You are on page 1of 10

SPSK PK 07/3

SMK CHERAS JAYA


BEA4620
Jalan 3/13, Tmn Cheras Jaya
43200, Balakong, Selangor
Telefon: 03 90805423
Fax : 03 90750522

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA


TAMAN CHERAS JAYA, 43200 BALAKONG, CHERAS, SELANGOR

MINIT MESYUARAT
GURU PPKI SMK CHERAS JAYA BIL 1 / SESI 2023_2024

Tarikh : 17 Mac 2023


Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Stesen SAS PPKI SMK Cheras Jaya

KEHADIRAN:

BILNAMA JAWATAN/JABATAN
1 En. Azahari Bin Mohd. Yusop Pengerusi
Penolong Kanan Pend.Khas
3 Pn. Jama’iah Binti Tukiman Setiausaha Hal Ehwal Murid
4 En. Muhammad Zaki Bin Burahim Setiausaha Kokurikulum
5 Pn. Ling Kiem Fong Guru Pendidikan Khas
6 Pn. Siti Aisyah Binti Kamarudin Guru Pendidikan Khas
7 Pn. Nasihah Binti Nadzri Guru Pendidikan Khas
8 En. Ahmad Jamil Bin Ab. Kadir Guru Pendidikan Khas
9 Pn. Sakirah Binti Che Ismail Guru Pendidikan Khas
10 Pn. Siti Muslihah Binti Abdul Manap Guru Pendidikan Khas
11 Pn. Siti Mardziah Bt. Fadzil Hajazi Guru Pendidikan Khas
12 Pn. Kamaliyah Binti Barhanudin Guru Pendidikan Khas
13 Pn.Nuraqila Shafiqah Binti Md Nasir Guru Pendidikan Khas
14 Cik Syahirah Binti Azlan Guru Praktikal

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2013 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


SPSK PK 07/3

15 Cik Nor Amirah Binti Che Ahmad G


Guru Praktikal
16 Pn Syamsuzana Binti Samsudin Setiausaha Kurikulum

Tidak hadir (Bersebab)


1.Pn.Hafisah Binti Shamsudin Urusan Keluarga

Urus Setia Mesyuarat :


Pn. Syamsuzana binti Samsudin Setiausaha

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2013 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


SPSK PK 07/3

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Alu-aluan


1.1 Ucapan Pengerusi

1.1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Guru


PPKI SMK Cheras Jaya Bil 1/2023.

1.1.2 Pengerusi menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada semua guru kerana telah memberikan khidmat dan kerjasama
yang cemerlang sepanjang tahun 2022 serta mengharapkan urusan
pada sesi baru ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pn.Siti Aisyah Binti Kamarudin mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan
disokong oleh Pn. Kamaliyah Binti barhanudin.

3.0 Perkara Berbangkit


Tiada perkara berbangkit

4.0 Perkara Baharu

4.1 PENGURUSAN PPKI – EN. AZAHARI BIN MOHD. YUSOP

4.1.1 Pengerusi membentangkan jawatankuasa Pengurusan PPKI


SMK Cheras Jaya 2023/2024.
Makluman

4.1.2 En.Azahari Bin Mohd Yusop memaklumkan jumlah bilangan guru yang
sepatutnya dengan jumlah kelas PPKI sebanyak 12 kelas ialah 15
orang guru.Oleh itu PPKI SMK Cheras Jaya memerlukan 3 orang guru
lagi.
Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2013 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


SPSK PK 07/3

4.1.3 En.Azahari Bin Mohd Yusop memaklumkan semua guru bersedia


dengan kehadiran kunjung bantu dari Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor dan PPD Hulu Langat ke Program Pendidikan Khas
Integrasi SMK Cheras Jaya.

Makluman

4.1.4 En.Azahari Bin Mohd Yusop juga meminta Pn.Syamsuzana Binti


Samsudin mendapatkan senarai semak fail-fail yang diperlukan untuk
persediaan kunjung bantu tersebut.

Tindakan : Pn.Syamsuzana Binti Samsudin

4.1.5 En.Azahari Bin Mohd.Yusop memaklumkan semua guru bertindak


untuk pelaksanaan program minggu pertama persekolahan.

