You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1 PKK & PM


28 MEI 2023

Pengumuman - Para peserta/ tetamu/ hadirin diminta mengambil tempat


masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar nanti.
- Bagi menghormati majlis para hadirin diingatkan memastikan
telefon bimbit dalam kedaan mode senyap.
- Apabila diumumkan ketibaan, para hadirin diminta berdiri.

Majlis akan berlangsung sebentar sahaja lagi. Kerjasama anda


amatlah dihargai. Terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan: Nama dan


jawatan
Yang Berbahagia,
Datuk Haji Zakran Bin Abd Manan
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur

Dengan diiringi oleh

Yang Berusaha Tuan Muhammad Najib Bin Jasmani


Pesuruhjaya Pengakap Daerah Segambut

Tuan Marwan Bin Muhammad


Pesuruhjaya Latihan Negeri
Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur

Ketua-Ketua Kursus dan barisan jurulatih.

(Sehingga VIP tiba di tempat duduk masing-masing)

Hadirin diminta untuk terus berdiri.

Nyanyian, 1. Nyanyian : Muzik


Persetiaan, - Lagu Negaraku dipasang
doa - Lagu Wilayah Persekutuan
- Lagu Pengakap Malaysia

2. Persetiaan Pengakap PIC-

MC: Hadirin dipersilakan duduk.

3. Bacaan doa PIC-


Kata-kata Sireh berlipat sireh pinang,
aluan Sireh dari Pulau Mutiara,
Pengacara Pemanis kata selamat datang,
Majlis Kalimah bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Salam Pengakap!

Yang Berbahagia,
Datuk Haji Zakran Bin Abd Manan
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur

Yang Berusaha
Tuan Muhammad Najib Bin Jasmani
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Segambut

Tuan Marwan Bin Mohammad


Pengerusi Latihan Negeri
Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur

Tuan Dinesh A/L Sambasivam


Ketua Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 Unit Pengakap
Kanak-Kanak

Tuan Tiau Chen Thong


Ketua Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 Unit Pengakap
Muda

Barisan jurulatih, pembimbing dan urusetia, serta yang diraikan,


peserta-peserta Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 Unit
Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda.

Petang nan indah penuh ceria,


Hari yang berbahagia penuh bermakna.

Hadirin sekalian…. Marilah kita bersama-sama memanjatkan


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita
dapat bersama-sama berkumpul dalam Majlis Penutup Kursus
Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 Unit Pengakap Kanak-Kanak dan
Pengakap Muda.

Ucapan Aluan Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Tuan


Muhammad Najib Bin Jasmani, Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Segambut untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.
.
.
.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Muhammad
Najib Bin Jasmani atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Terbang di awan burung jentayu,


Perasmi Majlis Di atas papan batang jerami,
Penutup Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Bagi menyempurnakan Majlis kita pada hari ini, Majlis dengan


penuh takzimnya menjemput Yang Berbahagia, Datuk Haji Zakran
Bin Abd Manan, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala
Lumpur untuk menyampaikan ucapan seterusnya
menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Manikayu
Peringkat 1 Unit Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


.
.
.

Terima kasih diucapkan kepada Datuk Haji Zakran Bin Abd Manan
kerana sudi menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Kepimpinan
Manikayu Peringkat 1 Unit Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap
Muda.

Jemputan Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil Penghargaan


Penyampaian kepada wakil Jurulatih, Pembimbing, Urusetia serta Sijil
sijil Penyertaan kepada para peserta.

Dengan ini, majlis menjemput, Tuan Marwan Bin Mohammad,


Pengerusi Latihan Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia WP
Kuala Lumpur untuk mengiringi Datuk Haji Zakran Bin Abd Manan,
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur bagi
menyempurnakan upacara penyampaian sijil.

Penyampaian Majlis menjemput Puan Norhanisah Binti Abd Aziz bagi mewakili
sijil barisan Jurulatih untuk menerima sijil. Dipersilakan.

Seterusnya, majlis menjemput Tuan Mohd Faidzal Bin Mohd


Ali bagi mewakili barisan Pembimbing untuk menerima sijil.

Majlis turut menjemput Cik Aishah Maisarah bagi mewakili


barisan Urusetia untuk menerima sijil.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada


para peserta.

Dipersilakan...... (RUJUK NAMA PESERTA)


Penyampaian Sebagai tanda penghargaan, sekalung budi seuntai kasih, majlis
cenderahati mempersilakan Datuk Haji Zakran Bin Abd Manan untuk
menyampaikan cenderahati kepada Tuan Tuan Muhammad Najib
Bin Jasmani, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Segambut.

Seterusnya, dipersilakan Tuan Marwan Bin Mohammad untuk


menyampaikan cenderahati kepada Datuk Haji Zakran Bin Abd
Manan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Marwan Bin Mohammad atas


penyampaian cenderahati sebentar tadi.

(Pengacara majlis memberi isyarat supaya VIP duduk)


Penutup Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara
penyampaian sijil tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada
hari ini.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Kata bermadah semarak rasa,


Pengubat lara kesuma dianjung,
Andai ada terkasar Bahasa,
Maaf dipinta jari tersusun.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, kami mengambil


kesempatan ini memohon ampun dan maaf seandainya
terdapat tutur dan ungkap bicara yang menyinggung hati dan
jiwa.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT


dan selainnya adalah dari kelemahan kami sendiri.

Sekian Wabillahitaufik wahidayah.


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like