You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI JADI


PRASEKOLAH SK PERPADUAN
2021

02 Disember 2021

ANJURAN:
Prasekolah SK Perpaduan

Disediakan Oleh:

Encik Muhammad Khusairi Bin Mohd Yusof


1.0 PENGENALAN

Sambutan hari lahir merupakan satu aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak dapat mengingati tarikh penting dalam hidup mereka iaitu tarikh lahir
mereka. Sambutan yang dijalankan dapat menarik minat murid untuk datang ke
sekolah. Selain itu, murid dapat merasakan bahawa mereka dihargai oleh guru dan
rakan-rakan apabila dapat menyambut hari lahir mereka bersama-sama. Sambutan
ini juga merupakan salah satu program yang terkandung dalam amalan guru
penyanyang. Program ini diadakan semasa waktu persekolahan. Sambutan hari lahir
ini melibatkan semua murid prasekolah.

2.0 Tajuk
Sambutan hari lahir murid prasekolah

3.0 Matlamat

Sambutan hari lahir bermatlamat memupuk hubungan yang erat di antara murid dan
guru, guru dan ibu bapa murid serta warga sekolah yang terlibat.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Murid berasa seronok datang ke sekolah.


4.2 Murid yang menyambut hari lahir akan berasa dihargai oleh guru, warga sekolah
dan rakan-rakan.
4.3 Memenuhi agenda Program Guru Penyanyang.
4.4 Supaya Murid merasakan diri lebih dihargai.
4.5 Agar murid merasakan mereka sebahagian dariapda aset sekolah sekali gus
mereka lebih menyanyangi sekolah.
5.0 RASIONAL

Perasaan disayangi dan dihargai akan membina satu situasi yang kondusif bagi
kanak-kanak membesar. Kestabilan emosi akan membolehkan kanak-kanak
membesar dengan ceria dan menjadi individu yang bersyukur dan hidup berkasih
sayang.

6.0 SASARAN

Aktiviti yang dirancang ini adalah melibatkan 50 orang murid Prasekolah SK


Perpaduan

7.0 TARIKH
Program Sambutan Hari Lahir Perdana ini diadakan pada hari Selasa,
02 Disember 2021 pada pukul 9.00 pagi hingga 11.40 pagi

8.0 Sumber Kewangan.


- Peruntukan makanan prasekolah.
- Tajaan dari ibu bapa ( makanan).
- Guru Prasekolah.
- Peruntukan Kokurikulum Prasekolah

9.0 Anggaran perbelanjaan

9.1 Anggaran Perbelajaan penyediaan makanan ( peruntukan makanan


Rm100.00
9.2 Anggaran lain-lain perbelanjaan

Bil Makanan / Barang Sumber / Jumlah


1. Makanan dan minuman di sediakan oleh oleh ibu bapa - Ibu bapa
murid prasekolah
2. Kek Hari Jadi Murid Prasekolah - Sumbangan dari Guru
Prasekolah dan cikgu
dayang aji
- Kek Hari Jadi – 2 biji
kek
- Sumbangan Cikgu
Dayang - RM50.00
- Sumbangan Guru
Prasekolah, En.
Khairuddin bin Che
Ali – RM60.00
- Jumlah Keseluruhan
untuk pembelian Kek
ialah RM110.00

3. Belon, Tisu, Pinggan Polistrin, cawan Polistrin, sudu - Peruntukkan


plastik, Kokurikulum
Prasekolah

4. Lain –lain barang seperti topi, huruf hari jadi dan - Kutipan dari ibu bapa
barang barang hiasan
5. Hadiah hari jadi – Pertukaran hadiah dari murid murid - Ibu bapa
yang di sambut. - Hadiah Pertukan
minimun harga rm15
ke atas. Keputusan ini
adalah daripada hasil
mesyuarat
Prasekolah.
10.0 Tentatif Program

Masa Penerangan
9:30 Pagi PPM menyediakan makanan dan minuman tambahan untuk
sambutan hari jadi murid prasekolah.
10:00 am Guru dan murid membuat persiapan majlis sambutan hari jadi
11.20 am Ibu bapa membawa makanan ke prasekolah. Ibu bapa
membantu menyusun makanan dan mengemas peralatan
untuk majlis
11:40 am Majlis bermula.
11:45 pm Ucapan aluan dari guru prasekolah
12:00 pm Ucapan Guru Besar SK Telahak
12:15 pm Program tukar tukar hadiah
12:25 pm Sesi bergambar dan potong kek bersama ibu bapa dan murid
yang dirai.
12:35 pm Tuan Haji Abdul Lamit mengetuai bacaan doa selamat dan
bacaan doa makan. Semua tetamu dan murid menjamu
makanan yang disediakan.
1.30 pm Ibu bapa mengemas tempat mengikut tugas yang telah
ditetapkan
10.0 HARAPAN DAN PENUTUP

Melalui aktiviti yang dijalankan, pihak sekolah khususnya Prasekolah SK Telahak,


berharap murid-murid akan berasa gembira dan bersyukur dengan penghargaan
yang diberikan kepada mereka. Semoga suatu hari nanti, mereka akan menjadi
insan yang tahu menghargai dan mensyukuri nikmat yang diberikan kepada mereka
serta tahu berterima kasih kepada orang lain.

Disediakan oleh :
………………………………..
( KHAIRUDDIN BIN CHE ALI)
Guru Prasekolah.

Disokong oleh :
…………………………………..
(TN. HAJI ZAIDI BIN LAIDIN)
Guru Besar SK Telahak

You might also like