You are on page 1of 114

1.

0 GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM PERUMAHAN


1.1 TUJUAN 1-1

1.2 LATAR BELAKANG 1-1

1.2.1 DEFINISI 1-2

1.3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PERUMAHAN 1-3

1.3.1 GARIS PANDUAN UMUM 1-3

2.0 GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM PERDAGANGAN


2.1 TUJUAN 2-1

2.2 LATAR BELAKANG 2-1

2.2.1 DEFINISI 2-1


2.2.2 KLASIFIKASI KAWASAN PERDAGANGAN 2-1

2.3 PRINSIP PERANCANGAN 2-2

2.3.1 PEMATUHAN KEPADA PERANCANGAN SETEMPAT 2-2


2.3.2 PEMBANGUNAN PERDAGANGAN MENGIKUT HIERARKI
DAN MENJADI PEMANGKIN PEMBANGUNAN 2-2
2.3.3 KEPELBAGAIAN AKTIVITI PERDAGANGAN DAN
PELUANG PENYERTAAN 2-2
2.3.4 KEMUDAHAN SAMPAIAN 2-2
2.3.5 BERKOMPENAN DAN BERKUALITI 2-2
2.3.6 KEBERSIHAN, KESELAMATAN, KESELESAAN DAN
HARMONI 2-2
2.3.7 INOVATIF, ESTETIKA DAN BERIDENTITI 2-3

2.4 GARIS PANDUAN UMUM 2-3

2.4.1 PERANCANGAN DAN PELETAKAN TAPAK 2-3


2.4.2 LALUAN KELUAR MASUK 2-3
2.4.3 SIRKULASI DALAMAN 2-4
2.4.4 ZON PENAMPAN 2-4
2.4.5 SUSUN ATUR DAN REKA BENTUK (KAWASAN)
DAN DALAMAN BANGUNAN 2-4
2.4.6 KETINGGIAN BANGUNAN 2-5
2.4.7 LANDSKAP 2-5
2.4.8 PENCAHAYAAN DAN KESELAMATAN 2-6
2.4.9 PAPAN IKLAN PERNIAGAAN 2-7
2.4.10 PENYEDIAAN KEMUDAHAN SOKONGAN 2-7
2.4.11 KEPERLUAN-KEPERLUAN LAIN 2-8
2.5 GARIS PRINSIP PERANCANGAN PERDAGANGAN (PANGSAPURI) 2-9

2.5.1 DEFINISI DAN KONSEP PEMBANGUNAN


PANGSAPURI PERKHIDMATAN 2-9
2.5.2 GARIS PANDUAN UMUM 2-10
1. ZON PERANCANGAN GUNA TANAH DAN KELAS
KEGUNAAN TANAH 2-10
2. KONSEP PEMBANGUNAN DAN OPERASI
PENGURUSAN PANGSAPURI PERKHIDMATAN 2-10
3. REKABENTUK DAN KONSEP PEMBANGUNAN
PANGSAPURI PERKHIDMATAN 2-11
4. PENYEDIAAN KEMUDAHAN AWAM DAN
PERKHIDMATAN ANCILARI (ANCILLARY SERVICES
FACILITIES) 2-12
5. PENGURUSAN DAN PENYURAIAN TRAFIK 2-16
6. PENERAPAN KONSEP PEMBANGUNAN HIJAU 2-16
7. NAMA PEMAJUAN 2-19
8. LAIN-LAIN KEPERLUAN 2-20

SENARAI RAJAH

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM


2.0
PERDAGANGAN
Rajah 2.4.1 Penyediaan Jalan Susur ke Kawasan Perdagangan dari Jalan Utama 2-3
Rajah 2.5.1 Contoh Penerapan Konsep Pembinaan Bangunan Yang
Mengutamakan Proses Pengaliran Udara Secara Semulajadi
Dalam Rekebentuk Bangunan 2-15
Rajah 2.5.2 Contoh Pelaksanaan Pemasangan Sistem Pengumpulan
Air Hujan 2-16
Rajah 2.5.3 Contoh Penerapan Rekabentuk Bangunan Dengan
Mengutamakan Sumber Pencahayaan Semulajadi 2-16

SENARAI FOTO

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM


2.0
PERDAGANGAN
Foto 2.4.1 Laluan Pejalan Kaki Yang Berbumbung Dan Selesa Di Dalam
Kawasan Hypermarket – Tesco Extra,Shah Alam (Ogos,2010) 2-4
Foto 2.4.2 Lanskap Dalam Kawasan Perdagangan-Alamanda 2-6
Foto 2.4.3 Contoh Tempat Letak Kereta Di Dalam Kawasan Perdagangan
- Restoran KFC Jalan Kepong, Kuala Lumpur (Ogos 2010) 2-7
Foto 2.4.4 Ruang Menempatkan Fasiliti Mesra Bayi Di Kompleks (Mall) 2-8
Foto 2.5.1 Gambaran Penyediaan Ruang Pusat Jagaan Kanak-Kanak 2-12
Foto 2.5.2 Gambaran Penyediaan Ruang Solat 2-12
Foto 2.5.3 Gambaran Penyediaan Ruang Bagi Kegunaan Ramai
Menjalankan Aktiviti Keraian/Majlis/Kenduri 2-13
Foto 2.5.4 Gambaran Penyediaan Ruang Bacaan Atau Mini Perpustakaan
Yang Dilengkapi Dengan Kemudahan Internet Dan Wifi 2-13
Foto 2.5.5 Gambaran Penyediaan Ruang Dewan Komuniti Atau Dewan
Serbaguna Yang Boleh Dijadikan Tempat Penghuni Pangsapuri
Perkhidmatan Menjalankan Aktiviti Dan Program Kemasyarakatan
Termasuklah Mesyuarat Dan Perhimpunan 2-13
Foto 2.5.6 Kemudahan Bagi Golongan OKU Dalam Persekitaran
Pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan Dan Unit-Unit
Pangsapuri Perkhidmatan Khas Untuk OKU 2-14

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM


3.0
PERINDUSTRIAN
3.1 TUJUAN 3-1

3.2 LATAR BELAKANG 3-1

3.2.1 DEFINISI 3-2


3.2.2 KATEGORI 3-3
1. INDUSTRI COTTAGE 3-3
2. INDUSTRI RINGAN 3-3
3. INDUSTRI SEDERHANA 3-4
4. INDUSTRI BERAT 3-4
5. INDUSTRI BERISIKO TINGGI 3-4

3.2.3 KONSEP KAWASAN PERINDUSTRIAN 3-5


1. TAMAN INDUSTRI 3-5
2. INDUSTRIAL CAMPUS 3-6

3.3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PERINDUSTRIAN 3-8

3.3.1 GARIS PANDUAN UMUM 3-8

SENARAI RAJAH

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM


3.0
PERINDUSTRIAN
Rajah 3.2.1 Konsep Industrial Campus 3-6

SENARAI FOTO

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM


3.0
PERINDUSTRIAN
Foto 3.2.1 Penempatan Kawasan Perindustrian 3-1
Foto 3.2.2 Pencemaran Kawasan Laut Dan Pembantahan Orang Awam 3-1
Foto 3.2.3 Kilang Petron Port Dickson 3-2
Foto 3.2.4 KKS Tanah Merah Oil 3-2
Foto 3.2.5 Contoh Ilustrasi 3-2
Foto 3.2.6 Contoh Industri Cottage Industri Kerepek Ubi 3-3
Foto 3.2.7 Kawasan Perusahan Ringan,Jalan Tun Dr.Ismail 3-3
GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM
4.0
KEMUDAHAN MASYARAKAT
4.1 TUJUAN 4-1

4.2 LATAR BELAKANG 4-1

4.2.1 DEFINISI 4-1


4.2.2 JENIS KEMUDAHAN MASYARAKAT 4-2
4.2.3 KONSEP PERANCANGAN 4-3
1. KRITERIA PERANCANGAN 4-3
2. HIERARKI KEJIRANAN 4-4

4.3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT 4-5

4.3.1 GARIS PANDUAN UMUM KEMUDAHAN MASYARAKAT 4-5

4.4 GARISN PANDUAN UMUM KEMUDAHAN MASYARAKAT


(KEAGAMAAN) 4-6

4.4.1 KATEGORI TEMPAT IBADAT ISLAM 4-7


4.4.2 PERANAN MASJID DAN KEPERLUAN KOMPONEN 4-8
4.4.3 GARIS PANDUAN UMUM MASJID 4-9

4.5 GARIS PANDUAN UMUM PENDIDIKAN (TADIKA DAN TASKA) 4-11

4.5.1 TADIKA 4-11


4.5.2 TASKA 4-11
4.5.3 PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 4-12
1. KESELAMATAN 4-12
2. PENYEDIAAN KEMUDAHAN YANG MENCUKUPI 4-13
3. KESELESAAN 4-13

4.5.4 GARIS PANDUAN PERANCANGAN 4-13


1. PERANCANGAN TAPAK DAN RUANG PENYEDIAAN 4-13
2. KATEGORI PREMIS BAGI PENUBUHAN
TADIKA DAN TASKA 4-13
3. LOKASI DAN KEADAAN TAPAK 4-15
4. KEPERLUAN PENYEDIAAN TADIKA DAN TASKA 4-15
5. HAD KETINGGIAN MENGIKUT KEGUNAAN BANGUNAN
(BAGI BANGUNAN BERBILANG TINGKAT) 4-15
6. REKA BENTUK SEJAGAT (UNIVERSAL DESIGN) 4-17

4.5.5 SYARAT-SYARAT PENUBUHAN 4-18


1. NISBAH PENJAGAAN 4-18
2. PENUBUHAN PASUKAN KHAS WAKTU KECEMASAN 4-19
3. PENGANGKUTAN DAN PENYEDIAAN MAKANAN 4-20
4. KURSUS,LATIHAN DAN KURIKULUM KESELAMATAN 4-20
5. PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN 4-21

4.5.6 SYARAT-SYARAT KESELAMATAN DI BANGUNAN


BERBILANG TINGKAT 4-21
1. BAHAN BINAAN BANGUNAN 4-21
2. LALUAN PELEPASAN DIRI 4-21
3. DINDING PENGASING/PETAK 4-21
4. PERALATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN 4-22
5. HAD AKTIVITI MEMASAK 4-22
6. PINTU DAN LALUAN KESELAMATAN KEBAKARAN 4-23
7. DINDING DALAMAN (PARTITION) 4-23
8. TANDA ‘KELUAR’ 4-24
9. PENCAHAYAAN KECEMASAN 4-24
10.PEMASANGAN CCTV 4-25
11.KAWASAN PERHIMPUNAN KECEMASAN
(EMERGENCY ASSEMBLY AREA) 4-26
12.PENYEDIAAN PELAN KESELAMATAN
KEBAKARAN DAN BENCANA 4-26
13.PERAKUAN PELAN 4-27
14.KUASA MELULUS JABATAN BOMBA
DAN PENYELAMAT BOMBA 4-27

4.5.7 PROSES PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 4-27


a) TIADA PROSES KELULUSAN KENBENARAN
MERANCANG DAN PELAN BANGUNAN BAGI
TAPAK KHAS YANG TELAH DIDIRIKAN BANGUNAN 4-28
b) MELALUI PROSES PERMOHONAN KEBENARAN
MERANCANG DAN PELAN BANGUNAN BAGI TAPAK
KHAS YANG BELUM DIDIRIKAN BANGUNAN 4-28

4.6 GARIS PANDUAN UMUM KEMUDAHAN MASYARAKAT


(TANAH LAPANG DAN REKREASI) 4-31

4.6.1 DEFINISI 4-31


4.6.2 JENIS REKREASI 4-32
4.6.3 PRINSIP PERANCANGAN 4-33
4.6.4 GARIS PANDUAN UMUM 4-34
1. HIERARKI TANAH LAPANG DAN REKREASI 4-34
2. PENYEDIAAN TANAH LAPANG BAGI SKIM
PERUMAHAN BERTANAH 4-37
3. PENYEDIAAN TANAH LAPANG BAGI PERUMAHAN
BERBILANG TINGKAT 4-37
4. PENYEDIAAN TANAH LAPANG BAGI PEMBANGUNAN
KAWASAN PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN 4-37
5. PENYEDIAAN TANAH LAPANG BAGI PEMBANGUNAN
BERBENTUK MASTERPLAN/TOWNSHIP 4-37
6. TANAH LAPANG DI DALAM SKIM GATED COMMUNITY 4-37
7. TANAH ATAS BUMBUNG 4-37
8. KAWASAN BUKIT DAN TANAH TINGGI 4-37
9. TANGGUNGJAWAB PENYELENGGARAAN TANAH LAPANG 4-37

4.6.5 GARIS PANDUAN UMUM 4-38


1. AKSESIBILITI 4-38
2. KECERUNAN BAGI TANAH LAPANG DAN REKREASI 4-38
3. SISTEM LALU LINTAS 4-39
4. LANSKAP LEMBUT 4-40
5. PERABOT TAMAN 4-41
6. PERANCANGAN PERALATAN MENGIKUT UMUR
KANAK-KANAK 4-42
7. REKA BENTUK DAN SUSUN ATUR PERALATAN
PERMAINAN 4-43
8. KEMUDAHAN BERBASIKAL 4-47
9. KEMUDAHAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) 4-48
10.REKABENTUK PERALATAN 4-49
11.PEMISAH KAWASAN REKREASI 4-51
SENARAI RAJAH

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM


4.0
PERINDUSTRIAN
Rajah 4.2.1 Konsep Perancangan Mengikut Hierarki Kejiranan 4-4
Rajah 4.5.1 Had Ketinggian TADIKA Dan TASKA Yang Dibenarkan Ialah
18 Meter (Ukuran Jarak Dari Aras Akses Perkakas Bomba),
Iaitu Sehingga Kira-Kira Aras 5 4-17
Rajah 4.5.2 Tidak Perlu Melalui Proses Kelulusan Kebenaran
Merancang Dan Pelan Bangunan 4-29
Rajah 4.5.3 Melalui Proses Permohonan Kebenaran
Merancang Dan Pelan Bangunan 4-30
Rajah 4.6.1 Cadangan Jarak Yang Sesuai Ke Kawasan Rekreasi
Mengikut Hierarki 4-38
Rajah 4.6.2 Lakaran Fall Zone Alatan Permainan Yang Dipasang
Secara Bertindih 4-46
Rajah 4.6.3 Kecerunan Yang Bersesuaian Bagi OKU 4-49
Rajah 4.6.4 Kecerunan Maksimum Yang Dibenarkan Untuk OKU 4-49
Rajah 4.6.5 Ilustrasi Kecerunan Landas Angkat (Ramp) Yang Sesuai 4-50
Rajah 4.6.6 Ukuran Bagi Pelantar Rata Dan Tempat Pemegang Yang Sesuai 4-50

SENARAI FOTO

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM


4.0
KEMUDAHAN MASYARAKAT
Foto 4.2.1 Dewan Orang Ramai,Taman Tasik 4-2
Foto 4.2.2 Klinik Kesihatan Seremban 2 4-2
Foto 4.2.3 Sekolah Rendah Seremban 4-2
Foto 4.2.4 Balai Polis Sikamat 4-2
Foto 4.2.5 Perbadanan Perpustakaan Awam 4-2
Foto 4.2.6 Pusat Kebajikan 4-2
Foto 4.4.1 Masjid Hussain 4-7
Foto 4.4.2 Bilik Solat/Musolla,Mesa Mall,Nilai 4-7
Foto 4.5.1 Contoh Aktiviti Kanak-Kanak Di Tadika Dan Taska 4-11
Foto 4.5.2 Contoh Persekitaran Di Dalam Ruang TAS 4-11
Foto 4.5.3 Contoh TADIKA/TASKA Di Kawasan Yang Telah
Diluluskan Sebagai TADIKA/TASKA 4-13
Foto 4.5.4 Contoh TADIKA/TASKA Di Bangunan Pejabat 4-14
Foto 4.5.5 Contoh TADIKA/TASKA Yang Dibenarkan Di Kawasan
Perumahan 4-14
Foto 4.5.6 Contoh Reka Bentuk Ruang Permainan Di Dalam Dan
Di Kawasan Terbuka Bangunan Yang Mendapat Cahaya
Matahari Terus 4-18
Foto 4.5.7 Semua Pintu Keluar Atau Yang Menuju Ke Kawasan
Terbuka Hendaklah Hanya Membuka Ke Arah Keluar 4-23
Foto 4.5.8 Tangga,Koridor Dan Lorong Yang Menuju Ke Tempat Keluar
Hendaklah Ditempatkan Berasingan Atau Terlindung
Untuk Mengelakkan Apa-Apa Bahaya 4-24
Foto 4.5.9 Tanda ‘KELUAR’ Yang Diterangi Berterusan 4-25
Foto 4.5.10 Bagi Pintu Keluar Yang Terselindung,Tanda ‘KELUAR’
Dengan Anak Panah Menunjukkan Arah Perjalanan
Menuju Ke Pintu Tersebut 4-25
Foto 4.5.11 Lampu Pencahayaan Kecemasan 4-25
Foto 4.5.12 Kawasan Perhimpunan Kecemasan (Emergency Assembly Area)
Yang Ditanda Dengan Jelas Dan Berteduh 4-26
Foto 4.6.1 Contoh Kawasan Lapang Yang Digunakan Untuk Rekreasi
Aktif Atau Pasif 4-32
Foto 4.6.2 Taman Negara Endau-Rompin 4-34
Foto 4.6.3 Taman Negeri 4-34
Foto 4.6.4 S2 City Park,Seremban 2 4-35
Foto 4.6.5 Taman Kejiranan Rasah Kemayan 4-35
Foto 4.6.6 Taman Seremban 3 4-36
Foto 4.6.7 D’Belsa Taman Bandar Senawang 4-36
Foto 4.6.8 Tanah Lapang Dan Rekreasi Di Kawasan Rata 4-38
Foto 4.6.9 Contoh Penyediaan Bonggol Di Jalan Bersebelahan
Taman Rekreasi 4-39
Foto 4.6.10 Contoh Penyediaan Cul De Sac Yang Juga Berfungsi
Sebagai Tempat Letak Kereta 4-39
Foto 4.6.11 Contoh Penyediaan Garisan Rentas Kuning ‘Transverse bar’
Di Sebelah Kawasan Rekreasi 4-39
Foto 4.6.12 Contoh Penyediaan Lintasan Pejalan Kaki ‘Pedestrian Crossing’
Di Laluan Utama Ke Kawasan Rekreasi 4-39
Foto 4.6.13 Contoh Penggunaan Pokok Teduhan Di Kawasan Rekreasi 4-40
Foto 4.6.14 Pokok Cerbera Odollam (PONG-PONG) Adalah Antara Spesis
Pokok Beracun 4-40
Foto 4.6.15 Contoh Pintu Masuk Yang Berkonsepkan Barrier Free 4-41
Foto 4.6.16 Contoh Penyediaan Ramp Di Kawasan Rekreasi 4-41
Foto 4.6.17 Contoh Rekabentuk Lampu Yang Disediakan Di Taman Rekreasi 4-41
Foto 4.6.18 Contoh Penyediaan Papan Tanda Bersepadu
Di Kawasan Rekreasi 4-42
Foto 4.6.19 Contoh Penyediaan Tong Sampah Di Kawasan Rekreasi 4-42
Foto 4.6.20 Contoh Penyediaan Peralatan Permainan Bagi
Kanak-Kanak Berumur 2– 4 Tahun 4-42
Foto 4.6.21 Contoh Penyediaan Peralatan Permainan Bagi
Kanak-Kanak Berumur 5 - 8 Tahun 4-43
Foto 4.6.22 Contoh Penyediaan Peralatan Permainan Bagi
Kanak-Kanak Berumur 9-12 Tahun 4-43
Foto 4.6.23 Peralatan Permainan Perlu Dipasang Dengan Kemas
Bagi Tujuan Keselamatan 4-43
Foto 4.6.24 Contoh Tempat Duduk Buaian Berbentuk ‘Bucket Type’ 4-44
Foto 4.6.25 Contoh Alatan Permainan Yang Berwarna Warni 4-44
Foto 4.6.26 Contoh Bukaan Penghadang Yang Tidak Dibenarkan
Dan Dibenarkan 4-45
Foto 4.6.27 Kecerunan Papan Gelungsur Yang Sesuai Bagi Kanak-Kanak 4-45

Foto 4.6.28 Contoh ‘Fall Zone’ Peralatan Permainan 4-45


Foto 4.6.29 Contoh ‘Fall Zone’ Papan Gelungsur 4-46
Foto 4.6.30 Contoh ‘Fall Zone’ Buaian 4-46
Foto 4.6.31 Contoh Penyediaan Lorong Basikal Di Kawasan Rekreasi 4-47
Foto 4.6.32 Contoh Ruang Tempat Letak Kereta Untuk Golongan OKU 4-48
Foto 4.6.33 Contoh Kelebaran Lorong Pejalan Kaki 4-48
Foto 4.6.34 Contoh Alatan Permainan Yang Menggunakan Warna
Yang Pelbagai Dan Ceria 4-49
Foto 4.6.35 Contoh Lokasi Tempat Duduk Yang Sesuai 4-51
Foto 4.6.36 Contoh Penyediaan Pagar Dan Laluan Pejalan Kaki 4-51
SENARAI JADUAL

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM


4.0
KEMUDAHAN MASYARAKAT
Jadulal 4.5.1 Jenis Jenis Taska 4-12
Jadual 4.5.2 Keperluan Penyediaan TADIKA dan TASKA Mengikut
Bilangan Unit Kediaman 4-15
Jadual 4.5.3 Had Ketinggian Mengikut Kegunaan Bangunan 4-16

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM


5.0 MENARA DAN STRUKTUR SISTEM PEMANCAR
TELEKOMUNIKASI
5.1 TUJUAN 5-1

5.2 LATAR BELAKANG 5-1

5.2.1 DEFINISI 5-2


1. MENARA PEMANCAR TELEKOMUNIKASI 5-2
2. MENARA PEMANCAR MULTI FUNGSI 5-2
3. MENARA PEMANCAR SEMENTARA 5-3
4. STRUKTUR ATAS BANGUNAN 5-3
5. STRUKTUR ATAS BINAAN 5-4
6. PEMANCAR MUDAH ALIH 5-4

5.2.2 KATEGORI 5-5


1. STRUKTUR ATAS TANAH (SAT) 5-5
2. STRUKTUR BUKAN ATAS TANAH (SBAT) 5-5

5.3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN MENARA DAN STRUKTUR


SISTEM PEMANCAR TELEKOMUNIKASI 5-6

5.3.1 GARIS PANDUAN UMUM 5-6


1. PERANCANGAN PROJEK 5-6
2. PERKONGSIAN MENARA 5-6
3. PENYAMARAN MENARA 5-6
4. PEMILIKAN TAPAK 5-6
5. KESELAMATAN (DEDAHAN KEPADA MEDAN
ELEKTROMAGNET EMF) 5-6
SENARAI RAJAH

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM


5.0 MENARA DAN STUKTUR SISTEM PEMANCAR
TELEKOMUNIKASI
Rajah 5.2.1 Ilustrasi Menara Kekisi Berkaki Empat 5-5
Rajah 5.2.2 Ilustrasi Struktur Atas Bangunan 5-5

SENARAI FOTO

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM


5.0 MENARA DAN STUKTUR SISTEM PEMANCAR
TELEKOMUNIKASI
Foto 5.2.1 Monopole Tree 5-1
Foto 5.2.2 Menara Kekisi Berkaki Tiga/Empat 5-2
Foto 5.2.3 Monopole 5-2
Foto 5.2.4 Papan Tanda Multi Fungsi 5-2
Foto 5.2.5 Lampu Multi Fungsi 5-2
Foto 5.2.6 Portable Base Transceiver Station (BTS) - mast 5-3
Foto 5.2.7 Bipod 5-3
Foto 5.2.8 Tripod 5-3
Foto 5.2.9 Menara 5-4
Foto 5.2.10 Papan Iklan 5-4
Foto 5.2.11 Tangka Air 5-4
Foto 5.2.12 Cellular On Wheels (COW) 5-4
GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM

PERUMAHAN
NEGERI SEMBILAN

PLANMalaysia@Negeri
SembilanPerancangan Melangkaui
Kelaziman Planning : Beyond
Conventional
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan)
PEMBERITAHUAN

Garis Panduan Perancangan Umum Perumahan Negeri Sembilan ini telah


dipersetujui oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 5/2019 pada
14 Mei 2019 untuk digunakan dan telah diluluskan pemakaiannya oleh
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan melalui Kertas
Mesyuarat No. 188/2020 pada15 Januari 2020.

