You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GEMILANG


Kod Sekolah : PBA 2037

1. Nama Guru Arikah binti Sadon

2. Judul Pendidikan Seksual bagi remaja 3. Bidang: Psikologi

4. Tarikh Pembentangan 4 November 2022 5. Masa: 10.00 pagi

6. Tempat Pembentangan Bilik mesyuarat guru


7. Sinopsis

Buku ini memberi pendedahan dan mengetengahkan isu-isu kontemporari dan peri pentingnya
pendidikan seksual kepada pelajar-pelajar di sekolah. Semua pihak yang terdiri dari ibu bapa,
masyarakat, dan sekolah perlu memainkan peranan untuk mendidik anak-anak akan setiap
perubahan perkembangan diri yang berlaku agar mereka tidak panik dan tidak terjebak dengan
perkara yang tidak bermoral apabila berlaku perubahan dalam diri mereka. Pendidikan seksual
perlu diajar seawal usia mereka. Paling penting, ibu bapa perlu didik anak tentang salah laku
seksual yang sering terjadi kepada kanak kanak pada zaman kini. Beberapa fakta dinyatakan
tentang kes-kes yang berlaku di luar negara kecelaruan seksualiti yang berlaku. Perkara-perkara
ini perlu dibendung supaya tidak menular di negara kita.

Cara penyampaian buku yang tidak terlalu berat dan mudah untuk difahami ditambah pula
dengan gambar-gambar yang diletakkan sebagai rumusan. Teknik penyoalan ada digunakan di
akhir setiap bab sebagai rumusan akhir setiap bab.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Tanggungjawab
2. Berhemah tinggi
3. Semangat bermasyarakat
4. Psikologi dan fisiologi remaja

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru boleh menekankan dan sentiasa mengingatkan pelajar tentang aspek batas
pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tanggungjawab dan persiapan yang perlu dilakukan oleh pelajar selaras dengan
perkembangan dan perubahan pelajar yang dapat dilihat dari segi fizikal.
2. Membuat program persediaan awal remaja bagi murid-murid sebelum menginjak ke
sekolah menengah.
3. Mengaplikasikan cara-cara membersihkan diri dari hadas besar dan mengaitkan dengan
kesihatan diri dan pendidikan kesihatan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................... ..............................................
( ARIKAH BINTI SADON ) ( EN AZMAN BIN ABDULLAH )

You might also like