You are on page 1of 6

KERAIAN RASMI KERAJAAN

RUJUKAN

1. WP 5.1 - Peraturan Mengenai Keraian Rasmi


2. WP 5.2 - Peraturan Mengenai Perbelanjaan Untuk Meraikan Pegawai Perkhidmatan Awam
Yang Bersara
3. WP 5.3 - Peraturan Mengenai Perbelanjaan Sambutan Hari Inovasi
4. PK 7.5 - Perolehan Perkhidmatan Makanan Dan Minuman Untuk Mesyuarat Dalaman
5. Arahan Pentadbiran Dalaman JPA Bil. 1 Tahun 2018 – Garis Panduan Pengurusan Kewangan
6. Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (AKPPA) 2020 - Garis Panduan Pengurusan
Kewangan
7. Surat Pekeliling KSU KPLB Bil. 2 Tahun 2021 – Penetapan Kadar Bagi Bukan Pegawai Awam
Yang Terlibat Dalam Program KPLB
8. Surat Pekeliling KSU KPLB Bil. 7 Tahun 2018 – Garis Panduan Mengenai Tatacara
Perbelanjaan Penganjuran Program dan Latihan KPLB
9. Surat Pekeliling Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Bil. 1 Tahun 2016 –
Garis Panduan Strategi dan Inovsasi Penjimatan Bajet Mengurus

RINGKASAN

1. Tafsiran

“Keraian Rasmi” bermakna jamuan yang diadakan semasa penganjuran aktiviti/ program
rasmi Kementerian/ Jabatan yang menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan;

“Jemputan luar” bermakna wakil Kementerian/ Jabatan serta wakil agensi luar yang
dijemput untuk menghadiri sesuatu mesyuarat berkaitan tugas rasmi Kerajaan;

“Jamuan ringan” bermakna minum pagi atau minum petang

“Mesyuarat” bermakna sesuatu perbincangan atau seumpamanya yang diadakan berkaitan


urusan rasmi Kerajaan; dan

“Mesyuarat Pengurusan Tertinggi” bermakna mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua


setiausaha/ Ketua Pengarah dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Setiausaha serta Ketua-
ketua Agensi/ Timbalan serta Setiausaha/ Pengarah Bahagian.

“Bukan pegawai awam” adalah ditafsirkan tidak melibatkan pegawai dalam mana-mana
perkhidmatan awam sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 132 (1) Perlembagaan
Persekutuan;

2. Keraian Rasmi Kerajaan

2.1. Keraian Rasmi boleh diadakan hanya bagi penganjuran aktiviti/ program berikut:
(a) persidangan di peringkat Antarabangsa, Kebangsaan, Kementerian dan Jabatan;
(b) Majlis Penuh Istiadat/ sambutan keraian yang wajib diraikan di peringkat
Kebangsaan, Kementerian dan Jabatan seperti majlis penganugerahan/
pengiktirafan yang termaktub di dalam pekeliling-pekeliling Kerajaan dan sambutan
program rasmi peringkat kebangsaan dan antarabangsa berkaitan fungsi
Kementerian/ Jabatan;
(c) lawatan rasmi orang kenamaan atau rombongan dari luar atau dalam negara yang
wajib diraikan berkaitan urusan rasmi Kerajaan; atau
(d) majlis perasmian/ penutupan sesuatu program rasmi Kementerian/Jabatan.

2.2. Selain itu, Keraian Rasmi juga boleh diadakan semasa mesyuarat-mesyuarat berikut:

(a) mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Menteri dan YB Timbalan Menteri yang
berkaitan dengan urusan rasmi Kerajaan;
(b) mesyuarat pengurusan tertinggi yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha
Kementerian/Ketua Pengarah;
(c) mesyuarat yang melibatkan wakil negara asing; atau
(d) mesyuarat yang melibatkan jemputan luar. Walau bagaimanapun mesyuarat yang
kurang daripada 6 jam hanya boleh disediakan jamuan ringan.
Kadar Keraian Rasmi Kerajaan

RUJUKAN KADAR
WP 5.1 - Peraturan Mengenai 1. Perbelanjaan maksimum bagi aktiviti/ program seperti di
Keraian Rasmi para 3 adalah ditetapkan pada kadar RM123.00 seorang
untuk sehari. Bayaran perkhidmatan, cukai Kerajaan dan
bayaran-bayaran lain yang diwajibkan kerana
mengadakan jamuan berkenaan adalah layak dituntut
sebagai bayaran tambahan.

