You are on page 1of 3

2.

0 OBJEKTIF

Berikut merupakan objektif video pesanan khidmat masyarakat (PSA) ini dijalankan :

i. Meningkatkan kesedaran awam mengenai gejala rasuah yang semakin berleluasa dalam
negara kita.

ii. Mendidik masyarakat mengenai kesan perbuatan memberi dan menerima rasuah.
5.0 KESIMPULAN

Rasuah menurut Kamus Dewan ialah perbuatan yang salah di sisi undang-undang
seperti menerima atau memberi wang suap (pecah amanah, menggelapkan wang, mencuaikan
tanggungjawab dan lain-lain). Objektif pertama video kesedaran awam (PSA) mengenai
gejala rasuah ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai gejala
rasuah yang semakin berleluasa dalam negara kita. Objektif kedua pula adalah untuk
mendidik masyarakat mengenai kesan perbuatan memberi dan menerima rasuah. Kesan
negatif gejala ini jelas dipaparkan dalam video apabila setiap individu yang cuba memberi
rasuah menerima padah akibat tindakan mereka sendiri.

Nilai murni yang ingin diutarakan dalam video kesedaran awam (PSA) ini ialah
mematuhi undang-undang, hormat menghormati, jujur dan bertanggungjawab. Nilai murni ini
perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat kerana individu yang memiliki nilai murni ini akan
menjauhi perbuatan memberi dan menerima rasuah. Perkara ini secara tidak langsung dapat
mengurangkan masalah rasuah yang semakin melarat dalam negara kita.

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi sebelum, selepas dan semasa dalam proses
menyediakan video ini. Masalah yang dihadapi sebelum penyediaan video ialah mencari idea
yang tulen dan mencari keserasian antara ahli kumpulan. Masalah yang dihadapi semasa
penyediaan video pula ialah jadual kuliah yang padat antara ahli kumpulan dan masalah
cuaca yang tidak menentu. Selain itu, masalah yang dihadapi selepas penyediaan video ialah
kesukaran membuat suntingan babak dan reaksi masyarakat terhadap video ini.
Walaubagimanapun, kesemua masalah ini dapat diatasi dengan perbincangan yang lebih
mendalam dan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

Kesimpulannya, video kesedaran awam (PSA) mengenai gejala rasuah ini dilakukan
adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat serta mendidik masyarakat supaya tidak
terlibat dengan gejala ini. Hal ini demikian kerana, rasuah bukan sahaja mendatangkan kesan
negatif kepada individu terbabit malah kepada masyarakat dan juga negara. Oleh itu, semua
pihak haruslah sedar bahawa gejala ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak menolak
perbuatan rasuah.

You might also like