You are on page 1of 9

Bab 4 Ting. 5 – Sistem Persekutuan KSSM Ting.

SINOPSIS

 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan kuasa Persekutuan dan kuasa Negeri


 Sistem Persekutuan diperkukuhkan melalui keluhuran Perlembagaan dan pembahagian
kuasa antara Persekutuan dengan Negeri

TAJUK 4.1 – LATAR BELAKANG SISTEM PERSEKUTUAN DI NEGARA KITA

o Maksud Persekutuan  penyatuan beberapa negeri di bawah satu pentadbiran pusat untuk
membentuk negara yang bersekutu.
o Unsur penting dalam negara Persekutuan
 Kerajaan Persekutuan / Pusat
 Kerajaan Negeri
 Pembahagian kuasa antara Persekutuan dengan Negeri

Sejarah Pembentukan Persekutuan di Malaysia

1.Persekutuan 1896 o British telah menjajah empat negeri Melayu lalu membentuk
Persekutuan 1896
o British menubuhkan NNMB yang terdiri daripada Perak, Selangor,
Pahang dan N. Sembilan
o Persekutuan 1896 tidak menyatakan kuasa kerajaan Persekutuan
dan kerajaan Negeri
o Keputusan dibuat oleh Residen British di KL (pusat pentadbiran
NNMB)

2.Majlis Mesyuarat o MMP 1927 dibentuk berdasarkan Persekutuan 1896


Persekutuan 1927 o Tujuan penubuhan MMP 1927
(MMP) a. Memperkemas pentadiran
b. Mengukuhkan kuasa British

3.Kesatuan Malayan o Pada 1946, British mahu menyatukan semua negeri Melayu, dua
Union 1946 Negeri Selat dalam satu pentadbiran pusat
o Kesatuan Malayan Union merupakan sebuah negara Persekutuan
yang kuat dan diperintah oleh Gabenor British
o Gagal diteruskan di Tanah Melayu disebabkan Raja Melayu & orang
Melayu bersatu menolak Malayan Union

4.PTM 1948 o Penyatuan Sembilan negeri Melayu dan dua buah Negeri Selat
melalui Perjanjian PTM 1948
o Menetapkan kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri
o Pesuruhjaya Tinggi British sebagai ketua Persekutuan
o Raja Melayu memerintah negeri mengikut perlembagaan negeri
o Pembahagian kuasa Persekutuan dan Negeri merupakan zaman
moden dalam sistem Persekutuan

5.PTM 1957 o Pada 31 Ogos 1957, muncul PTM yang merdeka


o PTM 1957 berjaya mewujudkan Persekutuan yang kuat bagi
melicinkan pentadbiran kerajaan
o Jawatan Agong telah diperkenalkan
o Konsep Persekutuan dikukuhkan melalui amalan Demokrasi

© Panitia Sejarah SMJKYB/2021-Cikgu Rasul 1


Bab 4 Ting. 5 – Sistem Persekutuan KSSM Ting. 5

Berparlimen dan Raja Berperlembagaan seperti yang dinyatakan


dalam Perlembagaan PTM 1957

6.Persekutuan Malaysia o Pada 16 Sept 193, Persekutuan Malaysia dibentuk yang terdiri
1963 daripada
a. 11 negeri Tanah Melayu
b. Singapura
c. Brunei
d. Sabah
e. Sarawak

TAJUK 4.2 – KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI

Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga, iaitu

 Pentadbiran kerajaan Persekutuan


 Pentadbiran kerajaan Negeri
 Pentadbiran kerajaan tempatan

Pembahagian Kuasa

 Perlembagaan Persekutuan telah membahagikan kuasa perundangan dan kuasa pemerintahan


kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri
 Tujuan pembahagian kuasa
a. Melicinkan pentadbiran
b. Mengelakkan masalah / konflik antara Negeri dan Persekutuan
 Sebab kerajaan Persekutuan mendapat lebih banyak kuasa dari Perlembagaan Persekutuan
a. Mewujudkan kerjaan Persekutuan yang kuat
b. Mengukuhkan konsep Persekutuan
c. Menjamin kestabilan & kemajuan negara
 Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan menggantikan Kuala Lumpur
 Kerajaan Tempatan diletakan di bawah kerajaan Negeri. Perlembagaan Persekutuan tidak
memberi kuasa khusus kepada kerajaan Tempatan.

