You are on page 1of 18

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/359440464

40 HADIS BERKAITAN TAUBAT DENGAN ULASAN

Book · March 2022

CITATIONS READS

0 1,538

2 authors, including:

Muhammad Irfhan Fitri


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia
8 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

REDISCOVERING PROPHETIC PEDAGOGY FOR THE USE OF ISLAMIC EDUCATIONAL ETHOS A CASE STUDY OF THE PROPHET NUH View project

PROJECT SCIENCE OF HADITH View project

All content following this page was uploaded by Muhammad Irfhan Fitri on 24 March 2022.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


40
HADIS
BERKAITAN TAUBAT

IBN RAMZI

DR AHMAD SANUSI AZMI

40 HADIS BERKAITAN TAUBAT


Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

Diterbitkan oleh

Ulum Hadith Research Centre

Hakaza Sunnah Research Studies

© 2022, Irfhan Fitri, Ahmad Sanusi Azmi

ISBN:

Dicetak oleh :
Firdaus press sdn bhd
No 28, jalan pbs 14/4
taman perindustrian bukit Serdang
43300 seri Kembangan selangor

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana


mana bahagian kandungan buku tanpa keizinan bertulis daripada
penerbit.

2
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

MUQADDIMAH

Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa ke


atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬yang membawa rahmat ke
seluruh alam, keluarga Baginda, para sahabat, tabiin dan
sesiapa sahaja yang menuruti dan mengikut jejak langkah
mereka sehingga hari kiamat.

Alhamdulillah, segala syukur penulis panjatkan ke


hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpahan rahmat-Nya,
dapatlah penulis menyiapkan buku yang berjudul “40
Hadis Berkaitan Taubat”

Secara ringkasnya, buku ini merupakan kumpulan


hadis hadis berkaitan taubat seorang hamba kepada Allah.
Penulis berkehendak untuk membantu meluruskan
kefahaman anak-anak muda dan mereka yang ingin
kembali taubat kepada Allah di atas dosa yang dikerjakan
supaya tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Oleh itu,
penulis telah memilih beberapa hadis yang diterima
mengikut disipilin ilmu hadis dari kitab-kitab yang
3
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

muktabar dalam bidang ini. Pembahagian hadis di dalam


penulisan ini telah dipecahkan kepada beberapa 3
bahagian utama iaitu:

• Sanad daripada sahabat tertinggi dan


Matan hadis yang sempurna di dalam
bahasa arab
• Terjemahan hadis dalam bahasa Melayu
mengikut keupayaan penulis dan dirujuk
kepada beberapa sumber tertentu
• Takhrij hadis daripada sumber yang asli
• Syarah hadis menggunakan rujukan kitab
syarah hadis & kemampuan penulis

Penulis juga telah menghimpunkan hadis-hadis


daripada kutub sittah: kitab Sahihain: Al-Bukhari dan
Muslim, serta kitab utama lain di dalam ilmu hadis
berkenaan dengan taubat melihatkan kepada riwayat-
riwayat hadis di dalam keenam-enam kitab ini
mempunyai kekuatan hadis yang disepakati oleh
sebahagian besar ulama, kemudian menggunakan kitab
hadis yang lain yang sering dijadikan rujukan oleh para
ulama silam.
4
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

Penulis juga hanya mengumpulkan 40 hadis bagi


memudahkan dan meringankan pembacaan pembaca
dengan lebih santai. Penjelasan hadis di dalam buku ini
juga adalah hasil daripada penyelidikan daripada kitab
kitab syarah hadis dan juga tambahan isi daripada penulis
mengaitkan dengan keadaan semasa. Penulis juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, Guru
terutamanya Dr Zulhilmi Mohd Nor yang merupakan
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
USIM kerana telah membantu menyemak buku kecil ini.
Tidak terhingga juga kepada guru kami di Ulum Hadith
Research Centre dan team Hakaza Sunnah yang banyak
membantu dari sudut idea dan pencetakan buku ini.

Penulis mengharapkan buku yang ringkas ini


sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan motivasi
kepada pembaca. Penulis juga mengharapkan doa-doa
daripada pembaca agar dipermudahkan urusan hidup dan
dapat terus memberikan manfaat berkaitan hadis kepada
masyarakat.

Moga Allah merahmati amalan ini.

