You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEA

Jalan SS2/95, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

TEL : 03 7874 4527


FAX : 03 7877 8528

Ruj. Kami : SKTS. 700-4/3/2(5)


Tarikh : 23 FEBRUARI 2022

Kepada

Ibu bapa / penjaga


Murid – murid Tahun 1 Sesi 2022/23
Sekolah Kebangsaan Taman SEA.

Tuan,

PEMBERITAHUAN HARI ORIENTASI MURID-MURID TAHUN 1/2022 SECARA ATAS TALIAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan / puan telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman
Sea, Petaling Jaya.
3. Sehubungan itu, anak jagaan tuan / puan dikehendaki menghadiri Hari Orientasi Tahun 1/2022 secara
atas talian seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 28 FEBRUARI 2022 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing.
Link Meet : Link akan diberikan 10 minit sebelum taklimat Orientasi bermula.
4. Sehubungan dengan itu,, edaran buku teks, borang maklumat murid dan bayaran pelbagai akan
dijalankan pada 21 Mac 2022 (Isnin). Mohon kerjasama ibu bapa / penjaga hadir dengan mematuhi SOP yang
telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan, boleh merujuk kepada PK Hem, En. Amran bin Awang no hp o124626455.

5.
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM )
1 Tali leher 1 helai 12.00
2 Tanda nama 4 keping 5.00
3 Fail Peribadi 1 buah 7.00
4 Modul Transisi 1 buah 8.00
5 Lencana sekolah 1 keping 1.20
JUMLAH( Sila sediakan wang secukupnya dengan memasukkan ke dalam
sampul surat beserta nama murid, nama ibu bapa dan no telefon ibu/ bapa)

6. Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(NAZLIZA BINTI SAMSUDIN)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman SEA

PERMUAFAKATAN MEMBAWA BERKAT


TOGETHER EVERYONE ACHIEVES MORE

You might also like