You are on page 1of 34

NAMA MURID : _______________________________________

KELAS : _______________________________________

Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan,


Sekolah Rendah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu, Sabah.
Info

Modul Pendidikan Jasmani & Kesihatan yang telah dibina mengandungi 5 topik berdasarkan
Bidang & Komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tahun 5 yang
diajar di sekolah rendah. Pemilihan sub-topik bagi setiap tajuk diharap dapat membantu ke arah
pengajaran & pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan yang lebih berkesan
serta efektif dalam membantu murid ke arah mencapai kesejahteraan hidup melalui aktiviti
fizikal selari dengan matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif

1. Membantu proses Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan supaya
lebih efektif & bermakna kepada murid bagi mencapai ke arah kesejahteraan hidup
melalui aktiviti fizikal serta amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat.
2. Membantu guru & ibu bapa @ penjaga bertindak secara proaktif dalam suasana norma
baharu dalam usaha memastikan proses kemenjadian murid secara lebih holistik terus
berlaku walaupun dalam suasana pandemik masa kini dengan memastikan murid terus
dapat belajar secara optimum menggunakan pendekatan yang bersesuaian.

Spesifikasi

Modul ini merupakan kompilasi daripada 5 sub- topik yang dipilih berdasarkan sukatan terkini
berkaitan matapelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan KSSR Tahun 5 semakan 2017 selain
penjajaran kurikulum terkini daripada KPM.

Latarbelakang Modul
Pendekatan yang dipilih dalam menyampaikan isi matapelajaran Pendidikan Jasmani &
Kesihatan Tahun 5 dalam suasana norma baharu kini lebih kepada Berasaskan Projek, Inkuiri
dan pelbagai lagi kaedah pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan tajuk.
Kemahiran pergerakan dalam Gimnastik Asas seperti Lombol Kangkang, Hambur Arab, Putaran,
Gayut & Ayun merupakan antara pergerakan asas yang dipelajari murid Tahun 5 dalam
menghasilkan rangkaian pergerakan bagi melakukan persembahan berkumpulan.
MODUL PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 5 / TAHAP 2
KEMAHIRAN GIMNASTIK ASAS
(IMBANGAN DINAMIK)

Sasaran Tahun 5 / Tahap 2

Subjek Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

Tajuk atau Tema Mengimbang

Nota Berkaitan Tajuk/Tema Aktiviti ini meliputi kemahiran asas dalam gimnastik asas
dengan menekankan aspek pemerolehan kemahiran,
penganalisisan perlakuan, konsep biomekanik dan
pembelajaran motor serta kejurulatihan dan kepegawaian.
Dalam aktiviti ini juga menjelaskan kepentingan kemahiran
gimnastik di kalangan murid-murid dan perkaitannya
dengan sukan lain. Aspek pengurusan, pengelolaan dan
pentadbiran, keselamatan murid-murid, peralatan dan
kemudahan juga diperkenalkan untuk meningkatkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

These activities cover the basic skills in gymnastic which


emphasize on the aspects of skill acquisition and analyzing
performance, the biomechanic and motor learning concepts
and the coaching and officiating. These activities also
stress about the importance of gymnastic skill amongst the
children related to other sports. The aspects of managing,
administrating and organizing, the safety of children and
facilities are also introduced to enhance a conducive
teaching and learning activities.
Standard Pembelajaran 2.1.1 Mengenalpasti otot-otot domain yang menghasilkan
daya semasa melakukan aktiviti Kereta sorong berganda
dan Flip-flop.

Objektif Pembelajaran Murid dapat mengaplikasikan kemahiran imbangan dalam


situasi sebenar.

Tempoh Pelaksanaan 5 hari.


AKTIVITI PEMBELAJARAN

Aktiviti 1 : Melakukan aktiviti kemahiran imbangan dinamik Kereta sorong berganda.