Garis Panduan Khusus Perlulah Merujuk Manual Garis Panduan


dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0 dan telah
diluluskan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN)
pada 21 April 2021 dan pemakaiannya
berkuatkuasa pada 1 Julai 2021
1.1 TUJUAN
TUJUA
Garis Panduan Perancangan Perumahan Negeri Sembilan (GPP Perumahan
Negeri Sembilan) disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan dan agensi-agensi teknikal yang
berkaitan dalam mengurus dan mengawal semua jenis perumahan semasa bagi
penyediaan rancangan pemajuan dan memproses permohonan kelulusan kebenaran
merancang yang dikemukakan oleh pemaju dan perunding di Negeri Sembilan. GPP
ini merupakan penambahbaikan dari GPP sedia ada seiring dengan keperluan
pembangunan di Negeri Sembilan dan Dasar Perumahan Negeri Sembilan.

1.2 LATAR BELAKANG

Perumahan berperanan sebagai salah satu komponen


utama dalam sesebuah bandar. Perumahan mengalami
perubahan dari masa ke semasa.

Ianya perlu mencukupi dan mampu dimiliki dengan


persekitaran yang kondusif dan harmoni. Antara isu
pembangunan perumahan di Negeri Sembilan adalah
seperti berikut:

1. Penawaran perumahan melebihi permintaan.


2. Ketidakcukupan penyediaan kemudahan masyarakat,
infrastruktur dan utiliti.
3. Sistem jalan raya yang tidak menyeluruh, tidak
selamat dan kurang pertimbangan kepada laluan
pejalan kaki dan laluan basikal.

Kewujudan masalah dalam perumahan ini memerlukan


tindakan dan perubahan secara jangka panjang dan
berperingkat dari aspek perancangan sehinggalah ke
aspek pemantauan dan pelaksanaan perancangan.

1-1
1.2.1 Definisi

Perumahan merupakan komponen guna tanah utama dalam pembangunan sebagai


tempat tinggal. Pembangunan perumahan perlulah dirancang secara kondusif, selesa,
berkualiti, selamat dan mencukupi. Perumahan memainkan peranan sebagai sektor
utama dalam industri harta tanah dan pertumbuhan ekonomi. Ianya harus mampu
dimiliki oleh pelbagai golongan berdasarkan Dasar Perumahan Negeri Sembilan.

370, 208.45 Hek. DPU 4


55.6 % RSNS
2045 Pembangunan Perumahan
Berkualiti Mencukupi dan
Kesediaan tanah di RANCANGAN STRUKTUR
Negeri Sembilan untuk NEGERI SEMBILAN Mampu Milik
pembangunan sehingga 2045

1-2
1.3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PERUMAHAN

1.3.1 Garis Panduan Umum


Menggariskan 8 Aspek utama yang perlu diambilkira dalam perancangan dan
pengawalan pembangunan perumahan.

1 Densiti, Zon Perancangan Dan Kelas Kegunaan Tanah

i. Densiti perlu mengikut RTD/RKK yang telah diwartakan.


ii. Pembinaan perumahan dibenarkan di kawasan yang telah dizonkan sebagai zon
perumahan dan mengikut kelas kegunaan tanah yang dibenarkan di dalam
RTD/RKK.

2 Penerapan Konsep Kejiranan Hijau

i. Konsep Kejiranan Hijau.


ii. Penerapan ciri –ciri kejiranan hijau di dalam susunatur perumahan. Antaranya
adalah seperti berikut:

a. Merekabentuk unit/sub kejiranan dalam skala perjalanan 5-10 minit berjalan


kaki dengan anggaran 400 meter jejari dan berkeluasan antara 40-125
ekar.
b. Menyediakan infrastruktur hijau.
c. Menggalakkan konsep walkability dan connectivity melalui ruang pejalan kaki
dan berbasikal.

iii. Penerapan ciri –ciri kejiranan hijau di dalam reka bentuk bangunan. Antaranya
adalah seperti berikut

a. Bangunan hijau.
b. Sistem penuaian air hujan.
c. Penggunaan solar.

3 Panduan Pelaksanaan Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk


Persekitaran (CPTED)

i. Berasaskan kepada strategi, prinsip dan langkah-langkah pencegahan jenayah


melalui rekabentuk persekitaran (crime prevention through environmental design
– CPTED).
ii. Penerapan ciri – ciri kediaman selamat di dalam susunatur perumahan. Antaranya
adalah seperti berikut:

a. Menggalakkan pembangunan perumahan secara bercampur dengan


aktiviti perniagaan dan lain- lain aktiviti yang boleh menarik tumpuan awam
bagi mewujudkan suasana aktif dan sibuk.
b. Mengelak penyediaan ruang terpinggir, terperangkap dan jalan mati di laluan
pejalan kaki atau di laluan jalan mati.
c. Membentuk ruang pandangan persekitaran yang jelas.

1-3
iii. Penerapan ciri – ciri kediaman selamat di dalam rekabentuk perumahan.
Antaranya adalah seperti berikut:

a. Rekabentuk bangunan perlu mengambil kira faktor keselamatan (menyediakan


ruang terbuka dan tidak tersorok) bagi mengelakkan wujudnya tempat
berpotensi untukpenjenayah berselindung.
b. Rekabentuk dan struktur tangga kecemasan atau tangga ke tempatletak kereta
dalam bangunan dapat dilihat dengan jelas dari dalam dan luar bangunan.

(Rujuk Panduan Pelaksanaan Pencegahan Jenayah Melalui Rekabentuk Persekitaran


(JPBD Semenanjung Malaysia, 2011).

4 Kawalan Pemajuan Perumahan

i. PBPT perlu memastikan kelulusan pembangunan perumahan (KM) diberikan


kepada tapak-tapak yang telah dizonkan sebagai perumahan di dalam RT.
ii. Aktiviti perdagangan dalam bentuk kedai pejabat atau rumah kedai teres dan lot-
lot perdagangan boleh dibenarkan di dalam pemajuan atau kawasan yang
dizonkan sebagai perumahan tertakluk kepada jumlah unit perdagangan dan
jumlah keluasan kawasanperdagangan.
iii. Aktiviti perindustrian (lot industri, bengkel dan gudang) tidak dibenarkan dalam
kawasanperumahan.
iv. Pemajuan perumahan tidak boleh dibenarkan di kawasan bukit dan tanah tinggi
dengan ketinggian dan Kelas I hingga Kelas IV.
v. Di kawasan tanah rendah (< 150 meter) dan kawasan tanah bukit (150-300
meter) di dalam kelas III, pembangunan hanya boleh dibenarkan kepada aktiviti
perumahan berkepadatan rendah dan sederhana (<40 unit/ekar).

(Rujuk Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan 1.0)

Illustrasi rekabentuk persekitaran pembangunan

1-4
5 Kawalan Dan Panduan Umum Perancangan
Tapak

i. Kesesuaian Tapak

a. Pembangunan perumahan tidak dibenarkan di


kawasan berisiko bencana alam dan kawasan
sensitif alam sekitar.
b. Kawasan perumahan perlu dibangunkan dengan
jarak dan penyediaan zon penampan yang
sesuai (berpandukan kepada piawaian yang
ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar) daripada
kawasan perindustrian atau kawasan-kawasan
lain yang mempunyai unsur-unsur pencemaran.

ii. Aksessibiliti:

Mengikut hierarki dan kesinambungan dengan


jalanraya, gunatanah sekitar atau dihubungkan
dengan sistem transit pengangkutan.

iii. Pemeliharaan Topografi Dalam Alam Semulajadi:

a. Sebarang pemajuan perumahan perlu mengekal


dan memelihara topografi asal tanah dengan
memastikan pemotongan bukit hanya
dilaksanakan pada kadar yang minimum.
b. Amalan pemotongan bukit bagi tujuan Keadaan Kesesuaian Tapak
meratakan permukaan keseluruhan tapak
pembangunan adalah tidak dibenarkan.
c. Perlu mengekal elemen-elemen semulajadi
yang wujud di atas tapak seperti sungai, tasik,
pokok-pokok yang melebihi 0-8 meter (seksyen
35H Akta 172) dan sebagainya.
d. Semasa penyediaan pelan susunatur, pemaju
perlu selaras dengan seksyen 21B Akta 172.
e. Penyusunan komponen perumahan hendaklah
mengikut kontur asal semulajadi tanah dan
topografi tapak.

iv. Orientasi:

a. Disesuaikan dengan laluan angin dan naik turun


matahari serta kewujudan vista semula jadi.
b. Bagi tapak yang mempunyai sungai, saliran dan
badan air semulajadi perlu dipastikan kediaman
dibina menghadap kawasan tersebut. Rujuk
Garis Panduan Konsep Pembangunan
Berhadapan Sungai (Jabatan Pengairan dan
Saliran Malaysia).
c. Tidak digalakkan mengadap ke kawasan yang
tidak menarik seperti loji pembetungan, kolam
oksidasi dan sebagainya. Keadaan Topografi

1-5
6 Perancangan Sistem Jalan Raya dan Perhubungan Di Kawasan Perumahan

i. Sistem dan reka bentuk jalan raya di kawasan perumahan perlu dirancang
mengikut tiga (3) hierarki utama sebagaimana ditetapkan di dalam Arahan Teknik
Jalan (JKR, 1986)

a. Jalan pengumpul utama (30 meter/ 100 kaki).


b. Jalan pengumpul kecil (20 meter/66 kaki).
c. Jalan tempatan (dinyatakan dalam Manual Garis Panduan dan Piawaian
Perancangan Negeri Sembilan).

ii. Perancangan dan pembinaan jalan rayaperlu mengambilkira aspek-aspekberikut:

a. Jalan keluar/masuk utama yang hubungkan sistem luaran dengan jalan


dalaman hendaklah dalam bentu ‘dual carriageway’ dengan bilangan lorong
sama ada 4 lorong - 2 hala atau 6 lorong - 2 hala bergantung kepada
kapasiti trafik.
b. Persimpangan di antara jalan keluar/masuk dengan jalan luaran hendaklah
direka bentuk dengan mengambilkira jumlah kenderaan yang terdapat di jalan
luaran dan jumlah kenderaan yang akan dihasilkan oleh perumahan yangdibina
c. Pembinaan jalan raya di kawasan berbukit perlu dirancang mengikut garisan
kontur.
d. Jalan-jalan kecil perlu bertemu jalan utama pada sudut 90 darjah.
e. Rekabentuk jalan pengumpul dan jalan tempatan boleh dirancang dalam
pelbagai alternative rekabentuk seperti dalam bentuk linear, persimpangan T,
loop dan sebagainya.

iii. Penerapan Pendekatan ‘New Urbanism’ dalam perancangan hierarki dan reka
bentuk jalan raya.

a. Mengecilkan saiz kelebaran turapan permukaan jalan khususnya di jalan


pengumpul kecil dan jalan tempatan bagi membolehkan ruang yang lebih besar
dapat diperuntukkan kepada pembinaan laluan pejalan kaki dan laluan
berbasikal; dan
b. Mengguna bahan binaan lain selain daripada bitumen dalam membina
permukaan jalan bagi menarik penduduk mengguna laluan tersebut sebagai
ruang berjalan kaki dan berbasikal.

iv. Perancangan Lorong Belakang


(Rujuk Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan 1.0).
v. Penyediaan Lorong Basikal dan Lorong Pejalan Kaki: (Rujuk Garis Panduan
Perancangan Kejiranan Hijau (JPBD Semenanjung Malaysia, 2011).
vi. Perancangan Pengangkutan Awam dan Sistem `Transit’: Lingkungan 400 meter
dari stesen transit transit rel laju (MRT), stesen transit rel ringan (LRT), monorel
dan komuter KTM, terutama kawasan pembangunan bercampur berkepadatan
tinggi.

1-6
7 Penyediaan Keperluan Sokongan Kawasan Perumahan
Perlu merujuk garis panduan perancangan yang berkenaan bagi penyediaan:

i. Kemudahan Mesyarakat.
ii. Kemudahan Islam.
iii. Rumah Ibadat dan Tempat Keagamaan.
iv. Tanah Perkuburan.
v. Kemudahan Infrastruktur dan Utiliti.
vi. Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi.
vii. Rekabentuk Sejagat.
viii. Penyediaan Tempat Letak Kenderaan.
ix. Garis Panduan Agensi Teknikalyang Berkaitan.

1-7
G A R I S PA N D U A N P E R A N C A N G A N UMUM

KAWASAN
PERDAGANGAN
PEMBERITAHUAN

Garis Panduan Perancangan Perdagangan Negeri Sembilan


ini telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 2/2019
pada 19 Februari 2019 untuk digunakan dan telah diluluskan
pemakaiannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)
Negeri Sembilan melalui Kertas Mesyuarat No.724/2019
pada 15 Mei 2019

Garis Panduan Khusus Perlulah Merujuk Manual Garis Panduan


dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0 dan telah
diluluskan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN)
pada 21 April 2021 dan pemakaiannya
berkuatkuasa pada 1 Julai 2021
2.1 TUJUAN
Garis panduan perancangan ini bertujuan membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) serta semua pihak yang terlibat dalam merancang, mengawal dan
membangunkan kawasan perdagangan khususnya semasa penyediaan pelan-pelan
pembangunan dan proses permohonan kebenaran merancang.

Objektif garis panduan perancangan ini adalah untuk –

1. Menggalakkan pembangunan kawasan perdagangan baru di lokasi yang bersesuaian,


strategik dan berharmoni serta tidak menjejaskan aktiviti perniagaan runcit tempatan;
2. Menentukan penyediaan susun atur dan reka bentuk kawasan perdagangan yang
lengkap, efektif serta menarik supaya mempunyai imejdan identiti tersendiri;
3. Menggalakkan perancangan sistem sirkulasi yang sistematik dan efektif serta
mengambil kira keperluanpejalan kaki dan kenderaan tidak bermotor.

2.2 LATAR BELAKANG


Aktiviti perdagangan perlu dirancang secara komprehensif kerana ia merupakan komponen guna
tanah yang terpenting di kawasan bandar. Pertumbuhan ekonomi semasa dan perubahan cara
hidup memberi perspektif baru dalam aktiviti perdagangan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Perdagangan kini dilihat bukan sahaja sebagai satu aktiviti sokongan sahaja malah dilihat
sebagai pemangkin kepada pembangunan setempat.

Pembangunan perdagangan berskala besar seperti hypermarket atau kompleks (mall)


perniagaan boleh memberi kesan besar kepada aktiviti perniagaan runcit tempatan.

Oleh itu, perhatian yang khusus haruslah diberi dalam merancang pembangunan aktiviti
perdagangan ini supaya teratur, sesuai dan saling melengkapi mengikut fungsi dan
khidmatnya.

2.2.1 Definisi

Perdagangan membawa maksud apa-apa aktiviti penawaran, pertukaran, perkhidmatan dan


penyimpanan barangan untuk tujuanperniagaan.
Premis Perdagangan bermaksud bangunan dan perkarangannya yang menempatkan aktiviti
perdagangan.

Kawasan Perdagangan adalah kawasan yang menempatkan premis-premis perdagangan.

2.2.2 Klasifikasi Kawasan Perdagangan

Kawasan perdagangan dan premisdiklasifikasikan seperti berikut –

(i) Hypermarket;
(ii) Superstore;
(iii) Departmental Store;
(iv) Pasaraya (Supermarket);
(v) Kompleks (Mall) Perniagaan;
(vi) Hotel dan Pejabat;
(vii) Pangsapuri Perkhidmatan;
(viii) Kedai dan Kedai Pejabat;
(ix) Pasar Borong, Pasar Basah danKering;
(x) Stesen Minyak; dan
(xi) Tapak Penjaja.

2-1
2.3 PRINSIP PERANCANGAN

2.3.1 Pematuhan Kepada Perancangan Setempat

Pembangunan kawasan perdagangan dan premis hendaklah mengikut keperluan setempat dan
mematuhi rancangan struktur, rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas.

2.3.2 Pembangunan Perdagangan Mengikut Hierarki dan Menjadi


Pemangkin Pembangunan

Perancangan kawasan perdagangan hendaklah mengikut hierarki pusat perdagangan. Ini boleh
mencerminkan jenis dan skala pembangunan yang akan dibenarkan.

Pembangunan perdagangan berskala besar boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan


setempat dan pada masa yang sama ianya hendaklah tidak menjejaskan aktiviti perniagaan
setempat sedia ada.

2.3.3 Kepelbagaian Aktiviti Perdagangan dan Peluang Penyertaan

Perancangan kawasan perdagangan hendaklah memberi perhatian kepada kepelbagaian aktiviti


perdagangan bagi meningkatkan peluang penyertaan semua golongan peniaga dan merancakkan
aktiviti perniagaan melalui penyediaan ruang niaga sokongan.

2.3.4 Kemudahan sampaian

Kawasan perdagangan hendaklah mudah sampai kepada semua golongan masyarakat dan boleh
dihubungi oleh pelbagai mod pengangkutan bagi memudahkan pergerakanpengunjung.

2.3.5 Berkomponen dan Berkualiti

Kawasan perdagangan dan premis hendaklah dilengkapi dengan kemudahan sokongan yang
mencukupi seperti tempat pembuangan sampah, surau, tandas dan tempat letak kenderaan.
Segala kemudahan sokongan yang disediakan hendaklah berkualiti dan mematuhi piawaian yang
ditetapkan.

2.3.6 Kebersihan,Keselamatan,Keselesaan dan Harmoni

Reka bentuk dan susun atur kawasan perdagangan serta struktur kemudahan hendaklah
mengutamakan aspek keselamatan, kebersihan, mesra alam, mesra pengguna dan berharmoni
dengan kawasan sekitar serta dapatmeningkatkan interaksi pengguna.

Ruang legar yang disediakan hendaklah mengambil kira keselesaan laluan pejalan kaki dan tidak
mengganggu laluan awam.

Susun atur, bahan dan kualiti perabot yang digunapakai hendaklah sesuai dengan iklim negara ini
dan memberi keselesaan kepada pengguna, terutamanya di dalam perancangan premis kafe
terbuka.

2-2
2.3.7 Inovatif,Estetika dan Beridentiti
Reka bentuk dan susun atur premis perniagaan hendaklah inovatif dan memberi keutamaan
kepada pemeliharaan warisan dan nilai estetika bagi melambangkan imej, identiti dan sosio
budaya tempatan di samping dapat mempertingkatkan suasana persekitaran yang menarik dan
indah.

Selain itu reka bentuk yang universal hendaklah ditekankan bagi memenuhi keperluan semua
golongan masyarakat terutamanya golongan orang kelainan upaya (OKU).

Penyediaan struktur landskap lembut dan landskap kejur (hardscape) yang unik dan ceria adalah
digalakkan.

2.4 GARIS PANDUAN UMUM


2.4.1 Perancangan dan PeletakanTapak
Aktiviti perdagangan berdensiti tinggi hendaklah dirancang di lokasi yang strategik di jalan utama
dan mudah sampai terutamanyadengan sistem pengangkutan awam.