Tindakan: Semua guru PPKI

4.1.6 En. Azahari Bin Mohd .Yusop mengalu-alukan kedatangan 2 orang


guru praktikal dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Cik Syahirah
Binti Azlan dan Cik Nor Amirah Binti Che Ahmad ke PPKI SMK
Cheras Jaya dan mengharapkan boleh menyesuaikan diri menimba
ilmu baru.

Makluman

4.1.7 En.Azahari Bin Mohd.Yusop memohon semua guru lebih peka


dengan penyemakan buku latihan murid kerana semakan buku latihan
juga dicerap.

Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2013 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


SPSK PK 07/3

4.1.8 En.Azahari Bin Mohd.Yusop memaklumkan supaya guru-guru


menyediakan soalan pentaksiran yang selaras dan bersesuaian
dengan tahap pencapaian murid PPKI tersebut.

Makluman

4.1.9 En.Azahari Bin Mohd.Yusop memaklumkan template e-RPH akan di


kongsikan oleh En.Parameswaran A/L Supramaniam secara talian
dan beliau mengingatkan agar e-RPH pada hari Isnin pembukaan
sekolah telah siap dan lengkap.
Makluman

4.1.10 En.Azahari Bin Mohd.Yusop memaklumkan jadual waktu akan


diedarkan oleh guru jadual dalam waktu yang terdekat kerana ada
perubahan disebabkan penambahan guru baru.
Makluman

4.2 UNIT KURIKULUM – PN. SYAMSUZANA BINTI SAMSUDIN

4.2.1 Pn. Syamsuzana Binti Samsudin membentangkan senarai tugas


Jawatankuasa dan Program Unit Kurikulum bagi tahun 2023/2024.

Makluman

4.2.2 Pn.Syamsuzana Binti Samsudin memaklumkan semua Ketua Panitia


melengkapkan fail panitia dengan menyerahkan Anggaran
Belanjawan Mengurus dan minit mesyuarat panitia yang pertama.
Tindakan: Ketua Panitia Matapelajaran

4.2.3 Pn.Syamsuzana Binti Samsudin juga meminta agar semua


dokumentasi program pada sesi akademik 2022/2023 dihantar
kepada Pn. Nuraqila Shafiqah Binti Md Nasir untuk simpanan fail.
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2013 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


SPSK PK 07/3

Makluman

4.2.4 Pn.Syamsuzana Binti Samsudin memaklumkan bahan pembelajaran


PAK 21 telah disediakan kepada semua guru PPKI dan berharap agar
semua guru menggunakannya untuk pembelajaran dan
pemudahcara.

Makluman

4.2.5 Pn.Syamsuzana Binti Samsudin menyatakan ujian SEGAK murid


PPKI perlu dilaksanakan atas arahan pengetua secara manual
menggunakan instrumen yang bersesuaian.Instrumen tersebut telah
diedarkan kepada Ketua Panitia PJPK untuk tindakan.

Makluman

4.2.6 Pn.Syamsuzana Binti Samsudin menjelaskan , jawatankuasa minit


mesyuarat PPKI akan dibuat secara penggiliran kepada semua guru
PPKI. Guru- guru hendaklah peka dengan tindakan yang perlu dibuat
sebelum , semasa dan selepas mesyuarat atau taklimat diadakan.

Makluman

4.3 UNIT HAL EHWAL MURID – PN. JAMA’IAH BINTI TUKIMAN

4.3.1 Pn.Jama’iah Binti Tukiman membentangkan senarai tugas


Jawatankuasa Unit HEM bagi tahun 2023/2024.

Makluman

4.3.2 Pn.Jama’iah Binti Tukiman memaklumkan laporan data murid PPKI


berakhir pada Februari 2023 sebanyak 89 murid lelaki dan 28 murid
perempuan berjumlah 117 orang murid secara keseluruhan.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2013 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


SPSK PK 07/3

Makluman

4.3.3 Pn.Jama’iah Binti Tukiman juga memaklumkan kepada guru-guru


kelas yang murid kelas mereka sudah tamat persekolahan bersedia
dengan data yang diperlukan untuk proses membuat sijil tamat
persekolahan.