Arahan:

1. Rujuk gambar aktiviti.

2. Melakukan aktiviti di bawah bimbingan guru dengan lakuan motor yang betul dan
selamat.

3. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan.


Aktiviti 2: Imbangan dinamik Flip-flop.

1. Rujuk gambar aktiviti.

2. Melakukan aktiviti di bawah bimbingan guru dengan lakuan motor yang betul dan
selamat.

3. Murid melakukan aktiviti secara individu di bawah pengawasan guru.


PENTAKSIRAN

Instrumen 1: Rubrik Pentaksiran

TAHAP KRITERIA TAHAP PENGUASAAN


1 Murid dapat menerangkan lakuan motor yang betul
dan selamat semasa aktiviti secara terperinci.
2 Murid mengetahui dan dapat menunjukkan fungsi
otot-otot utama seperti bahu, belakang, abdomen dan
deltoid dalam mengekalkan kestabilan dan
keseimbangan tubuh semasa bergerak.
3 Murid memahami kepentingan luas tapak sokongan
dan pusat graviti (CG) dalam mempengaruhi
imbangan.
4 Murid dapat mempelajari keperluan kordinasi dalam
mengekalkan imbangan.
5 Murid dapat mengemplementasikan kemahiran
gimnastik asas dalam konteks imbangan ke dalam
situasi yang sebenar.

Instrumen 2: Refleksi

1. Jelaskan maksud imbangan?

2. Jelaskan maksud kordinasi?

3. Jelaskan faktor yang mempengaruhi kestabilan imbangan? Perkaitannya luas tapak


sokongan dan pusat graviti?

4. Keperluan ruang yang luas dan selamat semasa aktiviti?

5. Otot-otot utama yang terlibat sepanjang aktiviti?

6. Jelaskan kepentingan imbangan dalam kehidupan seharian?

7. Peralatan dan jenis ruang yang diperlukan semasa aktiviti dijalankan?


Panduan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)

1. Sasaran (murid) dan pendamping rapat (ibubapa)/pembimbing (guru) perlu memahami


terlebih dahulu nota berkaitan dengan tajuk, topik atau tema.

2. Fahami arahan yang terdapat di bahagian aktiviti yang dirancang atau dicadangkan.

3. Secara ansur maju, murid diminta melakukan aktiviti sebagai set pengukuhan. Aktiviti
hendaklah di bawah pengawasan pendamping rapat mahupun pembimbing sahaja.

4. Pembimbing boleh menentukan jenis projek yang hendak dilaksanakan kepada murid
untuk aktiviti imbangan sama ada menghasilkan video, kraftangan, buku skrap,
eksperimen dan projek mudah bagi tujuan keseragaman (chemistry) ataupun memberi
kebebasan kepada individu murid untuk memilih jenis PBL yang mereka rasa
bersesuaian.

5. Gunakan idea-idea yang kreatif dan kritis dalam aktiviti 1 untuk menyempurnakan
aktiviti 2 secara ansur maju. Harus diingatkan kepada sasaran objektif pembelajaran
dalam aktiviti ini perlulah dicapai dan diaplikasikan dalam kehidupan sehari-harian
mereka sebenar kelak.

6. Sebagai indikator pengukuran, sama ada aktiviti ini berjaya atau sebaliknya, sila rujuk
kriteria yang terdapat dalam Instrumen 1: Rubrik Pentaksiran.

7. Instrumen 2: Refleksi pula disediakan bagi tujuan pengukuhan kefahaman terhadap topik
pembelajaran yang disampaikan. Buku teks atau pengalaman masa lalu sasaran boleh
dijadikan rujukan untuk menjawab Instrumen 2 selain pengetahuan sedia ada murid atau
pembimbing utama.

8. Sekiranya aktiviti 1 dan aktivit 2 berserta pentaksiran Instrumen 1 dan 2 dapat disiapkan,
murid bolehlah menghantar kerja kepada guru untuk tujuan semakan dan penerimaan
tugasan yang lain seterusnya.

