You are on page 1of 1

Implikasi-Implikasi Masalah Jenayah Siber

Pasca-2020 menjadi pembuka tirai ledakan kepesatan perniagaan dalam talian lantaran fenomena
pandemik COVID-19 yang telah melanda negara. Ledakan ini bukanlah baharu namun sejak sedekad yang
lalu negara telah menerima kemasukan teknologi maklumat yang telah membuka mata rakyat untuk terlibat
dalam dunia perniagaan dalam talian. Tidak dinafikan ledakan teknologi maklumat ini telah membuka
peluang dan ruang kepada penjenayah siber untuk mengambil kesempatan atas kelemahan pengguna yang
melayari Internet. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti implikasi kes jenayah siber agar dapat menjadi pedoman
agar tidak terjebak dalam perangkap mereka.

F1: Data maklumat peribadi pengguna terdedah kepada semua orang terutamanya penjenayah siber.
C1: Mangsa tanpa disedari telah berkongsi maklumat dalam laman sesawang yang tidak rasmi atau laman
sesawang tiruan yang direka oleh penjenayah siber.
K1: Malah mereka bagai sudah jatuh timpa tangga apabila mereka sering menjadi mangsa penipuan
penjenayah siber.
H1: Hal yang demikian ini adalah kerana penjenayah dapat mengakses maklumat pengguna atau mangsa
jenayah siber lalu melakukan transaksi wang dari akaun pengguna ke akaun penjenayah siber.
P!: Oleh itu, pengguna perlulah berhati-hati melakukan transaksi dalam Internet agar data maklumat peribadi
tidak dicuri atau digodam oleh penjenayah siber.

F2: Mangsa jenayah siber juga akan menghadapi tuduhan yang tidak berasas daripada pihak tertentu.
H2: Mereka akan diaibkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk menjatuhkan
reputasi dan nama baik mereka.
K2: Lazimnya, perkara ini terjadi pada pemimpin negara, artis dan individu yang menjadi ikon masyarakat.
C2: Mereka dituduh dengan pelbagai fitnah yang tidak berasas dan beranggapan kalau tiada angin, masakan
pokok bergoyang.
P2: Tegasnya, ancaman fitnah merupakan implikasi buruk terhadap seseorang.

F3: Mangsa jenayah siber ini akan menghadapi tekanan yang tinggi memikul sehingga mangsa menutup
akaun dalam laman media sosial.
B3: Menyebut berat mata memandang berat lagi bahu.
C3: Mereka akan mengurungkan diri di rumah lalu bertindak menyalahkan diri mereka sendiri.
K3: Keadaan ini menyebabkan mereka menghadapi masalah kemurungan apatah lagi jika tekanan tersebut
membabitkan ahli keluarga akibatnya keluarga mangsa turut dikecam oleh pelbagai pihak.
P3: Tegasnya, implikasi daripada tindakan penjenayah siber ini menyebabkan mangsa bertindak di luar batas
norma kehidupan manusia.

F4: Mereka kehilangan sumber pendapatan, diberhentikan kerja, atau ditamatkan kontrak.
H4: Mereka menjadikan laman sosial sebagai diari kehidupan mereka.
C4: Malangnya, diari kehidupan mereka telah diceroboh lalu penjenayah siber mengambil kesempatan untuk
melakukan fitnah, penipuan yang mengakibatkan mangsa dibuang kerja, hilang kontrak perniagaan atau
ditamatkan perkhidmatannya.
K4: Keadaan ini menyebabkan perniagaan mereka terpaksa gulung tikar disebabkan fitnah yang dilakukan
oleh penjenayah siber.
P4: Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati kerana sesungguhnya pelanduk selalu lupa jerat tetapi jerat tidak
pernah lupa akan pelanduk.

Secara tuntasnya, pelbagai implikasi buruk dan negatif telah dapat kita kenal pasti dalam usaha
mencari penyelesaian yang mungkin memberi impak yang lebih besar dengan menggempur pusat operasi
mereka kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Sesungguhnya, jenayah siber
tidak akan berlaku jika bertepuk sebelah tangan sahaja, maka kesedaran orang ramai juga perlu agar tidak
menjadi mangsa seterusnya. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu untuk membanteras masalah
jenayah siber ini agar tidak membelenggu generasi kepimpinan negara pada masa akan datang.

You might also like