You are on page 1of 4

SK SEGAMAT KECIL

(JBA7042)

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
DAN
HARI JADI PRASEKOLAH CILIK PINTAR
2021

DISEDIAKAN OLEH:
SAFFREEHANI BINTI SANUSI
PENDAHULUAN
Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak Kanak Sedunia yang
pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan
diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada
20 November 1959 PBB telah mengisytiharkan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan meminta
semua negara merayakannya pada setiap tahun.
Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8
Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB
mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan
kanak-kanak seluruh dunia.
Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk
menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu
tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

MATLAMAT
Sambutan bermatlamat memupuk bakat dan kebolehan murid, mewujudkan hubungan erat
antara murid-murid dan warga kerja sekolah dan memupuk kerjasama dan perpaduan antara
warga sekolah.

OBJEKTIF
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan
oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini
juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan
tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

RASIONAL
Perasaan disayangi dan dihargai akan membina satu situasi yang kondusif bagi kanak-kanak
membesar. Kestabilan emosi akan membolehkan kanak-kanak membesar dengan ceria dan
menjadi individu yang bersyukur dan hidup berkasih sayang.

SASARAN
Aktiviti yang dirancang ini adalah melibatkan 15 orang murid Prasekolah Cilik Pintar, SK
Segamat Kecil, guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid.

TARIKH
Program Sambutan Hari Kanak-kanak dan Sambutan Hari Jadi Perdana ini diadakan pada
hari Khamis, 10 Februari 2022 pada pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah (RM)
1 Makanan
Kek 1 biji 60.00
Nasi ayam 15 set 75.00
Buah tembikai 1 biji 10.00
Kuih 2 jenis 10.00
2 Hadiah murid 15 set 60.00
3 Perkakas dan bahan aktiviti
Belon 3 paket 6.00
Hiasan hari jadi 1 paket 8.00
Topi hari jadi 15 biji 6.00
4 Jumlah keseluruhan 235.00

Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM235 (Ringgit Malaysia Dua Ratus dan Tiga Puluh
Lima Sahaja). Pembiayaan program ini bagi makanan murid-murid melalui Pembiayaan
Bantuan Makanan Prasekolah (BMP). Manakala baki anggaran perbelanjaan adalah daripada
sumbangan ibu bapa.

TENTATIF PROGRAM
Masa Perkara
7.30 pagi Murid dating ke kelas. Berkumpul dan bersarapan
8.00 pagi Pertandingan mewarna
10.00 pagi Jamuan Hari Jadi
- Kata alu-aluan
- Bacaan doa pembuka majlis
- Ucapan Guru Besar
- Memotong kek
- Bacaan doa makan
- Jamuan
- Pertandingan Rebut Kerusi (Murid Prasekolah)
- Penyampaian hadiah
12.00 tengahari Bersurai

AJK INDUK
Penaung : Encik Mohamad Rashid bin Hj Paboh
Penasihat : Puan Aida binti Mohd Ariff
Puan Nursakinah binti Mohamad
Setiausaha : Puan Saffreehani binti Sanusi
Bendahari : Puan Noorazlinda binti Abd Hamid
AJK : Encik Yasmi bin Alias
Puan Mariana binti Sanusi
Puan Raima binti Samat

HARAPAN DAN PENUTUP


Melalui aktiviti yang dijalankan , pihak sekolah khususnya Prasekolah Cilik Pintar,
SK Segamat Kecil berharap murid-murid prasekolah akan berasa gembira dan bersyukur
dengan penghargaan yang diberikan kepada mereka. Semoga suatu hari nanti, mereka
menjadi insan yang tahu menghargai dan berterima kasih kepada orang lain.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………… ………………………………
(SAFFREEHANI BINTI SANUSI) (MOHAMAD RASHID BIN PABOH)
Penyelaras Prasekolah , Guru Besar
SK Segamat Kecil. SK Segamat Kecil.
Tarikh :……………………………….

You might also like