DISEDIAKAN OLEH:
PG ZAIDI BIN PG LATIP
SK ST. JOSEPH, KUALA PENYU
Kemahiran Pergerakan Berirama merupakan salah satu daripada kemahiran pergerakan
asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor mengikut tempo muzik tertentu dalam mereka
cipta satu persembahan secara berkumpulan yang menekankan aspek keseragaman,
kreativiti pergerakan mengikut tempo muzik di samping memupuk semangat kerjasama
dalam kumpulan sebelum, semasa dan selepas membuat persembahan atau pertandingan.
AKTIVITI 1
Hari Isnin - Jumaat
Kelas Tahun 5
Tajuk Pergerakan Berirama ( Suasana di Kedai Mamak)
Standard Kandungan Domain Psikomotor, Kognitif & Afektif.
1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan.
2.5 Berkebolehan mengaplikasi konsep pergerakan mengikut
irama.
5.1 Berkebolehan mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan
dan keselamatan.
5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam
kumpulan.
Standard Pembelajaran Standard Pembelajaran :
1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema menggunakan props
berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar.
1.5.2 Melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka cipta
menggunakan props mengikut muzik yang didengar.
2.5.1 Mengenal pasti konsep pergerakan yang melibatkan arah, aras,
laluan, kualiti pergerakan, dan hubungan yang digunakan dalam
pergerakan kreatif bertema.
5.1.4 Mengenal pasti ruang yang selamat untuk melakukan aktiviti.
5.4.7 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.
Objektif Pembelajaran Murid dapat melakukan pelbagai corak pergerakan, mengaplikasi
konsep pergerakan mengikut irama.di samping mematuhi dan
mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan serta berkebolehan
membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
Kaedah Pentaksiran Bertulis & Pemeratian
Instrumen Pentaksiran Lembaran Aktiviti & Rakaman video (jika ada).
Murid akan mempelajari, ,merasa dan mengalami sendiri tentang matlamat utama Pergerakan Kreatif
bertema ini adalah untuk berkomunikasi melalui pergerakan. “Persembahan kreatif ialah persembahan idea,
perasaan dan rangsangan deria yang dizahirkan secara simbolik melalui pergerakan”. Sumber: Pergerakan
Kreatif dan Pendidikan Salmah Ayob (1996)
Disamping menerapkan elemen merentas kurikulum iaitu keusahawanan, nilai berani mencuba turut
diterapkan dalam diri murid.Bagi domain psikomotor, murid melakukan pelbagai corak pergerakan
mengikut irama. Bagi domain kognitif murid mengaplikasikan konsep pergerakan yang melibatkan arah,
aras, laluan, kualiti pergerakan, dan hubungan yang digunakan dalam pergerakan kreatif bertema seperti
Langkah lurus, Pergerakan Lokomotor Pergerakan Bukan Lokomotor di samping memilih Props atau
peralatan yang digunakan dalam persembahan atau pementasan. Bagi domain afektif murid dapat mengenal
pasti ruang yang selamat untuk melakukan aktiviti dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan
aktiviti.

NOTA:
Melakukan regangan serta memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti
adalah sangat penting bagi kesediaan tubuh untuk melakukan aktiviti fizikal
terutama pada otot-otot yang akan digunakan.
Aktiviti 1 Ansur maju 30 minit : Pergerakan Langkah lurus, Lokomotor & Bukan
Lokomotor
3. Murid bergerak mengikut cara penyediaan makanan mengikut muzik dengan arahan guru.
4. Bergerak seperti orang sedang menebar roti canai:
5. Lambungkan roti canai dengan menggunakan skaf.
6. Tebarkan roti canai sambil menari dengan menggunakan skaf ke pelbagai arah.

Aktiviti 2 : The Tarik sama Roti Canai satu!