Menggalakkan ciri-ciri pemuliharaan dan mempunyai kesinambungan melalui penyusunan


komponen guna tanah dan aktiviti yang bersesuaian dengan pembangunan di kawasan sekitar.

Menggalakkan pembangunan secara infill dengan mengambil kira faktor-faktor peletakan, kawasan
persekitaran, jenis aktiviti, ketinggian bangunan dan nisbah plot seperti yang ditentukan oleh
pihak berkuasa tempatan.

Elemen pembangunan hendaklah mengambil kira dan disesuaikan dengan keadaan topografi asal
tapak tanpa menjejaskan keadaan persekitaran dan keunikan alam semulajadi. Ini bagi
menjamin keselamatan dan mengelakkan bencana alam di samping mewujudkan pemandangan
persekitaran yang harmoni.

2.4.2 Laluan Keluar Masuk


Laluan keluar masuk tidak boleh menghadap terus ke jalan utama yang mempunyai rizab 20
meter ke atas.
Jalan susur sekurang-kurangnya selebar 15 meter hendaklah disediakan antara jalan utama
dengan kawasan perdagangan.

Rajah 2.4.1 : Penyediaan jalan susur ke kawasan perdanganan dari jalan utama

Jalan susur hendaklah mempunyai sirkulasi laluan yang berterusan dan bersambung ke
jalan utama.

Jalan susur juga hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua akses ke premis perdagangan
supaya laluan jalan utama lebih lancar.
Penyediaan jalan keluar masuk hendaklah di tempat yang strategik, mudah dan selamat.

2-3
2.4.3 Sirkulasi Dalaman
Sirkulasi dalaman hendaklah berterusan, mempunyai reka bentuk yang selamat bagi golongan
OKU, warga emas dan kanak-kanak.

Laluan bagi kenderaan memunggah hendaklah diasingkan dari jalan susur ke tempat letak
kenderaan pengunjung, pelanggan, pekerja dan penyewa.

Jalan buntu (cul-de-sac) tidak dibenarkan di kawasan perniagaan.

Laluan pejalan kaki yang bersambung, sistematik, selamat dan selesa hendaklah disediakan bagi
meningkatkan kemudah sampaian pejalan kaki ke pusat tumpuan awam.

Perlu menyediakan sistem laluan siar kaki yang berterusan, berbumbung dan mesra kanak-kanak,
golongan OKU dan warga emas dari tempat letak kenderaan ke bangunan perdagangan. [Rujuk
Foto 2.4.1]

2.4.4 Zon Penampan


Zon penampan (buffer) hendaklah disediakan untuk melindungi pandangan dan menampan bunyi
bising dari kawasan perdagangan dengan kawasan sekitarnya. Zon ini boleh diintegrasikan
dengan ruang pejalan kaki, penanaman pokok serta ruang menunggu dan rehat di kawasan
perdagangan tersebut.

Foto 2.4.1: Laluan pejalan kaki yang berbumbung dan selesa di dalam kawasan hypermarket –
Tesco Extra, Shah Alam (Ogos, 2010)

2.4.5 Susun Atur dan Reka Bentuk (Kawasan dan Dalaman Bangunan)
Hendaklah mengutamakan ciri-ciri seni bina, budaya dan warisan yang melambangkan sosio-
budaya dan sejarah tempatan untuk meningkatkan sense of place, suasana tempat yang harmoni,
unik dan bermakna.

Susun atur dan reka bentuk kawasan perdagangan hendaklah memenuhi kepelbagaian aktiviti
dan dapat mewujudkan persekitaran ceria dan selesa kepada pengunjung.

Mewujudkan suasana perdagangan berasaskan konsep market place untuk memudahkan dan
menarik perhatian orang ramai berkunjung.

Reka bentuk, susun atur dan pintu masuk utama bangunan atau kawasan perdagangan hendaklah
jelas dan highly visible. Elemen- elemen reka bentuk yang memberi pengunjung sense of
welcome digalakkan bagi menambah baik keindahan identiti bangunan.

Menyediakan tanda arah yang jelas menuju ke pintu masuk bangunan atau kawasan
perdagangan.

2-4
2.4.6 Ketinggian Bangunan

Ketinggian bangunan hendaklah dikawal bagi menjamin kesinambungan reka bentuk dan
keseragaman garis latar langit dengan persekitaran bandar. Ia juga bertujuan mengurangkan
kesan bayang dan cahaya semulajadi (natural lighting) ke atas bangunan berdekatan.

Di samping itu, kawalan ketinggian perlulah mengikut peredaran udara semulajadi yang baik,
menjamin tahap kesendirian (privacy), menepati keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JPBM) dan keperluan yang lain yang berkaitan.

Faktor bagi menentukan kawalan ketinggian adalah :

1. Pertimbangan pengekalan mercu tanda, landskap bandar (townscape), dan bangunan atau
kawasan warisan;

Ketinggian bangunan perlu dikawal untuk mengekalkan serta menyesuaikannya dengan


persekitaran.

2. Keperluan functional aktiviti perdagangan;

Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pengudaraan dan cahaya siang hari (day lighting),
aktiviti pemunggahan dengan selesa, keselamatan persekitaran dan lain- lain.

3. Keperluan kawasan khusus;

Bangunan yang akan dibangunkan di sekitar dan dalam kawasan yang dikhaskan untuk laluan
penerbangan dan komunikasi gelombang mikro hendaklah mempunyai had ketinggian
tertentu dengan merujuk kepada Jabatan Penerbangan Awam dan Rancangan Pemajuan.

4. Kapasiti kemudahan infrastruktur;

Ketinggian bangunan atau ruang lantai perniagaan hendaklah dioptimumkan dengan


keupayaan untuk menampung pertambahan isipadu lalu lintas supaya aliran lalu lintas
lancar.

Ketinggian bangunan atau ruang lantai perniagaan juga hendaklah dikawal supaya kapasiti
kemudahan infrastruktur dan awam sedia ada dapat menampung aktiviti yang dijalankan.

Ketinggian bangunan juga hendaklah mengambil kira kemudahan mencegah kebakaran serta
keupayaan asas bangunan (building foundation).

2.4.7 Landskap

Menyediakan plaza dan medan pejalan kaki berkonsepkan street shopping, courtyard serta lain-
lain bentuk ruang terbuka bagi mewujudkan persekitaran kawasan perdagangan yang selesa,
ceria dan sihat disamping dapat berinteraksi dan beristirahat.

Mewujudkan rangkaian badan air, dataran dan taman awam untuk menghasilkan persekitaran
bandar yang beridentiti, berbudaya dan mampan melalui elemen landskap. [Rujuk Foto 2.4. 2]

Mereka bentuk elemen landskap kejur seperti lampu dan permukaan berturap yang
bersesuaian dengan landskap lembut.

2-5
Foto 2.4.2:Lanskap dalam kawasan perdagangan-Alamanda Putrajaya (Ogos 2010)

Menyediakan pemisah sama ada dalam bentuk tanah lapang, landskap, courtyard, jalan atau
penampan hijau.

Mewujudkan persekitaran hijau seperti taman atas bumbung, pocket parks dan sebagainya.

Menggalakkan penanaman pokok utama yang mempunyai ciri-ciri rendang, akar tidak merebak,
tidak berbuah, dahan tidak rapuh, tidak mempunyai daun yang kerap gugur serta mudah
diselenggarakan.

Pokok renek dan penutup bumi digalakkan ditanam di kawasan jalan masuk utama, di pembahagi
lot dan kawasan tempat letak kenderaan.

Penanaman pokok utama dan renek hendaklah tidak mengganggu kualiti pandangan dari aspek
pencahayaan, fungsi sistem CCTV dan keselamatan jalan raya.

2.4.8 Pencahayaan dan Keselamatan

Sistem pencahayaan yang mencukupi dan bersesuaian adalah perlu khususnya pada waktu
malam bagi tujuan memaksimumkan pengawasan dan mengurangkan ancaman keselamatan dari
perbuatan jenayah (fear of crime).

Pendawaian dan peralatan pencahayaan hendaklah diletakkan di tempat yang sukar dicapai oleh
orang awam bagi tujuan keselamatan dan mengelak vandalisma.

Lampu yang terang hendaklah disediakan di tempat yang terlindung atau terasing (remote or
isolated areas) bagi menghindarkan aktiviti jenayah.

Secara amnya, pencahayaan hendaklahditekankan di kawasan-kawasan berikut :


1. Laluan sirkulasi utama;
2. Tempat letak kenderaan;
3. Pintu masuk keluar ke kawasan danbangunan perdagangan;
4. Di sekeliling (perimeter) bangunan;dan
5. Ruang-ruang kosong di antara garisanbangunan.

Sistem pengawasan keselamatan menggunakan CCTV digalakkan di kawasan dan bangunan


perdagangan.

2-6
2.4.9 Papan Iklan Perniagaan

Hendaklah menggunakan Bahasa Melayu dan mengikut ukuran serta susunan yang dibenarkan.

2.4.10 Penyediaan Kemudahan Sokongan

1. Tempat Letak Kenderaan

i. Menyediakan kemudahan tempat kereta yang mencukupi dengan mengambil kira


keperluan pelanggan OKU dan pelanggan berkeluarga (kanak-kanak dan bayi) serta
pemandu wanita berseorangan (single woman driver).
ii. Dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta off-street parking atau on-street
parking mengikut piawaian perancangan semasa. [Rujuk Foto 2.4.3]

Foto 2.4.3: Contoh tempat letak kereta di dalam kawasan perdagangan – Restoran KFC Jalan
Kepong, Kuala Lumpur (Ogos 2010)

iii. On-Street Parking tidak boleh diletakkan di tempat-tempat berikut :


a. Laluan keluar masuk bangunan.
b. Kawasan memunggah barang.
c. Kawasan laluan perkhidmatan seliaan.
d. Di persimpangan jalan, laluan lintasan pejalan kaki, perhentian bas dan teksi.
e. On-Street parking hanyadibenarkan pada sebelah tepian jalan sahaja.
f. Tidak dibenarkan di lorong tepi atau pemisah (fire-break) antara deretan rumah
kedai.

iv. Menyediakan ruang khusus untuk kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam


(bas dan teksi) dan kenderaan persendirian bagi menurun dan mengambil penumpang.
Ruang tersebut hendaklah disediakan di luar premis perdagangan dan tidak menghalang
aliran lalu lintas. [Rujuk Foto 9]

2. Fasiliti Mesra Bayi

Menyediakan kawasan atau fasiliti khas yang mesra bayi untuk ibu menyusukan bayi di kawasan
atau bangunan perdagangan yang memberi perkhidmatan kepada orang awam sebagai sokongan
kepada program penyusuan susu ibu. (Rujuk Foto 2.4.4)

Penyediaan fasiliti ini hendaklah merangkumi tiga aspek yang perlu di ambil perhatian iaitu
keselamatan,kebersihan dan keselesaan.

2-7
Sistem kawalan keselamatan di luar pintu masuk atau berhampiran dengan lokasi fasiliti adalah
digalakkan.

Menyedia soket untuk kegunaan pam susu. Lokasi soket hendaklah sekurang-kurangnya
1.2 meter dari paras lantai.

Meletak papan tanda khas untuk kegunaan ibu menyusu sahaja.

Foto 2.4.4: Ruang menempatkan fasiliti mesra bayi di kompleks (mall)

2.4.11 Keperluan-Keperluan Lain

Sebarang kelulusan kemajuan kawasan perdagangan terutamanya bagi kawasan


perdagangan berskala besar seperti hypermarket, superstore, departmental store dan
kompleks (mall) perniagaan hendaklah mengambil kira keperluan-keperluan lain seperti
berikut :

1. Arahan-arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)bagi setiap negeri.

2. Menyedia Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) (Seksyen 21A,Akta 172).

3. Menyedia Laporan Penilaian Kesan Trafik (TIA) atau Laporan Penilaian Trafik (TA) bagi saiz
atau intensiti pembangunantertentu.

4. Menjalankan Kajian Impak Cadangan Pembangunan terhadap perniagaan runcit setempat,


lalu lintas, prasarana dan sosio-ekonomi sedia ada untuk pertimbangan PBT bagi semua jenis
perniagaan atau perdagangan yang dibangunkan secara bangunan sesebuah (free standing
building) atau jika ruang lantai perniagaan adalah melebihi 3,000 meter persegi (KPDNKK,
2012).

Proses ini juga hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip amalan peraturan terbaik (good
regulatory practice) bagi memastikan pembangunan sesebuah kawasan perdagangan adalah
mesra pelabur dan perniagaan di samping mengambil kira keperluan peniaga dan pelanggan.

5. Kajian persepsi pengguna digalakkan bagi memudahkan penterjemahan reka bentuk


kawasan dan bangunan mengikut aspirasi penduduk tempatan.

6. Mematuhi arahan, pekeliling dan keperluan-keperluan lain Pihak BerkuasaTempatan dan


agensi teknikal selain daripada keperluan laporan yang ditetapkan.

2-8
2.5 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PERDAGANGAN
(PANGSAPURI)

2.5.1 Definisi Dan Konsep Pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan

Berasaskan konsep asal, ciri-ciri pembangunan dan kaedah pengoperasian pengurusan, pangsapuri
perkhidmatan boleh didefinisikan secara umumya sebagaimana berikut:

“Pangsapuri perkhidmatan adalah satu bentuk pemajuan


hartanah perdagangan untuk kegunaan penginapan komersial
berkonsepkan hotel atau resort di mana pemilik utama atau
pemilik petak-petak strata mengurus secara sendiri atau memajak
atau menyewa kepada suatu entiti syarikat atau melantik sebuah
syarikat pengurusan untuk menyewakannya secara harian,
mingguan, bulanan atau dalam bentuk perkongsian masa
penggunaan dalam setahun (time sharing) dengan menyediakan
pakej-pakej perkhidmatan tertentu.”

Konsep umum pembangunan pangsapuri perkhidmatan adalah sepertimana berikut:

1. Susunatur bercirikan penginapan yang dilengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan


tertentu di keseluruhan bangunan sebagai ruang harta bersama dan petak-petak aksesori;

2. Tidak diduduki secara kekal oleh pemilik atau penyewa;

3. Diuruskan sebagai resort, hotel atau suite oleh pemilik, pihak pengurusan atau
pengusaha resort dan hotel; dan

4. Komponen dan elemen pembangunan diintegrasikan dengan komponen komersial lain


dalam plot pembangunan.

2-9
2.5.2 Garis Panduan Umum
Garis panduan umum menggariskan 8 aspek utama yang perlu diambil kira dalam
perancangan dan pengawalan pembangunan pangsapuri perkhidmatan. Ia meliputi aspek
berkaitan kerangka dan konsep-konsep pembangunan pangsapuri perkhidmatan, kawalan
kelulusan, zon perancangan, kemudahan masyarakat dan pematuhan kepada perundangan
lain yang berkaitan bagi pembangunan berbentuk strata.

1. Zon Perancangan Guna Tanah dan Kelas Kegunaan Tanah

Permohonan bagi tujuan pembangunan pangsapuri perkhidmatan hanya dibenarkan di


kawasan yang telah dizonkan sebagai zon komersial dan zon
perdagangan/pelancongan di dalam Rancangan Pemajuan juga tertakluk kepada kelas
kegunaan tanah dan kelas kegunaan bangunan (use class order) yang ditetapkan di
dalam Rancangan Pemajuan. Pembangunan pangsapuri perkhidmatan hendaklah
dikategorikan sebagai pembangunan ‘perniagaan’. Bagi pemajuan pangsapuri
perkhidmatan yang dicadangkan did alam zon selain zon komersial adalah tertakluk
kepada keperluan membuat pengubahan zoning.
2. Konsep Pembangunan dan Operasi PengurusanPangsapuri Perkhidmatan

Pembangunan pangsapuri perkhidmatan boleh dibangunkan dan dimiliki samada secara


pemilikan tunggal atau unit-unit dijual secara berasingan. Sekiranya unit-unit pangsapuri
perkhidmatan akan dijual secara unit-unit individu, adalah tertakluk kepada pematuhan
Akta Hak Milik Strata 1985, Akta 318 (Pindaan 2013, Akta A1450) serta Akta Pengurusan
Strata2013, Akta 757.

i. Konsep Pembangunan dan Pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan

Dimajukan sebagai pemajuan harta tanah dengan status komersial berbilang tingkat
untuk kegunaan penginapan komersial berkonsepkan hotel atau resort bagi tujuan sewaan
sama ada secara harian, mingguan, bulanan atau satu jangka masa yang tidak kekal
berbentuk perkongsian penggunaan (time sharing).

ii. Tiga Kaedah Operasi Pengurusan

a. Unit-unit pangsapuri perkhidmatan dimiliki sepenuhnya oleh pemaju atau


syarikat pengurusan dan menjalankan operasi berasaskan perhotelan atau
resort;

b. Sebahagian unit-unit pangsapuri perkhidmatan dimiliki atau dijual kepada


individu dan dipajak atau disewakan di bawah satu badan pengurusan
untuk diuruskan sebagai unit penginapan komersial yang disewa atau dipajak dan
diuruskan berkonsepkan hotel atau resort; dan

2-10
c. Keseluruhan unit pangsapuri perkhidmatan yang dibangunkan dijual sebagai unit
penginapan komersial dan ditawarkan dengan kemudahan-kemudahan bertaraf
hotel atau resort.

Semua konsep dan kaedah pembangunan pangsapuri perkhidmatan adalah tertakluk


kepada peruntukan Akta Hak Milik Strata 1985, Akta 318 Pindaan 2013 (Akta 1450) dan
Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Pangsapuri perkhidmatan yang dibangunkan
dengan kaedah dan pemilikan sepenuhnya oleh pemaju atau syarikat dan diuruskan
sebagai satu pembangunan hotel atau resort perlu memperoleh lesen menjalankan
perniagaan perhotelan daripada PBT.

3. Rekabentuk dan Konsep Pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan

Tiga reka bentuk dan konsep pembangunan pangsapuri perkhidmatan yang disyorkan dan
boleh dijadikan panduan amalan pembinaan di Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

i. Pangsapuri Perkhidmatan Secara Bangunan Tunggal (FreeStanding Building)

Pangsapuri perkhidmatan secara ‘free standing building’ merupakan pembangunan yang


melibatkan satu blok pangsapuri perkhidmatan atau lebih di dalam satu-satu tapak (main
title) dengan aktiviti perniagaan berskala kecil (di aras bawah atau podium atau di aras-
aras tertentu dalam blok pembangunan pangsapuri perkhidmatan tersebut) dan
dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan ancillary seperti pejabat pengurusan, rumah
kelab, kemudahan laundrette, restoran, kemudahan dewan serbaguna, surau dan pusat
penjagaan kanak-kanak. Konsep pembangunan pangsapuri perkhidmatan kategori ini
lebih mudah danjelas untuk dikenali.

ii. Pangsapuri Perkhidmatan Sebagai Senahagian Daripada Kompenan Pembangunan


Bercampur (Blok Berasingan)

Memandangkan pangsapuri perkhidmatan adalah premis hartanah yang dikategorikan


sebagai premis hartanah perdagangan, maka dibolehkan untuk pangsapuri perkhidmatan
dibangunkan bersekali dengan komponen pembangunan yang lain seperti ruang
perniagaan berskala kecil, pembangunan berkonsepkan small office home office (SOHO)
dan sebagainya di dalam satu-satu plot tapak (main tittle). Bagi kategori ini, blok
pangsapuri perkhidmatan dibina secara berasingan dengan bangunan atau komponen
yang lain serta mempunyai akses laluan secara berasingan daripada aktiviti
pembangunan lain samada dibina di atas plot tanah secara berasingan bangunan atau
dibina di atas satu podium tetapi melalui kaedah pembinaan menara-menara blok yang
berasingan.

2-11
i. Pangsapuri Perkhidmatan Sebagai Senahagian Daripada Kompenan Pembangunan
Bercampur (Blok Berasingan)
Pangsapuri perkhidmatan adalah premis hartanah yang dikategorikan sebagai premis
hartanah perdagangan yang dibangunkan bersekali dengan komponen pembangunan
yang lain seperti ruang perniagaan berskala kecil, pembangunan berkonsepkan small
office home office (SOHO) dan sebagainya di dalam satu-satu plot tapak (main tittle).
Bagi kategori ini, unit-unit pangsapuri perkhidmatan dibina secara bersama atau
disekalikan dengan unit hartanah lain di dalam satu blok yang sama. Pembinaan blok
boleh samada secara blok berasingan tetapi di dalam satu plot tapak, blok bercampur di
dalam satu plot tapak atau di atas podium.

4. Penyediaan Kemudahan Awam dan Perkhidmatan Ancilari (Ancillary Services facilities)

Semua pembangunan pangsapuri perkhidmatan adalah tertakluk kepada penyediaan


kemudahan bagi kegunaan ramai meliputi kemudahan pusat jagaan kanak-kanak,
kemudahan tadika atau taska, kemudahan surau, kemudahan dewan serbaguna, mini
perpustakaan, ruang rekreasi dan pejabat pengurusan dan keperluan keluasan ruang
lantai bagi penyediaan kemudahan tersebut tertakluk kepada jumlah janaan penghuni
berdasarkan pecahan kadar penghunian setara bagi setiap unit dan jenis pangsapuri
perkhidmatan yang telah ditetapkan.

Foto 2.5.1 : Gambaran penyediaan ruang pusat jagaan kanak-kanak

Foto 2.5.2 : Gambaran penyediaan ruang solat

2-12
Foto 2.5.3: Gambaran penyediaan ruang bagi kegunaan ramai menjalankan aktiviti
keraian/majlis/kenduri

Foto 2.5.4: Gambaran penyediaan ruang bacaan atau mini perpustakaan yang
dilengkapidengan kemudahan internet dan wifi.

