You are on page 1of 3

TEKS BENGKEL

BIL QUE TEKS

1 SALUTASI BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Yang Berusaha Tuan Johnson Sahibul
Timbalan Pegawai Pendidikan, Sektor pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu.

Yang Berusaha Puan Pretty Binti Jawas


Penyelaras Prasekolah Bahagian Pengurusan
Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu.

Yang Berusaha Encik Chang Tuck Fui


Penyelaras Prasekolah Bahagian Akademik
Pejabat Pendidkan Daerah Lahad Datu

Yang dikasihi Barisan Pembentang Kajian Tindakan, Barisan rakan


guru prasekolah, Pembantu-pembantu Pengurusan Murid
prasekolah daerah Lahad Datu…

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

2 UCAPAN ALU-ALUAN Alhamdulilah…. , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya,


dapat bersama-sama kita berkumpul bagi Bengkel Perkongsian
Kajian Tindakan dan Inovasi kepada Guru-guru prasekolah dan
pembantu-pembantu pengurusan murid Prasekolah Pejabat
Pendidikan daerah Lahad Datu
Terima kasih atas kesudian tuan-puan hadir ke bengkel ini.

3 BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, saya menjemput Encik
Mohd Shazrin Bin Jafri, Guru prasekolah SK sahabat 16 untuk
mengetuai bacaan doa. Dipersilakan..

Amin..amin ya rabhbal alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd


Sahzrin atas bacaan doa itu tadi.

4 UCAPAN PNGERUSI HADIRIN SEKALIAN,


Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput
Yang Berusaha Tuan Johnson Sahibul
Timbalan Pegawai Pendidikan, Sektor pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu untuk memberikan
ucapan Beliau.
Terima kasih tuan, Majlis mengucapkan jutaan terima kasih .
5 SLOT Untuk pengetahuan hadirin sekalian, program kita pada hari ini
dibahagikan kepada 3 slot yang akan disampaikan oleh 3
Pembentang kita pada hari ini iaitu
Slot 1: Kajian Tindakan 1 bertajuk RIM
Slot 2: Inovasi Bertajuk KESUKA
Slot 3: Kajian Tindakan 2 bertajuk Danyatu.

6 BENGKEL KAJIAN Hadirin sekalian , tanpa melengahkan masa,


TINDKAN 1 Pembuka slot pertama kita pada petang ini, dengan Pembentangan
Kajian Tindakan 1 bertajuk MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID PRASEKOLAH MENGENAL DAN MENULIS NOMBOR 1-10
MENGGUNAKAN KAEDAH 'RIM’. Majlis dengan sukacitanya
memepersilakan Puan Kartini Itantaro, Guru Prasekolah SK
Binuang untuk membentang kajian tindakan ini.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada PN kartini atas


segala perkongsian ilmu baru yang dikongsikan bersama kita
sebentar tadi.

Sesi soaljawab dibuka.

7 BENGKEL INOVASI Hadirin sekalian ,


Seterusnya bengkel kita teruskkan lagi dengan pembentangan
Inovasi daripada kumpulan Guru-guru Prasekolah kita yang
Bertajuk KESUKA yang akan disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi
Ali Guru Prasekolah SK LAHAD DATU 4, Encik Rodi Idris guru
Prasekolah SK Tawaiyari dan Puan Kartini Itantaro Guru
Prasekolah SK binuang. Majlis mempersilakan.

Kini sesi soaljawab dibuka.


Terima kasih di atas percambahan ilmu dan pengetahuan baharu
yang diskongsikan sebentar tadi.
Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah

8 BENGKEL KAJIAN Hadirin sekalian ,


TINDKAN 1 Bengkel kita pada hari ini diteruskan dengan Pembentangan Kajian
Tindakan 2:MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID PRASEKOLAH
DALAM ERA PENDEMIK COVID-19 MENGENAL DAN MENULIS
HURUF ABJAD MENGGUNAKAN KAEDAH 'DANYATU' yang
disampaikan oleh Puan Kartini Itantaro.dipersilakan

Terima kasih di atas pembentangan kajian tindakan kaedah


Danyatu itu tadi.

Syabas kepada semua atas kesabaran dan perhatian yang telah


diberikan sehingga slot kita yang terakhir.
Para hadirin sekalian,
7 PENUTUP Dengan berakhirnya pembentangan itu tadi maka berakhirlah
bengkel kita pada hari

Nampaknya …
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Syabas semua atas kesabaran dan perhatian yang diberikan
sepanjang slot ini diadakan. Mudah-mudahan ada sesuatu yang
telahpun kita perolehi pada majlis hari ini

Sebelum bersurai, saya mewakili jawatankuasa Bengkel


merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta bengkel
dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan penganjuran
bengkel berjalan dengan jayanya pada hari ini.

Mohon maaf dari saya andai ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang
terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu
adalah kelemahan saya.

Sekian,wabillahitaufiqwahidayah..assalamualaikum wbth dan


terima kasih..

You might also like