1. Bergerak seperti orang sedang membuat teh tarik:
a. Lakukan pergerakan membuat teh tarik dari pelbagai aras dengan menggunakan skaf.
b. Lakukan pergerakan membuat teh tarik sambil bergerak dalam pelbagai laluan dengan
menggunakan skaf.

Aktiviti 3 : Pengayaan

1. Rancang, reka dan lakukan pergerakan kreatif bertema Suasan di Kedai Mamak dengan
menambahkan lagi 2 jenis pergerakan kreatif bertema yang boleh dilakukan
menggunakan kreativiti dan idea masing-masing.

۞ Memanaskan badan.
۞ Penyampaian Standard Pembelajaran.
۞ Persembahan.
۞ Menyejukkan badan.
۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran.

Sumber dari Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Tahun 5 (BPK, KPM )
BORANG PENILAIAN INDIVIDU

Nama: ....................................... Tarikh: ......................................

a. Tandakan ( √ ) pada ruang yang berkenaan berdasarkan persembahan individu.

Bil. Perkara yang dinilai Markah individu


1-6 Markah

1 2 3 4 5 6

1. Bergerak pelbagai laluan

2. Bergerak pelbagai aras

3. Bergerak pelbagai arah

4. Props yang sesuai bersesuaian dengan


pergerakan

5. Dapat mempelbagaikan hubungan dengan


props
6. Bergerak mengikut muzik

Jumlah

Penunjuk Prestasi :
Skala Prestasi
5 - 6 mata Cemerlang
3 - 4 mata Baik
1 - 2 mata Memerlukan bimbingan

Soalan:

Soalan Manaakul
Apakah alatan lain yang sesuai digunakan dalam persembahan kamu? Jelaskan.

Tip untuk ibubapa:

Ibubapa@penjaga di rumah boleh membantu murid memilih lagu yang sesuai dengan
Tema pergerakan kreatif yang ingin dilakukan.Sekiranya mempunyai peralatan atau gajet
yang bersesuaian, sila rakam persembahan individu murid di rumah untuk dikongsikan.
Penilaian Kendiri

Nama :……………………………………………………..

Tarikh:………………………………………………………

Kelas :………………………………………………………

a. Tuliskan perasaan kamu selepas melakukan aktiviti pada hari ini.


______________________________________________________

b. Nyatakan aksi pergerakan yang kamu paling suka. Mengapa?


_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________

Uji Minda

Senaraikan pergerakan locomotor dan bukan locomotor yang terdapat dalam pergerakan
kreatif bertema Suasana di Kedai Mamak.
Lokomotor Bukan Lokomotor

Sumber dari Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Tahun 5 (BPK, KPM)
Panduan Jawapan

Penilaian Kendiri
Semua jawapan yang bersesuaian dengan topik.
Uji Minda
Lokomotor / Bukan Lokomotor
Bergerak ke kiri dan ke kanan / memusingkan badan
Step-close / Berdiri sambal menebarkan roti canai
Berjalan bengkang bengkok / mengayunkan badan

DISEDIAKAN OLEH:

AHADDUDIN @ MOHD ALI B. JAJI


SEK. KEB. RIMBAAN, KUALA PENYU
STANDARD PRESTASI
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 ● Boleh melakukan pergerakan kreatif bertema menggunkan
props yang ditiru mengikut muzik yang didengar.

2 ● Boleh mengaplikasi konsep pergerakan seperti arah dan aras


semasa melakukan pergerakan kreatif bertema menggunakan
props mengikut muzik yang didengar.
● Boleh menyatakan props yang sesuai digunakan
dalam pergerakan.

3 ● Boleh mengaplikasikan konsep pergerakan seperti arah, aras,


laluan, kualiti pergerakan dan hubungan dengan rakan semasa
melakukan pergerakan kreatif bertema menggunakan props
mengikut muzik yang didengar.

