You are on page 1of 3

KERTAS KERJA SPBT

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MUSAH, SONG

TAKLIMAT JOM SAYANGI BUKU TEKS

TEMPAT:
DEWAN SERBAGUNA
TARIKH:
22 MAC 2017

1.0 PENGENALAN
Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005
merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Kelab ini diwujudkan
untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah
menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku
teks sebagai sumber ilmu.
2.0 NAMA PROJEK
Taklimat Jom Sayangi Buku Teks
3.0 MATLAMAT
Berikut merupakan matlamat yang hendak dicapai melalui projek ini;
-Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga buku teks
sekolah
- Memberi pendedahan kepada murid tentang cara- cara menjaga buku teks sekolah.
- Memastikan murid-murid mampu mematuhi peraturan SPBT.
4.0 OBJEKTIF
Berikut merupakan objektif yang hendak dicapai melalui pelaksanaan projek ini;
a. Memberi kesedaran kepada para murid tentang kepentingan menyayangi buku teks
b. Menyemai perasaan sayangi buku teks dalam kalangan murid.
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Penaung
Penasihat
Pelaksana / Guru Yang Terlibat

: Encik Clement anak Upon


: Encik Lawrence Sikai
: Cik Bernadette Mening Jau

6.0 BUTIRAN PROJEK


Guru Penyelaras SPBT akan memberi taklimat kepada para murid tentang:
a. Kepentingan menjaga buku teks
b. Cara-cara menjaga buku teks
c. Peraturan penggunaan buku teks
d. Kesan jika buku teks dijaga dengan baik
e. Kesan jika buku teks hilang dan rosak.
f. Peringatan untuk memulangkan buku teks pada akhir tahun
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil

Bahan

kuantiti

Kos seunit (RM)

Jumlah (RM)

.
1.
Jumlah besar:

.00

8.0 PENUTUP
Program ini diharapkan mampu memberi perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku
teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Disediakan oleh,

________________________
(BERNADETTE MENING JAU)
Guru Penyelaras SPBT
SK Nanga Musah, Song.
Tandatangan Guru Besar,
______________________
(CLEMENT ANAK UPON)
Guru Besar,
SK Nanga Musah, Song.
Cop Sekolah:

5 MAC 2017.

You might also like