You are on page 1of 3

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama -sama membacakan umul kitab

Alfatihah…
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Yang berusaha En Farid Bin Diah merupakan penceramah kita pada hari ini.
Pn Hamidah Binti Yusop SISC+ TVET PPD Sabak Bernam
En. M. Zubaidi Bin Djemiko Pengerusi Panitia Sains Komputer Daerah Sabak Bernam
Cik Rusni Binti Shamsuddin Naib Pengerusi Panitia Sains Komputer Daerah Sabak Bernam
Barisan Jawatankuasa Bengkel SKOR A Sains Komputer Daerah Sabak Bernam
Dan murid – murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul
bersama buat pertama kalinya melibatkan murid – murid daripada 6 buah sekolah di daerah
Sabak Bernam di pusat kecemerlangan PPD ini untuk mengikuti bengkel Skor A Sains
Komputer.
Bg memberkati majlis kt pd pg ni pihak mjlis menjemput adi k Arif Aiman dr SMk Munshi
Abdullah utk memimpin bacaan doa

Amiin amiin semoga bengkel kt pd pg ni bermanfaat kpd semua yg hadir pg ni.

Bengkel ‘SKOR A’ Sains Komputer peringkat daerah Sabak Bernam untuk tahun 2022
merupakan bengkel teknik menjawab bagi mata pelajaran Sains Komputer. Ini merupakan
inisiatif awal panitia Sains Komputer bagi mempersiapkan murid dengan kemahiran yang
sangat penting dan mencabar bagi mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada murid untuk
subjek ini. Program ini akan dihadiri oleh 101 orang murid yang mengambil subjek Sains
Komputer di daerah Sabak Bernam. Diharapkan dengan usaha ini dapat membantu murid -
murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi.

Objektif program ini diadakan adalah:


I. Mendedahkan pelajar-pelajar dengan konsep penting dalam mata pelajaran
Sains Komputer secara holistik.
II. Membiasakan murid dengan bentuk-bentuk soalan dalam format SPM sebenar
bagi tajuk ini dan teknik menjawab yang betul bagi mendapat markah yang
optimum.
III. Menerapkan kemahiran dan keyakinan menjawab soalan berbentuk KBAT.
Seterusnya, pihak majlis menjemput Pn Hamidah Binti Yusop SISC+ TVET PPD Sabak
Bernam untuk memberikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada beliau di atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.

Sebelum kita memulakan bengkel pada hari ini, saya akan memperkenalkan kepada anda
semua penceramah yang akan mengendalikan bengkel ini.
Beliau adalah
- mohd farid bin mohd diah
- bertugas di smk pantai sepang putra,sepang selangor
- 14 tahun pengalaman mengajar bagi subjek ICT,TMK dan Sains Komputer.
- Mempunyai ijazah sarjana muda Pendidikan teknologi maklumat, UPSI.
- Merupakan
1. Ju Sains Komputer Selangor
2. Ketua Pentaksir Negeri Selangor
- Dan beliau juga merupakan
1. Penulis Skrip TV Pendidikan Asas Sains Komputer BSTP
2. Penulis Skrip TV Pendidikan Sains Komputer BSTP
3. Penulis Blog Belajar ICT cikgufariddiah.blogspot.com
4. Penulis Kandungan Pembelajaran Sains Komputer, Asas Sains Komputer di IG dan YT :
cikgufariddiah

Tanpa membuang masa, pihak majlis dengan sukacita menjemput En Farid untuk
menyampaikan ceramahnya,dipersilakan.

Terima kasih kepada En Farid atas kesudian menyampaikan ceramah sebentar tadi.
Diharapkan segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai panduan sebagai
persediaan untuk anda semua menempuhi peperiksaan SPM pada tahun hadapan.
Sebagai tanda penghargaan pihak majlis berbesar hati ingin memberikan sedikit cenderahati
kepada penceramah, dengan itu pihak majlis menjemput Pn Hamidah Bt Yusop diiringi cikgu
M.Zubaidi bin Djemiko untuk menyampaikan cenderahati kepada cikgu Mohd Farid,
dipersilakan.
Saya mewakili jawatankuasa pelaksana Bengkel Skor A Sains Komputer Daerah Sabak
Bernam mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Farid kerana sudi meluangkan masa
untuk hadir ke daerah Sabak Bernam untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan murid –
murid dan guru – guru mata pelajaran Sains Komputer .
Terima kasih juga kepada guru – guru dan murid – murid yang menjayakan bengkel kita
pada hari ini.
Dan tidak dilupakan juga kepada Pn Hamidah Bt Yusop yang telah menguruskan segala
persiapan untuk bengkel pada hari ini. Terima kasih diucapkan.

Sebelum kita mengakhiri bengkel ini, marilah kita bersama – sama membaca tasbih kifarah
dan surah al asr.

Dijemput kepada cikgu farid dan jawatankuasa pelaksana untuk menjamu selera di kantin
dan murid – murid boleh mengambil makanan melalui guru pengiring masing – masing.

You might also like