4 ● Boleh melakukan pergerakan kreatif bertema menggunakan


props berdasarkan konsep pergerakan dengan turutan
pergerakan yang sesuai mengikut muzik yang didengar.
● Boleh mengenal pasti konsep pergerakan yang digunakan
dalam pergerakan kreatif bertema.

5 ● Boleh mereka cipta pergerakan kreatif bertema menggunakan


props berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik yang
didengar secara berkumpulan.
● Boleh mengenal pasti tema dan watak yang dipilih dalam
pergerakan.
● Boleh mengenal pasti konsep pergerakan yang digunakan
dalam pergerakan kreatif bertema.
● Boleh berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan
aktiviti pergerakan berirama.

6 ● Boleh mempersembahkan pergerakan kreatif bertema


menggunakan props yang telah direka cipta dalam kumpulan
dengan turutan pergerakan yang sesuai dan seragam
berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik
yang didengar.
● Boleh menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri
semasa melakukan aktiviti pergerakan berirama.
● Boleh menggunakan pergerakan berirama sebagai aktiviti
meningkatkan kecergasan.
KEMAHIRAN ASAS
PERMAINAN
Kemahiran menghantar dan menerima bola merupakan salah satu daripada ciri-ciri yang
terdapat dalam permainan kategori serangan.Terdapat beberapa jenis kemahiran
menghantar dan menerima bola.Selain daripada menghantar dan menerima bola,
kemahiran memintas hantaran lawan turut dipelajari dalam topik ini.
MODUL
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PDPR
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5
SASARAN : TAHUN 5
SUBJEK : PENDIDIKAN JASMANI
TEMA/TAJUK : KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN / TEMBOK BERGERAK
NOTA BERKAITAN TAJUK :
Tembok bergerak merupakan pergerakan serentak yang melibatkan beberapa orang untuk
melakukannya. Aktiviti ini asas bagi teknik menghadang dalam permainan bola baling.
Pergerakan tembok ke kiri, ke kanan dan ke tengah dimanipulasikan atas arahan yang diberikan.
STANDARD KANDUNGAN: 1.6.5, 2.6.4,5.4
STANDARD PEMBELAJARAN:
1.6.5: Memintas bola yang dihantar oleh pemain lawan dan menghantar kepada rakan yang
bergerak.
2.6.4: Mengenal pasti kedudukan penyerang yang sesuai untuk mengecilkan ruang pergerakan
pihak lawan dan memintas bola.
5.4 :Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
OBJEKTIF PEBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat;
Bergerak serentak dalam kumpulan berdasarkan arahan tertentu dengan mengutamakan konsep
kerjasama/ berpasukan.
TEMPOH PERLAKSANAAN: 1 Minggu

AKTIVITI:
1.Murid melakukan pergerakan pemanasan badan.
2.Murid mendengar arahan dan peraturan tentang permainan tembok bergerak
3. Murid melakukan pergerakan tembok bergerak dalam kumpulan secara bergilir
4. Murid menyenaraikan 4 strategi permainan tembok bergerak
5. Menjawab soalan KBAT
PENTAKSIRAN:
1. Murid menyenaraikan 4 strategi permainan tembok bergerak.
2. Menjawab soalan KBAT
3. Lembaran kerja:
(A) Senaraikan 4 strategi permainan tembok bergerak

1_____________________________________________________________________________

2.____________________________________________________________________________

3.____________________________________________________________________________

4.____________________________________________________________________________

(B) SOALAN KBAT:


1.Apakah faktor yang mempengaruhi keberkesanan tembok bergerak ?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

(C) PANDUAN KERJA:


1. Murid merujuk buku teks muka surat 25 untruk memahami konsep mengadang
2. Memahami arahan yang terdapat di bahagian aktiviti.
3. Melakukan simulasi pergerakan tembok bergerak
4. Membuat latihan lembaran kerja
5. Melakukan aktiviti tembok bergerak secara serentak dan bekerjasama
6. Di akhir tempoh PDPR ,murid perlu membuat satu rakaman video untuk dihantar kepada guru.
STANDARD PRESTASI