5
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

Ibn Ramzi
Admin Hakaza Sunnah

Prof Madya Dr Ahmad Sanusi bin Azmi


Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM)

6
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

TRADISI MENGUMPUL 40 HADIS

Barangkali ada yang bertanya, mengapa dikumpul


40 hadis sahaja? Daripada mana datangnya tradisi

sarjana hadis mengumpulkan 40 hadis ini? Pada


hakikatnya, usaha ulama mengumpulkan 40 hadis ini

dimulakan oleh sarjana hadis silam. Penghasilan


karya sebegini adalah berpandukan hadis Rasulullah

‫ ﷺ‬yang menyebutkan:

َ ‫ظ َعلَى أ َُّم يِت أ َْربَعي‬


‫ني‬ ‫ول ي‬
َ ‫ َم ْن َح يف‬:‫هللا ﷺ‬ َ َ‫ ق‬،‫َّر َد ياء‬
ُ ‫ال َر ُس‬ ْ ‫َع ْن أيَِب الد‬

‫ت لَهُ يَ ْوَم ال يْقيَ َام ية َشافي ًعا‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫ي ي‬


ً ‫َحديثًا م ْن أ َْم ير دينيهَ بَ َعثَهُ هللاُ فَق‬
ُ ‫ َوُك ْن‬،‫يها‬

‫َو َش يهي ًدا‬

7
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

Daripada Abu al-Darda’ RA, Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

“Barangsiapa yang memelihara buat umatku 40


hadis daripada urusan agamanya, maka dia akan

dibangkitkan di hari kiamat oleh Allah sebagai orang


yang faqih. Dan aku akan menjadi pemberi syafaat

serta menjadi saksi baginya di hari akhirat kelak.” (al-


Baihaqi, Syu’ab al-Iman - Hadis Daif)

Menurut al-Imam al-Nawawi, para ulama hadis telah

bersepakat bahawa hadis ini dikategorikan sebagai


hadis daif. Namun mereka masih mengamalkan

hadis ini sebagai galakan untuk mereka melakukan


amalan (fadail amal) kebaikan dalam

mengumpulkan hadis.

Ketika menghuraikan hadis ini, al-Syeikh al-Mu’allimi


menjelaskan bahawa: “Memang benar, hadis ini

dikategorikan sebagai hadis daif, namun para

sarjana hadis tidak menafikan bahawa usaha


menghimpun dan memelihara hadis adalah antara

8
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

amalan kebaikan yang mempunyai kedudukan yang

tinggi.” (Tahqiq al-Kalam)

Menurut Abu Tahir al-Silafi, sarjana hadis yang


terawal dalam menghasilkan karya Hadis 40 adalah

al-Imam Abdullah bin Mubarak. Tradisi ini diteruskan


lagi oleh sarjana hadis yang ulung seperti al-Imam

al-Daraqutni, al-Hakim, Ibn Asakir dan al-Zahabi.


Dan di antara karya yang paling ulung dalam

mengumpulkan 40 hadis adalah karya al-Imam al-


Nawawi yang terkenal sehingga hari ini.

9
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

10
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

11
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

HADIS 1: NIAT SEORANG


HAMBA YANG BERTAUBAT

‫ول‬ ُ ‫ َيُ ْع‬:‫ول‬


َ ‫ت َر ُس‬ ‫اب ر ي‬
ُ ‫ض َع هللاُ َع ْنهُ يَ ُق‬ َ ‫اْلَطَّ ي‬
ْ ‫ع ْن عُ َم َر بْ َن‬

‫ َوإي ََّّنَا‬،‫ال يِبلنييَّ ية‬ ُ ‫ص لَّى هللاُ َعلَْي يه َو َس لَّ َ يَ ُق‬


ُ ‫ إي ََّّنَا ْاْلَ ْع َم‬:‫ول‬ ‫ي‬
َ ‫هللا‬
‫ي‬ ‫ي‬ ‫ فَمن َكانَ ْ ي‬،‫يِلم ير ٍئ ما نَوى‬
ُ‫ فَ يه ْج َرتُه‬،‫ت ه ْج َرتُهُ إي ََل هللا َوَر ُسول يه‬ َْ َ َ ْ
‫ت يه ْجرتُهُ إي ََل ُدنْ يا ي ي‬
‫ أَ يو‬،‫ا ي ُ َها‬ ‫يي‬ ‫ي ي‬
ُ َ َ ْ َ‫ َوَم ْن َكان‬،‫إ ََل هللا َوَر ُس وله‬
.‫اج َر إيل َْي يه‬ ٍ
َ ‫ فَ يه ْج َرتُهُ إي ََل َما َه‬،‫ْام َرأَة يَتَ َزَّو ُج َها‬

Maksudnya Daripada Saidina Umar bin al-Khattab -


Radhiyaallahanhu- berkata: Aku mendengar Rasulullah
bersabda: “Sesungguhnya segala amalan itu dengan niat,
dan sesungguhnya bagi seseorang itu mengikut apa yang
dia niatkan, maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah
dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-
Nya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia

