You are on page 1of 5

Senarai lagu merdeka dan lagu patriotik

1. Lagu Tanggal 31 - Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad


Lagu patriotik Tanggal 31 dinyanyikan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman bin Haji Arshad.
Rentak lagu ni rancak dan catchy mudah melekat dalam kepala. Sampai sekarang masih ingat
bait-bait liriknya.

Sempena lagu Tanggal 31 ini juga, Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad telah
mencipta sejarah dengan memakai busana inspirasi daripada bendera Malaysia (Jalur
Gemilang) sewaktu menyanyikannya.

Lagu Tanggal 31 juga merupakan karya patriotik ikonik yang asalnya dinyanyikan oleh
penciptanya sendiri iaitu Allahyarham Ahmad CB. Menariknya, versi Ahmad CB melodinya
berentak perlahan dan kedengaran lebih klasik.

Lirik Lagu Tanggal 31


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara


Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara


Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Mari kita seluruh warga negara


Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka merdeka merdeka


MERDEKA!

2. Lagu Jalur Gemilang


Lagu Jalur Gemilang judul asalnya 'Benderaku' yang ditulis oleh penulis lagu, Tony Fonseka.
Selepas bendera Malaysia diberikan nama Jalur Gemilang, lagu kebangsaan telah dikemas
kini pada tahun 1997 selari dengan perubahan ini.

Kemudian disusuli dengan pengenalan lagu bendera baharu, dengan susunan oleh penulis
lagu Malaysia Pak Ngah dan lirik oleh penulis lagu Siso Kopratasa.

Lagu Jalur Gemilang dicipta sebagai dedikasi terhadap bendera kebangsaan Malaysia. Lirik
yang terkandung dalam karya ini menjelaskan setiap warna dan lambang yang terdapat pada
bendera ini. Menerusi nyanyian, dapat membantu anak-anak terutamanya, mengetahui
maksud di sebalik lambang dan warna yang ada dengan mudah.

Lirik Lagu Jalur Gemilang


Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan


Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya


Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganmu


Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

3. Lagu Keranamu Malaysia


Lagu Keranamu Malaysia dicipta oleh pengubah lagu terkenal Malaysia iaitu Datuk Suhaimi
Mohd Zain yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah. Lirik oleh Syed Indera Syed Omar atau
dikenali sebagai SISO.

Keranamu Malaysia merupakan lagu patriotik sekitar tahun 2000 sehingga 2006. Rentak
lagunya yang rancak menjadikan lagu ini sedap didengari selainmengeluarkan bait-bait lirik
yang membuatkan pendengar berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Bait lirik di bahagian akhir “Terima kasih Malaysia!” seperti laungan membuatkan sesiapa
saja yang menyebutnya akan merasai semangat yang berkobar-kobar dalam diri. Rangkap-
rangkap lirik sebelumnya menceritakan perkembangan dan kemajuan negara yang berlaku, di
mana telah memberikan keselesaan kepada kelangsungan rakyat pada hari ini.

Lirik Lagu Keranamu Malaysia


Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi


Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini


Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

CHORUS :
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Buruh, nelayan dan juga petani


Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi


Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara

Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini


Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

CHORUS :
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka


Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia...


Malaysia...

TERIMA KASIH, MALAYSIA!


4. Lagu Warisan
Lirik Warisan
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima


Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira


Gagah menguna senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji


Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Andai ku terbuang tak diterima


Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira


Gagah menguna senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji


Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

You might also like