Foto 2.5.5: Gambaran penyediaan ruang dewan komuniti atau dewan serbaguna yang
boleh dijadikan tempat penghuni pangsapuri perkhidmatan menjalankan aktiviti dan
program kemasyarakatan termasuklah mesyuarat dan perhimpunan.

2-13
Kemudahan-kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) seperti laluan
pejalan kaki mesra OKU dengan penyediaan ramp yang sesuai di kawasan lintasan
pejalan kaki, beep sound pada tiang lampu isyarat, reka bentuk lif khas bersesuaian
serta kemudahan lain yang memberikan keselesaan dan menyokong kepada interaksi
golongan OKU perlu disediakan. Selaras dengan peruntukan Akta Hak Milik Strata 1985,
Akta 318 Pindaan 2013 (Akta 1450) dan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757),
semua jenis kemudahan di dalam kawasan pembangunan berhakmilik strata
dikategorikan sebagai harta bersama (common property) dan tidak diserahkan kepada
kerajaan tetapi perlu diurus dan diselenggara oleh badan pengurusan atau sub-badan
pengurusan yang ditubuhkan atau syarikat yang dilantik.

Foto 2.5.6 : Kemudahan bagi


golongan OKU dalam persekitaran
pembangunan pangsapuri
perkhidmatan dan unit- unit
pangsapuri perkhidmatan khas untuk
OKU.

2-14
5. Pengurusan dan Penyuraian Trafik
Intensiti pembangunan pangsapuri perkhidmatan yang dicadangkan perlu mengambil
kira keupayaan sistem sirkulasi dan jalan raya sedia ada di sekitar kawasan
pembangunan dengan menyediakan cadangan pengurusan tarik dan lalu lintas serta
cadangan penyuraian trafik selain menjalankan kerja-kerja penaiktarafan jalan sedia
ada. Setiap cadangan pembangunan pangsapuri perkhidmatan disyaratkan untuk
mengemukakan Laporan Penilaian Impak Trafik (Traffic Impact Assessment, TIA)
semasa peringkat permohonan kebenaran merancang.

6. Penerapan Konsep Pembangunan Hijau


Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan Dasar Teknologi Hijau Negeri Sembilan
2011-2020 sebagai komitmen Kerajaan Negeri untuk mengaplikasikan elemen teknologi
hijau. Bagi menyokong kepada dasar tersebut, perancangan dan reka bentuk bangunan
yang dicadangkan hendaklah menerapkan dan mengaplikasi konsep bangunan hijau
sekurang-kurangnya pada kadar 40 peratus meliputi aspek spesifikasi reka bentuk dan
bahan binaan. Antaranya:
i. Reka bentuk unit-unit pangsapuri perkhidmatan perlu mempunyai sistem ventilasi
udara yang baik bagi menggalakkan aliran udara secara semula jadi;

ii. Pemasangan sistem pengumpulan air hujan (rain water harvesting) untuk tujuan
kitar semula air hujan;

Rajah 2.5.1:

Contoh Penerapan
Konsep
Pembinaan
Bangunan Yang
Mengutamakan
Proses Pengaliran
Udara Secara
Semulajadi Dalam
Rekabentuk
Bangunan

Sumber :
http://e3tnw.org/ItemDetail.aspx?id=541

2-15
Rajah 2.5.2:

Contoh
Pelaksanaan
Pemasangan
Sistem
Pengumpulan Air
Hujan

Sumber :
https://www.tes.com/lessons/zq5fXhhqR4rWiw/future-city-rain-water-harvesting

iii. Menekankan aspek penggunaan cahaya semula jadi (natural


lighting) yang maksima bagi mengurangkan penggunaan tenaga;

Rajah 2.5.3:

Contoh Penerapan
Rekabentuk
Bangunan Dengan
Menggutamakan
Sumber
Pencahayaan
Semulajadi

Sumber : https://www.nrja.lv

2-16
iv. Bahan binaan landskap kejur seperti perabot jalan dan laluanpejalan kaki
hendaklah menggunakan bahan mesra alam;

2-17
v. Menekankan pengurusan sisa dengan menyediakan kemudahan pengasingan sisa
di punca;

vi. Penggunaan lampu LED atau lampu yang menggunakan sumber tenaga
rendah; dan

2-18
vii. Pemasangan photovoltic dalam usaha penjanaan sumber tenaga dari
sumber yang boleh diperbaharui.

7. Nama Pemajuan

Nama pemajuan atau blok bangunan pangsapuri perkhidmatan yang dicadangkan


perlu dimasukkan terma-terma seperti ‘pangsapuri perkhidmatan’ atau ‘pangsapuri
komersial’ bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembeli yang menganggap mereka
membeli hartanah berstatus kediaman. Selain itu, hendaklah mengutamakan bahasa
kebangsaan dalam menamakan satu-satu pembangunan.

2-19
8. Lain-Lain Keperluan

Memastikan papan iklan dan bahan-bahan pengiklanan dengan jelas menyatakan


bahawa pembangunan yang dicadangkan sebagai ‘pangsapuri perkhidmatan’ atau
‘penginapan komersial’. Dokumen Perjanjian Jual Beli perlu berpandukan kepada
konsep dan prinsip harta tanah pangsapuri perkhidmatan untuk tujuan penginapan
komsersial juga perlu dinyatakan dengan jelas dan salinan-salinan dokumen
perjanjian serta bahan iklan hendaklah dikemukakan kepada PBT.

2-20
G A R I S PA N D U A N P E R A N C A N G A N UMUM

KAWASAN
PERINDUSTRIAN
NEGERI SEMBILAN

PLANMalaysia@Negeri Sembilan
Perancangan Melangkaui Kelaziman
Planning : Beyond Conventional
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan)
PEMBERITAHUAN

Garis Panduan Perancangan Umum Kawasan Perindustrian Negeri


Sembilan initelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Perancang Negeri
Bil. 5/2019 pada 14 Mei 2019 untuk digunakan dan telah diluluskan
pemakaiannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)
Negeri Sembilan melalui Kertas Mesyuarat No. 2114/2019 pada
11 Disember 2019.

Garis Panduan Khusus Perlulah Merujuk Manual Garis Panduan


dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0 dan telah
diluluskan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN)
pada 21 April 2021 dan pemakaiannya
berkuatkuasa pada 1 Julai 2021
3. 1 T U J U A N

Garis Panduan Perancangan Kawasan Perindustrian Negeri Sembilan


(GPP Kawasan Perindustrian Negeri Sembilan) disediakan untuk membantu pihak
berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta di
dalam merancang dan mengawal pembangunan kawasan perindustrian.

3. 2 L A T A R B E L A K A N G
Guna tanah perindustrian merupakan salah satu
komponen pembangunan utama dalam sebuah
kawasan perbandaran. Pembangunan
perindustrian tanpa perancangan yang teratur
telah menyebabkan pelbagai isu dan masalah.
Antara isu dan masalah yang wujud adalah
seperti berikut:
Foto 3.2.1: Penempatan Kawasan Perindustrian
1. Konflik antara jenis-jenis kawasan
perindustrian dan kategori-kategori industri
di dalam kawasan perindustrian; Kesan Negatif
2. Penyediaan zon penampan (buffer zone)
antara kawasan perindustrian dengan
gunatanah lain yang tidak seragam;
3. Kekurangan penyediaan kemudahan asas di
kawasan perindustrian (seperti tempat
pembuangan sampah dan sisa perkilangan);
dan
4. Kekurangan penyediaan kemudahan sosial
untuk pekerja (seperti tempat beriadah dan
kawasan lapang).

Isu dan permasalahan di atas telah


menyumbang kepada persekitaran kawasan
perindustrian yang tidak kondusif. Selari dengan
perubahan teknologi dan perkembangan pesat
pembangunan perindustrian, satu garis panduan
yang komprehensif serta usaha bagi mencapai
pembangunan mampan diperlukan bagi
mencapai kawasan perindustrian yang selesa.

Foto 3.2.2: Pencemaran Kawasan


Laut danPembantahan Orang Awam

3-1
3.2.1 Definisi
INDUSTRI didefinisikan sebagai sebarang
aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan
produk atau barangan secara komersial serta
aktiviti penyelidikan dan pembangunan
berkaitan perindustrian. Ini termasuklah
penghasilan produk seperti makanan, Foto 3.2.3 : Kilang Petron Port Dickson
minuman, pakaian dan tekstil, peralatan dan Dickson
perkakasan elektrik, kenderaan dan
sebagainya.

Salah satu pendekatan terkini di kawasan


perindustrian adalah aktiviti penyelidikan dan
pembangunan yang memberikan peluang
kerja kepada masyarakat di samping
penggunaan teknologi. Manakala jenis
bangunan perindustrian adalah industri
sesebuah, industri berkembar, industri teres
dan industri bertingkat.

KAWASAN PERINDUSTRIAN adalah


kawasan yang dirancang (dizon) dan
dibangunkan untuk tujuan aktiviti industri.
Ianya dilengkapi dengan kemudahan-
kemudahan bagi menyokong dan melengkapi Foto 3.2.4 : KKS Tanah Merah Oil Mill
pembangunan tersebut. Kewujudan kawasan
ini ditentukan melalui penyediaan rancangan
pemajuan.

Foto 3.2.5 : Contoh Ilustrasi


Kilang

3-2
3.2.2 Kategori
1. Industri Cottage
i. Tiada penghasilan atau pencemaran udara, bau, bunyi bising, getaran, kebakaran
dan letupan adalah rendah.
ii. Pengeluaran dihasilkan di rumah atau terletak dalam kawasan kediaman.
iii. Melibatkan pengeluaran barang-barang yang menggunakan sumber-sumber
semulajadi dan produk adalah dalam bentuk barangan makanan, cenderamata,
barangan rumah danbarangan lain.
iv. Tiada pengeluaran secara besar-besaran dan barangan daripada buatan tangan
menggunakan alat-alatasas dan memerlukan input tenaga yang rendah.
v. Kebanyakan proses kering tetapi sesetengah boleh menjana sejumlah besar air
kumbahan untuk membasuh, mencuci dan merendam tetapi potensi pencemaran air
adalah rendah.
vi. Penghasilan sisa pepejal dan buangan terjadual kebanyakannyatidak berbahaya.
vii. Minimum zon penampan tidak spesifik :
a. Jika bunyi haba dihasilkan, adalah dicadangkan zon penampan 10 m atau lebih.
b. Kawalan pada skala industri diperlukan.

2. Industri Ringan
i. Tiada atau pencemaran sangat rendah bagi pencemaran udara, bunyi bising,
getaran, bau, kebakaran atau letupan.
ii. Tidak melibatkan penggunaan bahan mentah berbahaya atau pengeluaran produk
berbahaya.
iii. Penggunaan kecil bagi sumber pelepasan gas rumah hijau.
iv. Tiada penghasilan atau kuantiti air sisa yang terhasil sangat sedikit untuk
menyumbang kepada pencemaran air.
v. Menghasilkan sisa pepejal dan buanganterjadual yang tidak berbahaya.
vi. Industri kecil dan kebanyakannyaberkait antara satu sama lain.
vii. Termasuk industri perkhidmatan pusat servis kereta dan bengkel (tidak termasuk
industri membaiki kerosakan kereta danmotorsikal secara kecil-kecilan).
viii. Jarak Zon Penampan : Minimum 50 m atau lebih tertakluk kepada SZIRA 2012 yang
ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Berdasarkan Jabatan Alam Sekitar (Guildelines Siting and Zoning for Industrial And Residential Area 2012 ( SZIRA ) – tertakluk kepada pindaan

Foto 3.2. 6 : Contoh Industri Foto 3.2.7 : Kawasan Perusahaan


Cottage:Industri Kerepek Ubi Ringan,Jalan Tun Dr. Ismail

3-3
3. Industri Sederhana

i. Potensi pencemaran dan risiko yang disebabkan oleh kebakaran,


letupan, dan / atau bahan kimia berbahaya secarasederhana.
ii. Potensi pencemaran udara secara sederhana (termasuk bau) dari sisa pencemar
udara.
iii. Potensi sederhana untuk pelepasan gas rumah hijau dan/atau bahan-bahan yang
menyebabkan ozon semakin berkurangan.
iv. Bunyi bising yang sederhana dan/atau getaran dengan tiada kesan yang ketara.
v. Menjana kuantiti air sisa yang mengandungi sisa pencemaryang rendah.
vi. Menjana buangan terjadual yang kebanyakannya mudah dirawat atau diuruskan
oleh kemudahan yang ditetapkan.
vii. Termasuk industri perkhidmatanpusat servis kereta dan bengkel.
viii. Jarak Zon Penampan : Minimum 150 m atau lebih tertakluk kepada SZIRA 2012
yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

4. Industri Berat

i. Pencemaran dan risiko yang disebabkan oleh kebakaran,letupan,radiasi, dan/atau


bahan kimia yang sangat tinggi.
ii. Pelepasan pencemaran udara yang tinggi (termasuk bau) daripada pencemaran
sisa pelepasan udara.
iii. Berpotensi tinggi untuk pelepasan gas rumah hijau dan/atau bahan-bahan yang
menyebabkan lapisan ozon semakin berkurangan.
iv. Menghasilkan bunyi bising dan/atau getaran yang tinggi dan melebihi had
selamat.
v. Menjana penghasilan kuantiti air sisa yang mengandungi tahap bahan cemar.
vi. Penggunakan bahan mentah dalam skala besar yang berpotensi menghasilkan
pelepasan ketara semasa proses pengendalian, pemindahan dan penyimpanan.
vii. Menjana sejumlah besar buangan terjadual yang sesetengahnya adalah sukar
untuk dirawat atau diuruskan.
viii. Jarak Zon Penampan : Minimum 300 m atau lebih tertakluk kepada aktiviti yang
ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar merujuk SZIRA 2012.

5. Industri Berisiko Tinggi


Industri-Industri yang berisiko tinggi, pemasangan atau aktiviti-aktiviti industri yang
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. Berisiko tinggi disebabkan oleh kebakaran, letupan, radiasi, dan bahan kimia yang
sangat berbahaya.
ii. Bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran atau produk mungkin
diklasifikasikan sebagai 'sangat berbahaya‘.
iii. Menyebarkan tahap sisa dan / atau gas-gas yang menghasilkan pencemaran udara.
iv. Pelepasan kuantiti air sisa yang tinggi yang mengandungi tahap bahan cemar sisa.
v. Menghasilkan kuantiti buangan terjadual yang banyak- sebahagiannya yang
mungkin sukar untuk dirawat.
vi. Jarak Zon Penampan : 1km tertakluk kepada SZIRA 2012 yang ditetapkan oleh
Jabatan Alam Sekitar.

3-4
3.2.3 Konsep Kawasan Perindustrian
Konsep kawasan perindustrian di Negeri Sembilan terbahagi kepada dua iaitu
Taman Industri dan Industrial Campus. Kedua-dua konsep ini dibezakan melalui
aktiviti dalam kawasan perindustrian tersebut.

1. Taman Industri

Konsep TAMAN INDUSTRI

• Semua aktiviti industri diintegrasikan di dalam satu


kawasan
• Jenis aktiviti di kawasan ini adalah industri yang
Ciri-ciri menggunakan bahan mentah, menghasilkan bahan
buangan dan bahan cemar, bunyi, bau dan gas
• Kemudahan infrastruktur yang lengkap

Kawasan • Kluster perindustrian sedia ada


• Pembuatan
• Tekstil dan produk tekstil
• Produk Logam Asas
• Elektrik dan elektronik
• Industri Makanan dan Sumber lestari
• Jentera dan peralatan
Aktiviti Industri • Peralatan perubatan
• Farmaseutikal
• Industri Kayu
• Petrokimia
• Perkhidmatan
• Penyelidikan dan pembangunan
• Taman Perdagangan

Contoh • Arab-Malaysian Industrial Park


• Kawasan Perindustrian Senawang

Arab-Malaysian Industrial Park

Taman Desa Ria

Kawasan Perindustrian
Arab Malaysia

Sumber: Google Image


Sumber: GIS9

3-5
2. Industrial Campus

i. Melibatkan peranan masyarakat, industri


dan universiti.
ii. Menggalakkan kerjasama perniagaan
antara syarikat perindustrian dan
masyarakat tempatan dalam usaha untuk
mencapai pembangunan mampan,
menjana pertumbuhan ekonomi dan
meningkatkan kualiti alam sekitar.
iii. Mengutamakan pengurusan alam sekitar.
iv. Menggalakkan pembangunan industri
dan teknologi yang berasaskan industri
hijau dan bersih.
v. Diurus secara holistik oleh pihak
pengurusan yang bertanggungjawab bagi
menjamin keseluruhan persekitaran,
landskap, pengurusan sisa, kualiti efluen
dan alam sekitar berada pada tahap yang
tinggi dan bersih.
Rajah 3.2.1 : Konsep Industrial
Campus

JENIS AKTIVITI INDUSTRI


Kelompok industri baharu adalah Life Sciences, Advanced Technology dan
Advanced Materials. Di bawah menunjukkan jenis-jenis industri yang bersesuaian
iaitu:

Life Sciences Advance Technology Advanced Materials

• Farmaseutikal dan • Mikroteknologi. • Bahan aero angkasa.


perubatan bioteknologi. • Nanoteknologi. • Bahan-bahan komposit
• Nutraseutikal kosmetik • Advanced clean dan bahan meta.
fungsian (perlindungan technology. • Seramik dan kaca
UV, pengurangan • Teknologi tenaga khusus.
kedutan, pengurangan pembaharuan. • Bahan dimensi rendah.
jerawat) dan kosmetik • Robotik. • Bahan nano.
terapeutik. • Sistem automasi pintar. • Bahan fungsian yang
• Perubatan halal. • Penyelesaian dan digunakan dalam
• Perubahan regenerative sistem ICT. sensir, magnet dan
• Biofood (makanan yang • Electronik dan semikonduktor.
dihasilkan daripada optoelektronik.
R&D dan • Avionik & fotonik.
nanoteknologi). • Sistem pencahayaan
lanjutan.
• Peralatan bioprosesan.
• Sel bahan bakar &
penyimpanan elektrik.
• Pembuatan digital.
• Percetakan tambahan.

Sumber: Malaysia Vision Valley Comprehensive Development Plan (MVV CDP)

3-6
Pelan Konsep Industrial Campus

KONSEP INDUSTRIAL CAMPUS

1. Memberi penumpuan khas ke atas sektor industri dengan


kerjasama universiti (post graduate) dalam menjalankan
penyelidikan dan pembangunan dan dirancang dalam
persekitaran hijau yang berkualiti tinggi.
Ciri-Ciri
2. Aktiviti yang tidak menjana kesan pencemaran kepada plot
bersebelahan.
3. Tiada aktiviti cemar tinggi dan tidak sihat.

Jenis Industri Industri Ringan dan Sederhana


Kelompok industri baharu seperti Life Sciences, Advanced
Jenis Aktiviti Industri
Technology dan Advanced Materials (rujukan: MVV CDP)
Cadangan Kawasan Kawasan perbandaran baharu.
1. Industri yang memfokuskan kepada industri baharu dan
transformasi industri 4.0.
2. Universiti, pusat penyelidikan dan pembangunan dan pusat
latihan
3. Kompleks guna sama
4. Infrastruktur dan rekabentuk tapak yang inovatif
Komponen Utama 5. Pusat pelupusan, sistem pengurusan air larian; permukaan,
sumber air, elektrik dan gas, jaringan jalur lebar berkelajuan
tinggi
6. Pejabat dan perniagaan
7. Kediaman
8. Hub logistik
9. Pejabat Pengurusan
Keluasan tapak
(minimum) 250 hektar (penyediaan perumahan boleh dikecualikan)
Komersil , TLK, medan selera dan kawasan landskap dan lain-lain
Sokongan kemudahan sokongan yang difikirkan perlu

3-7
3.3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PERINDUSTRIAN DI
NEGERI SEMBILAN
3.3.1 Garis Panduan Umum

1. Pemilihan Tapak Perindustrian


i. Pematuhan terhadap rancangan pemajuan.
ii. Pemeliharaan kualiti alam sekitar.
iii. Pertimbangan terhadap pembangunan berjiran dan sekitar.
iv. Akses dan jalinan perhubungan – laluan yang baik dari kawasankediaman.
v. Keluasan tanah yang mencukupi.

2. Perancangan Tapak dan Pengezonan


i. Menerapkan elemen hijau danberkonsepkan ekologi.
ii. Perlu dintegrasi dengan kawasan semulajadi (jaluran hijau).
iii. Tidak menyebabkan kacau ganggu.
iv. Mengambil kira topografi.
v. Laluan keluar masuk yang sesuai.

3. Penyusunan Komponen
i. Mengikut jenis industri dankemudahan yang diperlukan.
ii. Mengambilkira KSAS bagimengelakkan pencemaran.
iii. Kawasan khas pemindahan/pembuangan sisatoksik/sisa pepejal.
iv. Penyediaan ruang untuk
v. Menempatkan kemudahan sokongan.

4. Sistem Rangkaian Jalan Raya danPengangkutan


i. Jalan masuk utama tidak melaluikawasan kediaman.
ii. Rangkaian jalan kawasan industri hendaklah mempunyai system hierarki yang jelas
dan mudah pasti oleh pengguna.

5. Keluasan dan Saiz Minimum Lot

i. Saiz minimum yang sesuai.


ii. Keluasan termasuk kawasan tepubina, anjakan bangunan, TLK, ruang pemunggahan
dan penyimpanan, zon penampan dan kemudahan lain.
iii. Saiz ganjil perlu dielakkan.

6. Anjakan Bangunan

i. Anjakan dari jalan awam.


ii. Anjakan dari bahagian belakang.
iii. Anjakan antara bangunan.