TAHAP
PENGUASAAN
PERNYATAAN
(Tandakan √)

1  Boleh menyatakan jenis permainan yang perlu melakukan hadangan

2  Boleh melakukan hadangan secara individu

3  Boleh melakukan hadangan secara berkumpulan

4  Boleh melakukan hadangan secara berkumpulan dalam fomasi yang


seragam

5  Boleh melakukan hadangan secara berkumpulan dalam formasi


yang seragam dan kerjasama yang tinggi

6  Dapat mengaplikasikan pergerakan tembok bergerak dalam formasi


membuat hadangan semasa bermain bola baling.
OLAHRAGA ASAS
Kemahiran asas olahraga terdiri daripada kemahiran berlari, melompat, merejam,
melempar dan membaling. Sub-topik yang diplih dalam modul ini adalah berkaitan
dengan tajuk larian pecut.
MODUL PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TAHUN 5
Olahraga Asas - Asas Berlari

Nama Murid : ………………………………………

Kelas : ………………………………………

___________________________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH:

ABD. LATIP BIN SUMAN


SEK. KEB. TENAMBAK
PENGENALAN
Olahraga Asas diperkenalkan dalam Pendidikan Jasmani untuk memberi murid
kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam asas berlari. Bidang ini
memberi peluang kepada murid untuk mencabar kebolehan diri sendiri
melakukan kemahiran asas berlari dengan lebih pantas dan berlari pada jarak
yang lebih jauh. Aktiviti yang dirancang adalah mudah dan bersesuaian dengan
acara yang terdapat dalam olahraga asas bagi mencapai hasrat bidang ini.

Hari Isnin - Jumaat


Tarikh 3 - 12 Mac 2021
Kelas Tahun 5
Tajuk Lari Pecut (100 Meter)
Standard Kandungan Domain Psikomotor, Kognitif & Afektif.
1.9 Melakukan kemahiran asas berlari dengan lakuan yang betul.
2.9 Mengaplikasi konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam
kemahiran asas berlari.
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan
keselamatan.

Standard Pembelajaran Standard Pembelajaran :


1.9.1 Berlari pecut pada satu jarak yang ditetapkan.
2.9.2 Memerihal ayunan tangan dan kaki yang betul semasa
berlari pecut.
5.1.3 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan
aktiviti.

Objektif Pembelajaran Murid dapat mengetahui teknik larian yang betul dengan lakuan
yang tepat dan betul.

Kaedah Pentaksiran Bertulis & Pemeratian


InstrumenPentaksiran Lembaran Aktiviti & Rakaman video (jika ada).
NOTA
Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang
memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anerobik untuk membuat larian
sepantas mungkin. Dua faktor asas mempengaruhi kepantasan seorang pelari
iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Terdapat 3 fasa lari pecut iaitu
fasa permulaan, fasa larian dan fasa penamat.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 8 lorong yang akan digunakan di dalam acara larian 100
Meter. Sila perhatikan padang yang ada di sekolah anda dan kira bilangan lorong yang ada.
Berikut merupakan ukuran bagi setiap lorong :-
Sewaktu berlari, kita perlu ada teknik serta postur badan yang betul. Sila perhatikan gambar
dibawah ini iaitu bagaimana kedudukan anggota badan tangan, kepala, kaki dan juga lutut :

AKTIVITI PENGUKUHAN 1

Arahan : Sila jawab soalan-soalan yang diberikan ini.

Soalan 1 : Berapakah bilangan lorong yang selalunya digunakan untuk acara lari pecut 100
Meter ?
__________________________________________________________________________

Soalan 2 : Berapakah ukuran yang ada pada setiap lorong tersebut ?

___________________________________________________________________________
AKTIVITI PENGUKUHAN 2
Arahan : Sila nyatakan secara ringkas kedudukan anggota badan yang terlibat dengan
menyatakan postur badan yang betul ketika melakukan larian pecut.