12
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

mendapatkannya atau kerana wanita untuk dia nikahinya,


maka hijrahnya mengikut kepada apa yang dia niatkan
kepadanya”. 1

ULASAN HADIS

1. Hadis ini berkaitan setiap amalan individu


memerlukan kepada niat yang benar. Setiap insan
ketika melaksanakan ibadah atau perkara yang
melibatkan dunia memerlukan kepada niat yang baik
atau buruk. Setiap amalan yang kita lakukan akan
diterima berdasarkan niat yang ikhlas.
2. Kepentingan menetapkan niat yang baik ketika
melakukan amalan sangat dititikberatkan dalam Islam
dan menjadi dalil bagi setiap amalan sama ada ditolak
atau diterima. Berkata Imam Syafie – Rahimahullah
taala-,

1
Sahih Bukhari;2289

13
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

‫ وقال الشافعي‬,‫ هو ثلث اإلسالم‬:‫قال الشافعي وآخرون‬

‫يدخل يف سبعني اباب من الفقه‬

“Berkata Imam as-Syafie – Rahimahullah taala –


dan lainya, sesungguhnya hadis niat ini telah
memenuhi satu pertiga dari Islam dan menjadi
asas dalil bagi 70 bab fekah”2

3. Perbahasan bab niat ini telah banyak disebutkan oleh


para ulama hadis dan feqah ketika membahaskan
hukum dalam Islam. Namun dalam buku hadis 40
taubat ini, kita akan membahaskan satu kepentingan
hadis ini untuk sesiapa yang ingin bertaubat kepada
Allah ‫ ﷻ‬dengan mengikhlaskan amalan ibadah dan
taubatnya hanya kerana Allah ‫ ﷻ‬sahaja.
4. Kalau kita perhatikan lafaz hadis di atas “dan sesiapa
yang hijrahnya kerana dunia untuk dia
mendapatkannya atau kerana wanita (untuk dia

2
Syarah An-Nawawi li Ibn Daqiq; 22

14
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

nikahinya, maka hijrahnya mengikut kepada apa yang


dia niatkan” ianya merupakan satu musibah yang
merugikan bagi sesiapa yang berniat selain daripada
Allah ‫ﷻ‬. Hijrah di sini selain berhijrah dari satu tempat
ke tempat yang lain, kita juga boleh kaitkan pada
hamba yang ingin bertaubat kepada Allah ‫ ﷻ‬dengan
menjadi hamba yang meninggalkan kemaksiatan
yang dilakukan.
5. Penting untuk kita melihat hal ini, kerana sebahagian
daripada kita banyak mencari jalan bertaubat hanya
untuk mendapatkan perhatian dunia, media massa,
perhatian individu yang kita cintai atau mengidamkan
pangkat harta yang kita akan kecapi disebabkan jika
kita bertaubat kepada Allah ‫ﷻ‬. Perbuatan ini
merupakan satu perbuatan yang tercela kerana
mencampurkan adukkan niat yang ikhlas untuk
bertaubat kepada Allah ‫ ﷻ‬dengan nilai dunia yang
tidak memberi erti. Malah ianya boleh mendatangkan
syirik kecil jika perkara itu berkaitan dengan ibadah
yang wajib.

15
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

6. Kadang kita juga selalu bertanya kenapa taubat kita


tidak pernah konsisten atau istiqamah pada jalan
Allah ‫ ?ﷻ‬Kemungkinan sebabnya adalah niat asal kita
melaksanakan taubat itu bukan semata kerana Allah
‫ ﷻ‬tetapi mencari habuan dunia hingga menyebabkan
kita tidak konsisten terhadap taubat kita setelah kita
mendapati nilai dunia tersebut.
7. Perbuatan hijrah atau taubat selain kepada Allah ‫ﷻ‬
ialah satu perbuatan sia-sia dan tidak diberikan
sebarang ganjaran. Berkata Imam Nawawi –
Rahimahullah taala –,

‫من قصد هبا دنيا أو امرأة فهي حظه وال نصيب له يف‬

‫اآلخرة بسبب هذه اهلجرة‬

“Sesiapa yang niat hijrahnya kerana dunia atau


perempuan maka ianya terhapus (sia-sia) dan
tidak diberikan ganjaran balasan akhirat dengan

16
Ibn Ramzi
Dr Ahmad Sanusi Azmi
40 Hadis Berkaitan Taubat

sebab hijrahnya itu”3

8. Pengajaran penting daripada hadis ini adalah kita


perlu membetulkan niat taubat dan hijrah kita kerana
Allah ‫ﷻ‬, supaya amalan taubat yang kita inginkan
laksanakan diterima oleh Allah ‫ﷻ‬. Niat yang ikhlas
ketika bertaubat akan menyebabkan kita istiqamah
dan konsisten terhadap taubat yang kita lakukan
supaya nilai amalan kita tidak akan menjadi sia sia di
akhirat nanti.

Pembelian buku boleh dibeli di


shopee hakaza sunnah

3
Syarah an-Nawawi ala muslim; 13/54

17

View publication stats

You might also like