3-8
7. Kemudahan Infrastruktur dan Utiliti

i. Bekalan air yang mencukupi dan tekanan air yang bersesuaian.


ii. Sistem pembuangan sisa toksik dan lain-lain bahan buangan terjadual yang
konsisten.
iii. Penyediaan sistem perparitan serta kolam takungan air sementara untuk mengawal
air larian permukaan.
iv. Bekalan elektrik dengan tahap voltan yang bersesuaian.
v. Kemudahan telekomunikasi yang bersesuaian.
vi. Penyediaan saluran khas utiliti berkapasiti tinggi bawah tanah.

8. Penyediaan Kemudahan Sokongan


i. Tempat letak kenderaan (TLK).
ii. Tempat letak lori (TLL).
iii. Tapak pengumpulan sementara(transfer station) sisa pepejal.
iv. Landskap dan kawasan lapang rekreasi.
v. Asrama pekerja.
vi. Kedai dan gerai.
vii. Surau.
viii. Lain-lain : tandas, post box, guardhouse, ATM, gudang.

9. Penyediaan Keperluan SokonganKawasan Perindustrian

Perlu merujuk Garis Panduan Perancangan yang berkenaan bagi penyediaan:

i. Kemudahan Infrastruktur dan Utiliti.


ii. Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi.
iii. Kemudahan Berkonsep RekabentukSejagat.
iv. Penyediaan Tempat Letak an Kenderaan.
v. Garis Panduan Agensi Teknikal yang Berkaitan.

3-9
10. Zon Penampan/Buffer Zone

Kategori zon penampan:

i. 'Zon Penampan Primer' yang ditakrifkan sebagai :

'Bahawa sebahagian daripada kawasan penampan atau jarak yang terletak di antara
sempadan projek atau aktiviti yang dicadangkan dengan sempadan bersebelahan
reseptor sensitif (yang ditetapkan zon kediaman, kemudahan awam yang sensitif, dan
reseptor sensitifekologi),dan hendaklah dipatuhi pada setiap masa'.

ii. ‘Zon Penampan Sekunder’ ditakrifkan sebagai:

Kawasan penampan tambahan atau jarak yang terletak di dalam sempadan projek atau
aktiviti yang diukur dari kawasan pencemaran kepada sempadan projek atau aktiviti,
yang, jika diambil bersama- sama dengan kawasan penampan akan membolehkan
keperluan Zon Penampan Keseluruhan dipatuhi.

iii. ‘Keseluruhan Zon Penampan’ ditakrifkan:

'Sebagai kawasan penampan yang boleh terdiri dari zon penampan primer sahaja atau
gabungan antara zon penampan primer dan zon penampan Sekunder, memisahkan
antara industri atau aktiviti dari kawasan kediaman atau reseptor sensitive yang lain’.

Sumber : GIS9 Contoh Kawasan Perindustrian


Ringan Andalas

3-10

Sumber : Google Map


G A R I S PA N D U A N P E R A N C A N G A N UMUM

KEMUDAHAN
MASYARAKAT
NEGERI SEMBILAN
PLANMalaysia@Negeri SembilanPerancangan
Melangkaui Kelaziman Planning : Beyond Conventional
PEMBERITAHUAN

Garis Panduan Perancangan Umum Kemudahan Masyarakat Negeri Sembilan


ini telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Perancang Negeri
Bil.1/2019 pada 15 Mei 2019 untuk digunakan dan telah diluluskan
pemakaiannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)
Negeri Sembilan melalui Kertas Mesyuarat No.722/2019 pada
15 Mei 2019

Garis Panduan Khusus Perlulah Merujuk Manual Garis Panduan


dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0 dan telah
diluluskan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN)
pada 21 April 2021 dan pemakaiannya
berkuatkuasa pada 1 Julai 2021
4. 1 T U J U A N
Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat ini disediakan bertujuan untuk
membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri
Sembilan dan agensi-agensi berkaitan dalam mengurus dan mengawal penyediaan
kemudahan masyarakat di peringkat rancangan pemajuan dan semasa memproses
permohonan kelulusan kebenaran merancang yang dikemukakan oleh pihak pemaju dan
perunding.

Penyediaan garis panduan ini juga berfungsi sebagai alat kawalan perancangan yang
seragam untuk semua PBT di Negeri Sembilan bagi memastikan penyediaan kemudahan
masyarakat adalah mencukupi mengikut keperluan dan tadahan penduduk setempat.

4. 2 L A T A R B E L A K A N G

Garis Panduan Perancangan (GPP) Kemudahan Masyarakat merupakan kemudahan


sokongan sesuatu pembangunan bagi memenuhi aspek keperluan sosial individu, keluarga
dan masyarakat dari segi kesihatan, pendidikan dan keselamatan serta kebajikan.

Sesuatu pembangunan perumahan yang komprehensif adalah merangkumi kemudahan


sokongan yang mencukupi. Kemudahan sokongan ini memberi faktor merit tambahan
kepada sudut pandang jualan bagi sesuatu hartanah di sesuatu kawasan.

Amatlah penting semasa penyediaan rancangan struktur dan rancangan tempatan untuk
mengambil kira perancangan kemudahan masyarakat mengikut keperluan seperti yang
ditetapkan dalam garis panduan ini iaitu mengikut peringkat negeri dan tempatan.

Pemakaian garis panduan ini di peringkat tempatan mestilah dikuatkuasakan oleh PBT
dalam memberi kelulusan permohonan kebenaran merancang dan kelulusan pelan
susunatur.

4.2.1 Definisi

Kemudahan masyarakat adalah kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk
kegunaan orang ramai termasuklah kemudahan pusat komuniti, kesihatan, pendidikan,
kebajikan, keselamatan dan perpustakaan seperti klinik, sekolah, taman rekreasi, dewan
orang ramai, sekolah dan lain-lain perkhidmatan bagi meningkatkan kualitihidup.

4-1
4.2.2 Jenis Kemudahan Masyarakat

GPP Kemudahan masyarakat ini hanya merangkumi kemudahan berikut:-

1. Kemudahan Pusat Komuniti;


2. Kemudahan Kesihatan;
3. Kemudahan Pendidikan;
4. Kemudahan Keselamatan dan Kecemasan;
5. Kemudahan Keagamaan;
6. Kemudahan Pusat Kebajikan;dan
7. Kemudahan Rekreasi.

Foto 4.2.1: Dewan Orang Foto 4.2.2: Klinik Kesihatan


Ramai,Taman Tasik Jaya Seremban 2

Foto 4.2.3: Sekolah Foto 4.2.4: Balai Polis Sikamat


Rendah Seremban 2

Foto 4.2.5: Perbadanan Foto 4.2.6: Pusat Kebajikan


Perpustakaan Awam

4-2
4.2.3 Konsep Perancangan

1. Kriteria Perancangan

Konsep perancangan kemudahan masyarakat berdasarkan kepada kriteria


kriteria berikut:-

(a) Pengagihan Pengagihan kemudahan masyarakat yang


Kemudahan yang mencukupi dan seimbang mengikut
seimbang hierarki bandar, lokasi bersesuaian dan
mencukupi tadahan penduduk.

Peletakan kemudahan masyarakat perlu


menitikberatkan kemudahsampaian
kepada pengguna yang mana jarak
(b) Kemudahsampaian
radius adalah praktikal untuk diakses
kepada masyarakat dan ianya berbentuk
inklusif.
Perancangan kemudahan masyarakat
mestilah disertakan dengan komponen-
(c) Keselesaan dan
komponen sokongan seperti tandas,
Keselamatan
surau, tempat letak kereta dan landskap
untuk memberi keselesaan kepada
pengguna.
Perancangan kemudahan masyarakat
mestilah berbentuk inklusif yang mana ia
(d) Inklusif boleh diakses oleh mana-mana golongan
tanpa sekatan kepada awam.

Reka bentuk bangunan mestilah


menitikberatkan elemen Crime
Prevention Through Environmental
(e) Reka bentuk Design dan reka bentuk sejagat
(Universal Design) bagi memberi ciri
keselesaan dan keselamatan kepada
pengguna.

4-3
2. Hierarki Kejiranan

10,000 penduduk
Mempunyai kemudahan sekolah menengah,
dewan serbaguna, balai komuniti,
klinik kesihatan kategori v, balai polis
dan masjid kategori D.

5,000 penduduk
Mempunyai kemudahan sekolah rendah, tadika,
dewan orang ramai dan klinik kategori 6 dan 7.

1,000 penduduk
Mempunyai kemudahan balai komuniti dan
tadika

Rajah 4.2.1: Konsep Perancangan Mengikut Hierarki Kejiranan

Rajah 4.2.1 menunjukkan contoh hierarki kejiranan berdasarkan anggaran jumlah


populasi penduduk. Sub kejiranan melingkungi 1,000 penduduk dan 3 sub kejiranan
akan membentuk 1 unit kejiranan dengan anggaran 5,000 penduduk. Manakala 3 unit
kejiranan akan membentuk 1 bandar atau pekan yang mempunyai anggaran 9,000
hingga 10,000 penduduk.

Setiap hierarki kejiranan memerlukan penyediaan kemudahan masyarakat mengikut


fungsinya berdasarkan saiz kejiranan atau tadahan penduduk. Sebagai contoh
penyediaan kemudahan komuniti bagi satu sub kejiranan memadai dengan
menyediakan sebuah balai komuniti. Manakala, sebuah dewan orang ramai perlu
disediakan bagi anggaran 5,000 penduduk dan sebuah dewan serbaguna diperlukan
bagi sebuah bandar dengan anggaran 10,000 penduduk.

4-4
4.3 G A R I S P A N D U A N PERANCANGAN
KEMUDAHAN MASYARAKAT

4.3.1 Garis Panduan Umum Kemudahan Masyarakat

Aspek Garis Panduan Umum


i. Penyediaan kemudahan masyarakat mengikut
tadahan penduduk, hierarki bandar, kejiranan
atau sub kejiranan.
ii. Perletakan kemudahan perlulah mudah diakses
dan dihubungi oleh rangkaian jalanraya,
berdekatan terminal/perhentian pengangkutan
awam dan berbentuk inklusif di mana tiada
sekatan kepada mana-mana golongan.
iii. Keluasan tapak dan ruang lantai yang
mencukupi dan mengambil kira keperluan
(a)Perancangan penambahan pembangunan masa hadapan.
Tapak dan
iv. Perancangan tapak selaras dengan cadangan di
Reka Bentuk
dalam rancangan pemajuan.
v. Susunatur dan reka bentuk bangunan yang
menerapkan elemen teknologi hijau, Universal
Design dan Crime Prevention Through
Environmental Design (CPTED).
vi. Menitikberatkan keperluan golongan orang
kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-
kanak di samping menerapkan elemen mesra
pengguna.

i. Menyediakan ruang solat, tandas, utiliti ruang


menunggu dan taman rekreasi.
ii. Landskap untuk mengindahkan persekitaran
dan mewujudkan suasana ceria dan nyaman.
(b)Penyediaan iii. Tempat letak kereta (TLK) yang mencukupi
Kemudahan termasuk TLK OKU.
Sokongan iv. Kemudahan laluan pejalan kaki.
v. Kemudahan sokongan lain yang menerapkan
reka bentuk sejagat untuk semua golongan
termasuk OKU, warga emas, kanak-kanak dan
sebagainya.
i. Keluasan tapak dan ruang lantai yang
mencukupi dan mengambil kira keperluan
penambahan pembangunan sedia ada dan masa
(c) Keluasan dan
akan datang.
Saiz Minimum
Tapak ii. Keluasan dan saiz minimum tapak mestilah
ditentukan mengikut hierarki kemudahan dan
kategori kemudahan.

4-5
4.4 G A R I S P A N D U A N UMUM KEMUDAHAN
MASYARAKAT (KEAGAMAAN)
- KEMUDAHAN ISLAM

Penyediaan masjid dan surau adalah selaras dengan peruntukan Perkara 3(1)
Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama
Persekutuan.
Ianya adalah bagi memperkukuhkan semula peranan dan fungsi tempat ibadat islam
sebagai pusat pembangunan insan secara holistik selaras mengikuti jejak langkah
Rasulullah SAW dengan menjadikan masjid sebagai tempat penyebaran ilmu dan
tempat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.

Dalam konteks perancangan fizikal, penyediaan tempat ibadat islam secara teratur
dan terancang adalah penting bukan sahaja untuk memberi keselesaan kepada
penduduk beribadat tetapi juga untuk memastikan ianya dibangunkan berdasarkan
keperluan sebenar dan mematuhi prinsip-prinsip perancangan.

Selain daripada tempat menunaikan solat, kemudahan Islam juga berfungsi sebagai
tempat perjumpaan dan perbincangan (syura), pusat penyelidikan dan maklumat
serta pusat penerangan dan kebajikan. Bagi tujuan memakmurkan sesebuah
kemudahan islam, semua pembangunan dan aktiviti hendaklah dirancang dengan rapi
supaya mewujudkan suasana yang harmoni di antara semua lapisan penduduk.

4-6
4.4.1 Kategori Tempat Ibadat Islam

KATEGORI DEFINISI

i. Bangunan bagi orang Islam beribadat dan sebagai pusat


aktiviti kemasyarakatan setempat.
ii. Perkataan ‘masjid’ berasal dari perkataan Arab iaitu
‘Sajd’ yang merujuk kepada pengertian ‘bersujud’ atau
‘merendahkan diri semasa bersembahyang’.
iii. Masjid merupakan bangunan dimana solat Jumaat boleh
MASJID
didirikan dengan jumlah jemaah yang ramai dan boleh
menampung aktiviti yang pelbagai.
iv. Dalam konteks pentadbiran dan pengurusannya,
terdapat organisasi pengurusan yang jelas dan
diletakkan di bawah pihak berkuasa Agama Islam.

i. Surau atau Musolla merupakan bangunan bagi orang


Islam beribadat dan pusat aktiviti kemasyarakatan
setempat pada skala yang lebih kecil berbanding Masjid.
ii. Umumnya, surau atau musollah tidak didirikan solat
Jumaat melainkan diberikan kebenaran oleh pihak
SURAU berkuasa Agama Islam bagi negeri.
iii. Dalam konteks pentadbiran dan pengurusannya,
terdapat organisasi pengurusan yang jelas dan
diletakkan di bawah pihak berkuasa Agama Islam.
iv. Boleh sama ada disediakan di atas tanah secara
perizaban atau di dalam bangunan secara strata.

i. Ruang atau tempat yang disediakan bagi kemudahan


orang Islam melakukan ibadat seperti sembahyang lima
BILIK SOLAT/ waktu dan ibadah lain yang berbentuk individu yang
MUSOLLA terdapat di dalam bangunan dan kawasan tumpuan
awam seperti di kompleks pasaraya, bangunan pejabat
serta di kawasan rehat dan rawat di lebuhraya.

Foto 4.4.1: Masjid Hussain


Seremban 2

Foto 4.4.2: Bilik Solat/Musolla, Mesa Mall,Nilai

4-7
4.4.2 Peranan Masjid dan Keperluan Komponen

PERANAN KEPERLUAN KOMPONEN

Sebagai Tempat i. Ruang ibadat (solat jumaat, solat fardhu


Sembahyang Berjemaah dan sunat)
i. Ruang mengaji Al-Quran
ii. Tempat mengajar/ceramah agama
Sebagai Sebuah Institusi,
iii. Perpustakaan/pusat sumber sebagai
Pengajian Keagamaan dan
rujukan atau kajian dalam hal-hal berkaitan
Pusat Sumber
islam
iv. Ruang bacaan terbuka
i. Tempat perjumpaan / pengurusan kegiatan
masyarakat.
ii. Tempat perayaan hari kebesaran islam
seperti Maulidur-Rasul, Israj Mikraj,
Sebagai Pusat Kegiatan Sembahyang Hari Raya dan sebagainya.
Masyarakat, Perjumpaan iii. Ruang terbuka untuk kutipan zakat dan
Harian dan Pusat lain-lain.
Pengumpulan iv. Tempat bermesyuarat dan pengumuman.
v. Tempat atau ruang pengurusan jenazah.
vi. Tempat perjumpaan seperti akad nikah.
vii. Tempat masyarakat setempat membuat
usaha-usaha kebajikan.
i. Keperluan tandas awam, bilik mandi dan
bilik persalinan berasingan.
ii. Tempat rehat bagi pengunjung yang
musafir
Sebagai Destinasi dan iii. Pusat jualan kecil-kecilan seperti gerai /
Istirehat tempat jualan peralatan
iv. Keagamaan seperti keperluan menunaikan
ibadah haji/umrah dan barang-barang bagi
pengurusan pengkebumian
v. Laluan pejalan kaki.
i. Penyediaan taman mini dan pondok-pondok
rehat
ii. Bangku-bangku tempat duduk
Sebagai Taman Landskap
iii. Tanaman pokok-pokok hiasan
iv. Kawasan lapang untuk pembesaran masa
hadapan
i. Muzium kecil
Sebagai Tempat Tarikan ii. Dewan pameran awam
Pelancong iii. Reka bentuk bangunan / landskap unit
berciri seni bina islam yang tulen.

4-8
4.4.3 Garis Panduan Umum (Keagamaan) Kemudahan Islam
Garis panduan umum meliputi zon perancangan dan kelas kegunaan tanah, penerapan
konsep bangunan hijau, penerapan CPTED dan juga kawalan pemajuan dan perancangan
tapak seperti jadual berikut:

GARIS PANDUAN PENERANGAN


UMUM
i. Tidak terikat kepada zon gunatanah kerana perlu
disediakan mengikut kiraan penduduk / pengguna
yang dijana.

Zon Perancangan ii. Rizab akan dinamakan sebagai ‘RIZAB


dan Kelas KEMUDAHAN INSTITUSI KEAGAMAAN ISLAM’
Kegunaan Tanah selaras dengan Pekeliling PTGNS Bil. 1/2015
berhubung SYARAT NYATA BARU DAN SYARAT
NYATA TERSIRAT BAGI TAFSIRAN MASJID DAN
PELUASAN PENGGUNAAN MASJID (Bil. 82 dlm
PTG.NS 10/14 Klt 3 bertarikh 2 April 2015)
Penerapan ciri-ciri dan elemen Bangunan Hijau (Green
Penerapan Konsep
Building Index) dalam rekabentuk selaras dengan
Bangunan Hijau
Dasar Teknologi Hijau Negeri Sembilan.
Panduan Perlu menerapkan elemen fizikal rekabentuk bangunan
Pelaksanaan yang mampu mencegah kejadian jenayah selaras
Pencegahan dengan Prinsip dan Amalan Rekabentuk Persekitaran
Jenayah Melalui dan Fizikal yang Selamat.
Rekabentuk
Persekitaran
(CPTED)
i. Tiada sebarang pengecualian boleh diberikan
kepada syarat penyediaan tempat ibadat dalam
Kawalan proses permohonan kelulusan di PBT.
Pemajuan
ii. Sebarang kelulusan kebenaran merancang yang
telah diberikan perlu dipanjangkan kepada Pihak
Berkuasa Agama Islam bagi tindakan selanjutnya.

4-9
GARIS PANDUAN PENERANGAN
UMUM

i. Kesesuaian Tapak:

a. Tapak yang dicadangkan bagi maksud tempat


ibadat perlulah merupakan tapak yang selamat
dan mudah untuk dibangunkan tanpa
melibatkan kos pembangunan yang tinggi oleh
agensi pelaksana. Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hendaklah
menyemak kesesuaian tapak yang diserah oleh
pemaju;dan
b. Bagi pemajuan yang dibuat secara berasingan
dan telah ada beberapa tapak kemudahan Islam
yang berhampiran, pemaju hendaklah
mendapatkan kelulusan JHEAINS bagi tujuan
pengecualian penyediaan tapak tersebut.
Kawalan dan c. Bagi pemajuan yang bukan secara serentak,
Panduan Umum tapak kemudahan Islam hendaklah diletakkan di
Perancangan sempadan tapak bagi memudahkan pembinaan
Tapak kemudahan Islam secara berkongsi dengan lot
bersebelahan.

ii. Aksessibiliti: Lokasi tapak perlulah mudah diakses


dan tidak dibenarkan untuk disediakan di lokasi
dibahagian hujung tapak pembangunan.

iii. Pemeliharaan Topografi dalam Alam Semulajadi:


seperti peruntukan subseksyen 21B(1) dan seksyen
35H Akta 172.

iv. Orientasi: Tapak yang dicadangkan perlu


mengambilkira arah kiblat serta merujuk kepada
Pihak Berkuasa Agama Islam bagi maksud tersebut
agar tapak yang dicadangkan boleh digunakan
dengan optimum.

4-10
4.5 G A R I S P A N D U A N UMUM PENDIDIKAN
(TADIKA DAN TASKA)

4.5.1 TADIKA

Di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], TADIKA didefinisikan sebagai mana-
mana tempat di mana pendidikan prasekolah (4 hingga 6 tahun) disediakan untuk 10 orang
murid atau lebih.

Foto 4.5.1 : Contoh aktiviti kanak - kanak di TADIKA dan TASKA.

4.5.2 TASKA
Menurut peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308], TASKA bermaksud
mana-mana premis yang menerima masuk 4 atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
dari lebih daripada satu isi rumah untukdijaga dengan upah.

Foto 4.5.2 : Contoh persekitaran di dalam ruang TASKA

4-11
TASKA terbahagi kepada empat (4) jenis seperti di Jadual 4.5.1.