Kedudukan Kepala

Kedudukan Tangan

Kedudukan Lutut

Kedudukan Kaki

AKTIVITI PENGUKUHAN 3

Arahan tugasan :

1. Dengan merujuk kepada nota yang ada dalam modul ini, murid perlu lakukan larian pecut
dengan menggunakan teknik yang betul berserta postur badan yang betul.
2. Tugasan ini boleh dilakukan dalam bentuk gambar atau video. Sila hantar rakaman video
atau gambar anda kepada guru PJ di sekolah.
STANDARD PRESTASI
TAHAP
PENGUASAAN PERNYATAAN
(Tandakan √)
1  Boleh berlari pecut pelbagai jarak.

2  Boleh berlari pecut pada pelbagai jarak dan menyatakan ayunan


tangan dan kaki yang betul.

3  Boleh mengaplikasi pengetahuan tentang perkaitan antara kontak


kaki pada permukaan dengan kedudukan badan semasa berlari pecut.

4  Boleh berlari pecut pada satu jarak yang ditetapkan dengan ayunan
kaki dan tangan serta kontak bebola kaki pada permukaan dengan
betul.

5  Boleh berlari pecut melepasi halangan dengan lakuan yang betul dan
tekal.
 Boleh menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa
melakukan aktiviti olahraga asas dalam kemahiran berlari.
6  Boleh merancang dan mengambil bahagian dalam pertandingan
olahraga mini yang melibatkan semua kemahiran asas berlari dalam
olahraga.
 Boleh menggunakan kemahiran asas berlari sebagai aktiviti
meningkatkan kecergasan fizikal.
REKREASI DAN
KESENGGANGAN
Sukan tradisional iaitu Tating Lawi Ayam merupakan tajuk yang dipilih bagi kompenen
Rekreasi & Kesenggangan dalam modul ini.Ia merupakan permainan tradisional yang
menggunakan bulu tangkis yang telah diubahsuai untuk ditimang oleh pemain dalam satu
kumpulan.Kemahiran dalam sukan sepak takraw@ raga adalah asas yang penting bagi
permainan tradisional Tating Lawi Ayam di mana pemenang dikira apabila salah seorang
daripada ahli dalam satu kumpulan dapat menimang paling banyak atau lama tanpa
menjatuhkan lawi ayam tersebut.
MODUL
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PDPR
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5

Sasaran Tahun 5

Subjek Pendidikan Jasmani

Tema / Tajuk Rekreasi dan Kesenggangan / Timang Adik Timang

Permainan Tating Lawi Ayam merupakan salah satu permainan tradisional


yang memerlukan kemahiran menimang lawi ayam secara berterusan dengan
cara sepak sila. Permainan ini memerlukan koordinasi diantara anggota kaki
Nota berkaitan Tajuk dengan kestabilan badan. Lawi Ayam tersebut tidak boleh terkena anggota
/ Tema tangan. Murid perlu berlatih bagi meningkatkan kemahiran menimang dengan
merujuk video yang berkaitan tentang cara bermain Tating Lawi Ayam.
Murid juga boleh menghasilkan sendiri Tating Lawi Ayam dengan
menggunakan lapisan getah dan bulu ayam.

Standard Kandungan 1.14, 2.14, 5.2

Murid boleh :

1.14.3 - Bermain permainan Tradisional yang menggunakan kemahiran


menimang berterusan dalam permainan Tating Lawi Ayam.
Standard
Pembelajaran 2.14.2 -Menyatakan strategi yang sesuai digunakan dalam permainan
tradisional Tating Lawi Awam.

5.2.3 - Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

Objektif
Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

Bermain permainan tradisional yang menggunakan kemahiran menimang


berterusan dalam permainan Tating Lawi Ayam. Murid boleh menyatakan
strategi yang sesuai serta menerima cabaran dan berasa seronok semasa
melakukan aktiviti.

