You are on page 1of 3

DIARI SIASATAN

NAMA : Norzaidi Bin Ismail


NO. K/P : 810527-07-5901
JAWATAN : Pembantu Kesihatan Awam
PEJABAT : Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah

TARIKH & NO. BUTIR-BUTIR SIASATAN


MASA BUTIR
SIASATAN
31.1.2023 1 Saya menerima arahan daripada pegawai atasan untuk menjalankan
@ pemeriksaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
8.30 pagi di Taman Budiman bersama Mohd Sabri Bin Ismail, Pembantu Awam.

31.1.2023 2 Saya bersama pembantu saya Mohd Sabri Bin Ismail membuat persiapan
peralatan dan pastikan semua peralatan diperiksa dengan lengkap dan
berada dalam keadaan bersih dan baik.
31.1.2023 3 Kami bertolak ke lokasi dengan menaiki kenderaan jabatan.

31.1.2023 4 Saya dan pembantu tiba di Taman Budiman dan memulakan pemeriksaan.

31.1.2023 5 Saya dan pembantu tiba di premis G-16, Lorong Budiman 7, Taman
@ 11.50 Budiman, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
pagi
31.1.2023 6 Saya berjumpa dengan seorang lelaki. Saya memperkenalkan diri dan
pembantu saya dengan menunjukkan kad perakuan kuasa/ surat perwakilan
kuasa saya kepada beliau. Saya menyatakan tujuan kedatangan kami adalah
untuk menjalankan pemeriksaan tempat pembiakan serangga pembawa
penyakit dan meminta izin beliau untuk membuat pemeriksaan.

31.1.2023 7 Setelah mendapat keizinan, saya meminta lelaki yang dikenali sebagai Mohd
Shukri Bin Man yang merupakan penduduk premis tersebut ikut bersama
dalam pemeriksaan.

31.1.2023 8 Dengan kehadiran beliau, saya mengambil gambar sepanjang pemeriksaan


dijalankan.

31.1.2023 9 Semasa menjalankan pemeriksaan di dalam dan luar premis, saya telah
12.00 menemui pembiakan jentik-jentik (larva) dipercayai sejenis serangga
tengahari pembawa penyakit di dalam tayar di
dalam bangunan di dalam premis tersebut.

31.1.2023 10 Saya kemudian memaklumkan dan menunjukkan bekas pembiakan jentik-


jentik (larva) kepada Mohd Shukri Bin Man dan pembantu (saksi). Saya
mengambil gambar tempat pembiakan jentik-jentik (larva) yang ditanda
sebagai A.
11 Saya meminta botol dan pipet kosong daripada pembantu (saksi). Saya
31.1.2023 menunjukkan botol dan pipet kosong kepada Mohd Shukri Bin Man. Saya
memungut lima (5) ekor jentik-jentik (larva) dan masukkan ke dalam botol.
Kemudian saya menutup dan lak botol tersebut dengan lak rasmi
Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya menunjukkan botol yang
mengandungi jentik-jentik (larva) yang masih hidup kepada Mohd Shukri Bin
Man.

31.1.2023 12 Kemudian saya menyediakan label botol dengan maklumat berikut :


@12.00
tengahari No. Rujukan : NZI-V/6/23
Tarikh dan masa : 31.1.2023 @ 12.00 tengahari
Alamat : G-16, Lorong Budiman 7, Taman Budiman,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Dipungut oleh : Norzaidi Bin Ismail


Dalam/ Luar : dalam premis
premis
Saya
telah menandatangani label botol tersebut dan meminta pembantu
mengambil gambar botol eksibit yang ditanda sebagai B.

24.01.2023 13 Selepas itu, saya mendapatkan maklumat penuh pengenalan diri penduduk
premis tersebut melalui No. Kad Pengenalan Diri beliau. Beliau dikenali
sebagai Mohd Shukri Bin Man, (No. Kad Pengenalan Diri: 711115-02-5779).
Beliau berbangsa melayu dan berumur 52 tahun. Saya mengisikan dokumen-
dokumen berkaitan.

1. Borang Perakuan Pungutan Serangga Pembawa Penyakit Dari Premis.


2. Borang perakuan pengambilan bekas (jika ada).
3. Borang maklumat pembiakan.
4. Menyediakan Peta Lakar/Pelan Lokasi tempat kejadian.

Saya dan pembantu (saksi) menandatangani Borang perakuan pungutan


jentik-jentik (larva). Kemudian saya mendapatkan tandatangan Mohd Shukri
Bin Man pada borang tersebut dan serahkan satu salinan kepada Mohd
Shukri Bin Man.

31.1.2023 14 Saya memaklumkan kepada Mohd Shukri Bin Man, jentik-jentik (larva) yang
diambil akan dibawa balik ke pejabat untuk tujuan analisa. Tindakan
penguatkuasaan akan dijalankan jika jentik-jentik (larva) tersebut merupakan
serangga pembawa penyakit.

31.1.2023 15 Saya memberikan pendidikan kesihatan mengenai bahaya penyakit bawaan


vektor dan peranan pemunya premis bagi mencegah pembiakan serangga
pembawa penyakit.
31.1.2023 16 Saya dan pembantu meninggalkan premis tersebut.
@ 12.15
tengahari
31.1.2023 17 Pulang ke pejabat.

31.1.2023 18 Saya menyerahkan botol No : NZI-V/6/23 berisi jentik-jentik (larva) kepada


@1.00 Mohd Amin Izzati Bin Ramlee untuk dianalisa dan menandatangani buku
petang penyerahan eksibit.

10.02.2023 19 Saya menyerahkan borang perakuan pungutan jentik-jentik (larva), peta


3.1.2023 @ lakar, peta lokasi, gambar tempat pembiakan jentik-jentik (larva) dan borang
3.00 kajian aedes kepada Muhamad Shahril Bin Hashim, PPKP Unit Vektor untuk
petang tindakan selanjutnya. Kemudian, saya merekodkan maklumat pungutan larva
ke dalam Buku Daftar Perakuan Pungutan Jentik-Jentik (Larva) Nyamuk dan
menandatanganinya.

Inilah ID saya,

…………………………………
Norzaidi Bin Ismail
810527-07-5901
Pembantu Kesihatan Awam
Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah

You might also like