Jadual 4.5.1: Jenis - jenis TASKA

Jenis Penerangan

Taman asuhan kanak-kanak


a. TASKA yang menerima
di Rumah
masuk 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam rumah
orang yang didaftarkan.
b. TASKA Taman asuhan kanak-kanak
di Institusi yang menerima
masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih.
c. TASKA di Taman asuhan kanak-kanak yang disediakan
Tempat di
Kerja mana-mana tempat kerja.
Taman asuhan kanak-kanak yang menerima
masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih di
d. TASKA kawasan keluarga berpendapatan rendah
Komuniti (pendapatan isi rumah RM2,000.00 di kawasan
bandar dan kurang RM1,200.00 di luar bandar) dan
menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan Negeri.

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat, KPWKM 2011

4.5.3 PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN


Perancangan dan penubuhan TADIKA dan TASKA perlu mengambil kira dan memberi perhatian
kepada prinsip-prinsip perancangan seperti berikut :

1. Keselamatan

i. Lokasi TADIKA dan TASKA tidak terletak di kawasan risiko bencana, kemalangan dan
pencemaran.
ii. Tidak dibenarkan di lokasi yang menyukarkan usaha-usaha menyelamat sekiranya berlaku
kebakaran dan hal-hal kecemasan.
iii. TADIKA dan TASKA perlu diletakkan di kawasan yang tidak menimbulkan kacau ganggu kepada
penduduk atau pengguna sekitar.

2. Penyediaan Kemudahan yang Mencukupi

4-12
TADIKA dan TASKA perlu disediakan dengan mencukupi mengikut garis panduan yang
digariskan. Tumpuan harus diberi kepada kawasan kejiranan yang mempunyai majoriti ‘young
families’.
3. Keselesaan
Susunatur dan reka bentuk TADIKA dan TASKA perlu mengutamakan keselesaan kanak-kanak.
Persekitaran reka bentuk perlu terbuka bagi menggalakkan kanak-kanak bergerak bebas.

4.5.4 GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM (TADIKA / TASKA)


1. Perancangan Tapak dan Ruang Penyediaan

Perancangan tapak kemudahan TADIKA dan TASKA hendaklah selaras dengan cadangan dan
strategi pembangunan dalam rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas yang telah
diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Jika tapak atau ruang khas tidak dikenalpasti oleh RT atau RKK, PBT boleh mengenakan syarat
penyediaan tapak atau ruang khas untuk TADIKA dan TASKA kepada pemaju semasa permohonan
kebenaran merancang.

Bagi bangunan berbilang tingkat, ruang penyediaan TADIKA dan TASKA boleh disyaratkan oleh PBT
semasa proses kebenaran merancang bergantung kepada piawaian yang diguna pakai.

2. Kategori Premis Bagi Penubuhan TADIKA Dan TASKA


Terdapat 4 kategori premis/tapak yang diberi pertimbangan untuk beroperasi sebagai TADIKA dan
TASKA iaitu :
i. Tapak Yang Telah Didirikan Bangunan
Merupakan tapak khas yang telah ditetapkan oleh suatu RT , RKK atau KM yang diluluskan dan
telah didirikan bangunan sama ada oleh pihak kerajaan atau swasta (pemaju ataupun individu).

Foto 4.5.3 : Contoh TADIKA/TASKA di kawasan yang telah diluluskan


sebagai TADIKA/TASKA

ii. Tapak Yang Belum Didirikan Bangunan


Merupakan tapak yang telah ditetapkan sebagai TADIKA atau TASKA di dalam suatu RT, RKK atau KM
yang telah diluluskan tetapi belum didirikan bangunan.

4-13
iii. Bangunan Pejabat /Institusi/Perniagaan Berbilang Tingkat
Ruang khas bagi penyediaan TADIKA dan TASKA hendaklah disediakan mengikut syarat yang
ditetapkan. TADIKA dan TASKA juga digalakkan dijalankan secara integrasi di dalam satu kawasan
atau bangunan dengan kemudahan lain seperti sekolah, pusat komuniti atau klinik.

Foto 4.5.4 : Contoh TADIKA/TASKA di bangunan pejabat.


iv. Di Kawasan Kediaman
Penubuhan TADIKA dan TASKA tidak dibenarkan di lot kediaman. Walau bagaimanapun, sekiranya
tapak khas yang telah dimajukan masih tidak dapat menampung permintaan setempat, TADIKA dan
TASKA boleh diberi pertimbangan di lot kediaman dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan
seperti berikut:
a. Mendapatkan surat persetujuan awal pemilik atau penduduk berjiran yang bersempadan
dengan tapak cadangan TADIKA dan TASKA dalam radius 20 meter dari tapak lokasi cadangan
manakala dalam jarak 200 meter bagi cadangan TADIKA dan TASKA di jalan mati (cul-de-
sac).
b. Untuk kediaman jenis teres, sesebuah, berkembar hanya lot tepi sahaja dibenarkan. Manakala
bagi rumah pangsa / pangsapuri / kondominium boleh dibenarkan sehingga aras 2 dengan
syarat unit tersebut bukanlah unit kediaman.
c. Jarak di antara sebuah TADIKA dan TASKA dengan yang lain hendaklah melebihi 400 meter
bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas di dalam kawasan perumahan. Selain itu, ia
dapat mengelakkan persaingan di antara pengusaha TADIKA dan TASKA.
d. Syarat-syarat lain yang dikenakan oleh PBT.

Foto 4.5.5 : Contoh TADIKA/TASKA yang dibenarkan di kawasan perumahan

4-14
3. Lokasi dan Keadaan Tapak
Cadangan penubuhan TADIKA dan TASKA hendaklah berdasarkan cadangan di dalam rancangan
pembangunan dan pelan susun atur yang telah dirizabkan untuk cadangan tapak TADIKA dan
TASKA. Lokasi penubuhan TADIKA dan TASKA tidak dibenarkan di kawasan atau di dalam
bangunan yang mempunyai:

i. Pencemaran udara, bunyi, bau atau bahan kimia;


ii. Risiko kebakaran yang tinggi;
iii. Risiko geo bencana;
iv. Risiko jangkitan penyakit dan radiasi seperti wad pesakit berjangkit danmakmal kimia;
v. Ancaman sabotaj atau subversif seperti di dalam bangunan balai polis atau bangunan
markas tentera;dan
vi. Jika ditubuhkan di aras 3, 4 dan 5, tidak dibenarkan di aras yang terletaknya restoran,
medan selera, cafe, bistro dan seumpamanya.

4. Keperluan Penyediaan TADIKA dan TASKA


Keperluan penyediaan TADIKA dan TASKA adalah berdasarkan kepada jadual di bawah.

a. Berdasarkan bilangan unit kediaman


Jadual 4.5.2 : Keperluan Penyediaan TADIKA dan TASKA MengikutBilangan Unit Kediaman

Bilangan Bilangan Unit Kediaman


1 TADIKA 200 unit rumah
1 TASKA 200 unit rumah
Sumber : 1. Garis Panduan Penubuhan TADIKA dan TASKA, 2012
2. Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010

Keperluan TADIKA dan TASKA dipengaruhi oleh komposisi penduduk mengikut umur di sesuatu
kawasan. Kawasan kejiranan yang mempunyai majoriti kumpulan penduduk muda/kanak-kanak
memerlukan lebih banyak TADIKA dan TASKA berbanding kawasan kejiranan yang terdiri
daripada majoriti penduduk warga emas.

5. Had Ketinggian Mengikut Kegunaan Bangunan (Bagi BangunanBerbilang Tingkat)

Had ketinggian yang dibenarkan penubuhan TADIKA dan TASKA adalah mengikut kegunaan
bangunan seperti jadual di bawah.

4-15
Jadual 4.5.3 : Had Ketinggian Mengikut Kegunaan Bangunan

Had
Kegunaan Penerangan
Ketinggian
Bangunan
Dibenarkan
1. Pejabat Sehingga 18 i) Sehingga aras 3
meter atau sahaja sekiranya tidak
kira- kira aras dilengkapi sistem
5 semburan air automatik.
ii) Sehingga 18 meter
atau kira-kira aras 5
sekiranya dilengkapi
dengan sistem semburan
air automatik (sprinkler
system).
iii) Jenis bahan binaan
yang tidak mudah
terbakar (non-
combustible).
2. Perumahan Sehingga Jenis bahan binaan yang
aras 2 tidak mudah terbakar
a) Pangsapuri
(non- combustible).
b) Kondominium

3. Institusi Sehingga aras 2 Jenis bahan binaan yang tidak


mudah terbakar (non-
a) Kesihatan
combustible).
b) Pendidikan

4. Komersial Aras 1 sahaja Jenis bahan binaan yang tidak


mudah terbakar (non-
a) Kesihatan
combustible).
b) Pendidikan Sehingga aras 2
c) Rumah Kedai Sehingga aras 2
5. Bercampur Dengan Sama seperti had Syarat-syarat adalah sama
Akses Berasingan ketinggian kegunaan seperti kegunaan pejabat,
(Separate Acces) pejabat, perumahan, perumahan, institusi dan
institusi dan komersial.
komersial.
6. Bercampur Dengan Berdasarkan Syarat-syarat adalah sama
Akses Bersama kegunaan bangunan seperti kegunaan pejabat,
(Separate Acces) dominan di aras 1 perumahan, institusi dan
komersial.

4-16
Nota: Kertas Syarat-Syarat Penubuhan TADIKA dan TASKA Di Bangunanan Bertingkat, 2017.

Justifikasi penentuan had ketinggian mengikut kegunaan bangunan adalah seperti di Lampiran.
Aras bangunan adalah bermula dengan aras tanah (ground floor) dan aras tanah merupakan
aras 1 dan seterusnya. Rujuk Rajah 4.5.1.

Aras 7

Aras 6

Aras 5

Aras 4 Rajah 4.5.1


Had ketinggian TADIKA dan TASKA yang
dibenarkan ialah 18 meter (ukuran jarak
Aras 3 dari aras akses perkakas bomba), iaitu
sehingga kira-kira aras 5.
Aras 2

Aras 1
Aras akses

Garis panduan ini memberi tumpuan kepada aspek perancangan serta syarat- syarat penubuhan
dan keselamatan TADIKA dan TASKA, tetapi tidak termasuk penyeragaman kadar bayaran fi
penubuhan dan kadar bayaran lesen premis perniagaan.

6. Reka Bentuk Sejagat (Universal Design)

a. Hendaklah diterapkan reka bentuk sejagat dan bahan binaan dalaman yang sesuai dengan
keadaan fizikal kanak-kanak.

b. Hendaklah direka bentuk laluan kecemasan yang sesuai dengan keadaan fizikal kanak-
kanak, terutamanya tangga dan susur tangga kedua (secondary handrail) yang lebih
rendah yang diguna oleh kanak-kanak.

c. Hendaklah disediakan ruang permainan (play area) di dalam bangunan atau mana-mana
kawasan terbuka di bangunan tersebut. Ruang ini hendaklah mendapat cahaya matahari
terus (direct sun light) yang mencukupi.

4-17
d. Keperluan ruang minimum kanak-kanak perlu merujuk Manual Garis Panduan dan
Piawaian Perancangan Negeri Sembilan versi 1.0

Foto 4.5.6 : Contoh reka bentuk ruang permainan di dalam dan di kawasan terbuka bangunan
yang mendapat cahaya matahari terus.

4.5.5 SYARAT-SYARAT PENUBUHAN


Selain daripada syarat-syarat perancangan fizikal, penubuhan TADIKA dan TASKA juga perlu
mengambilkira syarat-syarat penubuhan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

1. Nisbah Penjagaan
i. Nisbah Guru Kepada Murid TADIKA

Aras Nisbah Guru

Sehingga 18
meter a) Nisbah guru murid ialah 1:15.
(kira-kira aras b) Tambahan dua (2) orang pembantu guru bagi
5) setiap 15 murid.
Aras 4
Aras 3
Aras 2 a) Nisbah guru murid ialah 1:25.
b) Tambahan satu (1) orang pembantu guru bagi
Aras 1 setiap 25 murid.

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017

4-18
ii. Nisbah Pengasuh Kanak-kanak/Pengasuh Kanak-kanak Berdaftar di TASKA:

Nisbah pengasuh kanak-kanak /


Kategori Had
pengasuh kanak-kanak berdaftar
kanak- Umur
dengan kanak-kanak
kanak
1:3 0 - 1
Kanak-kanak tahun
Normal 1:5 1 - 3
tahun
1 : 10 3 - 4
tahun
2:3 0 - 1
Kanak-kanak tahun
Kurang 2:5 1 - 3
Upaya tahun
3 : 10 3 - 4
tahun
Sumber : 1. Jabatan Kebajikan Masyarakat 2017
2. Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012, Akta Taman Asuhan Kanak-
kanak 1984

Pengusaha hendaklah hadir dan lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak- kanak PERMATA
(KAP) yang diiktiraf oleh JKM. Pengasuh juga hendaklah lulus KAP dalam masa 12 bulan selepas
diambil bekerja.

2. Penubuhan Pasukan Khas Waktu Kecemasan


Penubuhan pasukan khas waktu kecemasan di bangunan berbilang tingkat adalah seperti berikut:

i. Pihak pengurusan bangunan dan pengusaha TASKA dan TADIKA hendaklah mewujudkan
pasukan khas yang dilatih untuk mengendalikan kanak-kanak ini dalam waktu kecemasan dan
bencana.

ii. Pasukan khas boleh terdiri daripada :

a. Pengasuh bayi dan kanak-kanak;


b. Pentadbir;
c. Kerani;
d. Tukang masak; dan
e. Sukarelawan yang terdiri daripada pekerja-pekerja di dalam bangunan tersebut seperti
pegawal keselamatan dan pekerja pejabat.

4-19
iii. Saiz pasukan khas ditentukan dengan pengiraan nisbah berikut:

Nisbah Ahli Pasukan Khas Dengan Kanak-kanak Had Umur

1:2 0 - 3 tahun

1:5 3 - 4 tahun
1 : 15
Tambahan dua (2) orang pembantu bagi setiap 15 5 - 6 tahun
orangmurid
Sumber: Kertas Syarat-Syarat Penubuhan TADIKA dan TASKA Di BangunanBertingkat, 2017.

3. Pengangkutan dan Penyediaan Makanan

i. Pengusaha TADIKA dan TASKA hendaklah memastikan makanan yang diperoleh adalah
berkhasiat, bersih dan selamat.
ii. Tempoh penyediaan, penghantaran dan penghidangan makanan tidak melebihi 2 jam.
iii. Hendaklah mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya.

4. Kursus, Latihan dan Kurikulum Keselamatan

i. Penjaga hendaklah menghadiri kursus dan mendapatkan Sijil Pertolongan Cemas (First
Aid) dari badan yang diiktiraf.

ii. Menetapkan aktiviti di luar bangunan sebagai kurikulum mingguan TADIKA dan TASKA.
Aktiviti ini boleh membiasakan kanak-kanak dan penjaga dengan laluan ke luar bangunan
semasa kecemasan, kawasan perhimpunan kecemasan di luar bangunan serta persekitaran
luar bangunan tersebut.

iii. Mengadakan latihan pengungsian (evacuation) dari TASKA dan TADIKA bersama kanak-kanak,
pengasuh dan pasukan khas sekurang- kurangnya 1 kali dalam sebulan dan akan dipantau
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

iv. Mengadakan latihan kebakaran (fire drill) premis TASKA dan TADIKA bersama kanak-kanak,
pengasuh dan pasukan khas sekurang- kurangnya 2 kali dalam setahun dan akan dipantau
oleh Jabatan Bombadan Penyelamat Malaysia.
5. Pengurusan dan Penyelenggaraan

Badan pengurusan bersama (Joint Management Body) atau perbadanan pengurusan

4-20
(Management Corporation) bangunan bertingkat, hendaklah memastikan harta bersama seperti
lif, laluan koridor dan tangga kecemasan sentiasa diurus dan diselenggara dengan baik, serta
tidak dihalang pada bila-bila masa. Ini adalah untuk memastikan TADIKA dan TASKA yang berada
di aras tinggi boleh diakses dengan mudah dan mengelakkan kelewatan mengungsi atau
menyelamat.

4.5.6 SYARAT-SYARAT KESELAMATAN DI BANGUNAN BERBILANG


TINGKAT

Penubuhan TADIKA dan TASKA di bangunan berbilang tingkat memerlukan pematuhan kepada
syarat-syarat keselamatan bagi mencegah perkara- perkara yang tidak diingini. Syarat-syarat
keselamatan ini adalah syarat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

1. Bahan Binaan Bangunan

Aras Bahan Binaan

Sehingga 18 meter
(kira-kira aras 5)
Jenis bahan binaan tidak mudah terbakar
Aras 4 (non-combustible). Kayu tidak dibenarkan.
Aras 3
Aras 2
Semua jenis bahan binaan termasuk kayu (timber
Aras 1
material).

2. Laluan Pelepasan Diri

Aras Laluan Pelepasan Diri

a) Hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya


Sehingga 18 meter
2 laluan keluar keselamatan
(kira-kira aras 5)
termasuktangga keselamatan.
b) Hendaklah dihubung terus ke
Aras 4 tanggakeselamatan kebakaran
melalui kawasan
terlindung.
Aras 3

3. Dinding Pengasing/Petak

4-21
Aras Dinding Pengasing / Petak

Sehingga 18 meter Hendaklah diasingkan dari kegunaan lain


(kira-kira aras 5) dengan dinding petak yang mempunyai
ketahanan api tidak kurang daripada 2 jam.

4. Peralatan Pencegah Kebakaran

Aras Peralatan Pencegah Kebakaran


Premis TASKA dan TADIKA hendaklah :
i) Dilengkapi dengan sistem semburan automatik
(sprinkler system).

Sehingga 18 meter
(kira-kira aras 5)
ii) Menyediakan alat pemadam api (mengikut MS
1539) yang mencukupi dan memastikan alat
tersebut berfungsi dengan baik setiap masa.
iii) Mengadakan alat pengesan asap sekurang-
kurangnya dari jenis self-contained.

Aras 4

i) Mempunyai sekurang-kurangnya sistempengesan


asap (smoke detector) atau haba
Aras 3 (heat detector).

ii) Menyediakan alat pemadam api (mengikut MS


1539) yang mencukupi dan memastikan alat
tersebut berfungsi dengan baik setiap masa.

Aras 2 Menyediakan alat pemadam api (mengikut MS 1539)


yang mencukupi dan memastikan alat tersebut
Aras 1 berfungsi dengan baik setiap masa.

5. Had Aktiviti Memasak

4-22
Aras Had Aktiviti Memasak

Sehingga 18 i) Dibenarkan dengan hanya menggunakan peralatan


meter elektrik atau dapur elektrik.
(kira-kira aras 5)
Aras 4
ii) Dibenarkan dapur gas (LPG) sekiranya dibuat
Aras 3 pengasingan kawasan dapur dan kawasan lain
Aras 2 berdasarkan peruntukan Undang-Undang Kecil
Bangunan Seragam (UKBS)1984.
Aras 1

6. Pintu dan Laluan Keselamatan Kebakaran

i. Hendaklah menghadkan jumlah kependudukan (populasi) di dalam sesuatu ruang berdasarkan


kepada Jadual Ketujuh, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

ii. Semua pintu yang digunakan sebagai pintu keluar daripada mana- mana bahagian TADIKA
dan TASKA atau semua pintu yang menuju ke kawasan terbuka, hendaklah hanya membuka ke
arah keluar.

Foto 4.5.7 : Semua pintu keluar atau yang menuju


ke kawasan terbuka hendaklah hanya membuka ke
arah keluar.

iii. Dalam mana-mana bangunan yang hendak ditubuhkan TADIKA dan TASKA, tempat keluar ke
jalan atau kawasan terbuka, bersama dengan tangga, koridor dan lorong yang menuju ke
tempat keluar itu, hendaklah ditempatkan berasingan atau terlindung untuk mengelakkan apa-
apa bahaya yang tidak sewajarnya kepada penduduk pusat tersebut, daripada api yang
berpunca dalam pendudukan yang lain atau asap daripadanya.

4-23
Foto 4.5.8 : Tangga, koridor dan lorong yang menuju ke
tempat keluar hendaklah ditempatkan berasingan atau
terlindung untuk mengelakkan apa-apa bahaya.

iv. Semua pintu keluar dan laluan keluar yang dilalui oleh penduduk TADIKA dan TASKA dalam
perjalanan ke kawasan terbuka hendaklah tidak dihalang, tidak berkunci, berselak atau
mempunyai pepasangan lain sepanjang tempoh pendudukan.

v. Memastikan bahawa semua pintu bilik di TASKA bebas halangan pada setiap masa.

vi. Memastikan struktur tangga kecemasan yang menghubungkan TASKA dengan laluan keluar
adalah terkepung.

vii. Memasang jeriji yang memenuhi aspek keselamatan dan pelepasan diri.

7. Dinding Dalaman (Partition)

i. Dinding dalaman hendaklah mempunyai ketahanan api tidak kurang setengah jam.

ii. Kemasan dinding dalaman hendaklah dari jenis surface spread of flame iaitu kelas ‘O’
berdasarkan kepada BS 476: Part 6 - Method of Test forFire Propagation for product.

8. Tanda ‘KELUAR’

i. Semua tempat keluar kecemasan hendaklah diadakan tanda ‘KELUAR’. Tanda ‘KELUAR’
hendaklah diterangi berterusan sepanjang masa.

4-24
Foto 4.5.9 : Tanda ‘KELUAR’ yang
diterangi berterusan.

ii. Suatu tanda pembacaan ‘KELUAR’ dengan anak panah yang menunjukkan arah, hendaklah
diletakkan di tiap-tiap tempat, di mana arah perjalanan menuju pintu keluar yang terdekat
sekali kelihatan dengan serta merta.

Foto 4.5.10 : Bagi pintu keluar yang


terselindung, tanda ‘KELUAR’ dengan
anak panah menunjukkan arah
perjalanan menuju ke pintu tersebut.