A. Kuasa Kerajaan Persekutuan

 Parlimen merupakan institusi yang berfungsi membentuk undang-undang Persekutuan


 Senarai Persekutuan merupakan bidang kuasa kerajaan Persekutuan seperti
a. Hal ehwal luar negeri
b. Pertahanan
c. Keselamatan dalam negeri
d. Keadilan
e. Kewangan
f. Kewarganegaraan
g. Perhubungan, pengangkutan
h. Pelajaran
i. Perubatan dan kesihatan awam

© Panitia Sejarah SMJKYB/2021-Cikgu Rasul 2


Bab 4 Ting. 5 – Sistem Persekutuan KSSM Ting. 5

B. Kuasa Kerajaan Negeri

 Di peringkat negeri, DUN berfungsi membentuk undang-undang


 Senarai Negeri merupakan bidang kuasa kerajaan Negeri seperti
a. Undang-undang Islam
b. Tanah dan galian
c. Pertanian, perhutanan
d. Kerajaan tempatan
e. Hari kelepasan negeri

C. Senarai Bersama

 Senarai Bersama ialah Parlimen dan DUN diberikan kuasa untuk membentuk undang-undang
bersama
 Jika wujud percanggahan di bawah Senarai Bersama, maka undang-undang yang diluluskan
Parlimen akan dipatuhi.
 Contoh Senarai Bersama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri
a. Kebajikan awam
b. Biasiswa
c. Perlindungan haiwan liar , taman negara
d. Perancangan bandar & luar bandar
e. Kesihatan awam, kebersihan, pencegahan penyakit
f. Kebudayaan, sukan
g. Perumahan

D. Peranan Kerajaan Tempatan

 Maksud kerajaan tempatan  peringkat ketiga yang diberikan kuasa untuk memerintah sesuatu
daerah atau kawasan
 Lebih dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
 Berada di bawah kuasa kerajaan Negeri
 Kuasa PBT dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan
a. Akta Kerajaan Tempatan 1976
 Jenis PBT di Malaysia
a. Majlis Bandaraya
b. Majlis Perbandaran
c. Majlis Daerah
 Peranan PBT
a. Menjadi perantara bagi rakyat dengan kerajaan Negeri
b. Memberi perkhidmatan asas kepada rakyat
 Fungsi PBT
a. Mengeluarkan lesen berniaga
b. Membangunkan perumahan awam
c. Menyediakan kemudahan sukan, rekreasi
d. Menyediakan pasukan bantuan, penyelamat
e. Menyediakan perkhidmatan kecemasan
f. Menyediakan kemudahan awam
g. Selenggara jalan raya, saliran
h. Mengindahkan kawasan
i. Menjaga kesihatan awam
j. Perkhidmatan pembersihan

© Panitia Sejarah SMJKYB/2021-Cikgu Rasul 3


Bab 4 Ting. 5 – Sistem Persekutuan KSSM Ting. 5

E. Peruntukan Tambahan bagi Sarawak dan Sabah

 Sebab / Mengapa – Sabah Sarawak mendapat lebihan kuasa  menyertai Persekutuan Malaysia
pada 1963
 Contoh pertambahan kuasa
a. Undang-undang adat negeri
b. Mahkamah Anak Negeri
c. Kereta api Sabah
d. Pilihan raya DUN
e. Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan serangga
f. Undang-undang diri berkaitan perkahwinan, perceraian, penjagaan anak,
undang-undang keluarga
g. Urusan emigresen
h. Pelantikan pegawai kerajaan