Tindakan: Semua guru kelas PPKI

4.3.4 Pn.Jama’iah Binti Tukiman memaklumkan Bantuan Awal


Persekolahan boleh diambil oleh ibubapa bagi murid yang mempunyai
penyakit kronik.
Makluman

4.3.5 Pn.Jama’iah Binti Tukiman mengucapkan ucapan terima kasih atas


kerjasama yang diberikan oleh semua guru melancarkan gerak kerja
urusan HEM unit PPKI SMK Cheras Jaya.
Makluman

4.4 UNIT KOKURIKULUM – ENCIK MUHAMMAD ZAKI BIN BURAHIM

4.4.1 Encik Muhammad Zaki Bin Burahim membentangkan senarai tugas


Jawatankuasa dan Program Unit Kokurikulum bagi tahun 2023/2024.
Beliau juga menjelaskan terdapat beberapa perubahan dalam
jawatankuasa .
Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2013 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


SPSK PK 07/3

4.4.2 En.Muhammad Zaki Bin Burahim menjelaskan sukantara PPKI akan


dilaksanakan berbeza tarikh dengan sukantara aliran perdana kerana
mengambil kira kekangan alatan dan tempat.
Makluman

4.4.3 En.Muhammad Zaki Bin Burahim juga memaklumkan perkhemahan


unit beruniform pengakap adalah takwim wajib yang perlu
dilaksanakan.
Makluman

4.4.4 En.Muhamad Zaki mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua


guru PPKI kerana menyipakan data PAJSK semasa tempoh cuti
persekolahan.
Makluman

4.4.5 En.Muhammad Zaki Bin Burahim juga membentangkan program-


program kokurikulum yang akan dilaksanakan pada peringkat
negeri. Memandangkan takwim kokurikulum pada peringkat daerah
belum ada makluman , En.Muhammad Zaki Bin Burahim telah
berpesan agar guru-guru hendaklah bersedia dengan program
peringkat negeri kerana program di peringkat daerah juga berpandu
pada takwim negeri.

Makluman

5.0 Pembentangan Kertas Kerja

Tiada

6.0 Hal-hal Lain

6.1 Pn.Siti Aisyah Binti Kamaruddin memaklumkan pada 21 Mac 2023(Selasa),


beliau akan terlibat dengan penyerahan sijil Pentaksiran Alternatif Sekolah
Menengah (PASM) di PPD Hulu Langat.
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2013 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


SPSK PK 07/3

Makluman
6.2 Pn.Siti Aisyah memaklumkan semua murid perlu dinilai kerana setiap
matapelajaran mempunyai EBAI sendiri untuk ditaksir.Bagi murid akhir pula
perlu difokuskan kepada EBAI program yang dilaksanakan di PPKI.
Semakan PASM akan diadakan 4 kali bagi setiap sesi akademik.
Makluman

6.3 Pn.Nasihah Binti Nadzri memaklumkan permohonan Elaun Murid Khas


(EMK) akan dibuka pada 19 Mac 2023.

Makluman

6.4 Pn.Sakirah Binti Che Ismail memaklumkan guru-guru boleh menyenaraikan


buku teks yang diperlukan untuk pinjaman bermula minggu pertama
persekolahan.Pada tahun ini juga semua murid PPKI kefungsian sederhana
akan mendapat pinjaman buku teks beserta surat akur janji pinjaman buku
teks.
Makluman

6.5 En.Azahari Bin Mohd.Yusop memaklumkan waktu PdPC sepanjang bulan


puasa akan dipendekkan 5 minit pada setiap waktu.

Tindakan: AJK Jadual Waktu

7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


semua guru PPKI yang meluangkan masa untuk mesyuarat kali pertama
sesi 2023/2024. Beliau memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata
sepanjang pembentangan mesyuarat berlangsung.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 minit pagi.

Disediakan oleh,
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2013 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


SPSK PK 07/3

……………………………………
(SYAMSUZANA BINTI SAMSUDIN)
AJK Minit Mesyuarat PPKI SMK Cheras Jaya

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2013 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like