You are on page 1of 2

BENGKEL PEMANTAPAN SEJARAH,

Assalamualaikum wrt..
Bersyukur ke hadrat Ilahi, hari ini kita masih diberi nikmat dan rezeki yang tak bertepi, maka kita
bertemu untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kecemerlangan kita semua.
Bagi memberkati proram ilmu kita pada hari ini, dijemput Akhie …………………………untuk
membacakan doa, dipersilakan.
(Selesai baca doa)
Pada pagi ini kita akan mendengar perkongsian bermakna dalam program Bengkel Pemantapan
Sejarah SPM 2023/2024 yang akan disampaikan oleh Tuan Haji Yasmin bin Hashim @ Yasin.
Tak kenal maka tak cinta, jom kita sama-sama mengenali personaliti yang bertuah ini.
Cikgu Haji Yasmin dilahirkan pada 14 Februari 1971 di Kg Gong Keding, Pasir Puteh, Kelantan.
Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kamil 1 dan Sekolah Kebangsaan Bukit Awang,
Pasir Puteh, Kelantan dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Semerak ( nama baru sekarang ialah SMK Dato’Ismail ), dari tahun 1984-1988.
Seterusnya melanjutkan pengajian di tingkatan enam di SMK Kamil dari tahun 1989-1990.

Cikgu Yasmin telah meneruskan perjuangan dalam pendidikan dengan melanjutkan pelajaran ke
peringkat ijazah di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sastera dengan Pendidikan Program A
antara 1 tahun 991-1995. Kemudian menyambung pengajian lagi ke peringkat sarjana di Universiti
Putra Malaysia antara tahun1999-2001 dalam bidang Sarjana Pentadbiran Pendidikan.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Kalaka, Roban, Sarawak pada pada 1995 sehingga
tahun 1999. Kemudian ke SMK Gaal sehingga tahun 2000, berpindah pula ke SMK Dato’ Ismail,
Pasir Puteh, Kelantan sehingga Mei 2007.
Pada tanggal Jun 2007, Cikgu Yasmin bertukar ke Sarawak semula iaitu ke SMK St Teresa Kuching
Sarawak serta ke SMK Semerah Padi sehinggalah Disember 2019. Sekarang beliau bertugas di SMK
Agama Melor, Kota Bharu bermula Januari 2020 sehingga tahun 2022. Namun bermula November
2022, Cg Yasmin telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Sains Sosial di Sekolah Menengah
Kebangsaan Long Gafar Kota Bharu.

Tanpa berlengah masa, majlis mempersilakan Cikgu Yasmin bin Hashim untuk menyampaikan
pengisian ilmu beliau ....... dipersilakan.

(Selepas bengkel tamat)


Terima kasih diucapkan kepada penceramah kita, Cikgu Haji Yasmin bin Hashim@ Yasin atas
pengisian bermakna pagi ini. Banyak ilmu berguna yang boleh kita ambil untuk kecemerlangan
subjek Sejarah. Sangat ruginya kita semua jika kita mengabaikan perkongsian Sejarah hari ini.
Seterusnya, dijemput Cikgu Puan Kusaimah binti Muhammad Said merangkap Guru Kanan Mata
Pelajaran Kemanusiaan untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada Yang Berusaha Cikgu Haji
Yasmin bin Hashim @ Yasin. Majlis mempersilakan......
Terima kasih sekali lagi diucapkan atas penyempurnaan penyampaian sijil penghargaann tadi.

Majlis ilmu kita pada pagi ini sampai ke penghujungnya. Semoga program kita pagi ini memberi
input yang maksima dan seterusnya memperoleh hasil yang cemerlang dalam SPM 2023/2024 nanti,
in syaa Allah.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi cikgu jadi kenangan.

Pohon sirih pohon selasih,


Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Bagi mengakhiri majlis kita, marilah kita membaca tasbih kifarah dan surah Al-Asr.
(Awak baca dengan suara yang kuat sikit tasbih kifarah dan surah Al Asr sampai habis di mic....)

Terima kasih.
Majlis Bersurai.

You might also like