TAJUK 4.3 – KERJASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI

Kepentingan kerjasama
 pembangunan dilaksanakan kepada rakyat secara menyeluruh

Cara / Langkah / Pendekatan / Bentuk / Kebaikan / Bagaimanakah – Kerjasama Dilakukan


 A. kerjasama Pembangunan Sosioekonomi
 B. pemeliharaan Khazanah Negara
 C. penyediaan Perumahan Rakyat
 D. kerjasama menjamin keselamatan dan kedaulatan negara

A. Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi

Tindakan /  Memberi bantuan kewangan dan kepakaran kepada Negeri


Peranan
Persekutuan
Tindakan /  Menyediakan tanah untuk pembangunan
Peranan Negeri  Disebabkan urusan tanah di bawah kuasa Negeri

Berlaku dalam  a. Pembangunan tanah


tiga cara  b. Pembangunan wilayah
 c. Pembangunan wilayah koridor

 a. Pembangunan Tanah

Peringkat awal  Fokus kepada pembukaan tanah baharu


kemerdekaan  Pembangunan in-situ di kampung seperti penyediaan infrastruktur
asas
 Pada 1956, FELDA ditubuhkan dengan tujuan
a. Persekutuan memberi bantuan kewangan kepada Negeri untuk
membuka tanah pertanian baharu
b. Memajukan tanah terbiar diseluruh negara
c. Menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat

© Panitia Sejarah SMJKYB/2021-Cikgu Rasul 4


Bab 4 Ting. 5 – Sistem Persekutuan KSSM Ting. 5

Pengaruh FELDA  Kejayaan FELDA menyebabkan kerajaan menubuhkan FELCRA


 Tujuan FELCRA ditubuhkan ialah memajukan tanah terbiar

 b. Pembangunan Wilayah

Bagaimana  Pembangunan wilayah dilaksanakan berdasarkan kemajuan


dilaksanakan kawasan tertentu
 Kawasan baru akan dibuka untuk memajukan wilayah baharu
 Mulai tahun 1970

Contoh wilayah  Negeri Kedah (KEDA)


yang dimajukan  Negeri Pulau Pinang (PERDA)
 Negeri Johor (KEJORA)
 Negeri Pahang (DARA)
 Negeri Terengganu (KETENGAH)
 Negeri Kelantan (KESEDAR)

 c. Pembangunan Wilayah Koridor

Bagaimana  Mulai tahun 2005 untuk strategi jangka panjang


dilaksanakan  Pembangunan koridor wilayah berdasarkan projek pembangunan
 Fokus kepada daerah yang kurang maju

Contoh wilayah  SJER (Johor)


koridor  NCER (Perak, Pulau Pinang dan Kedah)
 ECER (Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor)
 SCORE (Sarawak)
 SDC (Sabah)

B. Pemeliharan Khazanah Negara

Sebab  Memelihara kekayaan flora dan fauna


dilaksanakan
Cara dilaksana  Pengurusan Taman Negara
 Pengurusan Taman Laut

Cara 1-Pengurusan Taman Negara


Contoh Taman  Taman Negara Kinabalu, Sabah
Negara  Taman Negara Mulu, Sarawak
 Taman Negara Endau Rompin, Johor
 Taman Negara Royal Belum, Perak

Fungsi utama ialah melindungi hidupan liar

Kuasa Bersama  Perlembagaan Persekutuan menyatakan, penjagaan hidupn liar


adalah kuasa bersama antara Persekutuan dengan Negeri
 Perundangan yang digubal
i. Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972

© Panitia Sejarah SMJKYB/2021-Cikgu Rasul 5


Bab 4 Ting. 5 – Sistem Persekutuan KSSM Ting. 5

ii. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010


 Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih pengurusan semua
taman negara melalui penubuhan PERHILITAN
Cara 2-Pengurusan Taman Laut
Cara memelihara  Kerajaan mewartakan 42 buah pulau sebagai taman laut negara
khazaha laut  Ia tidak boleh diceroboh dan tiada projek pembangunan dilakukan

