You are on page 1of 1

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) ialah rangka tindakan kerajaan yang dikeluarkan

oleh Kerajaan Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tempoh 2021 hingga 2030
untuk meningkatkan pendapatan semua kumpulan etnik, terutamanya Bumiputera yang terdiri
daripada golongan B40 (golongan berpendapatan rendah), miskin tegar, miskin ekonomi, mereka
yang berada dalam peralihan ekonomi, Bumiputera Orang Asli, Sabah dan Sarawak, orang kurang
upaya, belia, wanita, kanak-kanak dan warga emas.

DKN2030 juga disifatkan langkah yang wajar dan tepat pada masanya bagi menghadapi suasana
ekonomi dunia yang bukan sekadar sengit serta mencabar, malah penuh dengan ketidaktentuan
angkara kesan perang dagangan. Dalam menggerakkan kerangka DKN2030 -Malaysia Negara
Keusahawanan Unggul 2030, adalah penting kerjasama yang kolektif wujud diantara pihak kerajaan
dan semua pihak berkepentingan agar pelaksanaan strategi dan inisiatif yang digariskan di bawah
DKN2030 memberi impak kepada ekosistem keusahawanan yang dibina. Seluruh komuniti usahawan
mesti menggembleng tenaga membina ekosistem keusahawanan ideal yang selari dengan DKN2030
supaya segala bentuk aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan menjurus kepada persekitaran yang
melahirkan usahawan berjaya.

You might also like