You are on page 1of 5

KELAB SPBT SEKOLAH

Kelab SPBT Sekolah bertujuan untuk membantu pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku
Teks di sekolah. Kewujudan kelab ini diharapkan dapat memupuk rasa sayang akan buku teks
dalam kalangan murid dan seterusnya memartabatkan kedudukannya sebagai sumber ilmu yang
penting. Penubuhan Kelab SPBT adalah di bawah bidang kuasa unit kokurikulum.

Carta Organisasi Kelab SPBT Sekolah


PENAUNG
Pengetua

PENA
SIHAT
Penyelaras

SPBT

PENGERUSI

NAIB

PENGERUS

I SETIAUSAA

BENDA
HARI

AJK

KECERIAAN SELIAAN PENGURUSAN


DATA & REKOD

1. OBJEKTIF KELAB SPBT


1.1. Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh.
1.2. Menyuntik semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan murid.
1.3. Memupuk rasa cinta akan buku teks.
1.4. Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf
dengan kelab-kelab lain di sekolah.
1.5. Memartabatkan buku teks.

2. KEAHLIAN
Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat.

3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


Peranan dan tanggungjawab pihak sekolah serta murid adalah penting bagi
merealisasikan penubuhan dan pelaksanaannya di sekolah. Oleh itu pihak-pihak yang
terlibat perlu memainkan peranan tertentu.

3.1. Sekolah
3.1.1. Mendaftar penubuhan Kelab SPBT.
3.1.2. Menubuhkan Kelab SPBT, membentuk perlembagaan dan peraturan kelab.
3.1.3. Memupuk rasa sayang akan buku teks SPBT.
3.1.4. Membimbing dan memantau pelaksanaan aktiviti.

3.2. Murid
3.2.1. Mendaftar sebagai ahli kelab.
3.2.2. Mengikuti setiap aktiviti kelab secara aktif.
3.2.3. Mematuhi perlembagaan dan peraturan kelab.

4. SKOP TUGAS JAWATANKUASA


Aktiviti utama Kelab SPBT adalah untuk membantu Penyelaras SPBT dalam meningkatkan
pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah. Cadangan skop tugas setiap
jawatankuasa adalah seperti yang disenaraikan di bawah. Namun begitu, bagi aktiviti
utama seperti pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT, kerjasama semua
jawatankuasa adalah diperlukan.
4.1. Jawatankuasa Data dan Rekod
4.1.1. Mengemas kini data dan rekod buku teks SPBT.
4.1.2. Mengemas kini data pinjaman dan pemulangan buku teks SPBT.
4.1.3. Menyimpan maklumat ahli Kelab SPBT.

4.2. Jawatankuasa Keceriaan


4.2.1. Merancangkan aktiviti keceriaan bilik BOSS
4.2.2 Memastikan keceriaan, kebersihan dan kekemasan BOSS.

4.2.3. Menyelenggara Taman/Anjung SPBT.

4.3. Jawatankuasa Seliaan


4.3.1. Menyelia keselamatan dan keadaan fizikal buku teks SPBT di
tangan murid.
4.3.2. Membaik pulih buku teks SPBT yang rosak.
4.3.3. Menangani aduan kehilangan/kerosakan buku teks SPBT.

4.4. Jawatankuasa Pengurusan


4.4.1. Mengecap dan memasukkan nombor perolehan buku teks
SPBT.

4.4.2. Mengasingkan buku teks SPBT yang rosak.


4.4.3. Mengira stok buku teks SPBT.
4.4.4. Melaksanakan proses berkaitan pelupusan buku teks SPBT.

5. AKTIVITI KELAB SPBT


Selain membantu pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah, pelbagai
aktiviti dapat diadakan. Antaranya:

5.1. Penjagaan Buku Teks SPBT


Buku sebagai sumber ilmu mesti dijaga, diselenggara, digunakan
dan disimpan dengan baik. Antara aktiviti yang menjurus kepada
matlamat tersebut ialah:

5.1.1. Klinik Buku Teks.


Contoh aktiviti:
• Perkhidmatan membalut dan membaik pulih buku teks
SPBT.
5.1.2. Penyeliaan buku teks di tangan murid.
Contoh aktiviti:
• Pemeriksaan fizikal dan keselamatan buku teks
secara berkala.

5.1.3 Peringatan berkala/bersiri.


Contoh aktiviti:
• Ucapan bertemakan buku teks SPBT semasa perhimpunan.
• Lagu SPBT.
• Buletin SPBT.

5.1.4. Kaunter aduan pelanggan/SPBT.


Contoh aktiviti:
• Laporan penemuan buku teks SPBT.
• Aduan kehilangan buku teks SPBT.
• Aduan kerosakan buku teks SPBT.

5.2. Memartabatkan Buku Teks SPBT


Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan bagi meletakkan
status buku teks sebagai sumber ilmu di tempat yang paling
murni. Antara aktiviti yang dicadangkan:

5.2.1. Majlis penyerahan buku teks SPBT kepada murid/ibu


bapa/penjaga/PIBG/komuniti.

5.2.2. Minggu SPBT.


Contoh aktiviti:
• Pertandingan kuiz, esei atau puisi bertemakan
SPBT/kandungan buku teks SPBT.

• Mencipta logo Kelab SPBT Sekolah, penanda buku,


dan sebagainya.

5.2.3. Aktiviti merentasi kurikulum.


Contoh aktiviti:
• Mural.
• Laluan SPBT.
• Taman SPBT.

5.2.4. Anjung/Sudut SPBT.


Contoh aktiviti:
• Pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.
• Pameran buku teks SPBT kegunaan semasa.
• Arkib SPBT (koleksi buku teks SPBT lama dan baharu).

You might also like