Ciri Ciri Seorang Usahawan Yang Berjaya

You might also like

You are on page 1of 2

Ciri-ciri seorang usahawan yang Berjaya

SOALAN 3 (CERAMAH)

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Yang Berbahagia, Tuan Abu bin Bakar,
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Selangau Sarawak; Yang Berusaha Encik Kamal
bin Talip, Pengerusi Perhimpunan Hari Koperasi Negara Peringkat Daerah Selangau,
Sarawak; dif-dif kerhormat dan hadirin yang dihormati. Pada kesempatan ini, saya akan
memperkatakan ciri usahawan berjaya.

Seorang individu yang berjaya menginginkan kejayaan dalam bidang keusahawanan atau
ingin membina diri sebagai seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai ciri-ciri
tertentu. Ciri-ciri ini bukanlah sesuatu yang diwarisi semenjak seseorang itu dilahirkan tetapi
ia dapat dipelajari, dibentuk dan dibangunkan.

Menurut kajian-kajian yang telah dijalankan oleh ahli-ahli psikologi seperti McClelland
(1984) usahawan yang berjaya memperlihatkan ciri-ciri personality yang tertentu. Salah satu
ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang usahawan yang berjaya ialah mempunyai motivasi
pencapaian yang tinggi. Motivasi pencapaian adalah satu keperluan yang perlu ada pada
manusia yang mendorong seseorang itu untuk berjaya. Dengan kata lain bermaksud
keinginan seseorang itu untuk mencapai kecemerlangan dalam sesuatu bidang yang
diceburinya.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menjadi seorang usahawan yang berjaya khusunya dalam kalangan ahli koperasi, sikap
suka bergantung kepada orang lain harus dikikis, sebaliknya sikap berdikari perlu dipupuk.
Seseorang usahawan mesti berusaha melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri. Ini bukan
bermakna semua bantuan dan pandangan pihak lain perlu ditolak oleh usahawan tersebut
tetapi penerimaan bantuan itu perlu dilakukan secara sederhana. Hal ini demikian kerana,
sifat berdikari yang ada dalam diri haruslah dipupuk supaya ianya boleh digunakan pakai
dalam perniagaan mahupun pekerjaan. Sikap meminta bantuan orang lain amatlah tidak
digalakkan sama sekali dalam diri seorang usahawan.

Selain itu, seseorang usahawan yang berjaya mestilah mempunyai sikap tabah hati ataupun
tabah menghadap kesamaran dan kegagalan. Bagi mahasiswa yang ingin menjadi seorang
usahawan yang berjaya, mereka haruslah mempunyai sikap sedemikian yang mana, sikap
tabah hati ini amatlah penting. Orang yang sudah berjaya sebenarnya telah melalui berbagai-
bagai liku dan halangan malah ada yang telah gagal berkali-kali sebelumnya. Kegagalan itu
seharusnya dianggap sebagai sebahagian daripada proses kejayaan kerana tanpa kegagalan
tidak ada kejayaan.

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, ciri-ciri lain yang perlu ada dalam seorang usahawan yang berjaya adalah yakin
diri. Sifat ini amatlah dititikberatkan dalam diri mahasiswa mahupun dalam diri usahawan
kerana dengan yakin diri lah setiap kerja kita akan lebih berjalan dengan lancar walaupun ada
cacat cela. Dengan kita yakin dirilah, segala cacat cela yang berlaku dalam pekerjaan kita
akan tertampung. Disebabkan itulah yakin diri atau konfiden dalam diri kita perlu tinggi.
Dalam mengejar kejayaan, seseorang usahawan khususnya dalam kalangan mahasiswa perlu
yakin pada dirinya sendiri dan mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi. Mereka tidak
percaya kejayaan dapat dicapai hanya melalui tuah ataupun takdir untung nasib, sebaliknya
melalui usaha.

Justeru satu, cara untuk mengetahui sama ada seseorang itu bergantung kepada nasib atau
tidak ialah dengan memintanya memberi sebab-sebab mengapa dia berjaya atau gagal. Orang
yang bergantung kepada nasib akan mengatakan bahawa dia berjaya kerana nasibnya baik
atau dia gagal kerana nasibnya tidak baik. Individu seperti ini tidak akan berusaha dengan
gigih kerana dia tidak sedar bahawa usaha itu sangat penting dalam menentukan kejayaannya.
Sikap ini juga haruslah dibuang dalam diri seorang mahasiswa kerana dengan sikap ini,
seseorang itu susah untuk mendapatkan kejayaan malahan dirinya sendiri pun malas
berusaha. Seorang usahawan haruslah berusaha lebih jika ingin menjadi seorang usahawan
yang berjaya kerana dengan usaha kitalah kejayaan akan bersama kita.

Kesimpulannya, menjadi seorang usahawan adalah satu perjalanan yang memerlukan lebih
daripada kemahiran. Ia memerlukan keberanian, sifat ingin tahu dan kebijaksanaan untuk
mencapai visi yang anda miliki untuk perniagaan anda. Adalah penting bagi setiap usahawan
untuk mempunyai pemacu yang kuat untuk mendorong mereka maju ke hadapan dalam
banyak situasi yang pelbagai.

Sekadar inilah ceramah saya pada pagi ini. Seandainya terkasar bahasa, maaf saya pinta.
Sekian, terima kasih.

You might also like