
 Alat untuk menyampaikan pemikiran atau pendapat terhadap persoalan yang dikemukakan .
 Terbahagi kepada DUA iaitu UNSUR BAHASA dan UNSUR BUNYI

A. UNSUR BAHASA
HIPERBOLA

~Penggunaan unsur yang melampau-lampau dan tidak logik.


Contoh: cintaku kepadanya adalah cintaan sejuta bunga lautan api sanggup ku redah.

METAFORA

~Bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata bandingan. Terdiri daripada konsep logik dan abstrak.
Contoh: syurga bumi, tiang muafakat.

PERSONIFIKASI
~Merujuk kepada sifat manusia kepada suatu kepada satu benda, keadaan dan suasana
Contoh: ombak berlagu memukul pantai daun pokok melambai-lambai

REPITASI
~Pengulangan kata dalam satu ayat atau rangkap
Contoh: tenaga pemuda tenaga bererti

SIMILE
~Kiasan yang membandingkan dua benda berbeza tetani mempunyai persamaan. Seperti,bagai adalah
simile.
Contoh: hidup macam raja dalam istana

INVERSI
~Pembalikan susunan kata
Contoh: sihat badan wajah berseri

ANAFORA
~Pengulangan kata yang sama di hadapan setiap baris
Contoh: bila diikat ia berjalan; bila dibuka ia berhenti.

RESPONSI
~Pengulangan kata yang sama di tengah setiap baris
Contoh: membina rumah tempat berlindung membina bilik tempat berteduh
EPIFORA
~Pengulangan kata yang sama di akhir setiap baris
Contoh: tembamnya pipiku seenak nangka madu berulas pipinya indah tapi tak sama dengan ku
yang berulas

SIMBOL/PERLAMBANGAN
~Ayat yang melambangkan sesuatu benda
Contoh: ombak melambangkan cabana dalam hidup
~Singkatan bagi sesuatu perkataan

SINKOF
Singkatan kepada perkataan
Contoh: tak,ku,mu

PARADOKS
~Pernyataan yang bertentangan tetapi ada kebenarannya.
Contoh: dalam kesepian di tengah ramai

JENIS BAHASA
~Bahasa lain yang digunakan
Contoh: Bahasa Arab, Bahasa Cina

IMEJ ALAM
~Sesuatu perkataan tenting persekitaran
Contoh: Matahari
Bintang
Pokok

LAIN-LAIN
~Simpulan bahasa
peribahasa
kata dialek

B. UNSUR BUNYI
ASONANSI
~Asonansi ialah pengulangan vokal a,e,i,o,u dalag satu ayat
Contoh: menjelajah dari setiap padang [a]
tangisan mendayu-dayu [a]

ALITERASI
~Aliterasi ialah pengulangan konsonen dalam satu ayat
Contoh: membina bilik tempat berteduh [b]
bicara bukan sebarang bicara [b]

RIMA
~Rima ialah selarasan atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata terakhir dalam sesuatu
ayat atau sesuatu baris. Terdiri daripada rima awal, rima dalam dan rima akhir.
Contoh: abab

You might also like