Pembahagian  Persekutuan – membentuk dasar berkaitan taman laut


kuasa  Negeri – pembangunan pulau
Usaha yang boleh  Penubuhan Jabatan Taman Laut Malaysia yang berfungsi mengurus
dilakukan taman laut
 Penubuhan Jabatan Perikanan
 Majlis Taman Sabah yang melindungi marin Sabah
 Penubuhan Rizab Laut
 Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut

C. Penyediaan Perumahan Rakyat

Kuasa bersama  Perlembagaan Persekutuan menyatakan kerajaan Persekutuan dan


Negeri perlu bekerjasama membina rumah rakyat

Awal  Pembinaan rumah kos rendah di kawasan bandar seperti KL


kemerdekaan  Negeri menyediakan tanah
 Persekutuan menyediakan kewangan dan menubuhkan KPKT

Selepas tahun  Persekutuan dan Negeri membina rumah untuk pendapatan rendah
1970  Perumahan untuk mengurangkan kemiskinan bandar
 Persekutuan membina rumah untuk rakyat miskin melalui PPR pada
1997
 Majlis Perumahan Negara ditubuhkan pada 2014 untuk
menyediakan rumah mampu milik seperti
a. Rumah PRIMA
b. Rumah Selangorku
c. Rumah Mampu Milik Johor

D. Kerjasama Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara

Kuasa  Keselamatan dan kedaulatan negara


Persekutuan  Kementerian Pertahanan (MOD) menjaga pertahanan negara / tentera
 Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjaga keselamatan dan
ketenteraman awam
 Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyelaras tugas Kementerian
Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan

Bukti kerjasama  Persekutuan dan Negeri bekerjasama memelihara keselamatan rakyat di


Sabah dan Sarawak
 a. kawasan keselamatan ESSCOM, Sabah
 b. kawasan keselamatan RASCOM, Sarawak

© Panitia Sejarah SMJKYB/2021-Cikgu Rasul 6


Bab 4 Ting. 5 – Sistem Persekutuan KSSM Ting. 5

a. kawasan keselamatan ESSCOM, Sabah


Faktor  peristiwa pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu, Filipina ke
penubuhan Lahad Datu
 pada 12 Feb 2013

Tujuan  meningkatkan keselamatan di wilayah Timur Sabah daripada serangan


penubuhan pengganas
 menjaga keselamatan 10 daerah di Pantai Timur Sabah
b. kawasan keselamatan RASCOM, Sarawak
Faktor o ancaman komunis di Sarawak ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana
penubuhan Menteri
o komunis berkembang di Kawasan Rajang

Kejayaan o komunis berjaya ditamatkan di Sarawak


RASCOM o pada 1995, RASCOM dibubarkan disebabkan ancaman komunis berjaya
di atasi
o maka, keselamatan di Sarawak di ambil alih MKN

Jawatankuasa Utama dalam RASCOM

Jawatankuasa Pengerusi Bidang Tugas


JK RASCOM Ketua Pegawai Eksekutif Menggubal dasar berkaitan aktiviti harian
RASCOM
JK Perancang Panglima Pasukan Merancang gerakan di kawasan RASCOM
Gerakan Keselamatan RASCOM
JK Perang Saraf Ketua Pegawai Turus Merancang dan melaksanakan kegiatan
perang saraf

TAJUK 4.4 – FAKTOR YANG MENGUKUHKAN SISTEM PERSEKUTUAN

Terdapat dua faktor yang terlibat iaitu

 Keluhuran Perlembagaan Mengukuhkan Persekutuan


 Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

Faktor 1 - Keluhuran Perlembagaan Mengukuhkan Persekutuan

Kedudukan  Sejak merdeka, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang


Perlembagaan tertinggi negara
Persekutuan  Undang-undang yang dibentuk di peringkat Parlimen dan DUN tidak
boleh bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

