You are on page 1of 2

M/S 51 (SOALAN A)

1. Senaraikan etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi :


a) Memastikan maklumat yang diberikan tidak palsu
b) Memuat naik dokumen mestilah dokumen yang telah disahkan
c) Kata laluan bagi setiap permohonan perlulah dirahsiakan
d) Menggunakan e-mel sendiri

2. Kepentingan penggunaan teknologi maklumat :


a) Menjimatkan masa dan wang
b) Memudahkan pelajar mengisi borang walau di mana berada
c) Menarik minat pelajar untuk mengisi borang
d) Perkhidmatan yang meluas di mana pelajar boleh membeli nombor pin di bank

M/S 52
ISU 1 :
Tindakan saya sekiranya mendapat mesej seperti di atas ialah saya akan mengabaikan mesej tersebut dan
terus membuang mesej tersebut dengan segera. Saya juga akan memberitahu kawan-kawan dan ahli keluarga
supaya berhati-hati dengan mesej tersebut untuk mengelakkan diperdaya.

ISU 2 :
Tidak wajar Olivia melayan sikap pelanggan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana perkara lucah dan
seksual dalam talian merupakan jenayah siber dan perkara ini juga boleh mengundang kepada gejala negatif.

ISU 3 :
Sekiranya saya menerima e-mel seperti situasi di atas, saya tidak akan mengemas kini maklumat peribadi
saya. Saya akan menelefon pihak bank dahulu untuk mendapatkan kepastian berkenaan dengan isi
kandungan e-mel tersebut. Saya juga akan menghalang e-mel berkenaan daripada menghantar e-mel sekali
lagi kepada saya.

ISU 4 :
Perasaan saya sekiranya saya berada dalam situasi Gopi ialah saya berasa sedih. Hal ini dikatakan demikian
kerana saya tidak melakukan perbuatan tersebut dan tuduhan tersebut telah mengguris hati saya. Perlakuan
moral yang patut diamalkan oleh Gopi ialah dia perlu bertanggungjawab di atas semua tuduhan tersebut
dengan memperbaiki keadaan agar rakan-rakannya tidak pandang serong terhadapnya. Gopi juga perlu
memperjelas tuduhan tersebut tidak benar dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggodam
data peribadinya.

1. Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang patut saya amalkan ialah saya perlu
berkomunikasi secara berhemah dalam talian. Selain itu, saya perlu berintegriti dalam memberikan
maklumat yang betul untuk sebarang penggunaan dalam talian.
2. Kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika ialah isu
keselamatan maklumat peribadi kita digodam. Selain itu, kita juga terdedah kepada bahan negatif yang
boleh meningkatkan gejala sosial.

M/S 55 (D)
1. Ya, tindakan memuat naik rakaman tersebut merupakan salah satu pelanggaran hak cipta. Hal ini
dikatakan demikian kerana filem yang ditayang di pawagam tidak boleh dirakam oleh sesiapa bagi
menjaga hak cipta filem itu. Selain itu, perbuatan membuat salinan filem tanpa kebenaran menyalahi
undang-undang negara.
2. Tindakan yang boleh diambil oleh pemunya karya filem tersebut dalam mangawal hak karyanya
daripada dieksploitasi tanpa kebenaran ialah pemunya karya filem boleh menyaman individu tau pihak
yang telah melakukan perbuatan tersebut. Selain itu, karya filem boleh mengambil tindakan undang-
undang terhadap pihak pawagam kerana tidak peka terhadap penonton semasa menonton filem tersebut.
3. Kesan daripada tindakan yang tidak bertanggungjawab ini terhadap pemilik hak cipta filem tersebut
ialah pemilik hak cipta filem akan mengalami kerugian yang banyak berikutan filem boleh didapati
secara percuma oleh orang ramai.

M/S 57
1. Bincangkan tindakan yang patut dilakukan sekiranya anda menjadi mangsa dalam situasi di atas.
a) Mengumpulkan bukti terutamanya transaksi yang berlaku
b) Memaklumkan perkara yang berlaku dan berbincang dengan anggota keluarga terdekat
c) Membuat laporan polis
d) Memaklumkan kepada pihak bank agar menghentikan sebarang transaksi akaun lain yang
melibatkan aktiviti penipuan tersebut.
e) Memohon mendapatkan perkhidmatan psikiatri jika menghadapi kemurungan kerana menjadi
mangsa penipuan.

2. Ramalkan kesan lain :


a) Ancaman keselamatan terhadap diri, keluarga dan harta benda
b) Menghilangkan kayakinan diri dan menyebabkan kemurungan
c) Berlakunya kebocoran maklumat diri dan terdedah pada manipulasi maklumat

3. Amalan nilai iniversal mampu meningkatkan kesedaran saya dalam menangani isu di atas :
a) Saya sentiasa memikirkan kesan baik dan kesan buruk bagi setiap tindakan yang diambil ketika
menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi
b) Saya akan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dengan mematuhi peraturan dan
undang-undang.

You might also like