2. Pegawai Pengawal hendaklah menyediakan garis


panduan dalaman sendiri bagi pembahagian kadar
tersebut yang munasabah untuk jamuan ringan, makan
tengah hari dan makan malam. Garis panduan dalaman
ini hendaklah dipatuhi dan Unit Audit Dalam
Kementerian/ Jabatan masing-masing adalah
bertanggungjawab untuk memantau pematuhan garis
panduan tersebut. Sesalinan garis panduan hendaklah
dikemukakan kepada Perbendaharaan untuk tujuan
rekod.

3. Walau bagaimanapun, kadar jamuan bagi majlis rasmi


yang telah ditetapkan kadarnya seperti sambutan Hari
Inovasi tidak tertakluk kepada kadar Keraian Rasmi
seperti di para 1.

WP 5.2 - Peraturan Mengenai Kadar penyediaan jamuan untuk pegawai bersara dan
Perbelanjaan Untuk Meraikan jemputan adalah tidak melebihi RM30 seorang. Bilangan
Pegawai Perkhidmatan Awam jemputan hendaklah dihadkan kepada mereka yang benar-
Yang Bersara benar perlu sahaja.

WP 5.3 - Peraturan Mengenai Kadar bagi mengadakan jamuan adalah tidak melebihi RM30
Perbelanjaan Sambutan Hari seorang sehari mengikut kadar seperti berikut:
Inovasi
- Jamuan Pagi RM 8.00
- Makan Tengah Hari RM17.00
- Minum Petang RM5.00

PK 7.5 - Perolehan Kadar makanan dan minuman hendaklah berpatutan dan


Perkhidmatan Makanan Dan ditentukan oleh Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan dan
Minuman Untuk Mesyuarat diseragamkan kepada semua Jabatan/Agensi di bawah
Dalaman kawalan masing-masing.

Arahan Pentadbiran Dalaman 1. Penganjuran Majlis/Program Jabatan


JPA Bil. 1 Tahun 2018 – Garis - Jamuan ringan RM 10.00
Panduan Pengurusan Kewangan - Makan tengah hari RM 40.00
- Makan Malam RM 50.00

2. Kadar Penyediaan Makan dan Minum Mesyuarat serta


Kursus
- Sesi Jamuan
 Pagi RM 8.00
 Tengah hari RM 15.00
 Petang RM 7.00
 Malam RM 15.00

- Pakej Jamuan
 Pagi –tengah hari (2 kali) RM 20.00
 Pagi – petang (3 kali) RM 25.00
 Pagi – malam (4 kali) RM 35.00

Arahan Pentadbiran Dalaman 1. Penganjuran Acara/ Majlis/ Keraian Rasmi Kerajaan/


JPA Bil. 1 Tahun 2019 – Garis Mesyuarat/ Persidangan/ Seminar/ Bengkel
Panduan Pengurusan Kewangan - Jamuan ringan RM 10.00
- Makan tengah hari RM 40.00
- Makan Malam RM 50.00

2. Kadar Penyediaan Makanan dan Minuman bagi


Mesyuarat/ Kursus
- Sesi Jamuan
 Pagi RM 8.00
 Tengah hari RM 15.00
 Petang RM 7.00
 Malam RM 15.00

- Pakej Jamuan
 Pagi –tengah hari (2 kali) RM 20.00
 Pagi – petang (3 kali) RM 25.00
 Pagi – malam (4 kali) RM 35.00

Arahan Ketua Pengarah 1. Penganjuran Acara/ Majlis/ Keraian Rasmi Kerajaan/


Perkhidmatan Awam (AKPPA) Mesyuarat/ Persidangan/ Seminar/ Bengkel
2020 - Garis Panduan - Jamuan ringan RM 10.00
Pengurusan Kewangan - Makan tengah hari RM 40.00
- Makan Malam RM 50.00

2. Kadar Penyediaan Makanan dan Minuman bagi


Mesyuarat/ Kursus
- Hanya disediakan bagi mesyuarat yang
dipengerusikan oleh KSN, KPPA atau mesyuarat
yang melibatkan jemputan pegawai dari luar
JPA/INTAN