Ketinggian  Perlembagaan Persekutuan menjadi rujukan utama bagi menyelesaikan


Perlembagaan konflik & pertindihan kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan
Persekutuan kerajaan Negeri
 Perkara 75  undang-undang DUN yang bercanggah atau mengatasi
Perlembagaan Persekutuan akan terbatal secara automatik

© Panitia Sejarah SMJKYB/2021-Cikgu Rasul 7


Bab 4 Ting. 5 – Sistem Persekutuan KSSM Ting. 5

Faktor 2 - Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

Melalui dua cara iaitu :

 Cara 1- Mesyuarat MB & KM


 Di pengerusikan oleh Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan
 Dihadiri oleh semua MB dan CM
 Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan

 Cara 2- Majlis Khas yang terbahagi kepada dua iaitu


 Majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan (Persekutuan dan Negeri membuat keputusan
bersama seperti
 Majlis Keselamatan Negara
 Majlis Air Negara
 Majlis Perumahan Negara
 Majlis yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti
 Majlis Kewangan Negara (bincang pemberian wang, bayaran cukai dan
pinjaman Persekutuan kepada Negeri)
 Majlis Tanah Negara (tanah untuk perlombongan, pertanian)
 Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (Persekutuan dan Negeri bincang
untuk memajukan Kerajaan Tempatan)
 Jawatan SU Persekutuan bagi Sabah Sarawak diwujudkan
 Sebab / tujuan – mengeratkan hubungan antara Persekutuan dengan Negeri

ZON SOALAN KBAT

1. “Keluhuran Perlembagaan Persekutuan menjamin kelancaran sistem Persekutuan di negara


kita.” Jelaskan pernyataan di atas.

2. Penyelarasan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri dapat mengukuhkan sistem
Persekutuan.
Apakah perkara yang mungkin dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri
bersama Perdana Menteri ?

3. Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri membawa impak positif
terhadap pembangunan negara. Jelaskan.

4. Sistem Persekutuan berjaya mewujudkan pentadbiran yang kukuh dan stabil di negara kita.
Buktikan.

5. Konsep bermusyawarah yang diamalkan dalam Sistem Persekutuan telah memanfaatkan negara.
Berikan komen anda.

6. Berikan justifikasi anda, mengapakah Tun Abdul Razak Hussein digelar sebagai Bapa
Pembangunan ?

7. Pembangunan wilayah koridor telah memberi banyak manfaat kepada rakyat. Jelaskan.

© Panitia Sejarah SMJKYB/2021-Cikgu Rasul 8


Bab 4 Ting. 5 – Sistem Persekutuan KSSM Ting. 5

8. Taman Negara Mulu, Sarawak dan Taman Negara Kinabalu, Sabah telah diisytiharkan sebagai
Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2020.
Apakah implikasi pengisytiharan tersebut kepada negara kita ?

9. Cadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi memelihara dan memulihara khazanah laut
negara kita.

10. Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)
selepas insiden pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu, Filipina di Kampung Tanduo,
Lahad Datu pada 12 Februari 2013.
Apakah pengajaran yang anda perolehi daripada insiden di atas ? Sejauh manakah penubuhan
ESSCOM berjaya memelihara keselamatan rakyat Sabah ?

11. Penubuhan RASCOM lebih berjaya berbanding ESSCOM. Bersetujukah anda ? Berikan huraian
anda.

12. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa yang lebih banyak kepada
kerajaan Persekutuan ?

13. Kerajaan Tempatan merupakan kerajaan yang paling rapat dengan rakyat. Bincangkan.

14. Mengapakah peruntukan tambahan diberikan Senarai Negeri dan Senarai Bersama bagi Sabah
Sarawak ?

15. Mengapakah konsep Persekutuan perlu dipelihara ?

© Panitia Sejarah SMJKYB/2021-Cikgu Rasul 9

You might also like