Tempoh Perlaksanaan 1 Minggu


1. Murid membaca dan memahami dalam buku teks Pendidikan Jasmani
muka surat 57 tentang Permainan Tating Lawi Ayam.
2. Murid membuka pautan video dengan mengimbas kod bar video didalam
buku teks muka surat 57. Murid juga boleh melihat video lain sebagai rujukan
* Aktiviti : dan panduan cara bermain Tating Lawi Ayam.
3. Murid menyenaraikan enam strategi permainan Tating Lawi Ayam.
4. Menjawab soalan KBAT.
5. Murid berlatih menimang Lawi Ayam. Jangka masa berlatih 1 minggu
mengikut kesesuaian masa sendiri.

1. Murid menyenaraikan enam strategi permainan pada lembaran kerja


dibawah.
Pentaksiran 2. Menjawab soalan KBAT
3. Murid menghantar rakaman video pendek bermain Tating Lawi Ayam.
*Rakaman video tidak lebih daripada 1 minit. Permainan ini boleh dimainkan
secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

1. Murid perlu membaca dan memahami terlebih dahulu dalam buku teks
muka surat 57.
2. Fahami arahan yang terdapat dibahagian *aktiviti.
3. Mengimbas kod bar pada buku teks muka surat 57 dan menonton pautan
Panduan Kerja buat : video tersebut dari awal hingga selesai.
4. Membuat latihan lembaran kerja iaitu menyenaraikan enam strategi
permainan Tating Lawi Ayam dan menjawab soalan KBAT.
5. Murid melakukan aktiviti menimang Lawi Ayam. Murid akan berlatih
menimang Lawi Ayam dalam tempoh 1 minggu. Setiap hari, anggaran masa
untuk berlatih ialah dalam tempoh 20 - 25 minit sahaja. ( Ikut kesesuaian
masa murid )
6. Pastikan Lawi Ayam selamat digunakan dan juga sentiasa mengutamakan
keselamatan semasa melakukan aktiviti ini.
7. Diakhir tempoh pdpr, murid perlu membuat satu rakaman video.
Hantar kepada cikgu melalui Google Classroom / Whatsapp.
Lembaran Kerja.
A) Senaraikan Enam Strategi permainan yang digunakan dalam permainan Tating Lawi Ayam.

1.____________________________________________________________________________
2.____________________________________________________________________________
3.____________________________________________________________________________
4.____________________________________________________________________________
5.____________________________________________________________________________
6.____________________________________________________________________________

Soalan KBAT
B) Lakukan aksi menimang tating lawi ayam dengan menggunakan sepak kuda dan sepak sila.
Yang manakah lebih mudah untuk mengawal lawi ayam? Mengapa ?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
STANDARD PRESTASI
TAHAP
PENGUASAAN PERNYATAAN
(Tandakan √)
1  Boleh menyatakan permainan tradisional yang menggunakan
kemahiran menimang.

2  Boleh bermain permainan tradisional konda kondi dan Tating Lawi


Ayam serta menyatakan cara bermain.

3  Boleh mengaplikasi kemahiran menimang dalam permainan


tradisional Tating Lawi Ayam.

4  Boleh menyatakan strategi dalam permainan tradisional Konda Kondi


dan Tating Lawi Ayam.
 Boleh bermain permainan tradisional Konda Kondi dan Tating Lawi
ayam dengan kemahiran yang betul.
5  Boleh merancang strategi untuk mencapai kemenangan dalam
permainan tradisional Konda Kondi dan Tating Lawi Ayam.
 Boleh berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti.

6  Boleh mereka cipta satu permainan baharu berdasarkan permainan


tradisional Konda Kondi dan Tating Lawi Ayam.
 Boleh melakukan aktiviti ikatan dan simpulan serta bermain
permainan tradisional sebagai amalan gaya hidup sihat.

You might also like