You are on page 1of 1

Perniagaan Pusat Refleksologi Aisya merupakan sebuah perniagaan yang

menyediakan perkhidmatan urutan tapak kaki. Perniagaan ini berbentuk


milikan tunggal dan beroperasi di Pusat Perniagaan Serdang, 1, Lorong
Bertam Indah 32, Taman Seri Serdang, 13200 Kepala Batas, Pulau
Pinang. Perniagaan ini mempunyai enam orang tenaga kerja yang
berpengalaman dan terlatih serta berkemahiran dalam menjalankan
tanggungjawab masing-masing.
Perniagaan ini dipercayai akan maju ke depan kerana perniagaan
perkhidmatan urutan tapak kaki ini mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya ialah harga perkhidmatan yang ditawarkan murah dan
bertepatan dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti serta
dijamin selamat. Perniagaan ini juga menawarkan perkhidmatan yang
bersesuaian dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Selain itu, kedudukan premis perniagaan ini berhampiran dengan
kawasan perumahan dan kemudahan infrastruktur yang memudahkan
perniagaan ini untuk menarik perhatian pelanggan.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan faktor penting
bagi perniagaan Pusat Refleksologi Aisya ini kerana ia merupakan salah
satu faktor yang membolehkan perniagaan ini mencapai visi, misi dan
objektif perniagaan ini. Hal ini demikian kerana, perniagaan Lemonpanda
Cleaning Service ini dapat memperkenalkan perkhidmatan yang
ditawarkan melalui media sosial seperti Facebook. Hal ini juga
memudahkan pelanggan untuk mengetahui perkembangan perniagaan
Pusat Refleksologi Aisya. Tambahan pula, kemudahan ini juga
memudahkan perniagaan ini untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan
dapat mengetahui maklum balas daripada pelanggan serta menambah
baik kekurangan perniagaan ini.

You might also like