9. Pencahayaan Kecemasan
Hendaklah disediakan lampu pencahayaan kecemasan bagi TADIKA danTASKA.

Foto 4.5.11:Lampu pencahayaan kecemasan

4-25
10. Pemasangan CCTV
Bagi tujuan keselamatan bangunan dan kanak-kanak, hendaklah disediakan pemasangan
CCTV.

11. Kawasan Perhimpunan Kecemasan (Emergency Assembly Area)


i. Hendaklah ditetapkan suatu kawasan terbuka di luar bangunan untuk dijadikan kawasan
perhimpunan kecemasan.
ii. Hendaklah memastikan kawasan ini selamat, mudah dilihat dan mudahsampai.

iii. Hendaklah kawasan ini ditanda sebagai kawasan perhimpunan


kecemasan dengan jelas.

Foto 4.5.12 : Kawasan Perhimpunan Kecemasan (Emergency Assembly Area) yang ditanda dengan jelas
dan berteduh.

12. Penyediaan Pelan Keselamatan Kebakaran dan Bencana

i. Pengusaha TASKA dan TADIKA perlu menyediakan pelan keselamatan kebakaran dan
bencana yang mengandungi penjelasan seperti berikut:

a. Standard Operating Procedure (SOP) keselamatan semasa kejadian kecemasan,


kebakaran dan bencana; dan

b. Jenis, tatacara dan kekerapan latihan keselamatan kebakaran, dokumentasi rekod


kehadiran, rondaan serta penyelenggaraan kemudahan keselamatan kebakaran dan
bencana di bangunan tersebut.

iii. Pengusaha TASKA dan TADIKA juga perlu menyediakan peralatan penyelamat yang sesuai
seperti pengendong bayi (baby carrier), lampu suluh dan lain-lain untuk digunakan semasa
kecemasan. Peralatan keselamatan ini hendaklah diletakkan di tempat yang mudahdicapai.

13. Perakuan Pelan

4-26
i. Bagi pembangunan baru atau bangunan yang hendak diubahsuai untuk dijadikan TASKA dan
TADIKA, pelan permohonan perlu dikemukakan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk perakuan.

ii. Walau bagaimanapun, sekiranya bangunan telah diluluskan kegunaan sebagai TASKA atau
TADIKA dan tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian struktur dan rekabentuk bangunan,
tidak perlu perakuan daripada pihak berkuasa.

14. Kuasa Melulus Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

i. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia boleh membuat pertimbangan dan membenarkan
sesebuah TADIKA atau TASKA ditubuhkan di bangunan bertingkat selain syarat-syarat yang
dinyatakan di dalam garis panduan ini.

ii. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia boleh menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Bomba
1988 (Akta 341) dan kesalahan di bawah Akta ini boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

iii. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga berhak membuat keputusan muktamad
berdasarkan syarat-syarat untuk aspek keselamatan kebakaran bagi penubuhan TADIKA dan
TASKA di bangunan bertingkat seperti mana yang dinyatakan di dalam garis panduan ini bagi
memastikan sesuatu bangunan bertingkat adalah benar-benar sesuai dan selamat untuk
ditubuhkan TADIKA dan TASKA.

4.5.7 PROSES PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA


Terdapat dua proses penubuhan Tadika dan TASKA iaitu :

i. Tiada proses kelulusan kebenaran merancang dan pelan bangunan bagi tapak khas yang telah
didirikan bangunan.

ii. Melalui proses permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan bagi tapak yang belum
didirikan bangunan.

Namun begitu, sebelum mengemukakan permohonan bagi penubuhan TADIKA dan TASKA,
pemohon hendaklah :

i. Mendaftarkan perniagaan/syarikat dengan Suruhanjaya SyarikatMalaysia (SSM);


ii. Menjalani Kursus Latihan Pengendali Makanan anjuran KKM;
iii. Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) bagi penubuhan TASKA serta
memohon pendaftaran TASKA di JKM; dan
iv. Perlu memohon pendaftaran TADIKA dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

4-27
Seterusnya adalah melibatkan 3 proses utama iaitu :

i. Permohonan KM mengikut peruntukan subseksyen 22(3) dan subseksyen 22(5) Akta


Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan Pelan Bangunan (kecuali di tapak khas yang
telah didirikan bangunan);
ii. Melengkapkan pendaftaran TADIKA dan TASKA di agensi berkaitan; dan
iii. Permohonan lesen premis perniagaan di PBT.

1. Tiada Proses Kelulusan Kebenaran Merancang Dan Pelan Bangunan Bagi Tapak Khas
Yang Telah Didirikan Bangunan.

Untuk cadangan TADIKA dan TASKA di tapak khas yang telah didirikan bangunan, pemohon tidak
perlu lagi melalui proses permohonan KM dan pelan bangunan. Oleh itu, hanya perlu melalui proses
permohonan pendaftaran danpermohonan lesen premis perniagaan seperti mana di Rajah 4.5.2.

2. Melalui Proses Permohonan Kebenaran Merancang Dan Pelan Bangunan Bagi Tapak
Khas Yang Belum Didirikan Bangunan.

Untuk cadangan TADIKA dan TASKA di tapak khas yang belum didirikan bangunan, pemohon perlu
melalui proses permohonan Kebenaran Merancang (KM) dan pelan bangunan, permohonan
pendaftaran dan permohonan lesen premis perniagaan sepertimana di dalam Rajah 4.5.2.

Untuk cadangan TADIKA dan TASKA di kawasan kediaman, pemohon perlu memohon kelulusan
kebenaran merancang dan pelan bangunan, permohonan pendaftaran dan permohonan lesen premis
perniagaan seperti mana di Rajah 4.5.3.

4-28
Rajah 4.5.2 : Tidak Perlu Melalui Proses Kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan
Bangunan

PERMOHONAN PENDAFTARAN, LESEN Penubuhan TADIKA


PREMIS PERNIAGAAN
Mula  Mendaftar perniagaan atau syarikat dengan
SSM.
 Menjalani Kursus Latihan Pengendali
Makanan (KKM).
 Memohon pendaftaran TADIKA dengan
KPM.
Permohonan pendaftaran, lesen premis Penubuhan TASKA
perniagaan 1
 Mendaftar perniagaan atau syarikat dengan
SSM.
 Menjalani Kursus Latihan Pengendali
Makanan (KKM).
Bayaran fi pendaftaran,lesen premis perniagaan  Memohon pendaftaran TASKA dengan JKM.
 Lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-Kanak PERMATA(KAP) di JKM.
2

Pemeriksaan oleh agensi


berkaitan
3

Pengeluaran Sijil Pendaftaran dan Lesen Premis


Perniagaan

Tamat

4-29
Rajah 4.5.3 : Melalui Proses Permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan
Bangunan

Penubuhan TADIKA

Mula  Mendaftar perniagaan atau syarikat


dengan SSM.
 Menjalani Kursus Latihan Pengendali
PERMOHONAN KM DAN Makanan (KKM).
PELAN BANGUNAN  Memohon pendaftaran TADIKA
dengan KPM.

Penubuhan TASKA
Permohonan dan bayaran Fi KM
dan Pelan Bangunan
1  Mendaftar perniagaan atau syarikat
di kaunter OSC PBT dengan SSM.
(Borang Permohonan)  Menjalani Kursus Latihan Pengendali
Makanan (KKM).
2  Memohon pendaftaran TASKA dengan
OSC semak permohonan
JKM.
(lengkap/ tidak lengkap). Tidak
Ya  Lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-Kanak PERMATA(KAP) di JKM.
Edaran dokumen ke 3
agensi berkaitan

Mesyuarat 4
Jawatankuasa OSC PERMOHONAN PENDAFTARAN DAN
LESEN PREMIS PERNIAGAAN

Keputusan Mesyuarat 5
Jawatankuasa OSC Tidak  Bayaran lesen premis
Lulus perniagaan.
A
Proses pembinaan/
pengubahsuaian  Melengkapkan pendaftaran
dengan agensi berkaitan.

Pemeriksaan oleh agensi


B berkaitan dan pengeluaran CCC

Tamat

4-30
4.6 G A R I S P A N D U A N UMUM KEMUDAHAN
MASYARAKAT (TANAH LAPANG DAN
REKREASI)

Dasar perancangan dan pembangunan tanah lapang dan rekreasi sering kali diinterpretasi
secara berbeza menyebabkan berlakunya amalan penyediaan dan pelaksanaan yang tidak
selaras oleh pihak-pihak berkuasa tempatan. Walaupun dasar dan piawaian perancangan
berkaitan tanah lapang dan rekreasi telah lama digubal dan diterima pakai, namun pelbagai
isu dan permasalahan di dalam penyediaan dan pembangunan tanah lapang masih wujud.
Antaranya:

i. Amalan penguatkuasaan dasar dan kaedah pengiraan 10 peratus tanah lapang yang
berbeza-beza antara PBT;

ii. Penyediaan tanah lapang di dalam skim-skim pembangunan masih pada tahap yang
minima iaitu hanya untuk memenuhi syarat mendapat kelulusan kebenaran merancang;

iii. Wujudnya amalan pengecualian penyediaan tanah lapang, khususnya bagi permohonan
pembangunan bersaiz kecil; dan

iv. Wujudnya isu dari segi penyediaan tanah lapang bagi skim perumahan bertanah
berbanding dengan skimperumahan berbilang tingkat.

Isu-isu di atas jika tidak ditangani, boleh mempengaruhi sasaran menyediakan 2 hektar
kawasan lapang bagi setiap 1,000 penduduk bandar selaras dengan usaha untuk mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020 (MPFN Bil. 5/2005). Bagi mengatasi isu dan
permasalahan di atas, Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi yang
disediakan pada tahun 2000 (JPBD: 7/2000) telah dikaji semula dan ditambah baik bagi
memastikan tanah lapang dan rekreasi dibangunkan secara terancang, mencukupi dan
mampanserta memenuhi prinsip-prinsipperancangan dan pembangunan bandar.
4.6.1 Definisi
Merujuk kepada subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172),
tanah lapang telah ditafsirkan sebagai: `mana-mana tanah sama ada yang dikepung atau
yang tidak disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau
sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi
awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat
awam’.

Merujuk kepada Seksyen 5, Kanun Tanah Negara 1965 yang memperuntukkan keperluan
supaya tanah kerajaan (termasuk tanah lapang) dirizabkan untuk maksud awam.

“Tanah Rizab” ertinya tanah yang buat masa itu dirizabkan untuk tujuan awam selaras
dengan peruntukan-peruntukan seksyen 62 atau mana-mana undang- undang tanah
terdahulu.

Berdasarkan tafsiran di atas, tanah lapang secara umumnya boleh didefinisikan sebagai
suatu kawasan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan rekreasi aktifatau pasif.

1
4-31
Secara terperinci ia meliputi dua (2) kategori berikut:

i. Tanah lapang di dalam skim-skim pembangunan yang diserahkan kepada PBN di


peringkat kelulusan permohonan kebenaran merancang ataupun semasa kelulusan
permohonan pecah sempadan; dan

ii. Tanah lapang dan kawasan rekreasi dalam hierarki tertentu iaitu daripada taman
nasional sehingga hierarki lot permainan seperti padang bola sepak, gelanggang
permainan dan sebagainya yang dibangunkan oleh PBT atau agensi-agensi yang
berkenaan.

Penyediaan tanah lapang ini akan menyumbang kepada pengiraan kawasan lapang yang
juga mengambil kira kawasan rekreasi seperti taman botani, hutan lipur dan lain-lain yang
dibenarkan diguna oleh orang awam bagi tujuan rekreasi aktif dan pasif yang terletak di
bawah kawasan operasi PBT.

Foto 4.6.1 : Contoh kawasan lapang yang digunakan


untuk rekreasi aktif atau pasif.

4.6.2 Jenis Rekreasi

REKREASI
AKTIF

Melibatkan penggunaan tenaga dan pergerakan anggota fizikal yang lebih seperti
bersukan, berenang, berkayak dan sebagainya. Kesan melibatkan diri dalam rekreasi
seumpama ini dapat menjamin kesihatan fizikal dan mental yang baik, hasil daripada
pengeluaran peluh yang banyak. Terbuka kepada semua golongan yang aktif dan agresif,
tanpa mengira peringkat umur.

4-32
REKREASI
PASIF

Melibatkan penggunaan tenaga yang kurang. Antara aktiviti rekreasi pasif termasuklah
berehat, berkelah, bersiar- siar dan lain-lain. Individu atau kumpulan lebih menampakkan
suasana bersantai dan beriadah. Melibatkan semua peringkat umur.

4.6.3 Prinsip Perancangan


Penyediaan tanah lapang dan kawasan rekreasi perlu mencapai prinsip-prinsip
perancangan seperti berikut:

1. Perancangan yang Sistematik


Perancangan yang sistematik dan menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai
factor seperti menjamin keselamatan,member keselesaan dan kemudah sampaian
yang berkesan.

2. Kebersihan dan Keceriaan


Reka bentuk tanah lapang dan rekreasi yang memastikan kebersihan dan keindahan
serta pengawalan pencemaran yang mampu Mewujudkan persekitaran yang berkualiti,
ceria dan mempunyai nilai estetik yang tinggi.

3. Kemudah Sampaian
Mudah dikunjungi dan mudah diakses serta mempunyai aksessibiliti yang baik
kepada kemudahan pengangkutan awam dan golongan kurang upaya.

4. Berwawasan
Mewujudkan tanah lapang dan rekreasi yang bermatlamat serta penyediaannya yang
jelas dan mampu memupuk perpaduan yang jitu di kalangan masyarakat.

5. Kualiti dan Penyayang


Perancangan dan reka bentuk komponen tanah lapang dan rekreasi perlu
menekankan kepentingan kualiti bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan
penyayang serta menggalakkan interaksi antara penduduk.

6. Kesejahteraan
Konsep keamanan yang mementingkan kemakmuran pengguna dan ketenangan
perlu ditekankan menerusi perancangan dan pembangunan tanah lapang yang
menyumbang kepadakesejahteraan awam.

7. Suasana Kehijauan
Penekanan kepada elemen kehijauan dan penggunaan pelbagai bentuk badan air
mampu meningkatkan keindahan alam semula jadi dalam usaha mewujudkan
persekitaran yanglengkap.

4-33
4.6.4 Garis Panduan Umum
1. Hierarki Tanah Lapang dan Rekreasi
Tanah lapang dan kawasan rekreasi perlu disediakan berdasarkan hierarki, keluasan,
saiz tadahan penduduk dan fungsi seperti di bawah.

Nota : Taman Nasional/Taman Negara


dan Taman Wilayah/Taman Negeri
merupakan hierarki tanah lapang dan
rekreasi dan tidak termasuk dalam
keperluan penyediaan tanah lapang
dan rekreasi oleh pihak pemaju.

2. TAMAN 100 hektar –


2 WILAYAH/ 34.7 ekar
TAMAN NEGERI Seluruh
TAMAN NASIONAL/ Negeri
Wilayah/
1
TAMAN NEGARA
. 1 jam perjalanan kenderaan
` Tiada Had Keluasan
Seluruh Negara

Foto 4.6.2 : Taman Negara


Endau-Rompin
Foto 4.6.3 : Taman Negeri
Kenaboi

4-34
3 TAMAN BANDARAN 4 TAMAN KEJIRANAN

Minimum 5 hektar Minimum 1


(12.5 ekar) hektar(2.5 ekar)
> 12,000 orang
1-3 km
3-10 km
> 2,500 orang
@ ½ jam

i. Pusat tumpuan penduduk bandar. i. Pusat tumpuan kawasan kejiranan.


ii. Perlu dirancang untuk aktiviti ii. Perlu dirancang untuk aktiviti
rekreasi aktif dan pasif. rekreasi aktif dan pasif.
iii. Mengambil kira keperluan iii. Perlu diwujudkan dalam atau di
penyediaan padang sukan yang pinggir pusat perkhidmatan
bersesuaian untuk penganjuran kejiranan.
aktiviti peringkat tempatan. iv. Menyediakan kemudahan sukan
iv. Perlu disediakan dengan kemudahan komuniti seperti padang bola sepak.
tempat letak kenderaan dan v. Disediakan dalam jarak pejalan kaki
kemudahan lain seperti tandas. (hingga 1.5 km).
vi. Menyediakan ruang teduhan dan
laluan pejalan kaki.

Foto 4.6.5 : Taman Kejiranan Rasah


Kemayan
Foto 4.6.4 : S2 City Park,Seremban 2

4-35
5 TAMAN PERMAINAN 6 LOT PERMAINAN

Minimum 0.08 hektar Minimum 0.04


hektar (0.1 ekar)
(0.2 ekar)
> 100 orang
> 200 orang
Setiap pertambahan 100
Setiap pertambahan 200 orang penduduk,
orang penduduk, memerlukan 0.1 ekar.
memerlukan 0.2 ekar.
< 0.5 km
0.5-1 km
i. Kawasan rekreasi kecil.
i. Pusat tumpuan setempat (komuniti ii. Menempatkan aktiviti aktif dan
kecil). pasif:
ii. Tertakluk kepada saiz yang a. Landskap yang menarik.
disediakan, reka bentuk perlu b. Peralatan permainan
mengambil kira: bersesuaian yang dapat
a. Landskap yang menarik. mengalakkan pertumbuhan
b. Peralatan permainan bersesuaian mental kanak-kanak.
yang dapat mengalakkan
pertumbuhan mental kanak-
kanak.
c. Penyediaan laluan pejalan kaki.
d. Kemudahan sukan seperti
gimnasium terbuka.

Foto 4.6.7: D’Belsa Taman Bandar Senawang

Foto 4.6.6 : Taman Seremban 3


4-36
2. Penyediaan Tanah Lapang Bagi Skim Perumahan Bertanah
(Rujuk Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0)

3. Penyediaan Tanah Lapang Bagi Perumahan Berbilang Tingkat


(Rujuk Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0)

4. Penyediaan Tanah Lapang bagi Pembangunan Kawasan Perdagangan dan Perindustrian

(Rujuk Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0)

5. Penyediaan Tanah Lapang Bagi Pembangunan Berbentuk Masterplan/ Township


(Rujuk Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0)

6. Tanah Lapang Di DalamSkim Gated Community


(Rujuk Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0)

7. Tanah Atas Bumbung


(Rujuk Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0)

8. Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi


(Rujuk Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0)

9. Tanggungjawab Penyelenggaraan Tanah Lapang


Aspek penyelenggaraan tanah lapang dan kawasan rekreasi juga perlu diambil kira dan
diberi perhatian selepas diserahkan kepada PBN dan PBT supaya tanah lapang dan
kawasan rekreasi ini sentiasa dipelihara dan diselenggara dengan baik.

4-37
4.6.5 Garis Panduan Umum
1. Aksesibiliti
i. Tanah lapang perlu disediakan berdekatan dengan jalan utama serta mempunyai
perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap (Rajah 4.6.1).

ii. Laluan berlandskap perlu disediakan di pintu masuk dan di dalam taman rekreasi bagi
mewujudkan suasana mengalu-alukan (sense of welcoming) di samping meningkatkan
persekitaran yang hijau dan indah.

Tiada Had
Taman Nasional/
Taman Negara

1 Jam Perjalanan Kenderaan


TamanWilayah/
Taman Negeri

3.0 - 10.0 km
Jalan Utama

Taman Bandaran

1.0 – 3.0 km
Taman Kejiranan

0.5 – 1.0 km
Taman Permainan

Kurang 0.5 km
Lot Permainan

Rajah 4.6.1: Cadangan jarak yang sesuai ke kawasan rekreasi mengikut hierarki

2. Kecerunan Bagi Tanah Lapang dan Rekreasi

i. Tanah lapang bagi taman permainan, dan taman kejiranan perlu disediakan di atas
tanah atau kawasan yang rata.

ii. Tahap kecerunan pembangunan tanah lapang bagi taman bandaran dan taman
wilayah adalah tidak dihadkan. Ia tertakluk kepada tema dan kreativiti perancangan
sesebuah tanah lapang.

iii. Pemaju perlu mengemukakan pelan analisis kecerunan bagi tanah lapang yang dikenal
pasti dalam cadangan pelan susunatur.

Foto 4.6.8 : Tanah Lapang dan Rekreasi di kawasan rata

4-38
3. Sistem Lalu Lintas
Menggalakkan traffic calming di jalan yang berdekatan dengan tanah lapang bagi tujuan
keselamatan melalui kaedah- kaedah berikut:

i. Meletakkan bonggol (hump) di tempat pengguna melintas ke kawasan rekreasi.

Foto 4.6.9 : Contoh penyediaan bonggol


di jalan bersebelahan taman rekreasi.

ii. Menyediakan cul-de-sac yang boleh berfungsi sebagai tempat letak kereta di kawasan
taman rekreasi untuk mengelakkan laluan terus kenderaan.

Foto 4.6.10 : Contoh penyediaan cul


de sac yang juga berfungsi sebagai
tempat letak kereta.
iii. Menyediakan tempat letak kenderaan secara berkelompok yang boleh menempatkan 5
ke 6 petak di satu-satu tempat.
iv. Meningkatkan tahap keselamatan jalan raya berhampiran kawasan rekreasi dengan
berhampiran kawasan rekreasi dengan menyediakan garisan rentas kuning ‘yellow
transverse bar’ (Foto 4.6.11) dan lintasan pejalan kaki ‘padestrian crossing’ (Foto
4.6.12)

Foto 4.6.11 : Contoh penyediaan Foto 4.6.12 :Contoh penyediaan


garisan rentas kuning ‘transverse bar’ lintasan pejalan kaki ‘pedestrian
di sebelah kawasan rekreasi.

