You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG

43700 BERANANG
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PERMOHONAN PEMBELIAN MESIN PENCETAK (“ALL-IN-ONE-
PRINTER”) BILIK GURU

DISEDIAKAN OLEH :
KELAB GURU DAN KAKITANGAN
SK BERANANG
KERTAS KERJA MEMOHON MESIN PENCETAK (“ALL-IN-ONE PRINTER”)
UNTUK BILIK GURU SK BERANANG

1.0 PENDAHULUAN

Bilik Guru SK Beranang merupakan salah satu bangunan utama di SK Beranang. Bilik
ini merupakan ruang kerja bagi sebahagian besar guru SK Beranang untuk membuat
pelbagai persediaan sebelum masuk ke kelas. Sebuah ruang kerja yang efisien
memerlukan sistem pengurusan yang sistematik terutamanya dari segi pemprosesan
bahan-bahan sokongan untuk kegunaan murid di dalam kelas.

2.0 LATAR BELAKANG

Mesin pencetak “All-In-One Printer” diperlukan untuk kegunaan khas guru-guru SK


Beranang di bilik guru. Untuk makluman semua mesin pencetak tersebut telah pun rosak
dan tidak boleh dibaiki atas sebab alat ganti sudah tiada di pasaran (terlalu lama).Sebelum
ini guru-guru hanya bergantung dengan sebuah mesin pencetak tersebut yang perlu
dikongsi dengan lebih kurang 20 orang dalam satu-satu sesi persekolahan. Ini
menyebabkan kerja-kerja guru agak tertangguh kerana ketiadaan mesin pencetak di bilik
guru.

3.0 OBJEKTIF

Objektif kertas kerja ini ialah mendapatkan peruntukkan daripada PIBG untuk membeli
dua buah mesin pencetak( All-In-One Printer).
Mesin Pencetak ini adalah bertujuan untuk :
i. Mencetak pelbagai makumat untuk menceriakan kelas, bilik-bilik khas SK
Beranang.
ii. Mencetak bahan bantu belajar untuk kegunaan murid.
iii. Mencetak pelbagai surat-menyurat berkaitan dengan murid dan hal-hal lain
berkaitan dengan tugasan guru.
iv. Mengimbas bahan dan maklumat untuk kegunaan pembelajaran dan pembinaan
soalan.

4.0 ORGANISASI KELAB GURU DAN KAKITANGAN

PENASIHAT : ENCIK ZAKARIA BIN ABDUL RANI


(Guru Besar SK Beranang)

PENGERUSI : ENCIK AZMAN BIN AHMAD


NAIB PENGERUSI : PUAN NURUL AINI BINTI AW MOHD NOR

SETIAUSAHA : PUAN SHARIFAH NURUL HUDA BINTI SYED


HASSAN

BENDAHARI : PUAN SUHAINI BINTI SALLEH

5.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN

Kelab Guru mencadangkan mesin pencetak jenama Brother DCP-T220 ink tank printer.
Mesin pencetak ini mempunyai pelbagai fungsi. Mesin ini juga tahan lasak. Harga dan
gambar adalah seperti di bawah.

BIL BARANG ANGGARAN KOS

1. RM549.00/per set
Brother DCP-T220 Ink Tank Printer
2. *Dakwat (1 set) RM193

*Dakwat tambahan jika dakwat asal telah habis.(one off)

6.0 PENUTUP

Harapan Kelab Guru dan Kakitangan SK Beranang untuk mendapatkan mesin pencetak
yang berkualiti dapat membantu semua guru membuat pengurusan terutamanya untuk
anak-anak didik SKB. Besarlah harapan kami agar cadangan kami mendapat perhatian
daripada pihak PIBG dan pihak pentadbiran sekolah supaya ada yang dirancang dapat
berjalan dengan lancar.
DISEDIAKAN OLEH :

DISEMAK OLEH :

You might also like