Bil Perkara Kadar


. Mesyuarat Kursus Kursus
Luar Dalam
Sesi Jamuan
1. Pagi 8.00 8.00 15.00
2. Tengahari 15.00 15.00
3. Petang 7.00 7.00
4. Malam 15.00 15.00
Pakej Jamuan
1. Pagi - Tgh (2x) 21.00 21.00 T/B
2. Pagi - Ptg (3x) 28.00 28.00
3. Pagi - Mlm 35.00 35.00
(4x)

Surat Pekeliling KSU KPLB Bil. 2 1. Pakej makan, minum dan penginapan
Tahun 2021 – Penetapan Kadar 3. RM 250.00 sehari Semenanjung, Sabah & Sarawak
Bagi Bukan Pegawai Awam Yang
Terlibat Dalam Program KPLB 2. Bukan pakej
4. Sarapan RM 7.00
5. Makan tengahari RM 15.00
6. Minum petang RM 7.00
7. Makan malam RM 15.00
8. Minum malam RM 6.00
9. Penginapan RM 200.00 sehari

3. TABIKA. TASKA dan MRSM


10. TABIKA RM 10.00 sehari
11. TASKA RM 12.00 sehari
12. MRSM Semenanjung Sabah & Sarawak
RM 21.00 sehari RM 22.00 sehari

Surat Pekeliling KSU KPLB Bil. 7 1. Tidak perlu kelulusan pegawai pengawal adalah
Tahun 2018 – Garis Panduan program/latihan yang tiada melibatkan penginapan dan
Mengenai Tatacara 13.makan minum tidak melebihi kadar:
Perbelanjaan Penganjuran Semenanjung Sabah &
Program dan Latihan KPLB Sarawak
 Mimum pagi RM 6.00 RM 8.00
 Minum petang RM 6.00 RM 8.00
14.Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Pasca Kabinet
dengan makan minum tidak melebihi kadar
Semenanjung Sabah &
Sarawak
 Minum pagi RM 6.00 RM 8.00
 Makan tengahari RM 12.00 RM 15.00
 Minum petang RM 6.00 RM 8.00
 Makan malam RM 12.00 RM 15.00

2. Perlu mendapatkan kelulusan pegawai yang diturunkan


kuasa secara pentadbiran bagi program/latihan yang
tidak melibatkan penginapan dan makan minum tidak
melebihi kadar
Semenanjung Sabah &
Sarawak
 Minum pagi RM 6.00 RM 8.00
 Makan tengahari RM 12.00 RM 15.00
 Minum petang RM 6.00 RM 8.00
 Makan malam RM 12.00 RM 15.00
3. Program/Latihan melibatkan YB Menteri/Timb. Menteri
yang tidak melibatkan penginapan dan makan minum
tidak melebihi kadar berikut perlu kelulusan pegawai
pengawal tapi tidak perlu ulasan kewangan

Menteri Timb. Menteri


- Minum pagi RM 10.00 RM 10.00
- Makan tengahari RM 35.00 RM 15.00
- Minum petang RM 10.00 RM 10.00
- Makan malam RM 45.00 RM 25.00

Surat Pekeliling Pengurus Besar 1. Mesyuarat (tidak dibenarkan jika mesyuarat berlangsung
Lembaga Kemajuan Kelantan kurang 1 jam)
Selatan Bil. 1 Tahun 2016 – 15. Mesyuarat dalaman
Garis Panduan Strategi dan  Lebih 3 jam : RM 13.00 untuk 2 kali makan
Inovsasi Penjimatan Bajet dan mesyuarat lebih 3 jam
Mengurus  Lebih 1 jam dan kurang 3 jam : RM 5.00
untuk jamuan ringan

16. Mesyuarat dengan pihak luar


 Lebih 3 jam : RM 15.00 untuk 2 kali makan
 Lebih 1 jam dan Kurang 3 jam : RM 5.50
untuk jamuan ringan

2. Program LMS dan EKSA


17. Diadakan bersekali 2 kali sebulan
18. Jamuan ringan pada kadar RM 5.00

3. Majlis/Program
19. Dicadang dilaksana secara gabungan dan had kepada
Majlis/Program utama
20. Lebih 5 jam : 2 kali makan pada kadar RM 20.00
21. Kurang 5 jam : jamuan ringan pada kadar RM 5.00

4. Bengkel/Seminar/Kursus/Retreat
22. RM50.00 untuk sehari

You might also like