4-39
4. Landskap Lembut
i. Penggunaan elemen landskap lembut (softscape) yang bersesuaian dan berkualiti
adalah penting bagi memberi impak terhadap peningkatan kualiti alam sekitar.
ii. Penyediaan landskap lembut atau kawasan hijau mestilah tidak kurang daripada 60%
daripada keseluruhan keluasan tanah lapang (Rujuk Garis Panduan Landskap
Negara Edisi 2 (2008) – JLN).
iii.Penggunaan pokok teduhan perlu diberi keutamaan. Pokok-pokok seperti pokok palma
berbatang tunggal digalakkan ditanam secara berkelompok (cluster) bagi memberi
kesan teduhan yang maksimum (Foto 19) (Rujuk Garis Panduan Landskap Negara
Edisi 2 (2008) – JLN).
iv.Penanaman tanaman yang dapat menarik kehadiran hidupan kecil seperti burung,
unggas dan rama- rama adalah digalakkan.

Foto 4.6.13 : Contoh penggunaan


pokok teduhan di kawasan rekreasi.
v. Penanaman tanaman nadir (rare species) seperti Diospyros discolour (mentega),
Garcinia atroviridis (asam gelugor) dan Annona reticulata (nona kapri) adalah
digalakkan bagi tujuan pemeliharaan, pembelajaran dan penyelidikan
(Rujuk Garis Panduan Landskap Negara Edisi 2 (2008) – JLN).
vi. Penggunaan tanaman dari spesis yang beracun, berduri dan berdahan rapuh perlu
dielakkan (Foto 20) (Rujuk Garis Panduan Landskap Negara Edisi 2 (2008) – JLN).
vii.Penanaman rumput dan tanaman hendaklah daripada spesis yang mudah
diselenggara dan sesuai untuk aktiviti yang tahan lasak.
viii.Pokok-pokok hendaklah ditanam secara bebas bagi mewujudkan keadaan
persekitaran semulajadi serta dapat memperkaya dan mempertingkatkan
keseimbangan tekologi.

Foto 4.6.14 : Contoh penggunaan


pokok teduhan di kawasan rekreasi.

4-40
5. Perabot Taman
i. Pintu Pagar
Sekurang-kurangnya dua pintu keluar masuk dan penggunaan barrier free digalakkan.

Foto 4.6.15 : Contoh rekabentuk lampu


yang disediakan di taman rekreasi.
ii. Papan Tanda Bersepadu
Perlu disediakan bagi memaparkan petunjuk arah, amaran, maklumat, fungsi taman dan
.
sebagainya.

Foto 4.6.16 : Contoh pintu masuk yang


berkonsepkan barrier free.
iii. Laluan Masuk
Penyediaan ramp untuk memudahkan pergerakan kanak-kanak dan golongan orang
kelainan upaya (OKU).

Foto 4.6.17 : Contoh penyediaan ramp


di kawasan rekreasi.

4-41
iv. Tong Sampah
Perlu disediakan di kawasan tumpuan aktiviti seperti berdekatan dengan kawasan gerai
atau tempat duduk bagi menjamin kebersihan kawasan rekreasi.

Foto 4.6.18:Contoh penyediaan tong


sampah di kawasan rekreasi.
v. Lampu
Lampu yang sesuai perlu dipasang di kawasan rekreasi bagi memberikan pencahayaan
yang seterusnya membantu mencegah jenayah dan masalah sosial serta berfungsi sebagai
landskap kejur.

Foto 4.6.19 : Contoh rekabentuk


lampu yang disediakan di taman rekreasi.

6. Perancangan Peralatan Mengikut Umur Kanak- Kanak

Penyediaan peralatan permainan di kawasan rekreasi perlu dipelbagaikan mengikut


kategori umur berikut:
i. Kategori Umur 2 – 4 tahun

Foto 4.6.20 : Contoh penyediaan peralatan


permainan bagi kanak-kanak berumur
2– 4 tahun.

4-42
ii. Kategori Umur 5 – 8 Tahun

Foto 4.6.21 : Contoh penyediaan


peralatan permainan bagi kanak-kanak
berumur 5 - 8 tahun.

iii. Kategori Umur 9 – 12 Tahun

Foto 4.6.22 : Contoh penyediaan peralatan


permainan bagi kanak- kanak berumur
9–12 tahun.
iv. Kategori 13 Tahun Ke Atas
Padang bola sepak adalah salah satu komponen rekreasi yang sesuai untuk kanak-kanak
berumur 13 tahun ke atas.

7. Reka Bentuk dan Susun Atur Peralatan Permainan

i. Peralatan Permainan Perlu Stabil


Perlu dipasang dengan kemas di atas permukaan lantai.

Foto 4.6.23 : Peralatan permainan perlu


dipasang dengan kemas bagi tujuan
keselamatan.

4-43
ii. Reka Bentuk Peralatan

Tempat duduk buaian perlu mengikut piawaian dan keperluan SIRIM serta diperbuat
daripada bahan ringan seperti plastik atau getah.

Tempat duduk buaian bagi kanak-kanak bawah umur 5 tahun perlu berbentuk ‘bucket type’.

Foto 4.6.24 : Contoh tempat duduk buaian


berbentuk ‘bucket type’.
iii. Menggalakkan Perkembangan Psikomotor

Peralatan permainan yang menggalakkan pemikiran, pembelajaran dan pengembangan


mental perlu disediakan bagi meningkatkan perkembangan psikomotor (pemikiran) kanak-
kanak.

iv. Jarak Visual Yang Jelas


Peralatan permainan perlu disusun dengan kemas supaya senang diperhatikan oleh orang
dewasa dan memudahkan pergerakan.

v. Jarak Susunan Alat Permainan

Susunatur peralatan permainan perlu mempunyai ruang yang sesuai dan mencukupi bagi
memudahkan pergerakan pengguna.

vi. Warna
Sekurang-kurangnya dua jenis warna terang untuk meningkatkan daya tarikan dan
keselamatan.

Foto 4.6.25 : Contoh alatan permainan


yang berwarna warni.

4-44
vii. Bukaan Penghadang (Railing)
Bukaan penghadang peralatan permainan selebar 9 hingga 23 sentimeter perlu dielakkan
adalah dilarang bagi mengelakkan kepala atau badan kanak-kanak terperangkap.

Foto 4.6.26 : Contoh bukaan penghadang


yang tidak dibenarkan dan dibenarkan

viii. Papan Gelungsur

Paras kecerunan hendaklah tidak melebihi 30 darjah bagi memastikan pergerakan badan
kanak-kanak bergerak pada kelajuan yang terkawal.

Foto 4.6.27 : Kecerunan papan gelungsur


yang sesuai bagi kanak-kanak.

ix. Mematuhi piawaian SIRIM


Peralatan permainan perlu mematuhi piawaian SIRIM.

x. Fall Zone Peralatan Permainan Secara Umum

Terletak di bawah peralatan permainan dan dilebarkan sehingga 1.2 meter di sekeliling
peralatan permainan.

Foto 4.6.28 : Contoh fall zone peralatan


permainan.

4-45
xi. Fall Zone Papan Gelungsur
Fall Zone selebar 2.4 meter perlu disediakan bagi papan gelungsur yang berketinggian
melebihi 1.2 meter.

Foto 4.6.29 : Contoh fall zone papan gelungsur.


xii. Fall Zone Buaian
Perlu mempunyai kelebaran dua kali ganda daripada ketinggian buaian di hadapan dan di
belakang.

Contoh: Buaian berketinggian 3.0 meter, maka fall zone ialah 6.0 meter di hadapan dan
6.0 meter di belakang dan 1.2 meter di tepi buaian.

Foto 4.6.30 : Contoh fall zone buaian.

xiii. Jarak Antara Dua Alat Permainan

Fall Zone 6.0 meter dari tanah tidak boleh bertindih untuk memberikan ruang yang
mencukupi.
Buaian perlu terletak jauh daripada peralatan permainan yang lain.

Rajah 4.6.2 : Lakaran fall Zone alatan


permainan yang dipasang secara bertindih.

4-46
8. Kemudahan Berbasikal
i. Penyediaan Laluan Sikal

a. Perlu disediakan di kawasan rekreasi yang besar untuk menggalakkan aktiviti


berbasikal di kalangan pengguna taman.

b. Perlu dipisahkan daripada kawasan permainan kanak-kanak bagi mengelakkan


berlaku perlanggaran.

ii. Kesesuaian Kecerunan Laluan basikal


a. Elakkan penyediaan laluan sikal berkecerunan lebih daripada 7 darjah (4%) bagi
perjalanan jauh.

b. Perjalanan dekat yang kurang daripada 100 meter boleh dinaikkan kepada 9
kecerunan, manakala bagi perjalanan yang kurang daripada 30 meter boleh
dinaikkan kepada 13.

Foto 4.6.31 : Contoh penyediaan lorong


basikal di kawasan rekreasi.

4-47
8. Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU)

i. Aksesibiliti Ke Kawasan Rekreasi


a. Permukaan laluan masuk ke taman rekreasi perlu sesuai bagi memudahkan
pergerakan kerusi roda.

b. Perlu disediakan laluan pejalan kaki bagi menghubungkan semua alatan permainan
di dalam kawasan rekreasi.

ii. Tempat Letak Kenderaan


Ruang khas tempat letak kenderaan perlu disediakan di kawasan rekreasi untuk
kemudahan golongan OKU.

Foto 4.6.32 : Contoh ruang tempat


letak kereta untuk golongan OKU.
iii. Rekabentuk Lorong Pejalan Kaki
Kelebaran minimum lorong pejalan kaki perlulah sekurang-kurangnya 2.0 meter
bagi membolehkan penggunaan secara berkongsi kerusi roda, basikal dan pejalan
kaki.

Foto 4.6.33 : Contoh kelebaran lorong


pejalan kaki.

Tempat berehat perlu disediakan bersebelahan laluan pejalan kaki bagi menyesuaikan
dengan jarak maksima kemampuan pergerakan pelbagai golongan OKU (Jadual
4.6.1).

4-48
Jadual 4.6.1 : Jarak Maksima Pergerakan Pelbagai
Golongan OKU

JARAK
GOLONGAN OKU MAKSIMUM
TANPA
BEREHAT (m)
Pengguna kerusi roda 150

Buta 150
Menggunakan tongkat 50

Orang cacat yang berjalan 100


tanpa bantuan

iv. Kecerunan
Mempunyai penghalang gelincir (skid resistant) dan kecerunan tidak melebihi 13
darjah (7%).

Rajah 4.6.3 : Kecerunan yang bersesuaian Rajah 4.6.5 : Kecerunan maksimum yang
bagi OKU. dibenarkan untuk OKU.

9. Rekabentuk Peralatan
i. Peralatan Khas
Penggunaan warna yang pelbagai dan ceria adalah digalakkan bagi membantu kanak-
kanak yang mempunyai masalah penglihatan yang kurang jelas (visual- impaired)
atau buta warna.

Foto 4.6.34 : Contoh alatan permainan


yang menggunakan warna yang pelbagai
dan ceria.

4-49
ii. Landas Angkat (Ramp)
a. Tidak boleh melebihi 13 darjah (7%).
b. Tempat pemegang (hand railing) perlu disediakan di kedua-dua belah ramp (Rajah
7).

Rajah 4.6.5 : Ilustrasi kecerunan landas


angkat (ramp) yang sesuai.

iii. Pelantar Rata (Landing)

Bagi setiap 10 meter landas angkat yang curam, satu pelantar rata selebar sekurang-
kurangnya 1.8 meter perlu disediakan untuk berehat.

Rajah 4.6.6 : Ukuran bagi pelantar rata


dan tempat pemegang yang sesuai.

iv. Tempat Pemegang Tangan


a. Perlu disediakan bagi setiap landas angkat dengan ketinggian 0.7 - 0.9 meter
bagi memudahkan pergerakan golongan OKU yang tidak menggunakan kerusi
roda.
b. Perlu disediakan di tempat yang strategik dan sesuai serta berdekatan dengan
alat permainan.

c. Jarak antara dua tempat duduk perlu menggunakan piawaian jarak


maksimum bergerak tanpa berhenti dan berehat bagi golongan OKU.

d. Ketinggian tempat duduk yang sesuai adalah 0.5 - 0.7 meter.

4-50
Foto 4.6.35 : Contoh lokasi tempat
duduk yang sesuai.

10. Pemisah Kawasan Rekreasi

Kawasan rekreasi perlu dipisahkan dengan guna tanah lain seperti jalan raya utama,
pencawang elektrik dan kolam oksidasi dengan menggunakan pagar atau laluan
berlandskap yang sesuai.

Foto 4.6.36 : Contoh penyediaan pagar


dan laluan pejalan kaki.

4-51
G A R I S PA N D U A N P E R A N C A N G A N UMUM
MENARA DAN STRUKTUR
SISTEM PEMANCAR
TELEKOMUNIKASI

NEGERI SEMBILAN
PLANMalaysia@Negeri Sembilan
Perancangan Melangkaui Kelaziman
Planning : Beyond Conventional
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan)
PEMBERITAHUAN
Garis Panduan Perancangan Umum Menara Dan Struktur Sistem
Pemancar Telekomunikasi Negeri Sembilan ini telah dipersetujui oleh
Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.3/2019 pada 25 Mac 2019
untuk digunakan dan telah diluluskan pemakaiannya oleh Majlis
Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan melalui
Kertas Mesyuarat No.720/2019 pada 15 Mei 2019

Garis Panduan Khusus Perlulah Merujuk Manual Garis Panduan


dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Versi 1.0 dan telah
diluluskan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN)
pada 21 April 2021 dan pemakaiannya
berkuatkuasa pada 1 Julai 202
5. 1 T U J U A N
Garis Panduan Perancangan Menara dan Struktur Sistem Pemancar
Telekomunikasi Negeri Sembilan (GPP Menara dan Struktur Sistem
Pemancar Negeri Sembilan) disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri
Sembilan (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan dan agensi-
agensi teknikal yang berkaitan untuk mengurus dan mengawal pembinaan menara
telekomunikasi dan struktur sistem pemancar dengan berpandukan syrakat-syarat
pembinaan yang lebih tersusun dan efektif selaras dengan kepesatan teknologi
telekomunikasi. GPP ini juga bertujuan untuk meningkatkan nilai estetik pembinaan
menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi untuk memperbaiki imej
bandar dan mengatasi masalah persepsi masyarakat terhadap kesan kesihatan dan
keselamatan daripada sinaran medan elektromagnet yang dihasilkan oleh menara
atau struktur sistem pemancar komunikasi.

5. 2 LATAR BELAKANG

Sistem telekomunikasi moden memainkan peranan


yang penting dalam kehidupan seharian dan telah
menjanakan putaran ekonomi dan kemudahan sosial.
Bagi mendapatkan liputan telekomunikasi yang baik,
pembinaan menara dan struktur sistem pemancar
diperlukan. Pembinaan menara dan struktur sistem
pemancar yang banyak perlu dikawal dan diurus
supaya perletakannya tidak memberikan kesan dan
impak yang negatif kepada orang awam.

Garis panduan ini mensyaratkan semua pembinaan


menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi
dibuat melalui permohonan Kebenaran Merancang
kepada PBT berkenaan selaras dengan subseksyen 19,
Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Permohonan hendaklah disertakan dengan pelan-pelan,
spesifikasi dan semua dokumen berkaitan.

Foto 5.2.1: Monopole Tree

5-1
5.2.1 Definisi
1. Menara PemancarTelekomunikasi
Menara atau struktur pemancar komunikasi yang didirikan di atas tanah (free standing
structure). Ini merujuk kepada menara / struktur (termasuk menara yang menerapkan ciri
estetika) yang dibina untuk tujuan pemasangan sistem pemancar komunikasi semata-
mata, tanpa fungsi-fungsi tambahan.Antara contoh menara ini ialah menara kekisi berkaki
tiga/empat, monopole,monopole tree.

2. Menara Pemancar Multi Fungsi

Menara atau struktur multi fungsi (atau berbilang fungsi) yang didirikan di atas tanah,
dibina khusus untuk tujuangunasama pemasangan sistem pemancar komunikasi.

i. Struktur sedia ada (seperti lampu jalan dan papan tanda) yang diganti dengan struktur
multi fungsi untuk tujuan gunasama pemasangan sistempemancar komunikasi.

ii. Menara pemancar komunikasi yang dinaiktaraf/ ditambah fungsi menjadi menara
pemancar komunikasi multi fungsi.

Foto 5.2.2: Menara Kekisi Berkaki Foto 5.2.3: Monopole Foto 5.2.4 : Papan Foto 5.2.5: Lampu
Tiga/Empat Tanda Multi Fungsi Multi Fungsi

5-2
3. Menara Pemancar Sementara
Menara yang bersifat sementara, yang dipasang pada sesuatu tapak bagi tujuan menutup
kelopongan/ menambahbaik liputan/ kapasiti rangkaian telekomunikasi.

Contoh :- Portable BTS (mast),Portable BTS (monopole)

Foto 5.2.6: Portable Base Transceiver Station


(BTS) - mast

4. Struktur Atas Bangunan


Struktur atau sistem pemancar komunikasi yang dibina atau dipasang pada bumbung atau
pada mana-mana bahagian lain diatas sesuatu bangunan.

c) Contoh :- Unipole, Boom, Tripod, Bipod

Foto 5.2.7: Bipod Foto 5.2.8: Tripod

5-3
5. Struktur Atas Binaan

Struktur atau sistem pemancar komunikasi yang dibina atau


dipasang pada mana-mana bahagian sesuatu binaan. Ianya
merujuk kepada sebarang binaan sediaada yang ditumpang
atau diubahsuai untuk tujuan pemasangan sistem pemancar
komunikasi. “Binaan” ialah apa-apa struktur dan prasarana
selain bangunan.
Contoh : Lampu jalan/ lampu limpah, Papan tanda,
Jambatan, Menara muazzin, Tangki Air, Tiang Bendera &
Lampu isyarat.

Foto 5.2.9: Menara


Muazzin

Foto 5.2.11: Tangki Air

Foto 5.2.10: Papan Iklan

6. Pemancar Mudah Alih


Struktur atau sistem pemancar
komunikasi atas kenderaan berat
yang diletakkan pada sesuatu tapak
bagi tujuan menutup kelopongan
atau menambahbaik liputan atau
kapasiti rangkaiantelekomunikasi.
Contoh :- Cellular On Wheels
(COW)

Foto 5.2.12: Cellular On Wheels (COW)

5-4
5.2.2 Kategori
Kategori menara dan struktur sistem pemancar dibahagikan kepada 2 kategori
iaitu :-
1. Struktur atas tanah (SAT)
2. Struktur bukan atas tanah (SBAT)

Kategori struktur atas tanah (SAT) terdiri daripada 3 sub


kategori iaitu :

• SAT 1 - Menara Pemancar Telekomunikasi


• SAT 2 - Menara Pemancar Komunikasi Multi Fungsi
• SAT 3 - Menara Pemancar Sementara

Kategori struktur bukan atas


tanah (SBAT) terdiri daripada 3 sub
kategori iaitu :

• SBAT 1 – Struktur atas bangunan


• SBAT 2 – Struktur atas binaan
• SBAT 3 – Pemancar mudah alih

Rajah 5.2.1: Ilustrasi Menara


Kekisi Berkaki
Empat
Rajah 5.2.2: Ilustrasi Struktur atas
bangunan

5-5
5.3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
MENARA DAN STRUKTUR SISTEM
PEMANCAR TELEKOMUNIKASI

5.3.1 Garis Panduan Umum


1. Perancangan Tapak
. Memastikan setiap pembinaan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi
mendapat kelulusan PBT. Dirizabkan bersesuaian dengan keperluan di dalam
kawasan pembangunan baru.
i. Mengambilkira faktor geografi tapak dan permintaan penggunaan.
ii. Keperluan pembinaan menara boleh dibenarkan di dalam semua kawasan tertakluk
kepada GP perancangan dan undang-undang semasa yang digunapakai oleh
Kerajaan Negeri.

2. Perkongsian Menara
i. Perkongsian menara antara penyedia TELCO adalah digalakkan.
ii. Pihak bertanggungjawab hendaklah menyelaras keperluan pembinaan menara agar
menara sedia ada boleh dikongsi antara TELCO.
iii. Pembinaan menara boleh dibenarkan sekiranya menara sedia ada tidak boleh
menampung radas tambahan atau terdapat kekangan teknikal.

3. Penyamaran Menara
i. Rekabentuk menara menggunakan teknik penyamaran (camouflaging) dan hadangan
(screening) diutamakan untuk memelihara ciri estetika dan keharmonian struktur
telekomunikasi.
ii. Rekabentuk struktur pemancar digalakkan menyerupai tiang lampu, tiang CCTV,
papan iklan, lampu isyarat atau pokok.

4. Pemilikan Tapak
i. Pemilikan rizab menara akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

5. Keselamatan [ Dedahan Kepada Medan Elektromagnet (EMF)]

i. SKMM ialah agensi yang bertanggungjawab bagi mengawalselia dan memastikan


pematuhan kepada tahap dedahan EMF daripada menara dan struktur sistem
pemancar.
ii. Pihak pemaju dan pembekal kemudahan rangkaian hendaklah memastikan semua
menara dan struktur sistem pemancar mematuhi had dedahan pancaran radio
frekuensi mengikut tetapan SKMM iaitu Commission Determination on the
mandatory standard for electromagnetic field emission from radiocommunications
infrastructure (determination no 1 of 2010).
iii. Ketetapan selaras dengan GP yang ditetapkan oleh International Commission on
non-ionizing radiation protection (ICNIRP) sebuah badan yang diiktiraf oleh
Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO).
iv. Sebarang aduan mengenai keselamatan daripada dedahan EMF boleh dirujuk
kepada SKMM melalui Sistem Aduan SKMM (http://aduan.skmm.gov.my) atau
melalui Agensi Nuklear Malaysia, Kumpulan Sinaran Tidak Mengion (NIR).

5-6

You might also like